Not Everything Comes Easy In Life :)

5 comments
Assalamualaikum.
Salam hujung minggu dan salam kasih sayang untuk semua.
"Not everything comes easy in life." 

Tak pelik pun. Memang ini diakui semua. Kau tahu, aku tahu dan kita semua tahu. Tak semua di dunia ini datang dengan senang dan mudah. Ada benda yang memang senang kita dapat, ada pula yang sukar. Dan antara kita dan orang lain juga berbeda. Ada sesuatu yang kita senang dapat tapi sukar untuk orang lain, begitu juga sebaliknya.

Tergerak hati aku untuk mencoret sesuatu selepas apa yang aku lalui hari ini. Satu pengalaman
orang kata. Walaupun hakikatnya pengalaman ini memang selalu dah aku lalui. Ianya bukan kekalahan atau tak keberuntungan. Cuma ibarat batu penghadang jalan yang buat kita jatuh dan tersadung, luka sedikit, sebelum sampai ke destinasinya.


Dek kerana usia aku yang makin hari makin menua (Menua? Haha!), ramailah rakan dan saudara mara yang cuba mengkenenkan dengan orang itu, memadankan dengan orang ini, berkawan dengan yang di sana, berkenalan dengan yang di sini. Aku sikit pun tak berkecil hati dengan cakap-cakap orang dan usaha orang untuk aku. Kadang kalau aku rasa mahu 
mencuba, aku lakukan juga. Kata orang, manalah tahu kalau ada jodoh di situ. Dan seperti yang sebelum-sebelum ini, kali ini juga sama seperti yang sudah. Belum rezeki dan bukan jodoh.

Tengahari buta inbox facebook aku dah digegarkan dengan seseorang yang berstatus "bekas kekasih". Mahu tahu aku siapa. Mahu tahu itu mahu tahu ini. Aku layankan dengan baik. Aku jawab satu persatu supaya tiada salah faham. Susah juga sebenarnya perjalanan awal nak mengenali hati budi orang. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti di situ. Tipulah kalau kata tak terasa hati, tak tercalit rasa yang dinamakan sedih tapi itulah satu lagi batu yang menghadang jalan. Bukan terasa dan bersedih kerana cinta dan perasaan, tapi kerana usaha yang terkandas di tengah jalan. 


Ada orang perjalanannya ke arah itu mudah. Ada pula yang banyak ranjau dan dugaan, jatuh tersadung berkali-kali sebelum sampai ke destinasi. Jadi bersabarlah, dan percaya pada ketentuan DIA.

Allah beri rezeki kepada aku dari segi pekerjaan yang elok, keluarga yang menyayangi, sahabat yang sangat baik cuma rezeki untuk sebuah hubungan yang membawa kepada perkahwinan itu belum lagi. Jadi, aku mengerti. Aku terima seadanya dan redha. Tak salah kita mencuba, mencari rezeki untuk kehidupan kita, cuma kita kena kuat dan tabah. Sabar, itu perisai utama selain doa, dalam hidup untuk menuju ke arah sesuatu yang lebih baik.

Semoga ada kisah bahagia untuk mereka yang berdua itu. Aku doakan. Dan untuk anda-anda semua juga, semoga beroleh kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Aamin. Mudah-mudahan. Selamat berhujung minggu semua.
Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Kadang aku bermimpi, ala-ala drama Korea, ada orang yang datang dengan "cool"nya mengeluarkan aku dan back up aku dari situasi pertelagahan tiga sudut dan berkata, "Dia saya punya." Haha. Gila punya imaginasi. Banyak sangat tengok drama oii!

Hmm. I miss a friend, Penyebab Senyuman Dalam Rahsia. Itulah Farhana, tangan kau gatal sangat tulis, bila dah baca cerpen jangan komen jangan respon jangan tanya. Jadi, bila orangnya dah baca, memang jangan komen jangan respon jangan tanyalah. Haha. Otak aku serta merta teringat kisah gadis kejuruteraan awam dan dia. Ahh! Aku tak patut menanti sebuah jawapan. (Tapi Menanti Sebuah Jawaban itu terlalu ekstrem sangat pula. Haha.) Sudahlah. Nanti kau alami rasa sama seperti rasa di atas. Rasa kecewa, lagi. Ya, ingat Farhana. LAGI!!! Shuh! Shuh! Jangan difikir lagi.

Resepi Sarapan Pagi Atau Minum Petang Yang Mudah Dan Menyelerakan?

10 comments

Assalamualaikum.

Orang jangan dipandang pada rupa, selalu pandang pun pasti ada manisnya. Sama jugalah macam makanan, jangan dipandang nampak sememeh tapi rasanya dah rasa sekali nak dua kali. Eh! Percayalah! Kekeke. Dah lama tak memasak dalam blog. Ya tak? Sebelum ini sibuk nak memasak masa bulan puasa saja. Giat post makanan itu makanan ini.


Kali ini resepi mudah dan menyelerakan adalah untuk sarapan pagi atau minum petang. Tekak aku kalau nak ikutkan tak adalah western mana. Tekak Asia lebih dominan. Tapi sekala sekala layan roti dan keju apa salahnya. 

Resepi kali ini memang senang. Pejam mata pun boleh buat. Jom tengok bahan apa yang diperlukan untuk buat sarapan mat Salleh yang mereka selalu sebut, "EGG IN A HOLE". Resepi yang agak popular dikalangan kanak-kanak tapi tambah sikit apa yang patut untuk menyedapkannya.

Boleh aku beri nama ROTI TELUR BERLUBANG RIANG GEMBIRA??? Erk! Macam buruk! Haha.


BAHAN - BAHAN :

Sekeping atau dua keping roti (Macam yang kuat mencekik seperti aku, dua kepinglah.)
Cheese setengah keping atau sekeping ikut selera
Telur sebiji
Marjerin sedikit
Lada sulah ikut selera masing-masing
Gelas atau cawan kecil

CARA - CARA :

1) Tekap roti dengan menggunakan mulut cawan dengan tujuan untuk mebuat lubang bulat pada roti.

2) Bulatan kecil roti yang ditekap keluar itu tak perlu dibuang. Boleh dibakar sekali atas pan.

3) Panaskan pan non stick. Sapukan marjerin di atas pan yang telah dipanaskan. Masukkan roti yang telah dilubangkan tadi. Tekap sedikit pada pan.

4) Pecahkan telur ke dalam lubang pada roti. Hati-hati jangan sampai kuningnya pecah. Nanti tak cun. Gunakan api kecil supaya roti tak hangus semasa dibakar dan supaya telur dapat masak. Kalau nak bubuh lada sulah sedikit ke dalam telur yang dipecahkan tadi pun boleh juga.

5) Bila dah agak-agak telur dah masak dibawahnya, roti pun dah coklat-coklat, dengan perlahan-lahan terbalikkan roti untuk masak telur yang dibahagian sebelah lagi. (Aku suka roti dia garing-garing, bila dipotong masa nak makan memang pergghhh!)

6) Ini pun ikut selera. Ada orang suka makan telur kuning yang separa masak. Ada yang suka masak sepenuhnya. Ikut andalah ya.

7) Bila dah diterbalikkan, biarkan seketika untuk telur masak. Ketika ini, anda boleh carik-carikkan cheese dan tabur di atas roti. Haba yang datang dari bawah roti akan mencairkan cheese.

TIPS : Aku tak suka letak cheese dulu baru terbalikkan roti sebab somehow cheese cepat hangus. Tapi terpulang pada anda.

8) Dah agak-agak masak, boleh diangkat dan makan. Tapi kalau aku, aku akan bakar lagi sekeping roti untuk dijadikan pengapitnya. Aku bakar sebelah. Dah agak garing, aku terbalikkan sebelah lagi untuk dibakar. Ketika ini pun, aku carikkan sedikit cheese untuk ditabur.

9) Bila dah siap, aku kepitkan kedua roti tersebut dan bolehlah dimakan menggunakan garfu dan sudu. Kekeke. 


Sarapan ini agak memuakkan bagi aku sebab cheese, sebab itu aku lebih prefer gunakan setengah keping cheese saja. Sebab cheese pun dah masam dan masin, banyak sangat nanti tak sedap. Tapi itu juga terpulang. Sebab ada orang suka gila makan cheese.

Jadi beginilah hasilnya. Cheese yang mencair di atas roti kelihatan sangat menggoda kan? Dia macam ada rasa roti telur sikit, pizza sikit, roti bakar sikit. Hehe. Memang sarapan yang bagus untuk memulakan hari anda. Memberi tenaga untuk bekerja. Hehe.


Jadi, bagi sesiapa yang nak mencuba, selamat mencuba. Selamat berhujung minggu. Assalamualaikum.





Frust Giler!

1 comment



Frust gila. Frust sangat-sangat. Entah kenapa rasa frust. Entahlah, ada benda yang konon berjaya buat tapi tujuannya tak tercapai. Frust! Sampai bila kena teruskan? Atau kena berhenti. Supaya tak frust lagi. Haha.

Ini dinamakan frust menonggeng. Selamat malam. Jaga diri. Have a great weekend. Assalamualaikum.

Awkward Habis!

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Awkward. Sangat awkward. Awkward habis. Aku seorang saja yang rasa awkward atau pihak lagi satu juga merasakan rasa yang sama? Haih. Awkward gilalah.
=.=


Awkward kan bila kau tahu pihak lagi satu tahu rahsia yang kau simpan selama ini tapi pihak yang dah tahu itu buat-buat macam tak tahu supaya kau anggap pihak tersebut tak tahu tapi hakikatnya diri kau tahu, rahsia yang kau simpan pihak satu lagi dah tahu tapi dia nak buat macam dia tak tahu supaya kau tak tahu yang dia dah tahu.

Haaa! Ayat aku pun dah habis berbelit. Tapi perasaan begitu memang awkward kan? Apa boleh buat sekarang? Berlagak macam biasa? Atau melarikan diri? Style aku, lari dan elak!! So, untuk pihak itu, I'm sorry!! I cannot be reach at the moment. I'm awkward, I'm embarrassed and I'm scared.


Dan ini adalah escapism yang terbaik. Holiday!! Perancangannya bersama sahabat-sahabat tercinta way back since college adalah mengembara ke selatan tanah air minggu depan. Pulau Sibu? Pulau Tioman? I'm ready for sunburn!! Jyeahhh!

Okay peeps. Take care. Have a great days ahead. Assalamualaikum.
:l

This Is War

1 comment
Assalamualaikum.

Nak dimulakan cerita yang nak dicerita ini, al kisahnya aku bersama seorang rakan pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara. Negara apa, itu rahsialah. Excitednya memang tak terhinggalah. Beg pun bawa berkoyan-koyan macam nak berhijrah pun ada.

Sampai di negara orang, nasib agak baik sebab ada kenalan rapat di sana yang dah agak lama menetap di negara tersebut bersama keluarganya yang cuma ada dia, mak dia dan ayah dia. Kami berdua yang datang dari Malaysia nak bercuti di negara orang ini pun menumpanglah di rumahnya. Seronok. Sebab satu dapat duduk dengan orang yang kita kenal, nak jalan ke, nak makan ke tak susah. Tambah lagi, dapat jimat kos. ^^


Selepas beberapa hari di sana, berjalan ke sana ke mari. Beli itu ini, maka hari nak bertolak balik pulang Malaysia pun makin dekat. Sehari sebelum bertolak pulang, aku berhajat mahu ke pantai yang berdekatan dengan rumah rakan yang aku diami. Dek kerana rakanku seorang lagi malas mahu keluar rumah, maka aku angkut kamera dan sedikit wang lalu keluar bersendirian. Seronok juga dapat berjalan seorang diri di negara orang. Keasingan dia memang terasa. Best!

Sampai saja di pantai, aku lihat begitu ramai orang. Agak hairan sebenarnya dengan pemandangan itu, maka aku pun mendekati gerombolan manusia yang ada di situ. Arghhh!! Gila terkejut bila aku berjalan makin dekat ke arah lautan manusia tersebut. Kesemua mereka memandang jauh ke tengah laut. Aku pun tumpang sekaki. Objek-objek yang kami lihat di tengah laut makin mendekati pantai. Ketika itu keadaan dah mula kelam kambut, orang pun dah macam terkocoh-kocoh meninggalkan tempat tersebut. Tak lama selepas itu, semuanya mula berlari bertempiaran di pantai itu. Aku pandang ke laut. Ketakutan dah mula menguasai diri. Aku pun apa lagi, angkat kaki dan berlari sekuat hati.

Ada begitu banyak tongkang-tongkang yang macam dalam filem perang. Di dalamnya ada ramai manusia-manusia yang berbaju celoreng memegang pistol, senapang, bom tangan, machine gun, bazooka, dan ada juga yang berlembing, berbow dan beranak panah. Semuanya menembak menghala ke pantai.

Oh peranggg!!! Itu yang aku dengar dalam semua orang duduk lari bertempiaran. Ketakutan aku memang tahap maksima. Aku tak toleh belakang lagi dan cepat berlari ke arah kediaman rakan aku. Jantung macam nak luruh dengan peluh yang menitik-nitik.


Sampai saja di rumah, aku tengok semua orang sedang duduk mengemas beg. Satu kawasan kediaman itu terputus bekalan elektrik. Gelap, memang gelap! Kawan aku beritahu, tentera Itali sudah masuk menyerang negara meraka. Satu negara sudah diisytihar darurat. Di langit-langit juga dah penuh dengan helikopter, kapal terbang, jet-jet dan macam-macam lagilah. Semuanya sibuk membersihkan kawasan dan menyelamatkan orang. Atas darat pun sama sibuknya dengan di awan. Kereta kebal dah bersepah-sepah. 

Aku dengan rakan aku yang pada awalnya datang untuk bercuti dan menikmati keindahan negara orang dah mula menangis. Takut jika tak dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Kami berdua cepat-cepat mengemaskan beg, walaupun dalam keadaan gelap gelita kerana ketiadaan elektrik. Menurut kawan aku, kami semua akan naik kereta dan bergerak ke pelabuhan. Dan dari sana kita akan bertolak ke tempat lebih selamat dan naik kapal terbang untuk pulang ke Malaysia.

Keluar saja dari rumah nak menuju ke kereta, aku tengok ramai orang di jalanan membawa beg dan berjalan dengan laju. Di kawasan kedai di depan rumah, aku lihat ada sekumpulan orang yang memecahkan tingkap kedai dan masuk ke dalam kedai. Oh! Rupanya mereka sedang mencuri. Begini rupanya situasi ketika perang. Gelap dan menakutkan. 


Ayah kawan aku memecut kereta menuju ke pelabuhan. Aku lihat sana sini terbakar. Kami melalui pantai yang aku singgah tadi. Kelihatan di atas laut, banyak kereta sedang bergerak laju. Aku terperanjat juga bagaimana kereta boleh dipandu atas air. Tapi fikiran itu diabaikan begitu saja bila kami sampai di pelabuhan. Aku lihat selepas pegawai di situ memeriksa dan cop beberapa dokumen, kereta kami juga mula bergerak ke arah laut. Oh!! Kereta ini juga berjalan di atas air. Bila sudah hampir ke tengah, aku pandang ke pantai. Aku lihat banyak objek sedang melompat-lompat berterbangan dan berguling. Objek itu ada muka, ada wajah yang menakutkan.

Oh zombi!!! Perlahan-lahan kereta yang kami naiki masuk dan tenggelam ke dalam laut. Zombi tidak lagi kelihatan.

Aku gosok-gosok mata. Tengok jam dah pukul 8 pagi. Oh! Mimpi rupanya. Mimpi bukan-bukan pula. Macam nak gugur jantung sebab takut sangat punya pasal. Inilah akibatnya kalau tertidur semula lepas solat Subuh.

Itu mimpi aku dua hari yang lalu. Aku pun tak pasti kenapa ada zombi seperti dalam World War Z sedangkan aku masih belum berkesempatan lagi nak tonton filem tersebut. Apa pun, pengalaman kehidupan dalam perang memang menakutkan. Walau dalam mimpi, ianya terasa benar. 

Sekian saja coretan mimpiku. Haha. Have a great day people. Take care. Assalamualaikum.



Bila Aku Lihat . . .

2 comments
Assalamualaikum.
Banyak benda aku lihat, dan banyak juga aku rasa dan mahu aku tulis. Bila aku lihat . . .

Bila aku lihat seorang demi seorang di keliling aku menapak satu langkah ke depan dalam hidup mereka, mencuba untuk berubah menjadi muslimah lebih baik dari hari ini. Lantas aku rasa cemburu. Aku juga ingin berubah. Dalam aku perlahan-lahan belajar dan mengubah diri, sering saja aku rasakan masih jauh lagi jalanku. Godaan dan dugaan juga datang dengan makin hebatnya. Kadang ada waktu aku goyah, aku rapuh, tapi aku yakin jika aku terus berjalan, kekuatan akan terbina. Kerana Allah selalu ada. 


Bila aku lihat rakan yang telah berkahwin, berpegangan tangan, bercanda mesra, berkasih sayang. Apa juga yang dilakukan, dimata mereka aku nampak cinta. Lalu aku cemburu akan mereka yang punya rasa itu. Tapi, aku bimbang, jika aku melaluinya suatu hari nanti, mampukah aku bawa rasa itu, pikul tanggungjawab itu, hingga nafasku yang terakhir? Aku sedar, keinginan ini terlalu besar tapi kesediaan barangkali belum mampu lagi untuk bawa aku menunaikan keinginan itu. Kerana Allah itu sebaik perancang.



Bila aku lihat rakanku, seorang demi seorang dari mereka telah berjaya mengharung 2 tahun itu, telah berjaya bergelar MEDICAL OFFICER dan bukan lagi HOUSE OFFICER. Lalu tanpa sedar lagi, aku cemburu walau dalam hati ini aku ibarat berpatah arang untuk mengejar gelaran itu. Tapi kenapa cemburu itu hadir juga? Aku sedar, yang aku cemburukan itu adalah berjayanya mereka mencapai satu titik lebih selesa dalam hidup berbanding dulu. Lantas aku berfikir ke mana hala aku? Yang aku fikirkan sejak dari hari pertama dari keseleruhan 2 tahun yang ada. Aku sedar, halanya masih belum aku jumpa. Mungkin dalam aku terus menongkah, halanya akan terukir dengan sendiri dan redha akan datang sekali bersama. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku.


CREDIT PICTURES TO THE RESPECTIVE UPLOADER. THANK YOU.
:)

Writing Is A Struggle Against Silence

1 comment
Assalamualaikum.

Yesterday, while browsing through my blog stats, I found a referral to my blog. From a friend's blog, a really really old blogger friend of mine, knew him way back since 2009. An entry he wrote on DON'T JUDGE BLOGGER BY HIS OR HER BLOG. That was the first time that I met him after a year of being friend through social networks.

The way that he wrote about me, that's just me. That is just so Farhana. You can say that he did a good job on describing me, and as well as comparing a real life me and a virtual life me. I'm good in writing, way better than talking and bonding with people. And hence, I'm using that ability of mine to get near people. Moreover I'm a blogger and that's a plus point for me. I'm sort of knowing the way and know how to write and bonding with people through writing. But I'm failed if you ask me to be friend with a stranger by talking and seeing eye to eye with him / her. My mouth got sealed and my eyes will be everywhere. Eyeing this and that. You got a one sentence answer from a one sentence question. That is just me when I'm with someone that I met for the first time. Even though we are really close in social network. Seriously.


It's not that I'm not friendly and the silence type one. I got really hyped up, talking and laughing and making jokes with my closest friends and family. But I do keep silence on certain things. I love to express things, but in writing and not through words that we speak. Sometimes I wonder at what point in my life that this way of expressing myself got change and how it changes the way I used to be. 

Cause as far as I can remember, when I'm around the age of 7 to 18 years old, I'm good at both. I can write letters to bunch of pen pals all over Malaysia. Socializing through meeting people during a course or camp. I love to talk and talk and talk on a stage in front thousands of people. I'm so interested in writing poems and recite it during assembly time. That's how I used to be. But, after reaching 20 and above, everything takes a turn. A big turn.


It's not that I don't like the person I am now. I've adapted to it. As I grow too much into keeping silence, I learn to express my silence through words. Even though it is really hard and difficult. Believe me, it is. It's different when you compare expressing through speaking and expressing through writing. While you can easily expressing things if you speak, it takes quite some time for people to realize and understand the things you express through writing. You need to keep writing and writing for your expression to be heard just as loud as you speak.

Just like me. I'm writing and struggling against silence. But still, my feelings can't be heard. I'm too coward to speak, so I write. I write it here and there, but still it yields nothing. It's not that I'm hoping big but I still bear that tiny little hope, that what I wrote will be heard. If not today, maybe tomorrow, or maybe 10 years later. It's okay. As long as you can hear my voice, through each and every words that I wrote.

Assalamualaikum.




Ada Baik Ada Buruk

2 comments
Assalamualaikum.

Cuaca sehari dua ini sejuk sungguh. Terasa mencengkam sampai ke tulang. Nikmat hujan yang ALLAH beri selepas beberapa bulan Melaka berpanas terik. Minggu lepas aku datang lagi untuk entah keberapa kali bagi memenuhi temujanji dengan pakar Ortopedik Hospital Melaka. 

Kalau ikutkan hati, sebenarnya aku dah tawar hati nak meneruskan rawatan, sebabnya aku tak nampak sebarang perubahan dengan keadaan diri aku. Setiap kali aku datang dan berjumpa doktor, yang diberi cumalah ubat yang sama. Selama 8 bulan aku menerima rawatan, aku mengambil ubat-ubatan yang sama walaupun hakikatnya keadaan aku bukannya bertambah baik. Putus asa jugalah sedikit. Terkilan.

Syukur kerana di sekeliling ramai yang memberi sokongan moral. Bila rasa nak berputus asa, teringat pada orang-orang yang akan kecewa kalau aku berputus asa sekarang. Sejujurnya semenjak aku mula sakit, aku selalu duduk termenung fikirkan masa depan. Kehidupan aku, pekerjaan aku. Aku dah tengok ramai orang yang mendapat sakit yang sama, mengalami kesusahan untuk bekerja. Tambah lagi dengan keadaan dunia kerja aku sekarang, sedikit sebanyak melunturkan semangat aku. Selalu tertanya, mampukah aku terus bekerja dalam bidang ini dengan keadaan kesihatan yang begini?


Mak pesan, kita ikhtiar, kita cuba, segalanya di tangan DIA. Semangat itu sebenarnya terlalu penting. Itu yang mendorong kita bila kita rasa nak jatuh dan berputus asa. Walaupun sebagai seorang doktor, tetapi bila aku sendiri dengar tentang kemungkinan pembedahan untuk masalah tulang belakang dan kaki aku, aku juga jadi takut. Tapi kita kena usaha, ikhtiar untuk jadi sihat semula dan bukan berpeluk tubuh mengenang nasib.

Kebetulan ketika temujanji yang lepas, kes aku dilihat oleh seorang pakar yang baik, yang begitu memahami tentang sakit aku dan kerja aku sebagai seorang houseman. Jadi beliau telah menyarankan aku untuk mencuba sejenis ubat untuk masalah tulang belakang aku. Alhamdulillah, aku rasa ada banyak perbezaan dan perubahan. Sakit aku pun dah makin banyak berkurang. Terasa macam seolah aku boleh berlari 10km dengan hati gembira dan langkah yang ringan.


Tapi semua ubat pasti ada side effectnya. Dah tentulah kan. Aku jarang dapat side effect bila makan ubat, tapi kali ini lain pula kisahnya. Sepanjang aku makan ubat ini, perut aku selalu kembung, makan sikit dah tak boleh makan lagi dah, ditambah lagi dengan loya dan muntah-muntah yang teruk, memang seksa jugalah. Ubat yang bagus menghilangkan sakit aku tapi side effectnya juga buat tubuh badan rasa tak bermaya. Berat pun turun sampai 3kg. Orang putih kata, its the price you have to pay. Haha.

Sama juga macam dalam hidup kita, setiap yang datang dalam hidup kita, ada baik ada buruk. Sebab itu orang selalu buat keputusan dengan menimbang tara, baik lebih banyak atau buruknya yang lebih. Everything has pros and cons. Jadi kita kenalah bijak dalam membuat pengiraan dan percaturan.

Hmm. Tak mengapa. Ubat ini tak boleh, mungkin kita boleh cuba ubat lain dan cara lain pula. Yang penting, jangan berputus asa. Never, ever giving up. Right? Have a great day people. Take care. Assalamualaikum.


Red Velvet Si Baldu Merah Dari Dapur Secret Recipe

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Selamat pagi dan salam Jumaat semua. Walaupun sebenarnya entry ini aku tulis pada malam sebelumnya. Sekarang suka sangat tulis scheduled post. Tulis banyak-banyak, just set date and time, publish. ^^

Semenjak dua menjak kalau belek Instagram mesti ramai umat yang duduk post gambar kek red velvet walaupun hakikatnya demam red velvet dah melanda lama dulu. Aku pernah buat dulu sekali, tapi sebab kurang menjadi, maka aku give up. Bab-bab kek memang surrender dari awal. Leceh! 

Secret Recipe juga tak ketinggalan untuk keluarkan Red Velvetnya. Jadi dek kerana teringin sangat nak merasa red velvet kesukaan ramai ini, aku dengan tamaknya beli sebiji kek red velvet. Jangan tiru perangai kakak ya adik-adik. Cuba try test beli 1 slice dulu. Kalau berkenan, nak angkut 10 biji pun tak ada hal.

Balik rumah dengan excitednya terus potong. Makan sesudu, okay boleh tahan. Makan dua sudu, tiga sudu, dah mula terasa kelemakan dan kemuakan yang berjuta kali ganda. Nak telan pun sangat payah. Ouh!! Mungkin selera aku tak sesuai untuk menerima kek red velvet. Bak kata adik aku, kek orang putih. 

Aku memang bukan penggemar cheese cake atau yang seangkatan dengannya. Tapi masih berdegil mahu mencuba red velvet yang memang ramai orang suka. Sayang seribu kali sayang, tak berjodoh agaknya dengan tekakku. Rasa dia terlalu berat dan heavy. After taste pun still lagi rasa heavy. Ibarat macam melekat dalam mulut kelemakan dia. Tak tahulah kalau resepi lain rasanya juga mungkin lain. Tapi yang tentunya, red velvet ini akan berada lama di dalam peti ais. Sebab dalam rumah aku, tak ada seorang pun yang berkenan. Haha. Pembaziran betul. 
=.=

Ada siapa-siapa nak? Meh datang rumah aku. Heee. Jadi untuk melepaskan kekecewaan yang dirasa, nah, aku tepek 3 gambar red velvet yang ada 80% lagi. Haha. Jemput menjamu mata. Selamat bekerja di hari Jumaat semua. Jaga diri. Assalamualaikum.




Gila Gadget?

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Salam 5 September. Hujan lebat di pagi hari membasahi bumi Melaka, enak kalau dapat berbungkuskan selimut sambil melepak kemalasan di atas katil. Ya tak? Tapi lebih enak kalau dapat duduk menghidu bau hujan di tepi tingkap. Hehe. Sambil-sambil merenung langit, menikmati hujan, memikirkan juga masa depan, kesihatan yang turun naik, bagaimanakah nanti? Huhu.

Semalam selepas berjumpa dengan pakar tulang, macam-macam benda bermain di fikiran. Kita manusia, bukan selamanya akan sihat. Akan datang waktunya kita sakit dan uzur, jadi bersyukurlah selalu dengan nikmat sihat yang Allah beri. :)

Eh kejap! Apa cerita gila gadget dengan pembuka kata yang bercerita pasal kesihatan tubuh badan? Hehe. 


Sebenarnya aku cuma nak kongsikan kegembiraan perasaan selepas Samsung baru melancarkan SAMSUNG GALAXY NOTE 3 dan SAMSUNG GALAXY GEAR WATCH! Waduh waduh waduh! Mabuk sebentar dengan rasa excited yang melanda. Haha.

Aku bukan wanita yang gila shopping baju, kasut, tudung, rantai, gelang, tudung dan apa juga yang dipakai pada tubuh badan. Orang tengok aku kali pertama pun dah boleh agak rasanya. Aku pakai baju, kasut, tudung yang pusing-pusing balik cuma itu, ini saja. Asal selagi boleh pakai, aku akan pakai sampailah lunyai. Mak selalu bebel bila aku pergi shopping complex cuma pakai baju kaftan, seluar slack, tudung kalau tak hitam, purple atau biru gelap dan akhir sekali sarung sweater. Mak akan kata, kenapalah suka mengutuk diri. Pakailah benda yang elok sedikit. Haha.

Mungkin aku tak gila semua benda yang disebut di atas, tapi aku adalah seorang yang sangat gilakan gadget. Satu lagi sifat yang membuat mak aku pening dengan anak daranya yang seorang ini. Keluar Galaxy Note 2, nak beli Note 2. Keluar Samsung Galaxy S4, nak beli S4. Tapi nasib baik sebab gila yang ini datang bila aku sudah mula bekerja. Nice timing!! 



Dan sekarang dua peranti dari Samsung ini berkemungkinan akan dipasarkan pada 25 September dengan speks yang cukup mencairkan hati. Mana tak tergodanya. Ouch!! Selain dari Samsung, Sony juga telah melancarkan Xperia Z1 (HONAMI) yang turut sama nak menggoda para penggila gadget. Dan tak lama lagi, khabarnya Apple juga akan melancarkan Iphone 5S dan 5C. Haaa!! Pilih jangan tak pilih ya.


Setulusnya, aku dah terpaut dengan Note 3. Harus bekerja keras membanting tulang mulai sekarang. Kekeke. Jadi bagi sesiapa yang nak tahu berita lebih lanjut boleh singgah ke OhGeekz dan Amanz.My.

Selamat berhari Khamis semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


:)


More Than Me

2 comments
Assalamualaikum.

Tarikh hari ini 3 September 2013. Tarikh yang wajib aku conteng di diari maya aku. Tarikh bersejarah dalam hidup aku. Tarikh ini, tarikh perpisahan aku dan dia. Menangis pun dah tiada berair mata. Tiada jodoh sudah antara kita. Dan aku harap kau bahagia bersama si dia yang baru. Yang akan lebih menyayangimu.

"Asking you to live with me, I take it back."
"The promise I made that we'll be happy, I take it back."
"The promise that I wouldn't throw you away, before you, throw me away. I take it back too."

Kau bayangkan lelaki kejam di dalam muzik video ini adalah aku. Dan liriknya adalah apa yang aku ingin sampaikan pada si dia yang pernah menjadi wajah kesayangan aku.


MORE THAN ME - JANG DONG GUN
I know, I know your heart – yes, you can leave

Don’t be sorry with the reason of love because I know everything

You would know, yes even if no words are spoken

You’ll have more scars than me, your heart will be more pained than mine

You are still my love, I still only know you

Because I’m a fool that can’t call you and is only in pain, I’m sorry

You are still breathing here, I still only see you

I can’t even hold onto you – words that rise up to my throat

It’s alright, don’t worry – you just need to be happy

I’m worried that you would cry more than me, you would suffer more than me

Because you’re still my love, because I still only know you

Today I say it again, I love you, I love you – I say it alone without anyone knowing

Your traces are still right here, your memories are still the same

How can I forget you? Will it work if I just live day by day?



CREDIT : POPGASA

Untuk cinta pertama aku, untuk kesayangan aku, yang akan ada dalam ingatan sampai bila-bila,  untuk my Livina X-Gear, selamat tinggal. Aku gembira bersama kamu walau tempoh kita bersama tak lama mana. Jaga diri bersama tuan barumu nanti.

Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Pada benda yang tak bernyawa pun boleh hadir perasaan sedih begini. Sungguh, sedih sangat.

Minyak naik 20 sen? Jangan sebut pasal minyak lagi dengan aku!
:'(




Orang Putih Kata "Teaser" Atau "Sneak Peek"

4 comments
Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak ini, semangat seperti berkobar-kobar. Semangat untuk meneruskan impian zaman dulu kala, impian menulis, bukan 1 bab, bukan 2 bab tapi mungkin sampai berpuluh bab hingga boleh dibukukan. Selepas menyiapkan satu cerpen dan publish, terasa kepuasan yang tak terhingga.

Maka datang lagi semangat untuk membuat projek baru, percubaan yang ketiga. Harap aku beristiqamah dan boleh kabulkan impian sendiri yang diangan-angankan sejak dari dulu lagi, iaitu hasilkan sebuah novel. Dan mungkin selepas itu, novel kedua, ketiga dan seterusnya. Doktor ini dah makin jauh dari dunia sains dan makin sakan pula bercinta dengan dunia seni. ^^

Rangka keseluruhan dan plotnya telah siap aku karang, cuma rangka untuk bab ke bab saja belum selesai lagi. Untuk prolog saja aku ambil masa satu jam untuk siapkan. Agak-agaklah, berapa lama masa akan aku ambil untuk selesaikan sebuah entiti yang dinamakan novel? Hehe.

Adik aku dah cadangkan, siap saja novel ini nanti, bolehlah hantar manuskripnya ke Karya Seni, Kaki Novel ataupun Penulisan2u. Heh. Entahlah, macam besar pula angan-angan nak hantar manuskrip. :)


Jenuh juga aku duduk fikirkan jalan cerita dan plot yang fresh sedikit. Sedikitlah. Haha. Tajuk pun sampai dah 3 kali bertukar, akhirnya aku decide untuk melekat dengan tajuk "MY LOVE, CIK DOKTOR." Ewah! Dah macam drama Korea My Love Madame Butterfly pula ya. Kekeke.

Novel ini memang imaginasi semata-mata. Tak seperti 2 buah cerpen aku yang sebelum ini, yang banyak memuatkan kisah hidup yang benar-benar belaka. Kali ini, third person narrative jadi pilihan. Sudah tentulah kan. Kalau novel gunakan first person narrative, memang payahlah. Kecuali kalau memang hebat menulis.

Dan macam yang banyak aku lihat di blog novel online yang lain, penulisnya suka mengimaginasikan siapa yang memegang setiap watak dalam novel mereka, jadi aku pun tak teragak-agak untuk mengikut trend tersebut. Dan barisan manusia pilihan aku, tadaaa!! Pening nak cari siapa yang sesuai untuk watak dalam novel My Love, Cik Doktor. Akhirnya, inilah dia tunjang utama novelku.
:)

             JANG DONG GUN                        HAN HYO JOO         LEE JONG HYUN                                   UEE

Kira ini macam teaser, sneak peek orang putih kata untuk novel aku. Semoga diberi kelapangan masa dan kesihatan yang baik untuk menghabiskan novel ini. Dan mungkin juga menghantar manuskripnya ke syarikat penerbitan. Mana tahu. Rezeki ada di mana-mana.

Salam Subuh semua. Salam hari Selasa. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum.
:)


1 comment
马六甲终于下大雨了。
好懒惰。
好想睡。
好温暖。
好舒服。
大家,晚安啰。
嘻嘻。
:)



Percubaan Kedua

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Jumaat yang lepas aku habiskan banyak juga masa untuk menyemak, mengolah, dan mengedit mana yang patut cerpen yang aku tulis awal tahun lepas. Lama dah kan? Kenapa baru sekarang nak edit dan olah semula? Entah. I just got the feeling to do that. Just recently. Lulz. Ini adalah percubaan kedua sebenarnya. Mungkin cuma mahu menilai bakat sendiri. Boleh pergi jauh atau bungkus saja.

Cerpen ini aku karang hampir setahun lebih selepas Coretan Dari Hati : Terima Kasih Sayang, iaitu sekitar awal tahun 2012. Aku coret dengan semangat dari Terima Kasih Sayang, dengan meletakkan sedikit harapan apa yang aku karang akan jadi kenyataan. Tapi itu harapan masa lalu.

Tapi sampai ke sudah, cerpen ini tidak pernah aku kirimkan lewat dunia maya. Ya. Aku tak bersedia ketika itu. Jadi aku simpan dia. Tapi sekarang, aku dah sedia. Mungkin. Ianya adalah sebuah 50% kisah benar yang disulami angan-angan. Ada yang benar, dan yang lebih itu dah tentu angan-angan. Angan-angan yang takkan jadi nyata. Hehe.

Cerpen itu aku tulis menggunakan first person narrative. Bukan third person narrative yang selalu digunakan penulis-penulis novel. Jadi cerpen ini mungkin akan terasa kebosanannya. Aku gunakan first person narrative kerana aku mahu tulis cukup sekadar apa yang aku rasa. Apa yang orang lain rasa, aku tak mampu untuk tahu. Kerana separa dari kisah ini ada kisah yang benar walaupun selebih darinya hanya imaginasiku yang menjalar.

Jika berkesempatan nanti, akan aku kongsikan. Itupun kalau ada yang berminat untuk membaca, Hehe.


Sahabat baik aku akan beralih angin, bekerja di Pantai Timur. Melalui gambar yang dikirimkan lewat WhatsApp aku yakin debar dia mahu ke tempat baru tak adalah hebat mana kerana sempat lagi dia bergurau dan bertanyakan padaku, "Boleh baca tak signboard ni? Hahaha."

Lebih dari jelas nenek oii!! Haha. Siap ditambahnya lagi, "Bak mai kad raya tahun depan, tahun depan lagi, tahun depan lagi, dan lagi dan lagi. Saya tolong hantar siap-siap."

=.=




Apa pun, aku harap dia gembira di sana. Dan semoga cepat menyesuaikan diri. Jaga diri nenek!! Haha. 

Okay. Sampai sini saja kita. Selamat berhujung minggu. Jaga diri. Assalamualaikum.
:)



Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.