30 Mei 2010

Sebelum Semasa Dan Selepas

Mei 30, 2010 22 Comments
Sebelum..

Kata itu ini dari orang-orang making me prepare for the worst..


Semasa..

Clueless.. Sentiasa blur.. Worst part never happened.. Sebaliknya, great journey.. Great experience.. Great people..


Selepas..

Rasa macam cepatnya.. Nak balik dah.. Masih lagi termangu-mangu.. Deep deep down sana, sedih sikit.. Huhu.. Tapi tak nangis okey.. =p


Kesimpulannya..

Johor Bharu.. Momen-momen indah.. Errr.. Yang terindah? =)



FOOT NOTE: Sejak bila aku jadi pendiam? Isk3.. *geleng-geleng kepala* =p


~ Lagu Aizat - Susun Silang Kata best.. Betul tak? =)


28 Mei 2010

Rasa Geli Dalam Perut

Mei 28, 2010 20 Comments
Betul.. Tak tipu.. Serius rasa "geli" sangat-sangat.. Untuk kanak-kanak tidak disyorkan menonton ya aksi pasangan suami isteri dalam scene ini.. Walaupun dah banyak kali tengok, tapi ini kali pertama lepas menontonnya rasa geli dalam perut.. Ekeke.. Betul.. Tak percaya? Tengoklah sendiri..





Kan kan kan? Rasa pelik.. Walaupun tak faham tapi ada sesuatu yang bikin ku tetap faham..Dush dush.. Merepek lagi.. *tekup muka, segan*


FOOT NOTE: Ini scheduled entry.. Sebab kini berada di Kota Tinggi, Johor.. Melepak di rumah nenek tercinta.. Esok menikah!! Yahoo!! Selamat pengantin baru.. =)

27 Mei 2010

Bila Rindu Terkenangmu Sayang

Mei 27, 2010 16 Comments
Yeah!!! Bila rindu memang terkenangmu sayang.. Tapi kini dah tak payah kenang-kenang.. Yahoo!! Selepas hampir 2 bulan bertapa di Ipoh dengan cuaca yang amat-amat-amat panas, aku akhirnya tiba di Melaka.. Jumpa mak, abah dan adik-adik.. Weeeeeeeee.. Yang penting selera aku akan terbuka semula.. Sebab ada masakan mak.. Gambar bawah saja aku post untuk tatapan kalian.. Sebahagian kecil bandar Ipoh dari Tingkat 7 Hospital Raja Permaisuri Bainun.. Jumpa lagi Isnin nanti Ipoh.. As for now, kita enjoy!!!






Jadual penuh dan padat macam artis.. Esok cuti umum.. Selamat bercuti semua.. Heehee.. Dan esok juga akan turun ke Johor Bharu, meronggeng.. Ekeke.. Mahu kumpul momen-momen indah di sana nanti.. Boleh ke? Ngee.. Okey.. Selamat bercuti sekali lagi semua.. Rehatlah sepuasnya.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Dah beberapa hari makan tak menentu, makan, tak makan, badan pun lesu.. Kepulangan ke rumah semoga dapat mengembalikan kekuatan dan tenaga.. Badan.. Sila jangan lesu lagi.. =)

Doktor Cinta Tak Semestinya Bicara Soal Cinta Saja

Mei 27, 2010 14 Comments
Hey hey.. Doktor Cinta tak mahu asyik bicara soal cintan cintun dengan anda.. Cukup sikit-sikit.. Kita ubah cinta kita kali ini dengan cinta yang lain.. Ramai pasti dah pernah melihat gambar di bawah.. Aku terima email ini dari seorang rakan blogger.. Terima kasih Paksuu..





Melihatkan gambar ini benar buat aku sebak.. Anda tak sebak? Kasih sayang seorang abang buat adiknya.. Tiba-tiba merindukan adik-adik aku tersayang.. Dah hampir 2 bulan tak berjumpa.. Sabar, akan pulang ke Melaka tak lama saja lagi.. Ngee.. Bila bicara soal adik-adik, aku teruja.. Aku cukup sayangkan adik-adik aku.. Sebab itu tiap kali pulang ke rumah aku suka peluk cium mereka walau umur mereka dah besar panjang.. Aku mahu mereka tahu yang aku sayangkan mereka sangat-sangat.. Entah apa akan jadi kalau mereka tiada.. Masih ingat lagi ketika adik bongsu aku dimasukkan ke hospital untuk pembedahan ketika usianya 8 tahun.. Aku tak dapat membayangkan tubuh kecilnya akan dibedah.. Semalaman aku menangis memikirkan keadaannya.. Mana tak, aku di Perak, adik di Melaka.. Jauh beribu batu.. Hanya doa mampu ku panjatkan agar adik selamat..





Perasaan sayang itu anugerah tuhan.. Hargailah ianya sebaiknya.. Sayangilah mereka.. Jangan nanti dah besar panjang, seorang ke hulu seorang ke hilir, mahu bertanya khabar pun jarang apatah lagi bersua muka.. Till here.. Assalamualaikum..


26 Mei 2010

Maafkan Hamba Kalau Jarang Update Sebab Hamba Nervous Nak Menikah!!

Mei 26, 2010 21 Comments
Tajuk cukuplah rasanya kot.. Tak payah tulis panjang lebar ye? Hohoho.. Nervous sangat sampai tangan pun menggeletar nak menaip.. Nervous macam baby di bawah.. Walau nervous tetap cute.. Wakaka..



Congak-congak rasanya tinggal 3 hari saja lagi.. *blushing* Yahoo!! Menikah!! *okey.. gatal sikit..* Kawan aku yang nak menikah tapi aku rasa nervous.. Apa ke halnya? Serious weh.. Aku nervous.. Hoho.. Orang yang akan melaluinya apatah lagi.. Ye tak? Agak-agaknya apalah perasaan seorang bakal isteri mahupun bakal suami di saat-saat 3 hari, 2 hari, 1 hari menjelang hari pernikahan.. Hmmm.. Kalau duduk baring-baring, selalu juga aku terfikir *bukan "ter", memang saja gatal nak fikir*, apa agaknya dalam fikiran mereka yang bakal mendirikan rumahtangga ini.. Ekeke..




Ini dia bakal pengantin kita yang akan mendirikan rumahtangga Sabtu ini.. Selamat Pengantin Baru Nuzul Hazwin.. Bahagia ke akhirnya ya.. Ngee.. Hari Isnin nanti bolehlah aku usik-mengusik beliau di dalam kelas.. Muahahaha.. *okey.. gelak gatal lagi..*



Katakan anda bakal berkahwin ESOK, apakah perasaan anda pada hari ini? Apa yang agak-agaknya bermain di fikiran anda? Ekeke.. Okey semua.. Selamat Pengantin Baru buat semua yang bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi.. Semoga kekal bahagia sampai bila-bila.. Hari-hari cinta okey.. Ngee.. Assalamualaikum.. Take care..



FOOT NOTE: =)

24 Mei 2010

Ini Semua Angkara Panggilan Hangit Hot FM

Mei 24, 2010 21 Comments
Pertama sekali.. Perak amat panas.. Okey.. Itu saja.. Tambah-tambah dengan cuaca panas, Hot FM buat panas lagi hati aku.. Aiseyyy.. Panggilan hangit tentang telur macam-macam telur..



Aku dah mengidam lama sangat.. Di saat perasaan mengidam jatuh merundum dan berkubur, tiba-tiba panggilan hangit pagi tadi buat aku meletup dan meronta-ronta kembali.. Tolong!! Mengidam nak makan telur penyu.. Mana entah nak cari.. Aigoo!! Jard mahu pulang ke Sabah bulan 6, boleh pesan tak Jard? Ekeke.. Okeylah.. Daa semua.. Kepala manyak fening sebab cuaca panas gila.. Mungkin ubatnya cuma telur penyu.. Muahaha.. Okey.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Makanan hari ini Nasi Goreng Kampung yang pedas gila dengan telur mata.. *order telur mata sebab mengidam telur penyu.. sadis..*

23 Mei 2010

Aku Cemburu Bila Tengok Dia Tak Cemburu Tapi Aku Yang Lebih-Lebih Cemburu

Mei 23, 2010 26 Comments
Baiklah.. Fine.. Sungguh tak disangka aku akan cemburu juga akhirnya.. Hoho.. Tidak kisahlah apa pun kami, sahabat, teman tapi mesra, best friends forever atau kekasih awal dan akhir, faktanya aku telah cemburu.. Noktah.. Aku tak suka cemburu.. Tapi kata Kak Lizi, harus bersyukur bila ada rasa cemburu.. Cemburu, selalunya dikaitkan dengan perempuan.. Lelaki yang kuat cemburu, susah mahu jumpa.. Sebab apa ya? Cemburu tanda sayang, tak cemburu makanya tak sayang ke?





Mengikut kajian secara rambang, wanita yang menyayangi seseorang akan sentiasa memerhatikan gerak geri orang yang disayanginya.. Ooppss.. Itu bukan skodeng mahupun stalking.. Itu adalah satu bentuk kasih sayang yakni ambil berat tentang apa yang berlaku di sekeliling insan yang disayanginya.. Betul ke tak betul apa kata aku wahai wanita sekalian? Aku yakin, boleh dikatakan 80% dari wanita yang berkekasih akan selalu skodeng Facebook, blog, mahupun SMS atau sebagainya untuk ambil tahu "keadaan" sang kekasih hati..


Tengok saja status sang kekasih, "Beratnya kepala, macam-macam masalah.." Terus angkat telefon call, "Baby sayang, awak okey?" Bila sang kekasih wrote something one someone's wall.. Usha kejaplah.. Saja nak kenal kawan-kawan sang kekasih.. Sang kekasih tulis, "Lama tak jumpa you arr, rindu gak.. Bila nak hang out?" Haih.. Mulalah lepas itu muncung sedepa, merajuk tak ingat dunia.. Buka blog sang kekasih hati, dia story perihal awek cun yang baru masuk kerja, duduk meja sebelah-sebelah, rasa macam mahu mengorat.. Hoho.. Dah sudah.. Angin lagi satu badan.. Cemburu.. Cemburu.. Cemburu..





Well well well.. Tahniah kepada aku kerana telah join the club.. Aku cemburu bila tengok dia sikit pun tak cemburu.. But.. Aku lebih-lebih cemburu.. Maaf.. Anda telah saya perhatikan.. Ouch.. Serious hati saya rasa macam kena toreh chainsaw melihat kemesraan anda dengan dia, dia dan dia.. Malah juga ahli keluarga dia.. Ouh.. Dahsyat cemburuku.. Aku benci bila aku cemburu.. Lama dah luka-luka ini saya simpan.. Masa inilah saya akan menyalahkan diri, memarahi diri dengan mengatakan pada diri, tolong sedar diri..


Hey Farhana.. Apa pula hak kau untuk rasa cemburu.. Betul tak? Bila lihat anda gembira dengan yang lain-lain, makanya saya buat kesimpulan, saya harus sedar diri.. Dush dush.. Tapi still.. Entah kenapa bila tiap kali saya kata saya malas mahu ambil tahu lagi pasal anda, tetap juga bila anda sedih saya pun bertanya, anda okey ke? Ohh.. Dah terbiasa mengambil berat perihal seseorang, sampaikan dah jadi satu tabiat.. Dan sudah tentu pastinya anda takkan tahu betapa cemburunya saya.. Anda tak boleh tahu saya cemburu!!! Sebab cemburu tanda sayang.. Ego saya halang saya untuk awak tahu saya sayangkan awak.. Cet.. Buruk perangai saya..




Benarlah persoalan tentang kenapa orang yang paling kita sayang selalu sangat-sangat sakitkan hati kita.. Haha.. Penyelesaiannya aku tak tahu nak buat apa.. Bimbang juga aku tak mampu mengawal takat cemburu dan berkemungkinan aku tersakitkan hatinya.. Hoho.. Kira kes cemburu ini samalah dengan sakit hati.. Jadinya, simpan dan telan sajalah.. Hey.. Tahu tak kenapa aku jenis suka simpan dan telan? Sebab dia pernah kata pada aku dulu.. Sampai sekarang melekat dalam kepala aku..


"Selagi hati daya menahan, selagi itu mulut tetap terkunci..
Biar pedih hati menanggung, asal bahagia datang akhirnya.."


Kesimpulannya.. Aku rasa macam nak kunci saja mulut.. Mahu jadi Farhana dalam lagu Jinbara.. Farhana oh Farhana.. Kau biarkan ku terseksa, menagih cintamu yang rahsia, memberi makna segalanya.. Ekeke.. Gedik sikit.. Lalala.. Okey semua, esok Isnin.. Selamat bekerja.. Buat yang bercuti, tidurlah sampai pening kepala ya.. Ngee.. Assalamualaikum..

Maka Dengan Rasminya Tak Tidurlah Aku Malam Ini

Mei 23, 2010 16 Comments
Okey semua.. Confirm.. Tonight I'm not going to fall asleep.. Mata pasti akan terjojol terbuka besar-besar.. Dan aku saja letak gambar bawah ini, supaya korang pun tak boleh tidur.. Teman aku okey.. Hik hik..



Take note ya.. Aku bukan penakut tengok hantu dalam Cerekarama Perigi Kontang.. Sebab hantunya sedikit pun tak timbulkan perasaan seram.. Malah kepanasan aksi Fasha Sandha mengatasi keseraman wajah Norish Karman.. Ouch.. Fasha Sandha sangat seksilah dalam drama Perigi Kontang ini.. Tak berapa berkenan.. Tapi abaikan saja Fasha Sandha, mesej drama ini yang patut kita ambil.. Aku rasa cerekarama ini dihasilkan sebab kes-kes buang anak yang terlalu berleluasa sekarang..


Mengisahkan Fasha Sandha yang menjadi bidan menggantikan ibunya dengan mewarisi saka.. Supaya roh ibunya boleh dilepaskan dan tak terseksa.. Kiranya Fasha Sandha memang Mak Bidan underground yang menjadi favourite di kalangan mereka yang sibuk buat maksiat dan mengandungkan anak luar nikah.. Bukan saja menggugurkan kandungan, Fasha yang memegang watak Zaleha menawarkan servis seperti mencantikkan wajah dengan susuk.. Susuk ya, bukan Botox.. Dan juga servis sihir orang itu orang ini.. Agak-agak kalau dalam hati ada benci dan dengki, Fasha Sandha dicari.. Multipurpose hall betul watak Fasha Sandha..



Yang buatkan aku tak boleh tidur malam, tambah lagi aku seorang saja di rumah sewa ini, adalah teknik Fasha menggugurkan bayi.. Pergghh!!! Dahsyat gila.. Perut dipijak dan ditekan, janin ditarik macam main tarik tali saja.. Senang gila.. Tapi sakit amat kot.. Sebab aku tengok adik Haliza Misbun itu menjerit-jerit kesakitan sambil mengangkat kaki.. Seksi lagi scene itu.. Ish3.. Ngeri.. Harap-harap timbul kesedaranlah, kalau tak banyak pun sikit.. Janganlah mendekati maksiat.. Itu dah dosa.. Kalau mengandung, nak gugurkan lagi.. Dosa lagi.. Fikir-fikirkan sedalamnya.. Allah sentiasa memerhati, itu kita kena ingat selalu.. Moga jadi iktibar untuk aku, untuk kamu juga untuk semua.. Selamat malam.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Fasha Sandha adalah Mak Bidan termuda dan terhot dalam sejarah hidup aku yang pernah aku jumpa.. Hoho..


UPDATE: Oh ya.. Shahir juara AF 8 ya? Tahniah.. Walaupun aku tak pernah tengok satu episod pun Akademi Fantasia musim 8.. Ekeke.. Adira tempat kedua dan Daus tempat ketiga.. Ngee..

22 Mei 2010

Agak-Agak Siapa Kenal Cahaya Yang Riang Gembira Luar Dan Dalam?

Mei 22, 2010 12 Comments
Pertama kali, aku serius tak tahu, Roronoa Zoro adalah watak dalam anime One Piece.. Masuk bilik housemate aku, tengok poster di dindingnya, barulah terdetik dalam hati.. Ohh.. Dari sini rupanya nama Roronoa Zoro ini diambil.. Haha.. Maaflah.. Aku bab anime memang kurang alert.. Okey.. Dan sebenarnya.. Encik Roronoa Zoro telah mengetag aku untuk 23 perkara yang mungkin korang tak tahu.. Tapi.. Aku tak mahu buat sebab aku rasa semuanya tentang aku, aku dah cerita.. Aku mahu pecahkan gaya mengetag dengan melakukan sesuatu yang baru.. Aku pernah tulis 4 atau 5 entry tentang diri aku, apa yang anda tak tahu tentang diri aku.. Mari kita lihat, siapa yang masih ingat.. Ekeke..




Dah 1 tahun 4 bulan aku berblog.. Ramai antara anda yang aku kenal lama, ada juga yang baru aku kenal.. Jadinya.. Apa kata tag ini anda yang buat tapi dengan tajuk seberapa banyakkah anda mengenali Cahaya Yang Riang Gembira.. *dah macam kuiz dalam Facebook* Tak kisahlah anda baru kenal Cahaya Yang Riang Gembira atau dah lama kenal.. Silakan menulis tentang aku sebebasnya.. Positif dan negatif.. Semua aku terima.. Nak juga tahu, seberapa dalam pembaca blog aku mengenal diri aku.. Ekeke.. Mahu juga lihat fakta banyak atau auta banyak.. Weeeeeee.. =)



Sambil menjawab soalan, aku sajikan kalian dengan lagu kegemaranku.. Jom layan..



WHEN YOU TELL ME THAT YOU LOVE ME (Westlife & Diana Ross)

I wanna call the stars
Down from the sky
I wanna live a day
That never dies
I wanna change the world
Only for you
All the impossible
I wanna do

I wanna hold you close
Under the rain
I wanna kiss your smile
And feel the pain
I know what's beautiful
Looking at you
In a world of lies
You are the truth

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

I wanna make you see
Just what I was
Show you the loneliness
And what it does
You walked into my life
To stop my tears
Everything's easy now
I have you here

And baby
Everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe
No matter where you are
And bring you
Everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

In a world without you
I would always hunger
All I need is your love to make me stronger


FOOT NOTE: Nantikan kemunculan next entry, bakal suami Cahaya Yang Riang Gembira.. =)

Abang Joegrimjow???

Mei 22, 2010 17 Comments
Hari ini hari Sabtu.. Hari di mana semua insan bercuti dan bergembira, tidur sampai tak ingat dunia.. Ekeke.. Disebabkan aku masih belum jumpa lagi idea mahu update apa untuk hari ini, aku jamu kalian dengan pembuka selera ini dulu.. Aiseyyy.. Siap ada entry pembuka selera lagi.. Hoho.. Enjoy!!!




Abang Joegrimjow.. Ceh.. Aku berabang pula.. Ekeke.. Anda memang kreatif.. Mahu autograph boleh? Fuh!! Famous amos Joegrimjow.. Walaupun bukan dikalangan blogger.. Mana tahu idea kreatif beliau akan menyebabkan Pierre Andre mahu menghasilkan Adamaya 2.. Wow!!


Sesungguhnya marilah kita menghasilkan entry yang berkualiti lagi kreatif untuk dikongsikan bersama pembaca.. Majulah blogging untuk negara.. Ngee.. Okey dah dah.. Aku mahu "berdating" kejap lagi.. Muahaha.. Selamat berhari Sabtu semua.. Jaga diri ya bila pergi shopping.. Hik hik.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Selamat hari lahir yang ke 50 buat abah tersayang, Cikgu Abdullah Ismail.. Semoga abah gembira selalu di samping kami dan dikurniakan kesihatan dan tubuh badan yang baik.. We love you.. =)


Kenapa Orang Yang Paling Kita Sayang, Selalu Sangat-Sangat Sakitkan Hati Kita?

Mei 22, 2010 19 Comments
Malam yang sangat menyakitkan diri.. Ouh.. Sakit perut oh sakit perut.. Bergulung-gulung atas katil.. Niat hati malam ini nak tulis entry panjang-panjang, maklumlah esok Sabtu.. Tapi nampaknya dengan sakit perut ini, hajat tak terlaksana.. Hoho.. Pendek-pendek cukuplah.. Haaa.. Sukalah entry pendek-pendek.. =p


Subuh-subuh tadi, ada orang ajukan soalan padaku.. Macam mana bunyi soalannya, boleh rujuk pada tajuk entry.. Siapa yang bertanya ya? Hmmm.. Teringin nak bertegur sapa, sebab banyak aku nak kata pada dia.. Huhu..





Jawapan aku simple dan mudah.. Letaknya pada paling sayang.. Sebabkan kita terlalu sayang, paling sayang pada seseorang, walaupun kesilapan yang dia lakukan itu sangatlah kecil umpama kuman, ianya tetap mendatangkan sakit hati.. Cakap ikut pengalaman babe.. Kita takkan terasa sakitnya sangat-sangat bila tak ada rasa sayang sangat-sangat.. Logik tak apa aku cakap? Rasa sakit hati itu datang dengan rasa sayang.. And that is why, ada sesetengah orang tak suka terlalu menyimpan rasa sayang yang banyak pada orang, bimbang hati disakiti..


Kita kata dia yang paling kita sayang.. Kita kata juga dia yang sakitkan hati kita.. Mana mahu kita korbankan dan give in? Orang paling kita sayang atau rasa sakit hati? Ouh.. Mungkin ada yang kata, sakit hati simpan lama-lama jadi nanah, membusung.. Hey.. Kalau begitu apa guna komunikasi? Apa guna kesefahaman? Apa guna kasih sayang yang anda ada? Betul tak? Think about it.. *aku rasa macam penceramah dalam kursus kahwin.. ekeke..*



Honestly speaking, aku kadang-kadang terasa juga sakitnya hati dengan orang yang aku sayang.. Even hanya untuk perkara kecil, hati tetap sakit.. Hoho.. Tapi bagi aku, aku cuba untuk tak tunjukkan rasa sakit hati aku, aku cuba overcome dengan berkomunikasi dengan dia, berborak supaya aku lebih setapak lagi mengenal dia.. Distract aku daripada terus-terusan sakit hati.. Dan.. Untuk mengenal seseorang bukan cerita sehari dua, it tooks you a whole life.. Sebab manusia berubah.. Kadang-kadang aku fikir, sikap aku ini nanti akan memakan diriku semula ke? Sebab asyik makan hati, simpan.. Bila nak besar? *ooppss.. memang dah besar pun..* Ahaks.. Entahlah.. Just pray for the best.. Marilah kita sayang-menyayangi ya.. Ngee.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Oh ya.. Dan janganlah asyik sangat sakitkan hati orang yang sangat-sangat sayangkan anda.. Okey.. Heehee..




DILEMA CINTA - UNGU


Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
Aku yang selalu ada saat kau terluka


Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi semua
Yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan
Yang mampu buatku begitu terluka


Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlamabat bagiku pergi darimu
Bagiku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku
Jauh darimu


Telah ku coba segala cara
Untuk bahagiakan kamu
Merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku untuk di sisimu


Tak pernah ku rasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Menyakini hatiku bahawa ku mampu berlalu

20 Mei 2010

Abe Jejal Yang Budget Sweet

Mei 20, 2010 16 Comments
Entry aku sekarang pendek-pendek tak? Haha.. Mungkin tak pendek mana tapi kurang panjang daripada biasa.. Ya tak? Ngee.. Semenjak dua menjak agak sibuk mengutip semangat untuk belajar.. Aku akui.. Sangat penat.. Rasa macam mahu give up pun ada.. Belajar oh belajar..




Semenjak dua menjak juga extra penat.. Kepala pun makin sakit sebabkan cuaca yang melampau panasnya di Ipoh ini.. Dalam ward lagilah, terbakar-bakar.. Hoho.. Fengsan fengsan..


Semenjak dua menjak juga aku nampak banyak budak-budak muda dalam ward.. Hmmm.. Muda-muda lagi dah dapat penyakit kritikal.. Aku tumpang bersedih.. Harap mereka kuat semangat menempuh hidup.. Aku dan kamu yang sihat ini pun sepatutnya perlu lebih-lebih lagi extra semangat.. Ye tak?



Oh ya.. Kepada Abe Jejal, selaku pembaca baru blog aku dari alam realiti, selamat datang ke Cahaya Yang Riang Gembira.. Aku cilok gambar kau yang paling sweet dari Facebook.. Nak ambil yang nampak lesung batu, tapi tak jumpa.. Muahaha.. Pesan aku satu saja.. Dah baca blog aku, janganlah hafal semua ayat-ayat aku dan present dalam kelas.. MALU WEH!!!




Ada orang cakap, aku sibuk-sibuk pun update blog juga.. Haha.. Draf banyak, edit lepas itu PUBLISH.. Sonang ajo.. Ngee.. Okeylah.. Nak baca buku.. Wah.. Rajin.. Heehee.. Okey semua.. Assalamualaikum.. Selamat malam.. =)



FOOT NOTE: Biarlah apa jadi sekalipun, apa yang sebenarnya aku rasa biarlah tetap jadi rahsia aku.. Katalah aku ego.. Ya.. Memang.. Sebab aku takut.. Sampai tak terluah apa yang aku rasa.. Mungkin juga dia takkan mengerti sampai bila-bila.. Sesungguhnya yang selebihnya aku berserah hanya padaNya..

Nak Tanya Pasal Pandu Lalu Saja Pun..

Mei 20, 2010 23 Comments
Rasa macam baru celik mata bangun pagi Rabu.. Sekarang dah malam dan esoknya Khamis.. Phew!! Malam ini tak mahu update apa-apa.. Saja-saja mahu menempek dalam dunia blog.. Ekeke..


Dunia kini juga Malaysia kini dilambakkan dengan kisah-kisah hot, kontroversi, malah ada juga yang mengelirukan, menimbulkan amarah dan membuat orang rasa malu.. Anda jejakkanlah kaki anda di mana-mana blog, pasti kisah-kisah hangat ini sibuk diperdebatkan.. Aku pun kadang-kadang melontarkanlah juga komen barang seayat dua.. Sekarang agak sibuk dengan hidup.. Stress melanda.. Komen pun pendek weh.. Hoho..


Aku petik antara yang hot-hot sekarang.. Nun di USA sana, kisah MISS USA 2010, Rima Fakih yang beragama ISLAM? Di Melaka tempat tinggalku, kisah seorang gadis berumur 15 tahun bersama pasangannya menanam anak hasil hubungan luar nikah mereka.. Aku tak tahulah mahu mengeluarkan reaksi apa lagi.. Bung Mokhtar dan Zizie Ezette juga mendapat tempat di dada akhbar.. Oh.. Hampir terlupa.. Tentang adegan seks ustazah dan warden.. Menyebabkan GeekyJard kurang percaya? Ada benar juga kata-kata Jard.. Hurrmmm..


Eh eh.. Lagi satu.. Ramai orang cari lagu Hilangnya Cintaku dari Filianti Vlee.. Aku yang ketinggalan zaman ini baru tahu lagu dari OST Lagenda Budak Setan.. Hoho.. Cari juga mp3 lagu tersebut.. Tak berjumpa.. Yang ada cuma INI SAJA.. Layan..






Dah kata tak ada update tadi kan.. Ekeke.. Gambar ehsan Google.. Sebenarnya nak tanya, macam-macam drive-thru atau pandu lalu dah ada.. Tak boleh ke agak-agak buat pandu lalu untuk isi minyak? Hoho.. Pemalas betul aku.. Dush dush.. Okey semua.. Selamat menelaah kepada yang sedang menelaah especially Joegrimjow yang berkampung di IC.. Juga buat adik-adik IPG yang tengah exam.. Chaiyok!! Good luck!! Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Waaaaaaa.. Rindu.. Rindu.. Rindu.. Rindu.. Banyak.. Dan banyak.. :(

19 Mei 2010

Tolong Jangan Contohi Sikap Aku Yang Ini

Mei 19, 2010 20 Comments
Kesihatan.. Adalah hak milik setiap insan.. Ewah ayat.. Pagi nan indah dan permai ini, kita cerita soal kesihatan dan pengajaran di balik kisah si anak bernama Nur Farhana.. Oh ya.. Semenjak dua menjak ini muka kelihatan pucat dan tak bermaya.. Mungkin masalah kekurangan zat yang aku alami masih belum diperbetulkan sepenuhnya.. Derr.. Bila aku nak cukup zat macam ni? (_ _!)



Aku akui, bab-bab menjaga kesihatan aku sangat kureng.. Tapi aku suka jaga kesihatan orang.. Bila ada orang sakit saja, memang aku risau tahap gaban man.. Kadang-kadang sampai menangis sebab over risau.. Jadi, tolong jangan buat saya risau ya.. Ahaks.. Selalunya bila diri mengabaikan diri, orang lain yang melihat mula risau.. Dan orang itu ialah emakku yang tersayang.. Emak memang cukup menjaga kesihatan anak-anaknya dan suaminya.. Buktinya? Mari mari kita terjah..




Inilah dia antara produk-produk yang telah mak belikan untuk aku juga adik malah abah.. Ngee.. Memang banyak tak terkira kalau ikutkan.. Untuk penurunan berat badan anaknya saja, macam-macam dah dibeli.. Daripada Slimming Set Leesa Formula, pergi pula pada Lax 5, Lax 9, Lax macam-macam Lax.. The latest, Jus Diet Mate..


Apart from that, health supplement pun banyak.. Mak bekalkan Garlic Capsule, Cod Oil Capsule dan banyak lagi.. Kali terakhir aku balik mak beri sekotak susu kambing HiGoat.. Susu kambing memang sedap.. Tak sangka.. Hoho.. Dalamnya ada 15 sachet tak silap.. Dah sebulan lebih aku bawa balik, tapi masih tak habis-habis.. Jus Diet Mate pun masih ada lagi beberapa bungkus.. Walhal ianya patut habis berbulan yang lepas.. Aiyak!! I am so not compliance.. Aku memang pemalas.. Kalau disediakan depan mata baru aku ingat.. Kalau tak, memang lupa langsung.. Kadang-kadang rasa bersalah juga, macam nak cekik-cekik diri kenapalah susah sangat nak habiskan supplement yang mak bekalkan..




Maaflah mak.. Bukan tak menghargai usaha mengeluarkan duit beli itu ini untuk kesihatan anakmu ini, tapi anakmu ini memang dari dulu susah makan ubat, sangat susah kalau bab-bab penjagaan kesihatan ini.. Jadi, kenapakah aku ambil medik? Hoho.. Persoalan yang ajaib.. Sebenarnya tak susah, tapi aku sendiri yang bikin susah.. Sekarang aku akan cuba habiskan susu kambing Hi Goat.. Walaupun lepas minum, badan rasa panas, peluh pun macam paip air yang bocor, mengalir tak henti-henti, tapi lepas minum serious aku rasa SIHAT.. Heehee..



Apa pun, thanx a lot Emak.. Love you.. Oh.. Tiba-tiba teringat satu iklan TV tentang rempit merempit, accident.. Dialog seorang bapa.. Mungkin dalam hati emak juga terdetik seperti itu.. MUNGKIN ANAK-ANAK INI TAK TAHU, BETAPA KITA SAYANGKAN MEREKA.. T_T


Okeylah.. Siap-siap mahu ke kelas.. Jaga kesihatan elok-elok ya semua.. Sesungguhnya kesihatan adalah hak milik setiap insan.. Ngee.. Take care.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Kalau aku ada anak ada suami nanti, barangkali aku juga akan ikut cara emak.. After all, naluri seorang isteri dan ibu.. Pasti mahukan yang terbaik untuk keluarganya.. =)

18 Mei 2010

Saya Cuma Nak Kata Saya Suka Awak.. Okey Dah..

Mei 18, 2010 17 Comments
Pagi tadi jalan-jalan hirup angin dalam dunia blog, jengah ke blog Aainaa dan skodeng entry beliau yang ini..




Ramai mungkin dah banyak kali dengar lagu nyanyian Akim ini.. Bagi aku, aku suka.. Farhana.. Macam biasalah.. Suka sebab liriknya.. Weeeeee.. Videonya aku suka part paling awal dan paling last.. Jom usha..



Erm.. Erm.. Tak ada sesiapa nak kata macam tu ke pada saya? Muahaha.. Alah.. Macam Akim dok praktis sakan dalam musik video ini.. Hee.. =)




Overall, musik video ini sweet.. Rasa cemburu dengan gadis dalam video, dapat teddy bear dan bunga.. Agak-agak bilalah aku boleh dapat set teddy bear dengan bunga? Coklat pun sedap.. Hoho.. Nanti dan terus menanti.. Okeylah.. Selamat menonton.. Assalamulaikum..



FOOT NOTE: Baca balik entry pagi tadi, buat aku rasa sayu dan sedih pula.. Hmmmm.. Semoga ada penyudah gembira untuk setiap kisah cinta.. Mudah-mudahan.. =)

Saya Berikan Yang Termampu Untuk Awak Bahagia

Mei 18, 2010 16 Comments



Mari.. Aku bawa kalian menyelami makna di sebalik kata-kata ini.. Tiap bait punya makna tersirat yang kadang-kadang tidak perlu disuratkan.. Tanyalah hati untuk memahaminya..




Like A Fool

Maybe this is because I'm a fool
It's okay even when I get hurt
Even when others say that it is useless love
It doesn't matter because I'm a fool
I was nice to you because I wanted to
I was happy for just that
If you smiled just once
I'm happy just with your smile


Until the day when your love will come
I will just stay next to you like this
Since it is a happiness for me just giving
I don't want anything else from you
I will be there whenever you reach out
I will be there whenever you call out
Without change I'll be there
Because I love you


Because it was the love I choose
Even my pain was your happiness
If you look back at least once
I'm happy just for that


Until the day you meet the person to protect you
Instead of me
For the time being I will stay next to you
Because I'm happy just looking at you
I don't need anything else
I will remain the same for you
Even if you leave me without goodbye
I will send you away thankfully
Because I'm a fool



Apa anda rasa tentang insan yang meluahkan rasa di atas? Bodoh? Buang masa? Tak guna? Huhu.. Just like a fool.. Memberi tanpa harus menerima.. Mencintai tanpa mengharapkan balasannya.. Kata adikku, in order to be happy, we have to give more and expect less.. Boleh tak agak-agak aku jadi begitu? Memberikan yang termampu dengan selalu berada di sisinya hanya untuk melihatnya tersenyum dan bahagia.. Walaupun bahagianya dengan insan yang lain??? *Deep thinking mode*


Selamat hari Selasa semua.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Lirik di atas adalah translation dari sebuah lagu Korea bertajuk Like A Fool nyanyian Park Sang Woo.. OST You're Beautiful.. Drama yang tetap number 1 dalam hati aku.. Walaupun Encik INI beriya-iya gaduh denganku dengan mengatakan drama ini tak best.. Dan akhirnya, beliau mengaku kalah.. Hoho!!!

17 Mei 2010

8 Kelebihan Punya Badan Comel Seperti FarhanaDr

Mei 17, 2010 42 Comments
Eh eh.. Apa? Tak kenal FarhanaDr? Artiskah? Doktor? Majistret? Atau lawyer? Oh.. The owner of Cahaya Yang Riang Gembira.. Ngee.. Selamat sebab badan sendiri pun comel, jadi kalau publish entry begini pun insan sebadan secomel sepertiku tak melatah sampai tahap turun naik court saman menyaman.. Ekeke..


Janganlah hanya pandang kami sebagai "excess baggage" sebab yang sebenarnya, kami punya kelebihan yang anda mungkin tak tahu menahu.. Dan hanya di sini, dan kini segala rahsia akan terdedah, didedahkan dan mendedah-dedah.. Sila ketatkan segala bentuk tali keledar supaya anda duduk teguh di situ tanpa berganjak sedikit pun..





1) Bila jadi penumpang sebuah kereta secomel Kancil, Kelisa ataupun Viva, kami mendapat seat reserve khas iaitu di sebelah pemandu.. Haa.. Kalau lagi mahu merungut, bonet belakang luas seluasnya.. Boleh bentang tikar, sedia bekal, piknik dalam bonet..


2) Kalau kami jejakkan kaki kami dalam lif, dan lif pun bising bunyi TEEET TEEET, orang akan pandang kami.. Makanya, tak reti-reti lagi ke kami nak keluar.. Besar jasa mereka suruh kami keluar.. Motifnya nak suruh exercise mendaki tangga.. *lebih afdal diaplikasikan untuk bangunan setinggi KLCC*





3) Akan selalu dapat undangan ke kenduri kahwin.. Untuk buat show.. Apa lagi.. Psssttt.. Meh dekat.. Orang kata, badan besar suara sedap.. Ahh.. Yeke.. Malulah saya.. Tak adalah sedap mana, tapi boleh tahanlah merdunya.. Ekeke..


4) Jangan ingat kami tak laku.. Banyak dapat offer jadi model okey.. Model SEBELUM untuk produk kuruskan badan.. Heyyyy.. Ingat senang ke nak cari SEBELUM.. Hoho..





5) Orang kata.. Insan badan comel macam kami disukai ramai.. Sebab utama, kami banyak cakap dan sense of humour kami tinggi melangit.. Easy going.. Bukan easy come easy go ya.. Penjelasan mudah.. Insan badan besar selalunya rendah diri kerana keadaan dirinya (selalunyalah), jadinya sebagai compensatory mechanism, mereka jadi seorang yang banyak cakap untuk meningkatkan keyakinan diri.. Boleh pakai tak teori saya?




6) Kalau masuk asrama, daftar bilik.. Ada katil double decker.. Insan badan comel pasti akan diberi keistimewaan tidur bawah.. Satu, mungkin sebab kalau tidur atas bahaya.. Kedua, bila tidur bawah, sistem perpeluhan yang over akan dirangsang, kira macam bakar lemaklah.. Kuruskan badan..





7) Bila sekolah kita, kolej kita adakan hari sukaneka.. Acara tarik tali dan acara pecahkan belon dengan montot pasti ada.. Dan setiap kali, dengan bangganya kita diberi keutamaan untuk memasuki acara ini.. Peluang tinggi nak menang.. Tarik tali, tak payah keluar tenaga.. Kau berdiri setempat, orang tariklah kau bagai nak rak, tak bergerak juga.. Hebat kan?






8) Kalau ada sahabat dalam masalah dan dalam kesedihan, kami jadi tempat bersandar.. Seperti ramai yang sedia maklum, bahu kami memang besar dan empuk.. Peluk pon sodap ni.. Hik hik..


Hey.. Tuan empunya Cahaya Yang Riang Gembira mahu menempek sebentar.. Orang kata saya berbadan comel dan chubby juga rupa cute.. *rupa cute itu Suki dan kekasihnya, Akira yang kata.. Bukan aku.. Ekeke..* Apa pun aku, aku adalah aku.. Woohoo!!



Aku sukakan entry ini kerana ianya adalah tentang diri aku.. Dekat dengan aku.. Menulisnya buat aku tersengih, membacanya semula buat aku gelak kecil.. Entry ini umpama satu ubat untuk aku saat aku alami hari yang tidak best.. Hari di mana aku telah jumpa insan yang berjaya buat aku tak menangis langsung walaupun pada hakikatnya hati aku sakit teruk, luka parah.. Dua kemungkinan.. Samada aku telah jadi seorang yang sangat tabah ATAU aku sebenarnya sudah keras hatinya.. Dan aku sendiri, gerun mendengarnya.. Assalamualaikum semua..




LAGU BARU: SEJUJUR HATIMU (ADIBAH NOOR)
~ Penyanyi comel kegemaranku ~



Kau ucapkan kata-kata yang tak ku duga
Bersungguh benar kau melamar hatiku
Oh baru semalam kau nyatakan sangsimu
Tiada pengganti dirinya buatmu


Siapakah diriku yang benar buatmu
Seikhlas hatimu apa kau rasakan
Di wajah curiga berbicara
Hatiku bukan mainanmu
Ucaplah sejujur hatimu


Ku cukup beranikah ku nyatakan cinta
Apakah benar aku yang kau inginkan
Kau bagaikan sinar
Sememangnya ku gusar
Bimbang cahaya kasih jadi gerhana


FOOT NOTE: Walau siapa pun kita, bagaimana pun kita, pasti ada sesuatu yang istimewa tentang diri kita.. =)

16 Mei 2010

Buat Mana-Mana Cikgu Yang Aku Pernah Ada Crush, Selamat Hari Guru.. =)

Mei 16, 2010 23 Comments
Berapa ramai cikgu Farhana oii.. Tajuk kontroversi selalu.. Hoho.. Eh betullah.. Mahu aku list satu-satu.. Semenjak umur 7 tahun sampailah 17 tahun, Xiao Lao Shi, Liu Lao Shi, dan ramai lagi Lao Shi.. Sekolah cina, semuanya Lao Shi.. Tiada cikgu.. Masuk menengah, tambah lagi dua koleksi crush.. Wakaka.. Gadis remaja berdarah muda, gatal tak bertempat.. Tapi tak adalah sampai main kenyit-kenyit mata, hantar surat cinta, atau selalu berkepit buat-buat tak faham mata pelajaran yang inilah, yang itulah.. Ouh.. Melampau sangat kalau begitu..


Tapi skodeng selalu buat.. Ooppss.. Cikgu kesayangan duduk belakang rumah.. Bila beliau balik sekolah, dengar bunyi motor beliau, aku cepat-cepat lari bilik belakang, panjat atas katil.. Selak langsir sikit-sikit.. Takut ketahuan.. Hujung minggu bila beliau sidai baju, masak di dapur, rutin aku, berdiri atas katil sampai kaki naik kebas.. Hoho.. Buat-buat rajin sapu sampah luar rumah dan cuci longkang? Hari-hari aku buat.. Mak terpegun.. Hoho.. Buruk perangai kau wahai Farhana..



Tak lupa juga hempukan dengan rotan tebal ibu jari, semua sebab bising.. Alah.. Soseh-soseh sikit saja cikgu.. Kalau tak soseh, terlepas gosip-gosip hangat.. Haa.. Jangan tak tahu, kecil lagi dah berjinak dengan dunia gosip.. Sepatutnya series Gossip Girls bagi aku saja jadi watak utama.. Mana tahu lagi popular dan meletup drama itu.. Ouh.. Hadiah pun selalu dapat.. Hafal sifir 1 sampai 12 masa Darjah 2.. Dapat coklat susu.. Sampai sekarang suka makan coklat susu pembalut kertas merah.. Lemak berkrim.. Disukai ramai.. Weeee.. Tahun Baru Cina pun masyuk, pergi rumah cikgu, dapat ang pow ang pow.. Hoho..




Kenangan belako.. Indah-indah semuanya.. Masa kecil semuanya indah.. Otak simple, tak payah fikir apa-apa.. Hati pun tak pernah rasa sakit bila kecil-kecil dulu.. Eh apa aku merepek melalut kelaut tiba-tiba.. Aku cuma nak cakap, tanpa cikgu-cikgu, aku tak jadi seperti mana aku jadi sekarang.. Terima kasih buat seluruh tenaga pengajar yang pernah mengajar dan sedang mengajar aku di:


1) Tadika Miri Gospel Chapel

2) SRJK Tukau, Kampung Bakam

3) SMK Chung Hwa Miri

4) SMK Convent Kajang

5) SMK Tinggi Perempuan Melaka

6) Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

7) Universiti Kuala Lumpur, Royal College of Medicine Perak


Selamat Hari Guru.. Juga buat para-para blogger yang bergelar cikgu dan bakal jadi cikgu.. Cikgu Zara, Cikgu Zami, Cikgu Hazlin, Cikgu Nurul, Cikgu Isza, Cikgu Alie, Cikgu Lin, dan ramai lagi tak tersebut.. Ngee..



Dan dan dan.. Tak lupa buat abah tersayang.. Cikgu Abdullah Ismail.. You're the best guru in my life abah.. Oh ya.. Kalau ada anak-anak murid abah atau bekas anak-anak murid abah yang belajar di SMK Air Tawar Kota Tinggi, Institut Perguruan Sarawak dan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka singgah ke blog aku, sapalah aku.. Mana tahu boleh jejak kasih.. Ecece.. Selamat Hari Guru abah.. =)


Assalamualaikum semua..


P/S: Lain pula aku tengok gambar abah.. Macam superimpose pun ada.. Hoho.. Maklumlah, abah kan tok guru Photoshop.. Ngee.. Lawak jek abah.. Handsome handsome.. =)


FOOT NOTE: Entry tentang guru yang aku suka ada di sini.. Budak Kuwe ini punya penulisan yang buat aku terpaku membacanya.. Hik hik.. Welcome back Bro.. =)

Menonton Drama Korea Membahayakan Kesihatan

Mei 16, 2010 22 Comments
Ini bukan entry review Personal Taste lakonan Lee Min Ho kesayangan anda juga aku ya.. Ecece.. Tengok tajuk pun anda boleh faham.. Ya betul.. Menonton drama Korea yang tidak berapa nak berjela-jela ini mampu membahayakan kesihatan tubuh badan anda.. Juga aku.. Menurut kajian seorang penggemar drama Korea, menonton drama Korea mampu meyebabkan satu sindrom yang tiada ubat tapi akan sembuh dengan sendirinya.. Ianya satu sindrom yang mudah datang dan mudah pergi.. Tak percaya, sambil lihat gambar sambil baca penjelasan tentang apakah sebenarnya sindrom itu..



Encik Adziim Mimpi ada membuat request untuk aku mengsupply drama Korea kepada beliau.. Mimpi, sebelum anda menerima supply dari saya, anda patut tahu tentang sindrom ini.. Tapi aku tak yakin sindrom ini ada effect pada warga-warga lelaki.. Sebab pertama, tak ramai yang suka layan drama Korea, contohnya Encik Metamorfisme Diri.. Sebab kedua, susah mahu jumpa lelaki jiwang.. Hoho..




Tapi jangan risau, lelaki yang melayan drama Korea masih lagi wujud.. Muahaha.. Contoh yang aku boleh bagi adalah Encik Black Mel.. Tak lupa juga adik angkat aku yang sangat sweet, Umar Nurfitri sebab dia bercita-cita mahu ada awek Korea.. Sebab? Penangan melayan drama Korea.. Apa lagi..



Oh.. Hampir lupa mahu cerita tentang sindrom.. Ya.. Sindrom ini selalu dialami golongan wanita yang single mingle.. Yang sudah berpunya dan berkahwin pun kadang-kadang mengalami sindrom yang sama.. Menurut hasil kajian, sindrom itu dinamakan mengikut kategori pesakit-pesakit.. Mari kita lihat kamu dan aku jatuh kategori sindrom yang mana:



1) Strong Desire To Fall In Love Syndrome - Pesakitnya selalu terdiri daripada wanita yang belum berpunya


2) Strong Desire To Fall In Love Over & Over Again Syndrome - Pesakitnya sudah tentu sudah berpunya



Benar juga hasil kajian penggemar drama Korea ini.. Menurutnya, sindrom ini datang setiap kali ada fenomena drama Korea terbaru.. Sebelum ini, kegilaan drama You're Beautiful sehingga menyebabkan aku lama tak update blog.. Muahaha.. Sekarang fenomena Personal Taste dengan heronya Lee Min Ho yang aku sendiri tak faham dan kurang jelas, kenapa bila beliau senyum, beliau sangatlah comel.. Oh ya.. Aku pun dah kena sindrom ini.. Tengok drama Korea rasa mahu berchenta.. Woohoo.. Pengaruh drama semata-mata.. Godaan dari hero-hero kacak belaka.. Aigoo.. Apa nak jadi..



Walaupun drama Personal Taste ini tidaklah menggoda aku sehebat godaan You're Beautiful, ianya tetap sebuah drama Korea yang wajib tonton.. Penuh hard disk aku dengan drama-drama Korea.. Baru saja rasanya sembuh dari sindrom, dah kena sindrom lagi.. Hoho.. Apa lagi, mari-mari kita bercinta.. Falling in love.. Saranghae.. =)



Buat Boneka Tak Sakit, drama ini sangat sesuai untuk tontonan anda juga.. Tengok pakcik di atas, aku dah mula suka beliau sebab sangat cool, tapi turn out beliau jatuh cinta dengan hero dan cintanya tak berbalas.. Merana kerana one side love, cinta tepuk sebelah kaki.. Uhuk uhuk.. Sob sob.. *geli perut sebenarnya*


Oh ya.. Cikgu Hizami, lepas pengajian anda, saya rasa anda perlu terbang ke Korea terus.. Sebab anda memang sesuai jadi hero utama drama Korea.. Sekian pujian ikhlas dariku.. Hik hik.. Okeylah.. Selamat berhujung minggu.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..


P/S: Sila rujuk penggemar drama Korea yang membuat kajian itu untuk soalan lebih lanjut.. Ngee.. =p



FOOT NOTE: Abang Choi tanya, "What is so great about one side love?" Heroin jawab, " Whenever I want to, I can end it anytime.. Because I'd be the only one who got hurt.."