Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Secret Recipe

Red Velvet Si Baldu Merah Dari Dapur Secret Recipe

Imej
Assalamualaikum. Selamat pagi dan salam Jumaat semua. Walaupun sebenarnya entry ini aku tulis pada malam sebelumnya. Sekarang suka sangat tulis scheduled post. Tulis banyak-banyak, just set date and time, publish. ^^ Semenjak dua menjak kalau belek Instagram mesti ramai umat yang duduk post gambar kek red velvet walaupun hakikatnya demam red velvet dah melanda lama dulu. Aku pernah buat dulu sekali, tapi sebab kurang menjadi, maka aku give up. Bab-bab kek memang surrender dari awal. Leceh!  Secret Recipe juga tak ketinggalan untuk keluarkan Red Velvetnya. Jadi dek kerana teringin sangat nak merasa red velvet kesukaan ramai ini, aku dengan tamaknya beli sebiji kek red velvet. Jangan tiru perangai kakak ya adik-adik. Cuba try test beli 1 slice dulu. Kalau berkenan, nak angkut 10 biji pun tak ada hal. Balik rumah dengan excitednya terus potong. Makan sesudu, okay boleh tahan. Makan dua sudu, tiga sudu, dah mula terasa kelemakan dan kemuakan yang berjuta kali ganda. Na...