Resepi Paprik Ayam Yang Riang Bergembira Sebab Mudah Dimasak Dan Enak Dimakan
Assalamualaikum. Tajuk entry kalau tak pelik tak sah. Memanjang nak enter frame saja nama Cahaya Yang Riang Gembira, dalam resepi pun nak bubuh nama sendiri padahal masakannya terlalu common dan dah terlalu ramai orang yang masak dengan cara dan selera masing-masing. Alah. Apa ada hal. Sweet tak gambar abang dengan kakak kita dekat bawah? Itu memang dah jadi impian dan fantasi indah bagi pasangan yang dah berkahwin mahupun yang teringin nak kahwin (macam aku). Haha. Tolong menolong di dapur adalah amalan mulia, di samping boleh menjadi pengerat hubungan suami isteri. Okay Farhana, masa belum time lagi ya untuk kau. Sila fokus dulu pada kerjaya, pada mak abah dan pada adik-adik ya. ^^ Kali ini aku kongsikan resepi paprik ayam. Sebab apa resepi ini jadi pilihan, sebab ianya adalah makanan favourite kebanyakan kita masa zaman belajar dulu. Kalau sampai kedai makan, duduk fikir kejap, semalam dah makan sup ayam, kelmarin dah makan tomyam, esok nak makan telur bistik...