29 Apr 2016

Ini Bukan Review Captain America : Civil War!!

April 29, 2016 0 Comments
Assalamualaikum.

Terasa nak menulis tapi malas nak tulis panjang-panjang. Haha. Jangan kecam!! (Ayat popular netizen zaman sekarang)

Pertama-tamanya, ini bukan ulasan, review, dan yang sebagainya okay. Jangan datang ke sini mengharapkan review ya. Ini cerpen! Ops! Sebenarnya adik bongsu yang dari bulan lepas lagi dah duduk sibuk ajak aku tonton Captain America : Civil War. Aku memang peminat siri Marvel, walaupun bukan kesemuanya, kebanyakannya memang aku akan layan dekat wayanglah contoh macam Avengers, X-Men, Captain America.

Oh! Lama gila tak tengok wayang. Adalah dalam 5 bulan kot? Jejakkan kaki ke Aeon Bandaraya Melaka apatah lagi. Terasa macam anti sosial bila lama tak tengok manusia. Haha. Sebabkan adik aku nak sangat tengok, waktu tayangan yang paling sesuai pun cuma pukul 4. Malam-malam tak best, sebab manusia ramai sangat dekat Aeon tu. Pagi pula adik aku bersekolah. Dan dengan ceritanya yang 2 jam 27 minit, kena pandai agak-agakkan masa. Jangan pula sampai terbabas waktu-waktu solat okay. Macam tayangan pukul 6 ke, tak payahlah. Sah-sah bila keluar, azan Isya dah berkumandang. Ingatan untuk kita semua. :) 


Sebelum tengok wayang, dalam Civil War ini, aku adalah Team Iron Man. Tapi bila dah mula tengok, awal sampai akhir, aku terjebak ke dalam Team Captain America. Siri Captain America kali ini aku lebih suka kalau nak bandingkan dengan siri Winter Soldier yang sebelumnya. Mungkin lebih banyak elemen dalam siri Captain America kali ini.

Scene favorite? Fighting scene dekat lapangan terbang. Kudos pada Spider Boy eh Man, dan juga Ant Man (ke Ultaman?) yang menceriakan hidup aku. Haha. Oh ya, tadi cakap bukan review kan? Okaylah okay okay. Sampai sini sajalah.

Lupa pula. Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang. Dan macam biasa siri Marvel, jangan keluar wayang dulu selagi tak tengok post credit scene okay. Selamat malam. Assalamualaikum.


P/S : Nama Black Panther adalah T'Challa dan ayahanda baginda T'Chakka. Nampak tak betapa rhyme nama mereka anak beranak? T'Challa (tercalar)? T'Chakka (tercakar)? 
=p


25 Apr 2016

Mana Kedai Haiwan Dan Klinik Veterinar Di Melaka?

April 25, 2016 4 Comments

Assalamualaikum.

Salam 1 pagi. Hoho. Mata segar sebab asyik duduk melayan si kecil 4 ekor ini memerut. Dengan OCD aku, memang tak boleh tengok najis dia, nak juga buang terus walaupun secotet. Nak kena clean and clear sepanjang masa kalau boleh. Eh! Belum boleh jadi cat lover lagi kot kan? Ke dah? Haha.


Semenjak Bella tinggalkan 4 ekor anak-anak dia, rumah kami memang riuh rendah dengan suara anak-anak kecil ini. Tapi kalau nak jaga kucing, memang budget kena ada ke macam mana eh? Runsing duduk memikirkan kebajikan budak-budak 4 ekor ini. Daripada rumah dia, makanan dia samada dry food ke wet food, tempat dia nak buang segala macam najis dia lagi, barang-barang permainan dia lagi, shampoo, nak cuci telinga dia lagi mata dia pun nak juga. Phew!! Automatik bila scroll IG aku akan follow segala macam jenis pet shop online. Rambang mata woo tengok aksesori kucing. Rasa macam nak rembat apa saja. Haha.

Anak-anak Bella ada 4 ekor semuanya, seekor jantan dan selebihnya betina. Yang jantan bawah ini warna putih capuk coklat, nama dia SNOW. Macam nama perempuan kan? Tak kisahlah, layankan saja Labu. Keempat-empat mereka ini aku yang berikan nama.
^^ 



Yang dua dekat bawah ini, di depannya kita panggil BUBU sebab warna badan dia kelabu. Yang belakang sana panggil KOKO saja. Aku rasa KOKO adalah anak sulung. Sebab yang lain-lain semua hormat dia. Haha. 



Okay, yang terakhir ini aku syak anak bongsu, masa mak dia ada, dia paling manja dengan Bella. Paling takut dengan orang, dan paling sepi sekali bila mak dia dah tak ada. Buat hal sendiri-sendiri. Sebab bulu dia sama macam Bella ada 3 capuk warna, aku bagi dia nama Bella J. Haha. Kengkononnya Bella Junior. Haha. Dah bila jaga anak kucing, selain dari peralatan dan segala perkakas, kesihatan dia pun benda yang utama juga.



Aku dengar mereka ini semua perlu diberikan vaksinasi, sama macam bayi ada beberapa peringkat. Maka aku pun duduklah sibuk cari mana klinik veterinar kerajaan dekat Melaka ini. Eh! Rupanya ada di Ayer Keroh. Jauh juga dari rumah. Hurm. Kedai haiwan pun kebanyakannya terletak agak jauh sedikitlah dari rumah. Malas nak keluar jauh-jauh sebenarnya. Home person katakan. Haha.

Ligat aku tulis entry sekarang, maklumlah dah jumpa kecintaan baru yang mengisi kekosongan hati. Ecewah. Banyak benda lagi aku nak survey pasal kucing, nak kena belajar juga medical part of animal. Heee. Okay semua, tata.

Assalamualaikum.





23 Apr 2016

Oh My Bella! Kisah Sedih Si Penakut Kucing

April 23, 2016 0 Comments
Assalamualaikum.

Salam hujung minggu untuk semua. 22 April 2016, tarikh yang mengundang air mata dan kesedihan. Apart from "sedih" sebab nak deactivate facebook. Haha. Over. Tak sedih pun, cuma ragu-ragu nak deactivate ke tak. Ngada kan?

Dan kisah sedih sebenarnya berlaku pada tengahari tarikh 22 April 2016. Kisah si penakut kucing, dan kucing yang baru di belanya. Akulah si penakut kucing itu. Haha. Tiap kali balik kampung, memang aku tak boleh tidur malam, sebab kucing-kucing dekat rumah nenek aku suka main-main waktu malam. Aktif bukan main. Memang bila orang tidur, aku duduk seorang diri menjerit bila diterkam. Sampai mak aku pun naik bengang. Serious memang aku takut gila dengan kucing. Takut dia susah nak jelaskan.

But, everything change when Bella came into my life.


Walaupun Bella kucing kampung, tapi dia sangat disiplin dan pembersih orangnya. Tak perlu susah-susah nak train dia. Aku sendiri yang bagi nama Bella dekat dia. Aku dengan family decide nak jaga dia bila tengok dia bersalin depan rumah. Anak-anak dia yang 4 ekor semua comel-comel belaka. Pertama kali, memang susah nak dekat dengan dia. Aku akan melompat, tak pun menjerit. Haha. Kasihan Bella sebab selalu terkejut dengar jeritan aku.

Kami letak Bella dan anak-anaknya di bilik belakang rumah. Bella pula akan datang ke rumah sehari 5 kali untuk makan. Mak akan rebus ikan, gaul dengan nasi, memang laju Bella kejar bila mak bawa mangkuk makanan dia. Sampai sondol menyondol orang. Kadang dia duduk berlingkar dalam rumah. Yang selalu main dengan dia, of course aku dan adik lelaki bongsu aku. Selain mak dengan abah. 


Daripada tak boleh nampak bayang kucing, aku dah boleh mula usap badan dia. Selepas sebulan selalu bermain dengan Bella dan anaknya, aku dah boleh usap-usap kepala dia, dagu dia, baring-baring sebelah dia. Rutin harian bermula pukul 5.30 pagi, dia akan duduk dekat tingkap dapur tengok mak aku berperang dekat dapur. Lepas dah dapat makan Subuh itu, dia pun balik ke bilik dia. Pukul 11, dia akan masuk ke dalam rumah, baring-baring, teman masak dekat dapur. Kira pukul 11 sesi brunch untuk Bella. Jadual dia seterusnya pukul 5 dan pukul 9. Memang punctual. Cukup dengan panggil nama dia, Bella akan berlari-lari dari tingkap bilik dia dan masuk ke dalam rumah.


Bella sangat manja dan suka bermanja especially dengan adik lelaki aku. Dalam masa 2 bulan bersama dengan dia, kami dah rapat macam adik beradik. Aku punya fobia pada kucing pun dah banyak berkurang. Bella siap baik hati teman aku jogging satu padang, senyap saja lari ikut belakang. Tapi sehari dua yang lepas, Bella tak lalu makan. Nampak makanan pun dia tak kejar seperti selalunya. Bella suka menyendiri dan jarang datang ke rumah, mungkin satu atau dua kali sehari. Dia cuma duduk dalam biliknya saja dengan anak-anaknya.

Dan pagi 22 April, mak kata Bella tak ada di tingkap dapur seperti selalunya. Pukul 8 pagi pun tak nampak batang hidungnya. Dari pukul 9 sampai ke pukul 12 aku duduk memanggil dan menjerit-jerit memanggil Bella untuk datang makan. Kami semua fikirkan dia keluar cari makanan sendiri. Walaupun dalam hati dah rasa tak sedap, hakikatnya dah 2 ke 3 hari rasa tak best. Sebelum solat Jumaat, adik lelaki aku keluar rumah dan mencari Bella, yang ditemui cuma sekujur badan Bella yang dah keras dan dihurung semut tak jauh dari rumah. Kata abah, badan dia penuh luka. Aku sempat tengok Bella sebelum abah tanam dia belakang rumah.


Dalam tak sedar, air mata aku meleleh laju. Terasa baru petang semalam aku bermain dengan dia di belakang rumah. Terasa baru lagi aku usap-usap kepala dia sambil dia terkebil-kebilkan matanya. Adik lelaki aku pun menangis dengan pemergian Bella, walau tengah duduk beri makan pada anak-anak Bella pun, dia masih lagi menangis. Entah kenapa, sebak sangat.

Aku sendiri sampai tertidur tengahari tadi lepas menangis dengan mata yang bengkak. Walaupun cuma sempat jaga Bella selama 3 bulan, aku sangat terkesan dengan pemergiannya. Maklumlah, kucing pertama yang dibela, yang buat aku lupa pada fobia aku dengan kucing. Bella tinggalkan 4 ekor anaknya untuk kami jaga. Buat masa sekarang, keempat-empat ekor masih takut bila tengok orang dan asyik melilau-lilau seolah mencari ibu mereka. Tak ada lagi dah si ibu yang memberi susu, yang menjilat bulu-bulu di badan mereka, yang bermain dengan mereka. Sayu tengok anak-anak Bella.


Selamat tinggal Bella. Tidurlah ya dengan lena. Along janji, kami semua akan jaga anak-anak Bella elok-elok, sampai sihat dan gebu. Along rindu gila dekat Bella, tapi mungkin jodoh kita tak panjang. Bella, tidurlah ya. Walaupun ini kisah sedih si penakut kucing, tapi ada gembira sepanjang 3 bulan bersamanya.

Banyak lagi aku nak tulis pasal Bella, tapi tak mampu dah nak teruskan. Yang kedua dan ketiga takkan sama dengan yang pertama, aku pasti itu. Selamat malam. Assalamualaikum.


22 Apr 2016

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih

April 22, 2016 0 Comments
Assalamualaikum.

Orang kata, kalau nak positifkan diri, dekatkan diri kita dengan semua benda-benda yang baik, orang-orang yang baik, situasi yang baik, suasana yang baik. Automatik ianya mempengaruhi diri kita. Buang segala macam bentuk yang negatif, mulakan dengan sedikit demi sedikit pun tak apa. Selagi kita ada usaha untuk ke arah yang lebih baik dan positif.

Salam 2 pagi. Assalamualaikum.



20 Apr 2016

Bukan Niatku

April 20, 2016 0 Comments
Assalamualaikum.

Selamat malam semua. Cuaca malam sekarang memang panas kan? Pakai 2 kipas tala kaki kepala pun tak cukup. Haha.

Sebenarnya aku memang suka menulis, suka zahirkan apa aku rasa dengan kata-kata. Dulu-dulu, selalu jugalah aku update Facebook sendiri dengan macam-macam benda merapu pasal hati perasaan. Zaman blogging dulu-dulu pun semua orang panggil aku Doktor Cinta sebab jiwang memanjang. Haha. Tapi dah makin berusia, aku dah kurangkan update-update soal hati perasaan dalam Facebook personal, even dalam page facebook untuk blog pun boleh katakan 80% aku akan kongsikan sesuatu yang bersifat general, yang semua orang boleh relate, ilmu yang boleh disampaikan dan macam-macam. Cuma kadang terselit sikitlah cerita hati kan. Tapi tak adalah sepanjang masa aku update benda yang sama berkali-kali. Sebab aku tahu, lama-lama orang akan menyampah.

Kadang-kadang, bukan niat aku pun sebenarnya, katakan aku post lagu cintan cintun. Tapi itu bukan sebab aku nak sampaikan rasa hati aku ke apa, kadang lagu itu cuma ada sentimental value je. Contoh macam lagu yang aku selalu dengar masa kecil-kecil time nak pergi sekolah agama, semua lagu klasik Indonesia. So sometimes it's nothing. If I want to talk about how I feel, mostly I'll choose to write in my blog. Tapi itu pun tak semua post aku rambling pasal itu.

That's one of the perk in social media usage, you can't really understand someone's intention regarding whatever they are posting. But people will only assume. I get that. Cause I used to act that way. Orang yang aku tengah berbalas tweet tetiba share lagu dalam timeline dia, aku ingat untuk aku beb, aku ingat itu apa yang cuba dia nak sampaikan pada aku. Dia bubuh lagu dalam sidebar blog pun aku ingat untuk aku. Ahhh!! Naifnya aku. Delusion habis zaman muda-mudi aku. Hahaha. Aku patut tahu, nak hidup dalam dunia, semua kena ada hitam putih. Tak ada kelabu tahi itik. Kalau suka kata suka, kalau tak kata tak. Ingat ini zaman silam ke berkias melalui lagu. Hahaha. Itulah aku dulu. Naif kan? Jadi jangan salahkan orang kalau kau rasa jiwa, hati dan perasaan dipermainkan. Krik krik krik.

But, we grow we learn as time pass by. Aku pun patut pesan pada diri berkali-kali, sudah-sudahlah kongsi benda yang tak berfaedah, tak ada orang nak tahu pun pasal perasaan kau Farhana. Haha. Baik kongsikan ilmu-ilmu yang bermanfaat. A reminder for me actually. To be matured and share what is necessary only. Betul tak?

Okaylah, selamat malam. Nah lagu khas dititipkan di sini. Lagu sedih. Haha.
Assalamualaikum.





Lirik Lagu Sudah Ku Tahu - Projector Band
Seringkali aku menduga
Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah ku tahu
Rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
Segala apa yang telah ku lakukan
Air mataku mengalir dipipi
Segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
Bediriku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu
Menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan

Sayang
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar

Sayang
Selamat tinggal
Aku kan pergi
Buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya

Mengapa masih lagiku
Bediriku menunggu cintamu
Mengapa masih adamu
Menyakiti di siang malamku
Aku terima cintaku dipersiakan

Sayang
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar

Sayang
Selamat tinggal
Aku kan pergi
Buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya

Sayang
Aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar

Sayang
Selamat tinggal
Aku kan pergi
Buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya






15 Apr 2016

Jangan Takut Gendut

April 15, 2016 0 Comments
Assalamualaikum.

Ouh. Been busy. Busy ke? Haha. Life is too plain now, too empty, wanted to start something somewhere, some point in life, but don't know how. Haha. Have you ever had that kind of feeling? It's kind of difficult to describe though. Whatever, lets put that aside.

I've been joining (kind of) a page in Facebook, a community sounds better, Cari Jodoh Malaysia. Ops!! For the record, I'm not getting married, yet! Not in these few years I guess. (There goes my twenties!!! Hahaha.) Joining it just for the sake of "getting to know new friends"? Is that a good enough reason? Haha.

I have read tons of profiles in that page, men searching for their future other halves, and almost 70% of the profile will state that they want someone "KURUS" as their future wife. Ouch!! That hurts man. I'm still in the middle of my losing weight journey and seems like I'm stuck, static on the number. Haha.

People always look at appearance first. Believe it or not, the situation is still as such nowadays. Okay, maybe not everyone, but mostly, maybe, yeah! I'm still battling with my weight. Still in my weight loss process. My aim is to look presentable on my sister's wedding. And it's a month from now. Wish me luck.

And one more thing, never ridicule other people efforts to lose weight. Everyone journey is different. Some people lose weight fast, some people hit plateau a lot, but hey, giving moral supports don't require money, ayte?

Take care guys. Happy days. Esok Melaka cuti!!! Haha. Assalamualaikum.






HEART SPEAKS : Jangan takut gendut. Haha. Tapi apa pun, cubalah untuk pastikan diri kita sentiasa sihat, jangan sakit sebab masalah kegemukan. Aku pun tengah fight. Walaupun ada turun naik, aku akan terus fight sampai aku sihat dan boleh lompat-lompat.
:)