11 Feb 2017

Turning Point?

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah 8 Februari kan? Hmm. Usia pun dah secara rasminya menginjak ke angka 30. Oh, to be exact, 30 years and 8 days old. Haha. Doa dan ucapan hari lahir tahun ini rasa macam lagi bermakna dan menyentuh hati, sebab mereka-mereka adalah orang-orang yang ingat pada kita, yang doakan kita. Terima kasih semua atas ingatan dan doa.
;)

Ingat tak entry yang aku pernah tulis dulu tentang CITA-CITA? Memang jalannya agak berliku, terkapai-kapai juga. Kadang aku sendiri keliru jalan apa aku nak, jalan apa yang terbaik untuk aku. Apa yang aku nak, terbaik tak untuk aku? Dan mungkin juga apa yang terbaik bukan apa yang aku nak? Macam-macam soalan mengasak kepala otak aku, apa aku boleh buat, aku cuma doa pada DIA, tunjukkan jalan untuk aku.

Banyak dah kerja aku mohon dekat Jobstreet. Kebanyakan kerja aku mohon semuanya dalam bidang kesihatan, cuma bukan sebagai doktor, lebih kepada pentadbiran. Aku pernah ke MAKNA, MBJB, UM, tapi rezeki semuanya tak menyebelahi. Kadang aku rasa, sijil MBBS tak ada makna bila tak ada practicing certificate, tak banyak cabang kerja yang sesuai. Bukan tak ada, tapi tak banyak. Dan kalau ada, ianya mungkin takkan ada kena mengena dengan apa yang kau belajar. Kau takkan guna pun medical degree kau. That's what I mean. But at the end, itu semua rezeki. Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk kita, mungkin rezeki diberi dalam bentuk lain, siapa tahu. Jadi kita kena selalu bersyukur atas apa yang kita dapat dan tak dapat.


Seingat aku, dalam hujung bulan November, aku dapat panggilan temuduga dekat satu institusi yang ada kena mengena dengan Kementerian Kesihatan, tapi bukan badan kerajaan, jawatan yang aku mohon memerlukan aku kerap travel ke hospital-hospital dan klinik-klinik di seluruh negara. Healthcare management? Healthcare administration? Haaa. Kan lain kan dari apa yang aku belajar? Haha. 

Dan... Truth is, aku bukan kaki jalan, walaupun aku suka baca kisah travel orang. Aku adalah home person. Tapi waktu itu, tahun 2014, untuk sesuap nasi, aku mohon apa saja jawatan yang aku rasa sesuai. Tapi waktu itu, memang tak dapat perkhabaran apa-apa. Sampailah hujung 2016, aku dapat panggilan untuk jawatan tersebut. Tapi sayang sangat, temuduga waktu itu dijalankan di Kuala Lumpur, bila buka dompet, not-not tak cukup nak merantau ke sana, dengan macam-macam masalah lagi, memang tak berpeluang nak hadir temuduga. Maka, dengan sedihnya terpaksalah aku lepaskan peluang tersebut.

Sebulan selepas itu, aku tengok dekat Jobstreet, jawatan tersebut dibuka semula. Maknanya, mereka belum jumpa lagi calon sesuai. Entah nak rasa apa waktu itu, gembira, terharu, rasa macam ada peluang terbuka sekali lagi. Peluang yang aku lepaskan sebelum ini. Jadi aku mohon sekali lagi, dengan harapan mereka tak serik panggil aku. Alhamdulillah, aku dapat email untuk suruh datang temuduga. Dan kebetulan waktu itu, aku dapat duit hasil buat iklan dekat 8share, hampir RM200 juga, jadi aku gunakan wang itu untuk ke Kuala Lumpur.

Pagi-pagi Subuh aku bertolak dari Melaka. Bukan apa, sebab tempat temuduganya dekat pusat bandar, berdekatan dengan HKL, IJN, jadi sebab tak nak terperangkap dalam kesesakan, pukul 7 aku dah sampai tempat temuduga. Phew!!! Temuduganya pukul 9.30. Melelapkan sekejaplah mata dan badan yang penat. Hehe.


Masa jejak kaki masuk dalam bilik temuduga, rasa cuak lain macam. Aku tak nak sia-siakan peluang kali kedua ini, tapi rasa gentar pada 4 orang penemuduga itu memang aku tak boleh kawal. Haha. Dan seperti yang aku dah jangka, aku akan dapat bebelan demi bebelan. Maklumlah, bos besar adalah seorang doktor pakar. Dah tentu yang dibebelkannya adalah kenapa tak habiskan housemanship. Rasa macam kena marah pun ada. Waktu itu aku cakap dalam hati, nampaknya kita tunggu sambung housemanlah Farhana. Nak bela diri, tapi apa yang dimarahkan bos besar itu memang betul. Aku tahu aku salah. Aku tahu aku tak cukup kental dan kuat semangat. Aku tahu aku penakut sebab tak berani jalan terus.

Bila dah habis kena bebel, kena bebel lagi. Haha. Aku ditanya kenapa tak ambil course lain untuk majukan diri. Sebab aku kata aku lebih berminat pada healthcare administration, jadi ditanya kenapa aku tak ambil course tersebut. Adoi. Ketepek sekali. Kalaulah saya ada duit, saya ambil dah course-course nak majukan diri. Sebabkan degree aku dalam bidang perubatan, dan jawatan aku mohon agak lari daripada apa yang aku belajar, boleh katakan ilmu aku kosonglah untuk jawatan itu, maka bos besar pun cakap macam mana mereka nak ambil aku kerja kalau aku tak tahu satu benda alah tentang bidang pentadbiran. Aku dengan yakin cakap, aku boleh belajar. Walaupun pengalaman aku tak banyak tapi mungkin ada sedikit, yang boleh membantu.

Keluar dari bilik, serious weh, rasa nak nangis. Rasa macam kena marah dengan abah kita. Huhu. Waktu itu rasa macam, boleh dapat ke kerja ni, vague gila perasaan waktu itu. Hoho. Jadi baliklah ke Melaka dengan rasa separuh down, maklumlah kepala otak sibuk duduk proses bebelan masa temuduga tadi. Haha.

Petang Jumaat, hari yang sama aku temuduga, aku dapat panggilan dari HR mengatakan aku berjaya dapat jawatan itu dan akan mula bertugas hujung bulan Februari. Suara aku mendatar gila sebab terkejut sangat, sampai Encik yang telefon aku tanya, aku tak happy ke dapat perkhabaran tersebut. Haha. Gila tak happy, cuma rasa cuaklah sebab dah kena marah pagi tadinya. 


Bersyukur sangat. Lama dah tunggu. Lama dah aku menyusahkan mak abah. Hmm. Hurm. Erm. Aku cakap dekat diri aku, ini rezeki Allah nak bagi. Walau terlepas yang pertama, yang kedua ada lagi. Dan Allah permudahkan, dapat pula apa yang aku mohon. Dengan keadaan ekonomi sekarang, dan housemanship pun dah naik 3 tahun kontrak, sampai bila nak tunggu kan, umur pun dah masuk 30, jadi aku tekad untuk terus ikut jalan ini. Untuk terus tengok progressionnya macam mana. Macam-macam dah carrier plan dan goal aku tulis bila dapat tahu aku berjaya temuduga. Walaupun gaji tak sehebat houseman, tak apalah. Rezeki juga kan? 

Mungkin ada orang kata, ah sayangnya, ah kenapa, ah jangan, tapi di zaman ini, aku tak ada luxury untuk memilih sangat. Macam aku cakap tadi, apa yang kita nak tak semestinya kita dapat. Aku mungkin kena ubah sikit arah layar CITA-CITA aku, walaupun destinasinya mungkin dah berbeza, tapi aku harap, kepuasaan pada kejayaan bila sampai destinasi itu nanti tetap sama.

Doakan aku kuat semangat untuk belajar benda baru ya. Hehe. Dan semoga aku dapat capai carrier goal aku dan laksanakan plan-plan yang ada. Mudah-mudahan. In shaa Allah. Kalau jumpa dekat hospital nanti, tegurlah ya. Walaupun bukan sebagai fellow comrade in clinical settings. 

Have a good day. Assalamualaikum semua.


P/S : Do contact me through dr.hana87@gmail.com ya. Sebab handphone saya tengah biol. Huhu.
:)


4 ulasan:

Anem Arnamee berkata...

Waalaikummussalam.

Hai doktor. Macam lama sangat rasanya tak melawat sahabat blogger seorang ni. Selamat hari lahir dan semoga terus dipermudahkan untuk langkah seterusnya. :)

Amieynna berkata...

Assalamualaikum Hana..
Lama tak komen..
Alhamdulillah, finally Allah dah memang tetapkan job tu untuk awak..
Perancangan allah itu paling terbaik..
Apa yang dah jadi, dah ditakdirkan..
Ada hikmah semua ini..

All the best my friend!!

Farhana Cahaya Riang berkata...

@Anem Arnamee Hai Kak Anem. :) Saya pun kadang-kadang ada melawat blog Kak Anem tapi tak berkesempatan tinggal jejak. Cuma selalu "skodeng" dekat facebook je baca kata-kata hikmah. Banyak bantu saya naikkan semangat. Terima kasih atas doanya kak. :)

Farhana Cahaya Riang berkata...

@Amieynna Kadang ralat tapi kita percaya mungkin jalan ini ada percaturan sendiri yang mungkin ada hikmahnya. Kan? Thanx Mienna sebab tak putus bagi semangat dari dulu. All the very best untuk kita semua okay. :)