Hormon + Perasaan = Kucar Kacir + Gedik

3 comments
Assalamualaikum.

Haha. Okay, persamaan di atas macam entah apa-apa kan? Sebab aku tak tahu macam mana cara yang sesuai nak bubuh tajuk untuk repekan aku kali ini, jadi aku tepek equation tentang perasaan aku. Haha. #adaorangkisahkaunakbubuhtajukapa

Amboi. Entry pun nak berhashtag bagai eh. Haha. Spoiler alert, entry ini tak perlu diteruskan pembacaannya kalau rasa ada banyak lagi kerja lain nak buat. Sebab jujur cakap, entry ini akan penuh dengan repekan, bebelan. Memang tangan gatal sangat nak conteng-conteng.

HORMON + PERASAAN = KUCAR KACIR + GEDIK

Sebenarnya, dia campur sedih, campur jiwa kacau, tambah lagi dengan stress, bila dah bergabung, benda yang lahir itu adalah kucar kacir dan selebihnya gedik saja. 


Aku boleh katakan suka layan sosial media, tapi tak adalah gila. Aku suka aje layan Instagram, Facebook. More to Instagram sebab aku suka tangkap gambar guna phone cikai aku. Dan of course aku suka tengok gambar. Facebook pula aku banyak guna untuk bacalah apa-apa yang patut, yang tak patut. Haha. Bila tengok kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti, kawan-kawan blog semua kahwin, mengandung, bersalin, tumpang gembira jugalah kan. Jujur cakap aku sangat tumpang gembira. Sikit pun tak ada rasa dengki ke apa ke, erm, cemburu? Sikitlah. Sikit kot. Perasaan manusia aku ini, merasakan dalam 10% cemburu.

Itulah akan jadi pada manusia macam aku, yang suka tengok life orang, lepas itu tengok life sendiri, dan tunduk sambil geleng kepala. Dulu aku tak begini pun, dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan inilah, kehidupan banyak mengubah sifat aku sikit-sikit. Aku rasakan bila bandingkan hidup orang dengan hidup aku yang terasa loser ini, somehow ianya boleh jadi pembakar semangat untuk aku pun berjaya, tapi it was not totally effective. Separuh dari diri aku rasa penuh bermotivasi tengok hidup bahagia kawan-kawan lain, separuh lagi pula rasa down.

Sekarang ini pula tengah hot orang kongsikan motherhood dare, ada juga yang kongsikan tentang usia mereka mengandung, usia mereka bersalin, cahaya mata mereka. Aku baca semuanya, tumpang seronok juga aku baca. Teringat jugalah masa posting O&G dulu, tengok buku pink, duduk berkejar dalam labor room bagai. Haha. Tapi ada juga sudut dalam hati ini rasa sedih, rasa kalut, rasa campur-campur sweet and sour. Mungkin sudut itu adalah sudut rasa keibuan agaknya. Haha. Pandai aku namakan sudut hati sendiri. 4 bulan lagi nak pegang title 3 series, mungkin itu buat hormon aku haywire agaknya.
=p


Tengok orang tunang? Tak kisah, happy saja. Tengok orang nikah? Tak sedih, happy. Tapi bila bab anak, memang ada tercuit sikitlah. Alah Farhana, orang lain relax saja masuk umur 30an as a single lady, kau saja yang melebih. Haha. Ya ya, aku tahu, mungkin aku melebih sikit. Manusia threshold dia lain-lain kan? Ada yang free spirit, high motivation, tapi aku tak berapa nak free spirit, tak berapa high motivation. I learn how to get by all the sadness, but only after I'm done dealing with the sadness, after I cried, after I wholeheartedly accept my fate. That's my way of getting through. Tak lama lagi pun, jika diizinkan oleh DIA, mana tahu aku akan jadi Mak Long. Jadi aku tak boleh nak layan sangat perasaan aku. Sebab itu kadang aku rasa aku gedik saja sebenarnya. Mainan hormon, mainan perasaan. Bisik-bisik syaitan.


Apa boleh kita buat sebenarnya? Mengadu! Ceritalah pada Allah perasaan sedih dan hiba kau di setiap solat kau, mohon doa supaya kau tidak terlalu bersedih dengan perkara duniawi. Orang kata kejar dunia, akhirat terabai. Tapi kalau kejar akhirat, kita boleh dapat keduanya. In shaa Allah. Ceritalah pada kawan-kawan, pada mak ayah, itu supaya hati kita tenang, dan perasaan kita tak terkempam dalam hati, dalam kepala otak kita, itu yang buat kau kucar kacir dan menggedik nak nangis (dush untuk diri sendiri). Kalau lupa, ingatkan balik diri sendiri, ingatkan diri berkali-kali, Allah sebaik-baik perancang. Mungkin DIA tahu, ini bukan masa sesuai untuk kita harung dunia jadi ibu, jadi sabarlah. Sabar, sabar, sabar.

Dan last but not least, kau kena ingat, dunia ini bukan ada kau seorang saja. Bila kau rasa hidup kau terlalu sedih, kau rasa apa kau buat pun tak berjaya, kau fikir kau paling tak bernasib baik dan nasib kau teruk gila, kau kena ingat ada lagi ramai orang dalam dunia ini yang Allah uji dengan ujian yang lagi besar nak dibandingkan dengan apa yang kau lalui. Sebab itulah tidak digalakkan kau membandingkan hidup kau dengan orang lain. Sebab masing-masing ada hitam putih kehidupan, kita mungkin nampak yang putih saja, tapi yang hitamnya dia yang lalui. Mungkin bagi dia, hidup kita ini bertuah.

That's how the world goes around. Ingat pada DIA, berserah pada DIA, selalulah berborak dengan DIA, jadi masalah macam tajuk di atas mungkin akan lama kelamaan berkurang dan terubat. Mudah-mudahan.

Motivasi untuk diri sendiri. Farhana ini hidupnya begitu, kena selalu pesan pada diri sendiri, supaya tak hanyut dengan perasaan yang terlampau. Heee. Selamat malam. Assalamualaikum.


Antara Kedai Haiwan / Kucing Kegemaranku Di Melaka

Leave a Comment
[CREDIT PICTURE TO CUTESTPAW.COM]

Assalamualaikum.

Kalau pada entry sebelum ini, aku ada tanya tentang kedai-kedai haiwan dan juga klinik veterinar yang okay di Melaka, almaklumlah pertama kali bela kucing, tak berapa tahu sangat. Jadi kita bertanya, takut malu tanya sesat barat nanti.

Bulan Oktober ini genap 7 bulan aku jaga kucing. 7 bulan juga aku dah jatuh cinta dengan kucing walaupun selama hidup ini aku memang sangat takutkan kucing. Jadi bila menjaga si bulus-bulus kesayangan ini, nak tak nak kenalah survey lebih banyak kedai haiwan, bukan apa, untuk kepuasan diri sendiri dan juga kepuasan poket kita juga nanti. Maklumlah barang-barang berkaitan kucing agak mahal.

Jadi pada yang baru mula nak berjinak-jinak jaga kucing, rajinlah blogwalking ke blog yang ada banyak pengalaman jaga kucing. Baca sebanyak mana info yang boleh tentang kucing. Tumbesarannya, proses kelahirannya, pemakanannya, sakit-sakit yang mungkin dia boleh kena, vaksinasi, cara mandikannya, cara bagi makan ubat, dan macam-macam lagi.

Phew! Rasanya masa zaman jadi pelajar perubatan dulu tak ada pun setekun begini. Tapi tetaplah tak boleh jadi doktor veterinar, sebab tak semua benda yang berada di internet boleh kita guna pakai. Kena rujuk semula pada doktor veterinar juga. Doktor google?? No no no!! Babab kang.
=p



Okay. Untuk kedai haiwan dekat Melaka memang ada banyak. Sebab aku duduk kawasan Melaka Tengah, aku kongsikan 4 kedai yang aku selalu pergi.

1) KEDAI AKURIUM NORTH SOUTH EASE WEST
Haa. Gitu, gah nama. Kedai ini kedai yang latest aku explore dan paling selalu aku pergi. Kedai ini terletak di Bukit Baru, dekat dengan air terjun simpang tiga, menghala ke AEON lama. Dekat juga dengan Akademi Kastam, kedai FELLA DESIGN. Aku dapat tahu kedai ini dari pakcik aku, menurut pakcik aku, makanan kucing di kedai ini murah sebab mereka jual secara borong dan ada repackaging semula. Sebelum ini aku dah cuba Royal Canin, Sava, Prodiet, Smartheart, Blackwood, Equilibrio. Setelah cuba sana sini, akhirnya melekat dengan Blackwood, Equilibrio dan Smartheart. Maklumlah kucing ada 6 ekor kot. Belum kira yang baru bersalin. Hoho. Dan memang ternyata, makanan di sini agak murah juga. Peralatan seperti litter box juga bagi aku affordable dekat kedai ini.


2) IKIA PETSHOP
Kedai haiwan pertama aku. Terletak di Batu Berendam. Di sini pasirnya agak murah. Makanannya pula mahal sikitlah. Ada 2 tingkat. Tingkat bawah menjual barang-barang keperluan haiwan dan juga jual macam-macam jenis ikan peliharaan. Tingkat atas pula ada jual sangkar / kandang dan yang seangkatan dengannya. Ada juga macam zoo mini untuk anda usha-usha bila datang sini. Sekarang dah jarang ke sini, sebab jauh dari rumah.


3) KEDAI AKUARIUM DUYONG
Okay. Masa mula-mula jaga kucing, inilah tempatnya aku beli sangkar untuk kucing. Kedai ini agak best sebab owner dia pemurah, baik hati, suka bagi diskaun. Peewwiittt!!! Pasir kucing dekat kedai ini pun murah berbanding kedai lain. Kadang-kadang akan ke kedai inilah untuk beli pasir sebab harga dia murah.


4) MEOW STATION
Yang ini pernah pergi sekali saja. Terletak berdekatan Bukit Katil, jalan nak menghala ke Jasir dan Seri Negeri. Kedai ini tak silap owner dia Melayu. Barang yang aku beli dekat sini adalah susu kucing. Kebetulan lalu, jadi aku singgahlah kejap. Not bad harganya.

* * *

Last but not least, untuk klinik haiwan pula aku selalu ke klinik kerajaan saja. Terletak di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka di Ayer Keroh. Orang pun tak berapa ramai ke sana. Manakala klinik swasta aku memang tak ariflah, kena rujuk pada blog lain-lain yang lebih arif. Okay, sampai sini sajalah eh. Lain kali tulis lagi.

Assalamualaikum.
:)


Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.