Cita-Cita | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Cita-Cita

4 comments
Assalamualaikum.

Hmm. Lama kan tak sembang serius? Tak tulis jela-jela luah rasa hati, kan? Apa orang selalu tulis, meronta kata eh? Semenjak dua menjak makin banyak fikir, serabut sebab fikir macam mana nak selesai satu-satu masalah yang datang. Itu yang tergerak nak tulis pasal cita-cita. Hmm. Umur 29 pun nak cerita pasal cita-cita ke? Mestilah. Cita-cita tak kenal usia.



Aku graduate dengan ijazah perubatan pada pertengahan tahun 2012. Itupun lepas 2 kali gagal, ulang lagi sekali, barulah berjaya lulus. Dah rezeki mungkin, 2 bulan lepas habis belajar, aku dapat surat panggilan bekerja di Hospital Melaka. Posting pertama aku O&G, aku laluinya macam biasa. It was not so bad. I kinda love it. Lepas lulus posting pertama, aku ke posting kedua pula, iaitu Medikal. Beban kerja dia, fuh, 3 kali ganda kot dari O&G. Panas tak sampai ke petang rupanya, nak dekat masuk bulan ketujuh aku kerja, sakit yang aku alami makin teruk. Masa posting pertama, aku masih boleh bertahan. Tapi bila jejak posting kedua, beban kerja lagi banyak, aku tak mampu tahan dah. Berapa banyak pil tahan sakit yang aku telan bila setiap kali nak pergi kerja.

Akhirnya, tersadailah aku follow up dengan Ortopedik untuk sakit aku ini. Macam-macam jenis ubat aku dapat, sampai last sekali doktor bagi cadangan kalau aku tak nak makan ubat, aku boleh operate untuk tambah space tulang belakang aku. Banyak hari aku fikir. Aku cuba juga minta tukar posting lain, yang kurang sibuk sikit berbanding medikal, aku nak ambil masa untuk sihatkan diri balik, barulah kembali ke medikal dengan diri dan kaki yang lebih kuat. Tapi percubaan dan usaha aku semua tak berjaya, aku kena habiskan juga posting tersebut. Dan ketika itu, ada satu dua cadangan yang suruh aku berhenti housemanship, sembuhkan diri dulu, baru apply bekerja semula. Dengar macam tempting, dan ya, aku memang terpengaruh habis dengan cadangan itu.



Aku berhenti juga lepas dengar satu dua cadangan. Aku tak malu mengaku, aku menyesal dengan keputusan yang aku buat. Sedangkan aku boleh dengar tiga, empat, lima, malah sepuluh buah fikiran orang lain sebelum aku ambil keputusan berhenti. Bila dah berhenti baru dengar pendapat yang lain, barulah menyesal itu datang merayap. Era kejatuhan aku pun tiba, rasa teruk, rasa tak berguna gila waktu itu. Huh.

Orang tanya aku kenapa berhenti. Pada aku, satu perkataan yang aku gerun dan aku sangat utamakan, "TANGGUNGJAWAB". Bila kerja jadi houseman, kau ada banyak tanggungjawab. Pada pesakit kau yang utama sekali, pada rakan sekerja kau, pada bos-bos kau, pada diri kau juga. Masa sakit aku teruk, aku selalu juga kerja malam. Bila kerja malam, kau kena jaga 2 wad yang ada masanya berjauhan lokasinya. Kau kena cepat, kau kena pantas, sebab saban waktu kau akan dapat panggilan dari nurse, "Doktor, patient sekian sekian.." Dan sebab keadaan aku, jujur cakap aku tak mampu berkejar dari satu wad ke satu wad dengan kadar segera. End up, banyak tugas aku tersadai. Dah tentulah yang terpalitnya adalah rakan yang sama on-call dengan aku. Aku malu dengan mereka-mereka yang aku dah bebankan. Bebankan dengan saki baki kerja yang aku tak mampu kejar, bebankan mereka dengan itu dengan ini. Kalau kena marahnya aku seorang saja, tak apalah. Tapi orang lain pun terpalit sekali. Dunia hidup houseman, biasalah kena marah. Dah lali. Tapi kalau orang lain yang kena sebab aku? Akhirnya, aku dengan mudahnya terpengaruh dengan idea, berhenti houseman, sembuhkan diri, apply kerja balik. Haih.

Ramai sangatlah yang kata aku beralasan. Yang aku tak suka pun kerja jadi houseman, yang aku memang nak sangat berhenti. Hahaha. Masa mula-mula kerja dulu, memang aku takut jadi houseman, aku ngeri nak pergi kerja, malas. Tapi dah masuk bulan kedua, bila benda itu dah jadi kebiasaan, aku rasa aku okay. Aku enjoy saja kehidupan aku di wad O&G. Perasaan tak nak jadi houseman, tak ada dah bila rasa seronok mula terasa. Waktu orang mula berkata itu ini, aku lebih suka berdiam diri dari jelaskan keadaan aku. Sebab itu mungkin ramai yang salah anggap dengan aku. Hmm. Siapa tak nak habiskan housemanship oii? Siapa tak nak jadi MO oii? Lagilah aku yang dah rasa gagal periksa sampai 2 kali baru lulus. Lagi aku rasa nak habiskan housemanship dengan jayanya sebab aku dah susah payah belajar. Tapi aku telan saja kata-kata orang, sebab lagi banyak aku cuba jelaskan nanti, orang akan makin tak faham. Mungkin aku tak reti fahamkan orang agaknya. Haha.

Berhenti saja aku dari houseman, aku mula exercise dan diet. Aku buat fisioterapi. Aku buat kasut, braces. Aku tekad dalam hati nak sembuh. Aku mengaku, salah satu faktor masalah tulang belakang aku adalah keadaan fizikal aku. Mula-mula aku nak lari pun seksa, sebab sakit kaki aku teruk sangat. Lepas setahun, alhamdulillah aku dah boleh walk+jog walaupun tak jauh sangat. Kemajuan juga kan? Dalam waktu itu, aku belajar erti kesusahan. Aku belajar tentang dunia cari kerja. Walaupun kau ada medical degree, ingat senang ke nak cari kerja? Dah lebih 10 kerja aku mohon, bila interview saja, semuanya tolak dan nasihati aku untuk habiskan houseman. Hmm. Siapa tak nak? Tapi belum masa lagi. Aku nak kerja lain dulu sementara waktu. Tak boleh ke? Tiap kali interview, itu jugalah monolog aku bila interviewer tanya soalan tentang housemanship. Susah nak cari kerja kalau nak sangat ikut kelayakan yang kau ada, jadi janganlah terlalu memilih kerja. Kerja saja apa yang ada, tak kisahlah kalau luar dari bidang pun, kumpul pengalaman hidup. Tak salah pun kan?



Mula dari awal tahun 2016, aku rasa aku dah bersedia untuk mohon semula kerja sebagai houseman bila tilik-tilik keadaan kesihatan aku. Walaupun cuma houseman kontrak, tapi tak apalah. Ini pun sebenarnya proses yang susah dan leceh. Tambah lagi dengan lambakan graduan perubatan, memang menuntut kesabaran sebenarnya. Yang buatkan aku terus sabar dan kuat adalah orang tua aku.

Sepanjang tak jadi houseman, aku tak ambil tahu sangat urusan dunia perubatan. Sebab waktu itu aku sangat tertekan bila satu-satu rakan aku berjaya habiskan housemanship mereka. Mulalah aku salahkan diri sendiri sebab tak boleh nak hadam sakit, mulalah aku fikir kalau itu kalau ini. Aku malu. Jadi aku tutup diri aku dan menjauhkan diri dari manusia-manusia lain.

Orang yang aku suka diam-diam, dulu-dulu dia rajin tanya khabar aku. Setiap mesej dia akan mula dengan "Salam Dr. Apa khabar?" Masa aku kerja houseman dulu, mesej dia yang buat aku rasa semangat itu bertambah bila kerja. Hahaha. Dan bila aku berhenti dari houseman, mesej dia masih sama, "Salam Dr. Apa khabar?" Doktor lagi ke aku? Hmm. Aku malu dengan dia. Tiap kali dia tanya perkhabaran aku, apa aku nak jawab eh, apa aku nak cakap eh. Aku malu dengan dia yang dah ada kerja tetap, ke negeri itu ke negeri ini atas tuntutan kerja. Aku? Doktor lagi ke aku? Tapi sekarang dah tak ada dah semua itu, lama dah tak dengar perkhabaran dia. Lega ke aku bila tak ada soalan "Salam Dr, apa khabar?"? Lega sikit saja, tapi rindu banyak. Huhu. Tak apalah, orang ada kehidupan bekerja, ada kehidupan sendiri, tak sama dengan kehidupan seorang penganggur. Haha.



Menyesal berhenti kerja itu datang lagi bila kau fikir pasal kahwin. Adoi!! Umur dah 29, tak ada calon, tak ada duit. Haha. Aku mula kerja dulu umur 25. Orang kata kalau aku tak berhenti, mungkin aku dah kumpul cukup duit untuk kahwin. Haha. Tapi sahabat baik akulah yang selalu ingatkan aku, semua perjalanan hidup kita, semua keputusan kita, semuanya mesti ada hikmah. Mungkin bukan macam apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang terbaik untuk kita. Allah lebih tahu. Itu yang aku pegang bila aku mula rasa down. Harapnya kalau ada jodoh aku kahwin satu hari nanti, tak kisahlah zaman houseman nanti, atau zaman on the way nak sambung belajar lagi, aku dapat suami yang betul-betul memahami dan ada kesabaran yang tinggi. In shaa Allah.



Buat masa ini, aku masih terus bersabar menunggu proses-proses untuk bekerja semula sebagai houseman. Cita-cita kan kita nak cakap tadi? Haha. Orang ingat aku tak ada visi hidup, tak ada misi, tak ada cita-cita. Haip! Kita ada cita-cita okay. Sejak dari tahun keempat aku belajar perubatan sampai sekarang, cita-cita aku tak pernah berubah. PAKAR PSIKIATRI. Itu arah tuju aku. Bila aku nak mohon balik jadi houseman, aku tanya diri aku, layak lagi ke aku nak sarung kot putih aku? Layak lagi ke aku nak rawat pesakit? Layak ke aku jadi doktor houseman sekali lagi? Dunia sekarang, orang tak pandang sangat doktor macam zaman dedulu. Sebab sekarang ada Google, ada FB, ada Twitter, ada Intagram, ada macam-macam lagi media sosial. Satu perkataan yang mengerikan, "VIRAL". Tengoklah macam mana staf kesihatan dah beberapa kali diviralkan atas sesuatu yang tak munasabah. Bila kita tak arif tentang sesuatu, kita tanya, kita cari pandangan banyak-banyak, kita tolak mana yang salah dan terima yang betul. Tapi dunia sekarang, dia fikir dia betul, dia terus terjun dalam konklusi dia sendiri, diri dia betul, orang lain salah. Walaupun sesuatu perkara itu bukanlah bidangnya. Itulah senario dunia sekarang.




Itu yang buat aku tertanya, layak ke aku? Sedia ke aku? Tapi aku kembali semula pada sumber kekuatan aku, mak abah. Dan juga cita-cita. Aku ada cita-cita yang aku nak gapai. Aku kena terus bergerak ke arah itu, hadam segala macam halangan dan rintangan. Itu tekad aku untuk kali ini. Semoga perjalanan aku kali ini dipermudahkan. In shaa Allah.

Selamat malam. Assalamualaikum.



P/S : Tak semua orang boleh faham keperitan hidup kau, tapi kau bukan hidup untuk fahamkan orang kan? Senyum terus.
:)


Pada mereka-mereka yang terfikir nak berhenti houseman, tunggu dulu, fikir lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Apa pun terjadi, cuba habiskan housemanship dulu. Kita redah dulu 2 tahun. Okay? Tapi kalau memang dah tak minat dan ada perancangan hidup yang lain, tak boleh nak kata apalah. Semoga kita semua berjaya dengan apa yang kita impikan untuk capai dalam hidup. May Allah ease.
:)

Untuk bakal-bakal houseman dan houseman yang sedang berjuang, kuatkan hati menempuh perjuangan, cekalkan jiwa, aku akan menyusul nanti sebagai seorang houseman yang lanjut usia, untuk sama-sama terus berjuang. Sekali lagi. Hihi. Moga kisah ini dapat jadi pembakar semangat dan teladan untuk habiskan housemanship. Mudah-mudahan.

    

4 Comments Here:

Amieynna berkata...

dont worry dear.
ur time will come.
rezeki tu mmg dah dtetapkan.
InsyaAllah. Stay Positive.
*hugs*

nursarah puteri berkata...

awak tetap seorang doktor. don worry..


paham sangat pahitnya kegagalan. sy pun pernah gagal di UM dulu malah tak dapat ijazah pun. semua rasa macam sia2. adalah tu silap dimana-mana, redha.

4 tahun hadap kerja makan gaji yang pelbagai akhirnya tahun lepas ditakdirkan dapat masuk government (guna SPM n DARJAH KHAS je) and rupanya mmg ini yg terbaik dan tercantik yang pernah Allah takdirkan. ini yang parents juga suka, InsyaALLAH nak berkhidmat hingga 30 tahun lagi. berkhidmat untuk masyarakat Islam di Jabatan Agama Johor.

ur time will come. Allah Maha Mengetahui yg terbaik untuk kita.

Farhana Cahaya Riang berkata...

@Amieynna Terima kasih Mina. Sama-samalah kita kejar cita-cita kita. :)

Farhana Cahaya Riang berkata...

@nursarah puteri Betul, setiap apa yang DIA bagi pasti ada benda terbaik di sebaliknya. Walaupun sekarang tak nampak lagi, tapi suatu hari nanti, In Shaa Allah. Kan?

Thanx Sara for the kind and comforting words. Moga kita sama-sama berjaya hidup dunia akhirat. :)

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.