Mengertilah..

7 comments
Assalamualaikum.. Isnin tiba jua akhirnya.. Bersisa beberapa hari lagi.. Dalam perang yang begini, yang mana apa pun mampu terjadi, semua yang pergi berjuang hanya mampu perah keringat sehabis daya, selebihnya, rezeki itu datang dari DIA.. Jika DIA berkenankannya, maka berolehlah kebaikan.. Kini usaha, seterusnya doa dan tawakal.. Moga ada kebaikan dari DIA untuk kita.. Sesungguhnya, yakinlah kerana DIA tahu yang terbaik untuk kita.. AMIN..




Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surah Yunus : Ayat 107]


* * *


Assalamualaikum..

Pendam


Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar

Terpendam kata
Tak terungkap selamanya



Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya

Aku hanya hamba cinta


Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa

Biarlah ku sendiri

Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti

Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati


Aku yang mengejar bayang cinta


* * *

Sambil dengar lagunya, sambil aku memikirkan tiap langkah, tapak demi tapak kehidupan aku dan kisah-kisah keliling hidup aku.. Huh.. Have a great day ahead peeps.. Take care.. Assalamualaikum..



Don't Mad At Me.. I'm Just A Sleeping Beauty..

9 comments
Assalamualaikum.. Salam malam Sabtu semua.. Ewah.. Seronok dan beronok-ronok ya semua orang.. Mentang-mentang hujung minggu.. Aku di sini masih belum mampu berseronok, masih dalam peperangan yang belum berkesudahan.. Moga perang kali ini, kemenangan buat aku.. Amin..

Sekarang adalah waktu merehatkan minda, jadinya aku nak ambil peluang ini untuk tulis sesuatu.. Nak cerita sikit pengalaman aku selama beberapa bulan duduk sebilik dengan kakak berdua, roommates aku yang sempoi dan kebaboom.. Hoho..

Ini kisah aku dan tabiat aku.. Kalau kecil-kecil dulu aku ada tabiat berjalan dalam tidur.. Sampai umur 7 atau 8 tahun juga tak silap.. Tempat atau port kegemaran aku untuk sleepwalking adalah bilik air.. Aku akan duduk atas jamban dan sambung tidur.. Ada juga waktu aku akan keluar dan tidur di balkoni.. Macam-macam port, tapi tak sampai tahap keluar rumah dan pergi rumah jiran ke, tidur atas jalan raya ke.. Abah dan mak yang beritahu.. Selalunya abah dan mak memang akan perasan aku sleepwalking ke bilik air atau ke balkoni, merekalah tukang mendukung atau tukang kejut anak mereka yang comel ini..



Al kisah si Sleeping Beauty ini, waktu kecil sleepwalking, bila besar pesen lain pula tabiat tidur dia.. Haih.. Pelik-pelik.. Ini pun menurut cerita-cerita orang yang tidur di sekeliling aku.. Rasanya dulu macam aku pernah cerita, macam mana tengah-tengah tidur, aku buka mata, usap-usap bahu teman tidur aku dan senyum lebar.. Memang aku tak ingat langsunglah insiden tu.. Mana nak ingat, tidur kot..

Dan lagi satu tabiat aku yang memang boleh kata saban malam aku tak pernah miss nak buat.. Sampai orang keliling naik seram dengan aku.. Entahlah nak kata mengigau ke apa, tapi tiap kali tidur aku akan menghasilkan bunyi-bunyi pelik.. Kadang aku gelak ketawa.. Kadang aku buat "suara pelik".. Pernah sekali, adik aku kata aku merengek macam bayi tapi suara tu bukan suara aku.. Dan selepas itu, berkali-kali juga berlaku.. Mula-mula memang adik aku takut, tapi lama-lama dah naik lali.. Keh keh keh..

Yang peliknya, kadang aku sedar tidur aku mengeluarkan bunyi pelik, tapi aku tak dapat kawal.. Entahlah.. Payah nak terangkan.. Kadang dengar orang cerita balik, lawak pun ada, seram pun ada.. Mak aku siap bawa aku pergi berubat sebab hal berbunyi pelik dalam tidur hampir saban malam, tapi berbunyi juga.. Hoho..

CREDIT TO THIS SITE

Kasihan orang-orang yang tidur dengan aku, tak tahu nak gelak ke nak takut ke atau nak marah ke.. Aku pun hairan dengan diri aku, macam-macam dah buat sebelum tidur.. Tapi kalau nak kena, memang kena jugalah.. Entahlah bila akan hilang, dah dekat setahun dua juga simptom pesen gini.. Bila nak hilang???

Kepada mereka-mereka yang pernah "diganggu" saya, I'M SORRY.. DON'T MAD AT ME.. I'M JUST A SLEEPING BEAUTY.. Heee..
=p

Okay.. Sleeping beauty minta diri dulu.. Sampai jumpa lagi.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..

Tua Sebelum Usia

4 comments
Assalamualaikum.. 

Cuti weh.. Cuti.. 2 hari aku cuti sebelum memulakan semula perjuangan aku.. Hari ini disebabkan cuaca best, maka aku pilih untuk mengular saja di perbaringan sambil 2 episod RUNNING MAN.. Tengok variety show memang kena restrict sikit jumlah episod yang patut dan perlu ditonton, kalau tak memang melaratlah.. Aku pencen kejap drama Korea, fokus pada variety show saja.. Keh keh keh..

Eh.. Nak cerita pasal TUA SEBELUM USIA.. Bukan apa sangat pun, cuma aku memang pesen manusia yang cepat terasa tua walaupun umur aku baru 24 tahun.. Entahlah.. Aku ada perasaan, aku tua.. Makanya aku cenderung bahasakan diriku "KAKAK" kepada golongan yang lebih muda.. Walaupun satu tahun muda.. Kah kah kah.. Mesti ramai kata aku poyo, kakak bagai.. Iya tak? LOL!




Al kisah tua sebelum usia, aku dah puas bebel dan tulis leret-leret dekat FACEBOOK dan TWITTER.. Sekarang, giliran blog tersayang pula.. Hoho.. 

Dek kerana cuaca sejuk yang melanda Kuala Lumpur sekarang, melainkan kerap bangun pergi tandas waktu malam kerana terlalu sejuk, ada juga orang yang mengalami masalah lain.. Masalah yang aku nak story sekarang, dah tentu-tentu masalah akulah.. Takkan masalah jiran sebelah aku pula.. Heh.. Cuaca sejuk sekarang ini bikin aku mengalami KEKEJANGAN OTOT.. Aku sedari dulu memang ada masalah pesen gini, rasanya dari sekolah menengah lagi.. Dalam sebulan, akan kena attack sekali atau dua kali..

Aku baru tahu dari teman sebilik, nama lain yang orang gelar adalah SIMPUL BIAWAK atau TARIK MENGKARUNG.. Kebiasaannya, masalah kekejangan kaki pesen aku ni, orang mengandung yang kena.. Eh.. Aku tak termasuk dalam golongan itu ya.. Sebabnya aku dengar soseh orang, kerana kekurangan kalsium dalam darah.. Ibu mengandung memang perlu supply kalsium yang extra berbanding kita yang tak mengandung..




Selalunya akan kena waktu cuaca sejuk atau terlalu banyak dan jauh berjalan.. Itu kes akulah.. Bila tidur, atau tengah duduk rehat baik punya, kaki macam kena tarik dekat betis.. Urat macam bersimpul.. Sakitnya memang siapa yang kena saja faham perasaan yang dilalui.. Memang SAKIT GILA OKAY! Seolah rasa kaki tak ada.. Nak tegak tak boleh, nak bengkok tak boleh.. Kejang dan kejung.. Selalunya akan berlaku dalam 5 - 10 minit.. Tapi selepas itu, sakitnya masih berbaki.. Mahu sehari dua juga hilang.. Perit..

Pst! Ada yang kata, orang aktif, involve dalam sukan-sukan selalu kena.. Kah kah kah.. Aku tak aktif pun.. Cara nak atasinya atau kurangkannya? Aku pun tak pasti sangat sebab aku dari sekolah dulu kena sampai sekarang pun ada..




Apa yang aku jumpa dalam google, mereka nasihatkan minum susu banyak-banyak, makan pisang.. Haih! Tulang rapuh gamaknya.. Patut selalu terjatuh tergolek bila berjalan.. Tulang tak kuat rupanya.. Inilah tua sebelum usia ya anak-anak.. Hehe.. Bila time kena kejang, ada orang ajak urut kaki dengan minyak atau tolak tapak kaki ke dinding.. Tapi aku tak pasti mampu ke buat sebab sakit wo, gerak pun tak boleh kan..

TAPI TAPI TAPI!! Cara paling buat aku jealous, bila aku google, rata-rata yang kena simpul biawak, mereka akan menjerit lalu suami mereka terbangun lalu kaki yang sakit itu akan minta diurut.. Aaaa!! Aku nak juga!! Heh..

Sekian saja keluhan dan cerita aku untuk kali ini.. Sampai sini.. Jumpa lagi.. Jaga diri.. Sayang semua.. Assalamualaikum..

Upside Down But Keeping Cool And Steady

3 comments
Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak, aku barulah merasai jerih perihnya bergelar pelajar perubatan yang orang-orang selalu duduk kata, sibuk dan stress menggila.. Keh keh keh.. Bukan apa, selama ini aku selalu sibuk tapi buat-buat tak sibuk.. Kalau tak sibuk, aku buat-buat tak sibuk.. Jadi manalah masanya yang aku boleh guna untuk conteng di sini.. It's been so long..

Kan?



Sikit pesen gini hidup aku.. Upside down.. Banyak benda yang dulu aku selalu fikir, benda tak bermanfaatlah kiranya, tapi sekarang aku dah tak ada masa nak fikir.. Hidup pelajar tahun akhir, lagi-lagi bidang begini memang menggila.. Kalau boleh putar balik masa, memang aku tak ambil jalan ini.. Ikhlas aku cakap.. Kenapa, bagaimana, apa, biarlah aku saja yang tahu.. Heh..



Jadinya, dah alang-alang menggila, biarlah sampai ke akhirnya.. Sikit lagi jalan yang aku nak lalu.. Biarlah hidup tunggang terbalik sekarang, tapi di masa akan datang aku dapat berdiri jalan tegak dengan senyum penuh makna.. Aku rindu blog ini.. Seriously aku kata, memang aku rindu sangat.. Tapi aku ada tanggungjawab lain yang lebih besar perlu aku tunaikan.. InsyaALLAH.. Masa akan datang, ada masa terluang, selang setiap jam aku conteng.. Keh keh keh..

Whatever it is, I'm keeping myself as cool as possible and steady all the way.. Tolong doakan aku berjaya sudahi perjalanan aku ya.. Sampai sini.. Sayang semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Dah nak masuk bulan November.. Haih.. Entahlah..


ALL THE PICTURES CREDITED TO UNCLE GOOGLE.. ^^

Barely Breathing : Doakan Diri Ini

4 comments
Assalamualaikum.. Happy Monday morning to all my dear readers.. 

Currently, the feeling inside is like, "Phew! It's been so long since I take a walk here in my lovey doveyland.." Heh.. I've been super duper stressful these past few days.. No words can best describe what I feel now.. I feel like crying, but the tears stuck inside the gland as if it is telling me, "Farhana! You are a strong girl, you will always be one.. Keep holding on my dear.."

* * *



What I see in front of me now, it's only black and white.. Even when I look at myself, I see no colors.. Half dead? Half alive? Whatever it is, I'm barely breathing.. Voices inside of me keep shouting, "Get up! Up up and away!"




Praying! Believing! Whatever situation I am now, Allah is always here with me.. This is just another bump in the journey of my life.. All this colorless, barely breathing will quickly pass by.. And there I go, up up in the sky..




And not forgotten, the smile.. The light of happiness..  It'll be back.. For every test that HE puts me on, if I fall, I have to remind myself that after each suffering, pain and tears after the fall, I must gain back the strength to stand up again..

#PutMeBackTogetherNowStitchByStitch

Ya Allah.. Permudahkanlah jalan yang akan aku tempuhi.. Kurniakanlah aku ketenangan hati, kekuatan diri agar dapat aku tempuhinya.. Mudah-mudahan perjalanan hidup yang tertulis untukku ini akan aku lalui dengan jayanya.. Amin Ya Rabbal Alamin..

Assalamualaikum..

=)


HEART SPEAKS : Doakan aku juga ya sahabat-sahabat tercinta.. Mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan..


AKU INGIN MENCINTAIMU

4 comments


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin kerna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU
Setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU
Selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap
Untuk bertemu dengan-MU
Ya Rabbi
(kredit lirik untuk SITE INI)
* * * * *
Assalamualaikum.. Salam untuk semua.. Cebisan di atas ini aku dengarkan lewat menonton rancangan Al-Hidayah di TV3 Jumaat yang lalu.. Bersama dengan alunan ini juga, sebelumnya disiarkan patah-patah kata yang buat hati ini benar-benar rasa sayu.. Rasa terlalu kerdil sungguh diri ini.. Kadang kita sering alpa dan leka, walhal DIA sentiasa ada bersama kita saat susah atau senang.. Tersentuh benar hati ini, mendengarkannya berulang kali, air mata mengalir tanpa dipinta.. :'(
Mudah-mudahan aku, kamu dan kita semua tidak leka dan lemas dibuai dunia sehingga kita melupakan DIA.. Jika aku melencong jauh, terlalu leka dan lalai, ingat-ingatkanlah aku, berpesan-pesanlah sesama kita.. Moga hidup kita sentiasa dalam limpah kurniaNYA..
Selamat malam semua.. Assalamualaikum..

"Aku Bukan Samseng" - @JohanAsari

7 comments
Assalamualaikum.. Selamat hari Selasa untuk semua.. Merujuk pada tajuk kita di atas, entry ini dah tentu-tentunya ada kena mengena dengan Johan Ariff A'sari a.k.a Botak Juvana.. Jom tengok apa yang dah terjadi antara aku dan Mr. Johan.. Please! Jangan jealous okay.. =p

* * * * *

Tengahari itu, asrama Blok G dikejutkan dengan kedatangan seseorang yang penghuni-penghuninya tidak duga sama sekali.. Satu kejutan besar yang mampu memengsankan mereka.. Okay.. Ini palsu, tak adalah sampai pengsan..

Dalam khusyuk 3 gadis di bilik G001 menelaah dan membelek buku, pintu bilik mereka dikejutkan dengan ketukan bertalu yang kuat bagaikan mahu rebah pintu.. Kedengaran suara lelaki bernada agak garang di luar.. Masing-masing mencapai dan bersiap apa patut.. Pintu pun dibuka..

Masing-masing terlopong! Terkejut melihat siapa di depan mereka!


"Siapa nak ambil gambar dengan aku, cepat siap.." dengan nada garang lelaki itu bersuara..

Aku pun apa lagi.. Gila tak excited tengok siapa depan mata.. Haha.. Sambil tersengih aku pun memanggil lelaki itu, "Eh! Abang Samseng!"

Lelaki itu meluru datang depan aku sambil menjegilkan mata dan bercekak pinggang.. "Eh! Aku bukan samseng eh.. Nama aku Aril.. Eh budak ni, memang nak kena dengan aku.. Sedap mulut aje panggil aku samseng.. Abang tak apa lagilah.."

Aku hanya tergelak besar sambil berkata, "Wah! Abang Samseng dalam real life pun menjiwai watak eh.. Dahsyat betul.. Jadilah Johan Asari kejap, Aril garang sangatlah.."

"Dah dah.. Siap cepat.. Siapa-siapa nak ambil gambar dengan aku, cepat siap eh.. Aku nak pergi tandas kejap.." Lelaki bernama Aril itu pun berlalu pergi..

Balik saja dari tandas, aku orang pertama yang berdiri di sebelahnya dan kawan-kawan aku disuruh mengambil gambar.. Haish.. Apa yang aku ingat, memang senyum tak hengat dunialah masa tengah bergambar.. Berapa juta keping dan aksi yang entah macam-macam dah aku ambil.. Tiba-tiba Aril bersuara..

"Eh.. Takkan dia ni aje yang nak ambil gambar dengan aku? Dia ni sorang aje dah berapa banyak gambar.." sambil menjeling ke arah aku..

Aku sengih lebar dan berkata, "Dah saya aje dalam bilik ni yang minat Abang Samseng.. Kikiki.."

* * * * *

Kedengaran suara sayup-sayup sambil menggerakkan tubuh aku.. "Along! Along! Sembahyang Subuhlah.. Apa gelak-gelak dalam tidur ni.. Sengih-sengih.. Ish ish ish.."

Aku buka mata dan check telefon bimbit.. Hampa.. Tak ada pun gambar-gambar yang diambil tadi.. Dush dush.. MIMPI RUPANYA.. Abang Aril oh Abang Aril..


Ini mimpi yang aku alami 2 hari lepas.. Gila ke apa duduk mimpi #retismatacute macam Johan Asari.. Ini semua sebab penangan drama Cinta Elysa.. Aku rasa dah agak lama aku tak minat menonton drama bersiri Melayu macam apa yang aku alami dengan Cinta Elysa sekarang.. Haha.. Setia betul menunggu setiap minggu.. Jadinya, malam ini mari kita berjanji temu dengan Abang Samseng dan Elysa pukul 9 malam di TV3 ya.. Ecece.. Macam promote pula ya..

Okay.. Till here.. Until next entry.. Take care peeps.. Assalamualaikum.. =)

I Think I'm Cool. Do The Kids Think The Same Too?

6 comments
Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk pengunjung sekalian alam.. Blog ini dah banyak sangat berupdatekan Wordless Wednesday dan entry sekarang semua pendek belaka which is so not me.. Alhamdulillah, datang keinginan untuk menulis di hari Jumaat ini.. Lupakan buku sekejaplah ya..

Mood hari ini nak cerita tentang aku dan kanak-kanak.. Pengalaman aku yang berusia 24 tahun ini dengan kanak-kanak yang rata-rata dalam lingkungan 12 tahun dan ke bawah.. Idea ini datang bila mana aku terjumpa coretan gambar di bawah ini..


- I LIKE SAYING HI TO RANDOM KIDS I DON'T KNOW.. I'M COOL LIKE THAT -

Inilah salah satu sifat aku sebenarnya, yang memang susah aku nak kikis semenjak dulu lagi.. Aku pantang jumpa kanak-kanak lalu depan mata, tak kisahlah samada aku kenal atau tidak, aku di tempat terbuka ataupun tempat tertutup sekalipun, memang siaplah mereka semua.. Muahaha.. Mula-mula aku pandang, bila mereka pandang balik, aku akan angkat kening dan mengelipkan mata berkali-kali.. Ini adalah supaya perhatian mereka dapat aku tarik dan mereka akan fokus pada aku saja.. Dan bila attention mereka telah di'grab', mulalah sesi berdialog..

"Hai adik.." - suara comel
"Haaaa.. Buat apa tu?" - suara menyergah
"Xiao di di.. Xiao mei mei.." suara yang lagi comel
"Mak mana dik?" - suara sambil lewa, pura-pura jalan dan tak memandang mereka
" (tiada suara cuma suwit suwit) " - tahap malas nak bercakap tapi nak kacau juga

Ini adalah kisah benar sebenar-benarnya ya.. Bukan rekaan semata.. Teman-teman serumah aku dulu memang cukup memahami aku bila bab-bab begini.. Mereka pun tahu kegilaan aku yang satu ini.. Sampai satu hari, kami bertiga baru pulang dari kolej dan menaiki kereta.. Aku duduk seat belakang.. Masuk di kawasan taman perumahan kami, aku nampak 3 orang budak lelaki menaiki basikal.. Keh keh keh.. Siaplah korang.. Aku apa lagi, jengulkan kepala dan melambai pada mereka.. Sambil berkata "Hai adik"

Tanpa disangka-sangka, mereka bertiga mengejar dengan menaiki basikal.. Seriously, aku amat takut ketika itu dan aku jerit pada housemate aku supaya pecut kereta dan aku bersembunyi di belakang.. Haha.. Bila ingatkan balik, memang nak gelak.. Teman-teman serumah aku memang cukup suka mempermainkan aku dengan mengingati semula kisah itu.. Aku memang ketakutan gila saat itu.. Pergh!! Luruh jantung..



Tapi aku tak pernah serik, tiap kali aku memandu, kalau nampak ada kanak-kanak, aku akan perlahankan kereta ataupun berhenti terus.. Sambil melambaikan tangan dan buat muka comel.. Susahlah nak dapat respon positif di mana mereka akan kembali senyum kepada anda.. Selalunya mereka akan lari, palingkan muka dan yang paling hebat sekali aku pernah alami, kena jeling.. Pergh!! Jelingan tajam menusuk ke jiwa betul.. =p

BAGUSLAH.. INI BERMAKNA PESAN IBU BAPA, "DON'T TALK TO STRANGERS" ITU BERKESAN.. PADAN MUKA AKU!!

Tabiat ini aku rasakan akan berterusan sampai bila-bila walaupun aku dah tua rasanya.. Sebabnya aku rasa aku macam cool.. LOL! But, do the kids think I'm cool too? Haha.. Apa pun, ceria-ceria dan senyum-senyumlah selalu, anda pun akan rasa bahagia dan awet muda sentiasa.. Kanak-kanak adalah sumber kebahagiaan juga okay.. =)

Have a great day ahead peeps.. Take care.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Motif gambar YoSeob (Beast)? Sebab aku rasa beliau adalah "kanak-kanak" comel yang kalau boleh aku takkan lepaskan peluang untuk usik.. Haha.. =p

Agak-Agak Berapa Banyak Wordless Wednesday #11 Akan Ada Dalam Blog Ini?

7 comments
Assalamualaikum..
Aku risau juga kalau blog ini akan bertukar nama dari Cahaya Yang Riang Gembira menjadi Wordless Wednesday Yang Riang Gembira.. Ekeke..

Jadi sebelum perkara itu terjadi, jom sambung tulis entry yang tergendala.. Banyak idea tapi bila nak tulis, ahh, thought block.. Dan untuk anda, jamulah mata dengan ini dulu ya.. Tata semua..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah.. Kenyang perut suka hati..

STOMACH SPEAKS : Aku prefer masakan ini sebab ada  belacan.. Masak lemak pun okay, tapi yang atas ini tetap favourite..
=)
Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.