Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Sebelum Semasa Dan Selepas

Sebelum.. Kata itu ini dari orang-orang making me prepare for the worst.. Semasa.. Clueless.. Sentiasa blur.. Worst part never happened.. Sebaliknya, great journey.. Great experience.. Great people.. Selepas.. Rasa macam cepatnya.. Nak balik dah.. Masih lagi termangu-mangu.. Deep deep down sana, sedih sikit.. Huhu.. Tapi tak nangis okey.. =p Kesimpulannya.. Johor Bharu.. Momen-momen indah.. Errr.. Yang terindah? =) FOOT NOTE: Sejak bila aku jadi pendiam? Isk3.. *geleng-geleng kepala* =p ~ Lagu Aizat - Susun Silang Kata best.. Betul tak? =)

Rasa Geli Dalam Perut

Betul.. Tak tipu.. Serius rasa "geli" sangat-sangat.. Untuk kanak-kanak tidak disyorkan menonton ya aksi pasangan suami isteri dalam scene ini.. Walaupun dah banyak kali tengok, tapi ini kali pertama lepas menontonnya rasa geli dalam perut.. Ekeke.. Betul.. Tak percaya? Tengoklah sendiri.. Kan kan kan? Rasa pelik.. Walaupun tak faham tapi ada sesuatu yang bikin ku tetap faham..Dush dush.. Merepek lagi.. *tekup muka, segan* FOOT NOTE: Ini scheduled entry.. Sebab kini berada di Kota Tinggi, Johor.. Melepak di rumah nenek tercinta.. Esok menikah!! Yahoo!! Selamat pengantin baru.. =)

Bila Rindu Terkenangmu Sayang

Imej
Yeah!!! Bila rindu memang terkenangmu sayang.. Tapi kini dah tak payah kenang-kenang.. Yahoo!! Selepas hampir 2 bulan bertapa di Ipoh dengan cuaca yang amat-amat-amat panas, aku akhirnya tiba di Melaka.. Jumpa mak, abah dan adik-adik.. Weeeeeeeee.. Yang penting selera aku akan terbuka semula.. Sebab ada masakan mak.. Gambar bawah saja aku post untuk tatapan kalian.. Sebahagian kecil bandar Ipoh dari Tingkat 7 Hospital Raja Permaisuri Bainun.. Jumpa lagi Isnin nanti Ipoh.. As for now, kita enjoy!!! Jadual penuh dan padat macam artis.. Esok cuti umum.. Selamat bercuti semua.. Heehee.. Dan esok juga akan turun ke Johor Bharu, meronggeng.. Ekeke.. Mahu kumpul momen-momen indah di sana nanti.. Boleh ke? Ngee.. Okey.. Selamat bercuti sekali lagi semua.. Rehatlah sepuasnya.. Assalamualaikum.. =) FOOT NOTE: Dah beberapa hari makan tak menentu, makan, tak makan, badan pun lesu.. Kepulangan ke rumah semoga dapat mengembalikan kekuatan dan tenaga.. Badan.. Sila jangan lesu lagi.. =)

Doktor Cinta Tak Semestinya Bicara Soal Cinta Saja

Imej
Hey hey.. Doktor Cinta tak mahu asyik bicara soal cintan cintun dengan anda.. Cukup sikit-sikit.. Kita ubah cinta kita kali ini dengan cinta yang lain.. Ramai pasti dah pernah melihat gambar di bawah.. Aku terima email ini dari seorang rakan blogger.. Terima kasih Paksuu .. Melihatkan gambar ini benar buat aku sebak.. Anda tak sebak? Kasih sayang seorang abang buat adiknya.. Tiba-tiba merindukan adik-adik aku tersayang.. Dah hampir 2 bulan tak berjumpa.. Sabar, akan pulang ke Melaka tak lama saja lagi.. Ngee.. Bila bicara soal adik-adik, aku teruja.. Aku cukup sayangkan adik-adik aku.. Sebab itu tiap kali pulang ke rumah aku suka peluk cium mereka walau umur mereka dah besar panjang.. Aku mahu mereka tahu yang aku sayangkan mereka sangat-sangat.. Entah apa akan jadi kalau mereka tiada.. Masih ingat lagi ketika adik bongsu aku dimasukkan ke hospital untuk pembedahan ketika usianya 8 tahun.. Aku tak dapat membayangkan tubuh kecilnya akan dibedah.. Semalaman aku menangis memikirkan keadaa...

Maafkan Hamba Kalau Jarang Update Sebab Hamba Nervous Nak Menikah!!

Imej
Tajuk cukuplah rasanya kot.. Tak payah tulis panjang lebar ye? Hohoho.. Nervous sangat sampai tangan pun menggeletar nak menaip.. Nervous macam baby di bawah.. Walau nervous tetap cute.. Wakaka.. Congak-congak rasanya tinggal 3 hari saja lagi.. *blushing* Yahoo!! Menikah!! *okey.. gatal sikit..* Kawan aku yang nak menikah tapi aku rasa nervous.. Apa ke halnya? Serious weh.. Aku nervous.. Hoho.. Orang yang akan melaluinya apatah lagi.. Ye tak? Agak-agaknya apalah perasaan seorang bakal isteri mahupun bakal suami di saat-saat 3 hari, 2 hari, 1 hari menjelang hari pernikahan.. Hmmm.. Kalau duduk baring-baring, selalu juga aku terfikir *bukan "ter", memang saja gatal nak fikir*, apa agaknya dalam fikiran mereka yang bakal mendirikan rumahtangga ini.. Ekeke.. Ini dia bakal pengantin kita yang akan mendirikan rumahtangga Sabtu ini.. Selamat Pengantin Baru Nuzul Hazwin.. Bahagia ke akhirnya ya.. Ngee.. Hari Isnin nanti bolehlah aku usik-mengusik beliau di dalam kelas.. Muahahaha.. ...

Ini Semua Angkara Panggilan Hangit Hot FM

Imej
Pertama sekali.. Perak amat panas.. Okey.. Itu saja.. Tambah-tambah dengan cuaca panas, Hot FM buat panas lagi hati aku.. Aiseyyy.. Panggilan hangit tentang telur macam-macam telur.. Aku dah mengidam lama sangat.. Di saat perasaan mengidam jatuh merundum dan berkubur, tiba-tiba panggilan hangit pagi tadi buat aku meletup dan meronta-ronta kembali.. Tolong!! Mengidam nak makan telur penyu.. Mana entah nak cari.. Aigoo!! Jard mahu pulang ke Sabah bulan 6, boleh pesan tak Jard? Ekeke.. Okeylah.. Daa semua.. Kepala manyak fening sebab cuaca panas gila.. Mungkin ubatnya cuma telur penyu.. Muahaha.. Okey.. Assalamualaikum.. FOOT NOTE: Makanan hari ini Nasi Goreng Kampung yang pedas gila dengan telur mata.. *order telur mata sebab mengidam telur penyu.. sadis..*

Aku Cemburu Bila Tengok Dia Tak Cemburu Tapi Aku Yang Lebih-Lebih Cemburu

Imej
Baiklah.. Fine.. Sungguh tak disangka aku akan cemburu juga akhirnya.. Hoho.. Tidak kisahlah apa pun kami, sahabat, teman tapi mesra, best friends forever atau kekasih awal dan akhir, faktanya aku telah cemburu.. Noktah.. Aku tak suka cemburu.. Tapi kata Kak Lizi , harus bersyukur bila ada rasa cemburu.. Cemburu, selalunya dikaitkan dengan perempuan.. Lelaki yang kuat cemburu, susah mahu jumpa.. Sebab apa ya? Cemburu tanda sayang, tak cemburu makanya tak sayang ke? Mengikut kajian secara rambang, wanita yang menyayangi seseorang akan sentiasa memerhatikan gerak geri orang yang disayanginya.. Ooppss.. Itu bukan skodeng mahupun stalking.. Itu adalah satu bentuk kasih sayang yakni ambil berat tentang apa yang berlaku di sekeliling insan yang disayanginya.. Betul ke tak betul apa kata aku wahai wanita sekalian? Aku yakin, boleh dikatakan 80% dari wanita yang berkekasih akan selalu skodeng Facebook, blog, mahupun SMS atau sebagainya untuk ambil tahu "keadaan" sang kekasih hati.. T...

Maka Dengan Rasminya Tak Tidurlah Aku Malam Ini

Imej
Okey semua.. Confirm.. Tonight I'm not going to fall asleep.. Mata pasti akan terjojol terbuka besar-besar.. Dan aku saja letak gambar bawah ini, supaya korang pun tak boleh tidur.. Teman aku okey.. Hik hik.. Take note ya.. Aku bukan penakut tengok hantu dalam Cerekarama Perigi Kontang.. Sebab hantunya sedikit pun tak timbulkan perasaan seram.. Malah kepanasan aksi Fasha Sandha mengatasi keseraman wajah Norish Karman.. Ouch.. Fasha Sandha sangat seksilah dalam drama Perigi Kontang ini.. Tak berapa berkenan.. Tapi abaikan saja Fasha Sandha, mesej drama ini yang patut kita ambil.. Aku rasa cerekarama ini dihasilkan sebab kes-kes buang anak yang terlalu berleluasa sekarang.. Mengisahkan Fasha Sandha yang menjadi bidan menggantikan ibunya dengan mewarisi saka.. Supaya roh ibunya boleh dilepaskan dan tak terseksa.. Kiranya Fasha Sandha memang Mak Bidan underground yang menjadi favourite di kalangan mereka yang sibuk buat maksiat dan mengandungkan anak luar nikah.. Bukan saja menggugurka...

Agak-Agak Siapa Kenal Cahaya Yang Riang Gembira Luar Dan Dalam?

Imej
Pertama kali, aku serius tak tahu, Roronoa Zoro adalah watak dalam anime One Piece.. Masuk bilik housemate aku, tengok poster di dindingnya, barulah terdetik dalam hati.. Ohh.. Dari sini rupanya nama Roronoa Zoro ini diambil.. Haha.. Maaflah.. Aku bab anime memang kurang alert.. Okey.. Dan sebenarnya.. Encik Roronoa Zoro telah mengetag aku untuk 23 perkara yang mungkin korang tak tahu .. Tapi.. Aku tak mahu buat sebab aku rasa semuanya tentang aku, aku dah cerita.. Aku mahu pecahkan gaya mengetag dengan melakukan sesuatu yang baru.. Aku pernah tulis 4 atau 5 entry tentang diri aku, apa yang anda tak tahu tentang diri aku.. Mari kita lihat, siapa yang masih ingat.. Ekeke.. Dah 1 tahun 4 bulan aku berblog.. Ramai antara anda yang aku kenal lama, ada juga yang baru aku kenal.. Jadinya.. Apa kata tag ini anda yang buat tapi dengan tajuk seberapa banyakkah anda mengenali Cahaya Yang Riang Gembira.. *dah macam kuiz dalam Facebook* Tak kisahlah anda baru kenal Cahaya Yang Riang Gembira atau...

Abang Joegrimjow???

Imej
Hari ini hari Sabtu.. Hari di mana semua insan bercuti dan bergembira, tidur sampai tak ingat dunia.. Ekeke.. Disebabkan aku masih belum jumpa lagi idea mahu update apa untuk hari ini, aku jamu kalian dengan pembuka selera ini dulu.. Aiseyyy.. Siap ada entry pembuka selera lagi.. Hoho.. Enjoy!!! Abang Joegrimjow .. Ceh.. Aku berabang pula.. Ekeke.. Anda memang kreatif.. Mahu autograph boleh? Fuh!! Famous amos Joegrimjow.. Walaupun bukan dikalangan blogger.. Mana tahu idea kreatif beliau akan menyebabkan Pierre Andre mahu menghasilkan Adamaya 2.. Wow!! Sesungguhnya marilah kita menghasilkan entry yang berkualiti lagi kreatif untuk dikongsikan bersama pembaca.. Majulah blogging untuk negara.. Ngee.. Okey dah dah.. Aku mahu "berdating" kejap lagi.. Muahaha.. Selamat berhari Sabtu semua.. Jaga diri ya bila pergi shopping.. Hik hik.. Assalamualaikum.. FOOT NOTE: Selamat hari lahir yang ke 50 buat abah tersayang, Cikgu Abdullah Ismail.. Semoga abah gembira selalu di samping kami da...

Kenapa Orang Yang Paling Kita Sayang, Selalu Sangat-Sangat Sakitkan Hati Kita?

Imej
Malam yang sangat menyakitkan diri.. Ouh.. Sakit perut oh sakit perut.. Bergulung-gulung atas katil.. Niat hati malam ini nak tulis entry panjang-panjang, maklumlah esok Sabtu.. Tapi nampaknya dengan sakit perut ini, hajat tak terlaksana.. Hoho.. Pendek-pendek cukuplah.. Haaa.. Sukalah entry pendek-pendek.. =p Subuh-subuh tadi, ada orang ajukan soalan padaku.. Macam mana bunyi soalannya, boleh rujuk pada tajuk entry.. Siapa yang bertanya ya? Hmmm.. Teringin nak bertegur sapa, sebab banyak aku nak kata pada dia.. Huhu.. Jawapan aku simple dan mudah.. Letaknya pada paling sayang.. Sebabkan kita terlalu sayang, paling sayang pada seseorang, walaupun kesilapan yang dia lakukan itu sangatlah kecil umpama kuman, ianya tetap mendatangkan sakit hati.. Cakap ikut pengalaman babe.. Kita takkan terasa sakitnya sangat-sangat bila tak ada rasa sayang sangat-sangat.. Logik tak apa aku cakap? Rasa sakit hati itu datang dengan rasa sayang.. And that is why, ada sesetengah orang tak suka terlalu menyim...

Abe Jejal Yang Budget Sweet

Imej
Entry aku sekarang pendek-pendek tak? Haha.. Mungkin tak pendek mana tapi kurang panjang daripada biasa.. Ya tak? Ngee.. Semenjak dua menjak agak sibuk mengutip semangat untuk belajar.. Aku akui.. Sangat penat.. Rasa macam mahu give up pun ada.. Belajar oh belajar.. Semenjak dua menjak juga extra penat.. Kepala pun makin sakit sebabkan cuaca yang melampau panasnya di Ipoh ini.. Dalam ward lagilah, terbakar-bakar.. Hoho.. Fengsan fengsan.. Semenjak dua menjak juga aku nampak banyak budak-budak muda dalam ward.. Hmmm.. Muda-muda lagi dah dapat penyakit kritikal.. Aku tumpang bersedih.. Harap mereka kuat semangat menempuh hidup.. Aku dan kamu yang sihat ini pun sepatutnya perlu lebih-lebih lagi extra semangat.. Ye tak? Oh ya.. Kepada Abe Jejal, selaku pembaca baru blog aku dari alam realiti, selamat datang ke Cahaya Yang Riang Gembira.. Aku cilok gambar kau yang paling sweet dari Facebook.. Nak ambil yang nampak lesung batu, tapi tak jumpa.. Muahaha.. Pesan aku satu saja.. Dah baca blog a...

Nak Tanya Pasal Pandu Lalu Saja Pun..

Imej
Rasa macam baru celik mata bangun pagi Rabu.. Sekarang dah malam dan esoknya Khamis.. Phew!! Malam ini tak mahu update apa-apa.. Saja-saja mahu menempek dalam dunia blog.. Ekeke.. Dunia kini juga Malaysia kini dilambakkan dengan kisah-kisah hot, kontroversi, malah ada juga yang mengelirukan, menimbulkan amarah dan membuat orang rasa malu.. Anda jejakkanlah kaki anda di mana-mana blog, pasti kisah-kisah hangat ini sibuk diperdebatkan.. Aku pun kadang-kadang melontarkanlah juga komen barang seayat dua.. Sekarang agak sibuk dengan hidup.. Stress melanda.. Komen pun pendek weh.. Hoho.. Aku petik antara yang hot-hot sekarang.. Nun di USA sana, kisah MISS USA 2010, Rima Fakih yang beragama ISLAM? Di Melaka tempat tinggalku, kisah seorang gadis berumur 15 tahun bersama pasangannya menanam anak hasil hubungan luar nikah mereka.. Aku tak tahulah mahu mengeluarkan reaksi apa lagi.. Bung Mokhtar dan Zizie Ezette juga mendapat tempat di dada akhbar.. Oh.. Hampir terlupa.. Tentang adegan seks us...

Tolong Jangan Contohi Sikap Aku Yang Ini

Imej
Kesihatan.. Adalah hak milik setiap insan.. Ewah ayat.. Pagi nan indah dan permai ini, kita cerita soal kesihatan dan pengajaran di balik kisah si anak bernama Nur Farhana.. Oh ya.. Semenjak dua menjak ini muka kelihatan pucat dan tak bermaya.. Mungkin masalah kekurangan zat yang aku alami masih belum diperbetulkan sepenuhnya.. Derr.. Bila aku nak cukup zat macam ni? (_ _!) Aku akui, bab-bab menjaga kesihatan aku sangat kureng.. Tapi aku suka jaga kesihatan orang.. Bila ada orang sakit saja, memang aku risau tahap gaban man.. Kadang-kadang sampai menangis sebab over risau.. Jadi, tolong jangan buat saya risau ya.. Ahaks.. Selalunya bila diri mengabaikan diri, orang lain yang melihat mula risau.. Dan orang itu ialah emakku yang tersayang.. Emak memang cukup menjaga kesihatan anak-anaknya dan suaminya.. Buktinya? Mari mari kita terjah.. Inilah dia antara produk-produk yang telah mak belikan untuk aku juga adik malah abah.. Ngee.. Memang banyak tak terkira kalau ikutkan.. Untuk penurunan ...

Saya Cuma Nak Kata Saya Suka Awak.. Okey Dah..

Imej
Pagi tadi jalan-jalan hirup angin dalam dunia blog, jengah ke blog Aainaa dan skodeng entry beliau yang ini .. Ramai mungkin dah banyak kali dengar lagu nyanyian Akim ini.. Bagi aku, aku suka.. Farhana.. Macam biasalah.. Suka sebab liriknya.. Weeeeee.. Videonya aku suka part paling awal dan paling last.. Jom usha.. Erm.. Erm.. Tak ada sesiapa nak kata macam tu ke pada saya? Muahaha.. Alah.. Macam Akim dok praktis sakan dalam musik video ini.. Hee.. =) Overall, musik video ini sweet.. Rasa cemburu dengan gadis dalam video, dapat teddy bear dan bunga.. Agak-agak bilalah aku boleh dapat set teddy bear dengan bunga? Coklat pun sedap.. Hoho.. Nanti dan terus menanti.. Okeylah.. Selamat menonton.. Assalamulaikum.. FOOT NOTE: Baca balik entry pagi tadi, buat aku rasa sayu dan sedih pula.. Hmmmm.. Semoga ada penyudah gembira untuk setiap kisah cinta.. Mudah-mudahan.. =)

Saya Berikan Yang Termampu Untuk Awak Bahagia

Imej
Mari.. Aku bawa kalian menyelami makna di sebalik kata-kata ini.. Tiap bait punya makna tersirat yang kadang-kadang tidak perlu disuratkan.. Tanyalah hati untuk memahaminya.. Like A Fool Maybe this is because I'm a fool It's okay even when I get hurt Even when others say that it is useless love It doesn't matter because I'm a fool I was nice to you because I wanted to I was happy for just that If you smiled just once I'm happy just with your smile Until the day when your love will come I will just stay next to you like this Since it is a happiness for me just giving I don't want anything else from you I will be there whenever you reach out I will be there whenever you call out Without change I'll be there Because I love you Because it was the love I choose Even my pain was your happiness If you look back at least once I'm happy just for that Until the day you meet the person to protect you Instead of me For the time being I will stay next to you Because ...

8 Kelebihan Punya Badan Comel Seperti FarhanaDr

Imej
Eh eh.. Apa? Tak kenal FarhanaDr? Artiskah? Doktor? Majistret? Atau lawyer? Oh.. The owner of Cahaya Yang Riang Gembira.. Ngee.. Selamat sebab badan sendiri pun comel, jadi kalau publish entry begini pun insan sebadan secomel sepertiku tak melatah sampai tahap turun naik court saman menyaman.. Ekeke.. Janganlah hanya pandang kami sebagai "excess baggage" sebab yang sebenarnya, kami punya kelebihan yang anda mungkin tak tahu menahu.. Dan hanya di sini, dan kini segala rahsia akan terdedah, didedahkan dan mendedah-dedah.. Sila ketatkan segala bentuk tali keledar supaya anda duduk teguh di situ tanpa berganjak sedikit pun.. 1) Bila jadi penumpang sebuah kereta secomel Kancil, Kelisa ataupun Viva, kami mendapat seat reserve khas iaitu di sebelah pemandu.. Haa.. Kalau lagi mahu merungut, bonet belakang luas seluasnya.. Boleh bentang tikar, sedia bekal, piknik dalam bonet.. 2) Kalau kami jejakkan kaki kami dalam lif, dan lif pun bising bunyi TEEET TEEET, orang akan pandang kami.. M...

Buat Mana-Mana Cikgu Yang Aku Pernah Ada Crush, Selamat Hari Guru.. =)

Imej
Berapa ramai cikgu Farhana oii.. Tajuk kontroversi selalu.. Hoho.. Eh betullah.. Mahu aku list satu-satu.. Semenjak umur 7 tahun sampailah 17 tahun, Xiao Lao Shi, Liu Lao Shi, dan ramai lagi Lao Shi.. Sekolah cina, semuanya Lao Shi.. Tiada cikgu.. Masuk menengah, tambah lagi dua koleksi crush.. Wakaka.. Gadis remaja berdarah muda, gatal tak bertempat.. Tapi tak adalah sampai main kenyit-kenyit mata, hantar surat cinta, atau selalu berkepit buat-buat tak faham mata pelajaran yang inilah, yang itulah.. Ouh.. Melampau sangat kalau begitu.. Tapi skodeng selalu buat.. Ooppss.. Cikgu kesayangan duduk belakang rumah.. Bila beliau balik sekolah, dengar bunyi motor beliau, aku cepat-cepat lari bilik belakang, panjat atas katil.. Selak langsir sikit-sikit.. Takut ketahuan.. Hujung minggu bila beliau sidai baju, masak di dapur, rutin aku, berdiri atas katil sampai kaki naik kebas.. Hoho.. Buat-buat rajin sapu sampah luar rumah dan cuci longkang? Hari-hari aku buat.. Mak terpegun.. Hoho.. Buruk pe...