Catatan

Mimpi Yang Jadi Nyata

Imej
Assalamualaikum.. Selamat malam untuk semua.. Selamat sampai rumah juga akhirnya tepat jam 8 tadi.. Ingatkan akan tersadai di mana-mana pelosok bumi di Malaysia ini.. Heh.. Hari yang perlu diingati dan disemat dalam otak, dalam jiwa dan dalam raga.. Mana mungkin boleh lupa.. Bukannya tak dijangka, tapi tetap juga hati tak kuat walau benda terjadi seperti yang kita jangka.. Jauh lagi perjalanannya.. Banyak lagi perlu dipelajarinya.. Mimpi yang dah jadi nyata.. Mimpi kalau indah, jadi nyata, pasti seronok rasanya.. Ini mimpi buruk, kalau jadi nyata, perit yang dirasa memang bukan calang-calang menusuk ke jiwa.. Ternyata mimpi keseorangan itu, kini dah jadi nyata.. Pujuk hati dari tadi, tapi mana mungkin baiknya dalam sekelip dua kelip mata kita ini.. Lukanya tetap akan rasa, sampailah berakhir kelak 6 bulan perjalanan penuh ranjau ini.. Meninggalkan Kuala Lumpur tepat jam 6 petang tadi.. Hati yang tak berhenti meragam, tambah lagi dengan mata yang tak boleh nak duduk diam, asyik gatal na...

For Whatever That May Happen, Stay Cool And Stay Cute..

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin.. Semoga ceria dan senyum selalu di pagi Isnin.. Jangan ada Blues Blues di pagi Monday okay.. Masa sentiasa berjalan ke depan, macam mana kita duduk ber-Blues, mengenang itu ini, merisaukan itu ini, masanya tetap akan tiba.. Cuma perasaannya, lama atau kejap.. Jadinya apa kata, cer-senyum cer-senyum macam kanak-kanak riang di bawah.. Kalau boleh ukir senyum paling lebar di pagi Isnin ini, macam senyum kanak-kanak comel berbaju merah putih itu.. Cer-perhati cer-perhati.. Comel bebeno awok nengoknya.. =p Malam semalam, seperti yang dirancang, tercapai juga hasrat menjejakkan kaki ke bandar Kajang.. Cuma tak sempat menjenguk sekolah tercinta, SMK Convent Kajang saja.. Kali ini pergi berlima, memecut keluar dari Universiti Malaya dalam pukul 9 lebih.. Seriously, aku suka jalan-jalan malam hari.. Tambah lagi kalau bukan aku yang memandu, lagi aku suka.. Duduk dan perhati keliling dalam sejuk air-cond kereta.. Fuh!! Tempat yang dituju, macam yang dah disebu...

Hari Ini Ahad.. Esok Hari Isnin..

Imej
Assalamualaikum.. Ya ya.. Betul betul.. Hari ini Ahad.. Esok hari Isnin.. Dan tak lupa semalam adalah hari Sabtu.. Memandangkan cuma ada aku dan seorang lagi rakan yang tinggal terkontang-kanting di asrama Kolej 12, dek kerana bosan dan tak reti menghadap jalan di Kuala Lumpur, maka kami berdua pun memecut keluar dari Kuala Lumpur untuk mencari makan, malam semalam.. Tak jauh mana pun, 20 minit dari Kuala Lumpur.. Tempat yang dituju, Bandar Baru Bangi.. Sengaja memilih tempat yang aku arif, walaupun sebenarnya tak adalah arif sangat.. Berbekalkan 2 tahun pengalaman tinggal di Bandar Baru Bangi, iaitu lebih kurang 10 tahun yang lepas, kami pun meredah malam, mencari tempat makan yang best.. Sebelum pergi, sempat aku Google tempat makan apa yang best.. Tak banyak mana aku sempat Google, cuma sempat baca entry pasal Yati Ayam Percik dan Tupai-Tupai.. Masuk saja Tol Bangi, ikutlah signboard dan menuju ke Seksyen 9.. Cari punya cari, last-last kehilangan Seksyen 9.. Haha.. Akhirnya, landing...

It's Me

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Sabtu semua.. Hari ini secara rasminya aku mengupdate blog dengan rasa tenang tanpa debar dan getar dalam dada.. Ecece.. Sehari dua ini, ingin menulis blog sepuas-puasnya, melepaskan segala resah dan tekanan dalam kepala dan jiwa.. Biar lepas, biar campak, jauh-jauh.. 2 minggu lamanya.. 21hb Mac 2011 sehingga jejak 1 April 2011, berlangsungnya peperiksaan profesional pelajar perubatan tahun akhir.. Ini yang menentukan jalan selepas ini, doktor atau masih lagi pelajar doktor.. 5 komponen perlu dilalui dan sememangnya bukan mudah.. I should say, life as a medical student, took half of my life away.. Phew!! Komponen lain tak berapa teruk stressnya, tapi komponen yang terakhir yang aku lalui 2 hari lalu, betul-betul buat aku jatuh terduduk.. Aku jadi terlalu fragile.. Akhirnya aku gugur juga.. Sebelum mula melangkah masuk ke dewan peperiksaan pun, aku dah mula menangis sampai mata bengkak.. Sungguh aku rasa lemah semangat tatkala itu, kepala aku kosong tiba-tib...

You May Be, Just A Little Bit Deewani...

Imej
Assalamualaikum.. Eh!! Khamis.. Inilah harinya.. Ada beberapa jam lagi, perkara yang mendebarkan jiwa akan berlaku.. Mata pun tak boleh nak lelap, buku depan mata, tapi mata dah naik juling baca.. Kawan-kawan!! Doakan ya.. Jujur aku berdebar rasa macam nak terkeluar jantung.. Takut tak terkata.. Okay dah.. Sekian update pendek dan tak lebar.. Semoga hari Khamis ini dipermudahkan dan tugas aku boleh dijalankan dengan sempurna.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. LOVE SPEAKS : Kalau LOVE boleh makan macam coklat, aku rasa macam nak makan 100 keping coklat.. Dark chocolate, pahit.. Chocolate biasa, manis.. White chocolate, manis gilerr.. Susahnya nak buat pilihan.. Haha.. =p You May Be.. Just A Little Bit Deewani.. Thodi Thodi Si Crazy.. But Baby.. You're THE ONE.. =) - Entah kenapa suka sangat dengar lagu dari filem Aladdin ini.. Rasa macam watak heroin pula.. Hoho.. -

Ting Tong With Love

Imej
Assalamualaikum.. Ohh!! Lama sungguh rasanya tak cium bau blog.. Bau entry-entry, bau dunia maya yang warna-warni.. Ngee.. Minggu ini memang penuh dengan kepenatan jiwa dan emosi.. Mental didera dengan begitu teruk sekali, cuba bertahan dengan sisa kekuatan yang masih ada, walau kadang rasa macam dah nak berputus asa..Tapi putus asa sepatutnya tak ada buat masa ini, sebaliknya usaha sampai ke titik akhir, itu yang sebaiknya.. 4 komponen sudah selesai dan hanya tinggal satu saja lagi penentu untuk jalan masa depan.. Jalan yang macam mana, aku sendiri pun masih belum pasti.. Pagi tadi selesai komponen keempat, iaitu klinikal kes panjang.. Seorang pesakit diberi, dan anda diberi masa 1 jam untuk bertanya soalan dan memeriksa pesakit, dan ada lagi 10 minit untuk sesi pembentangan kes anda.. 3 orang pemeriksa, aku rasa bertuah sangat sebab mereka semua sangat baik dan banyak membantu.. Pesakit yang aku dapat tadi menghidap penyakit kanser pundi kencing.. Adalah juga soalan yang tak dapat di...

10 Days In Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah

Imej
Assalamualaikum.. Macam lama tak cerita kisah hidup sendiri.. Conteng sikitlah, sebab mungkin nanti tak berkesempatan nak update.. Atas sebab "tugas besar" yang aku pikul sekarang ini, 2 minggu lamanya, aku dan rakan-rakan ditempatkan di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah atau Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya.. Blok A di tingkat 6.. Selasa yang lepas aku dah tidur di sana semalam, malam keeseokan harinya aku pulang semula ke Ipoh.. Asramanya boleh tahan cuma agak tak selesa sebab blok yang didiami adalah blok lelaki.. Bila naik lif, budak-budak lelaki sure pandang-pandang.. Mana tidaknya, blok lelaki derr.. Yang memisahkan kami cuma pagar-pagar yang berkunci.. Tapi bila tingkat atas bawah kiri kanan dikelilingi lelaki, memang seram tahap dewa.. Tak boleh nak buat apa, sebab itu saja asrama yang ada dan itu dah memang tempat untuk pelawat.. Nak tak nak, bersabar dan jaga diri elok-elok sajalah.. Senario yang mungkin anda lihat, malam-malam sampai pukul 3, 4 pagi pun budak...