Catatan

Sorotan Sebulan Hidup Obstetrik Dan Ginekologi

Imej
Assalamualaikum.. Sedar tak sedar, dah masuk bulan 8.. Dah sebulan dan seminggu aku bertugas di Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi Hospital Melaka.. Banyak pasang surut dan turun naik, masam masam manis kehidupan seorang pegawai perubatan siswazah.. Entry kali ini, biar pendek.. 4 perkara yang aku agak gerun untuk lakukan ketika baru mula masuk bekerja di jabatan ini.. 1) Setting an IV Branula Masa zaman aku student dulu, pernah buat sekali dua saja.. Jadi bila masuk kerja, agak terkial-kial jugalah nak catch up.. Kalau nak diikutkan, dalam jabatan O&G inilah paling senang nak masukkan branula sebab urat-urat wanita mengandung memang kembang-kembang dan cantik-cantik.. Tapi hakikatnya, aku memang gerun.. Aku takut orang rasa sakit.. Jadi aku selalu FAILED bab masukkan branula, sebabnya aku takut orang sakit.. Haha.. Boleh macam tu? Tujuan masukkan branula sebab nak ambil darah, masukkan air, darah atau apa-apa saja ubat ke dalam salur darah.. Ianya ibarat...

Puaskah?

Imej
Assalamualaikum.. Beberapa hari yang sudah, aku ada mengomel perihal perasaan yang sudah kering dan rasa kosong.. Entah sejak bila, tapi bila aku celik mata, pergi kerja dan balik kerja, apa yang mata aku pandang, aku pandang dengan pandangan kosong.. Terasa benar seperti robot, yang luarnya besi dalamnya tiada apa.. Haha.. Masa zaman awal bekerja, memang selalu kena marah.. Dalam Jabatan O&G, ada seorang specialist yang memang terkenal sangat dengan kegarangannya.. Tak ada doktor pelatih yang tak pernah kena sembur dengan dia, salah cinonet pun memang confirm kena bantai.. Aku ingat lagi, satu pagi, aku post call.. Aku bertugas dari pukul 10 malam hingga 10 pagi keesokannya.. Paginya itu aku ditugaskan ke wad untuk review pesakit.. Seperti kebiasaan, selesai doktor pelatih review, akan ada satu round bersama dengan specialist untuk melihat pesakit dan membuat keputusan tentang rawatan yang perlu diberi.. Kebetulan pagi itu, keempat-empat doktor pelatih yang kerja ...

Real One?

Imej
Have I let go someone who makes me smile? Have I let go the real one? Selamat malam.. Assalamualaikum..

Sedar

Imej
Assalamualaikum.. Picture taken from Google Maaf atas rasa yang hadir itu.. Kini aku sedar.. Dan.. Aku lepaskan ianya pergi.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

Tunggang Langgang

Imej
Assalamualaikum.. Balik agak lewat hari ini, 2 jam lewat.. Hanya berbuka dengan sebiji gula-gula saja.. Tapi aku tak kisah.. Sebab aku rasa aku macam dah tak ada perasaan sangat dah sekarang.. Tumpul.. Numb.. Tak tahu dah nak cakap apa.. Nak tulis apa.. Rasa hidup macam terumbang-ambing, tunggang langgang sekarang.. Aku macam hilang fokus dan tujuan, mungkin kepenatan hidup buat otak aku makin hari makin tumpul, tindakan aku sehari-hari makin lembab dan lembab.. Apa nak jadi entah? Aku tak jumpa lagi mana seronoknya hidup bila dah bekerja, mungkin sekadar duit saja, tapi kebahagiaan yang sebenar? Aku rasa kosong.. Kosong.. Kosong.. Hmmmm.. Selamat malam.. Assalamualaikum.. Heart Speaks : Rasa macam nak pergi jauh, tempat yang tak dikenali orang langsung dan mulakan semula suatu kehidupan YANG SEBENAR.. Tempat yang kamu tidak mengenali si Cahaya Yang Riang Gembira.. Hmmm..

Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Imej
UPDATE : Seperti yang dah aku tulis di perenggan terakhir, lebih elok ditanyakan perkara ini pada yang lebih arif jika masih ada sebarang kemusykilan.. Ada pendapat berkata begini, ada pula yang berkata begitu.. Makanya elok dirujuk pada yang lebih arif.. Aku ada terbaca dalam satu group Facebook di mana ada yang berkongsikan tentang artikel aku ini.. Ada juga yang kongsikan sumber rujukan dari JAKIM.. Sama-samalah kita teliti dan kaji, tak tahu tanyalah pada yang arif.. BUKU PANDUAN PUASA BAGI PESAKIT Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan.. Hari ini hari cuti.. Bolehlah rehatkan sikit otak dan badan dari cengkaman kerja.. Ecewah! Just a short post, aku jumpa di laman Facebook, dikongsikan oleh seorang sahabat aku yang bekerja sebagai jururawat.. Sesuatu yang kadang-kadang buat aku sendiri tertanya-tanya juga.. Malah ada juga segelintir pesakit yang masih ragu-ragu dan tidak tahu tentang letak duduk perkara-perkara seperti di bawah.. PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUAS...

My Memory :)

Imej
Assalamualaikum.. Hari kedua di bulan Ramadan dah nak meninggalkan kita, masuk pula kita ke hari ketiga.. Cuti aku selama 2 hari pun dah habis.. Tak tahu bila lagi boleh dapat cuti begini, memang heaven bila duduk rumah, tak payah fikir nak menghadap beban kerja yang banyak dan kerenah orang yang pelbagai.. Bilalah hati nak mula mencintai kerja yang dah aku buat lebih kurang 3 minggu ini.. Hmmm.. Waktu-waktu duduk tak ada kerja, kadang-kadang aku akan terkenangkan saat-saat yang selalu buat aku senyum.. Saat-saat yang mungkin aku boleh labelkan sebagai kenangan sebab dah hampir setahun dah berlalu.. 1) Saat malam-malam lebih kurang jam 8 hingga 10, rajin duduk menunggu telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk.. Hampir setiap kalinnya, akan bermula dengan pertanyaan APA KHABAR, SIHAT? Lalu, tak semena-mena aku pasti akan tersenyum.. 2) Saat orang tiba-tiba hantar pesanan dan beritahu dia akan menaiki bas dan pulang ke ibu kota, dimintanya menemani dia sepanjang ...