Gila Lawak Atau Lawak Gila?
Assalamualaikum. Tengahari buta, tambah lagi baru lepas masak dan mengemas, lalu mentekedarah dengan tak ingat dunia, maka memang sangat tergoda untuk tertutup rapat. Barangkali awal sangat bangun agaknya hari ini. Haha. Aku nak kongsikan persembahan Maharaja Lawak Mega Minggu Kelima malam tadi yang paling aku suka. Dengan tema minggu ini iaitu BEBAS, rata-rata peserta menunjukkan kemajuan dan boleh dikatakan episod malam tadi lawak jugalah. Dam persembahan yang terpaling disukai dan diminati adalah perse,bahan kumpulan Shiro. Walau hakikatnya aku peminat tegar kumpulan Sepahtu, tapi Shiro telah berjaya sedut perhatian dan curi gelak tawa aku. Haha. Jom saksikan Shahrol menjadi bangla penjual karpet. Scene paling epik dah tentu bila makcik cantik disuruh bercakap dengan Babu melalui telefon. Gila lawak arr!!! Apa pun, selamat berhujung minggu. Dah 2 minggu tiada ulasan Maharaja Lawak, terlalu sibuk dengan kehidupan sekarang. Kehidupan yang riang g...