She Talked About Born With Silver Spoon..

16 comments
Tempoh hari, dia bicara soal born with silver spoon.. Perihal seorang gadis blog yang cantik dan kaya raya.. Kupasan perihal kekayaan, hidup susah dan sebagainya.. Kali ini biarkan aku pula bicara soal dan perihal seorang jejaka blog yang aku respect semenjak awal perkenalan sampailah ke saat ini.. Dia.. Bukanlah seorang yang lahir dengan silver spoon.. Semangat hidupnya yang ingin aku kongsikan bersama kalian..



Setahun yang lepas aku mengenalinya, dia adalah seorang jejaka usianya tua setahun dariku.. Sedang berada di tahun akhir pengajian, jurusan kejuruteraan di sebuah IPTA di selatan tanah air.. Tahun-tahun pengajiannya tidaklah seperti aku dan kamu.. Di mana kita sibuk bertungkus lumus belajar dan belajar.. Dia pula? Belajar sambil bekerja.. Kadang-kadang sebab sibuknya dia bekerja, kelas pun goal.. Huhu.. Banyak sungguh kerja yang dia lakukan.. Jika aku, entahlah samada aku boleh terus bertahan atau tidak.. Tapi untuk memastikan kelangsungan hidup, itulah yang dia lakukan.. Bekerja untuk menampung diri dan keluarga..



Antara kerja-kerja yang aku ingat, dia pernah join katering.. Kadang-kadang sampai ke malam.. Pernah juga dia bersama seorang kawan menghantar pisang-pisang dari Johor ke Perak.. Boleh dikatakan banyak juga masanya dalam lori mengangkut pisang-pisang.. Tapi kerja yang selalu dia buat bersama abangnya adalah menjual goreng pisang setiap Selasa hingga Ahad.. *betul kan?*


Mencari wang untuk kelangsungan hidup adalah perkara utama dalam hidupnya ketika itu selain ingin menamatkan pelajaran.. Kini, dia sudah tamat belajar pada hujung tahun lepas.. Dia sudah mulakan pekerjaannya.. Sebentar saja, atas sebab-sebab tertentu dia tidak dapat meneruskannya dan dia kembali menjual goreng pisang bersama abangnya.. Dia pernah tanyakan padaku, ada ke ibu bapa yang mahu kahwinkan anak mereka dengan seorang penjual goreng pisang? Huhu.. Kalau anda, apa anda jawab?



Kini.. Dia tak lagi kerja jual goreng pisang.. Tidak lagi bekerja di mana-mana kilang.. Dia telah menyambung pelajarannya.. Walaupun agak sukar untuk dia sendiri membuat keputusan, tapi aku yakin, hanya diri kita sendiri tahu apa yang kita perlukan dalam hidup ini.. Semangat dia dalam meneruskan hidup, bersusah payah untuk itu dan ini buat aku sangat respect pada dia.. Dan satu hari jika dia memperoleh kesenangan dalam hidup, aku pasti itu adalah sesuatu perkara yang paling manis sekali.. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Betul tak?


Dia pernah tanyakan padaku, adakah dirinya seolah menagih simpati dengan kisah hidup susahnya? Aku rasakan tidak.. Sebabnya kisah dia mampu jadi inspirasi untuk orang lain..



Inilah dia.. Aku gelarkannya Azri Sekandar.. Sahabat yang agak rapat juga denganku dan suka menyakat.. Sama seperti Joegrimjow, walau kenal hampir setahun tapi belum sempat bersua muka.. Hey hey.. Dulu dia mencari-cari gadis bunga.. Sekarang dia mencari gadis cat untuk mewarnai hidupnya.. Ekeke.. Dan.. Dia sangat jiwang.. Siapa-siapa berminat nak kenal? Haha.. Anyway, aku just ingin wish all the best untuk kehidupan beliau..


Untuk anda, aku harap kisah hidup dia mampu memberi sesuatu kepada anda.. Oh ya.. Penjual goreng pisang pun layak meyunting gadis idaman.. Betul tak? Well.. Till here.. Take care and happy weekend.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Jangan risau jika tertutup satu pintu buat kita, kerana dalam hidup ini ada banyak lagi pintu.. Terpulang pada kita untuk mengetuk dan membukanya.. =)

Jangan Ketawa.. Siapa Ketawa Kena Sebat!

16 comments
Okey okey okey.. Pes of all, dalam hati tiba-tiba rasa macam ada taman pula.. Kembang kuncup, happy happy.. Hari ini, ada orang telah buat saya senyum lalu gelak.. *tanpa dia sedar* Terima kasih kamu.. Haha.. *ngada-ngada aku*

~ tajuk entry itu diambil dari sebuah rancangan gameshow Jepun.. =p



Hey hey.. Anda perasan atau tidak, gelak ketawa manusia ada macam-macam fesyen dan pattern.. Even yang bertulis dalam SMS, dalam entry mahupun YM, gelaknya juga ada macam-macam.. Aku bagi contoh:


1) Mel Romeo dan Miss Lolly - Miahahahaha..


2) Azuan - Wakaka~


3) Miss Lolly lagi - Agagagaga..


4) Bro Framestone - He23x..





Okeylah.. 3 contoh cukup.. Ahaks.. Lagi? Ada "hahaha", "hoho", "kikiki", "ekeke", "muahaha" dan aku rasa paling comel adalah "kui kui".. Cuba anda bayangkan sendiri gelak di atas kertas dan penulisan ini diadaptasikan kepada bentuk LIVE.. Maknanya gelak real.. Gelak seperti contoh-contoh di atas.. Haaa.. Bayangkan.. =p



Tahu tak anda ketawa adalah ubat untuk duka lara? Ketawa juga mampu merendahkan tekanan darah.. No tension tension.. Antara khasiat ketawa:


a. Merendahkan tekanan darah

b. Merangsang mood.

c. Meningkatkan daya ketahanan badan.

d. Memperbaiki fungsi otak

e. Melindungi jantung.

f. Merapatkan hubungan dengan orang lain.

g. Melegakan perasaan.

h. Membuatkan kita berasa selesa.




Senyumlah.. Ketawalah.. Kerana anda kelihatan comel dan cantik jika ketawa.. Bila anda senyum dan ketawa, automatik aura happy sampai pada orang lain, hati orang lain pun tenang saja tengok anda suka, gembira tak terkira.. Heehee.. Tapi ingat, jangan gelak ketawa tak bertempat atau gelak ketawa berpanjangan.. Nanti orang fikir anda gila.. Hoho.. Salam hari Jumaat.. Selamat Hari Pekerja esok.. Enjoy cuti.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Senyumannya itu penyembuh rindu.. *happy gilerrrrrrrr sampai gila* =)

Aku Yang Sangat Pelik.. Wakaka ~

10 comments
Hari ini bicara soal langit.. Entah feeling-feeling apa meresap segenap urat saraf, langit jadi pelepas kerinduan yang tiba-tiba menerjah entah dari mana.. Aku pun tak pasti.. Haha..


Status Facebookku yang diupdate ketika di sebuah kedai makan *makan sambil pandang langit* : Aku pandang langit malam.. Tiada bintang.. Gelap dan kelam.. Sayu.. Tiba-tiba nampak kamu di balik kepul-kepul awan gelap itu.. Tersenyum kembali.. Weeeeee.. :)


Jom tengok langit.. Ini langit Labuan, juga langit Ipoh.. Terpandangkan status di Facebook Cikgu Zara pula..






"Cinta tak berupa menatap satu sama lain, tetapi memandang ke luar langit arah yang sama.. Kalau aku renung langit itu, adakah kau juga begitu?"


Terima kasih cikgu sebab bantu aku zahirkan rasa itu.. Heehee.. Gila aku.. Kata mahu bersara dari kejiwangan.. Benarlah kata orang, sekali jiwang, selamanya jiwang.. Selamat malam sayang-sayangku.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Rindu itu ada aura yang boleh ditransmit melalui gelombang angin tak? =)

Cili Mulut Kamu Nak?

10 comments
Masa jalan-jalan baca artikel tentang cili ini, aku teringat pada Cikgu Matematik, Hizami Rahim.. Header blog dia ada cili okey.. Melambangkan ke"hot"annya.. Heehee.. Eh eh.. Dia kata sebab dia suka sangat makan cili.. Erm.. Sebab itu dia hot barangkali.. Berbekalkan wajah yang comel dan suka makan cili yang pedas dan hot.. Ooppss.. Puji lebih-lebih pula.. =p


Cili itu panas, pedas dan membara.. Jangan makan cili jika tak tahan pedasnya.. *Macam tiru pepatah jangan berumah di tepi pantai kalau takut dipukul ombak.. Ekeke..* Dulu-dulu orang tua akan pesan, nenek dengan mak akulah, abah juga.. Jangan makan cili banyak sangat, biji cili tersumbat boleh buat sakit appendiks.. Kata Abang Kelantan kelas aku, makan pedas banyak-banyak boleh buat buasir.. Dah 2 kali dia kena.. Pedih kot punggung.. Ooppss.. Pecah rahsia.. Hik hik.. Ada juga kata boleh membuat sakit gastrik kita makin teruk.. Tapi lain pula kajiannya di Universiti California, Amerika Syarikat.. Cili boleh kuruskan badan.. Hohoho.. Berapa kilo cili agaknyalah kena makan untuk dapat bentuk badan ideal.. *Joe pasti akan offer HerbaLife nanti.. Hehe..*


Hoho.. Aku pun dengan rajinnya meng"google" tentang perkara ini.. Al maklum saja berkait rapat dengan insan comel sepertiku.. Hik hik.. Dan aku temui jawapannya di sini.. Siapa rajin-rajin, bolehlah baca ya..




Tapi basically, cili sebenarnya ada banyak kesan positif pada tubuh.. Dalam cili mengandungi bahan bernama Capsicain yang membantu untuk membakar lemak dalam tubuh.. Tapi ada juga yang allergy dengan capsicain sehingga menyebabkan tandas atau jamban menjadi rumah kedua anda.. Hik hik.. Bagi wanita.. Woot woot.. Boleh juga licinkan kulit ya.. Lelaki juga kalau berminat.. Heehee.. Ada juga kajian mengatakan cili jika dimasukkan dalam menu, boleh bantu kurangkan "kebanjiran insulin" selepas makan.. Sebab kebanjiran insulin adalah antara penyebab Diabetes Mellitus Jenis 2.. Sejauh mana kebenaran tentang ini aku tak pasti pula..


Cili juga boleh melegakan hidung berair, bertindak sebagai antibiotik semulajadi dalam tubuh badan kita.. Untuk melegakan sakit juga boleh.. Multipurpose cili ini ya.. Huhu.. Antara kesan sampingan makan cili banyak sangat:


1) Rasa terbakar pada mulut, bibir, kulit (tahanlah sikit.. lidah Melayu apa..)

2) Cirit-birit (ini yang bagi allergy pada capsicain)

3) Boleh meningkatkan kekerapan anda ke tandas

4) Heartburn (bukan jantung terbakar ya..)

5) Insomnia (tidur itu sesungguhnya nikmat..)



Since advantages outweigh negative effects, one should not underrate the beneficial effect of chillies towards contributing to our health well being.. So eat chillies to your heartiest content, if you can withstand the unbearable burning sensation and pungent taste..


Agak-agak mahu body macam Keira Knightley, bolehlah mula makan cili selalu ya.. Hot dan tip-top.. Ahaks.. Okey semua.. Till here.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Cari suami lidah Melayu yang suka makan cili.. Boleh teman aku kuruskan badan sama-sama.. *kalau dia kurus cikeding, jadilah makin keremping* Weewiiittt.. =p

Ini Bukan Iklan Ubat Ketiak

10 comments
Masa kecil-kecil comel loteh, aktif sukan itu sukan ini.. Bola keranjang, bola tampar memang kira otai dan dalam tanganlah.. Tutup mata pun boleh score.. Hoho.. Hasrat dalam hati mahu teruskan sampai besar panjang, aktif sukan tanpa henti.. Baru badan fit dan mantap juga tip top.. Tapi nampaknya hormon yang dirembeskan ketika tumbesaran menyebabkan badan kembang kuncup tak sekata.. Hasrat hati terkubur begitu saja.. Sia-sia.. Alasan semata.. Kalau malas katakan saja.. Jangan salahkan hormon yang tak berdosa..




Akibat tak bersukan, beginilah gamaknya.. Pagi tadi lif hospital merajuk tiba-tiba.. Dari 6, tinggal hanya 2.. Orang ramai berpusu-pusu, mahu berebut lif memang ku tak biasa.. Kelas dah nak mula.. Di tingkat 8 kelasnya.. Takkan naik tangga? Hahaha.. Gelakkan diri sendiri saja sebab nak tak nak, daki tangga saja jawapannya.. Sampai tingkat 3, berhenti seketika, sedut udara.. Sambung lagi sambil mendongak, ada lagi 5.. Apa nasib aku di pengakhirannya.. Hoho.. Macam kisah perang-perang pula.. Tingkat 5, tak mampu bersuara.. Tak cukup nafas walau untuk keluarkan sepatah kata.. Berdiri depan lif, pintu terbuka.. Lega.. Tiba di kelas, berdiri depan kipas, angin tiup sepoi-sepoi bahasa.. Best juga.. Haha.. Cuaca panas, peluh pun mengalir laju saja..


Haiya.. Umur baru 23.. Takkan cepat pancit, baru naik sampai tingkat 5.. Merangkak macam baby apa naik tangga.. Nak buat macam mana.. Inilah akibat tak bersukan dan melatih stamina.. Nanti cari suami mahu yang badan tough saja, senang nanti kalau ada apa-apa.. Abang sayang, minta dukung saja!!! Haha..



Dah penat-penat berlari berkejar sini dan sana, peluh merembes pasti tak selesa.. Pakailah Gatsby Deodorant untuk lelaki.. Untuk wanita, pakailah Rexona for Women.. Passion.. Wangi ouh.. *macam buat iklan pula* Wakakaka.. Even di pagi hari berkejar ke sana ke mari atas tuntutan kerja, peluh bukanlah satu penghalang untuk maintain segar.. Hik hik.. *poyonya ayat*




Selamat tengahari ya semua, selamat menjamu selera di tengahari.. Jaga diri elok-elok.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Pemilik IP Address 2 dot dot something something (12 angka, banyak sangat nak tulis semua).. Terima kasih selalu jenguk saya.. Heehee.. =)

Pengajaran Untukku Pada Hari Ini

16 comments

Petikan hadis ini diforwardkan dari seorang sahabat kepadaku.. Lesson learnt.. Pengajaran yang amat bermakna untukku hari ini.. Hari Rabu.. 28 April, 11.30 P.M. Terima kasih Faizah Fuad..


"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang shahid.." Riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dll..


Kata Boneka, jika dalam hati ada cinta, tak perlu si dia tahu pun tak mengapa.. Aku pasti dan yakin jika cinta itu sejati dan memang ditakdirkan cinta itu adalah milik si dia dan cinta si dia juga adalah milik kita, dengan kehendakNYA, tetap juga akan bertaut dan bersatu satu hari nanti.. InsyaAllah.. Dalam hati aku ada suka.. Tapi cinta? Dalam hati aku ada cinta tak? Huhu.. Kebenarannya lebih baik disimpan sendiri dalam hati dan dijaga rapi, sampai masa dan ketika yang diizinkan Allah, jika benar dalam hati ada cinta, pasti cinta itu akan berlari ke dakapan insan yang sepatutnya dan juga halal buat kita.. =)



Selamat malam semua.. Selamat tidur juga.. Mimpi indah-indah.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Entry ini bukan berunsur jiwang.. Sekian..

ARI.. Cintailah Aku Sepenuh Hati..

8 comments
Orang kata kalau boleh tajuk entry biarlah ada kena mengena dengan entry.. Kalau tidak itu macam melanggar etika berblogging.. Erk.. Okey okey.. Aku saja-saja wujudkan etika itu.. Tak ada pun.. Haha.. Orang layan Adamaya, aku dah tak layan sebab aku dah tak jiwang macam dulu.. Apakah alasan.. Boleh diterima ke? Hoho.. Seriously, aku dah tua, mana larat nak layan jiwang-jiwang.. Wawawa.. Bersara.. Aku surrender.. Mahu cari anak murid untuk sambung legasi Doktor Cinta Luar Biasa.. =)


Aku tengok seorang demi seorang publish entry untuk Project Alpha Instant Cash Blogging, aku mampu tengok saja.. Dah tak larat dah mahu kejar.. 3 minggu saja aku larat.. Sekarang aku surrender.. Hoho.. Chaiyok chaiyok ye kalian.. Eh eh.. Hari ini aku update 4 entry.. Kenapakah denganku hari ini? No idea.. Haha..



Pagi tadi minuman, petang ku upload picture makanan pula.. Tengahari ku post entry sakit kulit.. Hoho.. Selang seli dengan makanan dan minuman.. Maaflah ya.. Silalah jamu selera.. Eh.. Jamu mata.. Hik hik.. Okey semua.. Selamat menonton Adamaya.. Pesan aku untuk kalian hari ini, Cintailah Aku Sepenuh Hati.. *ini tak jiwang..* Take care semua.. Assalamualaikum..


CINTAILAH AKU SEPENUH HATI - ARI LASSO

Di dalam hatimu

Telah aku temukan

Arti kebahagian

Bersama dirimu

Aku merasa berarti


Sanggupkah dirimu

Untuk bertahan

Hingga waktu tak berjalan


Mencintaiku

Walau bintangku tak terang


Cintailah aku sepenuh hati

Sesungguhnya aku

Tak ingin kau pergi

Takkan mampu ku hadapi dunia ini


Betapa hidupku takkan pernah sama

Bila kau tinggalkan ku

Tetaplah disini saling memiliki

Selama-lamanya


Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku

Saatku jatuh nanti menangis sepi


FOOT NOTE: Saja try test cuba tengok berfungsi tak benda alah Facebook ini.. Hohoho..

I'm Not A Monster

11 comments
Bingung.. Buntu.. Keliru.. Gatal-gatal.. Hohohoho.. *otak kosong*







Am I going to have this? Hmmm.. Basically.. It is a type of skin disorder, not life-threatening, it is just life affecting.. Lower down your quality of life.. Scratching all over with scaly lesion everywhere.. You need to depends on drugs for the rest of your life.. Cannot be treated however it can be controlled.. Point to remember.. This skin condition is NOT CONTAGIOUS.. And this is what we called in medical term as PSORIASIS..



FOOT NOTE: Mentaliti masyarakat.. Kalau nampak orang kulit pelik sikit, mula fikir dalam kepala, BERJANGKIT.. Bila nampak, lari jauh-jauh macam satu wabak.. Hurrmmm..

Air Bandung Dan Tukang Sapu

9 comments
Mahu ke kelas.. Tapi tapi.. Sebelum itu.. Ada sesiapa tak suka minum air bandung? Hehe.. Apakah punya soalan ini.. Saja mahu kasi tahu, aku seorang penggila bandung.. *pure punya, takda cincau* Tiada ke yang sehati dan sejiwa denganku bab-bab minuman ni? Ngee..


Tiap kali kalau pergi kedai makan, ini yang aku order.. Sampai akak waiter kedai itu tak perlu tanya aku dah kot nak minum air apa.. Aku datang saja terus dia pi buat air bandung.. Wawawa.. Slurrppp!!! Sedap kan? Heehee.. Nampaknya aku cukup setia dengan tidak menukar menu air.. Mungkinkah ini juga melambangkan aku mampu jadi seorang pasangan yang setia? Ekekeke.. Merapulah lagi Farhana.. =p




Lastly, kepada tukang sapu klinik kesihatan, anda memang lawak.. Buat saya ketawa tapi sekarang anda amat menakutkan saya.. Heehee.. Saya tahu siapa anda.. Tolong jangan keluarkan ayat seperti itu lagi ya.. Saya takut.. Terima kasih.. Ngee.. Maaf, tak berniat untuk berkasar.. =)


Okey.. Beransur dulu.. Assalamualaikum..

Perutusan Khas Untuk Kamu Sayangku

16 comments
Terharu terharu.. Atas pemilihan Joegrimjow untuk entry It's All About Joegrimjow And The Number 22.. Terima kasih Joe.. Semoga hasrat kamu untuk tersenyum di hari jadimu tercapai dengan kasih sayang dari semua blogger.. Heehee.. =)


Joegrimjow menyuruhku memilih tempat dan mengajak sesiapa saja.. Heehee.. Dan di sini aku ingin membuat perutusan khas.. Cewah.. Macam golongan diraja ke apa.. Special invitation untuk aku buat kamu.. Tempatnya pastilah di Kuala Lumpur untuk kemudahan semua.. Kalau Ipoh takut tiada yang dapat datang.. Huhu.. Pastikan samada bulan 6, 7, 8 atau 9 ini anda semua meluangkan masa okey.. Siapa tak sudi terima pelawaan aku, aku merajuk.. Huhu.. ;(




Aku akan mengajak 3 orang rakan.. Dan aku mahu buat jemputan khas untuk 11 orang blogger yang tersayang.. Yang selalu ada dengan aku.. Juga bersama Cahaya Yang Riang Gembira.. Silalah terima pelawaanku ini ya.. Ngee.. 7 orang blogger wanita dan 4 orang blogger lelaki..


1) Jardness.com

2) Deep In My Heart

3) Dunia Sebelah Zara

4) Where I End And U Begin (adik angkat tersweet)

5) Hidup Yang Penuh Warna Warni

6) Miss Lolly's Page

7) Jari Jemari Menari-nari (mari-mari turun KL)

8) Metamorfisme Diri

9) Mimpi

10) Kaki Ku Di Pipimu

11) Jantan Keparat (adik angkat termacho)



Juga untuk mana-mana blogger yang mahu join, marilah.. Meriahkan makan malam indah bersama Joegrimjow.. Kita bagi Joe kenangan paling indah sebelum dia pulang semula ke Sheffield.. Ngeee..


P/S: Mana tahu kalian boleh jumpa Cik Tanah.. Ekekeke.. *I Like*


Last but not least.. Terima kasih sekali lagi buat Joegrimjow.. Heehee.. That's all for now.. Tata titi tutu.. Take care.. =)

Dulu Senyum Nampak Gigi.. Sekarang Tidak Lagi..

9 comments
Apa sajalah tajuk entryku.. Ilham tentang gigi ini diperolehi ketika dalam tidur petang tadi.. Hujan lebat sangat menggalakkan proses tidur petang.. Dalam tidur ku bermimpi, gigi bawahku tercabut satu persatu sebab ada gigi-gigi baru mahu tumbuh di bawahnya.. Aku menangis.. Rasa macam sangat real.. Tiba-tiba tersentak dan bangun, gigi semua masih ada lagi.. Alhamdulillah.. Inilah agaknya akibat tidur petang.. Aku kerap mimpi gigi berterabur jatuh satu persatu, orang kata petanda kematian.. Wallahualam..



Yang mahu aku kongsi bukan petanda mimpi tapi gigi.. Gigi bongsu aku yang lama aku nantikan kehadirannya.. Groupmate aku ada 3 orang berusia 27 tahun.. Semuanya baru tumbuh gigi bongsu di usia 27 tahun.. Hmmm.. Agak lambat ya.. Abang sepupuku juga tumbuh gigi bongsu di usia 24 tahun.. Tidak silap dulu cikguku bilang 21 usia gigi bongsu tumbuh.. Wisdom tooth.. Apa yang wisdom aku pun tak pasti.. Tapi yang pasti gigi bongsu tumbuh memang amat menyakitkan.. Boleh menagis kot.. Kan?



Groupmateku dan abang sepupuku pula mengalami komplikasi ketika tumbuhnya gigi bongsu ini.. Giginya tumbuh bukan ke bawah tetapi melintag ke tepi hingga mereka perlu melalui pembedahan.. Ouch.. Sangat menggerunkan.. Aku dah 23.. Bila agaknya mahu tumbuh gigi?



Oh ya.. Lagi seorang rakanku.. My besties.. Usianya 22.. Dah tumbuh gigi bongsu rasanya.. Kan Faizah Fuad? Dia pemalu orangnya.. Sebab itu tutup muka dengan buku.. Hik hik.. Sebenarnya.. Erm.. Sebenarnya.. Beliau adalah peminat rahsia Joegrimjow.. Secretly admire Encik Joe selama 3 bulan.. Encik Joe ingat lagi entry True Meaning Of Love? Ada ku letakkan gambarnya dalam entry juga video tanpa pengetahuannya.. Beliau minat tapi segan.. Saja ku mahu berikan peluang perkenalan.. Indirectly.. Tapi, tiada berkesudahan.. Nampaknya aku tak boleh jadi matchmaker yang hebat macam Jard.. Huhu..


Semenjak Adamaya ditayangkan beliau memanggil Encik Joegrimjow sebagai Faridzul Adam.. Mungkin dia lihat Adam dalam diri Joe agaknya.. Huhu.. Tapi kini Joe sudah berpunya.. Faizah Fuad mendoakan semoga Cik Tanah dan Joegrimjow berbahagia selalu.. Weeeeeeeee.. =)


*LEGA*



Okeylah.. Itu saja bebelan aku untuk entry ini.. Anda fikirlah apa motif entry aku ini.. First part of the entry atau second part? Hoho.. Oh ya.. Dulu kecil-kecil aku senyum nampak gigi kalau ambil gambar.. Dah besar tak mampu senyum nampak gigi.. Hik hik.. Dah dah.. Maghrib.. Mari sembahyang Maghrib semua.. Okey.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: What is next?

Betapa Seksanya

7 comments
Kotak komen kata "I'm Back!! Yippie!!" Haha.. Maaf di atas "kehilangan" kotak komen semalam sehinggakan menimbulkan kemerajukan Bro Framestone.. Maaf bro.. Tapi kini dia dah kembali.. Terima kasih juga pada yang concern sehingga sanggup terjah ke Formspringku dan Facebook untuk bergosip liar dan mencari tahu siapa insan buat aku tersenyum itu.. Boneka Tak Sakit dan Jard, gosip anda membuatkan aku tersenyum juga.. Terima kasih..



Entry yang lepas tidak disediakan ruangan komen kerana aku tak rasa ada keperluannya.. Cukup sekadar untuk tatapan dan bacaan saja.. Haha.. Well at least aku dapat jugalah larikan diri daripada menerima dan membaca komen dari insan buat aku tersenyum itu.. Pheww!! Selamat!! *penakut ke aku ni? Haha..* Yang penting, dia dah baca dan ucapan terima kasih kerana buat aku tersenyum sampai padanya.. Walaupun mungkin dia tak tahu siapa dirinya di mata aku.. Weeeeeee..


Apa perasaan anda bila tiba-tiba ingin komen tapi kotak komen tiada? Ada yang mungkin marah, ada pula kata tidak mengapa sebab hak tuan blog, ada pula yang hanya senyum saja.. Heehee.. Tapi bagi aku sendiri.. Tiada kotak komen macam terseksa sedikitlah.. Sedikit jek pun.. Hik hik.. Penjenayah merah jambu macam mana ya? Entrynya semua tiada ruangan komen.. Kenapa ya Cik Aina ku sayang? *banyak kali dah orang tanya dia soalan ini..* Huhu..


Okey dear.. That's all for now.. Terima kasih sudi dengar kata-hati aku semalam.. Heehee... Terima kasih juga untuk dia.. Take care semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Teruskan tersenyum.. =)


P/S: Jard.. Ku mahu pos DVD cerita yang kamu mahu itu, makanya ku ingin meminta alamat surat-menyurat.. Kalau send pada email, nanti kamu kene download lagi.. Lama ouh.. Ku gunakan cara mudah saja.. Heehee..

dr.hana87@gmail.com

Sedih Sebab Ini.. Sedih Sebab Itu.. Double Dose Sedih..

12 comments
Entry pagi ini sarat dengan gambar dan maaf kalau ianya menyebabkan entry ini lambat loading.. Saja mahu tempek gambar sebab malas nak menulis.. Haha.. Semalam hari Ahad.. Aku belek buku tak sampai 3 jam *waktu yang diri sendiri tetapkan*, lebihnya duduk sibuk layan movie.. Movie ini dah ramai orang tengok, aku saja ketinggalan zaman.. Better late than never.. Lucky me sebab blog Mr. G akhirnya upload versi DVD Rip dengan subtitles yang masyuk.. Hoho..


Makanya semalam, hari aku diisi dengan segala macam jenis perasaan dan mood.. Mood jiwang, romantik, gelak guling-guling dan kesedihan yang amat.. Double dose sedih aku semalam, sedih dengan filem ini dan satu lagi sedih sebab.. Sebab.. Hurrmmm.. *seriously..* Jomlah enjoy momen-momen di bawah.. Dimulakan dengan elemen jiwengz dan romantik..


Scene di mana Rizvan membawa Mandira melihat sesuatu yang belum pernah dilihat seumur hidupnya..



Okey-okey.. Aankhen ban karo.. Tutup mata ek..



And sekarang!! Buka mata Mandira..



*Kelu lidah seribu bahasa*



Subhanallah.. Cantiknya!!



Haaaaa.. Ko tak pernah tengok kan Mandira?



Khan.. Tolong kahwin dengan aku.. *Marry me*



Masa Mandira lamar Rizvan, Rizvan tekup muka.. Dia malu.. *sangat cute*



Mandira ulang lagi Marry Me beberapa kali.. Rizvan say OKEY!!!



For me, part itu sangatlah romantik dan jiwang.. Agak-agak kalau aku kata MARRY ME, ada tak orang nak kata I WILL??? Hahaha.. Tiba-tiba teringat lagu Gadis Impianku.. Sweet kan rasa jika ada orang express feeling pada kita dalam bentuk yang abstrak.. Yang seni.. Huhu.. For sure will say I DO..


Apart from that, banyak lagi scene romantik yang lain.. Next kita pergi scene paling lawak.. Oh ya.. Cerita ini memang sangat lawak di separuh masa pertama.. Gelak macam nak pecah perut kot.. Wakaka.. And here scene malam pertama Mandira dan Rizvan.. Weeeeeee..



Malam pertama. Mandira kata WE CAN'T DO THIS WITHOUT TOUCHING.. =p



Rizvan pantas jawab I KNOW.. Haha.. Expertlah konon..



Rizvan cakap dia pernah baca dalam buku..



Buku "INTERCOURSE WITH DUMBOS".. Lawak ouh.. Kena baca buku juga ke? =p



Rizvan kelihatan tidak sabar dan mengatakan I THINK WE SHOULD DO IT..



Sekarang!! Kita kena buat sekarang!! Rizvan bersuara.. Oopss.. Mandira kata.. CHUPP!! ONE MINUTE!! Kejap.. Kejap..



Rizvan dengan gaya gatal miang kata, OH NO.. NOT ONE MINUTE..



IT WILL TAKE LONGER THAN ONE MINUTE.. Wakakaka.. Lawak yang amat part ini.. Walaupun Rizvan ala-ala lurus bendul sebab sakitnya, tapi tetap BIJAK di malam pertama.. Ekeke..


Oh ya.. Dah lawak, gelak guling-guling mesti ada part nangis-nangis pula.. Betul tak? Haha.. Separuh masa akhir filem ini, lepas kematian anak Mandira atas sebab masalah diskriminasi agama, memang agak sedih.. Tambah lagi bila Mandira kata nak tinggalkan Rizvan dan dia tak sepatutnya kahwin dengan seorang lelaki Muslim.. *agak hairan di sini bagaimana seorang Islam boleh berkahwin dengan seseorang yang berlainan agama..*




Mandira kata I'm leaving you Khan.. Ouch.. Kasihan Khan.. Sudahlah cakap pun terketar-ketar dan berulang-ulang, ditinggalkan pula.. Siapa yang belum tengok, jemputlah menonton.. Best!!! Memang best!!! It really makes your day.. My Name Is Khan.. And I'm Not A Terrorist.. Okey semua.. Time untuk bersiap ke kelas.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: There will be no foot note for today..
Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.