Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Penyebab Senyuman Dalam Rahsia

I Have Always Wanted To Ask You This . . .

Imej
Assalamualaikum. Good morning people. It's Sunday. Hoping that you are enjoying your weekend with friends and family. When I started the first word for this entry, I still cannot decide on the language that I should use to write this particular post. If I use Bahasa Malay then it'll gives some kind of romantic vibes, well, as you may know, I tend to be a lot more "jiwang" when I wrote an entry using Bahasa Melayu. I go for English then so that it doesn't sounds too awkward. Ngee. Last night around 9, I received a text from someone, a "friend" that I'll miss, occasionally. A simple text asking how am I doing now, am I in the pink of health. It is nearly a month since our last texts and all. Yes, there are times that I do think of this someone, there are a few occasions where I desperately feel the need to send a text to this person, because somehow I feel a little comfort through the conversation.  Even though we are not exchanging tons of te...

Their Love Story

Imej
Assalamualaikum. Salam pagi Rabu. Hari ini 9 April. 2 hari yang lepas, iaitu 7 April adalah hari ulangtahun perkahwinan yang ke-28 kedua orang tuaku. Walau banyak turun naik dalam kehidupan, aku cuma harap kami semua dapat menempuh dugaan hidup ini bersama-sama sampai ke akhirnya. Hari yang sama juga adalah hari ulangtahun perkahwinan abang sepupuku. Sudah 2 tahun dia mendirikan rumahtangga bersama isterinya yang tercinta yang mesra dengan panggilan Kak Yong. Sejujurnya aku tak pernah tahu kisah cinta mereka, dan aku tak pernah tahu abang sepupuku sedang bercinta. Tup tup saja bertunang dan berkahwin. Rupanya ada kisah yang sangat menjadi inspirasi di sebaliknya. Ecewah. Al kisahnya, abang sepupuku dan Kak Yong cuma berkenalan melalui alam maya saja. Hendak dijadikan cerita Kak Yong dalam diam meminati abang sepupuku. 3 bulan lamanya masa yang diambil untuk memulakan perbualan di Facebook dengan abang sepupuku. Dek kerana kesibukan abang sepupuku saat itu, maka dia san...

Three Smileys

Imej
Assalamualaikum. It's nearly 5 in the morning, azan for Subuh prayer will be recite in a short while. Suddenly waking up in the middle of the night. After the prayer, and now here I am in front of my laptop browsing for some materials to be read. Fill in my brain with some knowledge and doing research on what course should I take for my master. Erm. I never thought it will be such a difficult decision to make. Anyway, unknowingly, I drop out a few smileys through Yahoo Messenger. At 4.30 a.m., leaving message over YM, where you know that person perhaps has never open his YM for quite sometime. Haha. But who cares, suddenly at time like this, my mind constantly remind me of someone. So I left there a few smileys. For Penyebab Senyuman Dalam Rahsia. That's where it all started, our friendship, giving out phone number, sending text to a wrong number and then only getting the right phone number. And that is almost 4 years ago. A really great moment to reminisce. Some o...

Tiga Puluh Satu Januari :)

Assalamualaikum. Satu topik yang selalu difikir-fikirkan. Betul tak? Erm. Kadang-kadanglah. Tak adalah selalu. Haha. Artikel ini dipetik dari blog AKU ISLAM hasil penulisan Muhammad Naim . 31 Januari untuk tahun yang baru akan menjengah tak lama lagi. Yeah. Again. 31st of January. Jadi untuk menyambut pertambahan setahun lagi pada usia, kita sedut sikit aura positif dengan baca artikel yang positif. ^^  * * * * * "Belum berpunya. Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya. Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dal...

Selamat Hari Lahir Penyebab Senyuman Dalam Rahsia :)

Imej
Assalamualaikum. 27 November hadir lagi. Cuma tahunnya yang berbeza. Begitu juga dengan usia. Menginjak lagi satu tahun nampaknya. Entry ini entry yang ke satu ribu dan satu dalam Cahaya Yang Riang Gembira. Bukan satu juta kali dan satu. :) Seperti di tahun 2010 , entrynya tiada bergambar, entry tahun ini mungkin kurang gambar. Tidak semeriah entry di tahun 2011 , mungkin lebih banyak tulisan barangkali berbanding tahun 2012 . Hakikatnya, kau aku, kita sahabat sejak 2009 lagi. Penyebab Senyuman Dalam Rahsia pula adalah gelaran aku untuk kau. Tapi, gelaran itu rahsia. Cuma aku saja yang tahu gerangannya siapa. Shhh. Detektif Conan pun boleh juga. Kartun!! Cebisan ini dicoret tanggal 4 November 2013. Sehari selepas aku nekad untuk padamkan terus gelaran Penyebab Senyuman Dalam Rahsia dan biarkan perasaan yang aku rasa kembali jadi kawan saja. Meletakkan noktah pada sebuah gelaran dari aku untuk kau. Aku harap ini saat dan ketikanya sebelum aku melupakan gelaran Penyebab ...

Not Everything Comes Easy In Life :)

Imej
Assalamualaikum. Salam hujung minggu dan salam kasih sayang untuk semua. "Not everything comes easy in life."  Tak pelik pun. Memang ini diakui semua. Kau tahu, aku tahu dan kita semua tahu. Tak semua  di dunia ini datang dengan senang dan mudah. Ada benda yang memang senang kita dapat,  ada pula yang sukar. Dan antara kita dan orang lain juga berbeda. Ada sesuatu yang kita senang  dapat tapi sukar untuk orang lain, begitu juga sebaliknya. Tergerak hati aku untuk mencoret sesuatu selepas apa yang aku lalui hari ini. Satu pengalaman orang kata. Walaupun hakikatnya pengalaman ini memang selalu dah aku lalui. Ianya bukan kekalahan  atau tak keberuntungan. Cuma ibarat batu penghadang jalan yang buat kita jatuh dan tersadung, luka sedikit, sebelum sampai ke destinasinya. Dek kerana usia aku yang makin hari makin menua (Menua? Haha!), ramailah rakan dan saudara mara yang cuba  mengkenenkan dengan orang itu, memadankan dengan orang ini, berk...

Misi Raya 2013 Si Cahaya Yang Riang Gembira

Imej
Assalamualaikum. Bulan Syawal akan menjelang tak lama lagi, ramailah suri-suri rumah duduk memerap dekat dapur bermainkan tepung, mentega, gula dan segala macam lagi bahan, berkelentang-kelentung di dapur bikin biskut bikin kek. Tahun ini tak seperti tahun sudah, mak tak ambil banyak sangat tempahan baju raya, sebaliknya mak ambil lebih banyak tempahan untuk kek buah, kek marble dan kek lapis Sarawak. Tahun ini juga aku dan mak terlebih rajin nak buat biskut. Tapi cuma 2 jenis saja biskut klasik, yang mudah, cepat, dan sedaplah of course. Kekeke. Biskut suji dan biskut semperit. Adalah dalam 15 balang kesemuanya. Kali terakhir buat biskut rasanya 3 ke 4 tahun yang lepas. Malas nak menghadap oven dengan tepung-tepung al kisahnya. =.= Tahun ini, sama juga seperti tahun yang sudah-sudah, mak akan tanya, "Tak pos kek dekat orang tu?" Oh mak! Tak pernah lupa nak tanya ya tiap-tiap tahun. Mak semenjak dua menjak ini, dah bertukar profesion, jadi spy separuh masa. A...

Saya Suka Dia

Imej
Assalamualaikum. Ah! Aku menulis lagi. Tahniah. Mungkin ini saja caranya untuk ceriakan sedikit hidup yang suam-suam kuku ini, yang balik-balik penuh dengan masalah, krisis dan macam-macam lagilah. Well, this is life. Whatever happens, don't ever forget, to smile. :) Kali ini, satu lagi kisah. Seperti entry yang sebelumnya, tapi kali ini kisah yang datang dari hati, yang melahirkan sebuah perasaan, kisah suka. Bukan cinta ya, tapi suka. Kenapa tiba-tiba mahu bercerita? Entah, mungkin aku rasa kalau aku tak luahkannya sekarang, lain kali mungkin tiada lagi keberanian dan peluang. Walau hanya dalam bentuk penulisan. Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Bulan Disember tahun lepas barangkali. Aku dan emak ada rutin iaitu berkunjung ke rumah seorang ustazah yang aku gelar beliau dengan panggilan ibu. Dalam sebulan sekali, aku dan mak akan datang menjenguk ibu, sambil berborak, berbincang, soal kerja, soal kehidupan, soal hati dan perasaan, soal agama dan macam-ma...

27 November 2012

Imej
Assalamualaikum.. Hmm.. Tak sangka masih lagi berdiri teguh dan menghirup udara pada tanggal 27hb 2012.. Satu lagi tarikh baru pada tahun 2012.. Tahun ini mungkin tak seperti tahun-tahun yang sudah, banyak  yang dah berubah.. Tahun berganti, usia bertambah dan manusia juga kadang turut ikut berubah.. 27 NOVEMBER 2010 27 NOVEMBER 2011 2012? Hmm.. Mungkin tak seperti yang sudah-sudah.. Mungkin tahun ini tiada apa yang termampu ditulis dan diucap.. Cukuplah sekadar mengingati kembali apa yang pernah dicoret dulu pada tarikh ini.. Yang dah berlalu tetap akan berlalu.. Kenangan akan selamanya jadi kenangan.. Ucap selamat tinggal pada kenangan dan terus sabar menantikan hadirnya satu senyuman baru, satu lembaran baru.. Berterima kasihlah pada kenangan untuk segalnya yang manis dan indah.. "Encik, selamat hari lahir.. All the best in life.. Take care.." Selamat malam dunia.. Assalamualaikum..

Salasilah Cahaya Yang Riang Gembira

Imej
Assalamualaikum.. Salam Jumaat untuk semua.. Lama si ungu ini terabai.. Minggu-minggu yang mendera jiwa raga.. Hari-hari yang cukup tertekan dilalui.. Tapi masih terus bertahan, berdiri dan pegang pada sisa-sisa kesabaran yang masih ada.. Moga terus diberi kekuatan melalui hidup ini dan di akhir nanti ada perkhabaran dan kisah yang indah dan bahagia.. Amin.. =) 8hb Mac dah berlalu.. Genap sebulan selepas tarikh 8hb Februari 2012.. Ada apa dengan 8 Februari? Aku sendiri hampir terlupa, 2hb Mac tahun 2009, aku mula belajar apa itu blog, blogger, blogging dan segala macam lagi.. 3 tahun yang aku lalui ini berjalan dengan sangat pantas dan sekelip mata tapi masih tetap aku ingat setiap titik penting dalam perjalanan ini.. * * * * * 2009 Aku ingat lagi, pertama kali si ungu ini wujud, ianya berwarna merah jambu.. Cahaya Yang Riang Gembira juga masih belum wujud.. Macam-macam nama aku bubuh, aku ubah bila aku rasa tak sedap disebut, yang penting nama-nama blog aku ke...

Encik, Selamat Hari Lahir

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad.. Tanggal 1 Muharram 1433 H.. Bersamaan 27 November 2011.. Salam Maal Hijrah buat semua.. Hmmm.. Pada tarikh ini juga, beberapa puluh tahun yang lalu, lahir seorang bayi lelaki.. Bayi lelaki yang comel, kot?  Dan selepas beberapa puluh tahun itu, bayi lelaki itu kini sudah menjadi seorang jejaka.. Dan telah tertulis dalam takdir aku takdir dia, kami berkenalan dan menjadi sahabat.. Bila dicongak-congak, rasanya perkenalan dan persahabatan ini sudah mencecah 2 tahun setengah.. Syukur.. Sepanjang mengenalinya, bagi aku dia seorang yang misteri, kadang pelik, dan tak banyak berbicara dan bercerita pada awalnya.. Makin lama mengenali dia, baru aku tahu apa makna loyar buruk dan kartun yang sebenarnya.. Seorang yang selalu bikin aku tersenyum dan marah pada waktu yang sama.. Perkara-perkara yang paling aku ingat berkaitan dengan dia dan sampai bila-bila pun aku takkan mungkin lupa, PERTAMA, "salam doktor" dan KEDUA, "selamat ...

Kita Mulakan Dengan Bismillah

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin.. Hari ini, adalah sebuah lembaran baru lagi dalam kehidupan kita.. Bertambah sehari lagi usia kita.. Kita buka langkah dan menapak dengan Bismillah.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. Setiap detik yang kita lalui, biarlah ada makna.. Moga disebaliknya akan terpahat kenangan dan memori yang indah-indah dan baik saja.. Mudah-mudahan.. =) Disebalik makna coretan ini, khas aku dedikasikan buat teman jiwa yang saban waktu dulu setia menjadi Penyebab Senyuman Dalam Rahsia dan tak jenuh melewati hari-hariku dengan seribu satu gelagat kartunnya.. Hari yang bakal menjadi satu lagi hari kebesaran dalam hidupmu, tahniah dari aku untuk kamu.. Semoga titik kehidupan yang ini membuka jalan luas lebar yang beriring kesenangan dan kejayaan, tak lupa juga, kebahagiaan, di masa depanmu.. Selamat bergraduasi.. =) Hey! Nah, ini hadiah istimewa dari aku untuk kamu .. Lebih istimewa dari teddy bear dan bunga tapi tak boleh lawan epal.. Haha.. Enjoy th...

Coretan Dari Hati : Terima Kasih Sayang

Imej
Idea asal : Saudara Hariz Izuan - Selamat Hari Jadi Sayang Assalamualaikum.. Salam pagi Jumaat semua.. Terasa macam lama tak coret-coret.. Tak ada apa nak dikata dan dibicara.. Barangkali lepas entry kali ini, akan berhibernasi satu waktu.. Rehat-rehat kejap, ambil angin, cari mood baru, dan jumpa lagi.. Okay? Hee.. Entry yang ini dah agak lama juga aku peram.. Aku coret di hari lahirku 5 hari yang lalu.. Berfikir beratus kali, mahu dikongsi atau tidak, maklum saja belum bertanya lagi pada tuan punya idea asal karya ini.. Aku dapat idea untuk mengolah kisah ini lepas membaca karya asal, coretan Hariz Izuan bertajuk Selamat Hari Jadi Sayang.. Bukan prolog, bukan epilog.. Cuma karya Selamat Hari Jadi Sayang itu ditulis dari pandangan watak seorang suami, tapi karya yang aku coret ini, aku beri tajuk Terima Kasih Sayang, dari kaca mata seorang isteri.. * * * * * * * * Dua pasang mata itu merenung jauh. Sekali sekala angin bertiup lembut menyapa pipi. Kelihatan parut-parut...