Probation | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Probation

2 comments
Assalamualaikum.

Selamat malam. Hai. Hola. Rasa nak menulis lagi walaupun semalam kita dah harung sekali 2 entry kan. Haha. Esok ada training dekat Akademi Perubatan, ingat nak tidur awallah kononnya, tapi kerja bertimbun, tak merasalah nak tidur awal. Mahu tersengguk-sengguklah esok kita ya.

6 bulan. Yup. Itu jumlah probation period aku. Atau dalam bahasa Melayu tempoh percubaan. Risaulah juga bila dengar probation-probation, tapi aku percaya ini boleh jadi fasa untuk aku buktikan kebolehan diri aku. Mungkin ada yang beranggapan fasa ini fasa yang goyah, buat kita rasa ianya mengganggu gugat keyakinan dalam hidup kita, tapi kita kena percaya, soal rezeki itu semua kerja Allah.

Yang penting, masa fasa percubaan ini kita tak bolehlah malas-malas, kenalah rajin, push diri untuk jadi lebih baik hari ke hari, ambil inisiatif untuk belajar luar dan dalam tentang jawatan yang kita pegang. Zaman sekarang bukan zaman spoon feed, kita kena bangun dan bergerak untuk belajar. Tak ada orang akan suap kau satu-satu. Itu apa yang aku belajar selama sebulan aku bekerja disinilah. Walaupun reporting manager aku baik sangat, tunjuk ajar satu-satu, tapi aku sendiri pun kenalah rajin nak majukan diri sendiri kan.


Kadang stress juga, sebab apa kelebihan yang ada pada pekerja tetap kita tak dapat nak merasa lagi, tapi bersabarlah. Yakinlah dengan usaha yang kita dah taburkan, In shaa Allah, kalau Allah dah tulis itu rezeki kita. Ya tak?

Tugas yang aku baru dapat 2 hari lepas terasa paling mencabar setakat ini. Sebab aku kena buat research untuk standard. Hoho. Tepu juga kepala otak, maklumlah dah lama benar tinggalkan benda alah ni semua. Harapnya aku berjaya harungi ujian yang satu lagi ini. Mudah-mudahan ada manfaat untuk sistem kesihatan negara kita satu hari nanti. Heee.

Okaylah. Sampai sini saja. Doakan aku berjaya menempuh 6 bulan ini dan jadi pekerja tetap ya. Selamat malam. Assalamualaikum.


2 Comments Here:

Amieynna berkata...

Salam Hana..
Wah awk yg buat standard ke.. jangan susah2 plis.. putus nafas nak follow standard.. hehehe anyway semoga berjaya menempuhi probation..

Farhana Cahaya Riang berkata...

@Amieynna Haha. Saya tolong buat research je, orang yang lebih arif dan pakar akan buat. Thanx Mienna. Tak sabar nak habiskan probation. :)

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.