25 Mei 2011

Aleesha Farhana

Mei 25, 2011 14 Comments
UPDATE TERBARU 30 JULAI 2011 : Muhd Ashraf Hafiz atau dikenali ramai dengan Aleesha Farhana dilaporkan meninggal dunia di ICU akibat sakit jantung dan tekanan darah rendah.. Al fatihah.. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali..


Ini bukan Aleesha Farhana tapi entah siapa entah.. =)

Assalamualaikum.. Salam malam Khamis untuk semua.. Tadi sempat aku berblogwalking kejap sebelum mula selak buku.. Landing ke blog Si Tedi dan aku baca kisah tentang Aleesha Farhana..

Pertama sekali tertarik sebab kisah hangat ini berkisarkan tentang nama Farhana.. Eh!! Cahaya Yang Riang Gembira kot.. Jadi, aku ikutilah kisahnya dari awal sampai akhir di Berita Harian Online.. Aku petik satu perenggan dari sana..

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan permohonan seorang lelaki, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, menukar namanya kepada Aleesha Farhana.

Kalau Nabil Raja Lawak baca, mahu dia cakap Oh Em Jayyy!!! di Twitter.. Huh!! Beristighfar sekejap.. Aku percaya, keputusan yang akan dikeluarkan nanti, jika berpihak pada beliau, maka ianya akan membuka satu ruang dan dimensi baru di negara kita, dan pastinya ramai lagi yang seperti beliau akan BANGKIT dan JADI BERANI yang mana dah tentu-tentu bukan sesuatu yang bagus..

Bila hidup ini, agama yang kita pegang kita letak di tempat kedua, dan bukan lagi jadi paksi hidup kita, nafsu, keinginan diri yang negatif akan jadi raja.. Bila raja tak elok, apa akan jadi pada rakyat-rakyatnya? Sesuatu yang perlu kita fikir dan perlu untuk kita mulakan tindakan..

Aleesha Farhana? Aku bangga dengan nama Farhana itu, kerana itu nama yang emak dan abah berikan untukku.. Nur Farhana, aku bangga jadi diri aku.. Dan itu adalah Cahaya Yang Riang Gembira.. =)

Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Farhana oh Farhana.. Kau biarkan ku terseksa.. Menagih cintamu yang rahsia.. Memberi segalanya.. =p


24 Mei 2011

Bell Nuntita

Mei 24, 2011 5 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam sambil gosok-gosok mata dan pandang keliling.. Berapa lama dah aku tidur eh? Haha.. Hari ini adalah hari yang paling penat jiwa dan raga.. Turun naik wad, pergi jumpa orang itu, pergi jumpa yang ini, mendera jiwa betul.. Bersabarlah.. Okay, masa untuk buat kerja, lepas itu kita tidur lagi.. Hoyeah!!

Sebelum mengakhiri entry ini, aku nak share sesuatu, BELL NUNTITA.. Seorang yang tengah popular menerusi rancangan Thailand's Got Talent.. Cantik kan? Suara pun sedap.. *Contradiction sikit*

Selamat malam Malaysia.. Mimpi indah.. Assalamualaikum.. =)







HEART SPEAKS : Bakal memulakan tugas separuh masa sebagai Tutor Bahasa Malaysia? Bagaimanakah perjalanan hidup masa depanku ini? Hanya DIA yang tahu.. =)

21 Mei 2011

Ini Nur Farhana.. Bukan Nur Amina..

Mei 21, 2011 6 Comments
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu untuk semua.. Selamat pagi.. Moga ceria-ceria hendaknya ya.. Eh.. Entry ini nak cerita pasal Nur Farhana, bukan Nur Amina.. Nak dengar cerita Nur Amina, kenalah pergi pawagam yang berdekatan ya dan saksikanlah Nur Kasih The Movie.. Ekeke.. Aku dengar cerita tiket dah ditempah FULL sampai 25hb.. Perghhh!! Penangan Abang Aidil, Adam dan Nur Amina memang dahsyat juga ya.. Fenomena!!

Secara peribadinya, jujur aku kata, aku tak pernah layan Nur Kasih di televisyen secara lengkap, kadang-kadang bila ada masa saja aku tengok, lagipun dalam hati aku tak ada gesaan dan rontaan untuk mengikutinya setiap minggu walaupun Remy Ishak adalah peminat setia aku.. Ouch!! Gitu ayat!! Bolehlah dikatakan aku tonton drama Nur Kasih ini hanya 80% saja.. Tak sampai pun 100%..

Kebetulan teman-teman sebilik boleh dikatakan semuanya peminat drama bersiri Nur Kasih, dan bila mereka cadangkan untuk tonton Nur Kasih, aku tanpa banyak kata, setuju sajalah.. Daripada terperap duduk dalam bilik, baiklah keluar cuci-cuci mata.. 3 hari sebelumnya kami telah pun membuat keputusan untuk booking tiket.. Mulanya memilih GSC Tropicana City, One Utama, Alamanda Putrajaya, Mid Valley, tapi sayangnya semua FULLY BOOKED.. Dahsyat.. Akhirnya, kami memilih untuk menonton di Cathay Cineplex di E@Curve.. Mereng kejaplah nak memandu di Kuala Lumpur.. Haha..

Aku rasa ramai juga barangkali yang dah pergi tengok, mana tidaknya, dengar cerita ianya tidak akan ditayangkan langsung di Astro First, di televisyen, ataupun dijadikan DVD mahupun VCD.. Wayang petang semalam pun full house, dan anda boleh lihat ada ramai pakcik makcik di usia pertengahan mereka berpegangan tangan dan sama-sama menonton Nur Kasih.. Alahai.. Sweet okay..


IMPORTANT NOTES : Ini bukan review okay.. Ini adalah pandangan aku semata-mata selepas menonton filem ini.. =)

Basically, aku tak menangis sangat pun menonton filem ini.. Sedih sikit-sikit.. Bergenang saja adalah.. Itu pun masa dialog ibu Adam dengan Adam, tentang ibu dan anak.. Toching seh.. Terus aku teringat mak dekat rumah.. Sinopsis filem ini anda bolehlah google, aku cuma sekadar memberi pandangan sedikit saja mengenai filem ini.. Filem ini mulanya agak slow, tapi perlahan-lahan developed.. Aku yakin ramai dah tahu endingnya, begitu juga aku, sebelum masuk panggung, otak aku dah tahu siapa yang akan meninggal dunia, jadi aku dah prepare untuk mengalirkan air mata kesedihan.. Ekeke..

Setiap apa yang cuba ditonjolkan dalam filem ini ada signifikan masing-masing, penonton mungkin tertanya tapi akan dapat juga jawapan di akhirnya.. Most importantly, filem ini sangat cantik.. Sangat sangat cantik!! Sejuk mata aku tengok.. Anda akan menjangkakan perjalanan cerita akan jadi begini, tapi lain pula yang jadi.. Pada aku, susah juga nak predict sebenarnya jalan cerita filem ini.. Which for me, it is GOOD.. Walaupun pengakhirannya seperti yang dijangka, salah seorang dari mereka, ada yang akan pergi dulu, dan ada pula yang dapat sakit Alzheimer (i think), tapi aku tetap gembira menontonnya.. Perasaan seakan menonton sebuah kisah HAPPY ENDING..


This is life and love all about.. Realistiknya kehidupan begitulah rupanya.. Itu yang aku nampak dari filem ini.. Ianya mengingatkan kita, pertemuan, perpisahan, kelahiran, kematian, jodoh semuanya di tangan Tuhan.. Satu hari tetap akan berlaku dan bila masa itu tiba, kita perlu redha.. Persediaan perlu ada, bersedia tiap masa.. It does not mean, when someone you love dies, your love towards them will vanish as well.. Love will always be there.. Macam kisah Aidil, Nur Amina dan Adam..

Kesimpulannya, perasaan aku ketika menonton filem ini adalah seperti aku membaca coretan bertajuk Selamat Hari Jadi Sayang.. Feeling yang aku rasakan, sikit lebih kurang macam feeling ketika aku mencoret kisah Terima Kasih Sayang.. My view towards life and love, yang aku abadikan dalam kisah itu, itulah juga yang aku dapat ketika menonton Nur Kasih The Movie..

Bagi yang akan menonton, selamat menonton.. Remember.. Do cherish all the moments in life.. Appreciate love.. You won't regret.. Take care semua.. Assalamualaikum.. =)


BINTANG : Aku bagi 3.8/5..

P/S : Aku nak pesan pada yang belum tengok dan nak pergi tengok, masa di akhir cerita, kalian tengoklah bahagian kredit.. Senarai nama pelakon-pelakon.. Anda akan dapat lihat pelakon ini di usia ini, pelakon yang ini pula di usia berapa.. Ianya membantu anda untuk memahami TIME FRAME kisah ini.. Watak ini meninggal di usia berapa, watak ini pula dapat Alzheimer, dah tua sangat ke dia.. Dan begitulah selebihnya.. Ngee.. =)


HEART SPEAKS
Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya


18 Mei 2011

Gadis Kebal

Mei 18, 2011 5 Comments

Dongak kepala..
Pandang kanan..
Pandang kiri..
Pandang depan..
Pandang belakang..
Kelilingnya dinding putih..

Ditenung.. Dipandang..
Dinding seakan menghimpit..
Segenap arah..
Kaki tiada berganjak..
Melekat pada tanah..

Kepala mahu pecah..
Dada seakan terhenti nafas sudah..
Kaki tangan lemah..
Tubuh longlai menanti rebah..

Dongak kepala makin tinggi..
Atas sana ada sinar menyinari..
Biar dihimpit diasak begini..
Yakinilah diri..
Dinding keliling akan pecah jua nanti..
Dan sinar itu akan terus menyinari..

Dinding kebal itu gah berdiri..
Terus menghimpit mengasak diri..
Gadis ini lebih kebal barangkali?
Kerna itu dia masih di sini..


[Aku Yang Masih Di Sini, 11:30 malam, 17 Mei 2011]
Selamat malam.. Assalamualaikum..
=)


HEART SPEAKS
Berat yang kau rasa, itu cuma di mata.. Aku yang memikulnya, pasti lelah dan sebenarnya parah.. Kita yang merancang, Tuhan yang menentukan..


16 Mei 2011

Tom Cruise?

Mei 16, 2011 6 Comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin.. Entry pagi ini agak peribadi, punya pengajaran untuk direnung dan difikirkan.. Sebelum memulakan bicara, perlu pandang pada wajah Dokko Jin, belek dua tiga kali, baru datang aura nak mencoret dengan lancar.. Keh keh keh.. Dokko Jin, muka legend tapi hati cute sungguh.. Macam abah aku, Cikgu Abdullah, muka legend tapi hati banyak cute.. Selamat Hari Cikgu abah.. You're THE GREATEST LOVE and THE GREATEST TEACHER.. =)


Mari aku ceritakan satu situasi yang dipetik daripada sebuah filem Hindustan yang aku baru saja download 2 hari lepas bertajuk What's Your Rashee.. (lawak gila Priyanka Chopra) Situasinya adalah di antara seorang lelaki dan seorang wanita, bertemu atas sebab masing-masing mencari pasangan untuk berkahwin dan pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama yang dinamakan fasa perkenalan..

LELAKI : What's your hobby?

WANITA : Watching English films..

LELAKI : Ouh.. Who's your favourite star?

WANITA : Tom..

LELAKI : Tom!! Tom Cruise? *dengan muka excited gila*

WANITA : Tom & Jerry..

LELAKI : Ouhhh.. *Blur*

WANITA : You like Tom?

LELAKI : No.. I like.. Jerry.. *sambil menjawab dengan muka confuse*


Entah kenapa situasi itu buat aku berfikir.. Buat aku kembali mengingati kisah silam.. Situasi itu dalam kaca mata aku, cuba tunjukkan macam mana pentingnya komunikasi dalam perhubungan antara manusia.. Komunikasi boleh dilaksanakan dalam apa jua bentuk, percakapan, penulisan, nyanyian, email, sms, tweet, dan sebagainya.. Apa yang aku cuba nak sampaikan di sini, komunikasi melalui percakapan adalah tersangat penting berbanding yang lainnya.. Melalui percakapan, kita boleh nampak lenggok tubuh, mendengar nada suara dan memandang kejujuran dari dua biji mata.. Jaranglah ianya mampu menipu manusia.. Sebab sedangkan yang nama penipuan itu pun kita boleh lihat menerusi percakapan..

Bila kita duduk, bercakap dan meluah, kita boleh bikin jelas tentang kedudukan sesuatu perkara.. Tapi itulah yang semakin kurang sekarang.. Komunikasi melalui cara selain dari percakapan yang kebanyakannya akan menuju kepada silap dan salah faham itulah yang banyak kita gunakan sekarang.. Lebih mudah dan senang kan..

Mungkin ada yang boleh faham apa yang aku cuba sampaikan jika pernah melalui situasi yang sama seperti aku satu waktu dulu.. Situasi yang sebenarnya adalah salah faham yang akibat daripadanya sampai kini kesannya tetap ada dan menjejaskan kehidupan aku dan pembelajaran aku.. =(


Ya.. Aku tahu di setiap berakhirnya ribut taufan akan hadir pelangi indah.. Itu semua orang kata.. Sekarang aku sedang meredah ribut dan taufan naik tongkang, doakan pelangi indah untuk aku muncul tak lama lagi ya.. =)

Entry terbaru Cik Lolly bertajuk "PERLU KE NAK BOMOHKAN AKU WAHAI HATI BUSUK SEKALIAN?" ini, buat aku termangu dan duduk berfikir sekejap.. Hati aku tertanya, orang yang nak membomohkan itu takkan tak ada rasa kasihan, atau jika mereka ada pertalian, takkan tak ada rasa sayang kepada orang yang nak dibomohkan sampai sanggu buat begitu? Hati manusia.. Mungkin marah dah terlalu dalam sampai kasih sayang dan kasihan pun terbenam dan tersembam.. *Sedih yang teramat*

Apa pun, jagalah kata peliharalah bicara biar elok, sebab orang kata, kerana mulut nanti badan kita juga yang binasa.. Ada masalah, ada salah faham, sit and talk.. Tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaian.. Entry ini aku tuju untuk diri aku sendiri sebenarnya.. Haha.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Berapa banyak kali dah aku dengar MENCARI PENAWAR KASIH eh? It touches me down to the bottom of my heart.. =.=



15 Mei 2011

Kau Teruna. Rangkai Nyawa. Lagu Hati Beta. Mestikah Pergi Jauh Kembara. Ku Terbayang Jua.

Mei 15, 2011 6 Comments
Assalamualaikum..
=)


Kepala serabut sekali lagi. Satu-satu datang tak terduga. Blog, bila pandang pun aku tertanya, apa nak tulis. Aku fikir dan terus fikir tapi akhirnya satu apa pun aku tak tertulis. Aku kalau serabut, kalau hati tak seronok, kepala tak center, aku lebih suka buat-buat gembira, happy, seronok gila, cakap dengan banyak-banyak, malah membuat kerja extra yang memang berlebih-lebihan. Kerja yang berlebihan aku nak buat pada malam ini adalah mengembara ke masa silam sambil menulis entry di tengah malam. I was inspired to write this entry after been listening to a song over and over again.

Masa aku kecil-kecil dulu, selalu tengok emak kumpul banyak kaset itu ini. Semuanya dapat dari abah sebabnya abah adalah seorang Guru Kaunseling di maktab, antara tugasan yang selalu abah berikan pada anak muridnya adalah merekod sesi kaunseling antara cikgu dan anak murid. Kaset yang telah abah dengar akan abah simpan dalam kotak. Makanya kaset kosong adalah terlalu banyak di rumah aku. Sampaikan aku dan adik boleh ambil seorang satu dan main tarik-tarik pitanya, lalu pusing untuk memasukkannya semula. Kadang pula tariklah sampai putus. *Bak kata Jambu, ADA AKU KESAH?*

Kaset yang telah abah simpan itu semua, mak akan korek balik dan mak gunakan. Mak masukkan dalam radio untuk tujuan merekod lagu kesukaannya bila mana ianya diputarkan di radio. Bila dah selalu tengok mak buat, aku pun dah jadi expert dan pandai. Tiap malam, aku buka Radio Muzik slot Pilihan Bersama, aku akan rekod mana-mana saja lagu yang menangkap di telinga aku. Salah satu lagu yang popular di zaman kanak-kanak aku adalah lagu nyanyian 2 By 2 dan Siti Nurhaliza bertajuk Kau Mawarku.

Kanak-kanak, biasalah cepat bosan dengan sesuatu perkara. Bila aku dah bosan dengan kerja merekod lagu, aku cari hobi baru. Merekod juga cuma kali ini lain pula yang direkodnya. Selalunya aku akan duduk depan radio, talakan mulut ke arah speaker, dan aku pun akan mula menyanyi. Lagu 2 By 2 dan Dato' Siti itu jugalah sering jadi lagu nyanyian aku dan aku rekodkan. Bila tiba bahagian lelaki, aku kasarkan suara, bila Siti menyanyi aku mula sengaukan mana yang patut. Maklumlah, dulu Siti Nurhaliza sengau sikit apa.

Berpuluh-puluh kaset dah aku guna untuk rekod lagu dan suara sendiri. Kadang-kadang akan dengar balik nyanyian diri sendiri sambil menekup telinga. Belum kedengaran lagi suara aku di radio aku dah tekup telinga. Sedia maklumlah barangkali suara tak berapa nak sedap. Walaupun tahi lalat Siti Nurhaliza ada tapi suara Siti itu yang aku tak ada. Haha.

Aku kuat berangan. Semua orang kata itu. Maka jadi beginilah diri aku, penuh dengan imaginasi dan sangat jiwang. Zaman kanak-kanak aku pun aku dah berangan punyalah banyak sampai aku tak ingat dah apa yang aku angankan. Bila dah besar tua bangka begini, lagilah banyak yang aku angankan. Angan-angan, tak salah sebab boleh jadi impian dan cita-cita. Tapi jangan berlebih-lebih.

Salam Ahad untuk semua. Jaga diri elok-elok. Sayang semua. Assalamualaikum.



:: HEART SPEAKS ::

Kau Teruna. Rangkai Nyawa.
Lagu Hati Beta.
Mestikah Pergi Jauh Kembara.
Ku Terbayang Jua.
Bila Engkau Hilang Di Mata.
Tidur Nyenyak Ku Tak Bisa.


12 Mei 2011

Orang Pun Ada Harga, Jadi Hargailah Mereka

Mei 12, 2011
Assalamualaikum.. Salam kasih sayang untuk semua.. Satu dua tiga menjak ini, terlalu banyak benda yang perlu diselesaikan, terlalu banyak permasalahan yang merantai, tak ada masa untuk menjengah, apatah lagi nak bersuara lantang seperti biasa di medan berwarna merah jambu ini.. Pohon maaf.. =)

P/S : Tajuk entry macam pelik bunyinya.. Haha..

Bila di saat genting dan susah dalam hidup, selalunya buat kita sedar dan buka mata luas-luas.. Kita dapat lihat siapa yang ada dengan kita seikhlas hati, siapa yang nak tak nak saja sebenarnya berada dengan kita, atau siapa yang hilang ghaib begitu saja.. Tapi itulah kita manusia, bila gembira, senang, kita tak berapa nampak apa yang patut kita nampak, kita lupa nak hargai apa yang patut kita hargai.. Aku tak salahkan siapa-siapa, sebab aku juga sama dengan kamu, aku juga begitu, kerana aku juga manusia..


Pertama dan yang terutama, selalu saja ada dengan kita tak kira bagaimanapun kita.. Mereka ialah keluarga kita.. Ibu ayah kita, suami atau isteri kita, adik beradik kita, atuk nenek, anak-anak atau apa saja gelaran yang kita bagi pada mereka yang di tubuhnya mengalirkan darah yang sama dengan kita.. Aku sendiri dapat melihat macam mana ianya berlaku dalam keluarga aku sendiri, macam mana teruk atau jahat sekalipun anak itu, seorang ibu dalam marahnya tetap sayang itu mengatasi segalanya.. Sesungguhnya marah dan benci itu lahir kerana adanya sayang.. Tak sampai hati seorang ibu untuk buang jauh anak yang dikandungnya selama 9 bulan walau macam mana teruk sekalipun marahnya.. Kalau pun hatinya tersimpan amarah, satu hari nanti ianya akan padam sendiri kerana kasih sayang itu mengatasi segalanya..

Keduanya sahabat sejati.. Orang kata sejati tak sejati sahabat itu, bila gembiranya kita, dia ada.. Bila susahnya kita, eh muka dia ada lagi.. Dan mereka tak pernah sekali mengungkit mahupun membangkit tentang apa yang pernah mereka lakukan untuk kita.. Dalam hidup aku, aku ada banyak teman sejati.. Aku ada banyak teman yang bila mana aku menangis kerana satu-satu hal, mereka juga turut menangis.. Cukup bikin hati aku tersentuh.. Terima kasih sahabat..

Ketiganya, siapa-siapa saja barangkali.. Orang luar? Eh.. Ada ke orang luar yang reti dan tahu menghargai kita? Yang selalu ada dengan kita saat kita senang atau susah? Siapa kata tak ada..


Aku nak kongsi cerita yang jarang-jarang aku kongsi di sini.. Jarang aku cerita sebab nanti orang berkenaan akan panggil aku kartun dengan ayat kartun.. Cerita macam mana aku mengenali seorang rakan blogger semenjak zaman awal aku blogging.. Awal aku berblogging tahun 2009.. Sebulan dua aku wujudkan blog ini, aku mula kumpul beberapa kerat pembaca.. Tak banyak mana pun dan ada yang di antara mereka, jarang lagi aku jumpa di sini.. Tapi ada seorang yang dulu ada, sekarang ada (tenggelam timbul sebab sibuk memanjang), dan masa depan aku kena pastikan dia baca juga.. Muahaha..

2 tahun lebih dah kiranya mengenali dia.. Apa aku nak cakap, dia adalah antara beberapa orang yang merupakan orang luar dalam hidup aku, tak ada pertalian apa pun, a stranger but will always be there.. Tak melampau kalau aku kata, walaupun dia seorang stranger, orang luar, tapi dia banyak tahu tentang aku, banyak kenal aku, tahu aku macam mana orangnya.. Seriously, aku berperasaan begitu.. Terharu aku masih ada banyak dan menggunung lagi sebab since 1 year ago, dia tak pernah lupa untuk tanya khabar aku dan kacau aku.. Mungkin sekarang, kekerapannya agak kurang sebab dia pun makin sibuk, tapi cukuplah aku tahu, semenjak dari dulu dia selalu ada dengan aku tak kira saat-saat yang macam mana pun.. Best tak rakan blogger aku yang ini? =)

Jadi, orang-orang yang beginilah patut kita hargai, ya tak? Bukan kita duduk kejar, duduk agung-agungkan orang yang tak pernah pun nak ambil tahu tentang kita, yang bila kita senang dia ada, bila susah, nak cium bau dia pun jangan kau mimpi.. Lesson yang perlu aku belajar juga.. Sebab aku tak pandai sangat macam mana nak tunjukkan penghargaan pada orang..

Till here, salam sayang untuk semua.. Jaga diri.. =)



Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu


Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

HEART SPEAKS : Keep listening to this wonderful and superb song.. It's a sad sad situation ayte?


BERIBU SESALAN??? Nope.. Jangan pernah menyesal sebab kita pernah mencintai.. Biarpun pada orang yang salah.. Hargai setiap momen dan perasaan yang pernah kita alami dalam hidup ini..

=)


:: Take a look on DiGi I-Phone 4 ::

11 Mei 2011

Hidup Begini Hidup Begitu Tapi Tetap Everyday I Love You

Mei 11, 2011 3 Comments
Assalamualaikum.. Salam Selasa untuk anda.. Hari ini dah kurang sedikit keserabutan fikiran.. Sedang belajar "alah bisa tegal biasa", itu yang kena mula pegang sekarang, macam yang pernah aku kata pada Aimi dan Pakcik Hashim.. Dah 24 tahun menghirup udara di muka bumi ini, macam-macam kehidupan dah pernah dilalui.. Hidup yang begini, hidup yang begitu..

Sedari kecil lagi, mula usia cecah 4 tahun, dari bumi Johor Bharu aku berhijrah ke negeri Bumi Kenyalang.. 11 tahun kehidupan di Miri cukup lama untuk aku pahat seribu satu kenangan.. Saat itu masih kecil, umur setahun jagung, hingus pun meleleh tapi tak reti nak lap.. Saat awal-awal kehidupan di bumi orang, aku tak merasa janggal walau sedikit pun.. Aku ingat lagi berapa ramai kawan-kawan abah yang berasal dari Semenanjung juga turut berada di sana.. Tak terasa berada di bumi asing.. Perlahan-lahan, kanak-kanak kecil berusia 4 tahun itu mula menyesuaikan diri.. Mula mencari kawan walau ada dinding penghalang seperti bahasa dan budaya.. Aku sememangnya seorang anak kecil yang begitu petah berbicara, begitu nakal dan seorang yang tak boleh nak duduk diam..

Maka, 11 tahun aku di sana, dari usia 4 sehinggalah 15 tahun, dari SRJK Tukau aku ke SMJK Chung Hwa, macam-macam yang aku tempuh.. Komuniti yang hampir kesemuanya berbangsa Cina sedikitpun tak mematahkan semangat survival aku.. Malah, aku berani bangkit dan lawan.. Hampir semua pertandingan yang ada, aku masuk.. Lumba lari, bola keranjang, syarahan dan pidato, itu tak termasuk nyanyian dan tarian.. Bila dikenang kembali, aku boleh simpulkan, bahawa aku di kala itu adalah seorang fighter.. Aku tak hirau apa pun yang terjadi, aku main redah dan bantai saja..

Usia 15 tahun sampai ke usia 16 tahun, setahun aku di Bandar Baru Bangi.. Ketika awal perpindahan aku dari Sarawaka ke Semenanjung Malaysia, aku cukup gentar.. Seorang fighter mula jadi goyah.. Mana tidaknya, memikirkan nak duduk di persekitaran baru, belajar di sekolah baru yang mana semuanya adalah perempuan.. Ternyata itu satu cabaran yang hebat.. Syukur, fighter ini masih lagi teguh berdiri dan terus menjadi dirinya.. Ketika usia ini, mula berjinak-jinak dengan dunia puisi, sajak dan pantun..

Usia 16, sehinggalah tamat SPM, aku ke bumi Melaka.. Bertukar sekolah sekali lagi.. Tak adalah payah mana nak mengikut perubahan sebab dah banyak kali melaluinya.. Alah bisa tegal biasa.. Ya tak? Sepanjang dunia persekolahan, sekolah yang aku masuki semuanya sekolah harian.. Aku bukan budak asrama.. Hanya menikmati dunia asmara ketika berusia 18 tahun.. Itupun cuma setahun.. Merasalah hidup dengan seribu satu macam peraturan, itu tak boleh, ini tak boleh, wajib itu, wajib ini..


Usia 19 tahun, usia yang aku rasa sangat muda, di mana aku mula duduk menyewa beramai-ramai.. Keadaan aku ketika tahun pertama pengajian itu memang agak sukar dan sadis.. Dengan tak ada kenderaan nak ke kolej, rumah sewa dan kolej pula agak jauh dan untuk berjalan kaki adalah mustahil.. Tapi apa sangatlah boleh dibuat, usahakanlah sedikit cari rumah yang dekat, tumpang kereta senior-senior untuk ke kelas.. Semuanya untuk kelangsungan hidup.. Hampir setahun, akhirnya aku boleh menerima perubahan hidup tersebut.. Aku bangga sebab di usia muda aku dah duduk menyewa rumah bersama rakan-rakan..

Bagusnya rumah sewa, kita boleh buat apa kita suka, kita ada bilik sendiri dan privasi.. Hidup kita ikut apa aturan kita.. Tapi kini, di usia 24 tahun, aku kembali hidup dengan aturan peraturan.. Tiada kebebasan yang seperti dulu dan terikat dengan terlalu banyak peraturan.. Privasi tak perlu disebut, dah kalau duduk sebilik 6 orang, setiap satu orang ada macam-macam ragam, anda bolehlah bayangkan sendiri berapa banyak privasi anda ada sebagai seorang dewasa yang berusia 24 tahun..

Sukar.. Sebab dah 4 tahun duduk menyewa dan kini perlu kembali diikat dengan peraturan kehidupan asrama.. Tapi, dulu aku pernah laluinya kan.. Aku tahu aku boleh laluinya sekali lagi.. Mungkin perlu sedikit masa untuk aku menerima perubahan besar ini.. Alah bisa tegal biasa.. Ya tak?

Walau macam mana pun kehidupan yang dah aku lalui, sedang dan akan aku lalui, hidup begini hidup begitu.. Tapi tetap EVERYDAY I LOVE YOU.. =)

Assalamualaikum..




9 Mei 2011

Here We Are At The Crossroads Once Again

Mei 09, 2011 6 Comments

2 A.M. and the rain is falling
Here we are at the crossroads once again
You're telling me you're so confused
You can't make up your mind
Is this meant to be
You're asking me

But only love can say - try again or walk away
But I believe for you and me
The sun will shine one day
So I'll just play my part
And pray you'll have a change of heart
But I can't make you see it through
That's something only love can do

In your arms as the dawn is breaking
Face to face and a thousand miles apart
I've tried my best to make you see
There's hope beyond the pain
If we give enough, if we learn to trust

I know if I could find the words
To touch you deep inside
You'd give our dream just one more chance
Don't let this be our last good-bye

That's something only love can do



* * * * *

Assalamualaikum.. Haih.. Kepala tengah gila punya serabut.. Macam ada wayar-wayar berselirat dan jadi simpulan yang mengikat sampai mati, sukar diuraikan.. Pertama, serabut dengan soal kehidupan.. Entah kenapa, dah masuk minggu keempat aku berada di bumi Universiti Malaya, aku masih belum mampu lagi suka, menyukai dan menyesuaikan diri dengan segalanya.. Kadang aku rasa nak lari jauh, tempat yang tak ada orang kenal aku.. Tapi apakan daya, kaki terpasung di bumi, tangan terikat di langit..

Aku rindu sangat dengan kehidupan di Ipoh.. Walaupun jadual belajar di sana lagi padat, tapi aku rasa tak banyak stress kalau berada di Ipoh.. Tapi, masa berjalan ke hadapan.. Aku tak mampu berhentikan masa nak berbuat mengikut apa yang aku suka.. Cuma satu saja kata yang boleh digunapakai, bersabar..

Kadang aku harap, boleh jadi Cinderella, ada orang boleh bawa aku lari dari suatu tempat yang tak best ke tempat yang membahagiakan.. Weehoo!! *berangan aje*

Keduanya, serabut dengan soal RAHSIA.. Ahh!! Aku tak ada nak kata apa-apa sangatlah.. Seriously, aku tak reti nak handle.. Aku dah terperangkap.. Wuargghhh!! Sekian.. Haha..

Cukuplah leraikan sikit-sikit serabut yang ada dalam kepala, sampai sini sajalah.. Otak masih tak center lagi sekarang.. Salam petang untuk semua ya.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


:: Saya nak lari.. Boleh awak tahan saya? ::


8 Mei 2011

Cinta Satu Anugerah

Mei 08, 2011 13 Comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad dari aku untuk semua.. Eh!! Rasanya nak masuk tengahari dah.. Sambil-sambil lepak hari Ahad, aku nak kongsi sedikit cebisan perihal cinta dan anugerah.. Macam yang anda boleh lihat, betapa penulis ini sangat mencintai cinta, penulis ini juga acapkali bicara tentang cinta dan cinta dalam hidup penulis ada satu tempat khas yang teristimewa.. Biarpun cinta itu hanya sekadar cinta dan belum lagi menjadi milik siapa-siapa..

Pernah sekali ada sahabat blogger yang bertanyakan, macam mana aku yang telah melalui dugaan macam-macam kerana cinta, dikecewakan, namun tetap aku suka bicara tentang cinta, tak pernah terdetik untuk aku benci pada cinta, macam mana aku tak bosan dan tak pernah putus asa dengan cinta.. Ramai bertanya begitu pada aku..

Rasanya, tak pernah aku diduga dengan begitu hebat dalam perihal yang berkaitan dengan cinta dan perasaan.. Jujur aku akui, lukanya sampai kini masih lagi berbekas dan tak mungkin hilang.. Mana mungkin aku lupa dengan kata-kata manis, tingkah laku yang tampak begitu jujur dan meyakinkan, sampai ke tahap yang aku yakin aku boleh letak harapan untuk masa depan tapi in the end it turns out to be a lie.. Mak dengan abah aku sendiri merasakan kekecewaan yang sama aku rasai.. Ya, mak dan abah aku..

Tapi.. Aku tak pernah benci cinta, aku tak pernah salahkan perasaan yang lahir dari hati itu.. Bagi aku, cinta itu datang dari DIA, itu satu kurnia dan anugerah untuk kita manusia.. Cinta itu sesuatu yang tak ternilaikan.. Hidup tanpa cinta, macam minum teh tak ada gula.. Cinta ibarat gula.. Kurang tak manis, lebih bawa sakit, jadi biar sedang-sedang saja.. Biar cinta itu sederhana-sederhana saja, jangan terlalu taksub kerana cinta, dan jangan pula dalam hati langsung tak ada cinta.. Syukur kita pada DIA kerana menganugerahi rasa indah ini, cinta kerana DIA, pasti bawa bahagia..

Cinta tak pernah salah.. Yang salahnya kita manusia, kita yang lemah dan hina ini.. I do believe in love.. It's just that I still cannot believe in people.. Or should I say it this way, maybe I haven't find that one person whom I can give all my trust.. It's really difficult you know.. If I do feel it inside my heart that I can started to put my trust on someone, then it will just remains in my heart.. Unless.. Unless.. Unless..


Yep.. Unless.. Termeterainya satu ikatan yang menyatukan cinta dalam dua hati.. Then it will not remains in the heart anymore.. Haha.. True what, don't keep it, express it, say it out loud..

Selamat pengantin baru buat Abang Kifli dan Kak Yati merangkap teman serumah aku hampir 3 tahun lamanya.. Maaf sangat-sangat, adik anda ini tak dapat datang meraikan hari bahagia anda.. Rasa berdosa tapi keadaan tak berapa nak mengizinkan.. I do hope kalian berdua akan berbahagia sampai ke akhir hayat, dapat anak ramai-ramai.. I mean, sangat ramai..

P/S : Okay, perkahwinan merpati dua sejoli ini bukti bahawa dalam cinta, usia tak bermakna apa-apa sangat.. Age? It's just a number..

Till here.. Jaga diri semua.. Selamat bersantai di hari Ahad.. Assalamualaikum.. =)






HEART SPEAKS : Ada orang ajak aku cari calon suami, kata dia umur nak masuk 25 dah tahun depan.. Orang lain dah ada, tinggal nak bersatu saja.. Yang tak ada? Haha.. Aku mampu gelak sajalah.. InsyaAllah, DIA ada perancangan hidup yang terbaik untuk setiap dari kita.. =)


Mak.. Along sayang mak..


7 Mei 2011

I Don't Know Why, You Make Me Cry.. Sepah Lagi Ke?

Mei 07, 2011 13 Comments
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu untuk semua.. Eh.. Aku tak habis-habis lagi duduk demam abang-abang Sepah.. Asyik duduk putar lagu I Don't Know Why, You Make Me Cry, I Beg You Please On My Knee and lalalala.. Haha.. Kalau Sepah jadi penyanyi pun mesti best.. Especially Jepp dengan Shuib.. Sampaikan malam semalam dah update pasal Sepah dan lagu-lagunyapun, hari ini nak juga tepek lagi.. I like Sepah maa!! Ngee..

Tapi cukuplah layan lagu Boulevard nyanyian Kumpulan Sepah, hari ini kita cerita program kita pada hari ini.. Jom Jalan Jalan Cari Jodoh.. Eh.. Cari makan.. =)


Rancangan ini dah hampir seminggu lebih aku rancang.. Pergi bersama 2 orang lagi rakan sebilik dan bertolak lebih kurang pukul 3 petang.. Tak lama pun perjalanan, dalam 20 minit lebih dah sampai.. Selesai semua kerja yang patut dibuat di sana, terus menuju ke Yati Ayam Percik.. Eh!! Bukan di Kota Bharu, Kelantan ya.. Pergi ke cawangannya saja di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi tak silap aku.. Sampai di restoran tersebut dalam pukul 5 petang.. Memang tak ramai orang.. Jadi apa tunggu lagi.. Okay, jom melantak!!


Tak ramai pelanggan, apa lagi, snap sana sinilah sebelum menunggu makanan sampai.. Makanan yang telah diorder, of course ayam percik perlu ada dalam menu.. Dah nama pun datang ke restoran Yati Ayam Percik.. Selain itu, nasi goreng dan juga nasi kerabu.. Kenyang dah aku, rasa macam Hippopotamus dah.. Masing-masing memesan Set yang berharga RM 8.90, ada nasi goreng dan ayam percik yang agak besar.. Jemput makan!!


Bila dah kenyang makan, jadi marilah kita membayar bil ya.. Jumlah keseluruhan untuk 4 orang adalah seperti yang tertera di bawah.. Eh!! Mana datang lagi seorang? Oh ya!! Sebagai kakak yang baik, kenalah bungkuskan nasi untuk adik ya.. Kakak siapalah kan.. Sweet sungguh!! Haha.. =p

Last but not least.. Nah!! Gambar tuan blog untuk anda semua ya.. Ekeke.. Overall komen untuk restoran Yati Ayam Percik, okay-okay sajalah.. Hee.. Jadi pada sesiapa yang nak jalan-jalan cari makan, agak-agak dah keluar gaji, bolehlah bawa satu family jamu selera di sini.. =)


Till here.. Selamat berhari Ahad pula.. Jaga diri semua.. Have a great day ahead.. I Don't Know Why, You Make Me Cry ini untuk anda semua.. Hee.. Assalamualaikum.. =)


5 Mei 2011

Siapa Yang Rampas Kebahagiaan Siapa : Isteriku Zulaikha Bikin Mengalir Air Mata

Mei 05, 2011 8 Comments
Assalamualaikum.. Salam petang Khamis.. Esok dah Jumaat.. Lusanya dah bermula hujung minggu anda.. Heaven heaven.. Selalu kita cerita pasal drama Korea, filem Hindustan tak pun Tamil, kadang-kadang Thailand.. Tapi kali ini kita kembali semula ke negara kita yang tercinta yang sememangnya ada banyak juga drama dan filem yang berkualiti dan wajib ditonton.. Eceh ayat..

Mungkin aku agak terlambat menonton drama ini disebabkan di asrama tiada televisyen dan aku hanya dapat menontonnya itu pun selepas keluar versi yang boleh dimuat turun.. Ramai mungkin dah menontonnya tak lama dulu di TV9 dan aku pasti ramai yang bersetuju dengan aku, kalau aku kata drama ini adalah satu lagi hasil tangan produksi Shahrulezad Mohamedin yang boleh dibanggakan..

Kalau anda pernah menonton Kashaf Imani lakonan Beto Khushairy dan Sharifah Amani tak lama dulu dan anda menyukainya, anda mungkin juga akan menyukai drama ini.. Kashaf Imani memang best!! Wajib tonton..



Tapi di sini bukan nak cerita pasal Kashaf Imani, tapi nak cerita tentang drama bertajuk Isteriku Zulaikha yang TV9 sendiri dah 2 kali ulang tayang.. Bagi sesiapa yang belum tengok, tengoklah.. Bagi yang dah pernah tengok, tengok lagi jom.. Haha.. Tak rugi tengok.. Aku tak nak bagi bintang-bintang, korang sendiri tengok, korang sendiri letak bintanglah okay..

Isteriku Zulaikha mengisahkan kisah percintaan Abang (Ungku Ismail) dan Adik (Sharifah Amani) semenjak dari kecil lagi sehinggalah dewasa.. Abang berhasrat untuk melamar Adik namun mak Abang tak menyetujuinya kerana telah memilih Zulaikha (Noor Khiriah) untuk menjadi menantunya.. Setelah mendapat tahu berita itu, adik menghilangkan diri dan Abang terpaksa mengahwini Zulaikha atas kehendak ibunya.. 5 tahun berlalu, Adik kembali dan Zulaikha pula kini mengandung walau pada hakikatnya Zulaikha tidak dibenarkan mengandung oleh doktor.. Namun sayangnya dalam masa 5 tahun tersebut, dalam hati Abang masih belum punya cinta yang sepenuhnya buat si isteri ditambah lagi dengan kepulangan Adik.. Mereka menjalinkan semula hubungan dalam diam tanpa Abang sedar sebenarnya isterinya Zulaikha telah lama mengetahui rahsianya.. Dalam diam, Zulaikha cuba menyatukan kembali cinta Abang dan Adik yang dia rasakan telah dirampas olehnya..


Macam mana kesudahannya? Mungkin ianya boleh diagak, tapi cara pembawaan cerita Isteriku Zulaikha ini lain dari yang lain, buatkan ianya nampak menarik dan unik.. Lakonan ketiga-tiga teraju utama memang superb.. Eceh.. Padahal sebab aku minat dengan Ungku Ismail, semuanya nampak indah.. Keh keh keh..

Dialog yang paling aku suka, bila Zulaikha kata pada Adik, "Adik.. Adik kena ingat.. Bukan adik perampas kebahagiaan orang, tapi orang lain yang dah merampas kebahagiaan adik.. Akak percaya satu hari nanti, kebahagiaan itu akan pulang semula pada adik.."

Macam mana seorang isteri, boleh ungkapkan yang dirinya sendiri adalah perampas kebahagiaan kekasih suaminya.. Seriously, meruntun jiwa dan mengalirkan air mata.. Part paling last sekali, itulah kemuncaknya.. Aku rasa Kolej Ibnu Sina dah banjir kot malam semalam lepas aku tonton Isteriku Zulaikha.. =p


Okay.. Dah panjang dah bebel rasanya.. Aku bukan reti sangat pun buat review drama sebenarnya.. Haha.. Till here.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum.. =)


Nizam : Bos. Nanti kalau satu hari nanti, bos tak nak kan Zulaikha, bagi tahu saya.

Bos : Kenapa?

Nizam : Biar saya kahwin dengan dia.

Bos : Tapi kau tak cintakan dia Zam.

Nizam : Cinta. Bos, kalau dalam sekelip mata Tuhan boleh anugerahkan kita rasa cinta dengan pandangan cinta yang pertama. Tak mustahil bos, dalam sekelip mata juga Tuhan boleh tarik segala rasa cinta itu dengan seribu kebencian. Jadi apa kita nak megahkan sangat dengan rasa cinta tu. Itu bukan hak mutlak kita, itu semua hak mutlak Tuhan.


4 Mei 2011

How Do You Define Yourself?

Mei 04, 2011 5 Comments
Assalamualaikum..
=)


I don't have much things to say, to write. It's just that I came across this piece of picture this afternoon.. I'm very sleepy at the moment, and I shall leave you with this, HOW DO YOU DEFINE YOURSELF? No one else knows you better other than yourself.. And to reflect yourself, you have people around you, people who loves you and cares for you.. They are the mirror image of you..
=)


Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan ku katakan semua

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggupkatakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau selalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku


And how do I define myself?

1) Pencinta kehidupan
2) Pencinta epal merah dan senyuman
3) Pencinta ''Buat Aku Tersenyum"

Basically, aku seorang pencinta..
=)

I'm getting more and more sleepy.. Can't even open my eyes.. Should I take my nap now? Can I end my entry here? Hee.. Take care dear readers.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : If only you can come out with just one word.. Only one word, it sure will make a big different.. Or should wait? Should not wait? Life is full of question..


3 Mei 2011

You Really Look Cute

Mei 03, 2011 4 Comments
Jealousy..
When a man get jealous, people say it's cute..
When a woman get jealous, people say it's a world war..

Jealousy..
How do we actually define jealousy?
Some say it's love..
Some say it's trust..
Some say it's anger..

What do I say?
Jealousy is a word starting from J and end with Y..

=)


Lama sangat dah rasanya tak coret-coret cerita chenta, cerita sweet-sweet.. Macam TERIMA KASIH SAYANG, ataupun LELAKI BOLEH PEREMPUAN PUN BOLEH, mungkin macam BERANI KERANA BENAR.. Mood bunga-bunga cinta, dalam hati ada taman belum memekar lagi.. Rindu sebenarnya nak bercinta dalam entry.. Haha.. =p

I'm going back to KL.. Maybe in the evening or maybe at night.. 3 days to go before weekend arrive.. Ouch.. Gila duduk counting hari nak weekend.. Hoh!! Weekend kali ini duduk di asrama, tak balik Melaka.. Nak jalan-jalan Kuala Lumpur memang kirim salam sajalah.. Duduk bilik, tidurlah gamaknya.. Hoh lagi!!

Take care semua.. Buat yang bekerja, selamat bekerja.. Assalamualaikum.. =)

2 Mei 2011

Retro : Abah Kahwinkan Kamu Dengan Bai Penjual Karpet

Mei 02, 2011 9 Comments
PERINGATAN : Entry ini agak penuh dengan gambar-gambar jejaka bermisai lebat.. Sila bertahan atau sila tutup mata.. Pilih satu antara dua.. Keh keh keh..

Assalamualaikum.. Salam cuti-cuti untuk semua.. Sekejap saja dah nak malam, hari pun dah gelap di luar sana dek kerana hujan sedari petang tadi.. Semenjak dari pagi tadi, tak banyak aktiviti berfaedah sangat pun aku buat.. Slot tengahari aku diisi dengan makan tengahari sambil melayan rancangan televisyen.. Cerita yang aku layan adalah sebuah filem Telugu bertajuk Sankranthi..

Adik aku duduk sebelah, geleng-geleng kepala, sambil berkata, "Awak dah tak ada kerja eh Long? Cerita macam ni pun layan.." Haha.. Aku sengih pada dia sambil berkata, "Along awak multipurpose, semua layan.." Teringat cerita zaman dulu kala awal blogging, KISAH AKU DAN BAI PENJUAL KARPET.. Haha.. =p

Mungkin ramai kenal aku macam mana, mungkin juga ramai lagi yang tidak.. Overall komen aku tentang diri aku, semua aku balun, kayu batu salut tepung KFC pun aku layan.. Keh keh keh.. Sejujujurnya, aku sendiri pun tak pasti tentang kecenderungan aku.. Kamu boleh tengok aku dalam macam-macam versi.. Aku layan semuanya gila-gila, semuanya sama rata.. Aku layan Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Omputeh, Indonesia, Filipina, Malaysia pun ada, Hindustan dan Tamil tak usah kata, Telugu, Malayalam, Kannada pun kadang-kadang ada.. Eh!! Layan produk-produk seni merekalah.. =p


Filem Telugu tadi aku layan sebab ada Venkatesh.. Seriously, agak lama aku tak tengok lakonan dia.. Filem yang kenalkan aku pada dia adalah filem Hindustan, lakonan bersama Preity Zinta bertajuk Dulhan Dilwale Ki.. Bentuk muka dia yang unik sebenarnya plus misainya.. Muahaha.. =p

Sebenarnya, industri filem Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada dan lain-lain lagi, ada ramai pelakon berbakat dan kacak malah cantik belaka.. Cuma mungkin tak ramai yang minat dan berkenan.. Contoh macam adik aku, dia tak minat tengok filem Tamil sebab dia kata dia pening, filem dia sangat cepat, kereta berjalan cepat, orang bercakap cepat, bergasak bergusti pun cepat.. Aku yang mendengar hanya sengih dan gelak.. Well.. Itulah uniknya filem Tamil.. Ekeke.. =p

Orang kalau kenal pun mesti kenal yang tahap popular gaban contoh macam Madhavan, Surya, Ajith, Vijay.. Kali ini saja aku nak sharekan hero-hero lain yang agak popular dan filem yang aku boleh recommend..

Ini Prithviraj.. Hero filem Malayalam..


Okay.. Ramai mesti kenal kot dia.. Jayam Ravi.. Filem dia yang aku boleh recommendkan adalah filem Unnakum Ennakum (Something Something), Santosh Subramaniam dan Mazhai.. Best!!

Yang ini pula adalah Arjun dan Mamootty.. Hero tua sebenarnya.. Haha.. Tapi still ramai yang minat.. Mamootty aku kenal sebab dia berlakon dengan Aishwarya Rai dan Tabu dalam filem Tamil bertajuk Kandukondain Kandukondain.. Arjun pula filem yang best, mungkin Chinna..


Hoho.. Dia ini adalah favourite.. Srikanth namanya.. Filemnya yang dalam banyak-banyak, satu saja yang melekat dalam kepala otak aku adalah filem Bose.. Best!!


Jangan ingat Tamil pun ada Srikanth.. Telugu pun ada hero yang nama Srikanth.. Haha..


And.. Vinay.. Muka biasa-biasa sajalah.. Tapi tetap jadi kegilaan ramai orang.. Aku kurang sikitlah.. Filem dia yang aku nak recommend bertajuk Unnale Unnale.. Heroinnya adalah adik Kajol yang bernama Tanisha.. Romantik!! Tapi tak boleh kalahkan romantiknya filem Unnakum Ennakum.. =)

Haha.. Yang last ini semua mesti kenal punya.. Standard dia dah macam Johnny Lever dalam filem Hindustan.. Pelakon komedi filem Tamil bernama Vadivelu.. Compare dengan hero-hero di atas, muka dia paling clear kan? Tak ada misai, tak ada janggut.. Muahaha..

Haaa.. Cuba cerita macam manalah adik aku tak pandang satu dua tiga macam, dan macam manalah abah aku boleh keluarkan ayat nak kahwinkan aku dengan bai penjual karpet.. Haha..

Okay.. Last aku nak tinggalkan dengan sebuah muzik video dari U-Kiss bertajuk 0330.. I like it.. K-Pop kalau dah layan sekali, memang akan melarat.. Tapi macam mana pula dengan M-Pop yang isunya agak hangat sekarang? Mungkinkah aku akan terjebak sama nanti? Haha.. Masih menjadi misteri.. =p

Selamat malam semua.. Jaga diri dan selamat memulakan kerja semula.. Aku cuti lagi esok.. Hoyeh!! Till here.. Assalamualaikum.. =)