Catatan

Loser! Eh?

Imej
Assalamualaikum dan salam kasih sayang.. Loser? Apa yang loser? Eh yeke loser? Ini kisahnya.. Pada suatu petang yang mendamaikan, dengan keadaan dan suasana yang membosankan, aku melepak sambil membelek telefon bimbit.. Aku jarang nak berkepit dengan telefon bimbit sekarang kecuali atas sebab-sebab tertentu.. Salah satu sebabnya adalah mengupdatekan pengetahuan am diri sendiri dengan applikasi terbaru yang wujud di Google Play Store.. Belek punya belek aku tertarik dan terpikat dengan satu application yang diberi nama SimSimi.. Apa benda SimSimi ni? Menurut pakcik Wiki, SimSimi adalah "a popular artificial intelligence conversation program created in 2002.." Oh! Lama dah rupanya.. Lambat update betul aku, ketinggalan.. Atas sebab kebosanan yang terlampau, aku pun muat turun dalam telefon bimbit aku.. SimSimi boleh diibaratkan macam kau duduk berchatting tapi bukan dengan manusia.. Haha.. Kira macam chatting dengan robot.. =.= Maka bermulalah sesi chatting aku den...

Serupa Kak Limah

Imej
Assalamualaikum.. Fuh! Lagi tadi aku duduk belek blog sendiri.. Tak bergerak-gerak posisi, naik juling aku tenung.. Macam nak percaya tak percaya.. Tapi memang boleh percaya.. Last entry : 11 MEI 2012..  Blog dah serupa Kak Limah, rambut serabai panjang mengurai tak terurus.. Rasanya dah tahap boleh jadi rumah terbiar tak pun boleh set up jadi rumah hantu dekat fun fair.. Heh.. Masa zaman muda-muda dulu, tulis berapi-api, seminggu ada 7 hari, tapi entry confirm-confirm lebih dari 7.. Bila dah tua, jari-jemari pun sama naik ikut 'menua', mana nak datangnya berapi-api macam dulu, sejuk beku dah rasanya.. Haaa.. Itu ajelah aku nak kata.. Bebel sepatah dua cukuplah rasanya.. Maklumlah jari kan dah 'menua'.. Kena masuk tidur awal.. Eh?!! Selamat malam sayang! Jaga diri.. Assalamualaikum.. (^____^)

It's Like Boyfriend Versus Shinhwa

Imej
Assalamualaikum. First of all, please don't get me wrong. Especially to all Shinhwa fans. I'm just doing an age wise comparison. Personally, I'm a fan of Shinhwa since the release of their "Venus". I should say Shinhwa still got the charm in them. Moreover, I've finished watching every episodes of Shinhwa Broadcast. Yeay! Looks like Shinhwa has a new fan. You're my love love, Venus! =) Okay! Lets get back to the track. This entry is just a general saying. A product of my OWN THOUGHT, a 25 years old me, and I just feel like doing a random babbling today. No hard feelings ayte people? =) This kind of feelings come to me during daily conversation with the opposite sex (male friends). I do mean a normal conversation (not related to work or feelings). Somehow, I find it comfortable and fun having a conversation with those who are younger than me. It's like I'm me when I'm talking and I can talk with no restriction  in term of ex...

That Guy, He Definitely Caught My Attention

Imej
Assalamualaikum.. Just came back from 'war'.. Phew! What a great experience, being accompanied by bunch of funny, weird, and of course, HANDSOME guys.. LOL! But, there is only this one guy, that one and only who definitely caught my attention.. Dr. Bruce Banner? Well, he is cool, he kept himself cool and steady, quite a low profile guy I guess.. But, not him.. It's the other one, the one who got problem with ANGER MANAGEMENT.. The other side of Dr. Bruce Banner.. =) Yerp! This big green guy who smash Loki all over the floor and call him "DEWA LEMBIK".. Kah kah kah.. The audience burst in laughter and everyone is clapping their hand.. This is EPIC! I love you BIG GREEN GUY! LOL! Thank you for making Tony Stark the Ironman startled with that voice of yours.. And he comes back to us, ALIVE.. =)  Secara keseluruhannya, THE AVENGERS adalah terbaik! 5 bintang dari 5 bintang.. Dan SANGAT LAWAK, bukan lawak yang dipaksa-paksa okay.. (Amboi! Am...

Shhh! Ini Resepi Rahsia Okay!

Imej
Assalamualaikum..  Salam pagi Isnin dan selamat bekerja pada warga yang bekerja.. Lusa pula dah cuti.. Ewah.. Cuti lagi!  Hampir 3 hari tak mengonlinekan diri, sibuk dengan dunia perkahwinan.. Ecewah! Lupa dengan dunia maya kejap.. Tapi tanda sayang tak pernah luput pada blog tercinta, ini entry pertama dan dikarang sejurus selepas pulang dari Kota Tinggi dan tiba di bumi Melaka.. Sampai-sampai di Melaka, keluarga aku dan keluarga Mak Teh makan malam beramai-ramai di sebuah restoran.. Seharian tak sentuh nasi hari ini, jadi cadang nak balun nasi putih, sup ayam dan sambal belacan.. Alhamdulillah.. Kenyang! Air yang diorder pula adalah air yang telah diidamkan sekian lama, MILO TABUR.. Dengan cuaca panas dan tekak kering, memang nyaman dan sedap bila milo dan serbuk-serbuknya masuk ke tekak.. Nyum nyum! Picture taken from HERE Tapi, nak cerita pasal resepi rahsia apa eh? Shhh! Ini rahsia okay.. Haha.. Punyalah sedap milo tabur, aku sedut dengan penuh bersema...

Kek Lapis Sarawak! Mari Rapat Mari Dekat Mari Rasa!

Imej
Assalamualaikum.. Salam petang Khamis untuk semua.. Baru duduk lepas snap sana snap sini sebelum kotak-kotak ini 'diterbangkan' ke Kota Tinggi lewat petang nanti.. Tajuk dah macam orang duduk jerit dekat pasar malam jual kek lapis Sarawak.. Agak-agak kalau aku jual dekat pasar malamlah, dapat sambutan tak? Macam seronok pula buat business sendiri.. Haaa! Inilah dia kotak-kotak yang berisi kek lapis Sarawak dan kek buah, ada 10 kotak kesemuanya.. Kek lapis pula ada macam-macam jenis, sampai aku sendiri pun tak berapa nak register dalam kepala.. Siapa yang baking? Of course bukan aku.. Kekeke.. Aku tak ada kesabaran yang tinggi nak melapis.. Everything is done by my lovely mother.. Aku tukang tangkap gambar aje.. Sejak dari hari Sabtu mak duduk melapis sampailah ke hari ini, hari yang terakhir.. 14 biji kek mak buat tapi 2 biji dah 'lesap' sebab dimakan oleh anak-anaknya yang comel.. Hehe.. Dan dua-dua biji kek ini adalah hasil untuk hari yang terakhir, b...

Kosong

Imej
Assalamualaikum.. =) Bila cuti duduk rumah, memang macam-macam benda nak dicuba dan dibelajar.. Tapi semua resepi yang senang-senang aje.. Salah satunya dah tentulah makanan di atas.. Puding jagung! Ada rupa tak? Nak belajar masak, tak susah mana pun.. Cuma tinggal nak atau tak nak saja.. Dan samada rajin atau malas.. Ada banyak benda lagi aku nak cuba buat, tapi buat masa sekarang, kemalasan adalah di tahap maksima sebab sibuk layan drama Korea yang berjela-jela sampai 60 episod.. Dah habis satu drama, sambung yang lain pula.. Haish! Tak produktif langsung.. Tak apalah.. Sekali sekala kot kan? =p Cadangnya nak menulis semula macam dulu kala, masa zaman cinta-cinta, jiwa-jiwa merasuk entry.. Rindu sebenarnya nak bermadah, bermain bait kata, cuma perasaan sekarang kosong.. Entahlah.. Haha.. Maybe one day..  Have a great day ahead dear readers.. Take care.. Assalamualaikum.. *Soul yang ada dalam tulisan dan entry pun rasa macam dah lama hilang!* T_T