29 Jul 2016

Drama Jepun Apa Eh Yang Best Untuk Ditonton?

Julai 29, 2016 6 Comments
Assalamualaikum.

Konnichiwa. Oit! Oit! Dah berubah selera eh? Haha. Tak adalah, dah selalu cakap pasal drama Korea, filem Hindi, jadi sekali sekala ubah anginlah. Lagipun sekarang semua orang tengah gila tonton drama Doctors, kalau aku pun cakap pasal Doctors takut ada yang menyampah nanti. 

Jujurnya, aku sangat jarang dah layan drama Jepun sekarang. Masa belajar dulu selalu jugalah layan, macam Team Medical Dragon, Hotaru No Hikari, Kurosagi, Attention Please, Meichan No Shitsuji, Yamato Nadeshiko dan banyak lagilah. Semua benda aku layanlah senang cerita. Tapi itu dulu masa zaman belajar. Sekarang, jarang sangat layan. Kalau aku buat pilihan nak layan pun, aku akan pilih genre cintan cintunlah kan. Haha. Apa yang best pasal drama Jepun adalah jumlah episod dia tak banyak. Senang kau nak marathon tanpa tercungap-cungap.

Tapi aku macam biasalah, aku download drama yang aku nak tengok, depends pada review, tapi aku peram dululah dalam hard disk. Kah kah kah. Last-last adik aku yang marathon habis. Nasiblah dia bagi postif feedback untuk drama-drama yang aku download. Dia kata best sangat!! Jom tengok antara drama yang adik aku kata best. Adik aku yang katalah, bukan aku eh.  




Drama ini yang adik aku suka sangat. Dia kata best gila-gila. Aku pun tak tahulah siapa yang gila. Haha. Aku download pun sebab ada Yamapi. Nampak tak, pilih drama sebab pelakon. Bukan sebab cerita. Haha. Tapi nasiblah drama dia best. Jom tengok sinopsis.

Junko Sakuraba (Satomi Ishihara) dreams of working in New York, but she currently works as an English conversation teacher. She's about to have her 29th birthday. Junko Sakuraba works hard to achieve her dream, but New York seem far away. She has also not dated in a long time.

Junko Sakuraba attends a funeral held at a temple. During the funeral, she makes a mistake and throws ashes onto a monk chanting a sutra. She feels apologetic and embarrassment.
Later, Junko Sakuraba's family deceives her into going on a blind date. The man she meets on the blind date is Takane Hoshikawa (Tomohisa Yamashita). Her date is the monk whom she accidentally threw ashes on.




Haa. Yang ini special sikit. Walaupun sinopsis dia aku tak berkenan sangatlah, sebab heroin bercinta dengan lelaki yang dah kahwin. Aku download sebab hero dia adalah hero kegemaran masa zaman aku sekolah dulu, Hideaki Takizawa. Haha. Muka dia berubah gila-gila, dulu macam baby-baby, sekarang macam abang-abang gagah okay. Haha.


HAPIMARI: HAPPY MARRIAGE


Hmm. Yang ini pula eh, drama Happy Marriage ini asalnya adalah manga yang sangat popular berjudul Hapi Mari. Aku download pertama sekali sebab tengok hero dia, eh macam kenallah. Haha. Rupanya mamat yang jadi hero kedua dalam drama Taiwan bertajuk Miss No Good. Baca pula sinopsis dia, terus bubuh bookmark. Jalan cerita cintan cintun siapa tak suka kan. Haha. Sinopsis?

Takanashi Chiwa is an office lady who works part-time at a club because she is in debt. One day, she gets into a quarrel with a wealthy and handsome customer who came to the club and is fired. The next day, a depressed Chiwa is summoned by her boss and finds the rude man from the day before down there. His name is Mamiya Hokuto. Hokuto suddenly proposes a contract marriage with Chiaki. Although she is initially resistant to the idea, she has no choice but to accept. The two of them overcome all sorts of troubles and become a real couple.

Persoalannya sekarang kan, bila masa eh nak tengok semua-semua yang dah download ni? Haha. Drama Jepun kalau dah terlayan memang boleh hook up. Lagi-lagi dengan iklan dia dekat tengah-tengah, comel suara pembaca iklannya. Haha.

Apa pun, bagi sesiapa yang cari drama Jepun apa yang nak cuba ditonton, bolehlah cuba tiga-tiga dekat atas. Dah tengok, beritahu dekat kita eh best ke tak. Haha. Okay daaa!! Selamat malam. Assalamualaikum.

* * * * *

P/S: Zaman awal-awal berblog, selalu juga buat entry appreciation pada readers. Sekarang, kadang-kadang buatlah special shoutout pada visitors yang rajin bertandang. Eh! Ada lagi ke pengunjung setia? Haha. This special shoutout tonight is for this special visitor who apparently always visit this blog using proxy I guess? Mungkinlah, dari dulu aku tengok dia masuk blog ini mesti guna proxy luar negara. I may or may not know who you are, but, wherever you are, saya doakan semoga segala urusan awak dipermudahkan, semoga awak sentiasa tersenyum dan berbahagia. Don't be sad. Smile, cause it cures heartache.
:)



28 Jul 2016

Cita-Cita

Julai 28, 2016 13 Comments
Assalamualaikum.

Hmm. Lama kan tak sembang serius? Tak tulis jela-jela luah rasa hati, kan? Apa orang selalu tulis, meronta kata eh? Semenjak dua menjak makin banyak fikir, serabut sebab fikir macam mana nak selesai satu-satu masalah yang datang. Itu yang tergerak nak tulis pasal cita-cita. Hmm. Umur 29 pun nak cerita pasal cita-cita ke? Mestilah. Cita-cita tak kenal usia.



Aku graduate dengan ijazah perubatan pada pertengahan tahun 2012. Itupun lepas 2 kali gagal, ulang lagi sekali, barulah berjaya lulus. Dah rezeki mungkin, 2 bulan lepas habis belajar, aku dapat surat panggilan bekerja di Hospital Melaka. Posting pertama aku O&G, aku laluinya macam biasa. It was not so bad. I kinda love it. Kena maki, kena herdik, itu semua benda biasa. Telan sajalah semuanya, itu yang buatkan kita kuat dan kenatl. Lepas lulus posting pertama, aku ke posting kedua pula, iaitu Medikal. Beban kerja dia, fuh, 3 kali ganda kot dari O&G. To cut short this story, sakit aku buat aku quit. Mungkin aku yang tak kuat nak lawan sakit sendiri, lembik.
:'(



Aku tak malu mengaku, aku menyesal dengan keputusan yang aku buat - QUIT. Sedangkan aku boleh dengar tiga, empat, lima, malah sepuluh buah fikiran orang lain sebelum aku ambil keputusan berhenti. Bila dah berhenti baru dengar pendapat yang lain, barulah menyesal itu datang merayap. Era kejatuhan aku pun tiba, rasa teruk, rasa tak berguna gila waktu itu. Huh.

Orang tanya aku kenapa berhenti. Pada aku, satu perkataan yang aku gerun dan aku sangat utamakan, "TANGGUNGJAWAB". Bila kerja jadi houseman, kau ada banyak tanggungjawab. Pada pesakit kau yang utama sekali, pada rakan sekerja kau, pada bos-bos kau, pada diri kau juga. Masa sakit aku teruk, aku selalu juga kerja malam. Bila kerja malam, kau kena jaga 2 wad yang ada masanya berjauhan lokasinya. Kau kena cepat, kau kena pantas, sebab saban waktu kau akan dapat panggilan dari nurse, "Doktor, patient sekian sekian.." Dan sebab sakit aku alami waktu itu, jujur cakap aku tak mampu berkejar dari satu wad ke satu wad dengan kadar segera. Aku perlu berhenti selepas jalan beberapa meter. End up, banyak tugas aku tersadai. Dah tentulah yang terpalitnya adalah rakan yang sama on-call dengan aku. Aku malu dengan mereka-mereka yang aku dah bebankan. Bebankan dengan saki baki kerja yang aku tak mampu kejar, bebankan mereka dengan itu dengan ini. Kalau kena marahnya aku seorang saja, tak apalah. Tapi orang lain pun terpalit sekali. Dunia hidup houseman, biasalah kena marah. Dah lali. Tapi kalau orang lain yang kena sebab aku? Akhirnya, aku dengan mudahnya terpengaruh dengan idea berhenti kerja. Haih.

Orang kata aku beralasan, aku tak suka kerja jadi houseman, yang aku memang nak sangat berhenti. Hahaha. Masa mula-mula kerja dulu, memang aku takut jadi houseman, aku ngeri nak pergi kerja, berdebar-debar rasa jantung. Tapi dah masuk bulan kedua, bila benda itu dah jadi kebiasaan, aku rasa aku okay. Aku enjoy saja kehidupan aku di wad O&G. Perasaan tak nak jadi houseman, tak ada dah bila rasa seronok mula terasa. Waktu orang mula berkata itu ini, aku lebih suka berdiam diri daripada jelaskan keadaan aku. Sebab itu mungkin ramai yang salah anggap dengan aku. Hmm. Siapa tak nak habiskan housemanship oii? Siapa tak nak jadi MO oii? Lagilah aku yang dah rasa gagal periksa sampai 2 kali baru lulus. Lagi aku rasa nak habiskan housemanship dengan jayanya sebab aku dah susah payah belajar.

Berhenti saja aku dari houseman, aku tekad dalam hati nak sembuh, ada rezeki boleh mohon houseman balik. Dalam waktu "unemployed" itu, aku belajar erti kesusahan. Aku belajar tentang dunia cari kerja. Walaupun kau ada medical degree, ingat senang ke nak cari kerja? Dah lebih 10 kerja aku mohon, bila interview saja, semuanya tolak dan nasihati aku untuk habiskan houseman. Hmm. Siapa tak nak? Susah nak cari kerja kalau nak sangat ikut kelayakan yang kau ada, jadi janganlah terlalu memilih kerja. Kerja saja apa yang ada, tak kisahlah kalau luar dari bidang pun, kumpul pengalaman hidup. Tak salah pun kan?



Sepanjang tak jadi houseman, aku tak ambil tahu sangat urusan dunia perubatan. Sebab waktu itu aku sangat tertekan bila satu-satu rakan aku berjaya habiskan housemanship mereka. Mulalah aku salahkan diri sendiri sebab tak boleh nak hadam sakit, mulalah aku fikir kalau itu kalau ini. Aku malu. Jadi aku tutup diri aku dan menjauhkan diri dari manusia-manusia lain.

Orang yang aku suka diam-diam, dulu-dulu dia rajin tanya khabar aku. Setiap mesej dia akan mula dengan "Salam Dr. Apa khabar?" Masa aku kerja houseman dulu, mesej dia yang buat aku rasa semangat itu bertambah bila kerja. Hahaha. Dan bila aku berhenti dari houseman, mesej dia masih sama, "Salam Dr. Apa khabar?" Doktor lagi ke aku? Hmm. Aku malu dengan dia. Tiap kali dia tanya perkhabaran aku, apa aku nak jawab eh, apa aku nak cakap eh. Aku malu dengan dia yang dah ada kerja tetap, ke negeri itu ke negeri ini atas tuntutan kerja. Aku? Doktor lagi ke aku? Tapi sekarang dah tak ada dah semua itu, lama dah tak dengar perkhabaran dia. Lega ke aku bila tak ada soalan "Salam Dr, apa khabar?"? Lega sikit saja, tapi rindu banyak. Huhu. Tak apalah, orang ada kehidupan bekerja, ada kehidupan sendiri, tak sama dengan kehidupan seorang penganggur. Haha.



Menyesal berhenti kerja itu datang lagi bila kau fikir pasal kahwin. Adoi!! Umur dah 29, tak ada calon, tak ada duit. Haha. Aku mula kerja dulu umur 25. Orang kata kalau aku tak berhenti, mungkin aku dah kumpul cukup duit untuk kahwin. Haha. Tapi sahabat baik akulah yang selalu ingatkan aku, semua perjalanan hidup kita, semua keputusan kita, semuanya mesti ada hikmah. Mungkin bukan macam apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu. Itu yang aku pegang bila aku mula rasa down. Harapnya kalau ada jodoh aku kahwin satu hari nanti, tak kisahlah zaman houseman nanti, atau zaman on the way nak sambung belajar lagi, aku dapat suami yang betul-betul memahami dan ada kesabaran yang tinggi. In shaa Allah.



Buat masa ini, aku masih terus bersabar menunggu proses-proses untuk bekerja semula sebagai houseman. Dalam masa yang sama, aku masih lagi sibuk mencari kerja. Cita-cita kan kita nak cakap tadi? Haha. Orang ingat aku tak ada visi hidup, tak ada misi, tak ada cita-cita. Haip! Kita ada cita-cita okay. Sejak dari tahun keempat aku belajar perubatan sampai sekarang, cita-cita aku tak pernah berubah. PAKAR PSIKIATRI. Itu arah tuju aku. Bila aku nak mohon balik jadi houseman, aku tanya diri aku, layak lagi ke aku nak sarung kot putih aku? Layak lagi ke aku nak rawat pesakit? Layak ke aku jadi doktor houseman sekali lagi? 

Dunia sekarang, orang tak pandang sangat doktor macam zaman dedulu. Sebab sekarang ada Google, ada FB, ada Twitter, ada Intagram, ada macam-macam lagi media sosial. Satu perkataan yang mengerikan, "VIRAL". Tengoklah macam mana staf kesihatan dah beberapa kali diviralkan atas sesuatu yang tak munasabah. Bila kita tak arif tentang sesuatu, kita tanya, kita cari pandangan banyak-banyak, kita tolak mana yang salah dan terima yang betul. Tapi dunia sekarang, dia fikir dia betul, dia terus terjun dalam konklusi dia sendiri, diri dia betul, orang lain salah. Walaupun sesuatu perkara itu bukanlah bidangnya. Itulah senario dunia sekarang.




Aku kena terus bergerak ke depan, hadam segala macam halangan dan rintangan. Itu tekad aku. Semoga perjalanan aku kali ini dipermudahkan. Aku terima apa saja yang telah ditentukan. Semua apa yang Allah bagi, itu rezeki. Bersyukurlah selalu.

Selamat malam. Assalamualaikum.



P/S : Tak semua orang boleh faham keperitan hidup kau, tapi kau bukan hidup untuk fahamkan orang kan? Senyum terus.
:)


Pada mereka-mereka yang terfikir nak berhenti houseman, tunggu dulu, fikir lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Apa pun terjadi, cuba habiskan housemanship dulu. Kita redah dulu 2 tahun. Okay? Tapi kalau memang dah tak minat dan ada perancangan hidup yang lain, tak boleh nak kata apalah. Semoga kita semua berjaya dengan apa yang kita impikan untuk capai dalam hidup. May Allah ease.
:)

Untuk bakal-bakal houseman dan houseman yang sedang berjuang, kuatkan hati menempuh perjuangan, cekalkan jiwa, aku akan menyusul nanti sebagai seorang houseman yang lanjut usia, untuk sama-sama terus berjuang. Sekali lagi. Hihi. Moga kisah ini dapat jadi pembakar semangat dan teladan untuk habiskan housemanship. Mudah-mudahan.



INI KE JALANNYA? GOOD OR BAD?


    

23 Jul 2016

Drama Hit Korea 2016 - Descendants Of The Sun. Eh! Hit Ke???

Julai 23, 2016 0 Comments



Assalamualaikum.

Ligat tulis entry eh. Amboi. Tiba-tiba rasa macam nak jadi blogger yang berdedikasi. Haha. Balik kita pada tajuk dan tujuan asal entry kali ini, dah nama pun kaki drama Korea, ada peluang kita tulislah sikitkan pengalaman kita lepas tonton drama.

Sebenarnya kalau nak buat review, lebih elok dibuat oleh orang yang tak minat drama Korea, tak ada bias pelakon mana dia berkenan, pelakon mana dia minat, dia tengok atas nama "menonton". Haa! Gituuu ayat. Sebab bila kita baca review dari orang yang berdiri atas natural ground ini, dia bersifat lebih ikhlas dan kritikan dia lagi membina. Haha.



Aku akui memang aku agak lambat tonton drama ini. Drama yang menggegarkan dunia peminat drama Korea. Sejak sebelum tayangan lagi orang dah mula soseh-soseh pasal drama ini, tambah lagi ini drama pertama Song Joong Ki lepas keluar dari military, jadi ramai yang letak harapan tinggi. Dan bila dah mula tayangan, macam yang kita agak, sambutan untuk drama ini memang menggilakan. Sampai aku tengok dekat Youtube, ada orang putih yang tak pernah tonton drama Korea, buat review vlog untuk drama Descendants Of The Sun ini. Punya hebat penangan drama ini. Memang diakui, sangat popular dan hit untuk tahun 2016.

Mungkin sebab barisan pelakonnya sendiri dan juga penulis skrip yang popular, yang mana beliau pernah menulis untuk drama hebat seperti Lovers In Paris. Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo, siapa tak nak tengok kan? Haaa! Lepas tonton drama ini tak ada ke yang berangan nak kahwin dengan askar? Macam Sayangku Kapten Mukhriz. Kekeke.
=p


Oh ya, nak tahu tak, sebelum watak Kapten Yoo Si Jin ditawarkan pada Song Joong Ki, ianya ditawarkan kepada 4 orang hero popular namun ditolak atas sebab tertentu. Agak-agak Won Bin, Kim Woo Bin, Gong Yoo dan Jo In Sung menyesal tak tolak tawaran untuk jadi hero drama ini? Haha.


Pendapat aku sendiri eh, hmm, aku tak habis tengok lagi, baru sampai episod 12. Agak lambat speed kali ini, anda mungkin boleh agak sebab apa. Haha. Bagi aku drama ini indah khabar dari rupa, terlalu overrated. Tak sepadan dengan hype yang mengelilingi drama ini. Ya, drama ini memang popular, tapi dari segi plotnya, tak adalah gempak mana. Drama ini boleh dilayan cuma tak adalah best gila. Bagi aku jatuh dalam kategori biasa-biasa. Mula dari episod 7 aku dah mula rasa bosan sebenarnya.


Tapi yang selamatkan aku dari kebosanan adalah kisah cinta Sergeant Seo Dae Yong dan Liutenant Dr Yoon Myung Joo. Aku rasa kalau Jin Goo jadi hero pun okay apa. Haha. Pada aku, Song Joong Ki pelakon hebat, tengok saja drama Innocent Man. Tapi untuk dia pegang watak Kapten Yoo Si Jin, aku rasa tak sesuai. Sebab itu anda boleh tengok sendiri kepada siapa watak itu ditawarkan sebelum akhirnya diberi pada Song Joong Ki. Aku rasa keempat-empat yang menolak tawaran itu lebih kena dengan imej Kapten Yoo Si Jin. Tapi itu selera dan pandangan akulah. Bila tiba bab drama ini, kita akan ada banyak pandangan dan selera pun berbeza. Betul tak? #JanganKecamSaya


Lagi satu elemen yang menyelamatkan drama ini selain pasangan di atas ini adalah lagu-lagu soundtrack untuk drama ini. Memang jjang!! Sebelum mula layan drama ini lagi, lagu-lagu dia dah ada dalam playlist. Antara yang jadi favorite adalah Always, You Are My Everything, This Love dan Once Again.

Ya, drama Descendants Of The Sun memang hit habis. Popular gila sebabkan watak Kapten Yoo Si Jin, betul tak? Tapi dari segi plot cerita dia, biasa saja pada aku. Ada lagi drama lain yang lebih baik dan menarik. Berapa bintang eh nak bagi, hmmm.

3.5 / 5 bintang

Jangan marah okay. Heee. Selamat malam semua. Assalamualaikum.

P/S : Aspek medikal drama ini? Hmm. Bagi aku biasa-biasa aje. Ada banyak lagi lambakan drama medikal Korea yang jauh lagi bagus dan best. Jadi, kalau anda tonton drama ini kerana ingin adrenaline rush macam drama medikal lain, drama ini mungkin boleh beri anda yang biasa-biasa saja.





13 Jul 2016

Raya Dulu, Raya Sekarang, Raya Akan Datang

Julai 13, 2016 0 Comments
Assalamualaikum.

Dah berapa Syawal dah eh? 8 kot eh? Cepat betul Ramadhan berlalu pergi, tiba-tiba dah raya. Hurm. Rayu tahun ini memang ada banyak sangat beza banding tahun lepas. 

Yang pertama dah tentulah kurang ahli keluarga. Adik aku kan dah kahwin, dah tentulah tahun pertama, raya pertama, dia beraya dengan suami dan keluarga mertua dia ya tak? In shaa Allah ada rezeki, tahun akan datang, berayalah pula aku dengan anak buahku. Yeppie!!!

Dan tahun ini juga, buat pertama kalinya, keluarga Hajjah Maznah berjaya tangkap gambar keluarga. Walaupun tak complete sebab ada ahli keluarga yang tak ada, tapi ini petanda yang baik. Mana tahu tahun depan, diizinkanNYA, cukup korum, bolehlah snap lagi.

Tapi yang tak bestnya, dah tentulah gambar-gambar raya penuh dengan aku yang berpipi pau. Nak ambil gambar pun sembunyi belakang orang, selit tengah-tengah, nak bagi nampak kecil sikit, kononnyalah. Bulan puasa berat turun, tapi tak adalah banyak mana. Lemak degil benar.
*Salahkan lemak ajelah*

Dan masa bulan puasa tempoh hari, aku ada join satu contest di HotFM, tentang gambar lama memori raya dulu-dulu. Jujur cakap memang jarang ada gambar lengkap, kalau ada pun masa zaman duduk di Miri dulu, abah akan tangkap gambar guna kamera Kodak yang dipacakkan atas tripod. Lama sangat, awal tahun 90an tak silap. Bukan apa, gambar ibarat satu pengabadian kenangan, untuk kita kenang di masa akan datang.


Terima kasihlah pada HotFM sebab pilih gambar saya sebagai pemenang, walaupun saguhati cuma. Ekeke. Jadilah kan, rezeki jangan ditolak orang kata.




Akhir kata, tuan blog nak minta ampun maaf andai pernah mengecilkan hati para pembaca, terguris terkoyakkan hati dan perasaan anda, penulis susun sepuluh jari. Moga ukhuwah alam maya kita semua terus terjalin. Selamat hari raya semua.

Assalamualaikum.


2 Jul 2016

Signal, Drama Korea Genre Fantasi Dan Ala Criminal Mind Yang Wajib Ditonton

Julai 02, 2016 0 Comments

Assalamualaikum.

Lama dah tak isi tempat kosong dekat PAGE REVIEW APA EH? Haha. Bukan tak nak review, nak ikutkan banyak filem Hindustan dan drama Korea yang dah ditonton, cumanya MALAS!! Haha. Lagipun aku bukan pandai sangat nak review drama, tapi kalau merepek boleh serahkan pada aku.

Balik semula pada topik utama, drama SIGNAL ini ikutkan dah tersimpan dalam hard disc rasanya dah 5 bulan lebih. Drama ini ditayangkan awal 2016 menerusi saluran tvN. Aku rasa mungkin juga ianya dah ditayangkan di saluran 395 Astro. Bagi sesiapa yang dah tonton pasti akan setuju dengan repekan aku dekat sini. Aku peram lama-lama bukan apa, sebab tengok genre bukan cintan cintun, jadi malas pula nak tengok.

Entah apa mood tiba-tiba datang nak tengok drama genre FANTASY THRILLER, jadi aku pilihlah SIGNAL. 2 hari, maka habislah aku tonton kesemua 16 episod drama ini. Bagi aku drama ini agak berat, kadang mungkin slow, tapi macam magnet, buat kau nak sangat tahu apa yang berlaku seterusnya. Barisan pelakon pun tak perlu dipertikaikanlah, semua hebat-hebat belaka. Boleh kata golongan veteran dalam industri seni Korea.

Jom usha sinopsis drama di bawah, yang mana aku cuma ada satu perkataan saja untuk penulis drama ini, "GENIUS"!!!

Rating aku: 9/10


Profile

  • Drama: Signal
  • Revised romanization: Sigeuneol
  • Hangul: 시그널
  • Director: Kim Won-Suk
  • Writer: Kim Eun-Hee
  • Network: tvN
  • Episodes: 16
  • Release Date: January 22 - March 12, 2016
  • Runtime: Fri & Sat 20:30
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Plot

Hae-Young (Lee Je-Hoon) works as a criminal profiler and is also a police lieutenant. Even though he is a cop, he doesn't trust cops due to his own past experience. Back in 2000, when Hae-Young was in elementary school, his classmate Yoon-Jung was kidnapped and later found dead. Hae-Young saw a woman taking Yoon-Jung from school that day, but the police announced that the suspect was a man. Hae-Young even went to the police station and told the police officers that he saw the kidnapper and she was a woman. The police officers though didn't pay attention to him. The killer was never caught and her case remains unsolved to this day.
Hae-Young meets a reporter at a cafe to reveal bombshells about a celebrity scandal. Meanwhile, veteran detective Soo-Hyun (Kim Hye-Soo) is at the cafe staking out the meeting, unaware that Hae-Young is a cop. She arrests Hae-Young for stalking celebrities. While leaving the police station (the same police station he went to as a kid), Hae-Young hears someone talking to him. He looks around to find a walkie-talkie. The man who is talking to Hae-Young is Detective Jae-Han (Cho Jin-Woong). The detective though is from the year 2000 and he is investigating the disappearance of Hae-Young's elementary school classmate. Hae-Young and Detective Jae-Han begin to communicate via the walkie-talkie.

Mungkin plot agak klise, tentang time travelling. Bila mana Park Hae Young, seorang polis di tahun 2015, terjumpa sebuah walkie talkie yang membolehkan dia berhubung dengan seorang detektif bernama Lee Jae Han sejak dari tahun 1989. Melalui komunikasi itu, Detektif Lee Jae Han banyak membantu Park Hae Young dalam menyelesaikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan pada zaman 90an.

Cerita ini memang fantasi habis-habisanlah. Tapi bagi aku brilliant sebab dia buat kau berfikir. Lagipun aku dah lama tak berfikir, exercise otak kejap bila tengok drama ini. Haha. Drama ini jelas menerangkan tentang teori CAUSAL LOOP dan BUTTERFLY EFFECT. Macam mana satu perkara itu akan mengakibatkan kesan-kesan yang mana ianya menjadi punca dari awal macam mana perkara itu berlaku. Faham tak? Kira macam kehidupan zaman sekarang dengan zaman silam berjalan seiring tapi dalam bentuk bulatan.

Aku memang suka cerita pesen gini, jadi setiap kali tengok cerita time travel, aku akan mentelaah teori-teori yang ada. Haha. Aku memang suka buang masa kan pada benda yang tak wujud? Kekeke. Kalau kau jenis malas berfikir benda yang berat, tak suka cerita yang kadang-kadang slow kadang-kadang macam magnet, SIGNAL mungkin bukan untuk anda, sila cari drama lain. Haha.

Drama SIGNAL ini sangat mendapat sambutan sampaikan netizen ramai yang meminta untuk dibuat season kedua. Memang kalau tengok dari segi konsep cerita dia, memang ala Criminal Mind yang difantasikan, sangat sesuai kalau dibuat berseason-season sebab dalam dunia ini ada banyak kes jenayah yang belum selesai. Macam-macam topik boleh diselitkan. Aku rasa boleh jadi sukses kalau dibuat season seterusnya.

Okaylah. Sambung kerja lain pula. Assalamualaikum.


P/S : 
"Kalau diberi peluang berhubung dengan seseorang di masa silam, apa awak nak cakap pada dia?"

"Saya nak minta tolong dia jagakan orang-orang yang saya sayang."