Terkejut "Jumpa" Cinta Lama..
Assalamualaikum.. Semenjak dua menjak mula berblogging dengan hati yang waja, ada sahaja bahan-bahan yang boleh dijadikan bahan untuk entry aku.. Kadang-kadang sampai aku karang atas paper dulu apa yang aku nak coret dalam entry.. Berapa banyak kertas aku karang, kalah budak-budak buat karangan BM untuk SPM.. Kali ni perkongsian cebis-cebis kehidupan aku sekarang dan masa silam.. Semoga tak bosan untuk tatapan.. Semalam tepat pukul 6.32 petang aku terima mesej di MySpace yang aku jarang buka.. Datangnya dari seorang jejaka yang pernah hadir dalam hidup aku lebih sedekad yang lepas.. Ketika itu.. 9 tahun.. Erk.. Ya.. 9 tahun.. Aku tahu agak muda dan comel tetapi cinta tidak kenal usia.. Betul tak? Seorang kekasih lama.. Serious ada debar dalam dada, tapi mungkin tiada rasa cinta.. Sebab dia hanyalah cebisan kisah-kisah lama.. Agak terkejut.. Agak terpinga.. Hadirnya dia kembali buat aku gembira.. Mungkin sebab dapat jumpa kawan lama.. Masih segar lagi dalam ingatan aku saat perkenalan d...