25 Feb 2017

Cabar Diri

Februari 25, 2017 2 Comments
Assalamualaikum.

Ingat nak tidur dah, golek sana sini tapi mata masih tak nak lelap. Banyak sangat benda nak fikir, macam-macam lalu dalam benak fikiran. Kalau fikir, ada jalan penyelesaian tak apa juga. Tapi, blur. Kosong.

Hmmm. 27hb bermulalah satu fasa baru dalam satu lagi lembaran hidup perempuan bernama Farhana. Bila fikirkan hari pertama yang nak dilalui, rasa macam banyak buku aku nak keluarkan, nak baca, nak hadam.

Bila dah lama duduk rumah, aku jadi takut. Aku takut nak hadap cabaran-cabaran baru dunia luar sana. Sentiasa rasa tak bersedia. Jujur aku kata, aku ada banyak ketakutan dan kebimbangan. Bila kau duduk rumah, kau sentiasa belek media sosial, dan kau akan expose dengan macam-macam jenis berita jenayah yang kadang otak kau pun tak boleh nak digest yang benda-benda begitu wujud. 


Hmmm. Honestly speaking, aku takut nak berdiri tak atas kaki sendiri, setelah sekian lama. Bila zaman belajar, kau ada kawan, kau duduk dalam asrama. Bila kerja, kau duduk bawah ketiak mak kau sebab tempat kerja kau depan rumah aje. Haha. Dan sekarang bila dah tiba satu lagi checkpoint dalam hidup kau, tapi kau kena hadap seorang diri, lone ranger, di bandar yang sangat mencabar, goyah jugalah sikit.

Heh! Aku gelak aje dengan diri sendiri. So many fear, so many insecure feelings, too paranoid. Aku anggap ini jalan untuk aku cabar diri sendiri. Umur dah 30, be brave like you used to be, be tough, be free and be happy. Setiap apa yang Allah tentukan, dah tentu-tentu ada hikmah dia. Mana tahu, dengan duduk kerja dekat KL, dengan tuntuan kerja yang akan banyak travel, boleh jumpa jodoh yang dah lama sesat. Eh??!! 
=p


Aku kagum dengan kawan-kawan wanita bujang, yang duduk seorang diri di kotaraya, jauh dari keluarga, but they live their life to the max, contained with their life. Semua orang ada kelemahan dia, ketakutan dia, tapi kita tak boleh jadikan itu semua penghalang dalam kehidupan kita. Perlahan-lahan kita kena belajar atasinya. Kan?

Alhamdulillah, rumah pun dah jumpa, depan LRT Sentul Timur saja. 6km dari tempat kerja. Cumanya rumah boleh masuk pada 1hb, sedangkan aku akan mula kerja ada 27hb. Pening nak duduk mana sementara waktu, kalaulah aku ada caravan, memang itulah yang aku angkut. Haha.

Banyak lagi benda nak settle. Sabar ajelah. Yang utama, aku nak kena belajar cara naik LRT dan bas semula. Hahahahahaha. Last sekali naik LRT masa zaman study UM dulu, pergi PWTC. Kah kah kah. Naik bas? Lagilah zaman tok nenek, sekolah rendah dulu. Hoho. Layankan ajelah budak umur 30 ni.

Okaylah, mata dah ngantuk balik. Selamat malam. Assalamualaikum.



P/S : Terima kasih Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, whatsapp kau sikit sebanyak bagi aku semangat nak menjalani liku-liku hidup di kotaraya. Ecewah. Aku pun harap dan doa aku akan berjaya dalam kerja baru aku. Heee. Rindu nak borak dengan kau, tapi tak berani nak mulakan, sebab aku takut kalau sekali aku dah mulakan, aku nak borak selalu. Macam dulu. Haha. =p

Terima kasih, sekali lagi.
:)
  



19 Feb 2017

Mana Nak Cari Full Album OST / Soundtrack Drama Korea Goblin?

Februari 19, 2017 0 Comments
CREDIT PICTURES TO THE RESPECTIVE SITE
(I'M JUST BORROWING IT FROM GOOGLE ^^)


Assalamualaikum.

Okay, sebab ada masa terluang, rasa nak update blog. Tapi tak tahu nak tulis apa! Haih. Tak apalah, sementara menanti idea ketuk pintu kepala otak kita, kita saja nak kongsikan koleksi lagu yang satu ini.

Okay! Chup! Chup! Bukan tak move one, bukanlah. Aku memang tak nak move on pun. Haha. Such a perfect and beautiful story you ever watch for quite some time, so how can you just simply move on. Iya tak? Bagi sesiapa yang berminat nak download semua koleksi lagu-lagu dan instrumental yang ada dalam drama Korea Goblin ini, bolehlah download di link yang aku sediakan.



Ini adalah playlist yang aku gunakan buat masa sekarang kalau aku workout, lari dekat padang ke, menari ke, lompat bintang ke. Memang momentum workout turun naiklah, bila lagu rancak, lajulah lari. Bila time lagu slow macam Round and Round, kau pun rasa seolah macam sehelai kertas terbang ke sana ke mari dengan lemah gemalainya. Haha. Orang kata lagu slow tak sesuai buat workout, tapi aku bantaikan aje. Asal keluar peluh, terbakar lemak. Iya tak?

Okay, sampai sini aje eh. Lain kali conteng lagi. Assalamualaikum,

14 Feb 2017

Kolumpo Menjerit?

Februari 14, 2017 0 Comments
[CREDIT PICTURE TO TRAVELMASSIVE.COM]
Thank you! ^^


Assalamualaikum.

Salam 2.30 pagi. Oh, ya ya. Belum nak tidur lagi, walaupun angin bertiup kencang dekat luar sambil menggoda untuk tidur, tapi masih banyak lagi benda nak kena belek. Hmm. At this rate, mungkin bukan Kolumpo yang akan menjerit, tapi aku. Haha.

Banyak benda nak fikir kan bila nak duduk tempat baru. Ingatkan tak lalui dah zaman masa belajar dulu, sibuk pindah randah, cari rumah sewa sana sini yang murah. Oh, I miss Ipoh. Okay, balik semula pada cerita pindah randah. Bila dah kena duduk tempat baru, dah tentulah kena cari rumah sewa. Oh silap, duduk KL, kena cari bilik sewa, bukan rumah. Phew!!! Kesat peluh tengok harga rumah / apartment / kondo / mahupun flat dekat Key Ell ni, mahal oii. Tapi untuk pemilik-pemilik aset seperti disebut di atas, sewaan rumah memang boleh beri pulangan yang lumayan. Maybe one day, ada rezeki nanti, kita dapatkan aset kita sendiri, dan kita sewakan balik. Kan?

Oleh sebab tempat kerja aku dekat dengan HKL dan IJN, memang kalau boleh nak cari rumah sewa dekat-dekat situlah kan. Hey! Tak larat aku nak redah kesesakan pergi balik dari kerja. Jadi lebih baik cari bilik sewa yang dekat.  Lagipun gaji tak besar mana, kena pandai merancang kewangan. 

2 benda yang aku cari untuk sewa bilik, boleh masak dan ada WIFI. Sebab kerja aku perlukan banyak research and I need WIFI so badly. Urgh!!! Menurut kawan aku, antara kediaman yang terdekat untuk cari bilik sewa adalah di Plaza Rah, Titiwangsa Sentral, Vistana dan Bandar Baru Sentul. Sampai naik juling kau mata aku selak page-page dekat Mudah.My sana. Tak mudah pun! Hahaha. Manalah tak mudah, nak cari yang dekat, nak cari yang ada WIFI, nak cari yang murah. Haaa! Kekdahnya kena bina rumah sendiri ke macam mana ni. Aiyooo.

Nampaknya kena sambung belek lagilah cari bilik sewa. Hujung bulan dah nak masuk kerja. Harapnya jumpalah yang berkenan di hati. Walaupun hakikatnya tak boleh nak memilih sangat. Hidup dah stabil sikit nanti, barulah boleh demand bilik helok sikit. Eh? Haha. Okaylah, sambung browsing dulu.

Assalamualaikum.
:)


P/S : Dulu aku selalu sangat cakap, aku tak nak duduk KL, tak suka drive dekat bandar KL, tak nak jejak dah KL. Haaa! Tengok sekali apa aku dapat. Masa nak pergi interview tempoh hari, walaupun pakai WAZE, hakikatnya jantung aku berdegup laju sebab takut sesat dekat bandar KL yang aku cukup tak berapa gemar. Dan, ternyata aku sesat, walaupun pakai WAZE. Pengalaman.
=p

11 Feb 2017

Turning Point?

Februari 11, 2017 4 Comments
Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah 8 Februari kan? Hmm. Usia pun dah secara rasminya menginjak ke angka 30. Oh, to be exact, 30 years and 8 days old. Haha. Doa dan ucapan hari lahir tahun ini rasa macam lagi bermakna dan menyentuh hati, sebab mereka-mereka adalah orang-orang yang ingat pada kita, yang doakan kita. Terima kasih semua atas ingatan dan doa.
;)

Ingat tak entry yang aku pernah tulis dulu tentang CITA-CITA? Memang jalannya agak berliku, terkapai-kapai juga. Kadang aku sendiri keliru jalan apa aku nak, jalan apa yang terbaik untuk aku. Apa yang aku nak, terbaik tak untuk aku? Dan mungkin juga apa yang terbaik bukan apa yang aku nak? Macam-macam soalan mengasak kepala otak aku, apa aku boleh buat, aku cuma doa pada DIA, tunjukkan jalan untuk aku.

Banyak dah kerja aku mohon dekat Jobstreet. Kebanyakan kerja aku mohon semuanya dalam bidang kesihatan, cuma bukan sebagai doktor, lebih kepada pentadbiran. Aku pernah ke MAKNA, MBJB, UM, tapi rezeki semuanya tak menyebelahi. Kadang aku rasa, sijil MBBS tak ada makna bila tak ada practicing certificate, tak banyak cabang kerja yang sesuai. Bukan tak ada, tapi tak banyak. Dan kalau ada, ianya mungkin takkan ada kena mengena dengan apa yang kau belajar. Kau takkan guna pun medical degree kau. That's what I mean. But at the end, itu semua rezeki. Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk kita, mungkin rezeki diberi dalam bentuk lain, siapa tahu. Jadi kita kena selalu bersyukur atas apa yang kita dapat dan tak dapat.


Seingat aku, dalam hujung bulan November, aku dapat panggilan temuduga dekat satu institusi yang ada kena mengena dengan Kementerian Kesihatan, tapi bukan badan kerajaan, jawatan yang aku mohon memerlukan aku kerap travel ke hospital-hospital dan klinik-klinik di seluruh negara. Healthcare management? Healthcare administration? Haaa. Kan lain kan dari apa yang aku belajar? Haha. 

Dan... Truth is, aku bukan kaki jalan, walaupun aku suka baca kisah travel orang. Aku adalah home person. Tapi waktu itu, tahun 2014, untuk sesuap nasi, aku mohon apa saja jawatan yang aku rasa sesuai. Tapi waktu itu, memang tak dapat perkhabaran apa-apa. Sampailah hujung 2016, aku dapat panggilan untuk jawatan tersebut. Tapi sayang sangat, temuduga waktu itu dijalankan di Kuala Lumpur, bila buka dompet, not-not tak cukup nak merantau ke sana, dengan macam-macam masalah lagi, memang tak berpeluang nak hadir temuduga. Maka, dengan sedihnya terpaksalah aku lepaskan peluang tersebut.

Sebulan selepas itu, aku tengok dekat Jobstreet, jawatan tersebut dibuka semula. Maknanya, mereka belum jumpa lagi calon sesuai. Entah nak rasa apa waktu itu, gembira, terharu, rasa macam ada peluang terbuka sekali lagi. Peluang yang aku lepaskan sebelum ini. Jadi aku mohon sekali lagi, dengan harapan mereka tak serik panggil aku. Alhamdulillah, aku dapat email untuk suruh datang temuduga. Dan kebetulan waktu itu, aku dapat duit hasil buat iklan dekat 8share, hampir RM200 juga, jadi aku gunakan wang itu untuk ke Kuala Lumpur.

Pagi-pagi Subuh aku bertolak dari Melaka. Bukan apa, sebab tempat temuduganya dekat pusat bandar, berdekatan dengan HKL, IJN, jadi sebab tak nak terperangkap dalam kesesakan, pukul 7 aku dah sampai tempat temuduga. Phew!!! Temuduganya pukul 9.30. Melelapkan sekejaplah mata dan badan yang penat. Hehe.


Masa jejak kaki masuk dalam bilik temuduga, rasa cuak lain macam. Aku tak nak sia-siakan peluang kali kedua ini, tapi rasa gentar pada 4 orang penemuduga itu memang aku tak boleh kawal. Haha. Dan seperti yang aku dah jangka, aku akan dapat bebelan demi bebelan. Maklumlah, bos besar adalah seorang doktor pakar. Dah tentu yang dibebelkannya adalah kenapa tak habiskan housemanship. Rasa macam kena marah pun ada. Waktu itu aku cakap dalam hati, nampaknya kita tunggu sambung housemanlah Farhana. Nak bela diri, tapi apa yang dimarahkan bos besar itu memang betul. Aku tahu aku salah. Aku tahu aku tak cukup kental dan kuat semangat. Aku tahu aku penakut sebab tak berani jalan terus.

Bila dah habis kena bebel, kena bebel lagi. Haha. Aku ditanya kenapa tak ambil course lain untuk majukan diri. Sebab aku kata aku lebih berminat pada healthcare administration, jadi ditanya kenapa aku tak ambil course tersebut. Adoi. Ketepek sekali. Kalaulah saya ada duit, saya ambil dah course-course nak majukan diri. Sebabkan degree aku dalam bidang perubatan, dan jawatan aku mohon agak lari daripada apa yang aku belajar, boleh katakan ilmu aku kosonglah untuk jawatan itu, maka bos besar pun cakap macam mana mereka nak ambil aku kerja kalau aku tak tahu satu benda alah tentang bidang pentadbiran. Aku dengan yakin cakap, aku boleh belajar. Walaupun pengalaman aku tak banyak tapi mungkin ada sedikit, yang boleh membantu.

Keluar dari bilik, serious weh, rasa nak nangis. Rasa macam kena marah dengan abah kita. Huhu. Waktu itu rasa macam, boleh dapat ke kerja ni, vague gila perasaan waktu itu. Hoho. Jadi baliklah ke Melaka dengan rasa separuh down, maklumlah kepala otak sibuk duduk proses bebelan masa temuduga tadi. Haha.

Petang Jumaat, hari yang sama aku temuduga, aku dapat panggilan dari HR mengatakan aku berjaya dapat jawatan itu dan akan mula bertugas hujung bulan Februari. Suara aku mendatar gila sebab terkejut sangat, sampai Encik yang telefon aku tanya, aku tak happy ke dapat perkhabaran tersebut. Haha. Gila tak happy, cuma rasa cuaklah sebab dah kena marah pagi tadinya. 


Bersyukur sangat. Lama dah tunggu. Lama dah aku menyusahkan mak abah. Hmm. Hurm. Erm. Aku cakap dekat diri aku, ini rezeki Allah nak bagi. Walau terlepas yang pertama, yang kedua ada lagi. Dan Allah permudahkan, dapat pula apa yang aku mohon. Dengan keadaan ekonomi sekarang, dan housemanship pun dah naik 3 tahun kontrak, sampai bila nak tunggu kan, umur pun dah masuk 30, jadi aku tekad untuk terus ikut jalan ini. Untuk terus tengok progressionnya macam mana. Macam-macam dah carrier plan dan goal aku tulis bila dapat tahu aku berjaya temuduga. Walaupun gaji tak sehebat houseman, tak apalah. Rezeki juga kan? 

Mungkin ada orang kata, ah sayangnya, ah kenapa, ah jangan, tapi di zaman ini, aku tak ada luxury untuk memilih sangat. Macam aku cakap tadi, apa yang kita nak tak semestinya kita dapat. Aku mungkin kena ubah sikit arah layar CITA-CITA aku, walaupun destinasinya mungkin dah berbeza, tapi aku harap, kepuasaan pada kejayaan bila sampai destinasi itu nanti tetap sama.

Doakan aku kuat semangat untuk belajar benda baru ya. Hehe. Dan semoga aku dapat capai carrier goal aku dan laksanakan plan-plan yang ada. Mudah-mudahan. In shaa Allah. Kalau jumpa dekat hospital nanti, tegurlah ya. Walaupun bukan sebagai fellow comrade in clinical settings. 

Have a good day. Assalamualaikum semua.


P/S : Do contact me through dr.hana87@gmail.com ya. Sebab handphone saya tengah biol. Huhu.
:)


6 Feb 2017

Drama Korea Goblin Lakonan Gong Yoo, Indah Khabar Dari Rupa?? Best Atau Tak??

Februari 06, 2017 0 Comments


UPDATE : Hoho. Tiba-tiba sekarang hot pula pasal drama ini boleh menyebabkan rosak akidah. Hmm. Drama sekadar hiburanlah kan, tak payah percaya tak payah taksub. Balik pada hati dan niat. Aku sendiri fan series Supernatural. Siri itu lagi mengarut. Tengok boleh tapi percaya jangan. Orang kata, yang buruk jadikan sempadan. Yang baik jadikan teladan.
:)

Assalamualaikum.

Tak payah mukadimah berjela-jela macam selalunya, teruslah kita cerita pasal drama Korea yang sana sini orang duduk bercerita. Aku, macam biasalah, selagi tak habis tayang semua episod, aku tak layan. Bukan apa, tak sanggup menunggu. Haha. Jadi bila orang semua duduk cerita bestnya drama Goblin, aku terpaksalah bersabar tunggu habis tayang kesemua 16 episod. Bila buka Facebook, mesti orang share klip-klip drama Goblin, portal Allkpop, Soompi, Koreaboo pun sama naik jugalah, pung pang pung pang dengan kehebatan dan rating drama ini yang pecah rekod.

Tapi aku sabar juga. Haha. Akhirnya dah habis 16 episod. Aku pun mula marathon sejak dari hari Rabu sampailah Jumaat. Dulu-dulu zaman muda mudi bolehlah layan sehari suntuk. Sekarang badan pun dah tua, tak larat dah oii. Haha. Aku tak letak harapan tinggi melangit, sebab dulu pun orang bukan main gila dengan Descendants Of The Sun, tapi bila aku tengok, agak kecewalah sikit. Bukan tak best, tapi tak adalah best gila. Bagi akulah. Sampai episod 8 aku dah mula bosan.

Tambah pula orang cakap penulis skrip dia sama, jadi lagilah aku tak letak harapan. Walaupun aku suka karya penulis Kim Eun Sook dulu iaitu Secret Garden, Lovers In Paris dan A Gentleman Dignity.



Jadi, dah bebel panjang-panjang kan? Apa kesimpulannya? Hahaha. Hmmm. Apa nak dikata, memang BEST GILERRR OIII!!! Haha. First of all, semua pelakon tak kiralah lelaki dan perempuan, cantik dan kacak. Makeup dia walau tak heavy, tapi menarik sangat pada pandangan mata aku. Pada mulanya aku tak yakin sangat dengan gandingan heroinnya Kim Go Eun dengan Gong Yoo, tapi bila dah tengok, aku rasa dia orang dua kalau kahwin pun tak apalah. Haha. Heroin dia sangatlah comel. Dari segi lakonan tak payah pertikaikanlah, semua bagus-bagus. Meremang bulu roma hakak.

Especially lakonan Gong Yoo dengan Lee Dong Wook. My personal preference, pelakon lelaki drama Korea yang boleh watak berat dan sampaikan dengan penuh emosi, 1000% adalah Ji Sung. Drama okay, filem tak masuk. Haha. Tapi kali ini, aku jumpa lagi seorang pelakon yang kau tengok mata dia, lenggok badan dia, kau boleh baca semua dalam kepala dia. Mata dia sangat penuh dengan emosi. Argghhh!! Susah gila nak explain. Aku bukan peminat Gong Yoo pun, drama Coffee Prince dia dulu pun aku layan gitu-gitu aje. Same goes to Biscuit Teacher and Star Candy. Tapi, dengan drama ini, aku dah jadi peminat dia. Hahaha.

Lee Dong Wook pun sama, memang tepat sangat pemilihan dia sebagai watak Grim Reaper walaupun dia terpaksa lalui audition dan dia bukanlah pelakon lelaki yang dibayangkan oleh penulis skrip ini. Tapi dia berjaya pull off watak grim reaper dengan terbaik sekali.


5 scene kegemaran aku dalam drama Goblin:

1) Kesemua scene bromance Kim Shin dan Wang Yeo. KESEMUANYA! Fuh! Aku menangis bila part Wang Yeo tahu siapa diri dia, dan bila Kim Shin pun tahu siapa Grim Reaper sebenarnya. Meleleh air mata.

2) Scene traffic light Quebec. Masa Kim Shin baca buku, dan nampak Ji Eun Tak di traffic light. Monolog dalaman Kim Shin tentang first love dia sangat touching.

3) Scene bila Wang Yeo buatkan Sunny ingat semula kelahiran sebelumnya. TT

4) Scene Ji Eun Tak tiup lilin berjuta kali panggil Kim Shin. Funny.

5) Of course scene dekat Quebec bila Ji Eun Tak pegang maple leaf dan dia ingat balik memori dia yang dipadamkan.

* * * * *
Bagi aku drama Goblin ini lebih menjurus pada genre melodrama. Skrip dia pun best. Walaupun melodrama, tapi dia ada komedi dia, thriller dia. Yang utama, melo dia memang sampai dekat hati penonton. Kau mungkin akan rasa ada sesetengah scene macam bosan, tapi dia sangat meaningful dari segi penyampaian dialog dan keadaan sekeliling. Kau nak fast forward pun rasa macam "aaaa, tak boleh ni, kena tengok ni". Haha.

Sebabnya aku jenis fast forward sesuatu drama kalau agak-agak bosan. Itulah salah satu fungsi kumpul habis semua episod. Haha. Tapi untuk Goblin, satu episod pun aku tak fast forward. Jujur ni. Haha. Untuk 2 episod akhir, aku siap download gambar cun punya sebab nak rasa kepuasan layan drama ini. Sampai 3 gb untuk 2 episod. 



Aku ada banyak graf drama Korea yang aku buat, cuma nak upload dan tulis entry terasa sangat malas. Jadi, Goblin akan jadi drama pertamalah yang ada graf. Haha. Nampak tak rating dia? Tak ada jatuh, terus menuju ke puncak. Overall rating aku bagi 4.9 / 5 bintang. Kekeke.

Again, this is just my personal preference. Aku jarang jumpa drama yang 2 episod akhir aku tak fast forward sebab draggy dan bosan. Tapi Goblin salah satu drama yang aku tak fast forward. Puas hati dengan ending dia. This drama brings "amnesia" to a new level. Eh! Boleh gitu? Haha. Okaylah, sampai sini. Aku tepek sekali OST yang paling aku suka dalam drama Goblin. Ada 2 sebenarnya, lagu Sam Kim dengan Ailee. But my favorite will be WHO ARE YOU from SAM KIM. Enjoy.

Selamat malam. Assalamualaikum.



1 Feb 2017

Tiga

Februari 01, 2017 0 Comments
Assalamualaikum.

Akhirnya, 31hb dah pun berlalu. Secara rasminyalah, angka 3 dah duduk tak nak balik dah. Haha. Apa perasaan jejak usia baru? Hmmm.

Pertama kali dah tentulah bersyukur sebab Allah beri nikmat usia dan kesihatan. Syukur Alhamdulillah. Dalam masa yang sama, kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat capai lagi apa yang diinginkan. Semua perancangan macam terumbang-ambing, mencari hala tuju. Entahlah bila agaknya nak stabil. Harapnya aku terus kuatlah harung arus kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Tak lama lagi pun nak jadi makcik dah, lagilah terkial-kial nak betulkan balik kehidupan supaya berada pada landasan yang dah dirancang. Tumpang happy untuk adik sendiri sebab dah capai apa yang dia nak.
:)

Apa pun, life must go on. Kena berusaha jadi lebih baik dari semalam. Berusaha jadi seorang muslimah yang lebih-lebih baik lagi. Mudah-mudahan. Okaylah, till next time. Selamat malam.
Assalamualaikum.