Catatan

Wayang Bersama Transformers : Age Of Extinction, Han Geng Dan Kesepian

Imej
DISCLAIMER : ALL PICTURES ARE TAKEN FROM GOOGLE IMAGE, CREDIT TO THE RESPECTED SITE. ^^ Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat. Whoa! Lama sangat kan dah tak menulis? Rasa macam makin jauh. Banyak benda yang dah terasa makin jauh, macam hubungan antara manusia, manusia dengan blog. Haha. Abaikan repekan aku. Jadinya, malam semalam adalah siblings day out untuk aku dan adik-adik aku. Memandangkan aku adalah peminat tegar siri Transformers, apart from Marvel series as well, jadinya seminggu awal aku dah tempah seat. Itupun dah 50% occupied. Pergh! Dahsyat! Nasib beli awal, sebab sehari sebelumnya, kebanyakan seat dah penuh, dan banyak tayangan yang dah sold out. Tadi pun dekat AEON Bandaraya Melaka, dah macam sardin. Pukul 11 malam habis tayangan, keluar wayang tengok bukan main ramai manusia yang beratur. Pening pening! Haha. Aku memang tak suka crowded places, stranger anxiety? Heh! First of all, tahniahlah buat Hangeng, ex-Super Junior M leader yang jadi cameo dalam s...

Anak Kembar! Anak Kembar! Anak Kembar!

Imej
Assalamualaikum. Semalaman mata tak boleh lelap walaupun badan terasa penatnya. Mungkin sebab 2 hari duduk dalam bilik hotel dan dah terasa seronok dengan kesejukannya, bila balik Melaka, dengan cuaca panas terik bahangnya, memang terkejut sekejap otak ni sampai tak boleh nak tidur. Haha. Over!!! Semenjak dua tiga menjak ni, perasaan dulu-dulu datang balik dan makin menjadi-jadi dan membuak-buak. Perasaan apa? Perasaan nak anak kembar. Senang cerita, perasaan nak ada anak sendirilah. Haha. Walaupun nampak susah sikit nak menjaga sepasang kembar, tapi kebahagiaan dan kegembiraan itu pun berlipat kali ganda juga. Betul tak? Melihat kembar-kembar di bawah inilah yang buat aku naik syeikh semula. Haha. Comel kan? Heee. Salam Khamis semua. Jaga diri. Assalamualaikum.

Prankster

Imej
Assalamualaikum. A prankster. Yeah. I am a prankster. At times. But I'm not those pranksters who do all the terrible plus horrible things. Nope, that's so not me. I'm a prankster but the cute type one. Lol! Daripada zaman belajar universiti dulu aku memang selalu suka kenakan orang. Tapi yang manja-manja punya prank, yang kasar-kasar punya, itu bukan wa okay! Haha. Nak dijadikan cerita, aku dah bertukar nombor telefon selepas nombor lama dan telefon aku "sakit". Jadi dah memang jadi satu kemestian, kalau kita pakai nombor baru, kita kena beritahu keluarga dan kawan-kawan kita. Betul tak? Orang yang jadi mangsa dah tentu mak aku dan best friend aku. Hahaha!!! Dekat mak aku, aku hantar sms, "boleh couple?", tapi adik lelaki aku yang ternyata bijak dah berlari dulu pada mak aku dan kata, "sms tu bukan Along yang hantar tau." Errr. =.= Jadi bila trick tak menjadi, kita beralih pula pada orang lain. Dan orang tu dah tentu best f...

Kebahagiaan? Keberuntungan?

Imej
Assalamualaikum. Tempoh hari aku terserempak dengan dengan tumbuhan ini yang selalu namanya disebut dalam drama mahupun filem. Orang memanggilnya sebagai CLOVER. Clover ini selalunya dijumpai dalam bentuk "3 leaf clover" dan sangat jarang dapat kita jumpa "4 leaf clover". Sebab itu ada sesetengah kepercayaan mengatakan kalau terjumpa 4 leaf clover itu maknanya ada bernasib baik dan akan menerima "good luck". Kalau dah nama pun jarang dijumpai, bila dah jumpa 4 leaf clover memanglah kira bernasib baik, sebab dapat jumpa. Ya tak? Kebetulan masa aku tengah tonton rancangan Beast Showtime, Dongwoon ada menyebut tentang clover yang mana aku cukup suka dengan perumpamaan yang dia sampaikan. Tepat dan menusuk sekali apa yang dia kata.  "3-leaf clover means happiness while 4-leaf clovers mean good luck. People are buried in happiness but can't see it, and instead they spend all their time looking for luck."  - Dongwoon in BEAST Showtim...

Belajar Goreng Telur

Imej
Assalamualaikum. Amboi, dah tua bangka pun tak gheti goreng teluq ka cheq oii? Haa. Tu diaa! Orang Johor cakap utagha. Haha. Dulu masa zaman study, aku rapat dengan seorang kakak, orang utara. Jadi bila dengan dia, aku selalu akan tersasul cakap utara bila borak dengan dia. Kadang sampai orang keliru, aku orang utara ke. Haha. Eh. Melencong kejap dari cerita telur kita. Sebenarnya bukanlah tak reti goreng telur, tapi selalunya kita goreng cikai cikai saja kan, maklumlah nak buat makan sendiri je pun. Sampailah satu hari aku tengok satu rancangan variety show, dia ajar cara goreng telur profesional punya. Putih telur dia bukan main cantik dan gebu, kuning telur dia pula memang jenis yang aku minat. Tak masak sangat, sedang-sedang saja. Bila cucuk, kuning dia mengalir keluar lagi. Itu yang terbaik!!! Mungkin ramai yang dah expert dan arif dengan cara goreng telur seperti ini, tapi bagi aku memang first time aku tengok teknik begini. Haha. Memang jakun kejaplah. Cara dia pun ...

Fantasi Cinta

Imej
Assalamualaikum. Salam pagi Khamis. Nyenyak benar tidur malam tadi, cuaca sejuk sampai ke tulang. Nikmat rezeki Allah bagi, selepas berminggu-minggu bumi Melaka ini terik dan gersang. Syukur Alhamdulillah. Dah lama tak cakap pasal cinta kan? Sedangkan zaman blog dulu kala akulah orangnya yang orang selalu panggil doktor cinta yang kaki jiwang. Huhu. Kenangan. Aku tergerak nak tulis tentang ini selepas menonton beberapa rancangan bual bicara. Topiknya lebih kurang sama, tentang fantasi cinta, baik bagi lelaki mahupun wanita. Dalam kepala otak kita semua, kadang ada waktunya kita berimaginasi. Dan salah satunya tentang cinta. Dalam rancangan bual bicara itu ia bertanyakan pada lelaki dan wanita apa yang mereka selalu angankan dan berharap dapat lakukan bersama pasangan, apa perkara yang meraka anggap romantik dan buat hati rasa "ticklish". Aku sendiri akui dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Mungkin sebab pengaruh keliling agaknya. Haha. Tapi dalam banya...

Umur Hampir 60 Tahun Tapi Nampak 20 Tahun Lebih Muda

Imej
Assalamualaikum. Salam pagi Isnin. Hari ini Isnin, dan esok pula cuti umum. Wah, seronok. Cuti lagi. Haha. Life is slowly getting better, even though it's kinda slow but I'm grateful for everything. Dua minggu lepas, aku sempat tonton sebuah rancangan dokumentari di KBS World, Screening Humanity. Di mana tajuk untuk minggu tersebut adalah HONEY, TAKE MY HAND. Rancangan tersebut ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 pagi lebih kurang. Ada 5 bahagian kesemuanya tapi aku cuma berkesempatan untuk menonton 2 daripadanya memandangkan waktu kerja aku tak menentu sangat. Apa yang menarik sampai aku ingin kongsikan dengan semua adalah kisah sepasang suami isteri yang usia mereka hampir mencecah 60 tapi masih sihat dan kuat. Dokumentari ini menyaksikan perjalanan pasangan ini melibatkan diri di dalam maratahon sejauh 600km +. Pasangan ini sudah lebih 20 tahun menjinakkan diri dalam dunia marathon, di mana saja ada marathon, mereka pasti akan ambil peluang untuk join...