Catatan

Permata Hati

Imej
Assalamualaikum. Malam dah semakin larut, ramai yang pasti sudah diulit lena yang panjang memandangkan esok hari adalah hari bekerja. Aku? Masih lagi di sini, menjadi seorang pengecut yang terus-terusan lari dari masalah. Ribut melanda hidup. Untuk menjadi kuat dan bangkit semula. Hmm. Aku pernah bangkit dulu. Kalau aku mampu buat dulu, kenapa tidak sekarang ya? Heh. Aku yang kompleks dan memeningkan.  Semenjak usia dah melewati suku abad dan setahun, aku telah saksikan ramai rakan-rakan beralih dari satu fasa hidup ke satu fasa hidup yang lain. Ah! Siapa yang tidak ada keinginan begitu bukan. Dan siapa juga yang tak merasa sedikit cemburu bila rakan-rakan dah bergelar isteri dah bergelar ibu. Daripada seorang anak dah bertambah jadi dua. Mereka dengan bahagia mereka, dengan rezeki dan anugerah yang Allah telah berikan. Hanya mampu tersenyum tiap kali meneliti kepingan gambar-gambar bahagia di laman mukabuku masing-masing. Entah datang dari mana semangat yang me...

I Am Not Making It Up

Imej
Assalamualaikum. It had been days of physical and emotional torture.  When I was in 3rd month of O&G posting, I thought I'll be doing great for the next 5 posting cause I can already grasp the concept of "REDHA" and miraculously found the fun part of being a doctor. But, here I am now, down the drain, AGAIN during medical posting. I guess this time will be worse than what I experience during my early days of housemanship. I'm sick. And it gives hell lot of troubles to my job. My walking speed has reduce so much, my MOs said I'm too slow working on job, I had great difficulties during my night shift, but I really can't help it. It's too painful. But the worst part is, people think that you are not sick but "SICK". If you know what I mean. I had enough of people saying, "Your pain is nothing actually. I bet you want to rest. When you take rest, then you become lazy to work. I know lots of housemen trick, it's not like ...

Setahun Lagi

Imej
Erm. 2013. Tahun ini ketuaan yang menjelang memang agak terasa. Barangkali kerana sekeliling dah banyak benda yang berubah. Cuma diri saja yang masih menapak dengan langkah kecil untuk mencari bahagia dalam hidup. Tapi tetap gembira dan bersyukur kerana masih lagi bernafas dan bahagia di samping keluarga tercinta. Moga tahun ini berjaya capai apa yang ingin dicapai. Selamat hari jadi sayang. :) Selamat malam. Assalamualaikum.

30 Minit

Imej
Assalamualaikum. Malam ini terlalu banyak berfikir hingga tak sedar jam dah pun menunjukkan pukul 1.30 pagi. Oh! Insomnia menjadi-jadi. Otak pula jadi terlalu penat dan serabut kerana terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Plantar fasciitis masih tak hilang-hilang, malah makin teruk pula aku rasa setiap kali menapak. Ouh! Signs of aging, and weight gaining of course. Huh. I went to my physiotherapy session a week back. Being advice on what need to do and what not to do. Basically, for my condition, the orthopedic medical officer suggested that I try wax therapy and as well as ultrasound therapy.  Aku memang suka bab-bab fisioterapi. Seronok tengok semangat juang pesakit-pesakit yang berusaha untuk sembuh dan kembali pada keadaan sedia kala. Sesi pertama aku dimulakan dengan WAX THERAPY. Wax therapy yang dijalankan sama seperti keadaan di atas. Terlebih dahulu aku disuruh mencuci kaki sehingga bersih. Selepas itu kaki aku perlu dicelup dalam larutan lilin se...

Smart Is The New Sexy. Bazzinga!!

Imej
[Pictures taken from Uncle Google] Assalamualaikum. Ya ya ya! Aku memang dah ditinggalkan zaman. Sangat-sangat ketinggalan. Tapi aku masih bernasib baik kerana ianya masih berada dalam zaman, bersiaran pada musim keenam. Fizik bukan "cawan kopi aku". Bagi aku ianya teramat membosankan dan buat aku pening-pening lalat bila memasuki kelas tersebut 10 tahun yang lalu. Tapi kini pening itu menjadi ubat dan terapi untuk stress yang terlampau. Lawak yang agak memeningkan tapi masih berjaya buat aku ketawa sambil garu-garu kepala. Yup! It's The Big Bang Theory. Bazzinga! Tiba-tiba ingatan aku terbang semula ke tahun 1999. Beberapa hari selepas keputusan UPSR diumumkan, dan aku adalah satu-satunya pelajar Melayu di daerah tersebut yang bersekolah Cina dan mendapat 7A. Aku ingat lagi beberapa orang wartawan dari beberapa syarikat akhbar datang ke sekolah untuk menemubual aku. Soalan yang sudah boleh diagak, bila dewasa mahu jadi apa, atau dalam erti ka...

Saranghaedo Dwelkkayo?

Imej
Melihatkan Park Shin Yang menerusi RUNNING MAN mengembalikan kenangan dan menghadirkan kerinduan.  Saranghaedo dwelkkayo?

Membebel

Imej
Assalamualaikum. Malam ini terasa rajin pula hendak menulis. Mungkin sebab kelaparan yang ditahan-tahan lalu menggerakkan jari jemari adalah jalan terbaik. Lebih baik daripada menggerakkan mulut dan mengunyah. Heh. Cuti dah nak sampai ke hujung. Tapi kaki masih belum sembuh sepenuhnya. Harapnya naik daripada cuti nanti, kaki boleh berfungsi sebaik habis, bukan seperti sekarang berjalan macam orang terpelecok. Bila dalam keadaan tak sihat sebegini, aku mula teringatkan zaman belajar.  Aku, bukanlah jenis mudah mesra dengan orang, tapi bila aku dah kenal, automatik aku akan jadi sangat mesra. Dunia belajar aku dengan dunia kerja aku totally dua dunia yang berbeza. Dunia belajar adalah dunia yang mana aku beri banyak kasih sayang dan aku dapat kembali kasih sayang yang banyak juga. Dari sahabat sudah tentunya. Bila sakit, ada yang jaga, ada yang bertanya, ada yang mengambil berat. Dunia kerja aku, serasa aku kasih sayang lebih banyak aku berikan kepada pesakit. Ak...