Catatan

Subtitle Melayu Filem Dilwale 2015

CARA NAK TENGOK MOVIE PC / LAPTOP 1) Download kedua-dua file di bawah. Movie file DAN subtitle. 2) Extract subtitle (RIGHT CLICK MOUSE dan pilih EXTRACT HERE) dan anda akan dapat file berformat SRT yang dikeluarkan dari file yang anda download di Subscene. 3) Letakkan kedua-dua file bersama-sama di satu tempat (folder). SAMAKAN NAMA file kedua-duanya. 4) Play guna VLC Player atau KM Player. GOM Player ke. Mana-mana player yang boleh baca SRT file. 5) Dan selamat menonton. HANDPHONE 1) Kalau download subtitle dekat handphone, kena install software WINRAR. Sebab format subtitle dekat subscene adalah RAR atau ZIP file. Dah ada software tu, barulah boleh extract keluarkan, format SRT. 2) MOVE file SRT tadi dalam folder yang sama dengan video anda. Samakan namanya. 3) Play guna MX Player. 4) Selesai. Atau, kalau nak file SRT terus, DOWNLOAD DI SINI . * * * * * * * * * * DISCLAIMER : Hindi is not my mother tongue. Just translating using the existing subs, Malay, Engli...

Hamari Adhuri Kahani, Sebuah Kisah Cinta Terlarang?

Imej
REVIEW FILEM-FILEM HINDI LAIN Assalamualaikum. Nampak tak bila dah mula menulis satu review rasa nak tulis lagi dan lagi? Argh!! Kegilaan nak menulis begitu membuak-buak, cuma tiada motivasi. Haih. Beberapa minggu lepas dah Dilwale, dah layan Shah Rukh Khan dan Kajol, kali ini kita tukar sikit genre, lupakan aksi, ini sebuah filem bergenre romantik semata. Ya, kisah cinta. Atau mungkin kisah cinta terlarang? Hmm. Hamari Adhuri Kahani bermaksud "kisah kita yang belum sempurna", filem berdurasi 2 jam 9 minit ini mencatat rating IMDB 6.5/10. Ops! Lebih tinggi dari Dilwale. Haha. Filem ini diterajui oleh Vidya Balan sebagai Vasudha dan juga Emraan Hashmi sebagai Aarav Ruparel. Keduanya merupakan pelakon senior dalam dunia Bollywood. Emraan Hashmi terkenal dengan lakonan panasnya, manakala Vidya Balan seorang yang versatile dan mampu bawakan apa jua watak sekalipun. Dunia perfileman Bollywood sekarang dah banyak kemajuan, dan banyak filem berkualiti. Namun dar...

Dilwale! Dilwale! Dilwale! Best Sangat Ke Filem Shah Rukh Khan & Kajol?

Imej
SUBTITLE MELAYU DILWALE (MY OWN EDITING) [CREDIT PICTURES TO THE RESPECTED SITE. NOT MINE.] ^^ Assalamualaikum. [Maaf jika artikel ini terlalu panjang, skema dan membosankan.] *Kof*Kof* Berhabuk, tebal benar habuk sampai terbatuk-batuk tak sudah. Tak lama dulu, blog ini ada ruangan " REVIEW APA EH? ", niat hati kononnya ruangan untuk review filem-filem Hindi yang aku dah tonton. Kononnyalah! Tapi cuma berjaya rajin tulis untuk 3 filem sahaja dari berpuluh-puluh filem Hindustan yang aku dah tengok. After that, "go to the sea" orang kata. Haha. Kali ini, ada rajin sikitlah nak taip, katuk-katuk perkataan sebab dah puas tengok King Khan dan Queen Kajol dalam Dilwale. Okay, sebenarnya tak puas. 2 jam 35 minit rasa macam tak cukup. Patut buat drama bersiri 300 episod yang berdurasi 1 jam kan. Barulah meletop-letop. Kekeke. REVIEW DARI HINDUSTAN TIMES YANG MENGATAKAN DILWALE ADALAH EPIC FAIL, BACA DI SINI Sebenarnya dah demam Dilwa...

Life

Imej
Assalamualaikum. Can't believe, in a blink of eye, we are leaving November in just a few days. After that, we are going to December and after a month, say goodbye to 2015. What a painful and struggling year, but I tried doing anything within my reach to make it less difficult. Hoping for a much better year in 2016. By the way, already lost 9 kilos since Jom Kurus, the journey is still far, but I'm glad I'm doing it slow and steady, enjoying each and every moment. Million thanks to my coach @ my little brother. He did good in coaching me, for a 16 years old boy. Haha. Hmm. A lot has been happening lately. Happy occasion should I say. A few weeks back, our house got a not so surprise visit. Well, elderly called it "merisik". During that session, that they decided for an engagement ceremony to be held next week. Wow. So fast. Haha. During this period of time, I got mixed feelings. A feeling of an eldest child in the family, who happen to be a girl, a...

Kahwin Paksa

Imej
Assalamualaikum. Hurm. Hurm. Hurm. Panjang keluhan ya. Haha. Mana nak mula? Macam mana nak mula? Mulakan ajelah. Haha. Mengada!! Tengah duduk ramai-ramai dengan ahli keluarga, dengan mak abah, adik-adik, duduk borak-borak, buang masa. Tiba-tiba, sedar-sedar tangan kena tarik. Amboi!! Suka hati main tarik-tarik tangan aku nampak. Nak tak nak, terpaksalah ikut. Keluar dari rumah, tolak masuk dalam kereta. Amboi! Main kasar nampak. Benda cepat sangat berlaku, tak nampak sangat orang yang tarik tangan. Haha. Kereta dipandu laju gila. Tahu-tahu aje dah sampai dekat hotel 5 bintang. Keluar dari kereta, tengok pakaian dekat diri sendiri, eh, bila masa tukar baju cantik. Hahaha. Layankan sajalah Labu. Kita pun masuk dalam hotel, diarahkan masuk dalam satu ballroom. Buka pintu ballroom... Amboi. Ramainya orang. Satu muka pun aku tak kenal, tapi dari jauh nampak seorang lelaki, baju sedondon habis dengan aku. Tak kenal juga siapa. Tiba-tiba datang 4 orang perempuan mendekati...

Manusia

Imej
Assalamualaikum. Well well well. I'm on that mood to write again. Hurm. How I really miss those days of blogging. Idea kept pouring like water. But now?! Sigh. Okaylah, kita sambung dengan cerita asal kita. Tak payah asyik duduk mengenang sangat masa yang lalu. Sebenarnya aku baru pindah masuk ke rumah baru, dalam masa 3 bulan, dah 3 kali pindah rumah. Perghhh!!! Memang penat, fizikal dan emosi. Stress ooo!!! Yang pertama kali memang mendera, sebab rumah kami dulu di tingkat 3 yang tak ada lif, jadi kau bayangkanlah sendiri berapa kali kau nak turun naik tangga, angkut barang berat-berat. 2 hari baru settle bawa turun barang. Penat tak usah cakaplah. Hampir 2 kg juga berat aku hilang waktu itu. Haha. Berpindah randah sebanyak 3 kali, dan akhirnya seminggu yang sudah, rumah dah boleh didiami lepas renovation selama 3 bulan. Phew!!! Maka dalam masa berpindah randah, memang mak selalu hantar baju pergi dobi. Banyak ragam manusia boleh tengok dalam kedai dobi. Dan ada 3 ce...

Gerua - Buat Kau Mengidam Nak Jejak Kaki Di Tempat Yang Sama

Imej
Assalamualaikum. Pukul 2 pagi aku mengagau taip entri. Lama dah sangat hati meronta-ronta nak menulis, dah tulis, tapi terperam, jadilah bertimbun dalam draft segala macam perasaan hati yang merepek dan merapu. Haha. Kalau nanti-nanti, aku dah mula jejak balik kaki dekat hospital, mungkin lagi jarang-jarang agaknya aku update blog ini. Heh. Banyak gol yang aku set untuk aku capai, dan salah satunya jejak kaki tempat orang. Aku baru sudah tonton muzik video pertama dari filem baru Shah Rukh Khan dan Kajol yang bakal ditayangkan tak lama lagi bertajuk Dilwale. Lagu Gerua buat aku tonton lebih dari 10 kali. Walaupun aku hantu Hindustan, ini kali pertama aku tak tengok pun dekat hero dengan heroin, tapi sebaliknya aku terpegun tengok tempat-tempat cantik yang ada dalam muzik video Gerua. Iceland. Rasa macam terpegun gila, Subhanallah, cantik sungguh alam ciptaan Dia. Memang tahap mengidam nak jejak kaki tempat orang makin membuak-buaklah kan. In shaa Allah, suatu hari nanti, ...