Monolog

Assalamualaikum.

Terasa nak menulis, walaupun hanya beberapa patah ayat. Ayat yang tak terluah, tak mampu disuarakan. Tak ada kekuatan untuk terus simpan, tak ada keberanian untuk meluah. Hah! 

Entahlah apa dah jadi dengan hidup aku. Kehidupan yang aku tak jangkakan, yang tak pernah pun aku terbayangkan. Sukar, memang sukar.

You know what, orang yang tiada bekerja, tiada pendapatan tetap, yang hidup tak berarah tuju, people tend to disregard. Orang tak kisah pun, never pay attention to you, ignoring you, senang cerita orang tak nak pandang. Tapi bila kau ada duit, kerja bagus kerja elok, people care for you, no one will disregard you. I wonder why. Hmmm. Abaikan, cuma pandangan sendiri dan peribadi. Tak penting. Haha.

Tulis sampai sini malam ini. Selamat malam dan jaga diri. Assalamualaikum.


P/S : Ada rindu. Tapi malu, segan dan ego itu lebih besar. Ya, mungkin ianya tak akan ke mana. Pergi ke satu arah dan bukan dua hala jalannya.

A Repost On Love

1 comment
Assalamualaikum.

A repost from my IG. A sweet sharing in the evening. Happy holiday people. Take care.

Love, Farhana. :)


"Semakin menginjak usia sebuah perkahwinan, cinta yang wujud saat hari pertama akad nikahnya, takkan pernah pudar. Ya, cinta yang itu tidak pernah pudar. Cuma ianya berubah menjadi cinta dalam bentuk yang lain, tanggungjawab itu cinta, kehormatan itu cinta, pengorbanan juga cinta, toleransi, segalanya adalah cinta. Kerana itu, ada orang ibaratkan cinta itu seperti air. Air berubah mengikut bekas yang diisinya, air berubah menjadi lain warna lain rasa, namun hakikatnya air tetap air. Begitulah cinta dalam sebuah perkahwinan. Cinta itu tidak pudar, cuma cinta itu hadir dalam bentuk yang lain. Kerana hakikatnya, cinta itu tetap cinta." 

[Ra-D Oppa] 

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

14 comments
UPDATE TERBARU DIRI PENULIS : Sekarang dah berhenti pemakaian segala macam produk muka. Mulakan kembali dari bawah. Penjagaan dari dalam. Aku ambil Set Kurus Shaklee dan Set Penjagaan Kulit. Saja-sajalah nak cuba. Collagen Shaklee, ESP dan GLA Complex. Alhamdulillah tak sangka ada perubahan besar. Patut pun ramai yang jatuh cinta dengan Shaklee.

Penjagaan dalaman dah ada, untuk luaran aku cuma pakai pencuci muka yang direcommend dermatologist, Cetaphil. Sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau nak lebih berkesan, ambil bersama antibiotik untuk kulit selama sebulan. InsyaALLAH akan terasa kesannya.

Jika ada kelapangan nanti, aku akan kongsikan tentang penjagaan kulit luar dan dalam ini berserta dengan gambar. Pada yang berminat nak tahu, boleh sms atau whatsapp saja. InsyaALLAH, ada kesempatan aku boleh balas.
:)

[Kulit setiap dari kita adalah berbeza. Jadi lain orang lain kesannya.]

*All pictures are taken from Google. Credited to their respected site*

Assalamualaikum.

 Salam 4.40 pagi dan salam hujung minggu untuk semua. Ewah tajuk macam muka cantik sangat nak tulis entry pasal kecantikan ya. Kekeke. Pertama sekali, aku BUKAN jual produk atau yang seumpama dengannya okay. Cuma sekadar ingin berkongsikan perjalanan hidup aku yang banyak dah berubah semenjak 2 bulan yang lalu. Aku berikannya nama PROJEK UBAH. Kira ibarat macam satu wake up call, kena hantuk dekat dinding, PANGGG!! Lalu sedar dari tidur yang panjang selama 26 tahun. Apa merepek pagi-pagi buta Farhana. 

Entahlah, selama ini aku sikit pun tak pernah hirau pasal kecantikan, kesihatan yang tip top. Bagi aku itu semua benda kecil saja. Aku memang liat nak jaga kulit muka, aku pakai barang penjagaan muka bila aku rasa aku suka. Tapi kebanyakan masa dalam hidup aku, aku memang tak pakai sebabnya aku pemalas tahap dewa. Haha. Jaga pemakanan pun ikut musim, bila rasa nak kurus, diet kejap, ambil supplement itu ini, tapi sekejap sajalah. Esok lusanya mentekedarah macam dah tak ada esok hari.

2 bulan lepas, aku sendiri tak pasti apa yang jadi perangsang untuk aku mula berubah. Yang pastinya untuk keyakinan diri, untuk kesihatan masa depan yang lebih elok. Dan, aku juga dah sedar, aku sedar orang susah nak "pandang" kalau kau gemuk, bukan tak pandang langsung cuma susah, dan tambah lagi dengan muka sememeh. Those happy fairy tales where you were told that men don't look at you for your appearance, I know now that, it's all nonsense. Men do look at APPEARANCE AND HEART.

[Pernyataan di atas adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman AKU saja ya, sila jangan condemn, aku tahu dan aku pasti ada lelaki yang MELETOP di bumi ini. Smile.]


Bukan tidak bersyukur, cuma aku rasa aku perlu berubah, supaya jadi lebih baik, lebih sihat dan lebih bahagia. Bukan untuk siapa-siapa, untuk diri sendiri juga. Untuk entry kali ini, aku nak kongsikan tentang pengalaman penjagaan kulit wajah aku selama 2 bulan PROJEK UBAH aku ini. InsyaAllah jika ada masa dan kelapangan aku akan kongsikan pula tentang SAY GOODBYE TO 6KG IN 4 WEEKS. :)

Kulit muka aku tak adalah masalah teruk dengan jerawat, cuma ianya datang sebulan sekali. Sedikit masalah berminyak tapi yang paling utama adalah MELASMA. Golongan mak-mak sebut benda itu sebagai JERAGAT atau TETUA. Aku dapat masalah ini semenjak aku mula pakai produk anti-aging setahun lepas. Ketika itu, cuma tumbuh sedikit saja di kawasan tulang pipi. Selepas itu aku berubah produk, dan pakai 2 lagi jenis produk anti-aging, maka masalah aku jadi semakin teruk. Maka tahulah aku, produk anti-aging tidak sesuai untuk aku.

Apa sebenarnya MELASMA? Melasma adalah sejenis pigmentasi pada kulit, kelihatan bertompok-tompok seolah seperti tanning atau terbakar. Kawasan kegemaran MELASMA ini adalah di area T Zone dan pipi. Untuk aku pula, pigmentasi ini merebak di sebelah pipi kiri aku. Adik aku kata, aku nampak macam lepas kena tumbuk, lebam seketul di pipi. Memang agak besar, dan bila pakai tudung, masih nampak lagi separuh daripadanya. 


Selalunya melasma ini boleh dirawat jika anda pergi ke klinik pakar kulit dan akan diberikan ubat untuk itu. Ada juga yang cadangkan rawatan laser, chemical peeling dan macam-macam lagi. Memang pening kepala nak cuba cara apa, takkan nak sagat dengan berus dawai besi pula. Hehe. Ada juga aku dengar soseh-soseh suruh aku pakai Bio Oil. Jadi aku ke Guardian untuk cari mana-mana yang berkenan di hati.

Dan terjumpalah dengan Palmer's Cocoa Butter Formula - Scar Serum + Skin Therapy Oil. Aku beli trial pack dengan harga RM29.90 dan ada keduanya sekali. Scar serum jika dijual berasingan, harganya RM69.90. Tapi botolnya lebih besar, seperti di bawah.

KANDUNGAN SCAR SERUM : 100% Pure Cocoa Butter, Vitamin E 24,000 I.U, Shark Liver Oil, Silicone, Allium Cepa 
KANDUNGAN SKIN THERAPY OIL : 100% Pure Cocoa Butter, Vitamin E, Roseship Oil, Sesame Oil, Canola Oil, Celesomate E Complex

Bau serumnya agak hanyir sebab nama pun ada shark liver oil. Tapi bila dah bercampur dengan minyaknya, bau pun hilang sebab skin therapy oil ini agak harum. Mula-mula titiskan setitik dua scar serum pada jari dan urut lembut pada kawasan kulit bermasalah. Lebih kurang 10 minit selepas urut, aku sapu pula dengan skin therapy oil. Pada kotak dicadangkan guna 3 - 4 kali sehari untuk kesan optima tapi aku cuma rajin guna 2 kali sehari. Okaylah kan daripada tak pakai langsung. Selepas 2 minggu, kesannya mula nampak. Pigmentasi dan kehitaman makin hilang dan digantikan dengan kulit baru. Sekarang dah hampir 50% hilang dan aku sangat kagum dengan keberkesanan Palmer's Cocoa Butter Formula. Aku juga sapu pada parut jerawat tapi ambil masa lebih lama sikit untuk pudar.

TERBAIK!!!

FORMULATED TO IMPROVE APPEARANCE OF : Scar, Stretch Marks, Dry, Damaged Skin, Uneven Skin Tone, Aging Skin


Aku beli, aku pakai tapi bukan buta-buta pakai. Aku buat research sikit-sikit tentang Vitamin E untuk parut, dan rata-rata journal yang aku baca, Vitamin E sebenarnya tak membantu sangat pun untuk hilangkan parut sebaliknya menurut research 33% populasi yang alami radang kulit (allergic dermatitis) kerana penggunaan Vitamin E pada kulit. Tapi ada juga artikel yang menyatakan Vitamin E juga ada membantu sedikit sebanyak. Jadi apa yang membantu untuk parut selain daripada vitamin E? Ada beberapa jenis minyak, silicone cream yang memang membantu untuk atasi masalah ini.

Selain daripada jagaan luaran, kita pun kena top-up dari dalam. Apa yang aku buat, aku ambil supplement untuk kulit - Aura White. Dah 2 botol habis dan kesannya memang bagus. Kulit nampak makin sihat, tak kusam dan adik aku kata glowing. Haha. Well, it's the effect of glutathione everybody. Glutathione sekarang dah makin popular. 

Dan aku juga mula makan vitamin. Vitamin yang bagus untuk kulit contohnya macam vitamin C, vitamin E. Jadi untuk itu, aku ambil multi vitamin yang ada kesemua vitamin dan mineral. Sebab selain untuk kulit, ianya juga untuk bantu aku dalam proses penurunan berat badan. Vitamin B, Vitamin D, Magnesium dan Kalsium sangat membantu dalam meningkatkan metabolisma. Bila metabolisma meningkat, lagi senang nak bakar lemak ya kawan-kawan. 

Kesimpulannya, penjagaan diri bukan saja luaran tapi juga dalaman. Ecewah. Kalah Kak Ton kalau gini gayanya. Comel tak Kak Ana? Kekeke. Wah, dah lama tak menulis entry sepanjang ini. Aku harap ada ilmu yang aku sampaikan dalam entry ini. Sebenarnya, aku sendiri pun banyak membaca untuk tambahkan lagi ilmu dalam penjagaan diri dan kesihatan ini. Aku kaitkan balik dengan apa yang aku pernah belajar masa medical school dulu dan ianya banyak membantu.

Sekian saja, nantikan update untuk projek penurunan berat badan dan keeping fit pula nanti. And remember, it's never too late to change. Jom ubah. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


P/S : Maaf. Gambar muka dah lama tak tayang dalam blog. Walaupun untuk entry penjagaan wajah, harap maaf, tiada gambar. Kalau nak tahu, kena tengok LIVE. Kekeke. :p


Heaven In A Heartless World

1 comment
Assalamualaikum.

Bahang pilihan raya nampaknya dah makin membara. Dunia blog rasanya pun macam sunyi sepi seketika, tak banyak entry baru bila di scroll dashboard atas ke bawah. Cuma yang nampak berkobar-kobar terbakar-bakar menulis dah tentulah blog yang berbaur politik.


Looking at this, I wonder, how fast time flies. Masing-masing dah membesar, cuma menanti menelusuri jalan hidup yang masing-masing ingini, berkerjaya, bina keluarga. But whatever it is, distance will never tear us apart, love will always keeps us together. It's my promise as the eldest.

In future, I hope my nieces and nephews will come across Cahaya Yang Riang Gembira (googling about their parents I guess), and I wanted them to know that whatever happens in life, family is always number one. And in a family, love and respect should come together. InsyaAllah, it will overcome whatever obstacles that may block your path.


Well, family is a heaven in a heartless world. 
:)



Selamat malam dunia. Lupakan dendam dan benci dalam hati. Hidup hanya sementara. Assalamualaikum.
:)


When you look at your life, the greatest happiness are family happiness.  
~ Joyce Brothers ~

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.