Sakat

4 comments
Assalamualaikum.

Minggu ini dah masuk minggu kedua melalui "hidup baru". Ada naik ada turun, ada best ada tak best. Terus kuat bertahan untuk menempuh satu lagi fasa baru. Fighting!!

Lama juga rasanya tak menulis. Kalau hari itu, berderet-deret entry publish. Kecewa kot nak menulis lagi, sebab pesanan tak sampai. Kah kah kah. Mengada kau Farhana. Biasalah hidup, orang akan samada terima atau buat "dunno" (don't know) saja. Inilah resam kehidupan, received or reject. That's it. =p

Sebut pasal reject mereject, semalam sebelum lelapkan tidur, aku sempat belek apps Blocker yang aku install dalam phone. Orang mesti akan tanya aku, apa pasal nak berBlocker bagai? Sebab SAKIT HATI!! Boleh? Haha. Orang kata aku childish, sebab aku suka block call dan sms mana-mana individu yang mendatangkan sakit hati aku. Atau orang yang aku dah tak mahu lagi dengar namanya dalam hidup aku. Kalau call anda masuk Voicemail, atau sms anda tak pernah ada balasan, maka anda berada di dalam apps ini. Kah kah kah. *evil laugh*

:'(

Nak dijadikan cerita, ada satu number yang tak dikenali dalam blocked sms aku. Apps ini juga akan sedut mana-mana number yang tiada dalam contact aku. Aku pun baca sms yang dihantar, sah SALAH NOMBOR. Dan diri aku yang dari dulu sampai sekarang, memang kaki menyakat orang, terasa bosan lalu aku balas semula mesej adik ini.

UNKNOWN : Adib, esok mimi kata bawa buku komsas sekali.

AKU : Sorry Mimi Adib. Buku komsas dah 8 tahun dah tinggalkan.


Haha. Dan selepas itu aku tidur dengan sangat lena sekali dengan senyuman nakal. Aku memang begitu, tiap kali ada nombor tak dikenali masuk, sms dan bertanya benda begini, aku akan buat kerja menyakat aku. Ingat lagi ada sekali seseorang salah hantar sms.

UNKNOWN : Ida, balik nanti tolong belikan KFC snack plate. Nanti aku bayar.

AKU : Sorry. Ini bukan number Ida, ini number KFC. Nak delivery ke?

Kekeke. Nakal budak nakal. Biasa dia ni. Haha. Sakat menyakat boleh, tapi jangan sakat sampai orang kecil hati, menangis okay. Selamat malam. Assalamualaikum.


New

Leave a Comment


Hey! It's me! And I'm going through a totally new phase in my life.




Selamat malam. Have a sweet dream.
Assalamualaikum.



*And I guess I'll never get the answer that I'm looking for. I'm sorry, I scared you.*

Chances

Leave a Comment
*Pictures are taken from Google*

Assalamualaikum.

Dah puas menulis 3 entry dalam sehari, berehat lagi sekali dari menulis. Mood memang pesen begini ya, datang kejap-kejap. Main cak cak!

Entry aku kali ini sedikit sebanyak ada kena mengena dengan entry terakhir yang aku tulis, Saya Suka Dia. Tak aku sangka-sangka, ramai yang memberikan respons terkejut, pelik, sinis dan pelbagai lagi perasaan yang aku memang dah jangkakan.

"Eh! Tak segan ke tulis entry begitu?"

"Malunya aku baca! Segan segan segan!"

"Kau kan perempuan."


Beberapa hari yang sudah, aku ada tonton sebuah telemovie Melayu bertajuk Destinasi Cinta Sara. Kisah cinta Sara dan Iman. Teringat aku pada satu dialog di dalamnya.

"Tak boleh! Aku ni perempuan. Kalau dia tolak aku macam mana? Malulah aku." 
- Sara (Nadia Nissa) -

"Cinta bukan satu dosa. Luahkan saja." 
- Iman (Remy Ishak) -

Macam yang aku dah banyak kali sebut dan tulis, walaupun kisah aku adalah kisah suka dan BUKAN kisah cinta, tapi konsepnya sama saja. Entahlah. Somehow aku percaya, trusted my feelings, that's why I took the chance to write about it. And whatever happens, I'm just going to appreciate the memories. Losing and finding happiness, it's a part of life. 


Dalam hidup, peluang sentiasa ada, cuma kadang bila datang, ada waktunya kita masih belum bersedia atau berani untuk mengambilnya, tapi bila peluang datang dan kita yakin mampu, ambil dan gunakan sebaiknya. Who knows, the chance that you take may change your life. Forever. 
:)

Dan aku, rasakan aku ada peluang itu, walaupun peluang itu sekadar keberanian untuk menulis. Aku pegang. Lalu aku tulis dan aku nyatakan segalanya. Apa orang nak kata? Hmm. Aku senyum saja.

Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Aku rasa style lama aku menulis dah kembali. Heh! Aku dulu suka tulis sesuatu seperti ini, soal hidup, falsafah, dan falsafah. 

Saya Suka Dia

5 comments
Assalamualaikum.

Ah! Aku menulis lagi. Tahniah. Mungkin ini saja caranya untuk ceriakan sedikit hidup yang suam-suam kuku ini, yang balik-balik penuh dengan masalah, krisis dan macam-macam lagilah. Well, this is life. Whatever happens, don't ever forget, to smile. :)

Kali ini, satu lagi kisah. Seperti entry yang sebelumnya, tapi kali ini kisah yang datang dari hati, yang melahirkan sebuah perasaan, kisah suka. Bukan cinta ya, tapi suka. Kenapa tiba-tiba mahu bercerita? Entah, mungkin aku rasa kalau aku tak luahkannya sekarang, lain kali mungkin tiada lagi keberanian dan peluang. Walau hanya dalam bentuk penulisan.


Kisah ini berlaku beberapa bulan yang lalu. Bulan Disember tahun lepas barangkali. Aku dan emak ada rutin iaitu berkunjung ke rumah seorang ustazah yang aku gelar beliau dengan panggilan ibu. Dalam sebulan sekali, aku dan mak akan datang menjenguk ibu, sambil berborak, berbincang, soal kerja, soal kehidupan, soal hati dan perasaan, soal agama dan macam-macam lagi. Kira macam sesi usrah pun ada juga. Ibu bukanlah sesiapa kerana ada jugalah pertalian saudara walaupun jauh. Aku cukup selesa dengan ibu, dan ibu selalu kata pada aku, jika ada masalah jangan pernah segan bertanya pada dia.

Satu hari semasa melawat ibu, aku tergerak hati mahu bercerita tentang sesuatu. Aku rapat pada ibu dan aku katakan padanya, aku ada seorang sahabat dan aku sukakan dia. Seseorang yang aku tak pernah jumpa tapi sudah agak lama aku kenal, hampir 3 tahun rasanya. Nak kata kenal sepenuhnya, mungkin belum lagi. Tapi, cukup untuk rasa selesa. Cuma rasa selesa itu belum mampu buat aku sampaikan pada dia tentang rasa suka itu. Ya, macam yang aku kata sebelumnya, aku suka pada dia. Bukan cinta-cinta. Tapi S.U.K.A!

"Apalah Along ni. Punyalah ramai orang yang dia jumpa, dekat tempat kerja pun berlambak, tapi dia boleh pula suka pada orang yang dia tak pernah jumpa." Sayup-sayup terdengar bebelan itu.

"Sebab dia selalu buat Along senyum." Aku hanya bicara dalam hati.


Mulanya ibu meminta nombor telefon dia dariku, ibu kata biar ibu yang tanyakan terus tapi cepat-cepat aku tolak cadangan ibu. Ibu gelak-gelak sambil bertanya, "Habis Along nak ibu buat apa?" Aku cuma menggeleng-geleng kepala. Lalu ibu bersuara, "Along tanyalah dia, awak dah diikat sesiapa ke, dah berpunya ke, atau sedang menunggu sesiapa." Ibu sambung lagi dan kata jika masih solo, terus terang pada dia, Along sukakan dia. Kena jadi berani, perjalanan selebihnya biar Allah yang tentukan. Kalau ada jodoh, pasti akan ada jalan. Kalau tiada jodoh atau dia telah ada yang "book", belajarlah untuk perlahan-lahan kurangkan rasa suka itu supaya tidak terus bercambah.

Ibu kata lagi, "Bila Along beritahu Along sukakan dia, Along beranikan terus diri, tanya dia suka Along tak. Senang cerita. Kalau dah ada jawapannya, masing-masing pun suka, teruskan pada proses seterusnya. Bercinta, lepas nikah, bercintalah puas-puas."

Hehe. Aku hanya senyum simpul. Ibu membuat segalanya nampak senang dan mudah kan.


Apa yang ibu kata itu, aku simpan dalam hati. Aku tak pernah berani untuk bertanya seperti apa yang ibu sarankan. Aku teruskan persahabatan ini seperti biasa. Mungkin ada secebis diri aku yang takut jika "suka" yang aku rasa itu boleh menjejaskan suatu yang namanya persahabatan.

Hinggalah suatu hari, sisa keberanian aku yang masih ada, mati terus, padam, dan hilang bila mana dia katakan sesuatu. Ayat yang aku nak padam terus dari ingatan kerana dari ayat itu lahir perkataan STRANGERS dalam pandangan mata aku.

"KITA BUKANNYA KENAL PUN."


Aku tahu dia tak bermaksudkannya. Aku tak salahkan dia, cuma salahkan diri sendiri yang terlalu senang berkecil hati. Hmm. Mana hala tujunya kisah ini? Entahlah. :)

Ini "kisah suka" aku. Dan sampai sini saja. Have a good day people. Take care. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Penyebab Senyuman Dalam Rahsia, macam mana kadang kau buat aku senyum, pernah tak ada waktu, yang aku, buat kau senyum?



Ini Kisah 1 April 2013

2 comments
*All pictures are taken from Google*

Assalamualaikum.

Berfikir dua tiga kali, mahu menulis, tak mahu menulis. Malas terasa sampai ke jari jemari, tapi hati meronta-ronta inginkan ubatnya. Rindu barangkali nak menulis. :)

Ini kisah 1 April 2013. Hari yang seperti hari-hari biasa. Cumanya hari itu adalah hari untuk aku membuat rawatan susulan di Pain Clinic selepas 2 minggu aku menelan 3 papan Tramadol berulamkan Celebrex.

Well, ini kisah pakar anestesiologi, Dr. Harijah, Dr. Afif Arith, HO yang bakal bergelar MO tidak lama lagi dan juga Far to the H to the Ana, pesakit yang sakit.


Pertama sekali, terima kasih tak terhingga dari aku untuk pihak team Pain Clinic yang merawat aku secara radikal jika nak dibandingkan dengan team-team yang lain, yang bagi aku banyak yang sambil lewa dan macam nak tak nak saja merawat. Pesakit ini terasa hati okay, sedih.

Pertama kali aku datang ke Pain Clinic, walaupun sesinya agak lama, hampir 3 jam, tapi keseluruhannya aku berpuas hati. Basically, Dr. Harijah telah cover seluruh aspek tentang cara untuk manage penyakit aku. Terima kasih. Rata-rata pesakit di situ adalah golongan veteran yang mengalami sakit kronik seperti Osteoarthritis, back pain dan juga pesakit-pesakit kanser. Rasanya, aku yang paling muda. Haih. Malu malu. Dan kebanyakan masanya, aku hanya tunduk memandang lantai bila makcik-makcik dan pakcik-pakcik pesakit memandang aku. =.=


Aku diberikan beberapa jenis ubatan kerana ubatan lama yang aku makan, kini tak lagi berkesan mengurangkan sakit. Boleh aku katakan memang tiada kesan langsung. Makin hari aku terasa makin sakit pula. Jadi dari NSAIDS aku beralih pada OPIOID. Aku begitu berharap sakit aku akan hilang tapi sangkaan aku meleset sama sekali.

3 papan Tramadol tak memberikan kesan pada aku. Jujur aku kata, sakit aku banyak dah lunturkan semangat aku. Buat aku putus harap, putus asa ditambah lagi dengan pudarnya passion aku pada kerja, menjadikan aku macam dahan kayu yang begitu mudah patah. Dan akhirnya aku suarakan pada Dr. Harijah, "saya dah tak sanggup menanggungnya, saya rasa macam nak quit." Dan ketika itulah bermula segalnya.


Dr. Harijah dengan suaranya yang agak tinggi berkata pada aku, "inilah dia HO zaman sekarang, ada masalah sikit, terus nak quit. Awak tak boleh ikut suka tengkuk awak, awak ingat bila awak quit, masalah awak akan selesai? Awak tahu betapa kecewanya nanti mak ayah awak lepas bertahun-tahun awak belajar, tiba-tiba sebab masalah begini, awak nak quit."

Pang!! Ayat-ayat itu terasa seperti ada yang menampar pipi ini. Aku tak sedar yang air mata aku dah mula mengalir walaupun di dalam bilik consultation itu ada seorang MO, HO, seorang fisoterapist, dan seorang staff nurse. Tapi air mata itu memang tak tahu malu dan mengalir terus.

Dr. Harijah sambung lagi, "Awak tak boleh bergantung harap pada pihak kita saja, awak sendiri kena berusaha. Ubatan bukan jawapan untuk sakit awak. Awak kena kuat semangatlah. Awak kena ingat mak ayah awak, macam mana susah payah mereka. Awak anak sulung. Awak kena kuat semangat, okay?" 


Aku mengangguk. Dalam hati aku, aku dah rangka apa yang perlu aku buat. Aku perlu rajin pergi fisioterapi. Aku kena diet dengan lebih strict. Dan paling penting, aku kena belajar kuat semangat. Aku sendiri tertanya-tanya, macam mana aku dulu, yang pernah dua kali kecundang dalam peperiksaan final tapi kerana semangat, aku berjuang sampai aku grad, tapi sekarang bayang diri aku yang seperti dulu pun aku tak nampak, aku gagal cari dia semula. Hmm.

Tapi aku yakin, aku percaya, Farhana itu ada dan masih ada dalam diri aku. Aku cuma kena terus bertahan. Terima kasih pada yang menyedarkan aku. Terima kasih pada mak abah yang walaupun runsing melihat keadaan aku tapi sentiasa ada di sisi aku. Terima kasih untuk segalanya.

Oh ya. Pada Dr. Afif Arith, terima kasih kerana tak bersikap judgemental dan buat aku rasa senang dengan sikap kau yang sempoi walaupun pada hakikatnya aku segan untuk berjumpa dengan rakan-rakan HO satu hospital. Sebab aku rasakan yang diri aku amat teruk sekali sebagai seorang HO.

Bertabahlah dan terus berjuang. Assalamualaikum.

Terperangkap

2 comments
Picture taken from Google

Hari-hari aku kata pada diri sendiri, 
"Aku kena kuat semangat!"
"Aku kena jadi kuat!"
"Aku nak bersemangat!"

Aku sedar aku perlu kuat dan bersemangat.
Tapi, kesedaran dan pemikiran itu tak mampu tuntun aku pada perlakuan.
Aku mahu tapi aku tiada daya.
Aku buntu. Entah kenapa.

Ibarat seperti seorang yang terlantar kerana sakitnya,
hanya fikiran, hati dan mata saja yang mampu berfungsi,
kaki, tangan, dan tubuh ini,
kaku dan tiada daya.
Terperangkap ia di dalamnya.

Jadi, harus bagaimana?
Aku tertanya.

Selamat malam. Assalamualaikum.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.