Merdeka 53: Koleksi Status Facebook Rakyat Malaysia

15 comments
Assalamualaikum rakyat Malaysia.. Tarikh di kalendar, 31 Ogos 2010, bersamaan 21 Ramadhan.. Dan sudah 53 tahun negara kita merdeka.. Di luar sana kedengaran bunyi mercun meletup-letup warna-warni di angkasa.. Happy Independence Day Malaysian.. Proud to be Malaysian and we love Malaysia..


Siapa bilang sambutan kemerdekaan tak meriah? Siapa kata semangat kemerdekaan tak membara dalam diri anak-anak muda bangsa kita negara Malaysia? Heee.. Aku dengan ini menawarkan diri menjadi "wartawan skodeng" dan jom kita sama-sama tengok koleksi status Facebook blogger-blogger di dalam friend list aku.. Bersemangat ke tak bersemangat!! Minta copy paste ya.. Jangan saman aku.. Ekeke.. =p


* * * * * * * * * *


"MERDEKA!!! Yeah.. Ececeh semangat betul aku tahun ni.. =)"


"Selamat Hari Kemerdekaan.. Kemerdekaan perlu dihayati sepenuh hati, bukan mudah untuk bebas dan merdeka.. Jangan kita dijajah kembali.."


"Lantai emas di toilet orang, lantai batu di toilet sendiri.. Lagi best di toilet sendiri.. Happy merdeka day!!"


"Modekaaa!!!"


"Ya Allah Ya Tuhan kami..
Di hari kemerdekaan negeri kami..
Kami memohon kepadaMu, Ya Allah..
Ilhamilah kami untuk dapat menyadari dan mensyukuri..
Dengan benar rahmat agung anugerahMu..
Nikmat kemerdekaan sebenar kepada kami"


"Selamat hari merdeka kalian! Moga kalian memahami apa erti sebenar kemerdekaan selain cuti, bunga api dan konsert yer.."


"Lepas raya:- Nak menonton wayang!! Eh.. Pembetulan status:- Ni dah countdown merdeka lom nih.. Ok.. Happy Merdeka Day.. Proud to be Malaysian.. I love Malaysia.. =))"


"‎Selamat menyambut hari keMERDEKAan yang ke 53 MALAYSIA.. 1MALAYSIA menjana TRANFORMASI.. Semoga MALAYSIA terus aman selamanya.. Amin.. Saya bangga menjadi ANAK MALAYSIA...^_^"


* * * * * * * * * *



Walau siapa pun kita, di mana berdirinya kita, Malaysia tanah tumpah darah kita, dan kita bangga jadi anak Malaysia.. Negara kita ibarat warisan yang diperoleh dengan susah payah oleh nenek moyang kita, dan kita bertuah untuk menikmati warisan yang ditinggalkan nenek moyang kita.. Seharusnya kita galas tanggungjawab kita, kita jaga ia, supaya warisan ini dapat dinikmati oleh generasi kita yang akan datang.. Nenek moyang pasti tersenyum bangga melihat warisan ini terpelihara.. =)


Negara sudah merdeka.. Diri kita macam mana pula? Sama-sama kita renungkan.. Assalamualaikum.. Selamat menyambut hari kemerdekaan sekali lagi buat rakyat Malaysia.. Selamat malam.. =)

Kisah Suami, Isteri Dan Selimut Mereka..

18 comments
Assalamualaikum..


* * * * * * * * * *




Di dalam sebuah bilik.. Gelap tiada berlampu.. Hanya percikan cahaya bulan yang mengambang penuh dari luar memancar sedikit menerangi bilik besar itu.. Dalam samar-samar, tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki.. Dan seorang perempuan.. Sedang berbaring sambil berbicara hati ke hati.. =p





Lelaki
Sayang.. Awak tak aci betul kan.. Dulu sebelum kahwin awak kata awak tak suka pakai selimut masa tidur..


Perempuan
Dan.. Sayang ingat lagi abang kata, abang terima seadanya sayang yang suka tidur tak pakai selimut kan?


Lelaki
Menggediklah awak ya.. Abang serious ni..


Perempuan
Bukan menggedik.. Saja nak manja-manja.. Haha.. Habis tu apa masalah abang sekarang?


Lelaki
Masalah besar sayang oii.. Tiap-tiap malam tidur, selimut abang mesti hilang.. Bangun pagi tengok, amboi sedapnya sayang berkelubung dalam selimut..


Perempuan
Ekeke.. Pengorbanan namanya tu abangku sayang..


Lelaki
Tak apalah sayang.. Abang tak kisah sangat.. Hehehehehe.. *gelak panjang* Sebab di malam yang bersejarah ini, abang tak akan benarkan sayang merebutnya dari abang.. Pertarungan malam ni abang yang akan menang..


Perempuan
Okey.. Kita tengok!!! *sambil jeling-jeling manja pada abang sayang*


* * * * * * * *




Tak disangka-sangka.. Malam itu, perebutan selimut berlaku.. Tapi tiada yang kalah dan tiada yang menang.. Sebabnya? Si isteri memang kaki rebut selimut.. Tapi si suami pun bijak dan ada idea sendiri untuk mendapatkan selimut tersebut.. Akhirnya, sama-sama dapat tidur dalam selimut..







Dalam sesebuah perhubungan, tak kiralah kekasih, suami isteri, malah adik beradik juga antara sahabat, masalah memang akan wujud.. Sebabnya, manusia macam-macam.. Lain orang lain ragam.. Masalah kalau tak ditangani dengan baik, pengakhiran pasti akan tercetus pergaduhan.. Tak elok gaduh-gaduh ya anak-anak sekalian.. Heee.. Orang yang rasional dan bijak pasti akan cari jalan untuk selesaikan masalah.. Hasilnya? Pertama, masalah settle.. Kedua, dua-dua pihak dapat benefit..


Dalam perkahwinan misalannya, pasangan yang bijak takkan jadikan pergaduhan sebagai penyelesaian sebuah permasalahan.. Cuba menerima ketaksempurnaan pasangan, dan gunakan akal fikiran yang waras, juga rasional untuk melengkapkan ketaksempurnaan tersebut dan bukannya mengungkit, membangkit dan akhirnya perkahwinan "jatuh sakit".. After all, perkahwinan yang kita semua inginkan sudah pastinya untuk seumur hidup.. Ada yang nak kahwin setakat sehari dua saja? Kalau begitu, baik main pondok-pondok.. =p


Mesej yang cuba nak disampaikan?

1) Masalah perlu diselesaikan dengan bijak dan rasional, bukan dengan bergaduh..

2) Perkahwinan adalah soal menerima ketaksempurnaan dan belajar saling melengkapkan dan saling menyempurnakan.. Bukan soal gaduh-gaduh, tikam-tikam, campak asid, alkali, dan seangkatan dengannya.. Kalau pasangan zaman mak ayah, atuk nenek kita rata-rata boleh hidup bahagia, kenapa tidak kita?


Assalamualaikum.. Nite peeps.. Salam 20 Ramadhan.. =)




FOOT NOTE: Aku memang tak suka pakai selimut.. Tapi siapa tahu, masa akan datang, aku mungkin akan berebut selimut.. Haha.. =p

Miss You Like Crazy? Eh! Tolong Sikit..

12 comments
Assalamualaikum.. Mood Cik Farhana sangatlah tak baik hari ini.. Entah kenapa cepat benar hati ini mengecil.. Abaikan sajalah.. Perempuan memang ada masa tertentu akan jadi begitu.. Huhu.. =p


Eh.. Rasa macam lama sungguh Doktor Cinta Luar Biasa ini tak menjiwang.. Haha.. Dah bersara ke apa.. Entahlah.. No komeng.. Heee.. Nak share satu kata-kata yang dipetik dari blog Fazreen..



"Every girl has that one guy that she can't love, won't love but everytime she sees him, her heart skips a beat.. And he's the only one who's always on her mind but she knows there is no chance.. So she keeps living, putting on that smile that hides her feelings, so he won't ever know.."


Semenjak dua menjak, kalau kata tak dengar khabar dari orang itu, rasa lain macam.. Dulu tak adalah kisah sangat pun, bila agak-agak nak tanya khabar, tanya terus.. Tapi sekarang susahlah.. Entahlah kenapa dengan aku.. Unexplainable.. Dan dah 2 malam juga aku mimpikan orang itu.. Dua-dua mimpi itu, orang itu pegang handphone di tangannya dan tersenyum.. Oh.. Apakah? (-_-!)



Tidak ya.. Tidak!! Diulang sekali lagi.. TIDAK!! Ini bukan rindu, miss-miss, xiang nian atau yang seangkatan dengannya.. I miss you like crazy? Oh.. Tak ada maknanya aku nak rindu-rindu.. *ini juga bukan satu bentuk denial state di mana ianya dialami orang yang tak boleh nak terima kenyataan* =p




Tapi aku sedang melayan filem ini, Miss You Like Crazy.. Ekeke.. Filem ini sangat happy go lucky.. Bikin senyum dan gelak saja.. Siap ada Titiwangsa Park dengan Petronas Twin Towers.. Haha.. Hans Isaac pun berlakon.. Siap bercium dengan heroin hot Filipina, Bea Alonzo.. Aigoo~~~ I used to love Philippines movie especially yang bergenre cintan dan cintun.. Heee.. One of my favourite quote in this film..


"There are things that only time can teach you.. Like.. How much you love a person?"


Heeee.. Till here.. Take care semua.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Sedang mendownload "I Hate Love Stories", "Ek Vivaah Aisa Bhi" dan "13B".. Lama tak tengok Hindustan.. Layan sampai lebam sebelum cuti habis..

Oh Lelaki Bertelekung..

12 comments
Assalamualaikum.. Salam 18 Ramadhan semua.. Cuti-cuti Malaysia aku, secara rasminya dah habis 3 hari.. Another 2 more days.. Hoyeh!! Tak sabar nak habiskan cuti.. Eh!! Orang sayang nak habiskan cuti, yang dia ini galak nak menghabiskan cuti.. Apa kes? Kes apa lagi.. Lelaki yang bertelekung punya kes.. Malam semalam, dengan rajinnya aku berblogwalking setelah berkurun lama aku tak buat, aku jenguk blog Encik Zairie dengan tajuk entry Taman Cempaka dan Lelaki Bertelekung..


Oh lelaki bertelekung.. Kisah kau menculik pelajar di Taman Cempaka pukul 7.10 pagi dan mengebas segala laptop di dalam rumah tersebut benar-benar menakutkan aku.. Taman Cempaka berada di Ipoh ya kawan-kawan sekalian.. Ipoh adalah tanah tempat aku berpijak sekarang okey anak-anak.. Kawasan itu dengan tempat tinggal aku adalah dalam 10 ke 15 minit.. Waaaa.. Ini cerita lagi gerun dari tengok filem seram di TV, lagi mendebarkan dari siri-siri filem Home Alone.. Mana tidaknya, siap ada penglibatan pisau dan asid.. Memang gerun.. Manusia memang boleh datang dalam pelbagai rupa bentuk kan? Hurrmmm..


Malam tadi pukul 9 pun aku sempat keluar ke 7e.. Kalau aku tahu kisah lelaki bertelekung memandu MyVi ini, memang aku tak keluar malam tadi.. Tabiat aku, bila aku dah ketakutan, memang aku takkan tidur sampai pagi.. Mata bulat sebulatnya.. Telinga secapang-capangnya.. Kalau dengar bunyi-bunyi pelik, aku cepat-cepat bunyikan alarm kereta.. Dah rumah sewa aku tak ada alarm.. Alarm jam takut jiran tak dengar.. Ekeke..


Kisah selanjutnya boleh dibaca di KOSMO ONLINE..



Alangkah bagusnya kalau Superman, Spiderman, Keluang Man, Dark Batman wujud.. Ekeke.. Bolehlah jadi hero yang protect heroin.. Hep!! Kanak-kanak sungguh.. Abang polis kan ada.. No worries.. But.. Hey.. Seriously.. Deep down.. Patiently waiting, praying that one day I'll get a chance to meet my "Superman".. My Superman that belongs to me and only me for the rest of my life.. Amin.. =)


Selamat berhujung minggu semua.. Pada yang join gathering berbuka puasa di Shah Alam petang nanti, enjoy peeps.. Take care.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Oh housemate tercinta.. Cepat balik!! Hoho..


Bila Yang Namanya Perempuan Duduk Seorang Diri Di Rumah: 3 Fasa Hidup

11 comments
Assalamualaikum.. Selamat di malam hari buat semua.. Malam ini jugalah bermulanya "home alone" buat entah ke berapa kalinya.. Selesai memasak Maghrib tadi, terus makan.. Perut pun dah kenyang dan mata pun dah berpusing-pusing.. Sabar menantikan drama Syurgamu Ramadhan, kalau tak memang dah lama aku bergolek tersembam atas tilam..


Bila duduk seorang diri di rumah, tiba-tiba terfikir tajuk entry di atas.. Rasa macam mahu kembangkan, tambah isi jadi entry.. Bila yang namanya perempuan itu duduk seorang diri di rumah, apa di fikiran mereka.. Perempuan dalam 3 fasa berbeza hidupnya.. Entry suka-suki dan tiada kena mengena dengan perempuan-perempuan lain, mungkin perempuan yang namanya Farhana saja barangkali.. Heee.. =p



1) Kanak-kanak Ribena


Orang kata zaman ini suci lagi menyucikan.. Otak senang dipengaruhi oleh anasir luar yang entah apa-apa kadang-kadang.. Bulan puasa pun ramai kanak-kanak Ribena yang puasa yang yang yuk.. Ada yang tak puasa, ada yang puasa setengah hari, puasa suku hari pun ada.. Ekeke.. =p


Zaman-zaman begini rasanya jarang ditinggalkan berseorangan.. Kalau ada pun mungkin masa itu usia dah menginjak dalam 9 atau 10 tahun dan ke atas.. Dek kerana terlalu banyak pengaruh luar, hantu atau momok jadi ketakutan saat tinggal berseorangan.. Kadang kalau atas katil, pasti 100% berkelubung dengan selimut.. Bila dah kelubung satu badan, hantu pun confuse, yang mana satu hantu.. Telinga pula dah tekup dengan bantal.. Kejap pandang pintu, kejap pandang cermin, jengah-jengah bawah katil.. Adoi..



2) Wanita Ayu


Okey.. Dah jejak kaki masuk zaman wanita.. Dah matang.. Hantu-hantu? Kadang takut juga, tambah lagi bila ada yang duduk usik-usik dengan sms berbunyi, jaga-jaga tepi tingkap, hati-hati bawah katil.. Haha..


Tapi bila dah jadi wanita ayu, bukan itu yang kami-kami semua nak.. Bukan sms memomokkan lagi momok, menghantukan lagi hantu.. Eh.. Apakah ayat aku bunyi macam pelik.. Haha.. Okeylah.. Bukan selalu rasa begini.. Kadang saja.. Once in a blue moon.. Sekali dalam bulan biru orang Melayu terjemah.. Ekeke.. Rasa macam.. Err.. Seronoklah juga dapat sms ke, call ke, berbunyi, "Awak, kunci semua pintu.." "Awak, tidur awal.. Tak adalah takut sangat.." "Awak duduk seorang makan apa.." "Awak, kalau ada apa-apa, buka tingkap bilik, jerit saja.. Jangan pula jerit nama saya.." Wakaka.. Okey, itu melampau sikit.. =p


Biasalah perasaan begitu.. Layankan saja.. Heee..



3) Wanita veteran


Bukan tua okey.. Haipp!! Tak baik panggil begitu I tell you.. Veteran sounds better.. Bila dah meningkat usia, kedut seribu, duduk seorang diri, tak adanya kita nak takut momok ke hantu.. Tak ada maknanya juga nak dapat sms atau call suruh jaga diri elok-elok.. Suami yang ada tercongok apa cerita.. Usia begini, bila home alone, selalunya yang diingat hanya suami dan anak-anak.. Kalau suami masih ada, risau makan pakainya, risau kesihatannya.. Bila suami sudah dijemput ke sana, duduk seorang diri, kenangkan kenangan.. Pegang surah Yassin, sedekahkan buat suami tercinta..


Anak-anak pun tak pernah lekang dalam ingatan.. Bila semua dah besar-besar, dan dah jauh dari ibu dan ayah, itu tak bermakna ibu dan ayah akan lupakan anak-anak.. Tambah lagi jika duduk berseorang, hanya anak-anaklah yang dikenang.. Kadang sampai jatuh sakit sebab mengenang merindu anak.. Sihat ke anak.. Apa khabar anak.. Semuanya dalam kepala tentang anak-anak..


Anak-anak? Janganlah lupa ibu dan ayah di kampung bila di rantau.. Telefonlah.. Tak pun berYM dan berwebcam.. Paling koman pun SMS.. Mahu lagi canggih, suruh ibu dan ayah buat akaun Facebook.. Mantop!!! =)


Okey semua.. Aku nak sambung berkelubung dalam selimut.. Ekeke.. Jaga diri.. Selamat menyambut hari Nuzul Quran.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Marah tanda sayang, benci tanda rindu.. Apa sebenarnya makna frasa itu?

Jalan-Jalan Pagi Tengok Matahari, Jalan-Jalan Malam Tengok Bulan

11 comments
Assalamualaikum.. Selamat bersahur semua.. Masa entry ini ditulis, jam menunjukkan pukul 1.40 pagi, hari Khamis.. Seminggu dua ini, hidup dah banyak dihimpit dengan masalah, kadang semangat naik kadang semangat turun.. Tempiasnya dah macam terkena pada blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Kadang dijaga, kadang terabai.. Hidup berblog pun dah tak macam dulu, sekarang dah jarang blogwalking, mahu balas jeritan-jeritan di shoutbox pun kadang-kadang saja.. Maaf!!



Cuti aku pun dah mula.. Luckily masalah bertimpa datang masa aku cuti.. Adalah ruang dan celah-celah aku nak keluar dan tarik nafas lega, lari sebentar dari masalah.. Hey.. It's life.. So, chill out.. Dalam hidup sentiasa ada masalah, deal with it.. Be brave be strong!!



Esok housemate aku kedua-duanya dah balik KL.. Sebelum aku tinggal keseorangan, aku apa lagi, tarik kedua-duanya petang tadi, ajak pergi Tesco.. Cuaca terik memang elok jalan dalam Tesco.. Berangin, sejuk, damai macam rasa di tepi pantai.. Macam nak tidur dalam troli suruh housemate tolak kehulu kehilir dekat dengan peti sejuk jual air jual aiskrim.. Ekeke..



Sengaja aku tarik mereka berdua, temankan aku release stress, temankan aku membeli belah barang basah.. Aku beli ikan, beli udang, beli ayam.. Betul orang kata, beli belah satu terapi.. Habis membeli dan sebelum membelah, giliran aku pula teman mereka berdua shopping baju raya, tudung raya.. Aku tak join sebab tak berapa pandai shopping baju shopping tudung shopping kasut dan seangkatan dengannya.. Aku cepat bosan.. Wakaka..


Aku pun duduk tepi perhati orang.. Tengok ada seorang abang dan anaknya tengah bosan menanti dengan troli sedang si isteri sibuk fitting baju raya dalam kedai.. Kakak kedai sebelah sana pula tengah tak ada customer, aku tengok sibuk tangkap gambar diri sendiri.. Muahaha.. Mungkin nak upload masuk Facebook.. Abang kedai sebelah satu lagi jual baju, macam Shah Rukh Khan I tell you.. Kening lebat.. Weeee..


Malam tadi pula, dalam pukul 11 lebih keluar sebentar dengan kawan-kawan masuk town Ipoh.. Kami berlima.. Jalan-jalan cari makan.. Malam hari, bandar Ipoh memang port terbaik untuk skodeng.. Pelacur bersepah-sepah di kiri kanan jalan.. Perempuan, bukan perempuan.. Muda, tua.. Fuh!! Seharian aku berjalan.. Pagi tengok matahari, malam pula jalan-jalan tengok bulan.. Bulan penuh.. Aku pun apa lagi, snap satu terus jadikan profile picture di Facebook.. Aku suka bulan.. =)



Dalam hidup kita, ada macam-macam jenis orang.. Macam-macam juga jenis ragamnya.. Susah dijangka susah diterka.. Sama juga dengan kehidupan kita, di setiap destinasi kita, ada macam-macam masalah.. Tak dinamakan kehidupan jika tiada masalah.. Bila masalah menimpa, kita rasa kita macam diuji dengan ujian yang besar sehingga sukar untuk bangkit berdiri, harusnya kita sedar ada lagi insan yang diuji dengan ujian yang lebih lebih besar dan berat.. Kalau orang lain boleh hadapinya, kenapa tidak kita.. Kenapa tidak aku.. =)


Buat yang dah mula bercuti esok, selamat bercuti.. Selamat berpuasa.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: HARUS cari suami yang suka shopping beli ikan, beli udang, beli ayam, beli ketam, beli errr.. Siput sedut? Heee.. =p

Bisikan Nurani Seorang Insan Bernama Lelaki Dan Bergelar Suami

10 comments
Assalamualaikum.. Sebelum masuk tidur, "terpaut" pula untuk hayati bisikan nurani seorang insan bernama lelaki dan bergelar suami.. =)


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana 4 perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. Maka utamakanlah (dalam pilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.." Riwayat Bukhari dan Muslim.



Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu


Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati


Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi


Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku


Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi
Perhiasan duniawi


Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini




Tiba-tiba teringat satu hadis yang pernah dibaca.. Hadis riwayat Ibnu Hibban, sabda Rasulullah s.a.w, "Sebaik-baik wanita adalah yang memiliki kedudukan paling baik tetapi paling murah (ringan) maharnya.."


Malah sahabat Rasulullah, Umar R.A juga pernah berkata:

"Rasulullah s.a.w tidak pernah menikah atau menikahkan puteri-puterinya dengan mahar lebih daripada 400 dirham.. Seandainya sikap berlebih-lebihan dalam menentukan jumlah mahar tersebut termasuk satu kemuliaan, nescaya Rasulullah s.a.w akan menjadi orang yang pertama melakukan hal itu.."


Semoga jadi renungan bersama.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. =)


Kekasih Tulis Namaku Di Dalam Diari Hatimu..

6 comments
Assalamualaikum semua.. Salam 14 Ramadhan.. Eh.. Betul ke 14? Heee.. Tak sedar dek kerana kesibukan hidup semenjak dua menjak ini.. Akhirnya aku dah habis test!! Hoyeh!!



Syukur case yang aku dapat tadi tak adalah kompleks sangat.. Case batu karang dalam hempedu.. Nasib makcik India tadi bagi full cooperation.. Cayalah makcik.. 20 minit aku dah settlekan semuanya.. Dan secara logiknya juga aku dah boleh balik Melaka hari ini.. Ada cuti 5 hari beb.. Housemate aku kedua-duanya pulang pada hari Khamis.. Aku dengan tak logik telah buat keputusan untuk stay di Ipoh seorang diri mulai Khamis ini sampailah Ahad.. Entahlah.. Malas nak naik bas.. Minggu depan pun dah nak balik cuti raya.. Makanya, bersabar sajalah ya..



Buat anda-anda semua, sila temankan aku yang kesunyian di Ipoh ini ya.. Ehem ehem.. Agak-agak boleh ke bertandang ke rumah Cikgu Isza? Buka puasa rumah akak boleh ke? Ekeke.. Tak malunya aku.. =p


Mak aku pula dah siap pesan suruh beli stok barang memasak untuk 4 hari.. Senang, tak payah keluar-keluar rumah seorang diri.. Heee.. Esok lusalah aku beli.. Masih memikirkan apa yang nak dimasak cuti nanti..



Basically inilah coretan diari hidupku yang dah lama aku tak tulis dalam blog.. Saja poyo-poyo letak tajuk jiwang, yang aku nak guna cuma perkataan DIARI itu saja.. Muahaha.. Till then.. Selamat meneruskan puasa ya.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Ada sweet stalker sedang memerhati.. Hai.. Nak apa? =p

Something You Wish You Hadn't Done In Your Life

Assalamualaikum.. Jumpa lagi dalam cabaran 30 Days Of Truth.. Hari ke-22.. Aku cenderung untuk schedulekan entry sebab bimbang ada hari-hari yang sibuk atau buat-buat sibuk dan tak sempat mengarang.. Tajuk entry kali ini kedengaran seperti entry yang lepas..


Kalau nak diikutkan.. Memang banyak benda yang aku wish aku tak buat, tapi bila difikir-fikir, hidup ini bukanlah tentang sebuah penyesalan tapi tentang pengalaman.. Apa yang dah kita lalui tak perlu dah kita kesalkan sebab segalanya telah lepas, tapi sebaliknya anggaplah ia sebagai pengajaran dan pengalaman untuk kita jadi lebih matang dalam berfikir.. Betul tak? Kalau hari-hari duduk fikir menyesal itu ini, rambut pun boleh gugur.. =p


Okey.. Sampai sini saja.. Pagi Selasa ada test di hospital.. Harap dapat case yang senang-senang.. Heee.. Assalamualaikum.. =)

Your Best Friend Is In A Car Accident And You Two Got Into A Fight An Hour Before. What Do You Do?

Assalamualaikum.. Scheduled entry untuk cabaran yang sudah masuk hari ke 21.. 9 hari lagilah.. Dedikasi betul aku menyiapkan cabaran ini.. Dan untuk hari yang ke-21 tajuknya sangatlah panjang lebar.. Untuk kesekian kalinya juga, entry aku adalah pendek.. Simple dan senang nak faham.. Weeeee.. =)



Best friendku accident dan sejam sebelumnya kami bergaduh, bertekak, tapi tak adalah sampai tarik-tarik rambut.. Apa aku perlu buat sekarang?



Tak kisahlah salah siapa, aku cuma mahu ucapkan, "I'm Sorry".. =)



Dan.. Panjatkan doa agar semuanya baik-baik saja.. Get well soon.. Please..



Berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu.. Family, friends.. They are everything.. Appreciate their presence in our life.. Assalamualaikum. =)

Mak Kata Tak Baik Gaduh-Gaduh..

12 comments
Assalamualaikum.. Selamat bersahur semua.. Entry ini terdetik untuk ditulis ketika sedang enak mengunyah epal merah yang sangat manis sebelum tidur malam semalam.. Tiba-tiba teringat kemanisan sebuah persahabatan yang ada antara aku dan dia.. Sahabatku.. Bergaduh? Rasanya tidak.. Berjauh hati? Entahlah.. Merajuk? Aku tak pandai merajuk.. Senang kata, musim kedinginan sesebuah persahabatan.. Oh.. Ada juga begitu ya..



Semenjak Maaf Dari Surga, aku benar-benar nekad.. Nasihat yang aku dengar dari sahabat-sahabat aku gunapakai dengan sebaik-baiknya.. Demi untuk menyembuhkan diri aku sendiri, aku tak sedar sebenarnya aku dah melukakan hati seorang sahabat hanya kerana satu kesilapan yang bukannya datang dari dia dan juga bukannya datang dari aku.. Kesilapan yang hadir kerana keadaan sekeliling kami..


Jahatkan aku? Kejamkan aku? Tak berhati perut? Aku tak ambil tahu langsung tentang dia, facebooknya tiada lagi dalam pandangan mataku, blognya juga tak pernah lagi aku kunjungi untuk satu jangka masa yang lama, sms apatah lagi, nada dering pun sudah lama aku tukar dan tak lagi aku dengar sampai sekarang.. Sebab aku dah tak mampu mendengarnya.. Pasti ramai tertanya besar sangatkah lukanya.. Jawab aku, hanya Tuhan yang tahu..



Sepanjang persahabatan ini, banyak yang kami lalui.. Pahit manis suka duka.. Segala rahsia kami simpan sama-sama.. Kadang kami berduka bersama, kadang kami bergurau bersama, kadang pula layan mengantuk sampai 2, 3 pagi.. Hati dah cukup rasa gembira sebab Allah kurniakan dan pertemukan seorang sahabat seperti dia.. Ayat pertama sahabat itu, mak kata jangan makan sorang-sorang.."



Entah mana silapnya.. Mungkin pada kata-kata yang berbaur lain rasa dan cenderung tersilap sangka, mungkin juga perlakuan yang menuntun akal menafsirkannya dengan lain makna, mungkin dan mungkin dan terlalu banyak mungkin.. Aku dah penat.. Penat memikirkan mana silapnya dan silapnya dari siapa.. Sebab makin difikir, makin aku tak jumpa tepiannya..


Entah apa khabar sahabat itu sekarang.. Harap aku, doa aku, semoga sentiasa bahagia, selalu berada dalam lindunganNYA, walau aku mungkin tak mampu lagi jadi sahabat seakrab seperti dulu-dulu kala, aku tetap berdoa agar dia beroleh kejayaan yang diingininya selama hidup ini.. Mak pesan tak baik gaduh-gaduh.. Pengajaran yang aku dapat dari kesilapan kita, berterus teranglah walau kejujuran dan kebenaran itu kadang-kadang sangat pahit.. Dan jujurnya aku terus terang, aku sayangkan kamu sahabat.. =)




Assalamualaikum..

~ Yang Terindah - THE END ~


Sammy Vellu Dan Dadah.. Ann Syikiro And Alcohol..

3 comments
Assalamualaikum semua.. Hampir terlupa tentang cabaran 30 Days Of Truth untuk hari ke-20.. Keinginan nak menulis merundum jatuh gedebuk.. Tapi dikerahkan jugalah menulis sedikit ala-ala kadar.. Cabaran hari ke-20 adalah tentang pandangan aku tentang dadah dan arak..


Bila disebut tentang dua entiti ini, serta merta aku teringatkan pada dua orang.. Dadah itu sinonim dengan Datuk Samy Vellu yang mana rata-rata kita pasti ingat akan ayat "Jangan Hisap Dada" walhal yang cuba disampaikan adalah "Jangan Hisap Dadah".. Manakala semenjak dua menjak ini kecoh pula kes Ann Syikiro dengan araknya.. Dunia.. Macam-macam..



Teringat komen seseorang di blog Kak Liza tentang entry ini.. Benar kata beliau.. Dadah dalam kuantiti dan dos yang mengikut panduan adalah ubat, tetapi dalam dos yang berlebihan pula akan mendatangkan kemudaratan dan boleh menjadi satu ketagihan.. Contoh seperti morfin, di hospital ianya digunakan untuk menahan sakit tapi dalam kuantiti yang dikawal.. Manakala, di luar setting hospital, ramai doktor-doktor yang tak bertauliah a.k.a drug abuser menggunakan morfin dengan tujuan yang salah.. Sesungguhnya yang membezakan kita manusia dan haiwan adalah akal, jadi seharusnya kita gunakan akal dengan sebaiknya dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk untuk diri kita..


Arak.. Apa lagi nak dikata.. Sudah terang lagi bersuluh arak tu haram di sisi agama kita Islam.. Firman Allah dalam surah Al-Maidah 5:90, "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar (arak), berjudi, menyembah berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk dalam perbuatan syaitan.. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.." Malah hadis Rasulullah s.a.w juga ada menyebut, "Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat yang paling mengaibkan.." (Riwayat Ibnu Majah)


Dari sudut perubatan sendiri ada menyatakan keburukan meminum arak.. Utamanya ianya boleh merosakkan hati dan membawa kepada banyak komplikasi.. Malah juga menjadi penyumbang kepada beberapa jenis barah.. Ternyata arak mendatangkan kemudaratan pada diri.. Lupakah kita bahawa tubuh badan ini adalah milik Allah yang kita pinjam dariNYA dan seharusnya kita menjaga amanah Allah dan bukan mendatangkan kerosakan pada tubuh badan pinjaman Allah ini.. Sama-sama kita renungkan.. =)


Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut, "10 orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.." (Riwayat Ibnu Majah)


Assalamualaikum..


Angkara Ferdy Taher

11 comments

Aku tahu kamu inginkanku
Walau tak terucap di bibirmu
Aku tahu kamu terbiasa
Ungkapkan segala rasa rindu
Dengan bahasa tubuhmu


Memang baru sedikit waktu
Untuk kita berdua bersama
Tapi hati kita tak mungkin berdusta
Telah ada sebuah nama
Yang membuatku bahagia


Jangan pernah takut untuk mencintaiku
Kerana aku juga rasakan sama
Seperti dirimu


Biarkan indahnya cinta mewarnai jiwa
Percayalah saja semua ini
Anugerah sang kuasa
Unuk kita berdua
Yang hanya tercipta


Hep hep.. Temph hari Maaf Dari Surga, hari ini Jangan Pernah Takut Mencintaiku.. Semuanya angkara Ferdy Taher vokalis Element yang melakonkan watak seorang ayah dalam filem Bukan Cinta Biasa.. Menangis wo tengok kasih seorang ayah rockers berjiwa kental pada anaknya.. Dan ini membuatkan aku melayan kembali zaman muda remaja dulu yang meminati lagu-lagu kumpulan Element.. Terbaik!! Heee.. Okey.. Tidur time.. Selamat malam.. Selamat bersahur.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Takut ke tak takut? Heee.. =p

Joegrimjow Terlalu Gorgeous Sampai Aku Jadi Pemalu

21 comments
Assalamualaikum dan selamat malam.. Esok dah Sabtu.. Hoyeh!! Hujung minggu masa untuk merehatkan diri.. Plus mahu shopping stok-stok memasak yang dah habis.. Ada idea tak mahu masak lauk apa lagi? Dah kebuntuan!! Errr. (-_-!)



Gathering berbuka puasa di Berjaya Times Square tempoh hari sudah sampai ke kemuncaknya apabila Joegrimjow mengeluarkan entry Don't Judge A Blogger By His/Her Blog.. Makanya aku dengan ini buat-buat berani mengeluarkan entry serangan balas kepada hujah-hujah Joegrimjow di dalam entry tersebut.. Kata kunci utama di dalam entry tersebut dan deskripsi mengenai aku adalah:


Sebelum berjumpa: Penjiwang dan cepat mesra..
Selepas berjumpa: Pemalu besar dan shy shy meow.. *err.. yang belakang aku tambah.. ekeke..*


Mari kita lihat 3 sebab utama kenapa Cik Farhana PEMALU BESAR!!


1) Ramai sangat jejaka-jejaka kacak yang datang walaupun semuanya TAK AVAILABLE dah.. Wakaka.. Automatik PEMALU BESAR!!


2) Duduk sebelah Joegrimjow yang dalam realitinya memang juta kali ganda lagi kacak dari dalam gambar.. Sampaikan lidah kelu bila dia bertanya.. Automatik PEMALU BESAR!!


3) Sengaja buat-buat pemalu dan ayu gitu.. Mana tahu Joegrimjow terpikat.. Boleh dapat sponsor Herbalife secara percuma selama seumur hidup.. Slim melim jawabnya.. Automatik lagi PEMALU BESAR!! =p



Inilah dia.. Jejaka yang bikin aku jadi pemalu saat pertama bertentang mata mendengar suara.. Wakaka.. Okey okey okey.. Ketiga fakta-fakta di atas adalah tidak benar sama sekali.. Aku bukan seperti Irham Epilog Syurga Cinta dan mengejar laki-laki kacak sedunia.. Hoho..


Aku sendiri pun tak faham kenapa aku jadi penyenyap dan pemalu sebegitu rupa sampaikan housemate-housemate aku sendiri pelik aku tak sekecoh dan semesra alam macam kebiasaannya.. Haha.. Perjumpaan di Johor dulu pun begitu juga.. Adoi.. Kenapa aku jadi tak semesra alam, tak sekecoh dan menjadi diri aku yang gila-gila plus sedikit putus fius..


Err.. Mungkin masih belum berjumpa lagi orang yang boleh bikin aku mesra pada perjumpaan pertama kot.. Siapakah dia gerangan orangnya ya? Jeng jeng jeng.. *Ooppss.. Macam cerita Cinderella, Sleeping Beauty, tak pun Princess & Frog.. Weee..*


Joegrimjow pun tak seperti jangkaanku.. Sebelum jumpa ku ingatkan dia pemalu orangnya.. Rupanya.. Mak aih.. Banyak cakap atau tak henti-henti cakap dan terlampau mesra.. Err.. Dan Joe panggil aku Hana??? Tertelan air liur kejap.. Berdebar hati uolls.. Lalala.. =p


Sekian entry serangan balas yang tak seberapa ini.. Selamat malam.. Assalamualaikum. =)



FOOT NOTE: Best friend aku kata gambar aku dalam entry Joe ada 7 biji jerawat atau mungkin lebih.. Waarrggghhhh!!!! Jerawat sudah terlihat ke seluruh dunia.. Pasrah dan redha.. =p


Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.