Kisah Cintan Cintun Dunia Maya

Salam pagi Ahad.. Cepat benar masa berjalan, macam naik space ship.. Sekelip mata.. Rasanya baru saja sampai di Melaka hari Khamis yang lepas, Ahad sudah mahu pulang ke Ipoh (masih lagi di Tronoh, ada lagi 3 minggu) yang bersuhu 36 Darjah Celcius.. Kulit dah makin menggelap hari demi hari.. Boleh jatuh saham begini.. Phew!! Hujung minggu aku agak sibuk sebab aku telah mengikuti satu series yang sangat hot dalam dunia blogspot.. Hari-hari menatap lappy menanti scheduled entry beliau dipublish.. Kisah Jardin Jirda, ex-skandal maya Jard The Great..



Banyak pengajaran boleh ditimba melalui perkongsian kisah benar cinta alam maya beliau.. Belajar dari pegalaman orang lain, semoga masa akan datang kita tidak akan mengulanginya lagi.. Especially untuk blogger wanita.. Aku petik kata-kata Jard, jadi perempuan memang mencabar, jiwa lembut, mudah perasan dan cepat berangan.. Mungkin tidak semua wanita seperti itu.. Tapi yang pasti aku salah seorang darinya yang berjiwa lembut, mudah perasan dan cepat berangan.. Ahaks.. Pengakuan tulus dan ikhlas dari aku ni okey..




Tapi itu zaman dulu-dulu masa aku di awal pembabitan dunia blog.. Aku pernah cipta fantasi cinta, aku bawa DIA bersama, tapi yang sesat dalam fantasi itu aku seorang saja.. Mentah lagi tentang dunia blog ketika itu.. Itulah yang pertama, kira-kira awal tahun lepas.. Adeh.. Tidak sangka aku akan buka kembali lembaran lama yang dah aku tutup kemas, yang terjadi atas ketidak matangan aku ketika itu.. Aku mengaku itu silap aku dulu.. Aku belum matang untuk menilai sesuatu dengan menggunakan akal fikiran, banyak guna hati dan perasaan.. Sedangkan bila aku fikir-fikir kembali, rasa yang aku rasa untuk DIA itu wujud lebih kepada tertarik dengan gaya penulisannya.. Fikir-fikir balik, aku hanya mampu senyum sendiri..




Apa-apa pun, kami masih kawan sampai sekarang, dah hampir setahun.. Lucky me.. Aku tidak hilang seorang kawan kerana ketidak matangan aku.. Huhu.. Aku pernah kata pada diri aku, semoga ini yang pertama dan terakhir.. Serik serik serik.. Tapi nampaknya takdir hidup aku tertulis bukan seperti yang aku ingini.. Cukup aku katakan.. Ianya tak sama macam dulu.. Huhu.. Tak mengapalah.. Allah lebih mengetahui segalanya yang tersirat dalam diri aku.. Sekarang aku hanya ingin terus berjalan dan berjalan melewati liku-liku hidup seperti biasa, sesungguhnya hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik untuk aku..



Kisah Jard pula berbeza.. Cerita tentang ex-skandal maya beliau buat aku terfikir pertama sekali, lagu Ada Band, PEMAIN CINTA.. Huhu.. Insan dunia maya memang sangat-sangat sukar untuk kita tebak hati mereka.. Kita tak tahu apa yang lahir dari tulisan, perkataan, tutur kata mereka itu adalah serious atau sebaliknya.. Mengerikan.. Paling ngeri bila kita dah jatuh ke dalam, kalau jatuh yang manis, memang bahagia.. Tapi kalau jatuh yang perit? Sampai bila-bila kita takkan pernah lupa.. Dan akan buat kita serik.. Tapi serik-serik kita, selalu juga kita jatuh lagi dengan cara yang sama sebab kita punya harapan agar yang kali ini tak sama seperti dulu.. Kalau menjadi, syukur Alhamdulillah.. Kalau tidak? Hmmm..



Silap kitakah sebab terlalu mudah memberi kepercayaan pada insan yang kita hanya kenal dalam jaringan maya? Silap kitakah terlalu berlembut hati dan tersentuh jiwa atas perhatian yang insan lain berikan? Silap kitakah kalau kita terjatuh cinta? Tak.. Kita tak silap.. Insan itu juga tak salah.. Ini cuma satu ujian hidup untuk kita, bukan ujian untuk lulus atau gagal, tapi ujian yang bantu kita kumpul pengalaman untuk menjadi makin matang.. Di masa depan, kita akan toleh kembali dan berterima kasih atas apa yang pernah kita lalui kali ini.. Sebab pengalaman kali ini yang tragis dan sedih, akan jadi pemangkin untuk kita bina masa depan yang bahagia dan yang terbaik untuk kita..


Senyum-senyum selalu okey.. Jangan monyok-monyok.. Aku nak balik Ipoh dah tengahari esok.. Eh silap.. Tengahari nanti.. Wish me a safe journey.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Sekejap saja dah nak masuk bulan 3..

Perkahwinan Zaman Ibu Bapa Kita.. Zaman Kita Pula?

Selamat tenghari cinta.. Heehee.. Kini gadis Cahaya Yang Riang Gembira ini sedang kegersangan idea-idea menarik untuk ditulis.. Biasalah, hidup ada turun naik.. Hik hik.. Malam semalam sedang layan MP3 lagu-lagu Hindi sepanjang zaman yang jadi kegilaanku, datang satu idea menerjah bila mana lagu dari filem Dhadkan bernyanyi-nyanyi di lappy tercinta ini.. Bagi kipas susah mati filem Hindi mesti pernah tonton filem ini.. Salah satu favourite aku.. Kisah arranged marriage.. Lakonan Akshay Kumar, Shilpa Shetty dan Sunil Shetty.. Memaparkan sebesar mana pun cinta pasangan kekasih Shilpa dan Sunil, namun cinta dan kesabaran si suami, Akshay dalam menyemai benih cinta dalam hati si isteri, Shilpa berjaya mematikan api cinta yang pernah ada untuk Sunil.. Cinta memang datang dalam macam-macam bentuk..



Kebelakangan ini, aku sering terserempak dengan perihal perkahwinan yang dibina atas pilihan keluarga, arranged marriage, cinta yang datang selepas ikatan pernikahan.. Muka Surat 17 mahu berkahwin dan tidak mahu couple.. Maksudnya cinta lepas kahwin.. Encik Mimpi pula dalam entry bertemakan True Meaning Of Love, beliau menyampaikan mesej tentang cara yang paling baik untuk menyemai cinta dan kasih sayang di jalan yang diredhai Allah yakni melalui perkahwinan.. Bikin aku berfikir, berfikir dan terus berfikir.. Kadang-kadang tersenyum.. Heehee.. Mr. Right=Suami???


Pasti kebanyakan dari kita juga biasa dengar cerita tentang perkahwinan atas pilihan keluarga.. Selalunya dari pengalaman ibu bapa kita sendiri.. Dalam blog juga sering aku terserempak kisah-kisah begini.. Di zaman dulu, fenomena ini memang biasa.. Kebanyakannya memang kekal sampai ke akhir hayat.. Hidup bahagia bersama anak, cucu, cicit, piut, miut.. Heehee..



Kedua orang tuaku juga tak terkecuali.. Pasangan Abdullah Ismail dan Hayati Haris dinikahkan pada tarikh 4 April 1986.. Usia abah ketika itu 26 dan emak pula 20.. Sebelum pernikahan itu, menurut cerita abah punya awek-awek di universiti.. Ada dalam koleksi simpanan gambar-gambar lama abah.. Mak juga begitu di tempat kerjanya.. Emak sampai tahap agak rapat dengan family pakwenya.. Namun sudah tertulis, emak dan abah berkahwin diatur oleh keluarga.. Merisik, bertunang, kenal-kenal diri dan keluarga terus berkahwin.. Selepas itulah mulanya sesi "percintaan" mereka.. Sampailah ke saat ini di mana anak sulung mereka sudah berusia 23 tahun.. Usia perkahwinan mereka? 24 tahun.. Heehee..



Sebagai anak, aku sering mendoakan kebahagiaan mereka sampailah ke akhir hayat mereka.. Mudah-mudahan.. Amin.. Setahun yang sudah, aku pernah suarakan pada kedua orang tuaku, agar mereka saja yang mencari jodoh buatku.. Tapi mereka ingin anak mereka ini cari kebahagiaan sendiri.. Huhu.. Aku tak mampu kata apa-apa.. Kalau mereka bersetuju, kemungkinan besar juga aku sekarang sudah jadi tunangan orang, atau setapak lagi ke depan, isteri orang.. Hik hik.. Gatalnya anda Farhana.. Behave ya.. Tapi aku yakin, segalanya pasti sudah tertulis di atas sana, perancangan Allah, cuma menanti masa dan ketika.. Selagi belum tiba masa itu, teruskanlah perjalanan ini seperti biasa.. Betul tak? Heehee..



Chup.. Lupa cerita satu perkara.. Heehee.. Tentang ex-pakwe emak.. Tiap kali raya dia dan family dia pasti datang bertandang ke rumah nenek.. Maklumlah, satu kampung juga.. Ex-pakwe mak sudah pun berkahwin.. Tapi tiap kali datang beraya, pasti nama mak dipanggilnya dulu dan dicari.. Begitu juga dengan ibu dan ayah ex-pakwe emak, sibuk mencari emak di dapur.. Haish.. Aku tak pasti samada abah cemburu atau tidak.. Tapi aku JELES.. Sila take note.. AKU JELES.. Entah kenapa, aku tak suka.. Huhu.. Cemburu itu tanda sayang.. Ya, aku tahu.. Heehee..



Okeylah.. Bagi yang bakal melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke akhir hayat, hingga ke helaan nafas terakhir.. Bagi yang berkeinginan untuk berkahwin, (macam aku ke? haha..) silalah bersabar.. Bagi yang belum mahu berkahwin, tak mengapa, belum seru lagi.. Hik hik.. Happy weekend semua, enjoy cuti-cuti anda.. Take care.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Salah satu yang aku suka tentang perkahwinan adalah anak.. Ehem ehem.. Bukan proses membuat anak ya.. Ahaks.. No worries, bapa anak takkan pernah dilupakan.. Heehee..

Kisah Blogger Yang Terlampau Rajin

Ehem ehem.. Siapa dia? Siapa blogger terlampau rajin itu? Haha.. Tidak lain dan tidak bukan, Si Cahaya Yang Riang Gembira.. Atas keterbanyakan masa yang beliau ada, maka dengan senang hati beliau menukar LAGI template blognya.. Hoho.. Baru ditukar bulan lepas, ditukar lagi.. Saja-saja ubah angin.. Jika ada masalah pada layout ini, sila inform aku ya.. Terima kasih atas kerjasama.. Heehee.. Lots of thanks juga pada Encik Nescafe Ais.. Blog beliau pasti jadi rujukan setiap kali aku tukar template.. Terima kasih.. Ngee..



Style lebih kurang sama saja dengan layout yang dulu.. Aku suka style begini.. Bagi aku lebih ruang untuk buat coretan.. Kali ini biru hitam jadi pilihan.. Selalunya template diambil di sini.. Template ini ada 3 warna.. Biru, hijau dan merah jambu.. Warna kesukaan aku pasti biru dan hijau.. Tapi akhirnya, biru jadi pilihan hati.. Hijau, aku simpan sebagai kekasih gelap.. Hik hik.. Baru aku perasan, blogspot dah ada kemajuan sedikit.. Sebab walaupun template ditukar, kita masih boleh KEEP WIDGET.. Ini yang buatkan hati mahu tukar template selalu.. Hehehehe.. Walau aku suka tukar template, tapi aku tetap seorang insan yang setia pada yang satu.. Hik hik..



Saat entry ini habis ditaip, jam menunjukkan pukul 4 pagi.. Memang kisah blogger yang terlampau.. Heehee.. Okeylah, tata semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Cuti sekolah tak lama lagi.. Tapi yang cuti budak-budak sekolah dan budak-budak maktab.. Sungguh aku cemburu!!!

Mari Kita Membaca Cuti-Cuti Begini.. Untung Untung Dapat 10 POUND!!!

Hari Jumaat.. Tempat aku sekarang, Melaka.. Balik rumah adalah perkara paling indah.. Mampu buat hati riang gembira.. Oh ya.. Semalam Joe telah mengumumkan undi mengundi untuk Contest Weekend @ Sheffield telah bermula.. Jadi apa tunggu lagi? Anda undi 5 entry yang anda rasa best dan anda suka, dan anda berpeluang menang 10 pound.. Menarik bukan? Heehee.. Tarikh tutup 1 Mac.. Total entry ada 43 kesemuanya.. Aku sudah selesai membaca setiap satu darinya.. Seperti kata Joe, semua entry tak menyesal untuk dibaca.. Anda bacalah, baru anda mampu tentukan yang mana adalah terbaik dari kaca mata anda.. Membaca amalan mulia, jambatan kepada segala ilmu.. Betul tak? Jom jom jom baca entry..



Dan ini, adalah entry yang aku gunakan untuk join contest weekend @ sheffield.. Bertemakan True Meaning Of Love.. Enjoy reading..



Salam Maulidur Rasul juga buat semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Rasa seperti terjaga dari lena yang sangat panjang.. Heehee.. :)

Saya Mahu Jadi Barrack Obama!!!

Ini kisah yang aku dengar dari seorang sahabat.. Jika aku cerita anda pasti tahu di mana, siapa yang terlibat.. Identiti insan ini biarlah aku rahsiakan saja.. Mesej di sebalik cerita, itu paling penting.. Betul tak? Mungkin anda akan tergelak, aku juga gelak, mereka-mereka yang bicara dengan insan ini juga tergelak.. Tapi jangan lupa, ambil iktibar dari cerita ini.. Okey..


* * * * * * * * * * * *

"Awak semua student eh? Student medik?" sapa seorang lelaki awal 30an..


Maria dan rakan-rakan mengangguk.. Sambil tersenyum.. Hujung senyuman ada ketakutan.. Sedikit..


Pemuda itu bicara lagi.. "Mahu buat research ya? Ambillah saya jadi bahan.. Hik hik.." Lantas dia mula bicara dalam Bahasa English yang agak fasih.. Masing-masing terkesima..



Sampai satu masa, dia bicara soal cita-cita, impian dan harapan.. "Saya nak jadi Perdana Menteri.. Macam Barrack Obama.." sebut dia dengan bangga..


"Kalau saya jadi Barrack, awak jadi Hillary Clinton.. Boleh tak?" jarinya ditunjuk ke arah Maria sambil mengajukan soalan, dan malu-malu..


Maria hanya senyum saja.. Layan pemuda itu berbicara.. Tiba-tiba dahi pemuda itu berkerut..


"Buat masa sekarang, musuh saya satu saja.. Dia perlu dihapuskan.. Sebab boleh memusnahkan negara.." bicara pemuda itu dengan bersungguh-sungguh..


Maria buka mulut, "Siapa dia?"


Pemuda itu pandang Maria.. "Hmmm.. Proffesor Klon.. Dia jahat.."


Maria mendengar, mahu gelak tapi ditahan, bimbang mengguris hati.. Tiba-tiba pemuda itu tekup telinga dan berkerut dahinya..


"Okey okey.. Cukup.. Suara itu cakap saya dah tak boleh cakap apa-apa lagi dengan awak semua.." terus dia berhenti bicara.. Maria dan rakan-rakan beransur pergi..



Agak lawak tapi rasa kasihan lebih lagi.. Di usia muda, sudah jadi begini.. Apakah yang pernah dia lalui? Hmm.. Aku tak punya jawapan pasti.. Walau apa pun, aku harap dia cepat sembuh dan keluar dari situ dengan satu impian dan harapan baru untuk merealisasikan cita-citanya..



Apa aku mahu kata.. Setiap kita yang berada di dunia ini, yang hidup di atas muka bumi ini, punya hak untuk ada impian.. Punya hak untuk bina harapan.. Punya hak untuk bina cita-cita.. Kita tiada kuasa untuk menghalang dia, dia atau mana-mana insan sekalipun untuk berhenti bermimpi, berhenti berharap.. Selagi ada kehidupan, selagi itu harapan perlu ada.. Bukankah itu satu elemen yang menjadi pemangkin dalam kehidupan.. Kata aku pada dia, harapan itu satu perasaan yang hebat.. Dia pula kata, hidup tiada harapan tak seronok walhal dia yang banyak ingatkan aku jangan terlalu berharap, bimbang jatuh, aku yang sakit.. Tapi still, dia akui juga, berharap itu memang indah.. Heehee..



Aku selalu berdoa, impian, harapan dan cita-cita aku akan termakbul suatu hari nanti.. Aku tak kisah berapa lama masa yang akan aku ambil, selagi masih punya nyawa dan nafas, selagi itu aku tetap dengan impian, harapan dan cita-cita aku.. Anda juga pasti begitu.. Betul tak? Wishing all the best to everyone.. May Allah bless us in whatever we do.. Take care dear readers.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Borak dengan Encik Daus, kepala otak aku terasa ringan seringan berat badan terbaru Encik Daus.. Hehehehe..


P/S: Entry semalam tiada kena mengena dengan sesiapa pun.. Ia hanya entry tentang buah fikiranku.. Huhu.. Harap maklum ya sayang-sayang semua.. Ngee..

Mulut Ada Emas Atau Katak? Susah Sangat Buka Mulut Meluah Bicara..

Ini Cake bukan sebarang Cake.. Gambar Cake nampak menarik dan dipinjam dari Daddy Google kita.. Sambil mulut dan perut melayan roti kacang, telinga pula melayan Cake.. Berkenan dengan bait-bait liriknya lalu aku hasilkan sebuah entry.. Cuba anda baca dan fahami liriknya..



CAKE - PERHAPS PERHAPS PERHAPS



You won't admit you love me.
And so how am I ever to know?
You only tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.


A million times I ask you,
And then I ask you over again.
You only answer
Perhaps, perhaps, perhaps.


If you can't make your mind up,
We'll never get started.
And I don't wanna wind up
Being parted, broken-hearted.


So if you really love me,
Say yes.
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
Perhaps, perhaps, perhaps.





Ehem ehem.. Pakcik, makcik, abang, kakak dan adik.. Siapa pernah alami situasi seperti di atas? Ramai pasti pernah lalui.. Samada anda jadi si dia yang menyanyi atau si dia yang lagu ini ditujukan.. Hehe.. Jangan tanya, aku yang mana satu.. No komen.. Okey okey.. Bercakap dari sudut si penyanyi lagu yang menyampaikan kata hati kepada seseorang yang dia cintai tapi masih menantikan sebuah jawapan yang kelihatannya sukar untuk dilafazkan.. Or should I say "bertepuk sebelah tangan"? Erm.. Macam tidak.. Rasanya saling menyukai tapi sukar meluah rasa cinta dan bermadah sayang.. Di sinilah timbulnya, pentingkah kata-kata seperti AKU CINTA PADAMU, I LAP YOU, LAP YOU TOO?? Ada yang kata perlakuan lebih memainkan peranan dari kata-kata.. Ada pula yang jenis lebih prefer kata-kata dan perlakuan jalan seiring..


Bagi aku sendiri, kata-kata itu penting.. Ianya lebih kepada sebuah kepastian yang bagi aku asas untuk sesebuah hubungan.. Macam mana nak terus bina sebuah perhubungan kalau kita tak pasti.. Kan kan kan? Bagi insan yang ditujukan lagu, bagi aku, mungkin dia memang tak cinta langsung atau masih belum yakin lagi untuk meneruskan sesebuah perhubungan ke stage yang seterusnya.. Banyak kena consider babe.. It is not an easy decision to make.. Soal masa depan, jangan pandang enteng.. Heehee.. Prinsip aku senang, kalau cinta kata cinta dan go on.. Kalau tidak atau masih tidak yakin dan pasti, hold on.. Fikir lagi dan lagi.. Sebab ini bukan soal satu hati saja..


Pesanan masyarakat ini untuk aku, kamu, dia, dan semua yang membaca.. Heehee.. Akhir kata, semoga berbahagia semua.. Heehee.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Aku cinta padamu.. ~ Siti Nurhaliza..

Inilah Sebab Orang Lidi Private Blog!!!

Semenjak dua menjak tiga empat lima menjak ini, dunia blog dikecohkan dengan "pengprivate-an" blog Cakapwa si Orang Lidi.. Buat masa ini, dia adalah antara insan yang WANTED atau dikehendaki oleh para-para blogger terutama sekali kakak angkatku Jard.. Ahaks.. Jika anda terjumpa beliau di mana-mana sila laporkan pada pihak berkuasa Blogspot.Com.. 24 jam, oh lebih dari 24 jam sudah beliau hilang.. Kalau ikut undang-undang kepolisian, sudah boleh buka report.. ORANG LIDI HILANG.. Hoho..




Okeylah.. Sebenarnya.. Sebenarnya.. Orang Lidi tidak hilang.. Beliau ada dan kini sedang sibuk menyibukkan diri dengan urusan yang amatlah penting.. Disebabkan aku kini berada di Tronoh selama sebulan untuk praktikal, makanya Orang Lidi telah menawarkan diri untuk menyiapkan makan pagi aku, makan tengahari aku dan makan malam aku.. Sila jangan terkesima ya.. Haha.. Jadinya, dia kini sedang sangat sibuk mencuba pelbagai resepi-resepi baru untuk disediakan kepada aku.. Maklumlah.. Kalau anda mahu tahu, dia sangat hebat masak.. Seperti Joe.. Aku kini sedia menanti air tangan beliau.. Nanti aku bagi report samada dia LULUS untuk dijadikan surirumahtangga yang berjaya.. Ahaks.. Kenapa? Tak percaya? Aku pun tak percaya juga.. Hohoho..




Oh Orang Lidi.. Pulanglah.. Sambil lagu Pulanglah - Aisyah berkumandang.. Ahaks.. Pulang ya.. Ramai sedang rindu lu punya AKU FES.. YES.. 1ST.. Hahahaha.. Kata Jard.. Pengomen tegar memang akan dirindui.. Hmmm.. Aku suka quote itu..


Kadang-kadang bila kita dah terbiasa dengan kehadiran seseorang, dan bila tiba-tiba dia hilang, kita sering tertanya, dalam tak sedar, ada rindu bertamu.. Haih.. Rindu bukan penyakit.. Tapi ubat.. Ingat lagi tak? Indah merindu pada orang yang juga merindu kita.. Perit bila orang yang kita rindu dan selalu ingat-ingat, tak pernah ingat pada kita langsung.. Sedikit? Sebesar hama? Langsung TIDAK!! Nampak macam kita yang tergedik lebih.. Betul tak? Hahahaha..




Akhir kata dari aku, terimalah quote yang ku petik dari Facebook seorang perempuan yang sewel.. Haha.. Hayati dengan mata jangan guna hati.. Eh.. Terbalik kot? Kan? Hehehehe.. Tata semua.. Assalamualaikum..



"Hati terluka.. Jahit balik.. Luka lagi.. Jahit lagi.. Tahu tak menjahit luka itu rasa sakitnya sama juga dengan hati terluka.. Mungkin hati itu memang specially made untuk dilukakan.."


FOOT NOTE: Ada orang SENGET suggest guna UBAT BIUS.. Hahahahaha.. Comelnya idea dia walaupun orangnya tak comel.. Wawawa..

Adult Content Maknanya Hanya Untuk Adult Sahaja.. Betulkan Saya Jika Saya Silap..

Tajuk entry jelas dan nyata.. Anda adult? Jika ya teruskan pembacaan.. Jika bukan? Aiyo.. Tak tahu.. Macam mana boleh ada di sini.. Aiyo.. Mak marah nanti.. Kakak Farhana tak tanggung.. Ahaks.. Entry ini agak sensitif dan geli kerana menyentuh soal tubuh badan anda.. Jika tersentuh dan anda rasa geli, maafkanku.. Muahahaha..


Entry ini dipenuhi (penuh ke? 2 gambar je pun..) dengan gambar-gambar Bollywood yang aku rindukan.. Aku rindu dambaan kasih sayang dari filem Hindustan.. Mahu tengok cerita Hindustan!!! Uhuk uhuk.. Okey okey.. Back to the story.. Entry ini ada kaitan sedikit dengan pelakon Hindi yang cantik menarik tertarik tambah lagi dengan seksi meksi.. Pakej lengkap buat santapan mata sang buaya.. Ahaks..



Aku dengar dan aku baca.. Kesahihannya aku sendiri tak pasti.. Jadi wanita.. Take note.. Ini sesuatu tentang kita.. Lelaki? Anda perlu ke tahu? Hoho.. Menurut pendengaran dan pembacaan aku itu, wanita yang punya lekuk menegak ke bawah di pinggang bahagian belakangnya, dikatakan SEKSI.. Makin dalam lekuk tersebut, makin seksi.. Disebabkan itu, orang kata bukan aku kata, kwujudan sari adalah untuk mengextravaganzakan lagi keseksian itu.. Enhance orang kata.. Oh ye ke? Ada sesiapa jual sari di sini? Aku mahu buat baju nikah.. Ahaks..


Okey okey.. Aku nampak ramai wanita dah mula meraba pinggang mereka sambil membaca entry ini.. Hehehehe.. Aku tak berapa sure adakah lekuk itu dipunyai oleh semua wanita sebab melalui pendengaran dan pembacaan aku juga, tak semua wanita yang ada.. Ehem ehem.. Tolong jangan tanya, aju, sebarang soalan ya pada aku.. Takkan dilayan.. Muahahaha.. Apa-apa pun, seksi itu universal.. Macam-macam tafsiran seksi.. Macam juga True Meaning Of Love.. Sexy is love juga.. Betul tak? Heehee.. Yang penting, ingat ya, seksi untuk suami saja.. Itu lebih mengujakan.. Betul tak? Ngee..



Last but not least.. Walau ramai macam mana pun pelakon-pelakon Hindi yang cun, meletop dan seksi di pasaran.. Hati aku tetap untuk Kajol.. She is the hottest ever.. Heehee.. Okey semua.. Daaa.. Selamat malam.. Undur diri dulu.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Mahu peluk teddy bear kecil yang tak best tapi dapat peluk hari-hari ATAU peluk teddy besar montel tapi tak dapat peluk hari-hari? Hmmmmm..

Iklan Mencari Calon Angkat Mengangkat

Off to Batu Gajah Hospital and Klinik Kesihatan Tronoh on 12.30 P.M. Di sana selama sebulan.. Pengalaman baru, akan melawat perkampungan Orang Asli.. Teruja.. Heehee.. Sebelum bertolak, nak coret rasa hati sikit..



Dari dulu sampai sekarang, aku tertanya-tanya dari mana datangnya sistem angkat mengangkat.. Time aku sekolah agama dulu, ligat aktiviti ini.. Especially among female students batch aku sibuk sangat mencari adik angkat.. Mostly target mereka lelaki.. Adik angkat lelaki.. Hmmm.. Kenapa tak perempuan? Hoho.. Aku kurang campur dengan sistem ini walau ada saja yang datang ke pangkuanku minta jadi adik angkat.. Muahahaha.. Sebab masa itu aku adalah Penolong Ketua Pengawas, kuasa mendenda ada pada tanganku.. Automatik ramai yang dekat pada aku dengan tujuan bodek-bodek.. Aku? Maaf.. Aku tak ambil rasuah.. Ahaks..


Mungkin juga disebabkan aku adalah anak sulung, di bawahku ada 4 orang adik.. Aku begitu kurang nafsu dengan fenomena adik angkat ini.. Adik sendiri pun aku tak mampu jaga lagi dengan sepenuhnya.. Haha.. Tapi bila makin dewasa, seperti sekarang, nafsu aku mula membara pada sistem angkat mengangkat.. Tambah lagi dengan choices yang begitu banyak dan berkenan di hati lepas jadi blogger.. Erk.. Aku nak cari kakak dan abang angkat.. Boleh? Ahaks.. Baca komen Jard semalam, tentang "membebel" seorang kakak kepada adik.. Aku begitu teringin merasa ada kakak dan abang.. Aku rasa aku dah cukup manja untuk ada seorang kakak atau abang kot.. Kan? Hehe.. Kalau boleh mahu kakak macam Jard yang berani menyahut cinta.. Boleh? Abang pula, mahu macam Bro Framestone yang ligat nak kahwin 4.. Ngee..



Okey apa.. Aku anak sulung, eloklah ambil kakak atau abang angkat.. Bagi yang dah ada kakak atau abang, tak perlulah kot.. Kan? Hehehehe.. Tapi tapi tapi.. Aku teringin sangat nak jadikan Umar Nurfitri dengan Aerina Fazlin adik angkatlah.. Wawawa.. Mereka-mereka nak ke? Hoho.. Apa-apa pun, mengeratkan silaturahim itu bukankah bagus? Heehee.. Aku rasa lepas-lepas ini, akan keluar sistem pakwe, makwe angkat pula.. Jangan ada suami isteri angkat sudah.. Nanti sana angkat sini angkat, last-last semua terangkat.. Wawawa..



Nanti aku kenalkan pada kalian blogger yang jadi bapa angkatku dan Tok Guru aku.. Mereka adalah insan kebaboom dan paling best yang pernah aku kenal dan selalu ada untuk aku kalau aku ada problems.. Even pukul 5 pagi aku kacau pun dia tak marah.. Wawawa.. Misteri misteri.. Siapakah mereka? Ahaks.. Okey semua, gotta go.. Jumpa lagi nanti.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Terus membisukah aku? Argghhhh.. Messing around or serious? Aku jadi makin keliru sekarang..

Gelombang Otak Aku Dari Aktif Jadi Pasif

Apakah aku masih dalam mood True Meaning Of Love dengan "terpost"nya entry ini? Ahaks.. Mungkin ya.. Mungkin tidak.. Lately ramai bilang aku punya entry sedih, banyak makna, kecelaruan perasaan.. Hmmm.. Aku sendiri pun tertanya status perasaanku sekarang.. Sebenarnya aku malas mahu layan otak aku.. Haha.. Aku rasa, aku okey kawan-kawan.. Perfectly okey.. Kot.. Ngee.. Apa-apa sajalah Farhana.. Tolak tepi perasaan kau.. Tak penting pun buat masa ini..


Satu saja.. Aku happy sangat lepas publish entry True Meaning Of Love.. Aku bimbang juga mesej yang aku nak deliver tak sampai pada readers.. Tapi ternyata ianya sampai, dan aku suka bila ada insan-insan yang baca menyukainya.. Heehee.. Terima kasih sebab sudi baca ya.. Muchas gracias.. Hoping that I did share something with my readers.. Ngee..



Anda ingin tahu sesuatu? Selalu waktu aku menonton TV, gelombang otak aku bergerak dengan sangat aktif.. Tak senang duduk boleh aku katakan.. Tapi bila 3 saluran ini, Astro Ria, Astro Prima dan Astro @15 sering menayangkan video klip lagu terbaru seorang artis realiti TV yang berambut unik, serta merta gelombang otak aku jadi satu line.. Dalam series ER, House, Grey's Anatomy, satu line begitu tandanya satu saja.. Mati.. Tiada nyawa.. Haha.. Dengarkan lagu dia, otak aku tak mampu berfikir apa.. Kenapa ya? Huhu.. Abaikan sajalah.. Mungkin itu cara aku mengappreciate muzik yang aku minat.. Ahaks..




NOKTAH CINTA - HAFIZ

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya


Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya


Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu


Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya


Download link DI SINI..



Selamat tiba di Ipoh jam 6.30 petang.. Dengan hujan yang lebat sepanjang jalan, memang sedap tidur.. Haha.. Percaya tak kalau aku kata, walau mata ku celik hatiku tidur sebenarnya? Hahahahaha.. Aku pun tak percaya.. Ahaks.. Malam ini last enjoy ya kawan-kawan.. Esok dah nak mula sesi pembelajaran.. Jangan malas-malas.. Heehee.. Take care semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Semenjak dua menjak ini, aku susah mahu tidur.. Rasa mahu celotape mata, kalau tak berkesan, stapler.. Last solution.. JAHIT.. Hoho.. Tidurlah Farhana.. Tidurlah.. Ahaks..

Contest Joegrimjow: True Meaning Of Love @ Makna Sebenar Cinta?

Masa dah semakin suntuk inilah idea baru nak terjah kotak fikiran untuk contest weekend @ sheffield anjuran Joegrimjow.. Harap sempat submit.. Anyway, enjoy reading.. Entry ini sememangnya agak panjang.. Heehee.. Kisah Wak Tejo, 30 tahun akan datang bersama anak daranya, Rossa..

* * * * * * * * * * * *

Malam Jumaat itu, Wak Tejo sedang bergolek di depan TV bersama isterinya sambil main urut-urut badan.. Tiba-tiba anak daranya Rossa datang menerpa bersama laptopnya..


"Help me Pak.. Please Pak.. Dah nak tutup! Dah nak tutup!" merengek si Rossa pada bapanya.. Maknya bangun menuju ke dapur untuk membuat air dan membiarkan anak beranak itu berborak..


Wak Tejo terkujat sebentar dengan tingkah anaknya.. "Kenapa dengan kamu Ros? Demam panaskah? Apa yang tutupnya?"


Rossa sengih kupang.. "Joegrimjow buat contest weekend @ sheffield, Ros mahu join tapi pak bagi idea boleh? Tema ada 2.. Unity Through Sportmanship dan True Meaning Of Love.. Sebab Ros anak pak ini minah jiwang, Ros pilih True Meaning Of Love.. Ngee.."


"Oh.. Boleh saja.. Kerana anak pak yang manis ini.. Apa saja.. Nanti kamu tanyakan pada Joe, kenapa dia pilih True Meaning Of Love? Kenapa tidak Meaning Of True Love.. Hehe.. Saja pak mahu menguji dia.. Kirim salam sama bakal menantu pak itu ya.. Hik hik.." usik Wak Tejo.. Rossa tersipu malu.. Blushing sebentar..


"Pak bagi idea kebaboom ya.. Mana tahu menang , kita boleh dapat wang kertas yang di atasnya gambar awek cun.. Hik hik.." seloroh Rossa..


Wak Tejo tergelak sama.. "Kamu ini Ros.. Itu saja yang difikir.. Contest ini sama seperti sebuah pertandingan sukan, blog adalah platformnya.. Tiada pemenang atau pengalah.. Tapi motif untuk menyatukan para blogger dalam satu contest tercapai.. Unity through sportmanship.. Ekeke.."


"Ros gurau sajalah pak.. Okey okey.. Tajuk Ros True Meaning Of Love ya pak.. Bukan Unity Through Sportmanship.. Hehehe.."


Wak Tejo tersenyum.. "Baiklah sayang.. Dengar betul-betul ya.."




"Kerana cinta atuk dan eyang kamu, pak lahir ke dunia tanggal 1 Januari 1980.. Tapi ingat kalau bukan juga kerana kehendak Allah, pak mungkin tak berpeluang melihat dunia.. Lalu pak dibesarkan oleh atuk dan eyang dengan penuh kecintaan, bersama adik-beradik pak.. Macam-macam kenangan pak lalui masa kecil dengan uncle-uncle juga aunty-aunty kamu.. Indah, pahit, masam, manis.."


Sambung Wak Tejo.. "Bila besar sedikit, pak masuk sekolah rendah, sambung naik sekolah menengah, ada rezeki lebih dengan keputusan pak yang bagus, pak masuk universiti.. Dalam proses belajar pak, pak dapat kawan-kawan, ada yang baik ada yang tak, bapak dapat koleksi secret admirer dalam dua tiga dozen.. Hahaha.. Cikgu-cikgu lagi, pensyarah, yang banyak bantu pak.."


"Dewasa sedikit pak mula bekerja.. Ketemu dengan rakan sekerja, bos yang macam-macam ragam.. Tak lama pak kerja, pak menyambung warisan atuk kamu.. Bisnes sampan dan segala macam perahu dan tongkang.. Pak cari jodoh pun dengan mendayung sampan di sungai.. Kenal terus menikah.. Bercinta lepas kahwin.. Alhamdulillah bertahan sampai sekarang.. Dapat anak-anak macam kamu, abang kakak kamu, adik-adik kamu.. Kacak dan cantik belaka macam pak dan mak.. Hik hik.." gelak Wak Tejo sambil menekup mulut..


"Dalam perkahwinan kami, kami berusaha melaksanakan tanggungjawab membesarkan kamu semua, dalam masa yang sama kami semai kasih sayang dan cinta.. Nak kahwin tak susah mana, nak pertahankan perkahwinan itu yang mencabar.. Oh ya.. Usia begini jugalah pak mula berjinak dengan dunia blog.. Kenal ramai teman-teman terulung.. Sampai kadang-kadang mak kamu naik jeles dengan pak.. Haha.." tergelak lagi Wak Tejo..


Wak Tejo pandang Rossa.. "Ros tahu apa yang pak cuba sampaikan?"


Rossa geleng-geleng tanda blur.. "Erk.. Mana cintanya pak??"




Wak Tejo tersenyum.. "Ros.. Ros.. Apa yang pak ceritakan pada kamu tadi adalah kehidupan pak.. Cinta pak.. Cinta itu adalah kehidupan Ros.. Love is life orang Jawa bilang.. Setiap langkah dalam kehidupan kita ini adalah cinta kita.. Ingat, bukan saja orang kita boleh cinta, malah yang bukan orang contoh macam tempat pengajian, tempat kerja, blog kita, dan banyak lagi.. Ibadah pun cinta.. Cinta itu universal bukan? Lain orang lain pandangannya.. Tapi yang pasti cinta yang setiap dari kita selalu sebut-sebut itu adalah elemen-elemen dalam kehidupan kita.. Betul tak?"


Sambung Wak Tejo lagi.. "Contoh macam Jard dengan cempedaknya, Zara dengan blog, Uniqika dengan ayahnya, Joegrimjow dengan gadis tanpa suaranya.. Sebab itu pak kata, cinta itu adalah kehidupan.. Semua yang ada dalam hidup kita, adalah cinta kita.. Dalam kehidupan pak yang 60 tahun lebih ini, macam-macam cinta pak dapat.."


"Satu pak mahu ingatkan kamu.. Dalam hidup, ada masa kita bahagia, derita, suka duka, perit, gelak tawa, macam-macam unsur yang membina sebuah kehidupan.. Sama jugalah dengan cinta.. Kamu jangan sesekali sterotypekan fikiran kamu, cinta pasti bahagia.. Ingat, Cinta=Kehidupan.. Unsur-unsur itulah yang akan mematangkan kamu.."




Rossa tersenyum lebar mendengar penjelasan bapanya.. Tapi dia terfikir tiba-tiba.. "Pak.. Bagaimana kalau kita mati?"


Wak Tejo senyum sambil usap kepala anaknya.. " Sayang.. Walau kita mati, cinta tetap hidup.. Bukankah mati itu adalah permulaan kepada satu kehidupan yang baru cuma di alam yang berbeza?"


Rossa mengangguk.. Dipeluk bapaknya.. "Terima kasih pak.. Bukan kerana idea ini.. Tapi kerana menjadi sebahagian dalam kehidupan Ros. Menjadi sebahagian dari cinta-cinta Ros.. Ros sayang pak.. Sangat-sangat.."


Mengalir air hangat dari kolam mata Wak Tejo.. "Sama-sama sayang.."



* * * * * * * * * * * * *


Untuk aku.. True meaning of love.. Love is life.. Cinta itu adalah kehidupan.. Nikmatilah kehidupan kita sebab setiap apa yang ada di dalam kehidupan kita adalah cinta kita.. Selagi ada kehidupan, selagi itu ada cinta.. Mati? Bukankah ia permulaan kepada sebuah lagi kehidupan? Jadi.. Apa kata anda?



FOOT NOTE: Video ini aku tak berjaya upload di YouTube selepas 10 kali mencuba.. Kecewa sangat.. Tapi apa-apa pun, layankan saja walau kualiti gambar agak hampeh dan saiz agak kecut.. Aku hanyalah seorang amatur.. Ngee.. Mari kita cari apa makna cinta di sebalik video ini.. Heehee..

*Kalau tak dapat tengok video di bawah ini, sila inform aku ya..


video

Bila Jatuh Orang Kata Syok, Manis, Masyuk.. Kenapa Aku Rasa Sakit?

Sepatutnya bersama dengan entry ini harus diiringi dengan alunan lagu Alicia Keys ~ Fallin'.. Barulah dapat feeling dan jiwa, untuk menelusuri bait-bait coretan entry ini.. Haha.. Oh ya.. Happy weekend semua.. Selamat kembali ke sekolah dan kolej masing-masing.. Weekend pasti jalan sesak.. Lagi!!!




Bicara soal jatuh.. Dia kata syok.. Lagi seorang kata manis.. Ada yang kata masyuk.. Aku garu-garu kepala.. Jatuh itu syok? Manis? Masyuk? Sakitkah mereka.. Seumur hidup aku, tipu kalau aku kata, aku tak pernah jatuh.. Tapi jatuh ringan-ringan saja.. Erk.. Ada ringan-ringan juga ya.. Hik hik.. Tapi jatuh yang kali ini, lain dari yang lain.. Luar biasa.. Kenapa aku kata luar biasa?



Sebab aku menangis untuk jatuh yang kali ini.. Jatuh kali ini benar-benar sakit bagi aku.. Rasanya seperti semua nerve-nerve aku merasai kesakitan aku.. Why must be me? Dulu yang ringan-ringan aku mungkin mampu tanggung.. Tapi kali ini.. Ianya terlalu berat.. Sakitnya juga amat perit dan menyucuk.. Sungguh kalau begini rasanya jatuh, aku tak mahu lagi jatuh.. Aku serik.. Kibarkan bendera putih.. Aku surrender.. Bukan kalah cuma aku tak bersedia untuk jatuh lagi.. Bagi aku masa untuk pulih..



Hello guys and girls.. Seriously, aku perlu masa okey untuk heal.. Jatuh terjelupuk dari tandas duduk ke bawah, dan punggung mencium lantai, memang sakit yang amat.. Basah lagi, mandi free.. Euwww.. Rasa macam mahu patah pinggang.. Aiyo.. Mahu urut.. Mahu urut.. Pinjam tangan siapa-siapa boleh? Perempuan saja!!!! Hohoho.. Okey okey.. Mahu rehatkan pinggang.. Tata semua..



FOOT NOTE: Sedang berhempas pulas menyiapkan contest Joe.. Hoho.. Dedicated sungguh saya.. Erk.. Sorry tentang jatuh di atas ya.. Hahahaha..

Hidup Ini Bukan Pentas Anak Wayang Yang Boleh Kita Pilih Watak Mana Yang Kita Mahu.. Bimbang Pula Jadi Split Personality Kalau Hidup Banyak Watak..

Kalau jadi pelakon, dalam drama watak baik.. Sopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa, anak soleh solehah, ayu, manis, sejuk mata memandang, jujur dan tulus, sembahyang tak tinggal, satu pakej lengkap yang cukup sempurna.. Pasti ramai akan terjatuh cinta pada watak mereka.. Seperti Nur Amina, Adam dan Aidil.. Watak-watak dalam Nur Kasih yang jadi fenomena tak lama dulu..


Di luar set, ianya seolah terbawa-bawa.. Bukan oleh pelakon tapi pada penonton.. Makcik dan pakcik mahukan menantu seperti mereka, abang kakak mahu pasangan persis mereka, adik-adik ramai mahu jadi saling tak tumpah macam mereka..



Kalau jadi pelakon watak jahat dalam drama, perangai macam syaitan, nakal tak ingat dunia, dengki, kejam, zalim, dengan muka dan wajah yang bengis macam nak makan orang.. Buli, belasah, kadang-kadang sampai bunuh-bunuh.. Memang pasti jadi kebencian penonton.. Contoh macam si ibu tiri dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih yang suaranya begitu membingitkan telinga.. Atau mungkin Sara dalam drama Nur Kasih..


Di luar set, mereka begitu dibenci.. Sampai mungkin ada yang dibaling botol, telur.. Lagi teruk mungkin ditampar, dicaci dimaki.. Selalu golongan makcik-makcik lebih terbawa-bawa ke dunia realiti watak pelakon dalam drama..



Jika aku diberi peluang, aku tak mahu jadi pelakon yang ada watak macam-macam itu.. Aku mahu jadi sekadar sebatang pokok yang mengindahkan set drama.. Berdiri tegak terpacak di situ dari awal sampai ke sudah.. Tiada manusia yang hirau dan kisah pasal aku kerana aku hanya sekadar watak picisan.. Tidaklah ia dipuji, disukai, dicaci atau dibenci.. Tapi orang akan kata, itu pengecut namanya.. Tak berani berhadapan dengan dunia.. Aku mampu tersengih saja..


Biar apa pun, kehidupan kita sekarang juga ibarat satu pentas lakonan dan masing-masing punya watak sendiri.. Hmmm.. Entahlah.. Aku tak mahu watak baik, lagi aku tak mahu watak jahat.. Kadang-kadang susah nak deal dengan pujian yang terlebih, lagi susah nak menanggung kebencian orang pada kita.. Buat kesekian kalinya.. Aku hanya mampu kata.. Entahlah.. Be somebody? Or be nobody? Jawapan kita sendiri tentukan..





FOOT NOTE: Rasa aku kini, macam satu dunia memandang ke arahku dengan pandangan yang aku tak mampu tafsir.. Aku terpinga dan tertanya.. Mungkinkah aku silap di mana-mana dalam mengatur jalan-jalan kehidupan ini..

Pesan M.Daud Kilau: Senyumlah Senyumlah

Kredit untuk Paksuu atas email ini.. Hmmmm.. Tinggal beberapa kerat hari saja lagi aku akan pulang ke Ipoh dan memulakan kembali sesi pengajianku untuk my final year.. Posting ke tempat baru, Tronoh ke Batu Gajah, tak silaplah.. Ouh.. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar di tempat baru.. 2 bulan di sana.. Hmmm.. Oranglidi.. Sila belanja wa makan hari-hari.. Hahahaha..





Smile since you were kids..





Keep smiling to be beautiful when you grow up..





Even your beauty faded, you still look so happy..





No matter what bad things happen to you, remember to keep your smile on your face..


FOOT NOTE: Ehem ehem.. Di blog ada 2, 3 orang kata, senyuman manismu, ada pula kata senyumanku macam Wardina, lagi yang buatku kembang semangkuk, I like your smile, so sweet.. Di kolej, my lecturer said, I love to see when you're smiling.. Haish.. Alangkah bagus kalau aku boleh senyum nampak gigi.. Pasti lebih menawan.. Kah kah kah.. Tapi bimbang nanti Ratu Bersiong pula title diberi.. Adehhhh.. Apa-apa pun, aku akan tetap terus tersenyum, NO MATTER WHAT BAD THINGS HAPPEN.. :)
Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.