Kuat

2 comments

Nama aku Nur Farhana.
Cahaya Yang Riang Gembira, makna di sebalik namaku itu.

Aku telah jatuh.
Jatuh ke dalam lubang yang sangat dalam.
Sangat, dalam.
Gelap. 
Tak kutemui walau sedikit sinar yang mampu menuntun aku keluar.
Apatah lagi tangan yang mampu menarik aku keluar dari gelap dan dalamnya lubang itu.
Terus aku duduk.
Hari ke hari.
Memandang kosong dinding yang mengelilingi.
Aku jadi putus asa.
Aku tak lagi berusaha.
Berusaha untuk bangkit dari jatuh.
Berusaha untuk keluar dari dunia gelap yang sudah aku terbiasa.

"Mak abah namakan awak Nur Farhana, maknanya Cahaya Yang Riang Gembira."

Terjaga aku dari lena.
Ya, aku adalah Cahaya Yang Riang Gembira.
Sinar itu memang sudah ada sekian lama dalam gelap.
Sinar itu sinar yang pudar kerana tiada gilapnya.
Tapi, sinar itu tetap ada.

Aku kena kuat.
Aku kena kuat.
Aku kena kuat.

Tiada tangan yang mampu menarik.
Tiada sinar selain sinar yang ada dalam diri.
Tiada orang selain diri sendiri.
Tiada makna walau ada tangan menghulur jika aku sendiri yang menolaknya.
Tiada makna sinar yang menuntun jika aku sendiri terus duduk dan tidak bangkit menujunya.

Aku kena kuat.
Aku kena kuat.
Aku kena kuat.

Terpisat-pisat mencari.
Tak boleh duduk lagi.
Tak boleh merenung, mengenang dan menyesali.
Belajarlah bangkit untuk diri sendiri.
Paling tidak ada usaha dari diri.
Dan tangan yang banyak menghulur itu akan bawa makna lebih besar.
Untuk bantu terus berdiri.

Ya, bantu diri sendiri.
Yang lainnya akan datang dengan senang sekali.

Aku kena kuat.
Aku kena kuat.
Aku kena kuat.


Vanila Coklat Bersama Almond

1 comment
 Assalamualaikum.

Dah puas kita cerita pasal mimpi. Mimpi yang walaupun entrynya aku dah habis tulis, dan sekarang sedang menaip entry yang seterusnya pun, masih lagi aku sedang tersenyum. Haha. Bengong sudah!


Sekarang cuaca di Melaka agak panas dua tiga hari ini. Berpeluh-peluh seolah baru lepas mandi pun ada. Phew! Rasa nak pecut pergi Cameron Highland kejap baru balik Melaka. Bila duduk dalam bilik, aku akan pasang 3 kipas. Satu kipas siling dan 2 lagi kipas berdiri. Hoho.




Cuma nak cakap, aku baru menceburi diri dalam dunia Magnum. Dan banyak Magnum aku dah try. Dulu pernah cuba makan tapi langsung tak suka. Kini, dah jadi satu kegilaan. Dalam seminggu, 4 kotak aiskrim Magnum aku beli. Dan yang jadi kegemaran, dah tentu Magnum Almond. Makan aiskrim pun seronok. Walaupun duduk makan seorang diri, tapi rasa seronok saja. Endorfin yang ada barangkali. Haha.

Jom makan aiskrim. Salam Sabtu semua. Assalamualaikum.

Happy Ending

Leave a Comment
*All pictures taken from Mr. Google*

Assalamualaikum.

Dah masuk hujung minggu dah rupanya kita ya. Masa sekarang memang cepat benar meninggalkan kita. Rasa macam satu hari seperti satu jam. Orang-orang yang malas, macam aku, memang akan ketinggalanlah. Heh.


Hari ini aku bangun tidur dengan senyuman dan perasaan yang seronok. Mimpi malam tadi memang sekali dalam seribu kali. Bermimpi macam mana diri disayangi, dibelai, dijaga, diambil berat dan dibahagiakan. Haha. Ayat tak boleh belah. 

Dalam mimpi itu, aku tahu aku sentiasa senyum. Aku rasa bahagia sangat. Aku yakin itu. Di tangan aku, tak lepas dengan telefon bimbit kesayangan. SMS masuk tak henti. Dia hantar, aku balas. Aku hantar, dia balas. SMS yang remeh, perihal-perihal kecil tapi cukup buat diri rasa dihargai. Dari pagi hingga ke malam. Bila pulang dari kerja, sampai di rumah, ada saja kejutan, atau apa-apa saja yang buat diri rasa gembira selepas seharian penat bekerja. Sebelum masuk tidur, pasti ada panggilan telefon ucapan selamat malam untukku dengan suara yang mampu buat kita jatuh cinta berjuta kali walaupun pada hakikatnya pemanggil itu hanya berbaring di sebelah kita. 


Namun celik saja mata, aku tak mampu lagi mengingat wajah si jejaka yang aku panggil ABANG itu, yang aku cium tangannya setiap kali pergi kerja dan balik kerja, yang sentiasa buat aku tersenyum.

Tapi apa yang tinggal dan masik berbekas adalah perasaan gembira, bahagia dan sebuah senyuman yang masih lagi berada di bibir saat menaip entry ini. Haha. Gilakah aku.

Semoga satu hari nanti jumpa kisah bahagia mereka, a happy ending. Happy weekend people. Take care. Assalamualaikum.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.