Blogger Widgets

Jul 31, 2011

Ho Gaya Hai Tujhko To Pyaar Sajna.. Hey! You Are In Love..

Posted by at 9:00 AM
Assalamualaikum..

Salam petang Sabtu.. Sambil makan soto sambil layan cinta Raj dan Simran dalam Dilwale Dulhania Le Jayenge di TV3.. Ouh.. How amazing love can actually melts your heart.. Even if it is made up of stone.. =)



Sometimes "missing mode" could actually open your eyes and make you realize you should run, go and grab that something that you miss.. =)

Na jaane mere dil ko kya ho gaya
(I don't know what happened to my heart)

Abhi to yahin tha abhi ko gaya
(It was here.. But now it is lost)

Hua kya?
(What happened?)

Na jaana
(I don't know)

Ho gaya hain tujhko to pyaar sajna
(You have fallen in love my sweetheart)

Okay.. Cukup-cukuplah jiwang, jom sambung tengok Hindustan.. Have a great day ahead peeps.. Assalamualaikum.. =)


P / S : Jom tengok finalist Wordless Wednesday dan vote.. Ada ke gambar yang berkenan di hati?






Jul 27, 2011

Wordless Wednesday #5 : Hidup Ini Atas Bawah Kiri Kanan

Posted by at 9:30 PM
Assalamualaikum..

=)



Hidup ini atas bawah kiri kanan.. Tapi hadapilah dengan senyuman.. =)

Have a great day ahead peeps.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


P/S : Pening aku duduk memikior macam mana nak tunggang terbalikkan gambar ni.. Haha..

Jul 26, 2011

Kelahiran Dalam Air.. Orang Putih Bilang Water Birth..

Posted by at 10:00 PM
Assalamualaikum.. Salam sayang untuk semua.. Lama juga aku tak update entry berilmiah dalam Cahaya Yang Riang Gembira.. Kalau Mohd Adziim baca yang ini, mesti dia akan kata, "Ini baru blog Cik Doktor.." =p

Entry yang ini tak adalah ilmiah sangat sebab aku pun bukannya reti atau hebat sangat.. Aku cuma sekadar pelajar perubatan yang masih ada lagi 3 bulan untuk menghabiskan sisa hidup seorang yang bergelar pelajar.. InsyaAllah.. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.. Apa yang boleh aku kongsikan mungkin sedikit pendapat atau pandangan yang aku dengar dari doktor-doktor aku atau melalui pembacaan.. =)



Pagi tadi aku duduk membaca berita dalam blog dan terpandangkan tentang Dr. Halina, isteri kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang melahirkan bayi mereka beberapa hari yang lalu dengan menggunakan kaedah WATER BIRTH.. Lantas tergerak hati nak menulis tentang ini.. Aku mendengar tentang kaedah ini melalui seorang sahabat dan dia pula mendapat informasi ini dari seorang doktor aku di kolej beberapa tahun yang lalu, di mana beliau seorang Obstetrician wanita dari Iran, beliau menasihatkan jika kelak ingin bersalin, pilihlah kaedah bersalin di dalam air..

Kaedah tersebut sebenarnya sangat popular di negara Eropah dan kini Malaysia pun sudah mula menggunapakai kaedah ini.. Tapi ada negara-negara yang masih lagi belum menggunapakai kaedah ini disebabkan kajian yang menyokong tentang kebaikannya masih belum mencukupi.. Sejarah menunjukkan kajian tentang kaedah melahirkan bayi dalam air ini sudah bermula semenjak tahun 1960 an lagi..

Kelahiran dalam air atau WATER BIRTH sebenarnya adalah kaedah di mana si ibu yang mahu bersalin direndam ke dalam tab besar yang steril dan diisi dengan air suam.. Selalu yang aku baca, paras air selalu takat pinggang, kawasan bawah bahu dan tak adalah kita merendamkan satu badan dengan kepala si ibu ya.. Lemas pula nanti.. Ya tak..



Lebih kurang seperti di ataslah.. Antara kebaikannya menurut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan rasa sakit sebab ia bertindak seolah seperti pain relief dan juga mengurangkan risiko kecederaan atau trauma kepada bayi semasa proses kelahiran.. Air suam tersebut dikatakan menyerupai keadaan di dalam rahim.. Jadinya, ini satu kebaikan untuk bayi itu sendiri..

Untuk si ibu pula, doktor aku ada sebut, selain untuk kurangkan rasa sakit, cara bersalin dalam air ini juga sebenarnya boleh mengurangkan atau tiada langsung koyakan dan seterusnya mengurangkan keperluan episiotomy iaitu proses menggunting untuk melebarkan laluan kelahiran bayi.. Jadinya, dah tak perlu nak jahit-jahit dah.. Tapi menurut kajian, ini untuk ibu yang dah melahirkan lebih dari seorang bayi.. Jika bayi pertama, risiko koyakan lebih kurang sama jika anda melahirkan di luar atau di dalam air..

Teknik ini masih lagi terus dikaji dan cuba untuk dimajukan.. Mana tahu satu hari nanti, ianya dah jadi salah satu pilihan utama di Malaysia bagi ibu-ibu yang ingin melahirkan anak..


Overall.. Anda boleh tengok banyak video Water Birth di You Tube.. Ini juga boleh jadi satu cara untuk anda mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri.. Hey! Suami pun boleh join berendam sekali okay in most of the deliveries.. Sweet apa.. =)

Okay.. Till here.. Aku share satu video WATER BIRTH di sini dan sila tonton di bawah pengawasan ya bagi sesiapa yang tak berapa sesuai nak tengok lagi.. Gambar-gambar semua aku pinjam dengan Pakcik Google.. Moga ada manfaat.. Kalau ada salah silap, harap ditegur.. Heee.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

P / S : Baby tak lemas ke? Anda boleh tengok video ini untuk jawapannya..



Jul 25, 2011

Kronologi Kehidupan

Posted by at 1:00 PM
Assalamualaikum.. Sebelum nak masuk tidur, eloklah kita simpulkan kronologi kehidupan kita pada hari ini ya.. Nak tunggu orang tanya buat apa hari ini, seronok ke hari ini, makan apa hari ini, sihat ke hari ini macam tak mungkinlah kan, jadi adalah lebih baik aku cerita bagi blog aku yang baca.. Tsk tsk.. Bunyi macam nak mencuri tumpuan dan menarik fokus orang pada diri sendiri pula.. Eh! Memang pun! LOL!

Cerita nak pendekkan, hari ini aku berjaya keluar dengan nenek dan menonton Harry Potter The Deathly Hallows Part 2 di The Curve, Damansara.. Kenapa aku suka menonton wayang di situ ya? Sebab aku suka sistem booking Cathay Cineplex yang memang mudah dan tak memeningkan kepala malah anda boleh memilih seat mengikut keselesaan mata dan punggung anda.. Yang penting, bayar masa tuntut tiket.. Agak-agak tiba-tiba tak mahu tonton, boleh lesap macam gitu-gitu saja.. Rugi pun tak rugi.. Hoho..

Habis wayang, kita baliklah kan.. Takkan nak merewang tawaf satu shopping complex dengan kaki yang terpelecok dan terseliuh dalam tandas sebelum tengok wayang tadi.. Ya tak? Tsk tsk.. Macam biasa, aku kalau drive seorang diri, tak sesat memang tak sah.. Konon dah selalu jalan kawasan tu, tak pandang pun GPS yang ada.. Aku sesat entah sampai ke ceruk mana, Lebuhraya Damansara - Puchong tak silap.. Siap dengan jumlah tol RM 5.20.. Minyak lagi.. Pusing-pusing dan akhirnya aku berjaya tembus ke PJ dan selamat sampai ke Universiti Malaya dan bukan Melaka ataupun Ipoh.. Syukur.. =)

IKLAN : Siapa-siapa yang rasa nak install software GPS dalam handphone, daripada anda hantar kedai dan dicaj, baiklah anda hantar ke saya.. Cepat, mudah dan FREE! Haha.. Aku suka godek-godek benda pesen gini.. Ah! Lelaki boleh buat, kita pun boleh.. =p

Sampai-sampai tempat parking, panas lagi sebab tempat parking kita kena rembat.. Again and again.. Ini memang aku tak fahamlah, notis sebesar alam, HANYA KERETA YANG BERDAFTAR SAJA.. Tapi masih lagi, terjadi benda yang sama.. Bersabarlah Farhana..

Balik bilik, TIDUR TAK SEDAR DIRI.. =p



Wow! What a life! Vaah..Life ho to aisi.. Maknanya? Wah! This is what life should be like.. =)

* * * * *

Terdampar jauh di hempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadiada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

- AKU PERMATA -




Bait-bait alunan itu untuk renungan anda, anda dan mungkin juga anda.. Perjalanan hidup ini sekali pahit tak selamanya pahit.. Pahit akan ada manisnya.. Manis macam epal.. Hee.. Dekatkan diri kita dengan DIA tak kira susah senang sebab DIA selalu ada dengan kita tak kira macam mana pun kita..

Selamat malam.. Mimpi indah.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Kadang-kadang hidup tak ada kronologi pun..


Jul 24, 2011

Menatap Dinding

Posted by at 4:00 PM
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Jam dah menunjukkan pukul 2.. Sepatutnya waktu begini anak-anak dara dah patut tidur, menjaga keserian wajah supaya terus awet muda.. #EhYeke

Aku pula masih lagi berjaga.. Banyak tidur dah barangkali siangnya.. Hujung minggu yang dipenuhi dengan tidur 80%, online 15% dan buku 5%.. Kadang tertanya pada diri sendiri, kau budak medik ke Farhana? Hah!

Saat ini, sambil statik berbaring di atas katil empuk, kipas di atas berpusing, di sisi juga turut setia berpusing, sejuk tak terkata, seronok saja.. Laptop lagi tadi setia dengan Siti Nurhaliza.. Sibuk duduk nyanyi Wajah Kekasih, Aku Cinta Padamu, Kau Kekasihku, Melawan Kesepian.. Haih.. Apa jiwang bebenor tuannya.. Sambil tangan-tangan memegang kertas dan buku-buku pelajaran juga pensil.. Dan tak lupa jari-jari runcing yang mengetuk papan kekunci.. Sempat lagi ya.. =p

Lama rasanya dah tak makan epal.. Sangat lama.. Seminggu barangkali? Nampakkan sebiji epal di meja sahabat, aku pun capai lepas dah minta izin 2, 3 hari yang lepas untuk makan.. Sambil baring, sambil belajar, sambil update entry, sambil makan epal, kipas berpusing dan aku terhenti di sini.. Menatap dinding..



Boleh katakan, hari-hari aku akan makan epal semenjak mendiami Kolej Keenam ini.. Stok epal tak pernah putus rasanya.. Bila tiap kali lepas makan, aku capai sebiji epal.. Malam sebelum tidur, dah jadi kebiasaan juga menelan sebiji epal.. Begitulah setiap hari, berkoyan-koyan epal dah aku telan.. Tapi semenjak seminggu dua yang sudah, bekalan epal terputus.. Berat saja rasa kaki nak melangkah ke pasaraya dan beli.. Hanya mampu merenung setiap ngap dan krup krap rapuhnya epal bila sahabat sebilik aku khusyuk memakannya..

I think APPLE has become a part of me.. And when it is not around me for a while, I must said I don't know who am I without the apple.. :'(



Menatap dinding.. Dah 2 minggu rasanya aku berpindah masuk ke bilik baru di Blok G ini.. Jarang aku duduk dan merenung segenap ruang dalam bilik ini.. Tapi semenjak dua menjak ini, aku kerap berbaring dan pandang siling.. Aku selalu duduk dan pandang dinding.. Aku selalu ambil masa dan mengelamun sendirian..

Baru aku sedar dan terperasan, dalam bilik aku ini, di dinding-dindingnya ada banyak tempat penyangkut.. Dan ianya adalah epal-epal berwarna oren kuning yang sangat comel.. Ya, EPAL! Dan juga ada tempat penyangkut berupa SMILEY.. Ya, SENYUMAN..

Dan aku, sambung menatap dinding.. Selamat malam.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
Never expect, never assume, never ask and never demand.. Just let it be.. Because if it's meant to be, it will happen the way you want things to be.. And at this moment, I want . . .


Jul 23, 2011

Mari Kita Happy Happy

Posted by at 9:00 AM
Assalamualaikum..

Jumaat nak habis dah.. Macam tu saja cuti hari pertama aku berlalu.. Apa aku buat eh? Aku tengok Alphas.. Berdebar lebih siap jerit-jerit tengok cerita ni.. Aku tonton drama Annissa.. Tapi baru 2 episod.. Orang dah habis episod akhir dah semalam.. Haha.. What a life of a medical student.. =p

Entry ini adalah update happy happy gelak-gelak.. Malas tulis panjang-panjang sekarang.. Nak dengar satu lawak jenaka? Sebenarnya ini lawak dari sebuah website Cina tapi aku translatekan jadi Bahasa Melayu.. Aku harap tak jauh lari apa yang aku translate ni..

* * * * *

Satu hari, Danny dan ayahnya baru saja pulang ke rumah setelah keluar berjalan seharian.. Tiba di rumah, Danny berkata pada ibunya..

DANNY : Ibu, ayah kata Danny tak ada adab..

IBU : Kenapanya?

DANNY : Masa dalam kereta tadi, Danny tak beralah dan berikan tempat duduk untuk aunty tu..

IBU : Betullah.. Budak kecil kena belajar adab sopan.. Kenapa Danny tak beralah dan bagi aunty duduk?

DANNY : Tapi.. Masa tu Danny tengah duduk atas riba ayah..

IBU : Grrrr.. (sambil jeling si ayah)



Kesimpulannya, budak-budak memang innocent.. Dan innocent itu comel.. Bila duduk hapy happy ni, aku teringat ada seorang kawan conteng di dinding Muka Buku aku dan kata, "Betullah kan Fana, luar nampak macam happy, tapi dalam hati kau siapa yang tahu kan.."

Yeah.. Hanya Allah yang tahu.. Till here peeps.. Take care and Assalamualaikum..

=)

Jul 22, 2011

Cara Membina Mahligai Dari Air Mata

Posted by at 12:00 AM
Assalamualaikum..

Tahu tak apa yang best pasal batuk dan selsema? Anda akan terasa hidung dan tekak anda gatal yang teramat, lantas menyebabkan mata berair dan drowsy yang teramat sangat.. Ini betul! Dan, selamat petang semua.. Baru terjaga dari nap yang panjang.. Keh keh keh.. Feeling gila bila kelas dah tak ada.. Cuti! Tidur! Makan! Tidur! Ronggeng KL! Tidur! Hoyeah! #Loser

Okaylah.. Tak larat menaip.. Mamai lagi sebenarnya.. Hoho.. Jom minum petang sambil layan jiwang.. Alah! Macam tak biasa, as usual.. Aku suka lagu Lestari yang ini.. No spekulasi dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah tiada okay.. Cuma aku suka dengan perkataan DIBELASAH RINDU dalam lagu ni.. Unik gila.. Tajuk dia pun dah meletop sebenarnya.. Hehe.. Selamat berhujung minggu semua.. Assalamualaikum..




Izinkan diriku meluahkan rasa
Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar kupaparkan apa yang terjadi
Moga engkau tak ulangi

Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah
Setelah lamanya menjalinkan cinta
Dalam diam-diam kau sudah berpunya
Tanpa aku menyedari semuanya

Aku mendoakan agar kau bahagia
Bersama si dia insan yang kau suka
Percintaan kita tak sampai ke mana
Setakat di bibir saja sayang

Kau bina mahligai dari air mata
Yang jatuh berderai di wajah sepiku
Hancurnya hatiku bisa tak terkata
Terhumban rasa diriku

Oh aduhai ku masih ingati
Janji manis dan saat romantis
Kau pintaku supaya setia
Akhirnya kau yang berubah

Oh tuhanku tabahkan hatiku
Temukan ku dengan ketenangan
Jiwa ini DIBELASAH RINDU tetapi apa dayaku

Kucuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang

LESTARI - MAHLIGAIMU DARI AIRMATAKU


HEART SPEAKS : Nak belajar seni bahasa, ayat jiwang, dengar lagu lama adalah salah satu caranya..

HEART SPEAKS 2 : Can't believe this is happening.. Patut rasa gembira ke macam mana ni?

HEART SPEAKS 3 : Seriously, aku tak reti bina mahligai dari air mata.. Tak stabil kot.. Takut roboh mahligai nanti..

Jul 20, 2011

Wordless Wednesday #4 : I Just Wanna Fly High, Reach The Sky, Leave On A Jet Plane And Say Bye

Posted by at 3:00 PM
Assalamualaikum..





No worries.. It'll be far far away..

Really.. Far..

Happy day everyone..

Assalamualaikum..


Jul 18, 2011

Nama Panggilan Yang Punya Nilai Komersial

Posted by at 11:00 PM
Assalamualaikum..

Pagi semua..

=)


Dah nak hampir 3 bulan rasanya aku di bumi Universiti Malaya, selama aku duduk di sini macam-macam nama panggilan aku dah dapat.. Kalau aku jadi artis, guna nama-nama pesen yang begini memang boleh meletuplah.. Dalam tidur pun orang boleh mengigau duduk sebut-sebut.. Sebab nama panggilan yang memang komersial gila.. LOL!

Saja aku nak kongsi antara nama-nama panggilan yang aku peroleh.. Melalui nama panggilan saja, anda boleh kenal orang itu bagaimana perangainya.. Haha..

1) Ana Nona
2) Professor Nona Miang
3) Nona Manja
4) Nona Roguy
5) Cik Farhan
6) Awan Nona

Dan lagi.. Dan lagi.. Dan lagi..

Memang banyak tak terkira sebenarnya.. Aku memang gelak nak pecah perutlah dengarkan nama-nama yang begitu sepanjang hidup aku di sini.. Anda rasa aku bagaimana orangnya? Miang? Manja? Tukang Urut sebab ada nama Nona Roguy? Berambut kerinting pesen Hafiz sebab Awan Nona? Kah kah kah.. =p

Tak kisahlah nama yang bagaimana, asal jangan buruk-buruk sampai menjatuhkan maruah, tak mengapalah.. Apa salahnya dapat nama panggilan, satu hari nanti bila orang teringat anda semula setelah lama tak jumpa, ingat nama ingat orang dah cukup untuk buat mereka dan anda sendiri tersenyum..

Sekian rapuan di pagi Isnin dariku.. Kikiki.. Assalamualaikum..


P/S : Lepas ini dalam dunia blog mungkin ada panggilan "Hey Apple" untuk aku.. Semuanya sebab budak kecil nama Adziim yang sangat menyukai Annoying Orange.. Heh! Epal dan aku mana boleh dipisahkan.. Sejak dari dulu lagi.. Sebab.. Aku kan Epal Merah yang selalu tersenyum.. =)

Jul 17, 2011

Once Again Is Sekali Lagi

Posted by at 5:00 PM
Assalamualaikum..

=)

Yesterday I finished most of my time watching movies, doing this and that.. Online? I simply don't have the mood, the excitement to look at my blog, my Twitter and of course my Facebook.. Ouh..



Lets talk about Once Again.. Hey! It's Sekali Lagi.. Shaheizy Sam (Arman), Lisa Surihani (Sheila), Bront Palarae (Haris) and Mia Sara Nasuha (Amy).. Mesti ramai yang dah tengok, bukan dekat wayang pun mesti dah download.. Tak nak ulas banyak-banyak, cuma rasa tergerak hati nak kongsikan 2 situasi, perbualan yang cukup terkesan pada diri aku sendiri secara peribadinya.. Rasa macam dekat dengan diri sendirilah senang cakap..

* * * * *

SITUASI 1 - TAMAN PERMAINAN

ARMAN : Tapi saya tengok orang yang nak kahwin dengan saya tu macam tak suka saya je..

AMY : Alah.. Senang je.. Awak kena uji dan tanya dia macam-macam soalan..


[Bila tengok scene ni, teringat ada orang pernah cakap, "tanya direct kan senang.." Hah.. Aku rasa macam dah hilang satu portion dari diri aku.. Sekarang, aku penakut!!]

* * * * *

SITUASI 2 - WARUNG HARIS

HARIS : Abang faham keadaan Sheila, kalau Sheila nak batalkan perkahwinan kita..

SHEILA : Apa yang abang cakap ni?

HARIS : Abang ingatkan Sheila pun dah tahu keadaan Arman sekarang macam mana kan..

SHEILA : Apa yang abang cakap selama ni memang betul, apa yang saya perlu selama ni, satu penutup.. Untuk apa yang saya lalui dengan Arman dulu.. Tapi saya dah jumpa penutup tu abang..


[Tengok Sheila.. Dia terperangkap dengan emosi dan amarah kerana kisah silam dia yang terhenti tanpa ada titik noktah.. Sebalikya dia ditinggalkan dengan penuh tanda tanya.. Sampai satu saat dia dah jumpa jawapan pada pertanyaan dia, keredaan untuk api amarah dia.. Dan setelah terjawab segala persoalan dia, dia akhirnya jumpa dengan penutup yang bahagia.. Dia jumpa Haris.. Ah! Sheila bertuah..]



Ya.. Dalam hidup kita sering saja diberi peluang sekali, dua kali, berkali-kali, untuk kita capai apa yang kita nak.. Untuk cari bahagia kita, kejar impian kita, bina masa depan kita.. Dan selagi masih ada masa, keinginan dan keazaman kita, untuk hidup "happily ever after" masih belum terlambat.. Selamat berjaya!

Till here.. Assalamualaikum..


HEART SINGS

Kau mahu apa, pasti kan ku beri..
Kau minta apa, akan ku turuti..
Walau harus aku, terlelah dan letih..
Ini demi kamu sayang..

Aku tak akan berhenti..
Menemani dan menyayangimu..
Hingga matahari tak terbit lagi..
Bahkan bila aku mati..
Ku kan berdoa pada Ilahi..
Untuk satukan kami..
Di syurga nanti..

Tahukah kamu apa yang ku pinta..
Di setiap doa sepanjang hariku..
Tuhan tolong aku..
Tolong jaga dia..
Tuhan aku sayang dia..

(Tuhan tolong aku.. Juga jaga dia.. Tuhan ku pun sayang dia..)

*It's that last part, the part sang by the woman, TUHAN TOLONG AKU.. JUGA JAGA DIA.. TUHAN KU PUN SAYANG DIA.. Erm.. Something something..*




DOAKU UNTUKMU SAYANG (WALI BAND)


Jul 16, 2011

Another Kuch Kuch Hota Hai Story

Posted by at 3:00 PM
Assalamualaikum..

Selamat pagi Sabtu semua..

=)



"Adeh!! Perut memulas.. Rasa macam nak ke tandas.. Tapi mood sekarang tak elok.. Postpone dululah misi ke tandas.. Feeling kejap!"



"Haih.. Tiba-tiba teringat dia.. Rindu nak gaduh dengan dia.. Rindu nak kata itu kata ini, fire itu fire ini.. Apa pun aku tak pernah kalah okay, dia yang selalu kalah bila gaduh mulut dengan aku.. Haha.."



"Tapi kelmarin, dia lakukan sesuatu yang aku tak fahami.. Aku tak dapat nak agak apa sebenarnya makna yang cuba disampaikan di sebalik riak itu.. (sebab kan ke aku dalam keretapi time ni..haha..) Aku takut nanti aku silap mengagak dan meneka.."



"Kalau silap tekaan aku, macam mana? Tak nak jadi pesen gini, cair make up sebab menangis.. Hoho.."



"Tapi kalau benar dan sama tekaannya, mungkin gembira tak terkata.. Senyum dalam tangislah gamaknya.. Lagi style kalau hujan renyai-renyai, macam drama Hindi pula.."



"Aku harap kebuntuan aku akan selesai.. Boleh aku senyum lebar dan gembira sambil main belon dan basketball.. But! I am not a cheater okay.. Rahul is a cheater.. He is a cheater.. CHEATER!! Haha.. Jom ke tandas.."

* * * * * * * *

Dialog hanyalah rekaan semata-mata.. Tak ada kena mengena dengan siapa-siapa pun.. Jangan gatal-gatal nak terasa eh! Cubit kang! Hehe.. Semalam aku ambil masa sikit habiskan Kuch Kuch Hota Hai sekali lagi.. Buang masa betul aku kan.. After all, aku puas hati dapat tengok.. Haha.. Love.. Is friendship..

Happy weekend peeps.. Take care.. Assalamualaikum..

=)


HEART SPEAKS : Ahhh!! Serabut!!


Jul 15, 2011

Saya Harap Nenek Saya Tak Sibuk

Posted by at 10:00 PM
Assalamualaikum..


=)



I guess the picture already did the part of talking.. Can't wait to finish this second part of Harry Potter And The Deathly Hallows.. Aku harap "nenek" aku tak sibuk sangat minggu depan.. Boleh pergi sama-sama mengakhiri perjalanan Harry Potter.. Harry! Tunggu aku datang.. =)

Have a great day peeps.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Apa yang aku tulis tadi eh? Segan segan!! Jangan "tertangkap" sudah.. Tapi kan, tetap tersenyum lebar.. Sebab itukan coretan dari hati.. =p

Jul 14, 2011

Apa Yang Si Gadis Tak Patut Dan Patut Buat Bila Jumpa Bakal Mertua Buat Kali Pertama

Posted by at 10:00 AM
PERINGATAN : ENRTY INI ADALAH SEPARA SERIUS, YANG BAIK DIAMBIL DAN YANG KURANG ELOK DIGELAK SAJA.. PEACE!

Assalamualaikum.. Petang semua.. Eh! Petang nak masuk malam dah sebenarnya.. Sebelum aku keluar dan menuju ke Mid Valley malam nanti, aku nak langsaikan hutang entry ini khas buat adik angkat tersayang, Aerina Fazlin.. Permintaan khas dari dia meminta aku untuk menulis tentang do's and dont's saat pertama kali jumpa bakal pak dengan mak mentua..

Ecewah! Macam aku ada pengalaman saja kan.. Eh.. Ada ke? Abaikan sajalah.. This entry is not about me after all.. Jom tengok apa yang si gadis TAK PATUT dan PATUT buat bila jejakkan kaki pertama kali di rumah bakal pak dengan mak mentua..

First of all, bagi aku saat berjumpa orang tua pasangan masing-masing ini adalah saat yang dikira agak penting buat si lelaki mahupun si perempuan.. Saat inilah waktu dan ketika si lelaki dah meletakkan keyakinan pada diri dia dan juga si perempuan untuk diperkenalkan pada orang tua masing-masing.. Ianya macam nak perkenalkan dengan siapa kita berkawan sekarang, bagaimana orangnya, apa pandangan mak dan ayah kita, so on and so forth.. Ada orang kata, THIS PROCESS IS NECESSARY dan ada yang kata THIS IS NOT NECESSARY sebab nanti kalau tak jadi, apa kes.. Well, masing-masing ada pandangan tersendiri and it is something that we should respect..

Okay I guess we have done with our appetizer.. So lets enjoy our main course for this entry..

* * * * * * * *

APA YANG TIDAK PATUT DIBUAT???



1) BUAT BODOH

Seriously.. Jangan buat bodoh okay gegurl sekalian.. No response.. No expression.. No nothing.. Nanti confirm-confirm orang buat bodoh dekat anda balik.. Apa ayat-ayat yang dikeluarkan oleh ahli-ahli dalam keluarga tersebut, mana yang boleh kita respon, kita respon.. Mana yang patut kita senyap, senyaplah.. Mana yang lawak, gelaklah sikit.. Gelak comel-comel cukup dah.. Jangan gelak bahak-bahak.. Ingat! Sopan! Kita di rumah orang ya.. Dah balik rumah sendiri, nak gelak nak golek nak guling pun tak apa.. Eh yeke? =p


2) BUAT-BUAT

Ya! Ini juga penting dan tak patut kita buat bila jejakkan kaki ke rumah bakal pak dan mak mentua.. Jangan buat-buat.. Makna yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya adalah jangan pura-pura.. Kalau kata yang lebih sentap didengar, PLEASE, DON'T BE PLASTIC.. Orang boleh nampak samada anda buat-buat dan memplastikkan diri anda atau anda berpelakuan semulajadi.. Jadi plastik, anda agak-agak ada orang suka ke? =p



3) BUAT BISU ATAU BUAT BISING

Yep! Janganlah berbisu, membisu dan terbisu.. Macam mana nervous sekalipun anda, cakaplah sikit.. Wujudkanlah sedikit kemesraan.. Keh keh.. Tapi kalau tak membisu, janganlah pula membuat bising, cakap dengan nada yang kuat dan tak henti-henti.. But it depends.. Ada keluarga yang suka dengan orang-orang yang banyak cakap okay.. Tapi tapi tapi.. Macam mana suka pun, akan sampai tahap orang akan kata, "Eh kau tak penat ke cakap dari saat kau masuk sampai saat kau nak balik?" Hoho! Bersederhana saja..


* * * * * * * *

APA YANG PATUT DIBUAT?



1) BUAT KOTOR

Eh! Kau ajar ajaran sesat ke apa Cik Farhana.. Buat kotor dekat rumah orang, confirm confirm kau tak sempat nak melepaskan jejak kaki kedua, pintu utama dah tertutup selama-lamanya buat kau.. Hep!! Ini bukan apa, nak sampaikan sesuatu yang lain dari yang lain.. Ingat tak orang-orang tua pernah kata, KALAU KITA BUANG AIR BESAR dekat sesuatu tempat baru, maknanya kita akan kembali semula ke tempat tersebut.. Haha.. Chill!! Melawak kejap, takkan asyik serius.. Nama pun entry separa serius..


2) BUAT BISU ATAU BUAT BISING (Eh.. Macam samalah!)

Faham-fahamlah kot konsepnya.. Kita patut buat bisu bila kena buat bisu, buat bising bila patut buat bising.. Eh! Memang sama pun dengan yang di atas.. Haha.. Saja nak menambahkan point.. =p



3) BUAT APA YANG PATUT ANDA BUAT

Haaa!! Yang ini anda confirm faham.. Bila dah sampai rumah orang, anda buat saja apa yang patut dibuat mengikut batas-batas dan norma-norma kehidupan.. Ewah ayat! Sedaplah pula.. Sampai depan rumah, bagi salam.. Dah masuk, salam siapa yang patut.. Tanya khabar apa patut.. Duduklah kejap borak-borak.. Kalau rasa perlu masuk dapur seperti nasihat sesetengah orang, rajin-rajinkan diri bila di rumah bakal mentua, buatlah.. Yang penting, kita buat apa yang kita rasa patut buat.. Bak kata Apek dalam Jutawan Fakir, "BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN" tapi aku ubah sikit, "BERTINDAK MENGIKUT SITUASI"..

* * * * * * * *

Okay.. Aku rasa cukuplah.. Setiap point aku yang di atas, banyak merepek saja.. Just for fun.. Kalau anda rasa, ada bahagian yang berguna, bolehlah diambil.. Kalau ikutkan aku, banyak lagi benda merepek yang aku boleh ajar.. Ekeke.. Tapi aku rasa entry macam dah panjang cecah langit..

Most importantly, jangan BUAT MAIN.. DON'T PLAY PLAY.. Meaning? Perkara macam berjumpa pertama kali dengan bakal pak dan mak mentua sebenarnya adalah penting juga.. Janganlah dibuat main.. Act cool, slumber but be serious.. Bagi seorang lelaki yang betul-betul bergelar lelaki, bukan senang-senang kot dia nak kenalkan seorang gadis kepada ibu dan ayahnya.. Gadis di sini as in someone yang dia rasa dia boleh mulakan some serious matters with, for example, lead a life together.. Kalau takat kawan-kawan, itu bab lain.. Totally different.. Betul tak wahai lelaki? =)



Aku mungkin bukanlah orang yang selayaknya bicara tentang benda sebegini.. Aku pohon maaf kalau ada yang tak betul, tak sesuai atau menyimpang jauh.. Aku bercakap sebagai seorang manusia yang berjantinakan wanita..


Once you set on your first step, then the next steps will be natural.. Bila anda jejak kaki pertama kali, langkah-langkah yang seterusnya anda akan tahu apa yang perlu anda buat.. For me, it will comes naturally.. Well.. It's just my 2 cents.. You may have your own thoughts.. Be free tapi jangan free sangat-sangat.. Hee.. Kata kunci dia, bersederhana.. Resam dunia realiti, kalau kita tak buat benda-benda yang membencikan, orang tak akan tak ada sebab, alih-alih nak benci kita, tak suka dekat kita.. Yang anda lihat kebanyakannya semua kisah drama.. Mungkin ada berlaku di dunia realiti, bila orang tanpa ada sebab tak sukakan kita, bencikan kita ataupun kerana sesuatu yang macam melibatkan darah dan keturunan.. Ada tapi mungkin tak banyak..

Plus, bagi aku, lelaki dan wanita masing-masing adalah filter pertama dan utama.. Kita kalau nak kenalkan seseorang yang kita rasakan kita ingin memulakan hubungan serius pada kedua orang tua kita, mestilah kita nak kenalkan yang baik-baik, perangai yang semenggah.. Barulah jumpa dengan kedua orang tua kita.. Jadi, susahlah bagi kedua orang tua kalau nak bantah atau tentang sekiranya pasangan yang dikenalkan oleh anaknya itu adalah seorang yang up to expectation dari segi budi pekerti, perangai dan lain-lain lagi.. Betulkan jika aku silap.. =)



Well.. My dessert for this entry, sebelum menyudahkan santapan kita pada hari ini, jangan terlalu memikirkan nasihat orang itu orang ini, anda kena buat itu anda kena buat ini.. Nanti nampak macam setiap pergerakan anda terbatas.. Hati anda tak berada di tempat yang sepatutnya.. Fikiran melayang fikirkan apa nak buat lepas ni, apa nak cakap, nak kena ke dapur ke tak, nak duduk bersila ke bersimpuh, nak minum teguk sikit-sikit ke teguk habis sekali nafas dan seribu satu macam bendalah.. Kalau boleh, semua nak kena jaga.. Yang penting, jadi diri sendiri saja.. Act natural and everything will flow naturally.. InsyaAllah.. =)



Hope dear Aerina Fazlin boleh dapat sesuatu dalam entry merapu kakakmu ini.. Haha.. Semoga yang terbaik saja untuk semua insan-insan di dunia ini.. Yang buruk datang dari kita dan yang baik itu datang dari Allah.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum.. =)

Coretan Dari Hati : It's The Choti Choti Baatein In Life

Posted by at 1:00 AM
Assalamualaikum.. Salam Jumaat untuk semua.. Dah nak masuk seminggu aku memulakan posting baru untuk Medicine.. Ada lagi 2 minggu.. Walaupun malas tahap cipan, tapi nak tak nak kena gagahkan jugalah.. Hari ini macam nak buat sedikit luahan perasaan.. Sedikit saja, yang pendam biar terus pendam, keluarkan sikit-sikit dan yang patut-patut saja.. Lama rasanya aku tak kata apa yang aku rasa..

Asyik Korea saja, sekali sekala ambil mood Hindustan pula.. Kata hantu filem Hindustan.. Kita bubuh tajuk Hindustan untuk entry kali ini.. Makna Choti Choti Baatein? It's the small and little things in life..

Hey!! Why do we even bother all the tiny and small little things in life? Hidup ada tujuan, pandang depan, jalan terus saja.. Senang apa.. Yeah! Yeah! It may be easy, but whether you agree or not, it's the small and little things in life actually make life, a life.. I bet you know what I mean.. =)



There are actually too too many small things in life that we don't care much and tend to neglect.. Aku pun tak terkecuali.. Kadang ada benda-benda yang besar, yang susah nak dapat, yang boleh buat aku syok, aku happy, aku duduk kejar, duduk dapatkan bagai nak rak.. Sedangkan ada benda kecil-kecil saja, contoh macam makan coklat sambil duduk di bangku taman dan tengok kanak-kanak bermain buaian pun dah boleh buatkan kau rasa tenang dan seronok sebenarnya..

Nama pun doktor cinta yang dah bersara kan, tak sentuh sikit-sikit soal hati dan perasaan rasa macam makan Maggi guna tangan.. Tak puas dan tak complete.. Keh keh keh..

Sentuh bab hati dan perasaan, I admit I do met someone in life who actually do cares about small little things.. Sedangkan ada orang yang merasakan benda-benda yang macam itu macam remeh dan not necessary.. Let me set an example, when actually everyday, or every alternate day, or once in 3 days, you'll get a short messaging system (SMS), asking things like how are you, what you are doing, how's life and more and more and more..




People said, "it's the small things you do, that make me fall a little harder.." Yup! I totally agree with it.. The small little things that actually always make me smile.. But how I felt, it's just something that I won't tell and you won't know about that.. But but but! YOU MEAN MORE TO ME THAN YOU'LL EVER KNOW.. =)



Teringat balik satu status yang aku coret di MukaBuku, aku tulis di situ, "walaupun hanya sekadar satu ucapan pendek bertulis SELAMAT MALAM, bagi aku ianya lebih dari cukup untuk bawa senyuman dalam kehidupan seharian seseorang.. Sebab itu aku suka hantar pesanan berbunyi SELAMAT MALAM.. Selamat malam.."

P/S : Sambungan kepada status di atas, "YA.. SELAMAT MALAM UNTUK DIA".. =)

That someone ajar aku erti SELAMAT MALAM yang pendek itu.. That someone ajar aku untuk hargai apa yang dia lakukan untuk bikin aku senyum dengan menggunakan 2 perkataan, SELAMAT MALAM.. Sebab aku tak reti cara apa lagi boleh buat orang senyum sedangkan orang selalu buat aku senyum.. Sadis aku ni kan.. Aku harap dengan SELAMAT MALAM aku yang kadang-kadang itu boleh bawa senyum padanya.. (Tak selalu ucap.. Tapi tak bermakna tak ingat dan tak di hati.. Orang yang kata, bukan aku kata.. Hehe..)

And small things continue to make you smile, it goes on and on especially when you got a reply, SELAMAT MALAM BALIK.. *senyum lebar terus* Haha.. Ngeng tak aku? =p

Hey!! Ini rahsia sebenarnya!! Shhh!! Heehee.. Susah nak tebak apa yang perempuan rasa.. Kan? Heh.. Mereka memang kompleks.. Ooppss!! Kami memang kompleks.. Eh! Eh! Pernah tak dengar cinta dalam diam?

"Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan.. Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.. InsyaAllah.." - SUMBER DI SINI

Till here.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : "Sometimes (said Pooh), the smallest things take up the most room in your heart.." A.A Milne


Jul 13, 2011

Wordless Wednesday #3 : It Can Means Anything, Either This Or That

Posted by at 5:00 PM

:(



:)


* * * * *

PERINGATAN : Yang dah nikah saja dibenarkan berpelakuan di atas..

Assalamualaikum..

:)


Alang-alang dah buat Wordless Wednesday, jom join dan memeriahkan kontes Wordless Wednesday dekat Blog Bro Eyriqazz..


Jul 11, 2011

Farhana Situ Sana Sini

Posted by at 9:00 PM
Assalamualaikum.. Morning semua.. Isnin dah ya.. Rasa malas nak memulakan Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday and Friday.. Rasa macam nak Runaway.. Haha.. Sebaliknya, mood untuk menconteng sana sini di dalam blog adalah sangat berkobar.. Sambil mengetuk papan kekunci, mulut mengunyah jambu batu yang telah diawet.. Huh? Awet? Pelik sedikit pula bunyinya..

Kenapa tajuk Farhana Situ Sana Sini? Ingat Siti Nurhaliza ke apa? Haha.. Bukan apa, tajuk itu sikit lebih kurang macam nak gambarkan Farhana di situ, di sana dan di sini.. Kiranya nak story sikit apa yang berlaku di sekeliling Farhana.. Keh keh keh.. Apa yang nak dicerita dah tentu-tentu peristiwa 9 Julai 2011..

Aku seperti Kapten Atok, tak pernah menghadiri majlis tunang.. Ini kali yang pertama.. Lantas sebab itu, mood nak conteng pengalaman adalah sangat melangit tinggi.. Majlis perkahwinan pula, rasanya dah 2 kali aku pergi.. Memang tak banyak, sebab aku memang tak reti sangat nak bawa diri dalam majlis perkahwinan orang.. *APAKAH?* Majlis perkahwinan sendiri mungkin reti kot.. LOL!


Cuaca tengahari itu memang bagus.. Matahari memancar terik dan kadang redup berangin.. Nyaman saja rasanya.. Perjalanan dari Kota Tinggi nak menuju ke Kluang dengan jumlah rombongan sebanyak 10 buah kereta memang agak kompleks dan memeningkan.. Haha.. Sebab utamanya tak berapa reti jalan.. Boleh pula begitu ya.. Siap boleh sesat dan lewat tiba ke tempat kejadian.. Bila semua kereta dah sampai, para anak dara dan mak dara yang ada mula berjalan sambil memegang dulang-dulang berupa buah tangan.. Begitulah menurut wakil pihak lelaki.. Tema warna ialah SILVER HITAM.. Manakala di pihak perempuan, HIJAU jadi pilihan.. Berapa dulang? Maaf.. Tak sempat kira sebab excited terlebih..



Merujuk pada entry yang lalu, si kembar nama dunia blog aku, Farhana dah pesan siap-siap suruh angkat dulang.. Kata orang tua-tua, tak angkat dulang nanti lambat jodoh.. Aku apa lagi, ikut hati memang nak junjung semua dulang yang ada.. Kalau ada 11, confirm 11 aku angkut.. Tapi tangan ada dua.. Hehe.. Angkat sedulang sajalah ya.. Orang tua-tua pesan begitu bukannya apa, sebab nakkan anak dara supaya jangan malas sangat.. Tolonglah angkat barang apa patut.. Muafakat kan bawa berkat.. Agak-agak itulah sebabnya kot.. Kan?



Okay! Itulah dia dulang yang bertuah.. Dulang yang dipegang oleh si Cahaya Yang Riang Gembira.. Eh! Maaflah gambar pengangkat dulang tak berapa jelas.. Dia segan katanya.. Keh keh keh.. Buah-buahan yang terdiri daripada anggur, epal merah dan hijau, limau Sunkist, kiwi dan ceri.. Sambil pegang dulang, sambil tenung buah di dalamnya, perut pun berbunyi, tapi bibir tersenyum.. Heehee.. Aku tak pasti berapa kilogram dulang tersebut tapi sampai sekarang bahu dan leher aku sakit dan kejang.. Perghhh!! Inilah gara-gara orang jarang bersukan menggunakan tangan.. =.=


Oh.. Yang ini rama-rama dalam dulang aku.. Suka pula.. Okay dah.. Balik pada majlis kita ya, dah siap-siap letakkan dulang, aku pun duduk di tepi dan tak lama majlis pun bermula.. Pertama kali aku tengok "negotiation" antara wakil pihak lelaki dan wakil pihak perempuan.. Kata pembukaan, cerita pasal tujuan datang, berapa lama nak ikat, berapa wang hantaran nanti dan sekian sekian sekian.. Dang!! Perasaan aku ketika itu membuak-buak nak bertunang.. Nikah nanti-nanti dululah.. Haha.. Gila ini orang! =.=

Bila dah siap semua, sarung cincin dah, negotiate pun sudah, masa untuk isi perutlah ya tak.. Makanannya terbaik! Kenyang perut walaupun aku cuma makan kuih saja.. Konon diet! Sebabnya sebelum itu, ada makcik-makcik dan nenek-nenek saudara aku kata "Ana dah kurus sikit ya.." Fuh!! Terus ngada-ngada tak nak makan, terkebil-kebil tengok orang lain suap nasi berlaukkan ayam, daging, rojak dan macam-macam ada.. =.=


Last but not least, gambar kesukaan aku dalam majlis yang lalu.. Ditangkap dengan jaya dan candidnya oleh abah aku.. Haha.. Aku beri nama gambar ini, SEMBUNYI.. Sebabnya aku "disembunyikan" oleh mak aku dan adik sepupu aku.. Kira macam nampak tapi tak nampak.. Jelas tapi tak adalah jelas sangat.. Tak boleh tayang gambar jelas-jelas dah sekarang.. Bahaya wo!! =)

Pukul 5 lebih kurang, kami pun bertolak balik ke Melaka.. Penat memang penat.. Tapi best sebab berjaya peroleh pengalaman pertama.. Pengalaman itu sesungguhnya berguna di kemudian hari.. Siapa tahu kan? Wink wink.. ^_-

Cukup di sini sajalah ya.. Jumpa lagi di coretan dan lembaran lain.. Jaga diri dan selamat melalui weekdays anda dengan penuh semangat dan senyuman.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Sepanjang hari 9 Julai tersebut, aku telah menerima 3 permission untuk dipasangkan dengan si polan, si polan dan si polan.. Erti kata yang mudah, matchmaking lagi!! Hoho! 24 tak adalah tua mana pun kan? Relaks dululah.. Mahu menunggu.. Kalau ada, adalah.. Sesungguhnya DIA ada perancangan yang sempurna untuk kita.. =)


Jul 9, 2011

9th July 2011 : Officially Engaged

Posted by at 1:00 PM
Assalamualaikum.. Salam 9 Julai untuk semua.. Moga hujung minggu kali ini ceria-cerialah hendaknya.. Ya! Akhirnya hari yang dinanti dah pun tiba.. Pukul 12 nanti majlis akan bermula.. Berdebar? Eh! Tak usah katalah.. LOL!

Merujuk pada satu komen pada entry Wordless Wednesday yang lalu bertanyakan, "Oh! Tunang?" Jawapan aku mudah dan pendek, "Oh! Yeke?" Haha.. Ya benar! Hari ini 9 Julai 2011, aku selamat berada di tempat kelahiranku di Kota Tinggi untuk majlis pertunangan..


Setinggi ucapan tahniahlah ya.. Tahniah dari Cahaya Yang Riang Gembira untuk abang sepupunya.. Haha.. Okay okay! Bukan aku.. Tapi abang sepupu aku.. 9th July 2011.. You are officially engaged dear cuzzie, Muhammad Afiq Nasrullah.. Sepupu aku tak ramai, dalam 19 orang sebelah mak.. Abang sepupu yang ini adalah abang sepupu yang paling tua di kalangan cucu Hajjah Maznah.. Kiranya ini macam majlis pertunangan yang ulung kali diadakan dalam keluarga ini.. Cucu pertamalah kiranya.. Aku? Ikut susunan ketuaan dan kesenioritian, aku yang ketiga.. Bila lagi eh? Sabar! Sabar! Nanti-nanti.. =p

Dah nama pun pertama kali, kira macam excited dia dua tiga macam, serupa aku yang nak bertunang.. Ouh! Gedik betul! Tak sabar nak merasa angkat dulang hantaran, jadi tukang ambil gambar, tengok orang sarung cincin.. Ahhh!! Ini memang boleh bikin mengidam pada mana-mana gadis di usia aku.. Kah kah kah.. Tipulah kata, kalau aku kalau kau, setiap kali menyaksikan majlis tunang atau nikah, tak pernah terlintas dalam kepala, "Bilalah giliran aku?"

Dulu-dulu selalu juga aku fikir, kenapa setiap kali bila aku nak merasa bahagia sikit, rasa macam dah boleh bahagia untuk bila-bila, tapi bahagia itu ditarik dan diuji dengan rasa perit.. Kita tertanya, kenapa aku selalu diketemukan orang yang salah.. Kenapa itu kenapa ini.. Kenapa bukan sekarang.. Kenapa bukan aku.. Tapi sekarang, banyak benda aku dah faham, aku dah boleh terima.. Usia pun dah jejak berapa, ya tak.. Fikiran kenalah maju ke depan.. Matang ikut usia.. Macam mana sekalipun kita manusia ini merancang, memasang angan itu ini, hakikatnya kita sememangnya hanya mampu merancang sebab yang selebihnya terletak di tangan DIA.. Dan hanya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatNYA.. =)



Ya.. Hari ini pasti akan jadi satu hari yang sibuk.. Selesai saja majlis pertunangan ini, aku akan pulang terus ke Melaka.. Esoknya dah nak balik UM semula.. Dan seterusnya rutin harian akan berjalan kembali seperti biasa.. Hidup ini terus dan terus berjalan.. Moga setiap jalan dalam kehidupan ini diisi dengan sesuatu yang berharga.. Dan moga ianya diisi dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir kita.. Hidup penuh makna..

Oh! Tiba-tiba ada rindu yang menyapa.. Haha..

Till here.. Take care semua.. Enjoy the weekend.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS : Perlu jawapan pasti.. Tapi tak tahu mana nak cari.. Akal hati meronta memikir solusi.. =)

Jul 8, 2011

Saat Dikelilingi Jejaka-Jejaka Berseragam Biru Gelap

Posted by at 10:00 AM
Assalamualaikum.. Salam malam Jumaat untuk semua.. Hah! Sekejap masa berlalu.. Dah tinggal sehari saja lagi dan Sabtu adalah harinya.. Mari-mari kita melompat kesukaan.. Heehee.. Tengahari esok aku akan menjejakkan kaki keluar dari bandaraya Kuala Lumpur ini..

Dua tiga hari kebelakangan ini, aku duduk menghadap semula skrin laptop dengan harapan nak mula berblogging seperti dulu tapi dengan niat dan hala tuju yang baru.. Buang yang keruh dan ambil mana yang jernih.. Tapi setiap kali nak mengangkat jemari dan mengetuk papan kekunci, aku rasa berat saja.. Idea mencurah tak usah dikata, tapi nak dipersembahkan melalui kata itu terasa payah pula.. Inilah kalau dah lama sangat tak menulis..


Dua tiga hari ini aku agak sibuk menyelesaikan urusan pindah bilik baru, angkut barang-barang, urusan mendaftar tempat parkir kereta, memohon pelekat kereta dan macam-macam lagilah.. Memohon pelekat kereta ini memang aku lemah, sebab aku pun bukannya lama nak duduk sini.. Tapi memandangkan aku selalu saja ditahan oleh Pak Guard di depan pintu pagar UM, nak tak nak, kena jugalah beli pelekat..

Semenjak dua menjak ini juga, Universiti Malaya dipenuhi dengan bas-bas PDRM dan jejaka-jejaka segak bergaya dengan uniform biru gelap.. Anda boleh lihat di setiap kolej ada saja abang-abang polis di sana sini.. Dengar soseh-soseh adalah disebabkan perhimpunan BERSIH yang akan dijalankan esok.. Fuh!! Dah macam polis satu Malaysia direkrut di UM.. Perasaan bila keliling anda dipenuhi jejaka berseragam biru, seolah macam anda berada di medan perang.. Naik seram pun ada.. Hoho.. Dah macam ada bodyguard pun ya juga.. Keh keh keh..


Motif ada Bumblebee? Bukan apa, saja nak bagi cadangan, elok juga kalau tenaga polis yang banyak-banyak boleh digantikan dengan sebuah robot.. Cool juga kalau bandaraya Kuala Lumpur dijaga oleh Autobots.. Haha.. Kartun kartun!! Tapi kalau tak ada Autobots pun, ada jejaka berseragam macam Major William Lennox pun aku okay juga.. Haha.. Gatal gatal!!


Kesimpulan untuk hari ini bukanlah soal dikelilingi jejaka berseragam biru, sebab itu tak signifikan mana pun.. Cuma nak cakap, aku dah berjaya beli pelekat kereta dan abang yang uruskan soal pelekat kereta di Pejabat Keselamatan Kolej Kediaman Raja Nazrin tadi kan.. Err.. Err.. Err.. =p

Okay semua.. Jaga diri okay.. Selamat berhujung minggu.. Semoga semua yang kita aturkan akan berjalan lancar dan mudahan segalanya dipermudahkan.. InsyaAllah.. Assalamualaikum.. =)


© " Cahaya Yang Riang Gembira " is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template