Blogger Widgets

Mar 30, 2010

Sakit Cik Muda Sara Berjangkit Padaku..

Posted by at 8:00 AM
Pes of all.. Assalamualaikum semua.. Rasa macam lama tak melibatkan diri dalam dunia blogging yang tercinta.. Kurang update, kurang blogwalking, kurang segalanya.. Macam makan nasi tak berlauk.. Uhuk uhuk.. Sempat menjenguk beberapa kerat blogger saja.. Hoho.. Ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa.. Erk.. Lagu raya?





Okey okey.. Siapa tahu buah apa di atas? Tiba-tiba teringatkan buah ini bila berborak dengan kawan-kawan tentang Hospital Tampoi.. Yup.. Buah tampoi.. Ramai yang mungkin tahu, mungkin juga ramai yang tak tahu.. Kawan-kawan aku tak tahu menahu tentang buah ini.. Betul tak kawan-kawan? Hehe.. Rindu pada si buah tampoi.. Rindu mahu mengopeknya.. Rindu mahu menjamah isinya yang masam-masam manis.. Dulu ketika bermastautin di Miri, buah ini sering aku makan, senang nak jumpa.. Tapi bila kembali ke Malaysia.. Eh silap.. Semenanjung Malaysia.. Haha.. Ayat poyo, budget macam pergi over the sea saja.. Ngee.. Balik Semenanjung, sangat jarang jumpa buah tampoi.. Or should I say.. Tak pernah makan dah untuk.. Erk.. 9 tahun? Ouhhh.. Mengidam buah tampoi.. Ada sesiapa boleh tolong pos seulas dua? Huhu..



Oh ya.. Tajuk entry.. Sakit Cik Muda Sara berjangkit padaku.. Dulu dia juga mengalami satu period di mana dia bertapa dari dunia blogging.. Eh.. Kau bertapa ke Sara? Hoho.. Apa-apa pun, sakit beliau telah berjangkit pada aku.. Selepas pulang dari pertapaan, beliau kembali dengan beberapa entry yang begitu memanaskan hati aku.. Bikin aku cemburu buta.. Haish.. Entry ini, dan ini juga.. Dan lagi, ini.. Ouh.. 3 entry.. Tapi aku bersabar dan terus bersabar.. Walau agak terlambat, tapi aku berjaya juga mendapat jangkitan penyakit yang sama dengan beliau.. Hohoho..




Jeng jeng jeng.. Inilah dia penyakitnya.. Demam drama Korea, You're Beautiful.. Inilah penyebab kenapa aku jarang berblogging, jarang berblogwalking.. Masa aku banyak dihabiskan mendownload drama ini, OST drama ini, potong lagu sana sini untuk dijadikan ringtone, dan juga print screen scene yang aku suka.. Hahahaha.. Proses-proses di atas memakan masa 9 hari untuk selesai.. Fuh.. Lega.. Walaupun agak lambat mengikuti peredaran masa, tapi tetap melompat kegirangan seperti Cahaya Yang Riang Gembira sebaik saja selesai menonton drama ini.. Ngee..


P/S: Jejaka 1221 langkah, tengok jangan tak tengok.. Heehee..



Buat yang dah menonton, please welcome me to the fan club of You're Beautiful.. Buat yang belum tonton, satu saja mahu cakap.. MUST WATCH.. Drama ini buat aku rasa macam dalam hati ada sejuta ekar taman.. Sejuta ekar okey.. Haha.. Lagi best dari Boys Over Flowers.. Lagi best dari segala drama Korea yang pernah aku tengok.. Rating dari 10 bintang, aku bagi 100 bintang.. Hohohoho.. Exaggeratingnya aku.. Ekeke.. Memang best pun..


Watak paling favourite, Kang Shin Woo.. Hero kedua.. Macam biasa, cinta tak kesampaian.. Tapi walau cinta dia tak berbalas, dia tetap setia protect perempuan yang dia cinta dari awal sampai akhir.. Takut tengok wanita itu terluka.. Macam biasa.. Moralnya.. Cinta tak bererti memiliki.. Heehee..



Dah dah dah.. Cukup-cukup cerita pasal You're Bautiful.. Tak mahu anda kebosanan.. Tapi.. Teruja tak nak tengok lepas aku buat review yang tak berapa nak review ini? Hehehehe.. Eh.. Ini kira macam come back entry akulah kot.. Hahaha.. Poyonya.. Okey semua.. Taking care.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: I'll tell you everyday.. Listen carefully.. I love you.. :))

Mar 28, 2010

Future Husband Saya Namanya Bermula Dengan Huruf A

Posted by at 8:30 AM
Ini kisah 8 tahun yang lalu.. Ketika itu aku berusia 15 tahun, masih mentah, masih naif, masih suci.. Sama saja seperti sekarang.. Hik hik.. Di usia inilah aku diberitahu tentang satu rahsia alam.. Ouh.. Rahsia alamlah sangat.. Mahu tahu? Mari-mari.. Dekat-dekat.. Rapat-rapat.. Rahsia tentang sebuah perhubungan.. Ngee..



Rakan yang duduk di meja hadapanku memberitahuku tentang ini.. Ketika itu aku menuntut di SMK Convent Kajang.. Dia bisikkan pada aku dan jiran sebelahku.. Sesuatu yang diperolehi dari kakaknya yang bersekolah agama.. Lihat pada ibu jari kiri.. Ingin tahu huruf pertama nama pasangan hidup kita, di situ ada jawapannya.. Ketika itu aku turutkan saja.. Sama-sama belek ibu jari.. Putar kiri kanan, atas dan bawah.. Jawapannya? Ibu jariku ada huruf "A".. Tak percaya? Sila lihat gambar di bawah.. Ehem ehem.. Jari-jari agak ketuaan, maklumlah, dah 23 usia.. Haha.. Nampak? Jelas di mata anda apa yang ada dalam bulatan itu? Huhu.. Mahu kata percaya, tidaklah.. Mahu kata tidak percaya juga tidak.. Tapi kalau anda mahu tahu, disebabkan rahsia itulah, bermula dari situ, aku begitu menitik beratkan jejaka-jejaka yang namanya bermula dengan huruf A, dan hadir dalam hidup aku.. Hoho.. Tapi tu dulu.. Kini tidak lagi.. Kenapa?




Ketika di Pasum, aku punya teman tapi mesra dan kepadanyalah aku menuntut ilmu, bertanya itu dan ini.. Seorang pelajar sekolah agama, dari SAMBEST.. Persoalan yang aku tanyakan pada dia adalah berdasarkan apa yang dah lama aku dengar dari sekeliling aku.. Tentang benarkah di sekolah agama, pelajarnya diajarkan tentang ilmu yang lain dari yang lain? Contohnya seperti apa yang aku sebutkan di atas.. Lain-lain seperti kebolehan seorang lelaki melihat wanita itu datang bulan atau tidak hanya dengan melihat kening dan lain-lain ilmu yang aku sendiri tak tercapai dek fikiran.. Hmmm..


Jawab dia pada aku..


"Wuish.. Sekolah agama mana ajar macam tu?"


"Sekolah JENIS kebangsaan kot.. Haha.."


"Mana adalah.. Jangan percaya sangat.. Terpesong akidah nanti.."





Sejak dari hari itu, jika aku ada soalan yang meragukan, pasti direct terus aku tanyakan pada orang-orang yang arif.. Itu lebih baik dari kita terus-terusan ragu-ragu dan beranggapan.. Hidup ini tak boleh hanya dengan hidup dalam anggapan.. Kita perlu hidup dalam kebenaran dan keyakinan..



Petang Sabtu ini aku tinggalkan entry ini dengan gambar yang aku ambil dalam perjalanan aku ke UTP Selasa yang lepas.. Ketika itu, cuaca mendung dan hari mahu hujan.. Snap dari Nokia Express Music saja, bukan kamera beribu-riban.. Tapi, scenerynya tetap cantik di mata aku.. Ngee.. Happy weekend everyone.. Love you.. Assalamualaikum..


P/S: Anda tahu tentang Power Of Words? Boleh lihat di sini.. Sangat menarik..



FOOT NOTE: Aku suka makan roti kacang merah yang sangat banyak kacang merah di dalamnya.. Makan bersama Teh-O di petang hari.. Nyum nyum.. :)

Mar 26, 2010

Kalau Jard The Great Seorang Lelaki..

Posted by at 8:30 AM

Okey okey okey.. First of all.. Welcome back dear Mia Zarah.. Hik hik.. Tajuk harus gempak bak kata Boneka Tak Sakit.. Ikut hati, malas nak menulis entry, sebab sangat penat dengan kelas yang bertimbun-timbun.. Tapi rasa macam dah lama tak menulis.. Rasa berdosa pada Cahaya Yang Riang Gembira sebab tuan blog sendiri telah memalapkan nur cahaya di sini.. Hoho.. Okey.. Back to business.. Motif tajuk entry di atas? Sebab komen yang ditinggalkan oleh Cik Jard kita.. Dah baca? Heehee..


Selama setahun aku berblog, banyak juga gambar diri sendiri yang aku tepek di sini, di Facebook juga begitu.. Tak pernah ada seorang pun yang menegur perihal tudungku itu seperti mana Cik Jard kita.. Apa yang aku cuba buktikan? Hoho.. Ada juga orang prihatin dengan sesuatu tentang diri aku.. Bukankah itu menunjukkan sikap "care" kita pada seseorang? Ecece.. Kalau saja Cik Jard seorang lelaki, dah lama aku ngorat.. Erk.. Kepada Encik Pakwe Cik Jard kita, saya gurau-gurau saja.. Heehee..


Heehee.. Nah!!! Tengoklah gambar passport paling besar punyerrrrr.. Hoho.. Jangan tenung lama-lama, kejap saja.. Huhu.. Tudung hitam kan? Yup2.. Kepada Cik Jard, aku memang suka pakai tudung hitam sebab muka aku tak boleh match dengan colour lain.. Dan aku jenis malas untuk bereksperimen tentang fesyen.. Dalam erti kata lain, aku ketinggalan bab2 fesyen.. Hik hik..


Ada sesiapa nak jadi image consultant aku tak? Ahaks.. Mesej yang cuba ingin disampaikan.. Tunjukkan pada insan tersayang yang kita care pada dia.. Caranya? Terlalu banyak.. Anda tahu bagaimana untuk menggembirakan hati insan yang anda sayang.. Weeee.. Janganlah senyap dan membisu seribu bahasa saja.. Tata everybody.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: I miss you like crazy, even more than words can say.. ~ Kembali ke zaman dulu-dulu.. :)

Mar 24, 2010

Aku Tak Adalah Gatal Sangat..

Posted by at 8:30 PM
Rasa agak lama tak update entry.. Kenapa ya? Sibuk sangat.. Sibuk dengan kerja mendownload drama-drama, movie-movie, sampai terlupa tanggungjawab aku sebagai seorang blogger.. Ekeke.. Entry ini entry khas buat mereka yang merindui Cahaya Yang Riang Gembira.. Haha.. Ayat poyo weh..


Gambar Siti Nurhaliza diambil sebabnya aku dan dia berkongsi satu ciri yang sama.. Kemanisan yang sama.. Auww.. Lupakan kejap.. Al kisahnya.. Hujung minggu yang lalu.. Aku hidup berseorangan di rumah sewa dua tingkat ini.. Hari Jumaat itu hati sudah berkira-kira mahu memasak saja di hujung minggu.. Agak lama sebenarnya aku tak memasak semenjak sibuk dengan dunia final year ini.. Dek kerana itu, sesuatu telah terjadi.. Hoho..




Menu-menu aku simple saja.. Asal boleh makan.. Kenyang.. Alhamdulillah.. Menu hari Sabtu hanya telur dadar, ayam goreng kunyit dan sardin masak asam.. Kecewa sedikit dengan permulaan.. Masakan termasin.. Tiba-tiba teringat pula geng Bujang Lapuk dengan masakan mereka yang keras macam batu.. Haish.. Dara Lapukkah aku? Huhu.. Orang tua kata, masakan termasin, petanda nak KAHWIN.. Betul ke? I terima saja.. Hohoho.. Kawan aku sampai keluarkan statement terlampau, mengatakan aku sengaja letak garam lebih sebab nak kahwin.. Wawawa.. Aku tak segatal itu okey..



Ahad keesokan harinya, sambal tumis telur.. Dan yeehaa.. Hari kedua aku berjaya masak dengan jaya dan dengan sedapnya.. Sila percaya, kalau aku yang kata sedap, memang sedap.. Heehee.. Moral of the story, sesuatu skill itu, kalau ada tapi tak digunakan pun tak guna.. Lama-lama pasti berkarat.. Lebih baik dipraktiskan, praktis untuk jadi sempurna.. Masak-masaklah selalu.. Jangan jadi macam aku.. Hoho.. Tambahan lagi, masak itu satu terapi.. Menyeronokkan.. Hati pun senang.. Ngee..


Cari penulis baru untuk Cahaya Yang Riang Gembira pun okey juga.. Tidaklah sepi dan suram sangat blog tercinta ini.. Heehee.. Will think about it.. Assalamualaikum semua.. Take care ya..



FOOT NOTE: Kurangkan masin dalam masakan ya, nanti sakit.. Siapa yang susah? Hehe..

Mar 21, 2010

Tak Sia Sia Bersabar.. Hasil Pasti Kita Dapat..

Posted by at 9:00 PM
Petang Ahad, hujan lebat mencurah-curah di luar.. Kepanasan masih juga terasa.. Usai menyiapkan kerja, memasak dua tiga jenis lauk merangkap lunch+dinner=LUDIN, aku kembali menghadap lappy.. Ouch.. Skema sekali mukadimah di petang hari begini.. Hehe.. Belek-belek Facebook, melihat gambar-gambar ketika praktikal di Hospital Batu Gajah yang ditag oleh sahabatku, tersenyum sendiri.. Rasanya jarang aku menceritakan perihal aku dan praktikal aku.. Apatah lagi menyelitkan sekeping dua gambar untuk ditatapi penghuni setia blog ini.. Tapi petang ini, entah angin mana yang datang, aku tergerak berkongsi entry ini dengan kalian..


Khamis yang lepas adalah hari terakhir praktikal aku di Batu Gajah.. Kini aku kembali ke Ipoh memulakan kembali hidup di Hospital Ipoh yang sibuk ini.. Hari terakhir di sana memang satu kenangan yang paling best.. Malam Khamis itu, kami berenam satu kumpulan berkampung di wad bersalin.. Kalau anda mahu tahu, hospital ini adalah hospital daerah.. Untuk melihat satu kes wanita bersalin dalam satu hari memang amat payah.. Dalam erti kata lain, tak ramai orang beranak di sini.. Heehee.. Situasi ini amat menyukarkan kami kerana kami perlu memenuhkan buku log yang telah disediakan.. Macam mana nak penuhkan? Dengan OBSERVED atau ASSIST sesebuah delivery..


Malam terakhir itu kebetulan ada satu kes, sangat bersyukur.. Kami sampai pada pukul 8.30 malam.. Ketika itu bukaan hanya sebesar 3cm.. Mengikut perkiraan, satu jam bukaannya 1cm, lebih kurang 5 jam lagi wanita itu akan bersalin.. Kira-kira, congak-congak, dalam pukul 1.30 pagi.. Kami ambil keputusan untuk menunggu sebab bukannya senang mahu mendapatkan satu kes..





Satu jam.. Dua jam.. Tiga jam.. Muka masing-masing sudah menunjukkan tanda mengantuk.. Maklumlah, pagi semuanya sibuk dengan kelas, malam pula kena pergi ke wad.. Mata seorang demi seorang makin layu, makin kuyu.. Ada yang pegang buku, ada yang jalan sana sini, aku pula duduk depan TV menonton Denzel Washington dalam Remember The Titans.. Hoho.. Wanita India itu asyik menjerit sakit-sakit.. Tapi masih belum ada tanda-tanda mahu bersalin.. Suaranya yang nyaring memecah kesunyian malam..


Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, masih belum lagi mahu bersalin.. Akak nurse sudah siap sedia dengan peralatan.. Dipecahkan air ketuban.. Namun masih tak lagi ada tanda-tandanya.. Pukul 2.20 pagi, kepala bayi sudah kelihatan mahu keluar.. Kami yang dari tadi tersengguk-sengguk, segar kembali.. Kesabaran menanti pasti membuahkan hasil.. Awal-awal tadi, agak risau juga kerana jika wanita ini tidak bersalin dalam waktu yang sepatutnya, dia akan dihantar ke hospital Ipoh.. Seorang rakan lelaki membantu jururawat dalam proses kelahiran, kami yang lain hanya observed.. Dari proses meneran, menarik baby keluar dari vagina, menepuk-nepuk baby dan membersihkannya sampailah proses menjahit kesan koyakan.. Akhirnya selesai sudah.. Jam hampir pukul 3..




Setelah mengambil cop dari jururawat, kami pun pulang ke hostel.. Masing-masing sudah seperti zombi.. Muka ketat, mata sudah tiga suku tutup.. Dahsyat.. Hoho.. Dalam keadaan beginilah, ada dua tiga keping gambar berjaya disnap secara curi-curi oleh seseorang.. Semua jadi mangsa, termasuk aku.. Gambar di bawah ini hanya ilusi, aku tak tidur.. Percayalah!!! Kalau aku tidur, masakan aku dapat pegang kertas di tangan.. Hoho.. Betul tak?


Semoga kalian enjoy dengan sedikit pengalaman ini.. Gambar wanita bersalin tiada, kerana kami takut kena saman.. Hehe.. Privasi pesakit.. Till here.. Assalamualaikum..




TRIVIA: Melakukan hubungan seksual atau melakukan rangsangan pada diri sendiri, adalah cara-cara untuk mempercepatkan proses bersalin kerana ketika itu sejenis hormon dirembeskan dan membantu rahim wanita menjadi aktif.. Dalam erti kata lebih mudah difahami, kita sendiri boleh merancang mahu bersalin bila, waktu apa, hari apa, tarikh apa.. Heehee.. Dilakukan bukan di awal kehamilan ya, tapi di akhir kehamilan.. Ngee..

Benarkah Kami Boleh Buat Kamu Bangkit Atau Jatuh?

Posted by at 9:00 AM
Dengar dengar itu.. Beduk telah berbunyi.. Erk.. Abaikan saja otak mereng si penulis blog di malam minggu.. Mana tak mereng, mengadap lappy dari pagi ke malam.. Buka new post dari pukul 8 malam, satu apa pun tak tercoret.. Otak kosong.. Buka TV.. Terpaku pada lakonan Noor Khiriah dalam Rawan Seorang Perempuan.. Sambil menonton tangan pula gatal mahu menaip.. Layankan saja..




Semenjak dua menjak, sana sini kecoh cerita penangkapan Khaeryl Benjamin a.k.a Benjy, anak lelaki Azean Irdawaty atas tuduhan mengedar dadah.. Masih lagi dalam siasatan, aku tak mahu kata apa-apa.. Benar atau tidak benar, pasti terdedah satu hari nanti.. Tertarik pada nota kaki entry di blog Mat Sastera ini, Benjy ditangkap bersama TEMAN WANITA sedangkan dia sudah BERISTERI.. Aku ulas nota kakinya itu di ruangan komen.. Dalam kotak hitam itu komen aku, kotak berbunga itu balasan komen Mat Sastera Jiwang ini.. Motif kotak bunga-bunga? Biarlah rahsia.. Hohoho..




P/S: Wa pandai mengail, mengait wa tak pandai.. Hoho..


Selalu saja kita dengar, di belakang lelaki yang berjaya pasti berdirinya seorang wanita.. Abahku berjaya sebagai seorang abah kerana ada emak di sisinya, begitu juga bapa kamu ada emak kamu, bersama Perdana Menteri dan bekas-bekas Perdana Menteri kita ada para isteri.. Betulkan aku jika aku silap di sini.. Wanita boleh jadi pemangkin untuk seorang lelaki mencapai kejayaan.. Dalam komen aku, aku kaitkan kata-kata pujangga itu dengan kes Benjy.. Silapkah aku jika aku katakan begitu? Di sebalik lelaki "berjaya", pasti ada seorang "wanita"?


Kita wanita, ada sesuatu dalam diri kita, yang bila mana kita berada di sisi seorang lelaki, kita mampu jadi pemberi semangat, pemangkin, mungkin juga pemusnah, samada untuk mereka bangkit ataupun jatuh.. Aku tak katakan semua lelaki tunduk pada godaan wanita.. Segelintir saja.. Berbalik pada tajuk entry BENARKAH KAMI BOLEH BUAT KAMU BANGKIT ATAU JATUH, masing-masing mungkin ada pandangan masing-masing.. Satu saja aku mahu kata, lelaki dan wanita perlu saling melengkapi, ke arah yang lebih baik, lebih elok, lebih bermakna..



Layout bertukar lagi.. Bukan kerana aku seorang peminat Pingu, bukan juga kerana cuaca panas dan bila melihat Penguin aku akan terbayangkan ais-ais yang menyejukkan.. Tapi melihatkan ruangan untuk mencoret entry tiada batasan.. Aku suka.. Rasa bebas menulis.. Heehee.. Harap anda juga sukakannya.. Selamat berhujung minggu.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Semalam beli serbuk kunyit di sebuah kedai, melihat 3 orang lelaki Melayu memborong arak dalam kuantiti yang banyak, berbual-bual antara mereka, sambil tergelak-gelak.. Mereka melihat aku.. Aku lihat mereka.. Perasaanku berbaur.. Perasaan mereka bagaimana?

Mar 20, 2010

The One That I Want Or The One That I Need?

Posted by at 8:00 AM
Kisah ini adalah kisah yang pernah aku ceritakan suatu waktu dulu.. Kini aku ceritakan lagi sekali.. Kenapa? Hmmmm..


2 tahun yang lalu, 2008.. Aku pulang memandu berseorangan dari Ipoh ke Melaka.. Perjalanan seperti biasa, cuaca elok dan tiada tanda-tanda hari mahu hujan.. Namun, ku sangka panas hingga ke malam, rupanya dan dan itu juga hujan turun mencurah-curah.. Erk.. Apakah.. Haha.. Setibanya di lebuhraya Pedas Linggi, aku mengalami kemalangan.. Kereta yang aku pandu berpusing 360 darjah di atas jalan raya disebabkan tayar keretaku meletup.. Aku hilang kawalan menyebabkan kereta berpusing dan dari kedudukan aku di lane kiri, kini aku berada di lane kanan.. Kedudukan ku ketika itu, kereta ku melawan arus.. Syukur Allah masih menyayangi hambaNya ini, kebetulan ketika itu jalan tidak banyak kereta.. Jika tidak pasti aku sudah dirempuh..




Dengan kepala yang pening, aku cepat-cepat keluar dari kereta.. Di seberang jalan sebelah kiri sana, sebuah kereta berhenti, seorang lelaki lewat 20an keluar dari Honda Civic miliknya.. Ketika itu juga sekumpulan lelaki India datang.. Lelaki-lelaki India itu berpusu ke arahku yang ketika itu sedang kebingungan.. Rupanya datang mahu "tow" kereta.. Cepat dan tangkas saja mereka ini.. Lelaki Melayu tadi datang ke arahku dan membantu berurusan dengan lelaki-lelaki India itu.. Selesai perbincangan, kereta aku pun di"tow" ke sebuah bengkel di Simpang Ampat.. Aku mengangkut beg-beg dan menaiki kereta Honda milik lelaki tadi.. Entah kenapa, aku seperti tiada sikit rasa takut.. Mungkin kerana lelaki itu bercakap sendiri dengan bapaku membuatkan aku lega dan yakin sikit padanya..


Dia menawarkan diri untuk menghantarku pulang ke Melaka kerana destinasi kami sama.. Namun sebelum itu, dia telah membawaku ke balai polis dan banyak bantu aku settlekan perihal berkenaan kemalangan yang ku alami.. Selesai membuat report di Balai Polis Simpang Ampat, kami pun pulang.. Perjalanan mengambil masa sejam.. Duduk di dalam kereta, berbual bersama dia, banyak juga tentang diri dia dan keluarganya aku dapat tahu.. Walaupun kebanyakan masa, aku hanya senyap.. Sampai di rumah, abah dan emak berjumpa dengannya untuk mengucapkan terima kasih.. Oh ya.. Aku tak sangka, yang dia akan meminta number telefonku.. Huhu..


Perihal selepas itu, penuh dengan kisah duka dan lara antara aku dan dia.. Biasalah.. Aku masih belum ada luck untuk involve dengan soal hati dan perasaan.. Tapi, aku akui, dia memang insan yang sangat baik yang pernah aku jumpa.. Sekarang, aku yakin dia pasti bahagia dengan hidupnya.. I just wish him all the best in his life..



Itulah kisah yang berlaku dua tahun lalu pada tarikh 19 haribulan Mac.. Sampai kini, dan sampai bila-bila pun aku takkan pernah lupa.. Pesan aku pada semua, dalam apa jua yang kita buat, ingatlah orang yang tersayang.. Jangan memandu kereta secara bahaya, jangan merempit, jangan hisap dadah, jangan hisap rokok.. Huhu.. Pesanan khidmat masyarakat dari Cahaya Yang Riang Gembira.. Happy weekend.. Assalamualaikum..


"In life, Allah doesn't give you the person you want.. Instead, He gives you the person you need.. To love you.. To hurt you.. To teach you the real meaning of life.."



FOOT NOTE: Can a person that we want become a person that we need?

Mar 17, 2010

Dara Dara Dara..

Posted by at 7:30 PM
Ini hari-hari terakhir aku di Hospital Batu Gajah.. Inilah aku.. Last minute baru tergedik-gedik nak penuhkan buku log.. Tugas yang perlu aku buat dan aku settlekan secara last minute yakni pagi tadi adalah mengambil darah.. Ya.. Bukan dara seperti tajuk di atas.. Ini kali pertama aku.. Dalam 6 cubaan mengambil darah, hanya 2 yang aku berjaya sedut keluar.. 4 lagi, mission failed.. Aku ngeri pada jarum sebenarnya.. Ngeri sebab takut bikin orang sakit.. Kasihan pakcik yang menjadi bahan eksperimen pertama aku tadi.. Aku dengan keadaan menggigil, muka yang takut, pakcik pun naik takut juga.. Hoho.. Maaflah pakcik.. Ini kali pertama saya.. Apa-apa pun, lega.. Selesai memenuhkan buku log.. Ambil darah, memang bukan senang.. Tapi practice makes perfect ain't? Heehee..





Entry ini aku tulis pada asalnya disebabkan aku lihat banyak keywords ke blog aku ini search tentang belajar medik.. Jadi untuk memenuhi permintaan, aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku sampai aku kini bergelar pelajar final year..


Tak mahu berceloteh panjang lebar.. Cuma apa aku nak kata, belajar medik kalau ada minat saja memang tak cukup.. Ianya bukan seperti yang anda bayangkan.. Perlu ada kesungguhan, azam dan semangat yang tinggi.. Rajin juga ya.. Jangan jadi seperti aku, kaki blog dan bukan kaki buku.. Ahaks.. Dan kalau anda mengharapkan fame dan wang semata-mata, lupakan saja.. Kerja ini menuntut pengorbanan yang sangat- sangat besar.. Sampaikan aku sendiri ada satu tahap, biarpun minat pada bidang ini, aku rasakan aku tak larat untuk teruskan.. Hoho.. Tapi tapi tapi.. Aku kumpulkan kembali semangat, memikirkan yang aku sudah final year, aku teruskan juga.. *ambil mode lagu Agnes Monica - Teruskanlah..*



Jadi, kepada adik-adik yang sampai ke blog ini untuk mencari tentang perihal belajar medik, jika ada apa-apa persoalan, tanyakan saja pada akak.. Apa yang akak boleh tolong, akak pasti tolong.. Ececece.. Akak okey.. Sweet.. Ahaks..


Assalamualaikum semua..



FOOT NOTE: Dalam hati ada taman.. :)

Nasihat Seorang Emak Adalah Nasihat Paling Kebaboom

Posted by at 8:00 AM
Kelmarin emak datang ke Ipoh mengambil My Bucuk untuk dibawa pulang ke Melaka.. Seperti kebiasaan, sepasang ibu dan anak pasti ada gosip-gosip yang ingin dikongsi tambahan lagi dah lama tak berjumpa.. Haha.. Okey okey.. Bukan gosip sebenarnya.. Saja aku bikin ayat terlampau.. Ahaks.. Seperti biasa, mak akan bertanya khabar tambah-tambah lagi 2, 3 minggu ini aku jarang menghubungi emak.. Soalan mak dua tiga bulan kebelakangan ini tak lain tak bukan pasti tentang soal hati dan perasaan anak sulungnya ini.. Kalau ikutkan, aku dah lama tutup buku kisah lama, dah lupa pun, tapi aku tahu aku perlu juga jelaskan perkara ini pada emak sebab ianya melibatkan emak dan abah.. Emak mendengar sambil gelak kecil..



Pesan emak pada aku berkenaan isu hati dan perasaan aku yang dah aku kuburkan tak lama dulu:


1) Hidup ni pendek je Along.. Tak payah serabut kepala fikir-fikirkan sangat, yang dah lepas biarlah lepas.. Ambil pengajaran..

~ No worries mak.. Anakmu ini dah tebas habis semua semak dalam kepala, dah tak ambil hati pada apa yang jadi.. Aim sekarang, settlekan final year dengan jayanya..


2) Jangan ganggu pakwe orang.. Jangan sibuk-sibuk lagi dalam hidup dorang..

~ Pesan yang ini memang agak lawak sedikit.. Hoho.. Anak mak yang seorang ini takkan kacau kepunyaan orang..


3) Doa sajalah pasangan tu bahagia..

~ Aku selalu doa mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing.. Tak lupa aku doa untuk kebahagiaan hidup aku juga.. Ngee..


4) Jangan berblogging lagi pasal cerita-cerita ni.. Nanti libatkan ramai orang.. Jaga perasaan orang..

~ Baik mak.. Kisah aku ini akan aku tamatkan dan takkan cerita lagi.. Takkan ungkit-ungkit lagi.. Mungkin juga mak tak mahu lagi aku involve dengan soal perasaan dalam dunia maya, she don't want banana fruit two times kot.. Ahaks..


5) Kuruskan badan sikit..

~ Pesan yang ini memang selalu aku dengar.. Hoho.. Aku cakap pada mak, mahu calon suami yang terima aku seadanya.. Kalau aku kuruskan badan lepas ketemu "dia", pasti lebih worth it usaha aku itu.. Sebab dia bersama aku sebelum dan selepas.. Hik hik.. Poyo saja aku..





Lega dapat luahkan segalanya pada emak.. Nasihat emak juga sangat best.. Sebagai anak, nasihat emak akan aku ikut.. Ada keberkatannya.. Ibu dan ayah sememangnya guru kaunseling yang terbaik dalam hidup kita.. Betul tak? Sebabnya hanya mereka yang kenal anak mereka bagaimana.. Anak-anak saja yang susah untuk belajar kenali ibu bapa sendiri.. Hmmmm..


Jom semua.. Jadi anak yang terbaik untuk ibu bapa kita, barulah kita boleh menapak ke langkah seterusnya untuk jadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak kita.. Ingat iklan petronas pasal ayah, anak, cucu dan mangkuk plastik? Huhu.. Till here.. Take care.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Dua tiga hari ini otak aku memikirkan tentang lelaki yang berlesung pipit.. Kriteria sahabat baik aku untuk mencari calon suami.. Ada sesiapa punya lesung pipit? Lesung batu tarak mau arr..

Mar 16, 2010

Ayat Yang Paling Mencairkan Pernah Aku Baca

Posted by at 1:45 PM
Ini kalau ketahuan, memang pasti aku akan disaman untuk hak cipta.. Tapi apa patut aku buat.. Aku sememangnya dah cair setelah membaca ayat ini.. Takkan mahu cair seorang, benda baik harus dikongsi.. Kepada yang membaca, praktiskanlah selalu untuk diucapkan kepada suami atau isteri anda.. Pasti rumahtangga lebih berbunga-bunga.. Kalau sayang, ucapkanlah, tunjukkanlah.. Baru perhubungan itu terasa lebih bermakna.. Haish.. Aku rindu untuk berjiwang.. Dah agak lama aku tak mengaktifkan diri dalam dunia kejiwangan ini..




Ayat itu berbunyi seperti ini:


Dear..
I'm lost in your eyes..
Can you give me the direction to your heart?


Sesat dalam hutan kalau terjumpa jalan keluar pasti melompat kegembiraan, sama juga kalau tersesat dalam mata, jumpa jalan keluar ke hati, bunga-bunga rasa.. Heehee..




Ada sesiapa di sini yang punya quote menarik untuk dikongsi? Tak kisahlah berunsur jiwang, motivasi atau yang lain-lain.. Bolehlah sharing is caring.. Sebab kadang-kadang quote mampu inspire kita.. That is what I personally think.. Heehee..


Anyway, gotta go.. Having class at 2 p.m. Daaaa.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Flowers rain down, people thirst, wherever that girl goes.. :)

Kentut.. Buang Angin.. Sama Dan Serupa..

Posted by at 7:30 AM
Bila tajuk untuk entry ini dibubuh, aku teringat dengan apa yang Suki pernah kata pada aku, "Kenapa kau suka sangat cakap pasal berak, kentut, buang air kecil???" Haha.. Aku hanya mampu tergelak mendengar apa dia kata.. Jawapan? Aku tiada.. Kali ini, aku kembali dengan tajuk entry yang sama dan serupa, dulu tentang buang air, sekarang buang angin.. Hahaha.. Sama-samalah kita mebuang ya..


Poster di bawah ini aku rasa sangat menarik untuk dikongsi bersama anda semua.. Fakta tentang kentut.. Aku rasa bukankah lebih elok kalau kita tambah sedikit informasi tentang aktiviti yang kita lakukan saban hari.. Kenal dengan tubuh kita.. Tak kenal maka tak cinta.. Jadinya, mari kita cintai tubuh badan kita.. Bila cinta mula ada, pasti kita akan mula menghargai apa yang kita miliki ini.. Betul tak? Heehee.. Merapu pula di petang hari..


Antara fakta yang menarik mata aku..


1) The average person will fart 14 times a day and produce half a liter of fart gas per day..


2) Farts are indeed flammable.. (Gambar dia paling tak tahan.. Jadinya, bila nak kentut janganlah dekat-dekat dengan sumber api ya)


3) Farts can come blazing out of your ass at 7mph..


4) You cannot suffocate at a chamber full of your own fart.. (Kentut sendiri masih boleh tolerate, sebab itu tak suffocate.. Kalau kentut orang? Mahu tercekik cium..)


5) Top 10 farters.. Manusia yang vegetarian jatuh di tangga kelapan.. Bukan vegetarian di tangga kesembilan.. Juaranya? Termites.. Diikuti di tempat kedua dengan unta dan tempat ketiga, kuda belang.. Hoho..


6) A person can still fart after death.. (Yang ini memang biasa jumpa, especially di rumah mayat.. Huuuu..)


7) Beans do in fact make you fart more.. Hehe.. Mr. Bean macam mana? Ekeke..




Hari ini aku extra-extra happy.. Pertama sebab budak Angah ini dapat rezeki lebih hari ini, dan rezeki itu boleh diguna untuk masak kurma dan tomyam.. Dia kata juga mahu jalan-jalan tapi guna kaki.. Hampeh saja.. Dan tanpa disangka, baru tadi aku check, aku juga dapat rezeki seperti Angah, yang tak pernah aku dapat sebelum ini walaupun sudah setahun aku berblogging.. Hoho.. Kenapa? Tak percaya? Buat Angah, tuah kamu barangkali, kamu dapat, saya juga dapat.. Ahaks.. Poyo saja statement aku..


Baiklah.. Senja sudah berlabuh.. Harus menunaikan tanggungjawab pada diri sendiri.. Heehee.. Take care semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Aku rindu My Bucuk, Kelisaku yang sudah dibawa pulang ke Melaka.. Akan dijual tak lama lagi.. Banyak jasamu padaku.. Take care baby.. I will always love you no matter what.. Kamulah yang setia menemaniku untuk 3 tahun lamanya.. Yang menjadikan diriku Ratu Rempit sejati.. Uhuk uhuk..

Mar 15, 2010

My Favourite Surfing Spot

Posted by at 3:00 PM
Week 3


Satu tahun yang lalu, aku hanyalah seorang pelajar perubatan yang biasa dengan kehidupan yang biasa.. Hidup aku hanya berulitkan buku.. Berulit buku itu kadang-kadang.. Lebihnya sibuk enjoy sana dan sini.. Darah muda.. Apa anda harapkan? Betul tak? Haha.. Tarikh Februari 2009 telah mengubah kehidupanku 360 darjah.. Aku mula berjinak dalam dunia blog yang penuh suka dan duka ini.. Makin hari nafsu berblogging makin memuncak.. Secara tak langsung, aku jadi kurang enjoy.. Gelaran kawan-kawan pada aku? Blogger girl.. Kaki online.. Jumpa di mana-mana, pasti mereka bertanya.. Tak update blog ke blogger girl.. Blogger girl, tak online? Entah puji entah perli, tapi aku fikir postif.. Itu satu pujian.. Haha..



Semenjak memegang title blogger, macam-macam yang ingin aku coret, pelbagai idea yang melonjak-lonjak ingin keluar dari kotak fikiranku ini.. Idea tercetus tak kira walau di mana.. Tapi jika sampai saat-saat aku ketandusan idea, memang kegersanganlah blog Cahaya Yang Riang Gembira ini tanpa sebarang update yang berkualiti..


Sebut tentang beronline, aku sejujurnya mengakui aku seorang kaki online.. I love to online for 24 hours non-stop.. But only during the weekend.. That is the only time where I am free and I am accessible.. Erk.. Accessible? Haha.. Tempat yang menjadi kegemaran aku untuk beronline bukan satu, bukan dua malah lebih.. Tempat paling masyuk pastilah di bilik tercinta.. Ada privasi dan boleh online tanpa gangguan.. Tambah masyuk sebab adanya katil tersayang dan bantal busuk menemani.. Online sambil bergolek-golek.. Bukankah menarik?



Ada ketikanya juga, bila tiada pensyarah di dalam kelas, laptop aku keluarkan, dan terus aku online.. Bila online, buka blog, buka Facebook, buka Nuffnang untuk menganalisis analisis yang telah dibuat.. Hehe.. Peluang yang ada memang tak aku sia-siakan.. Panggil aku opportunis.. Itulah aku.. Ngee.. Kadang-kadang, kawan-kawan juga tumpang sekaki dua untuk melayari internet.. Zaman sekarang, semuanya berpandukan internet, informasi yang kita mahu boleh dapat dengan sekali klik, tak kira di mana.. Tapi ingat.. Jangan search benda tak elok ya adik-adik..



Bila tiba waktu makan, tak kiralah di mana-mana pun, restoran mamak, restoran makanan segera, pasti laptop tercinta menemani.. Apa lagi si blogger girl ini kalau bukan online kerjanya.. Melayari sesuatu yang bermanfaat, apa salahnya.. Betul tak? Tambahan pula, idea untuk entry blog tercinta datang tanpa mengira tempat, jadinya dengan online di mana-mana jua, idea yang tiba-tiba terpacul boleh disalurkan terus ke ruangan New Post.. Kalau idea datang di bilik air? Bagaimana? Apa lagi.. Online di bilik air.. Boleh ke tak boleh? Heehee..


Jawapannya pasti boleh.. Di mana jua kita berada, kita boleh melayari jaringan maya tanpa sempadan ini.. Hanya dengan adanya P1 W1Max Wiggy USB ini.. Ianya comel, mudah dibawa, tiada wayar-wayar yang diperlukan malah ianya juga adjustable dan moveable.. Menurut pihak P1, ianya adalah SEXY device.. Ngee..



Jadi jadi jadi.. Apa tunggu lagi.. Go and grab one.. Now.. Dan anda boleh online walau di mana jua anda berada.. Ngee..



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Mar 14, 2010

Mahu Ajak Anda Gelak Di Hujung Minggu

Posted by at 1:00 PM
Pheww!! Semalam seharian aku tak mengupdate apa-apa.. Sibuk menelaah movie yang aku download.. Adnan Sempit dan Legion.. Dua movie yang aku kempunan untuk tonton di pawagam.. Lagi apa ya.. Aku jalan-jalan di You Tube sambil karaoke lagu-lagu otai rock.. Aku tonton Samarinda - Asmaradana secara online.. Personally lepas menonton 3 episod, aku rasa drama yang mebariskan pelakon idaman ramai, Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam dan Iqram Dinzly ini sangat menarik.. Tak sabar menantikan episod seterusnya.. Episod 3 drama ini buat aku menangis berjuraian air mata.. Hati tisu betul aku.. Haha..


Esok Isnin tiba.. Mula kerja, mula kelas, mula rutin seperti biasa.. Bermuram durja? Janganlah begitu.. Bak kata Dewa 19, Hadapi Dengan Senyuman.. Janganlah selalu dalam Blues di hari Isnin.. Update aku hari ini, ringkas.. Mahu kongsikan dengan kalian video yang bikin aku ketawa sampai pecah perut dan berguling-guling, bertepuk tampar di tengah malam semalam.. Haish.. Pasti jiran dapat nightmare lepas dengar gelak tawa aku.. Ada sesiapa yang dah pernah tonton? Mungkin lepas tonton ini dan bergelak ketawa, hati anda akan senang.. Kuranglah sedikit Monday Blues anda.. Heehee.. Aku suka ketawa.. Bikin hati cool saja.. Tapi jangan overdose.. Tak silap, aku pernah mendengar dan membaca di mana aku tak pasti, banyak ketawa, gelap hati.. Ketawa sikit-sikit.. Cukuplah.. Ngee.. Okey semua.. Enjoy Ahad anda.. Assalamualaikum..





P/S: Ten ten ten ten ten ten ten ten ten ten!!!! Hahahaha..

Mar 12, 2010

Ada Telinga Dengar, Ada Mulut Bercakap..

Posted by at 9:00 PM
Cuba anda perhatikan gambar di bawah, baca dan fahamkan mesej di sebalik apa yang cuba dipaparkan.. Kisah sebuah keluarga, anak, ibu dan ayah..




So.. True..

I have a drinking problem..

Don't assume too much..


Situasi seperti di atas boleh terjadi di mana-mana, kepada sesiapa pun, di mana kita sering terjun kepada konklusi tanpa mendengar dengan betul dan baik.. Benar kita boleh dengar apa orang kata, apa orang bicara, tapi kita tiada upaya untuk dengar baik-baik dan dengar betul-betul.. Dengar sedikit, terus buat kesimpulan.. Itulah kita.. Kebanyakannya.. Tidak semua.. Malah kita juga sering buat telahan yang macam-macam walaupun seseorang itu tidak bersuara waima sepatah perkataan.. Dahsyat juga kita ya.. Seperti ahli nujum lagaknya.. Heehee.. Familiar dengan situasi ini? DIAM ITU TANDANYA SETUJULAH.. Haha.. Ya.. Itulah kita.. Aku juga tak terkecuali kadang-kadang..


Mana-mana pun kita pergi, ingatlah, komunikasi yang baik adalah jalan penyelesaian untuk banyak permasalahan yang mungkin kita akan hadapi pada masa kini, masa depan dan sampai bila-bila.. Setiap dari kita boleh berkomunikasi tapi untuk berkomunikasi dengan baik, banyak perlu kita belajar.. Makanya, latihlah lidah, telinga, mata, gerak tubuh kerana inilah antara elemen penting dalam sesebuah komunikasi.. Alam pembelajaran, alam pekerjaan, alam perkahwinan dan kekeluargaan.. Segalanya memerlukan komunikasi yang baik.. Tidaklah nanti seorang berbahasa itik seorang berbahasa ayam.. Ngee..


Anda rasa adakah penulisan entry dalam blog, dalam akhbar, SMS dan sebagainya yang tidak melibatkan percakapan antara individu adalah satu bentuk komunikasi yang baik? What say you? Till here.. Happy weekend.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Tadi dalam Al Kuliyyah, ahli panel mengatakan usaha mencari jodoh itu mendapat pahala..

Lelaki Bermotor Dikehendaki Untuk Masa Depan

Posted by at 8:00 AM


Malam Jumaat.. Erk.. Teringat pula iklan TV yang giat pancit-pancit dalam mulut tu.. Motif iklan? Sorry.. Me underage lagi.. Ngee.. Entry malam ini aku cilok dari kotak email.. Tajuk sangat serius maka aku tergerak mahu kongsikan dengan kalian.. Awal-awal aku mengaku.. Aku hampeh dalam bab permotoran.. Aku ada zero knowledge tentang motor.. Aku reti naik, bonceng, turun.. Haha.. Ianya tentang motor yang diharamkan di Malaysia.. Kepada yang sudah baca, baca lagilah.. Kepada yang belum, sila teruskan pembacaan dengan hati yang tenang.. Hoho.. Tajuk entry, seperti biasa, tak boleh belah..



Tahukah anda model Yamaha RXZ yang terbaru? Ramai antara kita terutama golongan yang berusia 40an ke atas menyangka bahawa model ini sudah terkubur tetapi jangkaan mereka silap sama sekali..


Kerajaan Malaysia sengaja tidak membenarkan kemasukan model ini dari Jepun kerana kegiatan Mat Rempit yang berleluasa terutama golongan-golongan remaja.. Model ini boleh memecut selaju 193km/j hanya memakan masa 5.7 saat iaitu bersamaan dengan kenderaan berkuasa tinggi seperti Porsche 911, Targa Twin Turbo..


Oh ya.. Sebelum terlupa.. Gambar kena disertakan sekali (klik pada gambar untuk kesan Zoom In).. Takut-takut nanti ada yang terbeli.. Haha.. Okey semua.. Daaaa.. Assalamualaikum..



v



v



v



v



v



v



v



v







IMPIAN MASA DEPAN: Mahu naik motor dengan Encik Suami dan jalan-jalan satu Malaysia.. Naik motor lebih sweet dan lebih romantik.. Betul tak? Heehee..
© " Cahaya Yang Riang Gembira " is powered by Blogger - Template designed by Stramaxon - Best SEO Template