Catatan

Sampai Ketemu Lagi Cik D

Imej
Assalamualaikum. Entry kita dah banyak sangat diselubungi rasa gloomy, sorrow, sekarang dah masanya kita serikan sedikit demi sedikit dengan happiness, determination. Puas dah aku duduk berteleku, berfikir, tanya pada DIA tentang keputusan aku. Jadi aku rasa ini mungkin yang terbaik buat saat dan ketika ini. Sedih nak tinggalkan Cik D, tapi mana tahu satu hari nanti akan jumpa lagi. Sampai ketemu lagi Cik Doktor Farhana. Heee. Mulai saat dan ketika ini, aku hanya seorang doktor di atas sijil. Aku nak lupakan keperitan, calit suka dan duka yang aku alami selama aku berkhidmat sebagai seorang doktor dan mula susun atur langkah untuk menempuh zaman sebagai seorang pelajar. Pengalaman berkhidmat pada masyarakat tetap satu pengalaman yang indah dan bermakna untuk aku. Akan aku jadikan panduan untuk kehidupan akan datang.  Untuk pengajian pascasiswazah aku, masih lagi berfikir-fikir untuk memilih tempat pengajian dan course yang ingin diambil. UKM (Kampus KL), UPM ataupu...

Persis Hum Tum. Melangkah Pergi.

Imej
Assalamualaikum. Hmm. Surat dah siap aku taip. Persediaan nak menghala ke Master pula nampak macam berliku, sekali sekala aku asyik toleh ke belakang memikirkan keputusan yang dah aku ambil. Perasaan aku bercampur baur, gembira ada, ralat ada, sedih dah tentu ada, dan entah macam-macam lagi perasaan yang aku rasa. Pernah tengok filem Hindustan bertajuk Hum Tum lakonan Rani Mukherjee dan Saif Ali Khan? Rani berkahwin dengan Abhishek di pertengahan cerita, namun dia kehilangan suaminya dalam sebuah kemalangan. Dek kerana tidak mahu tinggal lagi di tempat yang penuh kenangan bersama suaminya, dan tidak mahu orang keliling memandangnya dengan pandangan simpati, apatah lagi tidak mahu orang keliling selalu bertanya tentang keadaan dirinya, akhirnya Rani mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara.  Tinggallah dia Paris, jauh dari India, jauh dari manusia-manusia yang mengenalinya. Hidupnya kini bahagia. Bahagia kerana dia bernafas di atas bumi asing, dia menjadi ...

Resepi Orang Bujang : Western Food Spaghetti Bolognese Selera Melayu

Imej
1)  RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG YANG NAK JIMAT 2)  RESEPI MUDAH SARAPAN PAGI ATAU MINUM PETANG 3)  RESEPI PENCUCI MULUT YANG ENAK 4)  RESEPI MUDAH BIHUN GORENG 5)  RESEPI MAKANAN RINGAN ATAU KUDAPAN 6)  RESEPI KERANG BAKAR BERCILI BERSAMA KUAH KICAP PEDAS 7)  RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU KITA 8)  LASAGNA YANG TAK BERAPA CUN TAPI BOLEH TAHAN SEDAP 9)  RESEPI SARAPAN PAGI MERANGKAP PEMANIS MULUT YANG PELIK 10)  RESEPI PAPRIK AYAM YANG RIANG BERGEMBIRA MUDAH DIMASAK SEDAP DIMAKAN 11)  PEMANIS MULUT CHEESEKUT OREO / STRAWBERRY RIANG GEMBIRA 12)  AISKRIM OREO HOMEMADE Assalamualaikum. Bagi menghidupkan lagi blog yang dah macam nyawa-nyawa ikan, jadinya apa kata kita tulis satu entry pasal resepi. Alah. Macam dulu-dulu kala, resepi yang datangnya bukan dari chef profesional. Cuma resepi yang terasa mahu dikongsi dari seorang gadis bujang untuk bujang-bujang lain di lu...

Master? Doktor?

Imej
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harapnya khabar yang baik-baik dan sihat-sihat saja hendaknya. 2014 dah masuk ke bulan Februari, dan hidup aku sekali lagi diasak dengan krisis kehidupan. Ibarat berdiri di atas tali, entahkan jatuh entahkan bertahan. Kalau nak diikutkan dan dicongak, sudah mahu hampir 2 tahun aku menamatkan pelajaran dan bekerja sebagai seorang Pegawai Perubatan Siswazah. Ke mana kalau aku pergi, dengan sesiapa yang aku borak, ramai suka memanggil aku dengan gelaran yang aku ada. "Doktor!" "Doc!"  Perasaan aku? Ya. Sepatutnya aku gembira dengan panggilan itu, aku patut bangga dengan diri sendiri yang berhempas pulas menghabiskan 5 tahun lebih pembelajaran aku di sekolah perubatan dan akhirnya keluar dengan gelaran Doktor. Tapi hakikatnya, aku tidak rasa segembira mana, aku tak rasa bangga mana, kadang aku rasa rimas, kadang waktu pula aku rasa betapa tidak sesuainya aku dipanggil doktor. Seperti tidak ngam orang kata. ...

Tiga Puluh Satu Januari :)

Assalamualaikum. Satu topik yang selalu difikir-fikirkan. Betul tak? Erm. Kadang-kadanglah. Tak adalah selalu. Haha. Artikel ini dipetik dari blog AKU ISLAM hasil penulisan Muhammad Naim . 31 Januari untuk tahun yang baru akan menjengah tak lama lagi. Yeah. Again. 31st of January. Jadi untuk menyambut pertambahan setahun lagi pada usia, kita sedut sikit aura positif dengan baca artikel yang positif. ^^  * * * * * "Belum berpunya. Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya. Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dal...

Nilai

Imej
Assalamualaikum. Aku simpan snapshot ini, pesanan ini, dalam telefon, dalam tablet, dalam laptop. Tapi aku memang selalu lupa. Lupa atau buat-buat tak ingat? Atau berkeras mahu ingat? Haha. Benda ini aku simpan untuk selalu ingatkan diri sendiri, untuk pesan pada diri sendiri. But I guess I always forget this. I kept remembering, I kept talking, mentioning about a person who I guess never ever want himself to be remembered. Someone whom I guess never gonna like me like how I like him. Farhana, itu terhegeh-hegeh namanya. Berhenti!! Ingat, nilai diri. Nilai diri. Nilai diri. Biar nak dekat orang yang nak pada kita.  Huhu. I guess I need to be reminded again and again. Hmm. Sleepy already. Good night people. Assalamualaikum.

Tik Tok Tik Tok

Assalamualaikum. Malam makin larut. Jari jemari masih lagi gagah menaip walau hakikatnya mata makin layu. Malam sebelumnya, aku letak kepala, aku pusing kiri, aku pusing kanan, entah berapa juta kali rasanya aku berkalih posisi di perbaringan tapi tak juga terasa kena dengan kepala. Seperti tidur di tempat asing gamaknya. Kepala runsing. Otak pusing. Hati terasa bagai diruntun, tapi tidak pula mengalirkan air mata. Perasaan apakah yang berbolak balik dalam hati ini, yang bikin ketenteraman jiwa berkocak bagai nak gila. Takut. Sedih. Menyesal. Kaku. Tiada mampu lagi diterjemahkan melalui kata juga lenggok badannya. Malam sebelumnya, malam yang sama sebelum mata tak mampu lena, aku diberitahu tentang pemergian seorang yang aku tidak kenali. Cuma yang ku tahu, arwah adalah saudara seShaklee, yang sama berniaga, dalam lingkungan yang sama. Meninggalnya pada usia muda, hampir sebaya. 27 kurang lebih begitulah yang aku dengar. Pemergiannya begitu mengejutkan. Hanya kerana seminggu...