Nak Kurus 2 : Fat!

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Tiba-tiba datang idea nak buat koleksi entry-entry follow up, process, tips, ups and downs weight loss journey. Walaupun aku mungkin bukanlah selayaknya nak cerita pasal weight loss dan fitness tapi at least melalui perkongsian aku, aku dapat perbaiki diri, mungkin juga bantu orang.

Mula-mula berkira-kira juga, kalau tulis topik khas tentang NAK KURUS, nanti kalau tak kurus-kurus, berat macam yo-yo macam mana? Tapi bila aku fikir balik, ini pun satu cabaran, at least ada sesuatu yang boleh fire up my spirit for this weight loss journey. Kalau sambil lewa, tak ada matlamat, hangat-hangat tahi ayam, mestilah malu dekat diri sendiri dan malu dekat pembaca.

Aku akan kongsi tips yang boleh membantu, dan juga apa-apa masalah yang buatkan berat tak turun-turun dan sebagainya. Segala perubahan akan aku abadikan dalam blog ini. Mungkin dari segi berat, gambar dan ukuran belum bersedia lagi nak tunjuk, tapi INSYAALLAH, jika aku berjaya, aku akan kongsikan gambar perubahan aku selepas 4 atau 5 bulan. Baru nampak obvious sikit kan. Haha.

Sampai sini saja. Aku kongsikan video macam mana "PEREMPUAN GEMUK" dan "LELAKI GEMUK" menghadiri blind date. Like I always believe, mostly lelaki pandang juga pada rupa. Ops. No offense. Just my 2 cents. Maaf kalau mengguris rasa. Heee.

Selamat malam semua. Assalamualaikum.






Drama Korea Terbaru ONE : Rain & Krystal Dalam My Lovely Girl

Leave a Comment
OST MY LOVELY GIRL

Krystal - All Of A Sudden




Assalamualaikum.

Dalam asyik duduk bercerita pasal weight loss journey, kadang kena juga rehatkan badan. Jadi salah satu cara untuk aku buang masa yang aku amalkan dari zaman study dulu sampai sekarang adalah dengan menonton drama-drama Korea, filem Hindustan yang bertimbun dalam hard disk.

Kali ini aku buang masa dengan RAIN. Dah lama tunggu drama ini sebenarnya. Sebab rindu nak tengok RAIN berlakon, asyik menyanyi saja kan. Kali terakhir dia berlakon drama tahun 2010 tak silap, drama The Fugitive Plan B. Tapi drama dia yang paling orang ingat dah tentulah FULL HOUSE.

Drama dia kali ini digandingkan dengan seorang penyanyi idol dari kumpulan f(x), iaitu Krystal, yang mana anda kenal sebagai Lee Bo Na dalam The Heirs. Dekat Korea minggu ini dah masuk episod ke 3 & 4. Masih awal lagi. Jadi sesiapa rasa nak buang sikit masa dia dengan menonton drama, cubalah download dan tonton MY LOVELY GIRL a.k.a SHE'S SO LOVEABLE.

Okay. Tak nak bebel banyak-banyak. Bertimbun lagi kerja nak buat. Jaga diri semua. Assalamualaikum.




Nak Kurus 1 : It Is Not An Easy Journey!

2 comments
Assalamualaikum.

Morning beautiful people. Salam Jumaat. I've been eagerly waiting for my mood to come so that I can start up a post on my recently started journey. What about my journey? What about it? Well, perhaps it is something that maybe you've been hearing from me over and over again. Haha. A weight loss journey. A journey for a better life.

Kalau nak diikutkan memang dah tak terkira rasanya berapa banyak kali perancangan aku untuk kurus dan jadi sihat macam zaman sekolah menengah dulu. Tapi semuanya memang hangat-hangat tahi ayamlah orang Melayu kata. Cakap lebih tapi habuk tarak. Paling sekejap aku bertahan seminggu, paling lama pun sebulan.


It is hard. It is. It will never be an easy journey. That's why it requires strong will and determination. Together with support and motivation. And of course, an awareness and positive insight. In which I lack on that aspect of weight loss process. 

Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak mula semula langkah yang aku hentikan dulu. Langkah yang aku hentikan sebab aku tak kuat, aku tak yakin diri, aku sentiasa berasa aku berada dalam zon selamat yang mana aku tak. Aku gemuk, aku sakit dan aku tak ada keyakinan diri. Jadi aku kembalikan semula semangat yang terpadam dulu. Tapi kali ini aku mulakan dengan perlahan dan tak terlalu memaksa diri.


Alhamdulillah, hari ini hari kelapan "perjalanan" aku. Misi aku untuk kurus adalah CLEAN EATING dan WORKOUT. Tapi aku buat secara slow and steady. Dari segi pemakanan, aku kurangkan semua portion makanan secara sedikit demi sedikit. Kalau selalu aku makan nasi sepinggan penuh, aku kurangkan jadi setengah. Dan perlahan-lahan akan aku kurangkan sampailah jadi segenggam nasi. Semua bendalah aku kurangkan kuantitinya. Tapi bukan kurang secara drastik, tapi sikit demi sikit.

Dari segi workout, aku mulakan dengan sehari 15 minit. Bila badan dah mula adjust, aku naikkan jadi 30 minit, 60 minit dan seterusnya. Dah masuk hari kelapan, rutin workout aku adalah 3 - 5 kali seminggu selama 1 jam. Aku install aplikasi yang membantu, contoh macam pedometer yang disertakan sekali dengan calorie counter, sebab ianya memudahkan perjalanan aku.


Perkara penting seterusnya adalah AIR. AIR AIR AIR!!! Sangat penting. Keperluan air adalah mengikut keadaan sekeliling, aktiviti dan juga berat kita. Aku mulakan dengan minum 2L air sehari, perlahan-lahan aku naikkan ke 3L dan sekarang aim aku adalah untuk minum 4 - 5L sehari. Untuk memudahkan anda yang tak suka minum air, boleh bahagikan kepada botol-botol kecil dan bawa kemana saja. Lagi satu, ada banyak aplikasi WATER DRINKING REMINDER yang boleh anda install untuk ingatkan anda tentang goal yang perlu anda capai dalam sehari.

Bukan semua benda mudah, tapi kita boleh perlahan-lahan sesuaikan diri kita sampailah benda yang susah boleh jadi senang. Yang penting, hati kena kuat, semangat kena kental, azam perlu tinggi, sabar dan sabar dan sabar.


Oh ya, seperkara lagi yang aku amalkan. Minum air lemon sebiji sehari. Lemon diperah bersama dengan 300 - 400ml air. Nak campur madu sikit pun boleh. Minum waktu pagi masa perut kosong. Lepas 20 - 30 minit, ambillah sarapan anda. Apa yang aku buat, aku "kahwinkan" teh hijau dengan air lemon aku.

Teh hijau aku minum 2 - 3 kali sehari. Waktu pagi sebelum sarapan, sebelum lunch dan sebelum minum petang / dinner. Ada artikel yang aku baca, selepas beberapa bulan amalkan teh hijau, bolehlah bertukar pada teh oolong pula yang lebih power sedikit dari teh hijau yang mana oolong tea boleh membakar lemak 157% lebih efektif berbanding teh hijau.


Masa aku mulakan proses penurunan berat badan aku, aku beli 3 buku. Satu untuk FOOD JOURNAL. Satu untuk WORKOUT JOURNAL. Dan satu lagi untuk PROGRESS JOURNAL. Aku catat semua nota penting yang aku boleh gunapakai, quote yang paling aku suka adalah "KITA KENA PANDAI BERMAIN DAN TRICK BADAN KITA". 

Selain itu, rutin aku setiap malam sebelum tidur, aku akan download video cardio workout, HIIT, kick boxing, zumba dan aerobik untuk aku guna setiap petang selama 30 minit sebelum aku mulakan slow jog sejauh 4 - 5 km. Aku pastikan aku mulakan dengan aktiviti yang low impact supaya tak cedera. Sebab lutut dan tulang belakang aku pun baru slowly nak sembuh.

Selain video workout, satu lagi yang banyak sangat membantu aku adalah video-video weight loss journey dan transformation di Youtube. Rasanya dah dekat 50 video yang aku tonton untuk bakar semangat aku sendiri. Aku perlu tengok setiap hari sebab semangat aku cepat up and down. Seriously. Haha. Bila tengok orang turun sampai 100 pounds lebih, memang tercabar jugalah. Kalau orang boleh, takkan kita tak.

You can push yourself to the max but slowly. Jangan terlalu paksa diri sebab nanti senang down dan patah semangat. Macam aku. Haha. Anyway, doakan aku terus istiqamah untuk kurus, jadi fit dan sihat. Jauh lagi jalan aku. Farhana, fighting!!!

Jaga diri semua. Assalamualaikum.
:)


HEART SPEAKS : Masih ada lagi ke lelaki seperti ini? Menerima dengan seadanya.
:)


Pushing People Away

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Morning people. Hmm. Have you ever done anything that make you feel guilty? You know it's wrong but still you did it and later you regret that.

Yerp, pushing people away. That's what I always did to those who try to come close and get to know me. I pushed them away. I can't help myself, but yet I don't want to end up feeling lonely at the end of the day.

I always thought, no matter how many times you push them away, if they want to stay, they will always make an effort to stay. But I guess no one has that kind of determination. I pushed and they just leave. Huh.

Hurm. To whom it may concern, whoever you are, if you are knocking, keep on knocking. I'll open that door one day. 
:)

Assalamualaikum.






16 September 2014

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Salam hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Selamat pagi. Oh ya, dan selamat bercuti juga. Hari ini, adik aku yang nombor 3 akan pulang semula ke kolej selepas 5 hari bercuti. Tak jauh mana pun, Nilai saja. Dari Melaka, 1 jam dah sampai.

Hmm. Adik aku dah masuk 21 tahun, habis saja SPM dia tak terus sambung belajar, sebaliknya dia nak merasa dunia bekerja. Dan bekerjalah dia selama 3 tahun tanpa sedar walaupun dah berjuta kali dibebel supaya sambung belajar. Haha. Akhirnya, di usia 21 tahun adikku sambung belajar juga.

Yang paling aku tak sangka, dia ambil course nursing di KPJ Nilai. Hmm. Mula-mula aku tak berapa yakin sangat dia mampu bawa, sebab aku dulu pun dah merasa susah payah dan dugaan belajar medik. Tapi melihatkan kesungguhan dia, kerisauan aku berkuranglah sikit demi sikit. Aku tahu dia mampu redah dan keluar sebagai seorang nurse yang mampu berbakti pada manusia.

Walau macam mana lewatnya pun, lanjutnya usia kita, itu bukan penghalang untuk kita kejar ilmu. Ilmu ada di mana-mana, bumi tuhan ini Maha luas. Kalau ada keyakinan dan kesungguhan, apa pun kita boleh redah.

Dalam kepala otak aku dah berkira-kira nak ambil sijil di NIOSH, nak sambung belajar dan dalam masa sama bekerja. Aku tahu mungkin kelihatan berat dan susah, tapi ini peluang aku nak ubah diri dan ubah hidup. Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Aku akan cuba keluarkan seribu daya yang aku ada.
:)

Moga satu hari nanti mampu jadi anak bangsa yang dapat dibanggakan. Salam hari Malaysia. Assalamualaikum.

A Classic Fairytale Love Story

2 comments
PICTURES TAKEN FROM GOOGLE IMAGE. 
CREDIT TO THE RESPECTED SITE

Assalamualaikum.

Dulu-dulu masa zaman awal blogging, selalu jugalah aku menaip entry tentang nikah kahwin. Kononnya si Farhana yang ketika itu berusia 22 tahun sibuk duduk rancang nak kahwin bila umur 25 tahun. Tapi sekarang, dah 27, masih single lagi seperti dulu. Haha. Dan bila usia dah nak makin dekat 3 series, perasaan nak sangat kahwin macam zaman awal 20an dulu dah banyak berkurangan. Bukanlah tak nak kahwin, siapa yang tak nak hidup berpasangan, cumanya banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu aku fokus.

Tapi kalau kata jodoh datang, terimalah dengan hati terbuka. Memang dah terbiasa dengan hidup single, cuma kadang ada waktu terdetik juga rasa sunyi sepi dalam hati. Rasa sepi yang lain macam, yang boleh buat kau sebak tiba-tiba. Tapi rasa begitu cuma datang sekali sekala saja. Buat apa nak rasa sepi sangat, DIA kan ada.
:)


Bila usia makin lanjut, ramailah yang cuba kenen-kenenkan. Kenalkan dengan orang ini orang itu. Bagi nombor telefon aku dekat orang itu orang ini. Kadang ada juga yang sapa menyapa melalui social networking service. Aku tak adalah menolak, orang kata cuba kenal hati budi. Mana tahu boleh click, ada chemistry, itu pun dah langkah pertama.

Aku tak pasti samada aku terlalu paranoid atau apa, tapi ramainya yang mula-mula konon kata nak kawan-kawan dulu bila dengar aku cakap aku cuma gadis pendek gemuk yang biasa-biasa saja, tapi bila mereka tahu aku lulusan medik dan bergelar seorang doktor, esok lusa terus kata, "boleh tak kita jadi pasangan", "kita kahwin", "saya nak awak jadi isteri saya". Hurm. Memang ayat-ayatnya kelihatan indah, tapi setiap darinya aku sikit pun tak rasa keikhlasan, yang tulus datang dari hati.


Ya, aku seorang lulusan perubatan. Pernah bekerja sebagai doktor selama setahun lebih, sebelum aku berhenti atas sebab kesihatan dan sekarang sedang berkira-kira samada mahu menyambung perkhidmatan atau tidak. Aku dah lalui hidup bergelar seorang doktor yang penat, mencabar, gaji pula syukur Alhamdulillah orang kata bolehlah. Nak kata boleh kaya raya, mungkin tidaklah kot. Kecuali seorang specialist / consultant.

Tapi itu yang aku takutkan. Ada orang yang terima aku bila dengar pekerjaan aku. Tanpa lihat aku macam mana, tanpa kenal aku bagaimana. Mungkin lain kali aku tak patut terlalu berterus terang sangat agaknya. Itu yang buat aku rasa dah serik dan malas nak berusaha. Kalau ada jodoh, adalah.


Mungkin sebab benda ini selalu bermain di fikiran aku, memikirkan tentang keikhlasan hati manusia, terus ianya jadi mimpi tidur malamku. Dalam mimpi aku, aku telah diperkenalkan dengan seseorang, untuk dijodohkan, tapi cuma kenal melalui gambar sahaja. Begitu juga dengan dia. Tapi sayangnya, si lelaki menolak secara baik perjodohan tersebut. Nak dijadikan cerita, kami berdua dipertemukan, berkenalan, dan jadi kawan. Aku sikit pun tak mengenali dia. Tapi si dia dapat cam aku melalui gambar yang pernah ditengoknya dulu.

Dari situlah, dia luahkan perasaan dia untuk jadikan aku isteri, dan dia cakap dia pernah tolak aku sekali tanpa kenal diri aku, dan dia tak akan buat kesilapan kali kedua. Dan aku masih ragu-ragu, aku tanyakan pada dia, dia tak kisah ke aku ni pendek, gemuk pula tu, biasa saja. Tapi dia kata, dia sukakan aku sebab diri aku. Saat dan ketika itu, memang air mata aku mengalir tak hentilah. Sampai aku terjaga dari tidur sebab perasaan gembira. Tapi rupanya, mimpi. Haha. Sampai basah segala bantal kepalaku sebab menangis dalam tidur. Err.


Aku memang ada inferiority complex yang agak besar tentang keadaan diri aku. Sampaikan aku takut nak berkenalan dengan orang sebab aku takutkan penolakan, rejection. Yang paling aku takut bila orang terima aku kerana sesuatu yang duniawi yang aku miliki, bukan kerana diri aku, personaliti aku.

It hurts. Really deep. And that scars, somehow causing massive loneliness at some point in my life. Cuma pada DIA aku berdoa, mohon dibuang rasa resah dan sedih yang kadang-kadang aku rasakan ini. Kita hidup bukan untuk manusia lain. Kita hidup untuk DIA yang Maha Esa. Kalau bukan sekarang, mimpi indah itu mungkin akan jadi nyata satu hari nanti.

Sampai sini dulu coret aku. Selamat malam. Assalamualaikum.





[Resepi Pemanis Mulut Popular] Cheesekut Oreo Strawberry Riang Gembira

3 comments
Assalamualaikum.

Salam pagi Rabu semua. Terasa lama tak menambah koleksi resepi yang ada dalam ENTRY YANG INI. Bukannya apa, kita bukanlah tukang masak hebat, jadi kadang terkial-kial juga duduk fikir nak masak apa lagi eh supaya boleh sumbat buat tambah koleksi resepi bujang yang ada. Tapi nan ado idea yang datang.

Cuma semenjak seminggu dua kebelakangan ini, aku dan adik-adik telah ketagih sejenis pemanis mulut yang orang lain dah lama dah ketagih. Pemanis mulut yang dah lama dah popular cuma baru sekarang aku tergerak hati nak buat dan merasa. Pertama sekali sebab aku tak berapa gemar cream cheese, mungkin sebab ada pengalaman buruk dengan cream cheese agaknya. Jadi aku ragu-ragu nak buat masa makanan ini tengah popular suatu ketika dulu. Cuma beberapa minggu sudah, tekak terasa nak makan cheese cake. Beli dekat Secret Recipe Cream Brulee Cheese Cake, sedap tak terkata dan terasa nak lagi dan lagi. Nak beli selalu pokailah kan, jadi timbullah hasrat nak buat CHEESEKUT.


Cumanya tiap kali lepas makan Cheesekut, aku kena bakar pula kalori. Bila tengah makan bukan main euphoria memang tak ingatlah erti penyesalan, tapi bila dah habis makan bersudu-sudu, masa tu nak menyesal tak berguna. Cream cheese dah berkoyan masuk dalam tembolok. Haha.

Pertama kali aku makan, memang aku cakap aku dah jatuh cinta. Rasa seronok, gembira dan macam melayang di udara bila makan pemanis mulut ini. Euphoria orang putih kata. Yang mana perasaan begitu kita selalu rasa bila kita makan coklat. Haa. Samalah perasaannya juga bila makan Cheesekut ini. Seronok dan happy je hati. Bunga-bunga gitu. Haha.

Dah 4 kali aku buat Cheesekut ni dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini, tapi mosttly aku buat CHEESEKUT OREO. CHEESEKUT STRAWBERRY cuma sekali saja aku buat. Kedua-duanya memang terbaik tapi OREO lagi dapat sambutan hangat.


Resepi dia bersepah ada dekat internet. Sama saja semua resepi yang ada, tak banyak beza mana pun. Cuma orang tukar-tukar topping dia. Tapi sebab aku banyak masa terluang, aku taiplah sekali resepi CHEESEKUT RIANG GEMBIRA. Haha.

BAHAN-BAHAN :
Biskut Hup Seng Deluxe Crackers sebungkus
Cream Cheese Philadelphia 250 g
Susu pekat manis 1/4 atau 1/2 tin (ikut tekak anda)
Sebungkus Oreo
Susu segar Dutch Lady

CARA-CARA:

1) Blend Oreo sampai hancur menggunakan blender kering. Ada orang tak suka masukkan krim dia, tapi aku balun blend sekali.
2) Blend cream cheese + susu pekat manis 1/4 tin atau 1/2 tin + susu segar 3 -4 sudu besar (Sukatan susu segar ikut suka anda, masuk sikit-sikit dulu, jangan sampai tekstur cream cheesenya terlalu cair)
4) Sediakan loyang.
5) Biskut Hup Seng Deluxe Crackers dicelup ke dalam susu segar yang ada lebih tadi. Dah celup, susunlah sekeping demi sekeping dalam loyang.
4) Dah siap selapisan, sapukan cream cheese di atasnya rata-rata sampai semuanya diselaputi cream cheese.
5) Taburkan serbuk oreo yang dah diblend.
6) Ulang langkah-langkah di atas selapis demi selapis.
7) Balut dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti ais.
8) Enak dimakan selepas disejukkan semalaman.

* Ada orang suka cream cheese tebal-tebal, ikut suka anda. Maknanya kena tambah lebih sikit cream cheese untuk diblend.

* Untuk strawberry, aku campurkan Hershey's Syrup Strawberry dalam cream cheese yang dah diblend. Lapisan-lapisannya pula aku tabur dengan biskut belanda Strawberry yang dah diblend. Atau boleh juga guna Rocky perisa strawberry.




Dah nama pun cheese, tak bolehlah nak melantak sekaligus berkeping-keping. Makan sikit pun dah cukup. Boleh simpan dalam peti ais, dan makan sehari sekeping. Heee. Dia lebih kurang macam Kek Batik yang gunakan biskut Marie, cuma yang ini guna cream cheese. Apa pun, memang dijamin sedap. Kalau buat bisnes pun menarik juga. Hehe.

Apa pun, selamat mencuba bagi yang belum pernah cuba. Bagi yang dah selalu cuba, buatlah lagi buat untuk minum petang nanti. Kekeke. Have a great day ahead people. Jaga diri semua. Assalamualaikum.







Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.