Catatan

Indah Rasa Bila Diri Dihargai

Imej
Assalamualaikum.. Sebelum lena mata ini dipejam, aku ingin berkongsi sesuatu yang aku baca dan benar-benar membuai rasa.. Pasti ada yang sudah membacanya juga.. Puisi Zahiril Adzim buat isteri tercinta, Shera Aiyob.. * * * * * "Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta. Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku, Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu, Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan, Setiap panas dan terik. Setiap nafasku. Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala. Isteriku, Selamat datang ke hidupku, Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak, Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku. Selamat menjadi keluargaku, S...

Encik, Selamat Hari Lahir

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad.. Tanggal 1 Muharram 1433 H.. Bersamaan 27 November 2011.. Salam Maal Hijrah buat semua.. Hmmm.. Pada tarikh ini juga, beberapa puluh tahun yang lalu, lahir seorang bayi lelaki.. Bayi lelaki yang comel, kot?  Dan selepas beberapa puluh tahun itu, bayi lelaki itu kini sudah menjadi seorang jejaka.. Dan telah tertulis dalam takdir aku takdir dia, kami berkenalan dan menjadi sahabat.. Bila dicongak-congak, rasanya perkenalan dan persahabatan ini sudah mencecah 2 tahun setengah.. Syukur.. Sepanjang mengenalinya, bagi aku dia seorang yang misteri, kadang pelik, dan tak banyak berbicara dan bercerita pada awalnya.. Makin lama mengenali dia, baru aku tahu apa makna loyar buruk dan kartun yang sebenarnya.. Seorang yang selalu bikin aku tersenyum dan marah pada waktu yang sama.. Perkara-perkara yang paling aku ingat berkaitan dengan dia dan sampai bila-bila pun aku takkan mungkin lupa, PERTAMA, "salam doktor" dan KEDUA, "selamat ...

Salam Maal Hijrah 1433 H

Imej
Mudah-mudahan, yang telah berlalu pergi kita jadikan sempadan dan pengajaran.. Dan untuk esok, kita buka lembaran baru, kita orak langkah supaya hari ini dan seterusnya adalah lebih baik dari hari-hari yang telah kita lalui dan tinggalkan..  Assalamualaikum.. P/S : Baru sampai ke rumah, penatnya tak terkira selepas berkemas.. Mata pun layu dan berat saja.. Esok perlu ke sana lagi.. Rumah baru berdepan dengan masjid besar Melaka, dapat bersama-sama mendengar, berdoa dan mengaminkan doa akhir tahun dan doa awal tahun tadi.. Azan pun kedengaran sangat kuat dan jelas.. Syukur.. Mudah-mudahan ini jadi satu benda yang bawa diri ke arah lebih baik di tahun baru ini.. 

Selamat Datang Ke Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

Imej
Assalamualaikum.. Riang gembira hati menulis sekarang sebab kini dah meninggalkan bumi Kuala Lumpur yang penuh kisah ranjau duka, selamat tiba di Melaka tepat jam 2 petang tadi dan kini bersama keluarga tercinta.. This is just heaven.. Eh.. Apa pasal duduk selamat datang ke Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) eh? Aku dah tukar proffesion dan menjadi guru pula ke? Kalaulah boleh tukar begitu saja, dah lama aku buat.. Tak larat nak menempuh dunia perubatan.. Heh.. Tak apa, lupakan kejap, balik semula kita ke IPPM.. Apa cerita eh? Kredit gambar kepada SITE INI Kepada para peminat Cahaya Yang Riang Gembira, wahai adik-adik bakal cikgu sekalian, walaupun anda semua dah bercuti dan tak berada di IPPM, tapi sekembalinya anda ke IPPM, anda semua akan mendapat ahli keluarga baru, iaitu Cik Cahaya Yang Riang Gembira dan keluarga.. Haaa.. Happy tak? Happy tak? Haha.. Budget macam artis, popular ke? Salah satu tujuan kepulangan aku kali ini, bukan saja balik berc...

Wordless Wednesday #12 : An Apple A Day Keeps The Doctor Away

Imej
Eat apple a lot.. Love a lot.. Salam Rabu untuk semua.. Moga urusan anda hari ini berjalan lancar.. Mudah-mudahan.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)

Tips Mencari Pasangan Versi Ultraman

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Selasa untuk semua dan selamat bekerja.. Eh, ke ada yang buat-buat cuti umum sendiri? Ekeke.. Apa pun, kerja elok-elok ya.. Jangan mengular..  Pagi ini cukuplah entry pendek.. Sweet and simple.. Perihal mencari pasangan.. Status di bawah ini aku baca di dinding mukabuku seorang sahabat lama ketika di sekolah rendah.. Nak gelak aku membacanya.. Tapi, makna dia mendalam.. Jom usha.. * * * 找男朋友,要求不要太多了,又帅又有车的,那是象棋。有钱又有房 的,那是银行。有责任心又有正义感的,那是 Ultraman。又帅有车有钱有房又有责任心与正义感的,那是 在银行里下象棋的 Ultraman * * * Okaylah.. Aku tolong translatekan tapi tak adalah sejibik sejibun.. Aku ambil intipati saja.. "Kalau nak cari teman lelaki, permintaan tak perlu tinggi melangit.. Nak yang kacak bergaya berkereta, itu dah macam catur.. Nak banyak duit dan berharta, itu bank.. Nak yang bertanggungjawab dan adil, itu pula dah macam Ultraman.. Nak kacak bergaya berkereta, banyak duit berharta, bertanggungjawab dan adil, itu dah macam Ultraman yang main cat...

Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Imej
Haih.. Betul-betul tak ada kerja aku ni.. Layan jiwang kejap.. Selamat malam Malaysia.. Assalamualaikum.. * * * "Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi.."