Catatan

31/12/2011 Ke 1/1/2012

Imej
Assalamualaikum.. Tinggal lagi beberapa jam kita dah nak menginjak ke tahun baru 2012.. Sana sini dah tentu orang cakap pasal azam baru.. Hurm.. Azam.. Azam? Azam.. Hehe.. Sejak aku buka mata lihat dunia hingga kini dah cecah 24 tahun 11 bulan, macam-macam azam dah aku tanam.. Ada yang tercapai, ada yang ditunda, ada pula yang dah cancel.. Eh! Boleh cancel-cancel eh? Ekeke.. 2011.. Menyaksikan banyak kejatuhan dalam hidup aku.. Eceh.. Dah macam  tuan pengarah sebuah syarikat pula, siap ada jatuh bangun bagai.. Kejatuhan apa, biarlah aku saja yang tahu.. Perit memanglah perit, tapi semangat kenalah tanam semula.. Jatuh lalu bangun, itu kejayaan yang sebenarnya.. Tapi kalau dah jatuh, terus duduk dan tak nak bangun, itu gagal yang sebenar-benarnya.. Saat-saat getir di tahun 2011 ini banyak buka mata aku tentang keadaan keliling aku, orang-orang yang ada dalam hidup aku, pendek kata apa yang aku tak nampak bila aku berjaya, duduk di atas.. Syukur! =) 2012.. Seperti ta...

Zikir Buat Dhia

Imej
Assalamualaikum.. Salam malam minggu semua.. Hari Jumaat, hari yang agak memenatkan, sampai saja bilik, terus tertidur tak sedarkan diri.. Bangun-bangun, terus aku feeling-feeling nak layan Tentang Dhia episod akhir.. Maklumlah orang tak ada tv, kenalah tunggu orang upload online.. Motif gambar bawah ini diletak dengan Tentang Dhia? Entahlah.. Cuma nak cakap, semua orang mimpikan nak ada keluarga bahagia.. Zikir dan Dhia pun mesti macam tu juga.. Kau, aku, kita semua dah tentu-tentu inginkan benda yang sama juga.. Kan? =) Tentang Dhia, yang mana sebelum itu tajuk yang diberikan adalah Zikir Buat Dhia, dah pun berakhir semalam.. Aku tengok ramailah duduk mengulas dekat Facebook, dekat Twitter.. Kerja aku? Refresh sejuta kali.. Dah ibarat macam aku tengok betul-betullah membaca semua ulasan yang ada.. Ulasan yang ditulis dengan macam-macam perasaan dan emosi, ada marah, benci, kasihan, sedih, geram dan banyak lagilah.. Dan macam-macam juga ayat tak puas hati yang aku baca.. Hehe...

Home Sweet Home : Memperkasakan Skill Rumahtangga

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu.. Eh.. Dah Rabu ya.. Tak sabar nak merasa cuti tahun baru pula.. Seksa aku nak menghadap keadaan sekarang.. Stress sampai tahap nak memandang muka orang pun aku rasa, alahai, lemah sangat.. Tapi cuti tahun baru nanti tak adalah menarik mana sebab hanya berkampung di Kuala Lumpur saja, tak seperti cuti Hari Natal, yang mana aku dapat pulang ke rumah setelah hampir sebulan tak balik.. Tak kisah, asalkan HOLIDAY!! Stress free day!! Kalau orang yang tak kenal aku singgah blog ini, baca tajuk atas nun, orang dah tentu-tentu akan anggap aku wanita yang dah berkahwin.. Kan kan? Ecewah.. Wanita okay.. Auwww! Berbalik pada tajuk, bukan apa pun, aku cuma nak sampaikan, rumah adalah tempat terbaik untuk memperkasakan skill rumahtangga.. Tak kisahlah, yang dah berkahwin, atau pun belum.. Memandangkan, usia pun dah nak masuk suku abad tak lama lagi (ouh.. sungguh sukar nak percaya..), makanya sesi memperkasakan skill rumahtangga harus dilakukan dengan lebi...

Warna Warni Protokol Hantu Bersama Abang Tom Cruise

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Khamis untuk semua.. Senyum.. =) Seperti dalam tajuk, kisah janjitemu bersama Abang Tom Cruise kelmarin memang diisi dengan momen indah warna warni.. Bukan nak bincang luar dalam al kisahnya filem Protokol Hantu a.k.a Ghost Protocol, itu anda boleh pergi saksikan sendiri.. In summary, what I can conclude about this film, it was not bad or should I say, great? Hehe.. Entertain jugalah kepala otak aku menontonnya.. Take note! Aku tak pernah follow Mission Impossible dari yang pertama sampai ketiga.. Alih-alih terus aku tengok yang keempat.. Heh.. Perasaan aku dipenuhi dengan rasa ngeri, gayat, dan ouch sana ouch sini bila menonton filem ini semalam.. Haha.. Despite dari wajah abang Tom yang tampak calit-calit ketuaannya, overall filem ini dikategorikan dalam boleh tahan.. Dari 5 bintang, aku bagi 3.8.. Aku deduct 0.2 sebab Abang Tom tua dah.. Okay kan? =p Dan satu benda yang paling memikat mata aku, haip, bukan Tom Cruise, dan bukan juga...

Berdendang Anak Jalanan

Imej
Assalamualaikum.. Tajuk entry adalah inspirasi yang terbit selepas menonton short film bertajuk Oley.. Sebuah filem pendek yang agak bagus dari pandangan mata aku, mudah difahami dan jelas apa isinya dan pengajarannya.. Alunan yang mengakhiri filem pendek tersebut yang buat aku tergerak hati mahu menjadikannya tajuk untuk entry kali ini.. Syukur Alhamdulillah, aku sudah beransur sihat.. Selsema sudah makin hampir ke penghujung, cuma tekak saja yang masih lagi tak berapa nak elok.. Sepanjang aku tak berapa nak sihatlah, kereta aku tak boleh dibawa berjalan ke mana-mana.. Ibarat lumpuh sebelah kakilah terasa hidup aku.. Mahu tak mahu, terpaksa cari alternatif lain, cara dan jalan lain untuk bergerak, semua masalah ada jalan penyelesaiannya.. Iya tak? Kena usaha sedikitlah.. Tak boleh nak manja selalu.. Selalunya kalau aku tak sihat, aku wajib makan buah.. Tak kiralah buah apa, tekak aku, waktu sakit, makanan yang wajib nak ditelan adalah buah.. Entah kenapa, tapi memang ...

Perut Meragam Mati Kutu

Imej
Assalamualaikum.. Hujung minggu yang membosankan.. Sabtu berlalu begitu saja.. Apa aku buat hari ini, aku pun tak tahu.. Haha.. Sampaikan tulis entry pun, tajuk entry agak pelik lagi memelikkan.. Adeh! Ketika dan saat menulis entry ini.. Perut sedang meragam.. Meragam bukan apa, tapi sebab lapar.. Mengada! Selalu boleh bertahan, makan sehari sekali, tapi sekarang manja pula nak minta disuap makan sehari dua kali.. Heh..  Al kisahnya, hujung minggu ini aku berseorangan.. Nak ditambah lagi perencah cerita kita, roadtax kereta aku dah mati.. Memang mati kutu aku duduk dalam bilik seorang diri.. Selalunya menumpang kereta roommate aku bila dia nak keluar makan ke, beli barang ke, aku tumpanglah sekaki.. Tapi takkan asyik nak menumpang kan sedangkan kereta sendiri ada.. Haih.. Tak apalah.. Bersabar sikit saja lagi, abah kata roadtax akan dapat dalam masa seminggu lagi, paling lewat pun hujung bulan.. Credit picture to THIS SITE Muka aku sekarang saling tak tumpahl...

I Won't Be Offended

Imej
Assalamualaikum.. Hujan masih lagi renyai di luar sana.. Selesai makan malam.. Lauk dewan makan hari ini adalah ayam masak sambal.. Kenyang Alhamdulillah.. Sebenarnya sudah agak lama aku tak turun ke dewan makan.. Entahlah, malas barangkali.. Haih.. Nak makan pun malas.. Apa nak jadi.. Tapi kedatangan aku ke dewan makan pada hari ini cukup untuk bikin aku senyum gembira lewat petang Khamis ini.. Cukup cukup gembira.. Again.. I believe it's the small little thing that make people smile.. Tak percaya? Tadi masa ambil nasi, aku hulurkan kad makan pada makcik yang jaga dekat situ.. Makcik pandang aku dan senyum, tiba-tiba dia bersuara, "Lama Acik tak nampak kamu turun dewan makan.." Aku pun tersenyum lebar dan mengangguk, mengiyakan kata makcik.. Bayangkan, setiap hari beratus-ratus pelajar yang akan beratur ambil makan, makcik yang tukang tick kad makan pun mesti tak ada masa nak ingat seorang-seorang.. Tapi tak sangka, makcik boleh ingat juga aku yang d...