Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

4 Minggu Dah Jatuh Cinta

Imej
Assalamualaikum.. Salam malam Khamis.. Sekejap rasanya masa berlalu.. 4 minggu di Taiping dah nak habis.. Ada satu orang di Jabatan Ortopedik ini yang bagi impak kebaboom dalam hidup aku.. Jatuh cinta ke "jatuh cinta"? Heee.. Mari mari kita tengok impak apa impak yang beliau bagi pada aku.. Seorang pakar dalam Jabatan Ortopedik, aku gelar sebagai Abang Gur.. Kacak yawww!! Macam hero hindustan.. :p * * * * * * * * * * Minggu Pertama A big, tall, and tough guy.. Mata pandang garang macam nak telan orang.. Doktor-doktor muda buat salah, bom memang akan jatuh atas kepala seorang seorang.. Aku naik takut nak pergi kelas.. Pembentangan dalam kelas, dalam wad.. Puas aku dengan kawan-kawan kena bom.. Masyukkk!!! Minggu Kedua Situasi bom mengebom ada kurang sedikit.. Sedikit saja.. Beliau masih dengan kegarangan dan muka ketat beliau.. Aku pun naik malas nak pergi kelas.. Hoho.. Budak medik boleh ponteng t ak? Tapi beliau memang garanglah!! Sangat.. Sangat.. Dan sangat.. Ayat-ayat bel...

Main-Main Ke Atau Betul-Betul Ke..

Imej
Assalamualaikum semua.. Salam pagi Isnin.. Phew!! Akhirnya bernafas juga blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Semenjak di Taiping menempuh 4 minggu posting Ortopedik, memang tak ada masa langsung nak sentuh dan belek blog.. Tinjau dalam diam saja.. Hujung minggu yang lalu pun sakan berjalan ke utara tanah air, memang tak buka blog langsung.. Jalan-jalan Alor Star, jumpa blogger, borong barang di Padang Besar dan tak lupa bercinta dalam Gua Kelam.. Weeeee.. =p Ada satu hari, walau dalam sibuk, sempat jugalah aku belek-belek dan skodeng-skodeng Facebook.. Aku terpersankan status Kapten Luffy yang berbunyi begini.. "Lelaki ni adik-adik sekalian.. Dia cakap memang nampak bergurau, nampak main-main.. Tapi maksudnya dia serius.. Lelaki kan penyegan, pemalu.." Lama tak bicara soal bezanya lelaki dan perempuan.. Tentang pandangan lelaki pada perempuan dan perempuan pada lelaki.. Dulu aku mungkin percaya 100% statement Kapten Luffy.. Tapi sekarang, buat aku berfikir 150 juta kali.. Setuju...

Kenapa Perempuan Suka Yang Sweet Sweet?

Imej
Assalamualaikum.. Salam 13 Syawal.. Sekarang sibuk yang amat.. 2 minggu.. Tapi lepas 2 minggu, aku akan merajinkan diri jenguk-jenguk blog korang ya.. =) Hari ini sempat singgah blog adik doktor kita yang belajar di Egypt sana.. Adrina Qamarina nama diberi.. Aku sangat tertarik dengan entry dia bertarikh 12 September.. Tajuk dia KEEP HER FOR ME UNTIL THE RIGHT TIME COMES .. Haih.. Terharu aku.. Rasa sweet gila punya gila kot.. Haha.. Kenapa entah perempuan suka sangat yang sweet sweet kan? Keep her for me until the right time comes adalah status seorang pelajar lelaki yang mendambakan "seseorang yang dia ingin miliki" tapi hanya apabila masa yang sesuai tiba.. Lelaki itu ingin punya hidup dan kerja yang stabil barulah mulakan langkah menyatukan dua jiwa jadi satu.. Ekeke.. Kalau seorang lelaki kata begitu kepada anda wahai wanita, sanggup tak anda tunggu dia? Kata orang, kalau memang dah jodoh, dan dah memang masa yang tepat, apa yang dah ditakdirkan tetap akan tersuratkan.....

Pesan Di Angin Lalu Kala Hujan Tak Berapa Nak Renyai

Imej
Assalamualaikum.. *toleh kanan toleh kiri* Pandang blog dengan pandangan asing.. Ada orang kenal aku lagi ke? Err.. Kalau ada orang rindu aku, aku tahulah.. =p Selamat malam.. Salam 12 Syawal.. Assalamualaikum.. =) PESAN ANGIN LALU: Selamat datang cinta, ke ruang hatiku.. ♥ ♥ ♥

Blog Jadi Makhluk Asing

Imej
Assalamualaikum.. Err.. Salam 5 Syawal buat semua.. Buka blogger.. Pandang dashboard.. Apa pasal rasa macam aku pandang makhluk asing? Dashboard dah nampak macam ketupat rendang.. Entry-entry kawan-kawan yang terbaru dari ladang pula dah nampak macam biskut raya.. Ohh.. Gila-gila.. Ketuk keyboard pun rasa macam asing.. Ketagihan untuk online dah ada ubat, dah tak ketagih.. Rasa macam kalau nak bersara dari dunia maya pun dah tak ada masalah kot.. Ekeke.. Till here.. Assalamualaikum.. Bagi yang masih bercuti, selamat cuti raya dan selamat beraya sakan.. Bagi yang dah mula bekerja, chaiyok!! Jaga diri.. =) FOOT NOTE: Kalau boleh raya tahun depan nak raya dengan encik nama suami.. Wakakakakakakakakaka.. *berangan tinggi melangit.. maaflah ya.. ekeke..* Selamat hari raya semua..

Short Blogging System a.k.a SBS

Assalamualaikum semua.. Terkial-kial lagi menaip guna handphone, maklumlah rabun IT.. Bukan buta okey.. Ini konon-konon macam live update gitu.. Budget artis.. Haha.. Buat yang menyayangi diri ini dan mencari tahu khabar si Cahaya Yang Riang Gembira, aku dah selamat sampai di kampung halaman tercinta, Kota Tinggi, beberapa minit yang lalu.. Dan dengan selesainya update teringkas atau aku namakannya Short Blogging System ini, maka aku pun nak tumbang atas katil.. Jumpa lagi di lain update.. Mungkin perutusan raya malam nanti ke.. Heehee.. Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Salam 30 Ramadhan.. :)

Koleksi Entry Yang Penulis Rasa Best Tentang Cinta & Kehidupan

Imej
Assalamualaikum.. Page ini khas mengumpulkan entry-entry yang pembaca suka, penulis rasa best dan dicoret oleh tuan blog sendiri tentang cinta dan juga kehidupan.. Selamat membaca.. =) CORETAN DARI HATI : TERIMA KASIH SAYANG (Favourite aku) [ KLIK SINI ] SELAMAT HARI JADI SAYANG (Karya Hariz Izuan - Favouriteku juga)   [ KLIK SINI ]     SELAMAT HARI LAHIR PENYEBAB SENYUMAN DALAM RAHSIA [ KLIK SINI ]   LOVE THIS IS MY ROCK FOR YOU [ KLIK SINI ] LELAKI.. MAN.. NAN REN.. NAMJA.. [ KLIK SINI ] PILIH KASIH : 1 UNTUK LELAKI 1 UNTUK PEREMPUAN [ KLIK SINI ] PERKAHWINAN : MENJADI DAN BUKAN MENCARI [ KLIK SINI ] KALAU NAMA DIA PEREMPUAN, DIA PASTI KECEWA SEDIKIT DENGAN LELAKI MACAM KAZEHAYA SHOTA *Readers Favourite* [ KLIK SINI ] HOW TO LOSE A GIRL IN ONE SECOND [ KLIK SINI ] PENGUIN : NAK ATAU TIDAK [ KLIK SINI ] INI KISAH MEREKA.. KISAH KITA DAN KISAH SEMUA.. [ KLIK SINI ] MARI K...

Kanak-Kanak Riang Tahun 1987..

Assalamualaikum.. Chak!! Eh eh.. Kenal lagi tak siapa di sini? Si Cahaya Yang Riang Gembiralah.. Siapa lagi.. Lama betul tak nampak.. Rindulah pada Farhana.. Ekeke.. =p 2 hari lagi dah nak raya.. Semua orang pun dah dalam mood raya.. Automatiknya blog ini pun bertukar mood, menjadi lebih ceria sempena hari raya yang bakal menjelma.. Cantik tak cantik, layankan saja.. Adik aku tanya.. Ini blog budak kecil ke Along? (-_-!) Along pun jawab.. Haipp!! Cantik apa!! *sedapkan hati* Dah nama blog pun Cahaya Yang Riang Gembira, kenalah cari template yang menceriakan.. Walau lahir tahun 1987, hati tetap muda dan remaja seperti kanak-kanak Ribena.. Lalala.. Okey.. Menyambung misi membuat biskut-biskut raya, kek-kek Sarawak dan seangkatan dengannya.. Jumpa di update yang akan-akan datang.. Please rindukan aku.. Weeeee.. =) Assalamualaikum..

Pesanan Seorang Bakal Isteri Kepada Bakal Suami.. Dahsyatlah Tajuk Entry..

Imej
Assalamualaikum semua.. Ouh.. Rasa macam dah lama sangat aku tak conteng-conteng, bebel-bebel dalam blog tercinta.. Semenjak jejak kaki ke Taiping, dah 3 hari rasanya tak berupdate apa-apa lagi kot.. Aku di sini, di Hospital Taiping, menjalani posting Ortopedik selama sebulan.. Baru 3 hari tapi aku dah rasa diri aku macam zombi Bandar Taiping.. Kelas dari pagi sampai petang pukul 6.. Kadang-kadang Specialist akan merajinkan diri dan kelas kami melarat sampai ke pukul 10 atau 11 malam.. Dah boleh tidur sambil berjalan dah rasanya.. =p Kenapa letak gambar baby? Heee.. Saja nak bawa anda semua menelusuri saat kita semua masih bayi dan comel loteh, ketika keluarnya kita dari perut mak lepas 9 bulan sarat kita dikandung dan dibawa kita ke mana saja.. Betapa besar kan pengorbanan seorang ibu.. Ayah pun begitu juga.. Selama 3 hari aku di sini, jejak saja kaki di wad, kebanyakan pesakit adalah lelaki-lelaki muda yang berumur lingkungan 15 tahun hingga 25 tahun.. Terlebih dahulu, ortopedik adal...

Happiness Is A Journey.. Not A Destination..

Imej
Assalamualaikum.. Salam 22 Ramadhan.. =) * * * * * * * * * * Ini satu dilema aku sampaikan untuk kalian.. Ini soal kehidupan dan kebahagiaan.. Hellen Keller bilang, "When one door of happiness closes, another opens.. But often we look so long at the closed door that we do not see the one which has been opened for us.." Itu beliau yang bilang, beliau yang kata, anda nak kata apa? Tindakan yang sepatutnya adalah? Mengejar kebahagiaan yang hati inginkan tapi masih samar-samar lagi samada dapat atau tidak bahagia itu? ATAU.. Menyambut kebahagiaan yang datang dihulur tanpa duga didepan mata namun masih samar-samar lagi benar-benar boleh bahagia atau tidak? Someone used to tell me, think of what makes you happy and not why it makes you happy, then you'll definitely find your happy ending.. Better start to think of what actually makes me happy.. Happiness is a journey and not a destination.. Maknanya, saat kita keluar dari perut ibu, celik mata dan menangis sehingga kini, semuan...