Catatan

Kuat

Imej
Nama aku Nur Farhana. Cahaya Yang Riang Gembira, makna di sebalik namaku itu. Aku telah jatuh. Jatuh ke dalam lubang yang sangat dalam. Sangat, dalam. Gelap.  Tak kutemui walau sedikit sinar yang mampu menuntun aku keluar. Apatah lagi tangan yang mampu menarik aku keluar dari gelap dan dalamnya lubang itu. Terus aku duduk. Hari ke hari. Memandang kosong dinding yang mengelilingi. Aku jadi putus asa. Aku tak lagi berusaha. Berusaha untuk bangkit dari jatuh. Berusaha untuk keluar dari dunia gelap yang sudah aku terbiasa. "Mak abah namakan awak Nur Farhana, maknanya Cahaya Yang Riang Gembira." Terjaga aku dari lena. Ya, aku adalah Cahaya Yang Riang Gembira. Sinar itu memang sudah ada sekian lama dalam gelap. Sinar itu sinar yang pudar kerana tiada gilapnya. Tapi, sinar itu tetap ada. Aku kena kuat. Aku kena kuat. Aku kena kuat. Tiada tangan yang mampu menarik. Tiada sinar selain sinar yang ada dalam diri. Tiada o...

Vanila Coklat Bersama Almond

Imej
  Assalamualaikum. Dah puas kita cerita pasal mimpi. Mimpi yang walaupun entrynya aku dah habis tulis, dan sekarang sedang menaip entry yang seterusnya pun, masih lagi aku sedang tersenyum. Haha. Bengong sudah! Sekarang cuaca di Melaka agak panas dua tiga hari ini. Berpeluh-peluh seolah baru lepas mandi pun ada. Phew! Rasa nak pecut pergi Cameron Highland kejap baru balik Melaka. Bila duduk dalam bilik, aku akan pasang 3 kipas. Satu kipas siling dan 2 lagi kipas berdiri. Hoho. Cuma nak cakap, aku baru menceburi diri dalam dunia Magnum. Dan banyak Magnum aku dah try. Dulu pernah cuba makan tapi langsung tak suka. Kini, dah jadi satu kegilaan. Dalam seminggu, 4 kotak aiskrim Magnum aku beli. Dan yang jadi kegemaran, dah tentu Magnum Almond. Makan aiskrim pun seronok. Walaupun duduk makan seorang diri, tapi rasa seronok saja. Endorfin yang ada barangkali. Haha. Jom makan aiskrim. Salam Sabtu semua. Assalamualaikum.

Happy Ending

Imej
*All pictures taken from Mr. Google* Assalamualaikum. Dah masuk hujung minggu dah rupanya kita ya. Masa sekarang memang cepat benar meninggalkan kita. Rasa macam satu hari seperti satu jam. Orang-orang yang malas, macam aku, memang akan ketinggalanlah. Heh. Hari ini aku bangun tidur dengan senyuman dan perasaan yang seronok. Mimpi malam tadi memang sekali dalam seribu kali. Bermimpi macam mana diri disayangi, dibelai, dijaga, diambil berat dan dibahagiakan. Haha. Ayat tak boleh belah.  Dalam mimpi itu, aku tahu aku sentiasa senyum. Aku rasa bahagia sangat. Aku yakin itu. Di tangan aku, tak lepas dengan telefon bimbit kesayangan. SMS masuk tak henti. Dia hantar, aku balas. Aku hantar, dia balas. SMS yang remeh, perihal-perihal kecil tapi cukup buat diri rasa dihargai. Dari pagi hingga ke malam. Bila pulang dari kerja, sampai di rumah, ada saja kejutan, atau apa-apa saja yang buat diri rasa gembira selepas seharian penat bekerja. Sebelum masuk tidur, pasti ada pa...

Permata Hati

Imej
Assalamualaikum. Malam dah semakin larut, ramai yang pasti sudah diulit lena yang panjang memandangkan esok hari adalah hari bekerja. Aku? Masih lagi di sini, menjadi seorang pengecut yang terus-terusan lari dari masalah. Ribut melanda hidup. Untuk menjadi kuat dan bangkit semula. Hmm. Aku pernah bangkit dulu. Kalau aku mampu buat dulu, kenapa tidak sekarang ya? Heh. Aku yang kompleks dan memeningkan.  Semenjak usia dah melewati suku abad dan setahun, aku telah saksikan ramai rakan-rakan beralih dari satu fasa hidup ke satu fasa hidup yang lain. Ah! Siapa yang tidak ada keinginan begitu bukan. Dan siapa juga yang tak merasa sedikit cemburu bila rakan-rakan dah bergelar isteri dah bergelar ibu. Daripada seorang anak dah bertambah jadi dua. Mereka dengan bahagia mereka, dengan rezeki dan anugerah yang Allah telah berikan. Hanya mampu tersenyum tiap kali meneliti kepingan gambar-gambar bahagia di laman mukabuku masing-masing. Entah datang dari mana semangat yang me...

I Am Not Making It Up

Imej
Assalamualaikum. It had been days of physical and emotional torture.  When I was in 3rd month of O&G posting, I thought I'll be doing great for the next 5 posting cause I can already grasp the concept of "REDHA" and miraculously found the fun part of being a doctor. But, here I am now, down the drain, AGAIN during medical posting. I guess this time will be worse than what I experience during my early days of housemanship. I'm sick. And it gives hell lot of troubles to my job. My walking speed has reduce so much, my MOs said I'm too slow working on job, I had great difficulties during my night shift, but I really can't help it. It's too painful. But the worst part is, people think that you are not sick but "SICK". If you know what I mean. I had enough of people saying, "Your pain is nothing actually. I bet you want to rest. When you take rest, then you become lazy to work. I know lots of housemen trick, it's not like ...

Setahun Lagi

Imej
Erm. 2013. Tahun ini ketuaan yang menjelang memang agak terasa. Barangkali kerana sekeliling dah banyak benda yang berubah. Cuma diri saja yang masih menapak dengan langkah kecil untuk mencari bahagia dalam hidup. Tapi tetap gembira dan bersyukur kerana masih lagi bernafas dan bahagia di samping keluarga tercinta. Moga tahun ini berjaya capai apa yang ingin dicapai. Selamat hari jadi sayang. :) Selamat malam. Assalamualaikum.

30 Minit

Imej
Assalamualaikum. Malam ini terlalu banyak berfikir hingga tak sedar jam dah pun menunjukkan pukul 1.30 pagi. Oh! Insomnia menjadi-jadi. Otak pula jadi terlalu penat dan serabut kerana terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Plantar fasciitis masih tak hilang-hilang, malah makin teruk pula aku rasa setiap kali menapak. Ouh! Signs of aging, and weight gaining of course. Huh. I went to my physiotherapy session a week back. Being advice on what need to do and what not to do. Basically, for my condition, the orthopedic medical officer suggested that I try wax therapy and as well as ultrasound therapy.  Aku memang suka bab-bab fisioterapi. Seronok tengok semangat juang pesakit-pesakit yang berusaha untuk sembuh dan kembali pada keadaan sedia kala. Sesi pertama aku dimulakan dengan WAX THERAPY. Wax therapy yang dijalankan sama seperti keadaan di atas. Terlebih dahulu aku disuruh mencuci kaki sehingga bersih. Selepas itu kaki aku perlu dicelup dalam larutan lilin se...