28 Ogo 2014

Drama Korea Temptation : Kisah Godaan Dan Suami Orang

Ogos 28, 2014 1 Comments
Assalamualaikum.

Dah lama eh tak cerita pasal hobi yang satu ini. Bukan apa, bila dah dilambakkan dengan pelbagai jenis macam drama-drama Korea yang baru, memang tak ada masa nak duduk cerita satu persatu. Sekarang pun yang dalam watching list dah ada 5 ke 6 drama, yang lain semua on hold. Kita bagi peram dulu sampai mesra baru kita tonton. Haha.

Tapi yang nak ceritanya pasal drama yang satu ini. Tajuk dia TEMPTATION atau orang Melayu kita sebut GODAAN. Di Korea sekarang drama ini dah masuk episod 14. Di Malaysia pula, ianya ditayangkan menerusi saluran ONE yang aku tak berapa pasti dah berapa episod, tapi rasanya masih lagi awal-awal episod.


Aku tak berapa pastilah samada dekat Malaysia popular atau tak drama ini, tapi dekat Korea, ratingnya pun tak gah mana. Suam-suam kuku saja. Orang tonton pun sebab rindu dengan gandingan hero heroin Stairway To Heaven ini, iaitu Choi Ji Woo dan Kwon Sang Woo.

Tapi rata-rata aku baca forum atau komen-komen tentang pandangan penonton pasal drama ini, ramai yang membangkitkan pasal isu MORAL. Bagi mereka apa yang si watak lelaki utama buat dalam drama ini adalah tak bermoral. Jujur aku cakap, aku tak follow drama ini. Aku tengok sikit-sikit saja, lompat sana sini. Tapi aku baca juga sinopsis dan recap yang mana sempat. Jom tengok sinopsis sikit.

Synopsis
A melodrama about a married man, Cha Suk Hoon (Kwon Sang Woo) who receives a huge sum of money from a woman, Yoo Se Young (Choi Ji Woo) to repay the huge debt he owes. Complications arise when the woman demands total submission from him, jeopardizes his relationship with his wife.


Masalah tak akan timbul kalau si lelaki sayang gila setia mati dekat si isteri. Ops!! Jangan marah dengan ayat kita. Haha. Aku memang tak tengok sepenuhnya drama ni, tapi aku nampak si lelaki tadi pun ada perasaan dekat perempuan yang tolong dia tu, sama juga macam perempuan tu ada rasa sama pada suami orang tu. Kira suka sama suka. Godaan, boleh datang dari macam-macam bentuk. Lelaki, perempuan, wang!!!


Aku still okay lagi kalau drama ini cuba nak tonjolkan macam mana kuatnya si suami untuk tahan perasaan dia dari menyukai perempuan yang satu lagi tu dan cuba jaga perkahwinan dia. Tapi kalau sampai bercerai berai, si suami dah mula lovey dovey keluar dating dengan perempuan tu, si isteri pula terima lamaran lelaki lain, memang aku bengang jugalah. Tapi ada juga individu yang komen cakap, walaupun dia tahu salah, tapi dia mengharapkan happy ending untuk Suk Hoon (si suami) dan Se Young (perempuan kaya). Well, mungkin sebab itu orang kata cinta tak kenal siapa kot. Kadang walaupun tahu salah, tapi kita tetap harap kita boleh kecap bahagia. Amboi ayat!!! Semuanya balik semula pada jodoh. Jodoh kan ketentuan DIA.


Dunia sekarang dah selalu sangat kan kita dengar kisah bercinta dengan suami orang. Pada aku sendiri, kalau boleh elak kita cuba elak. Kalau tergelincir sikit perasaan, cepat-cepat bangun dan kemas bersih perasaan, dan cuba untuk jangan tergelincir lagi. Jatuhkan perasaan pada yang lebih berhak dan yang lebih sesuai. Elakkanlah secret love dengan suami orang, yakni tanpa pengetahuan isteri dia. Lain ceritalah kalau isteri dia tahu dan isteri dia redha si suami nak bernikah satu lagi.

Rasa satu perasaan yang berat dan bersalah kan untuk buat perempuan lain sedih hanya untuk diri kita sendiri rasa bahagia. Lagilah kalau yang perempuan itu bergelar "ISTERI". Orang selalu kata, apa yang kita bagi, itu yang kita akan dapat. Kita beri bahagia, InsyaALLAH kita akan dapat bahagia. Kan?

Salam pagi Rabu semua. Have a great day guys. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Perasaan, kasih, sayang dan cinta itu tak pernah salah dan tak pernah berdosa. Salah atau betulnya itu terletak pada si manusia itu. Perasaan memang lahirnya tak boleh dipaksa tapi boleh dikawal dan dijaga.  

26 Ogo 2014

Adik Farhana Semester 8 IPGKPM, Akak Farhana Minta Maaf

Ogos 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

*Tunduk kepala*

Lama tak menulis, bila nak mula menulis, yang hairannya semua entry berkisarkan benda yang tak berapa nak best dialami oleh hati dan perasaan. Phew!!! Sepanjang 8 tahun aku memegang lesen kereta, 2 kali aku alami kemalangan. Kedua-duanya bukan dari silap aku. Okaylah juga kan.

Kali pertama, tahun 2007. Masih dalam "P". Tapi itu pun sebab tayar pecah, tambah pula dengan angin lintang dan tak melibatkan sesiapa. Kali kedua pula dalam 3 bulan lepas, itu pun sebab orang ambil jalan aku dan aku terbabas ke tepi dan langgar batu. Dan kali ketiga???

Ya, hari ini. 25 Ogos 2014. 


Keluar dari rumah dengan keadaan tak berapa nak sihat. Tapi masih lagi mampu memandu. Kejadian berlaku betul-betul di tengah simpang empat lebuh AMJ Jalan Maktab. Entah macam mana, semua kereta depan aku buat brek mengejut dan berhenti, dan aku juga ikutlah brek mengejut tapi apakan daya, brek itu masih tak mampu selamatkan aku lalu terciumlah aku dengan kereta depan.

Nasib aku baik sangat, kereta Myvi yang aku langgar adalah kereta anak murid ayah aku. Jadi aku pun ajaklah mereka balik Maktab dan bincang. Rasa macam darah dah kering dalam badan, tak pernah lagi seumur hidup aku, aku yang mencium kereta orang. Tangan sesejuk sejuknya. Takut kot. Sampai dekat Maktab, kami pun berbincang. Al kisahnya, yang membawa kereta bukanlah tuan punya kereta. Aku tahu, adik yang memandu tu mesti rasa takut juga, fobia dan rasa bersalah dekat kawan dia, si tuan punya kereta. Akak minta maaf ya adik. Akak pun cuak sebenarnya. T_T


Kebetulan entah dari mana ayah aku muncul. Aisey!!! Aku tambah lagi cuak, takut kena marah. Huhu. Alhamdulillah, masalah dah settle separuh. Sekarang tinggal nak bawa kereta adik tu pergi bengkel. Kemek sikit bumper, cat pun tertanggal sikit sebab langgar plat kereta aku. Kereta aku tak ada apa-apa. Legalah sikit sebab perlu tanggung kos satu kereta saja.

Makanya, sampai sekarang aku terasa down sangat-sangat. Tak ada mood dan rasa nak menangis. Perasaan aku kosong. Bila dah jadi macam ni, aku rasa bersalah lagi dekat ayah aku. Dah terlalu banyak aku susahkan dia. Semua benda, tragedi yang melibatkan duit terjadi saat dan ketika waktu aku dalam keadaan begini. Dugaan bersilih ganti. Macam dah jatuh ditimpa tangga lalu bergolek-golek jatuh dari tangga, tingkat 10 sampai ground floor. Sakit, memang sakit. Perit rasanya lalui kehidupan yang asyik menyusahkan orang keliling.

T_T


Kepada adik Farhana, semester 8, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, akak Farhana minta maaf seikhlas hati. Kepada adik berdua yang memandu kereta tu juga, akak minta maaf kerana telah menyebabkan kerisauan, ketakutan dan buat kamu rasa bersalah pada kawan kamu. Akak minta maaf sekali lagi atas kesalahan dan kecuaian akak. Maaf.

Kali ini berapa lama pula perasaan down ini akan bersarang dalam diri. Moga terus diberi kekuatan dan kesabaran. Sampai sini dulu. Have a great day ahead guys. Jaga diri.

Assalamualaikum.


16 Ogo 2014

A Moody Day : Pengalaman Bedah Gigi Bongsu

Ogos 16, 2014 6 Comments
Assalamualaikum.

Hari ini, 15hb Ogos 2014, telah melakar lagi satu sejarah dalam hidup aku. Insiden yang menyebabkan hari ini menjadi hari yang sangat "moody". Hari ini merupakan hari yang telah dijadualkan untuk aku menjalani pembedahan kecil untuk gigi bongsu atas aku. Nak dicabut memang tak boleh sebab dia cuma tumbuh sikit sangat pada permukaan gusi, kira partial eruption of upper wisdom tooth.

Sebenarnya gigi aku tak adalah sakit sangat pun, cuma sebulan yang lepas bila gigi tersebut tumbuh, rasa sangat tak selesa dan gusi pun selalu sangat bengkak. Sakitnya datang dan pergi sampailah aku tak sanggup dah sebab sakit asyik berulang, jadi aku ambil keputusan untuk buang gigi bongsu tersebut.

Doktor gigi yang buat pembedahan untuk gigi aku tadi adalah Dr. Dharmindra. Aku tak nervous mana pun, tak adalah cuak. Sikit-sikit adalah. Baring atas kerusi, doktor perkenalkan diri dan terangkan step by step apa yang dia nak buat. Jadi prosedur dimulakan dengan 2 suntikan ubat bius. Selepas 3 minit, doktor mula potong gusi sedikit untuk mudahkan proses cabutan. Selepas itu, dia guna mesin, katanya untuk potong sikit tulang supaya ada ruang untuk buat proses cabutan.

Setakat semua proses di atas memang tak sakit langsung. Relax lagilah. Then doktor mula ambil peralatan apa entah, dia kata relaxkan badan, tarik nafas dan lepas, jangan keraskan badan, dia siap suruh nurse pegang kepala aku. Sebabnya dia nak mulakan proses mencabut. Subhanallah. Dah nama pun doktor lelaki, faham-fahamlah kudrat lelaki macam mana kan. Terasa macam nak tercabut kepala terkoyak mulut. Doktor kata gigi bongsu aku kuat sangat sebab dia sayang nak tinggalkan tuan dia, memang seksalah doktor duduk tarik dan goyang. Kepala aku pun naik pusing dah.

Masa proses ni terasa sakit dah, jadi doktor tambah lagi satu suntikan bius. Dan dia ulang proses tarik gigi aku sampailah gigi aku longgar. Akhir sekali dia ambil forsep untuk keluarkan gigi tersebut dan jahit gusi yang dibelah tadi. Aku pun still cool lagi walaupun kaki tangan mengeras sepanjang prosedur dijalankan. Takut weh bila doktor tarik gigi, perasaan macam gigi lain pun nak tercabut sama. Ngeri ngeri!!!


Doktor nasihatkan supaya telan air liur selalu termasuklah dengan darah kalau ada. Jangan berkumur. Jangan makan benda panas, makan benda sejuk saja. Lepas seminggu kena datang semula untuk cabut benang. Sampai rumah, dah tak terkira berapa banyak kapas aku dah tukar sebab darah masih tak berhenti keluar. Even sampai saat dan ketika ini gusi aku masih berdarah walaupun aku dah tala air sejuk, air batu, ice pack dan segala yang sejuk-sejuk belaka.

Kesan ubat bius pun dah habis. Makanya bergoleklah kita atas katil ya sebab sakit dia macam sakit gigi. Kepala berdenyut-denyut, gigi pun berdenyut, memang dugaan sungguh. Kalau cabut gigi geraham aku cool lagi, sakit dia okay lagi. Tapi yang ini aku tak sangka, memang sakit weh. Rasa macam mood hilang terus. Moody gila. Haha. Lapar pun lapar. Adeh.

Kejap lagi telan ubat, harapnya esok beransur pulihlah segala sakit yang ada. Jumlah keseluruhan prosedur yang aku lakukan di Klinik Pergigian Sharlindah ini adalah RM 645. Doktor-doktor dia pun bagus. Soft spoken. Sesiapa yang di Melaka, bolehlah cuba singgah di sini kalau nak buat rawatan gigi.

Okay semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Aku tak harapkan orang untuk faham perangai aku. Cuma aku harap orang boleh hormat cara aku, prinsip aku. Aku cuba nak jaga hati orang, orang tak nak jaga hati aku pun tak apa, cuma jangan buat aku rasa macam aku orang yang bersalah besar.
:)  




14 Ogo 2014

#NowListening Leo (VIXX) & LYn - Blossom Tears

Ogos 14, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

I seldom posted something in this blog about my favourite music, well, I'm a Korean songs fan. They got great music and I always have my ears on every of their ballad songs.

I've been a fan of VIXX since their release of Eternity, and I knew Leo and Ken of VIXX have a really strong vocals and the great materials for singing a ballad song. So, here it is. A collaboration of Leo and LYn ( a great ballad singer and she often sings for drama soundtrack) with the title BLOSSOM TEARS. The song was released on 5th of August.

And I'm now listening to this. Currently, the number 1 in my favourite list of the month. Enjoy Blossom Tears from Leo and LYn.

Good night. Take care people. Assalamualaikum.



13 Ogo 2014

Tonton Into The Storm, Perasaan Macam . . .

Ogos 13, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Selamat pagi. Entry yang aku dah karang seminggu lepas, tapi tak ada mood nak publish. Jadi, pagi yang indah lagi tenang ini, mood dah kembali baik, jadi apa kata kita publish entry yang aku conteng lepas aku balik dari menonton wayang filem INTO THE STORM bersama adik-adikku. Kira siblings day out untuk kami berlima. Hanging out with your brothers and sisters is one of the best thing in life. Seriously.
:)

Hari Jumaat tonton, hari Khamis kita dah book. Seriously masuk wayang guna QR code lagi senang. Tak perlu bersusah payah beratur panjang. Cuma masalah bila scanner dia kadang-kadang tak berapa nak sihat sangat. Maka jadi lambatlah sikit.


Kenapa aku nak tonton filem ini? Satu sebab trailer dia nampak okay. Kedua, aku dah tengok filem best-best yang lain, kira INTO THE STORM aku tengok sebab dah tak ada option pun ya juga. Hahaha. Jadinya aku menapak ke dalam wayang tanpa harapan sangatlah. Tapi boleh tahan penuh juga wayang.

Aku bukanlah peminat natural disaster movie. Even filem 2012 pun, baru 2 bulan lepas aku pertama kali tonton. Haha. Sebabnya natural disaster filem kita dah boleh agak idea kasar jalan ceritanya. Dan INTO THE STORM pula mengenengahkan elemen bencana alam, ribut puting beliung.


Permulaan cerita dalam 15 minit aku agak terasa kebosanannya, mungkin kerana sebab pengenalan watak untuk filem ini. Dan perlahan-lahan, tornado mula menampakkan diri dan menjadi semakin garang. Antara scene yang aku paling ingat bila heroin hampir nak terbang ditiup angin tapi sempat berpaut pada kereta kebal mereka. Lagi satu scene di luar gereja yang melibatkan kebakaran, dan puting beliung meniup sekali api dan orang dalam lingkarannya. Scene kapal terbang ditiup naik ke udara sampai berpusing-pusing memang ngeri dan dahsyat. Itu nak tunjukkan betapa kuat dan lajunya puting beliung tersebut. Yang mana ianya bertiup selaju 300km/jam. Gila gila!

Last but not least, bila Pete si storm chaser berada di dalam eye of tornado dan ditiup naik ke langit sampai dia berada di atas awan dan nampak sinaran cahaya matahari. Pergh!!! Memang cantik scene tersebut. Nak tahu apa jadi pada Pete selepas itu? Kena tengok sendirilah.


Aku tak sangka ada orang yang bekerja dan dibayar semata-mata untuk dapatkan footage tornado sampai mereka sanggup membahayakan diri kejar tornado sedekat yang boleh. Unsur lawak filem ini biasa-biasa saja. Tapi unsur ngeri memang akui, ianya buat aku tutup muka dan mencengis jugalah. Perut pun naik kecut. Ngeri kot tengok kemusnahan akibat tornado. Kadang aku rasa filem ini boleh jadi filem FINAL DESTINATION juga. Sebab kau tak boleh jangka, dalam angin kuat begitu, apa benda alah yang boleh terbang dan terhempas depan kau, belakang kau, tepi kau ataupun atas kau. Ngeri kan?

Overall filem ini okaylah. Dari 5 bintang aku bagi 3. Kalau berminat bolehlah pergi tonton, kalau tak tunggu Bluray keluar okay. Hehe. Anyway, selamat menempuh hari Rabu anda dengan produktif. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


12 Ogo 2014

Stop Being A Loser

Ogos 12, 2014 3 Comments
Assalamualaikum.

Jam dah nak masuk 2 pagi, otak masih segar walau hakikatnya mata makin layu. Dalam cuaca sejuk begini, dengan hujan renyai-renyai di luar sana, yang jatuh saling tak tumpah seperti titis-titis air mata.

Aku duduk di tepi katil, memangku dagu, sambil aku belek kisah, cerita, dan perkembangan sahabat-sahabatku yang rata-ratanya dah berjaya dan hidup senang. Kebanyakan mereka dah duduk di tempat selesa, kerja bagus, keluarga yang sempurna, semuanya. Aku yang diluar nampak mereka di dalam hidup bahagia, indah, sempurna.

Sesuatu yang aku belum mampu genggam.
Sesuatu yang aku belum mampu capai.
Sesuatu yang aku belum mampu kecap.
:'(
:'(
:'(

Ada hamba Allah yang prihatin, dia email padaku dan bertanya, aku tak rasa rugi ke lepaskan apa yang ada dalam tangan aku? Jawab aku, "ENTAH". Jujur aku tiada jawapan, jujur aku tak tahu. Yang aku tahu, air mata ini acapkali jatuh melihat kejayaan-kejayaan mereka. Air mata ini air mata cemburu. Aku tak pernah mempersoalkan ujian dari-NYA, dari sihat menjadi sakit, dari hidup selesa kini mula terasa bibit-bibit susahnya. Ujian datang bersilih ganti. Tapi aku redha. Aku tahu ujian itu kerana DIA sayangkan hambaNYA.

Aku mahu bangkit semula. Aku mahu berdiri kembali. Aku mahu berjalan dengan bangga atas apa yang telah aku usahakan. Aku tak ingin lagi menangis, kerana tangisan ini, terasa benar tangisan seorang LOSER. Moga tangis selepas ini, tangis bahagia.

:'(

11 Ogo 2014

Queen Of Asgard Dah Ada Sticker Cun Melecun!

Ogos 11, 2014 5 Comments
Assalamualaikum.

Masa parcel sampai dekat rumah, excited tak terkira. Selain dari surat, kad raya, akhirnya apa yang aku order 2, 3 hari sebelum raya sampai juga selepas seminggu lebih. Sedikit hadiah untuk Queen of Asgard yang tercinta, yang banyak berjasa. Tambah lagi dia baru sembuh dari kecederaan 2 bulan yang lepas.

Seronoklah si merah dapat aksesori baru ya. Terima kasih tak terhingga untuk CAR STICKERS MALAYSIA dan DAKWAH ON THE GO untuk sticker kereta custom made dan ready made yang ada macam-macam pilihan. Servis dan layanan mereka juga terbaik dan efisyen. Untuk sticker custom made, aku buat rough sketch dan PM kepada CAR STICKERS MALAYSIA. Selepas beberapa hari, aku dapat sample sticker bersama purchase note sekali. Sticker bersaiz M ini berharga RM 13. Sticker-sticker lain yang aku beli dari mereka berharga dalam lingkungan RM 6 - RM 8. Harga not bad kan?


Berpeluh-peluh jugalah aku duduk menempel sticker, paling stress bila ada gelembung. Kata admin CSM, lama-lama gelembung itu akan hilang sendiri ATAU sebelum pasang sticker, lap cermin dengan air sabun baru lekatkan. Tapi sebab aku malas nak cabut dan lekat balik, aku biarkan saja. Gelembung pun dah makin kurang.

Personally aku suka sangat dengan sticker custom made. Lepas ni orang Melaka yang terserempak dengan Queen of Asgard, jangan lupa singgah blog kita ya. Haha. On the other side, kalau aku drive dengan teruk, ada potensi orang datang ke blog dan sound sedas dua. Haha.


Untuk sticker-sticker yang membawa mesej dan dakwah, anda bolehlah ke Instagram Dakwah On The Go dan dekat sana boleh pilih sticker-sticker lain yang mana anda berkenan. Aku beli 5 sticker daripada mereka dan caj termasuk postage adalah RM 40.




Abaikan plastik yang masih berbalut pada tempat duduk, kereta dah nak masuk umur setahun tapi plastik masih tak berbuka sebab tuannya malas. Bukan sebab kereta baru ya. Harap maklong. Haha. Dan kereta memang kotor terlampau sebab cuaca tak menentu katakan. Dah stabil nanti kita pergi cuci ya. Hehe.

Apa pun, bagi siapa yang berminat nak order sticker kereta (cermin / bumper), anda boleh cari CAR STICKERS MALAYSIA dan DAKWAH ON THE GO samada di Facebook ataupun Instagram ya.

Salam pagi Isnin. Nak menuju ke klinik gigi pagi ini. Semoga masalah gigi bongsu ini dapat diselesaikan dengan segera. Tak tahan dah menanggung sakit. Apa pun, have a nice day guys. Take care. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : "If a person wants to be a part of your life, they will make an obvious effort to do so. Don’t bother reserving a space in your heart for people who do not make an effort to stay." It feels like you are gone, and then you're back. Are you going or are you staying? Missing the good old times.

9 Ogo 2014

Sampai Akhir

Ogos 09, 2014 0 Comments


There are times in life, that you dream of a happy ending love story. But yet, you don't hold the answer of who, when, where, and how. You feel it really near but yet so far away.

- CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA -

"G" "Y" "M"

Ogos 09, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Kejap benar dah masuk 13 Syawal ya. Kemeriahan raya tahun ini cuma terasa pada hari pertama, kedua dan ketiga saja. Dah nama pun raya, dah tentu-tentu pelbagai jenis makanan yang dah masuk dalam tembolok kita. Ya tak? Aku masih lagi bergelut dengan isu pemakanan, pengurangan berat badan dan exercise.

Dah kalau diri tak istiqamah, sampai bila pun takkan merasa nak ada badan cun dan fit. Walaupun dah ramai orang kata aku mesti cantik bila dah kurus, tapi perkataan "cantik" itu masih belum mampu lagi jadikan batu pembakar semangat. Bakar sekejap sajalah, lepas itu semangatnya makin pudar dan hampir padam. Haha.

InsyaALLAH kalau diizinkan Tuhan dan ada rezeki, adalah beberapa interview yang aku akan attend. Jadi itu salah satu yang buat aku runsing sebab nak menghadap interview kenalah presentable. Kalau montel macam aku, takut nanti kena reject saja.

Makanya, aku mulakan misi untuk mencari exercise yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan aku sekarang ini. Hasrat hati nak ke GYM, dah siap usha dan siap tanya, tinggal nak daftar diri dan mulakan misi saja. Nak kurangkan berat badan, dua komponen kena jaga, MAKAN dan EXERCISE. Badan kita sangat unik dan hebat, bila dia tahu kita tengah diet dan exercise, dia pun akan mula adjust dengan situasi ketika itu, makanya nanti jadilah yang macam orang selalu complaint, "BERAT AKU MULA-MULA TURUN, TAPI LEPAS TU NAN ADO DAH! STRESS!"


Sebabnya badan kita dah terbiasa, dan dia menganggapnya sebagai sesuatu yang normal. Sebab itu seeloknya ada kepelbagaian dalam pattern pengambilan makanan kita dan juga exercise kita. That's why wujudnya cheat day.

Memang teringin sangat nak kurus. Haa! Nanti-nanti kalau dah kurus, kalau tak cantik, aku cari semua yang duduk polan kata kalau aku kurus mesti cantik. Siaplah kamu semua ya. Hahaha. Apa pun, semuanya ikut kemampuan diri dan bertabahlah. Nak senang, kenalah susah sikit dulu. Okay Farhana?

Selamat menghadiri open house semua. Makan berpada-pada. Hehe. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


8 Ogo 2014

Kek Lapis Sarawak! Mudah Dibakar, Sedap Dimakan! Eh! Yeke?!

Ogos 08, 2014 2 Comments
Assalamualaikum.

Salam pagi Jumaat wahai rakyat-rakyat bumi sekalian. Entry lepas dan lepas cerita pasal raya, entry lepas cerita pasal wayang, entry kali ini kita nak kongsikan pengalaman yang teramatlah berharga. Haha. Berhargalah sangat kan?

11 tahun aku duduk di Sarawak, sampaikan mak aku menjadikan aktiviti buat kek lapis Sarawak sebagai hobinya dan bila pulang ke Semenanjung, mak turunkan pula ilmunya pada adik beradik dan sanak saudara. Tapi pada aku, turun tapi aku ni masuk telinga kanan, phew, keluar telinga kiri. Aku kata dekat mak, aku tak ada bakat dan tak ada kesabaran nak buat kek lapis. Tapi aku suka makan. Haha.

Tapi antara banyak-banyak kek lapis Sarawak yang mak buat, yang jadi kegemaran aku adalah Kek Lapis Nona, Kek Lapis Keju, Kek Marble, Kek Lapis Tikar Mengkuang dan kegilaan terbaru adalah yang di bawah, Kek Lapis Aura Seri a.k.a Kek Lapis Pelangi.


Nampak simple, nampak senang kan? Rasanya lagilah berganda sebab. Tak sampai 3 hari, habis satu kek manusia dalam rumah aku telan. Dahsyat ke tak dahsyat penangan si Aura Seri ni. Jadinya untuk memuaskan nafsu tembolok sendiri, aku cakap dengan mak, biar aku cuba buat sendiri kek lapis ni. Walaupun hakikatnya, aku tak pernah buat pun. Kalau tolong bakar selalu jugalah. Tolong pukul, tolong mix, tolong kaup memang bercinta sangat nak buat. Pemalas kot. Haha.

Dek kerana nak makan, gagahkan juga diri cuba buat. Masa proses nak buat memang puaslah kena bebel dengan mak, kena marah, satu pakej semua ada. Maklumlah orang tak pernah buat, tiba-tiba nak buat kek lapis, tok guru pun berasaplah bila ada step yang canggung dan tak betul. Haha. Tapi aku ikutkan saja, nak belajar kenalah tadah telinga.


Walaupun nampak buruk sikit, ada yang tebal ada yang nipis, kek lapis Sarawak ini berjaya aku siapkan dari proses mula memukul, menggaul, guna mixer, sampailah proses melapis dan membakar. Dekat 2 jam lebih jugalah berpenat lelah membanting tulang, akhirnya inilah hasilnya. Rasanya pun Alhamdulillah 90% sama macam mak buat, 10% lagi sebab aku punya kurang manis. Heee.


Tiba-tiba entah dari mana semangat datang nak belajar buat kek lapis Sarawak yang lain. Tak kisahlah kena marah sikit dengan mak, yang penting ada ilmu baru yang kita belajar. Nanti dah kahwin, boleh tunjuk skill dekat rumah mak mentua pula. Kekeke.

Ewah ewah ewah. Gatai!!! Haha. Siapa-siapa yang nak merasa pelbagai jenis kek lapis, singgahlah ke rumah. Raya kan sebulan. Heee. Anyway, salam 12 Syawal semua. Jaga diri ya. Assalamualaikum.

7 Ogo 2014

"I Am Groot" Bersama Guardians Of The Galaxy! MARVEL Tak Pernah Mengecewakan!

Ogos 07, 2014 2 Comments
Assalamualaikum.

Suka benar kan tajuk panjang berjela. Baru 3, 4 hari sudah menulis entry pasal raya, sekarang datang pula kerajinan nak tulis satu lagi entry. Gara-gara lepas menonton Guardians Of The Galaxy pada Isnin pagi yang lepas bersama adikku.

Selain dari Lucy, filem Guardians Of The Galaxy ini juga merupakan salah satu movie yang ada dalam TERINGIN WATCHLIST aku. Sebabnya aku tertarik lepas tonton trailernya, dan keduanya dah tentu sebab movie ini merupakan sebuah lagi movie karya MARVEL yang mana kita memang tak boleh sangkal, kebanyakan movie MARVEL memang gempak, best dan terbaik. Kan kan kan?


Seperti biasa, bukan review sebab aku memang tak reti benar nak review nak ulas benda alah macam ni. Jujur aku kata, in my personal opinion, Guardians Of The Galaxy adalah much better daripada Transformers Age Of Extinction. Walaupun aku sebenarnya tak adalah suka sangat movie yang memaparkan benda-benda lain yang selain dari makhluk di bumi. Tapi Guardians Of The Galaxy aku bagi pengecualian. Kekeke.

Hero dia memang hot dan kacaklah, macam biasa. Kalau hero tak hot, cerita pun susahlah nak hot. Eh yeke?! Haha. Watak Peter Quill a.k.a Star Lord lakonan Chris Pratt ini memang kerek habis, stylo, sempoi, playboy dan lawak. Tapi sebenarnya, kalau ikutkan aku, semua watak dalam filem ini lawak-lawak belaka. Memang banyak scene juga aku gelak masa tonton filem ini. Unsur humorous filem ini memang tak mengecewakan. Especially watak GROOT dan ROCKET.


Heroin kita bernama Gamora lakonan Zoe Saldana. Benda yang paling aku ingat pasal watak dia adalah bila Peter Quill pasangkan headphone pada dia dan ajak dia menari. Dan satu lagi scene dalam kapal Yondu sejurus selepas Peter Quill selamatkan dia dari ambang kematian. Gamora dan Peter Quill memang merupakan pasangan yang secocok dan scene mereka kadang mencuit hati juga.

Tak banyak sangatlah ingatan aku pada Gamora sebab watak dia macam biasa-biasa saja bagi aku.


Pasangan Rocket dan Groot memang terbaik. Tak sangka Vin Diesel yang memainkan watak si pokok yang bernama Groot itu. Yang mana vocabulary yang dia ada cumalah 3 perkataan bak kata Rocket, iaitu "I" "Am" "Groot". Haha.  Walaupun dia sebut "I Am Groot", tapi sebenarnya makna yang cuba disampaikan adalah lain dan yang lawaknya, cuma Rocket yang faham apa si Groot kata. Haha. Tapi masa Groot berjaya sebut perkataan lain dari "I Am Groot", memang tersentuh jugalah. Part touching dan meleleh air mata bila Groot korbankan diri dia untuk keselematan kawan-kawan dia. Memang a true guardian of the galaxy.



Drax lakonan Dave Bautista ini juga merupakan salah seorang Guardians of The Galaxy yang mana pada awalnya mengalami masalah untuk berbaik dengan yang lain, terutamanya Rocket. Mereka bertemu di penjara dan mulanya Drax berhasrat untuk membunuh Gamora kerana perkaitannya dengan Ronan. Tapi selepas dibrain wash oleh Peter Quill, Drax ubah hasratnya. Dan dia cuma nak balas dendam pada Ronan atas kematian anak dan isterinya. Tapi lama kelamaan dalam perjalanan cerita ini, dia mula kenal erti persahabatan dan part paling lawak bila Drax panggil setiap dari mereka "KAWAN". Lawak lawak!


Antagonis untuk filem ini, Ronan. Dia tak sukakan perjanjian keamanan yang dimeterai oleh Nova Corps dan berhasrat untuk memusnahkan Xandar atas bantuan Thanos. Atas sebab itu, dia berhajat untuk mendapatkan "ORB" yang dijumpai oleh Peter Quill dengan tujuan untuk menguasai dunia dan menghancurkan Xandar. Kalau nak tahu betapa kuatnya kuasa "ORB" ini, kenalah pergi wayang dan tonton sendiri. Kalau cerita banyak sangat pun tak best. Ya tak?


Dan ini pula Yondu. Dialah orang yang bertanggungjawab menculik Peter Quill dari bumi dan melarikannya ke angkasa luar. Yondu adalah puak Ravager yang mana mereka merupakan lanun angkasa luar. Yondu sebenarnya diupah oleh ayah Peter Quill untuk menculiknya dan dibawa kepada ayahnya. Tapi sebaliknya, Peter Quill tak diserahkan langsung kepada ayahnya.

Menurut Nova Prime (ketua negara Xandar), Peter Quill bukanlah manusia sepenuhnya. Yang mana ibunya adalah manusia tetapi ayahnya adalah makhluk angkasa luar. Sebab itulah Peter Quill mempunyai keupayaan luar biasa untuk handle kuasa ORB tersebut. Memang misteri jugalah identiti ayah Peter Quill dan aku rasa akan diperkenalkan pada sekuelnya nanti.

Alah. Macam biasalah MARVEL, dah tentu ada sekuel punyalah. Tapi aku sempat cari dekat internet pasal komik GUARDIANS OF THE GALAXY semata-mata nak tahu siapa ayah Peter Quill dan dari komik mengatakan ayah Peter Quill adalah Emperor J'son of Spartax a.k.a Jason of Sparta.


Dan sekarang, dah tak sabar nak tunggu sekuel seterusnya pula. Adoiyai! Apa pun, dari 10 bintang, aku bagi 9 bintang untuk filem ini. Berbaloi ditonton. Kalau anda peminat komik MARVEL, memang sah-sah kena tonton. Kalau anda ada sedikit kekecewaan lepas tonton Transofrmers yang lepas (macam aku), filem ini bagus untuk ubati kekecewaan anda. Hehe. Selamat menonton dan selamat bergelak ketawa. Haha.

Asslamualaikum.


4 Ogo 2014

Raya 2014

Ogos 04, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Salam 5 Syawal. Memang lama benar tak menulis, kemalasan yang begitu menular memandangkan diri ini begitu sibuk mempersiapkan diri mencari bidang-bidang kerja yang lebih sesuai dengan keadaan dan situasi sekarang. Berharap benar permohonan dari SPA kali ini berjaya dan aku mampu ubah jalan hidup aku kepada yang berbeza dan mungkin lebih baik. InsyaALLAH.

Raya tahun ini, raya seorang gadis bujang yang masih lagi keseorangan tapi tetap gembira dengan kehadiran ahli keluarga di sisi. Cumanya beza raya kali ini dengan raya tahun sudah, mungkin tahun sudah mampu bagi duit raya pada mak-mak saudara dan juga anak-anak saudara serta sepupu. Tapi tahun ini, dengan status “bakal menjadi pelajar semula”, duit raya pun tak mungkinlah jawabnya. Memang tahun ini berat sungguh hati mahu pulang ke kampong, mahu pulang menghadap saudara mara terasa malu dan segan. Tapi raya kali ini berbeza, tak lagi beraya di Kampung Makam sebaliknya ke rumah nenek yang sebuah lagi di Taman Kota Mas. Tapi Kota Tinggi memang panas macam ketuhar. Huhu.

Pagi raya tahun ini adalah tahun yang sayu. Sesi bermaafan di pagi hari juga penuh dengan linangan air mata buat keluarga Hajah Maznah. Banyak sungguh dugaan buat kami, keluarga Hajah Maznah, dugaan yang buat kita jatuh berkali-kali tapi tetap terus berusaha untuk bangkit. Aku juga sangat berterima kasih pada seluruh ahli keluarga atas sokongan dan kata-kata semangat yang tak pernah putus. Tersentuh jugalah si hati tisu ini.

Dan dah nama pun raya, dah tentu banyak soalan bonus. Bonus yang orang bagi tapi kita tak nak. Haa gitu! Soalan bila kahwin memang macam dah rutin kan. Tambah lagi orang dah nak masuk umur 27 kan. Bukan tak nak jawab, cuma kita sendiri pun tak tahu jawapannya. Rimas tak sangat cuma kadang tak selesa kalau ada yang nak kenen sana sini. Hati kita ada satu je kot. Haha.

Tahun ini juga kad raya lebih banyak yang dipos dari tahun sudah. Kad untuk Penyebab Senyuman Dalam Rahsia juga tetap ada seperti tahun sudah. Tapi tahun ini, kepala otak aku asyik kata sudah-sudahlah hantar kad raya. Aku bukan kecil hati ke apa ke, cuma yalah, aku pun manusia. Memang aku malu dengan dia dan aku nak sangat tahu apa dia nak kata. Rimas ke dia, meluat ke dia, naik menyampah ke dia. Tiap tahun aku beriya menghantar kad raya pada Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, mesti orang ingat aku ni hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Ya tak. Huhu. Walaupun kadang aku rasa macam tuan badan dah bagi hint dengan sikap dingin dan acuh tak acuhnya, macam nak kata, “Sudah-sudahlah!” Tapi aku memang muka tak malu buat-buat tak faham kan? Haha. Okay, aku akan putus asa. Aja aja fighting.

Tahun ini diuji dengan sakit gigi yang berulang. Ya, tumbuh gigi bongsu atas bawah memang menyeksakan. Gusi sampai bengkak dan naik demam. Kalau teruk sangat, sampai nak buka mulut pun payah. Seksa, nak pergi klinik gigi takut, jadi kita bersaabar dan sepanjang masa tonyoh Sensodyne. Kesannya, sakit cuma akan datang sebulan sekali. Haih, okaylah kan. Haha. Tunggu dah bersedia mental dan fizikal baru kita pergi okay gigi.

Raya 2014 memang bawa banyak makna dan erti. Raya anda pula macam mana? Apa pun, salam aidilfitri dari Cahaya Yang Riang Gembira untuk semua. Assalamualaikum.