Gelombang Otak Aku Dari Aktif Jadi Pasif

Apakah aku masih dalam mood True Meaning Of Love dengan "terpost"nya entry ini? Ahaks.. Mungkin ya.. Mungkin tidak.. Lately ramai bilang aku punya entry sedih, banyak makna, kecelaruan perasaan.. Hmmm.. Aku sendiri pun tertanya status perasaanku sekarang.. Sebenarnya aku malas mahu layan otak aku.. Haha.. Aku rasa, aku okey kawan-kawan.. Perfectly okey.. Kot.. Ngee.. Apa-apa sajalah Farhana.. Tolak tepi perasaan kau.. Tak penting pun buat masa ini..


Satu saja.. Aku happy sangat lepas publish entry True Meaning Of Love.. Aku bimbang juga mesej yang aku nak deliver tak sampai pada readers.. Tapi ternyata ianya sampai, dan aku suka bila ada insan-insan yang baca menyukainya.. Heehee.. Terima kasih sebab sudi baca ya.. Muchas gracias.. Hoping that I did share something with my readers.. Ngee..



Anda ingin tahu sesuatu? Selalu waktu aku menonton TV, gelombang otak aku bergerak dengan sangat aktif.. Tak senang duduk boleh aku katakan.. Tapi bila 3 saluran ini, Astro Ria, Astro Prima dan Astro @15 sering menayangkan video klip lagu terbaru seorang artis realiti TV yang berambut unik, serta merta gelombang otak aku jadi satu line.. Dalam series ER, House, Grey's Anatomy, satu line begitu tandanya satu saja.. Mati.. Tiada nyawa.. Haha.. Dengarkan lagu dia, otak aku tak mampu berfikir apa.. Kenapa ya? Huhu.. Abaikan sajalah.. Mungkin itu cara aku mengappreciate muzik yang aku minat.. Ahaks..




NOKTAH CINTA - HAFIZ

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya


Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya


Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu


Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya


Download link DI SINI..



Selamat tiba di Ipoh jam 6.30 petang.. Dengan hujan yang lebat sepanjang jalan, memang sedap tidur.. Haha.. Percaya tak kalau aku kata, walau mata ku celik hatiku tidur sebenarnya? Hahahahaha.. Aku pun tak percaya.. Ahaks.. Malam ini last enjoy ya kawan-kawan.. Esok dah nak mula sesi pembelajaran.. Jangan malas-malas.. Heehee.. Take care semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Semenjak dua menjak ini, aku susah mahu tidur.. Rasa mahu celotape mata, kalau tak berkesan, stapler.. Last solution.. JAHIT.. Hoho.. Tidurlah Farhana.. Tidurlah.. Ahaks..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.