Resepi Sarapan Pagi Merangkap Pemanis Mulut Yang Pelik Tapi Tak Sangka Sedap
Assalamualaikum. Gila betul. Tak boleh panjang lagi ke tajuknya? Haha. Style juga sebenarnya bila buat entry dengan tajuk yang panjan meleret. Okay, sebenarnya ada banyak sangat resepi nak dikongsikan, tapi semuanya duduk terperap dalam draft, malas benar nak mengarang. Sibuk memikirkan tentang kehidupan, almaklumlah. :) Jadi kali ini, resepi yang akan aku kongsikan sebenarnya adalah untuk sarapan pagi tapi dalam masa yang sama juga boleh jadikan sebagai pemanis mulut, ala-ala puding gitu. Haha. Aku tengok rancangan Happy Together, resepi ini dikongsikan seorang atlet ice skating, hari-hari pertandingan memang dia makan makanan ini saja. Katanya cepat, mudah dan sedap. Aku memang tak percayalah, aku kata PELIKNYA!!! Jom tengok. Dua keping gambar, satu di zaman gelap dan satu lagi selepas mengalami pencerahan. Haha. Aku rasa ini sangatlah sesuai untuk budak-budak yang liat nak sarapan. Maklum saja, budak kecil suka makanan manis-manis belaka. Ya tak. Tapi tak elok...