4 Minggu Dah Jatuh Cinta

12 comments
Assalamualaikum.. Salam malam Khamis.. Sekejap rasanya masa berlalu.. 4 minggu di Taiping dah nak habis.. Ada satu orang di Jabatan Ortopedik ini yang bagi impak kebaboom dalam hidup aku.. Jatuh cinta ke "jatuh cinta"? Heee.. Mari mari kita tengok impak apa impak yang beliau bagi pada aku.. Seorang pakar dalam Jabatan Ortopedik, aku gelar sebagai Abang Gur.. Kacak yawww!! Macam hero hindustan.. :p


* * * * * * * * * *


Minggu Pertama
A big, tall, and tough guy.. Mata pandang garang macam nak telan orang.. Doktor-doktor muda buat salah, bom memang akan jatuh atas kepala seorang seorang.. Aku naik takut nak pergi kelas.. Pembentangan dalam kelas, dalam wad.. Puas aku dengan kawan-kawan kena bom.. Masyukkk!!!



Minggu Kedua
Situasi bom mengebom ada kurang sedikit.. Sedikit saja.. Beliau masih dengan kegarangan dan muka ketat beliau.. Aku pun naik malas nak pergi kelas.. Hoho.. Budak medik boleh ponteng tak? Tapi beliau memang garanglah!! Sangat.. Sangat.. Dan sangat.. Ayat-ayat beliau sangatlah pedas..



Minggu Ketiga
Kelembutan mata mula terserlah.. Tutur kata pun makin menyedapkan hati dan melegakan kepala otak.. Kalau tidak, memang sepanjang masa hidup dalam ketakutan yawww!! Bom bom dah tak ada.. Mula mengajar dengan penuh sabar walaupun kadang-kadang kebengongan kami semua terserlah dengan jawapan yang entah apa-apa kepada persoalan beliau.. Maaflah Abang Gur.. Ngee.. :p



Minggu Keempat
Gelak gelak beliau dah boleh kedengaran.. Sejuk hati dengar.. Mata pun dah penuh dengan kemesraan pada kami-kami semua.. Kata kawan baik aku, mungkin Abang Gur dah mula sayangkan kami-kami semua.. Err.. Sayang? Mungkinlah agaknya.. Yawww!! Aku sukalah.. Tapi dah 4 minggu.. Dah habis praktikal di Taiping.. No more!! Takkan jumpa Abang Gur lagi.. Sedih-sedih.. Baru mula nak rasa kasih sayang beliau.. Hihi.. Well!! After all, aku gembira sebab aku kenal beliau.. Seorang pakar yang hebat.. Percaya tak aku kata beliau tak kahwin lagi? Hehe.. Jangan marah haa.. :p

Betul orang kata.. 1 hari memang tak cukup nak kenal orang atas bawah, kiri kanan, luar dan dalam.. Tak kenal, dan maka tak juga cinta.. Masa mampu dekatkan hubungan manusia, dan masa juga mampu jauhkan hubungan manusia.. Ya tak? Heee.. Ambil masa untuk kenal seseorang.. Ambillah tak kira banyak mana masa pun.. Tak ada ruginya.. Tak kenal, maka tak cinta.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Tapi kalau dah kenal sesudahnya terjatuh cinta? Aiyo!! Tak tahu!! Sendiri mahu ingat.. Hihihi.. :p

Main-Main Ke Atau Betul-Betul Ke..

15 comments
Assalamualaikum semua.. Salam pagi Isnin.. Phew!! Akhirnya bernafas juga blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Semenjak di Taiping menempuh 4 minggu posting Ortopedik, memang tak ada masa langsung nak sentuh dan belek blog.. Tinjau dalam diam saja.. Hujung minggu yang lalu pun sakan berjalan ke utara tanah air, memang tak buka blog langsung.. Jalan-jalan Alor Star, jumpa blogger, borong barang di Padang Besar dan tak lupa bercinta dalam Gua Kelam.. Weeeee.. =p


Ada satu hari, walau dalam sibuk, sempat jugalah aku belek-belek dan skodeng-skodeng Facebook.. Aku terpersankan status Kapten Luffy yang berbunyi begini..


"Lelaki ni adik-adik sekalian.. Dia cakap memang nampak bergurau, nampak main-main.. Tapi maksudnya dia serius.. Lelaki kan penyegan, pemalu.."



Lama tak bicara soal bezanya lelaki dan perempuan.. Tentang pandangan lelaki pada perempuan dan perempuan pada lelaki.. Dulu aku mungkin percaya 100% statement Kapten Luffy.. Tapi sekarang, buat aku berfikir 150 juta kali.. Setuju aku dengan serangan balas dari adik angkatku, yang menyatakan..


"Susah.. Perempuan tak faham benda-benda macam tu.. Dah korang cakap main-main, perempuan anggap main-main la.. Kalau anggap serius, takut orang kata PERASAN pula.."


Absolutely right.. Pengalaman dah banyak hantuk aku sampai berdarah dan luka hantukan masih lagi berparut dan denyutan pun masih lagi terasa.. Sedangkan kata-kata yang lahir dari orang yang paling rapat dengan anda, yang memahami diri anda, yang ada wujudnya sayang anda kepada dia, yang rasanya seperti ada putik-putik cinta pun sukar untuk dipercaya..


Mulut senang menutur kata, yakin dan serius malah cuba meyakinkan, "mak mahu merisik, serius, tak main-main.." Tapi pengakhirannya, yang tinggal hanyalah hati yang dah keras dan tak lagi ada percaya.. Bukan saja pada dia, tapi dia, dia dan dia malah juga dia.. Hoho..



Dan bagi diri aku sendiri.. Dah tak ada istilah percaya.. Prinsip hidup aku, kalau lelaki kata main-main, anggap saja dia MEMANG main-main.. Walau dia kata serius sekalipun, anggap juga dia main-main.. Orang kata action speaks more than words.. Tapi untuk aku.. Tindakan juga kadang-kadang menipu.. Jadi apa lagi yang tinggal untuk aku pegang dan aku percaya? Sampai bila kerasnya hati ini akan cair kerana tekad dan kesungguhan seorang yang namanya lelaki? Dan aku sendiri, masih tak pasti.. Huhu.. Di mana letaknya sebuah yakin sebuah percaya yang aku tak pasti masih ada atau tiada lagi..


Haish.. Dah macam kes kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. Apakan daya.. Diri sendiri harus dipelihara dari terluka.. Sedangkan orang yang kita sayang dan percaya pun lukakan kita.. Apa lagi yang tinggal untuk kita selain diri kita sendiri.. Heeee.. Ego ego.. =p


Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Orang mungkin kata aku jiwang, bunga-bunga kembang dalam taman.. Tapi hakikatnya, bunga ada dalam taman TAPI dah gugur daunnya, diselaputi salji yang makin menebal.. Orang luar mungkin nampak pemandangan daun-daun gugur dan diselaputi salji itu cantik.. Tapi di dalam sana.. Sejuknya yang mendera tubuh tak ada siapa yang tahu.. Heee.. Tapi.. Aku tetap akan terus tersenyum.. =)


Kenapa Perempuan Suka Yang Sweet Sweet?

17 comments
Assalamualaikum.. Salam 13 Syawal.. Sekarang sibuk yang amat.. 2 minggu.. Tapi lepas 2 minggu, aku akan merajinkan diri jenguk-jenguk blog korang ya.. =)


Hari ini sempat singgah blog adik doktor kita yang belajar di Egypt sana.. Adrina Qamarina nama diberi.. Aku sangat tertarik dengan entry dia bertarikh 12 September.. Tajuk dia KEEP HER FOR ME UNTIL THE RIGHT TIME COMES..



Haih.. Terharu aku.. Rasa sweet gila punya gila kot.. Haha.. Kenapa entah perempuan suka sangat yang sweet sweet kan?


Keep her for me until the right time comes adalah status seorang pelajar lelaki yang mendambakan "seseorang yang dia ingin miliki" tapi hanya apabila masa yang sesuai tiba.. Lelaki itu ingin punya hidup dan kerja yang stabil barulah mulakan langkah menyatukan dua jiwa jadi satu.. Ekeke..



Kalau seorang lelaki kata begitu kepada anda wahai wanita, sanggup tak anda tunggu dia? Kata orang, kalau memang dah jodoh, dan dah memang masa yang tepat, apa yang dah ditakdirkan tetap akan tersuratkan.. Dan doa KEEP HER FOR ME UNTIL THE RIGHT TIMES pasti Allah makbulkan.. Ya tak?


Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Pssttt.. Hujung minggu mungkin akan jalan-jalan cari jodoh ke Alor Setar.. Kedah!! Here I come.. =)





FOOT NOTE: Agak-agak kalau kau kata pada aku, "I pray that Allah will keep you for me until the right time comes.." Aku akan tunggu kau tak? Heeee.. =p

Pesan Di Angin Lalu Kala Hujan Tak Berapa Nak Renyai

11 comments
Assalamualaikum.. *toleh kanan toleh kiri* Pandang blog dengan pandangan asing.. Ada orang kenal aku lagi ke? Err.. Kalau ada orang rindu aku, aku tahulah.. =p





Selamat malam.. Salam 12 Syawal.. Assalamualaikum.. =)




PESAN ANGIN LALU:

Selamat datang cinta, ke ruang hatiku..
♥ ♥ ♥


Blog Jadi Makhluk Asing

9 comments
Assalamualaikum.. Err.. Salam 5 Syawal buat semua..



Buka blogger.. Pandang dashboard.. Apa pasal rasa macam aku pandang makhluk asing? Dashboard dah nampak macam ketupat rendang.. Entry-entry kawan-kawan yang terbaru dari ladang pula dah nampak macam biskut raya.. Ohh.. Gila-gila..


Ketuk keyboard pun rasa macam asing.. Ketagihan untuk online dah ada ubat, dah tak ketagih.. Rasa macam kalau nak bersara dari dunia maya pun dah tak ada masalah kot.. Ekeke..


Till here.. Assalamualaikum.. Bagi yang masih bercuti, selamat cuti raya dan selamat beraya sakan.. Bagi yang dah mula bekerja, chaiyok!! Jaga diri.. =)




FOOT NOTE: Kalau boleh raya tahun depan nak raya dengan encik nama suami.. Wakakakakakakakakaka.. *berangan tinggi melangit.. maaflah ya.. ekeke..* Selamat hari raya semua..


Short Blogging System a.k.a SBS

8 comments
Assalamualaikum semua..

Terkial-kial lagi menaip guna handphone, maklumlah rabun IT.. Bukan buta okey.. Ini konon-konon macam live update gitu.. Budget artis.. Haha..

Buat yang menyayangi diri ini dan mencari tahu khabar si Cahaya Yang Riang Gembira, aku dah selamat sampai di kampung halaman tercinta, Kota Tinggi, beberapa minit yang lalu.. Dan dengan selesainya update teringkas atau aku namakannya Short Blogging System ini, maka aku pun nak tumbang atas katil.. Jumpa lagi di lain update.. Mungkin perutusan raya malam nanti ke.. Heehee..

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Salam 30 Ramadhan.. :)

Koleksi Entry Yang Penulis Rasa Best Tentang Cinta & Kehidupan

13 comments

Assalamualaikum.. Page ini khas mengumpulkan entry-entry yang pembaca suka, penulis rasa best dan dicoret oleh tuan blog sendiri tentang cinta dan juga kehidupan.. Selamat membaca.. =)

CORETAN DARI HATI : TERIMA KASIH SAYANG (Favourite aku)

SELAMAT HARI JADI SAYANG (Karya Hariz Izuan - Favouriteku juga) 
 SELAMAT HARI LAHIR PENYEBAB SENYUMAN DALAM RAHSIA



LOVE


THIS IS MY ROCK FOR YOU

LELAKI.. MAN.. NAN REN.. NAMJA..

PILIH KASIH : 1 UNTUK LELAKI 1 UNTUK PEREMPUAN

PERKAHWINAN : MENJADI DAN BUKAN MENCARI

KALAU NAMA DIA PEREMPUAN, DIA PASTI KECEWA SEDIKIT DENGAN LELAKI MACAM KAZEHAYA SHOTA *Readers Favourite*

HOW TO LOSE A GIRL IN ONE SECOND

PENGUIN : NAK ATAU TIDAK

INI KISAH MEREKA.. KISAH KITA DAN KISAH SEMUA..

MARI KITA BUKA KLINIK: KES PERTAMA

IKLAN RADIO: PERBEZAAN MENJAUHKAN KITA, KASIH SAYANG MENDEKATKAN KITA

MEMASAK TANGGUNGJAWAB KITA BERDUA BERSAMA

PERKARA - PERKARA SWEET YANG KITA DAMBA (EDISI JIWANG GEGADIS)

Kisah Suami, Isteri Dan Selimut Mereka *FAVOURITE AKU*

Bisikan Nurani Seorang Insan Bernama Lelaki Dan Bergelar Suami

Dialog Antara Kanda & Dinda

Saya Bukan Isteri, Bukan Kekasih.. Tapi Saya Sahabat Awak Kan?

Ketika Allah Memilihmu Untukku

Mak Tak Kuasa Nak Merindulah Nyah

Nikah Muda-Muda

Kalau Jiwa Tak Sesuai, Cinta Takkan Wujud?

He's Younger Than You

Berani Kerana Benar *FAVOURITE AKU*

Lelaki Boleh Buat.. Perempuan Pun Boleh Buat.. *FAVOURITE AKU*

Bila Dia Kata Sayang, Dia Kata Cinta.. Tak Reti-Reti..

Saya Suka Berbicara Dengannya, Mungkin Dialah Teman Hidup Saya..

Kalau Sakit Makan Ubat..

Asal Usul Lagu Cari Jodoh Wali Band *FAVOURITE AKU*


LIFE


PILIH SATU ANTARA DUA, NAK DUA-DUA PUN BOLEH : BERJAYA ATAU LINGKUP?

THIS IS PART OF HUMAN LIFE

APA YANG ANDA PATUT BUAT SUPAYA ORANG PANGGIL ANDA SI CANTIK?

IS THIS A MATTER OF 'JATIDIRI'?

PENGAJARAN DALAM KEHIDUPAN ITU SENTIASA DATANG AGAR KITA TAK LUPA

BUDAK KECIL KATA NAK CEPAT DEWASA.. BUDAK BESAR SEPERTI KITA NAK KEMBALI KECIL PULA..

SISI HIDUP SEORANG BLOGGER : TEMPIASNYA TERKENA PADA BLOGGER PICISAN INI

PERSIAPAN SEBELUM MENGAMBIL KEPUTUSAN INGIN BERUMAHTANGGA

PETUA MENJADI KAKAK DAN ABANG YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.. (VERSI MENYELERAKAN)

FIRST IMPRESSION : IKUT SUKA HATI ANDA BAGAIMANA ANDA NAK FIKIR

PEREMPUAN!! BUKAN KITA TAK PERLU LELAKI.. CUMA KADANG ADA PERKARA YANG KITA BOLEH BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI..

TAKE IT OR LEAVE IT

PREVENTION IS BETTER THAN CURE

BILA SAHABAT BAIK DAN KITA JADI SATU, BEGINILAH JADINYA

HOW DO I LIVE WITHOUT YOU

OH ENDORFIN! AKU PERLU KAMU

MUNGKIN ANDA ADALAH CALON-CALONNYA

Happiness Is A Journey, Not A Destination

Ingat Mati

Dare To Dream.. Believe In Miracle..

Anak Itu Rezeki Anugerah Allah

Alif Cerita Tentang Bangun Semula

8 Kelebihan Punya Badan Comel Seperti FarhanaDr

Belajar Hormatkan Kehormatan

True Meaning Of Love *PEMENANG KEDUA CONTEST JOEGRIMJOW*

Ini Kisah Pak Belalang, Kapten Luffy Dan Wak Tejo *FAVOURITE AKU*



List-list entry di sini akan diupdate dari semasa ke semasa.. Terima kasih.. Assalamualaikum.. =)



Kanak-Kanak Riang Tahun 1987..

15 comments
Assalamualaikum.. Chak!!


Eh eh.. Kenal lagi tak siapa di sini? Si Cahaya Yang Riang Gembiralah.. Siapa lagi.. Lama betul tak nampak.. Rindulah pada Farhana.. Ekeke.. =p


2 hari lagi dah nak raya.. Semua orang pun dah dalam mood raya.. Automatiknya blog ini pun bertukar mood, menjadi lebih ceria sempena hari raya yang bakal menjelma.. Cantik tak cantik, layankan saja..


Adik aku tanya.. Ini blog budak kecil ke Along? (-_-!)


Along pun jawab.. Haipp!! Cantik apa!! *sedapkan hati*


Dah nama blog pun Cahaya Yang Riang Gembira, kenalah cari template yang menceriakan.. Walau lahir tahun 1987, hati tetap muda dan remaja seperti kanak-kanak Ribena.. Lalala..


Okey.. Menyambung misi membuat biskut-biskut raya, kek-kek Sarawak dan seangkatan dengannya.. Jumpa di update yang akan-akan datang.. Please rindukan aku.. Weeeee.. =)


Assalamualaikum..


Pesanan Seorang Bakal Isteri Kepada Bakal Suami.. Dahsyatlah Tajuk Entry..

20 comments
Assalamualaikum semua.. Ouh.. Rasa macam dah lama sangat aku tak conteng-conteng, bebel-bebel dalam blog tercinta.. Semenjak jejak kaki ke Taiping, dah 3 hari rasanya tak berupdate apa-apa lagi kot.. Aku di sini, di Hospital Taiping, menjalani posting Ortopedik selama sebulan.. Baru 3 hari tapi aku dah rasa diri aku macam zombi Bandar Taiping.. Kelas dari pagi sampai petang pukul 6.. Kadang-kadang Specialist akan merajinkan diri dan kelas kami melarat sampai ke pukul 10 atau 11 malam.. Dah boleh tidur sambil berjalan dah rasanya.. =p



Kenapa letak gambar baby? Heee.. Saja nak bawa anda semua menelusuri saat kita semua masih bayi dan comel loteh, ketika keluarnya kita dari perut mak lepas 9 bulan sarat kita dikandung dan dibawa kita ke mana saja.. Betapa besar kan pengorbanan seorang ibu.. Ayah pun begitu juga..


Selama 3 hari aku di sini, jejak saja kaki di wad, kebanyakan pesakit adalah lelaki-lelaki muda yang berumur lingkungan 15 tahun hingga 25 tahun.. Terlebih dahulu, ortopedik adalah cabang perubatan yang melibatkan soal-soal tulang, sendi dan otot ya anak-anak semua.. Heehee.. Makanya, pesakit yang dimasukkan ke dalam wad kebanyakannya adalah kerana kemalangan kereta atau motosikal.. Patah tulang tangan, tulang kaki, tulang punggung, macam-macam tulanglah.. Calon-calonnya? Anak-anak muda kitalah..


Psssttt.. Ramai juga yang kacak dan comel belaka, sempatlah kenal seorang dua pesakit.. Kalau sebulan, pasti boleh kumpul lagi ramai calon.. Kan? Eh.. Niat serong dah Cik Farhana ni.. =p


Pesanan sebalik bebelan yang panjang? Love yourself.. Take care of yourself.. Mak susah payah kandungkan kita 9 bulan, jagalah diri dan sayanglah nyawa juga tubuh badan kita ya.. Jangan memecut semasa memandu.. Jangan bermain SMS semasa memandu.. Jangan tidur sambil memandu.. Dan don't drink and drive.. Bila dah accident, patah sana patah sini, masuk besi sana, masuk besi sini, pasang skru, wayar itu ini, sangat susah dan perit.. Aku dah tengok dengan mata kepala sendiri.. Jadinya, sayangilah diri dan ingatlah orang-orang yang kita sayang.. =)


Okey.. Hari ini kelas habis tepat 6 petang.. Selesai kelas, akan terus memecut balik Melaka.. Berbuka dalam perjalananlah jawabnya.. Kopi pun kena teguk banyak-banyak.. Zombi punya effect masih kuat.. Adeh.. Take care semua.. Selamat bercuti raya.. Selamat berpuasa.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Kepada bakal suami Cik Farhana, tak kira siapa anda dan di mana anda berada, sila memandu motosikal atau kereta atau apa-apa sajalah dengan amat berhati-hati.. Sayangi diri ya.. Coz I haven't met you yet.. And you haven't met me too.. Ngee.. =)


Happiness Is A Journey.. Not A Destination..

18 comments
Assalamualaikum.. Salam 22 Ramadhan.. =)


* * * * * * * * * *


Ini satu dilema aku sampaikan untuk kalian.. Ini soal kehidupan dan kebahagiaan.. Hellen Keller bilang, "When one door of happiness closes, another opens.. But often we look so long at the closed door that we do not see the one which has been opened for us.." Itu beliau yang bilang, beliau yang kata, anda nak kata apa? Tindakan yang sepatutnya adalah?



Mengejar kebahagiaan yang hati inginkan tapi masih samar-samar lagi samada dapat atau tidak bahagia itu?


ATAU..



Menyambut kebahagiaan yang datang dihulur tanpa duga didepan mata namun masih samar-samar lagi benar-benar boleh bahagia atau tidak?



Someone used to tell me, think of what makes you happy and not why it makes you happy, then you'll definitely find your happy ending.. Better start to think of what actually makes me happy..


Happiness is a journey and not a destination.. Maknanya, saat kita keluar dari perut ibu, celik mata dan menangis sehingga kini, semuanya adalah happiness.. Quote yang sangat pendek but yet memberi satu aura positif yang sangat-sangat besar.. =)


And out of those 2 choices.. Aku pilih.................


Have a great Wednesday.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: 6.30 A.M.. Hospital Taiping.. Posting Orthopedic.. Sebulan..


Rindu kot.. =(



Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.