Bila Usia Makin Meningkat, Kena Makin Mengenali Diri..

Hati tergerak mahu cuba personality test ini.. Terima kasih pada Lin sebab kenalkan akak pada DIA.. Heehee.. Mula-mula, saja mahu buat sebab suka-suka isi masa lapang, aku fikirkan formatnya tak lebih macam dalam Facebook.. Tapi ternyata aku silap.. Ianya lebih bermanfaat, mantop dan agak jitu berbanding Facebook yang banyak merapu.. Hahaha.. No offense.. Sesiapa berminat boleh KE SINI.. Nothing much I wanna said, just wanna share the result with you guys out there.. Agak benar juga apa yang diperkatakan.. Hmmmm..


1) Your view on yourself

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward.. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties..

*Aku straightforward sangat ke? Kadang-kadang segan juga terlalu straightforward.. Hmm..*



2) The type of girlfriend/boyfriend you are looking for? Joe kata kena tukar.. Cari SUAMI.. Bukan boyfriend.. Yeyeh!!

You are a true romantic..When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true..

*Bertuah laa kiranya siapa yang bercinta dengan aku kan? Hahaha..*


3) Your readiness to commit to a relationship

You are ready to commit as soon as you meet the right person.. And you believe you will pretty much know as soon as you meet that person..

*Dia.. Right person.. Bersedia.. Jumpa?*



4) The seriousness of your love

You have very sensible tactics when approaching the opposite sex.. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates..

*Tapi kadang-kadang sebab strightforward, orang lari kot.. Hehe..*


5) Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas.. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job..

*Serious.. Aku malas study.. Banyak ikut kata hati.. Hmmm..*



6) The right job for you

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income.. Knowing what you like to do is important.. Find a regular job doing just that and you'll be set for life..

*Yang aku tahu, apa yang aku suka, surirumahtangga sepenuh masa.. Hahahaha.. Tapi tak ada steady income kot? Ngee.. Untuk info oranglidi.. Doktor cuma kerja sampingan wa.. Haha..*


7) How do you view success?

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing can stop you from trying..

*Yakin boleh.. Chaiyok!!!*



8) What are you most afraid of?

You are concern about your image and the way others see you.. This means that you try very hard to be accepted by other people.. It's time for you to believe in who you are, not what you wear..

*Tepat 200%.. Aku terlalu pentingkan pandangan orang.. Sampai kadang-kadang aku rasa aku tak cukup mengubah diri aku jadi "terbaik" di mata orang.. Sebabnya dalam fikiran aku, tak mungkin orang boleh sukakan aku dengan siapa aku sekarang.. Dan aku beriya-iya mencuba untuk ubah diri aku.. Haih.. Negatif betul fikiran aku.. Kan? Hmm..*


9) Who is your true-self?

You are mature, reasonable, honest and give good advice.. People ask for your comments on all sorts of different issues.. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve..

*Memang.. Aku dalam dilema sekrang.. Hmmm..*



Setapak dalam mengenali diri.. Bantu aku baiki kelemahan diri.. Okey juga buat kuiz personaliti begini.. Huhu.. Selamat mencuba semua..


Terima kasih buat yang wish birthday semalam.. Juga buat yang tulis special entry tepat pukul 12 tengah malam tadi, AAINAA dan INNZ, terharu ouh.. Ada juga yang masih ingat pada aku.. Huhu.. Terima kasih daun keladi.. Tahun depan buat lagi okey.. Ngee.. Tadi dapat hadiah pelukan dari Abah.. Sob sob.. Terharu yang amat.. Nak request hadiah lagi boleh tak? Nak mintak dari pencuri hati.. Itupun kalau dia nak bagi.. Huuhuu..


Thanx sekali lagi semua.. Buat yang cuti esok, selamat bercuti.. Assalamualaikum..

31 Januari 2010

Tepat pukul 12 tengah malam.. Hari Ahad, tarikhnya 31 Januari 2010.. Bertambah lagi satu tahun..



Selamat hari lahir yang ke-23 Nur Farhana sayang.. Semoga dengan meningkatnya usia kamu, kamu menjadi semakin matang pemikiran dan perbuatan kamu.. Ucapan dariku, semo
ga yang terbaik untuk kamu dalam kehidupanmu.. Sihat selalu, gembira seperti selalu, seperti Cahaya Yang Riang Gembira.. Semoga bahagia dan berjaya hidup dunia dan akhirat.. Sayang kamu.. Heehee..



Erk.. Boleh kan bagi ucapan dan wish untuk diri sendiri? Heehee.. Buat yang wish aku sejak dari hari Jumaat, terima kasih banyak-banyak semua.. Paling awal sekali, AG a.k.a Avid Gunner a.k.a akudokkampunggak.. Kah kah kah.. Thanx dude.. Ko memang giler advance.. Hehe..



Buat readers, thanx a lot sebab banyak sokong ini blog, rajin datang jenguk Cahaya Yang Riang Gembira dan amat sayangkan tuan blog.. Err.. Sayang ke? Hehehe.. Apa pun, thanx again.. Assalamualaikum..



Ini ada sedikit gambar sempena kenduri doa selamat merangkap sekali kenduri sambut birthday aku dan adikku juga sepupu-sepupuku.. 4 orang kesemuanya..Tahun ini aku request mak aku buatkan pulut kuning.. Dah besar, aku tak mahu makan kek dah.. Heehee..



Disebabkan ada 2 orang kanak-kanak, kek pun disediakanlah juga.. Heehee.. Aku.. Makan gak. Tapi sikit.. Huhu.. Jamah orang kata.. Okey.. 3 saja gambar.. Cukup kan? Heehee..





FOOT NOTE: Semoga 31 Januari tahun ini buat aku gembira..

Melupakan Dan Dilupakan.. Siapa Lebih Terseksa?

Entry ini adalah scheduled entry.. Begitu juga dengan entry selepas-selepas ini.. Aku mahu pergi bertapa, nak ikut? Hehe.. Aku akan pulang.. Ini semua bergantung pada tahap keyakinan diri aku.. Muahaha.. Selepas entry Press Conference yang lepas, aku cuba untuk mengelak dan lari dari perasaan aku sendiri.. Aku takut, kalau apa yang telah aku "rasa" pada dia itu salah.. Huhu.. Penakutnya aku kan? Sampai main hide and seek.. Ngee.. Okeylah. sebab lain aku nak pergi bertapa.. Ada kenduri kecil di rumah sebenarnya esok, mungkin sibuk sedikit..



Berbalik kita pada tajuk di atas.. Tergerak hati aku nak coret sesuatu selepas mendengar kisah ini dari seseorang.. Seseorang itu adalah seorang yang boleh aku gelar sebagai ayah.. Jika dia mahu jadikan aku anak angkat pun aku sudi.. Heehee.. Beliau seorang doktor dan kini usia mencecah 54 tahun.. Anak-anak seramai 6 orang semua membesar dengan sempurna.. 4 daripada mereka adalah doktor, seorang arkitek dan seorang lagi pelajar jurusan undang-undang.. Masing-masing berada di luar negara.. Isteri beliau pula adalah Pengarah Kesihatan Negeri Pahang..


Hidup beliau amat mencabar dan seronok dari kaca mata aku.. Sering travel ke sana sini bersama anak-anaknya.. Antara kisah yang selalu beliau ceritakan, kisah pendakian Gunung kinabalu, Gunung Ledang, memancing di Tasik Bera, percutian ke luar negara.. Aku pula hanya mendengar dengan penuh rasa kagum dan mengharap.. Mengharap satu hari aku juga ada peluang untuk merasa pengalaman seperti beliau.. Sebab aku jarang merasa berjalan ke sana sini, travel bersama keluarga..



Sebelum aku meneruskan cerita, biar aku kongsikan filem lakonan Kajol dan Ajay Devgan ini dengan kalian.. Aku pernah post di entryku sebelum ini.. Disebabkan ada kena mengena dengan entry kali ini, sekali lagi aku postkan.. Kisah mengenai percintaan sepasang suami isteri ini yang diuji bila mana isterinya disahkan menghidap penyakit Alzheimer di usia muda.. Macam mana seorang suami sanggup bertahan dan menjaga isterinya sedangkan usia perkahwinan mereka baru setahun jagung namun dapat mereka tempuhi sampai ke tua.. Kagum aku kalau ada suami sebaik watak Ajay Devgan dalam filem ini..



Jadinya.. Apa kaitan dengan beliau yang aku sebutkan tadi? Menurut beliau, dalam keturunannya, ibunya juga makciknya menghidap penyakit Alzheimer.. Kemungkinan besar untuk beliau menghidapnya juga adalah sangat besar.. Sebabkan itu beliau mencuba dan merasai segalanya tentang hidup, travel ke sana sini, to live life to the max.. Paling menharukan, beliau kini sedang menyiapkan autobiography tentang hidup beliau dari kecil sampai dewasa.. Niatnya ingin mengabadikan segala kenangan dalam sebuah catatan, agar bila beliau lupa dan tidak ingat tentang satu apa pun, beliau punya buku itu menemani..



Mungkin ramai dah sedia maklum tentang penyakit Alzheimer ini.. Penyakit yang kebanyakannya dihidapi oleh orang-orang tua dengan simptom paling utama, memory loss.. Yup.. Hilang ingatan.. Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau satu hari nanti, aku tak mampu mengingati orang-orang yang aku sayang.. Ataupun orang-orang yang aku sayang tak ingat lagi pada aku.. Ouh.. Kedua-duanya amat menyeksakan.. Orang yang melupakan pasti terseksa.. Begitu juga orang yang dilupakan itu.. Hmmm.. Elok juga kalau kita buat coretan tentang perjalanan hidup kita, untuk bekalan di masa depan andai berlaku sesuatu.. Betul tak?



Aku rasa, blog juga adalah satu medium terbaik untuk dijadikan pangkalan simpanan memori.. Andai satu hari kita lupa atau tak ingat, kita boleh selak kembali archive entry-entry kita.. Baca dan kembalikan suasana tika itu.. Zaman ketika belajar di kolej, marah pada orang itu, bengang dengan orang ini, masakan kita masak hari-hari, saat-saat kita jatuh cinta.. Walau tak mampu kita ingat, tapi mungkin mampu bagi sedikit kegembiraan pada kita.. Okeylah semua, teruskan berblogging dan jangan pernah luputkan semangat berblogging.. Ceria-ceria selalu.. Assalamualaikum..

Press Conference Hangat Untuk Melolidi Tentang Luahan Hati

Ehem ehem.. Dek kerana kontroversi yang tak sengaja aku timbulkan dalam entry lepas, sehingga menyebabkan aku diterjah oleh krew Melolidi.. Aku mohon maaf andai ada kekeliruan atau terjadi sebarang kecemburuan.. Hahahaha.. Maaf maaf maaf.. 3 kali.. Boleh terima? Ngee..


Ini adalah cebisan ayat yang telah menimbulkan kontroversi di hati oranglidi.. Wa suspek sama lu sebab lu berani terjah wa, seorang celebriti yang tak popular.. Hahaha.. Persoalan lu.. Lu kata wa ada sesuatu.. Sesuatu itu apa? Hehehehe.. Okey okey.. Sila dengarkan baik-baik pengakuan wa.. Record kalau perlu.. Guna videocam lebih baik.. Hahaha..





Tentang ayat nota kaki itu, aku mengaku, aku telah jatuh sayang pada dia.. Aku cemburu bila dia dengan yang lain.. Tapi apa aku mampu lakukan, hanya melihat dia bahagia dengan yang lain.. Sebab aku tak mampu miliki dia.. Cukuplah dengan teka-teki yang mendera jiwa anda semua.. Mari aku perkenalkan dia kepada anda..


Meet my "DIA".. Nokia 5800 Express Music.. Hohoho.. Aku dah sayang sangat pada dia.. Serious.. Tapi wang tak pernah cukup-cukup lagi.. Nokia N81 aku dah hampir menemui ajal.. Nak tak nak aku kena cari pengganti baru.. Disebabkan budget yang ciput, aku kuburkan hasrat memiliki dia.. Aku hanya mampu tengok dia bahagia di tangan insan-insan lain.. Uwaaaa.. Okey okey.. Cool.. Temuramah masih lagi berlangsung.. Ngee..





Oranglidi.. Lu puas hati tak dengan jawapan wa? Hehehe.. Gula merah gula-gula, lu jangan marah sebab wa suka-suka.. Haha.. Jangan marah wa okey.. Sebab wa tak statekan pun, dia tu orang atau tidak.. Wa hanya cakap DIA.. Ngee.. Banyakkan bersabar ya semua.. Hoho.. Selamat berhujung minggu.. Assalamualaikum..

Lelaki Dan Perasaan.. Sukarkah Ditebak?

Entry ini penuh dengan gambar-gambar yang dipinjam daripada Daddy Google.. Gambar pasangan.. Lelaki dan perempuan.. Ini bertujuan untuk membantu anda menyerap mood jiwang, romantik, mesra dan perasaan seangkatan yang dengannya dengan lebih mudah.. Heehee.. Enjoy.. Chup.. Aku bagi lagu mahu? Sila habis loading lalu play dan layan entry.. Masyuk habis.. Wakakaka..





Kredit kepada penulis ruangan Nurani Lelaki di sisipan MEGA, UTUSAN MALAYSIA.. Berkenan dengan topik ini lalu aku petik dan coretkan di sini.. BILA LELAKI JATUH CINTA.. Ramai mungkin dah tahu tanda-tanda perempuan angau dilamun cinta.. Lelaki pula bagaimana? Lelaki bukankah dilihat sebagai macho, tough, kental saja, suka simpan dalam, kalau jatuh cinta pun dia kata tidak, jadinya macam mana nak tahu seorang lelaki itu telah jatuh cinta? Penulis ruangan ini memberi 7 tanda.. Jom kita lihat sejauh mana kebenarannya dan apa kata anda lelaki yang pernah jatuh cinta, sedang jatuh cinta ataupun mahu jatuh cinta.. Heehee..




1) BAIK DAN SOPAN

Seberapa berani dan hebat lelaki, apabila jatuh cinta akan bertukar tingkah lakunya, at least depan insan yang dicintainya.. Contohnya, dia akan malu-malu meow. Kebanyakannya sikap positif (kadang-kadang dibuat-buat, nak manja-manja) untuk menarik perhatian insan tercinta.. Bukan hipokrit okey.. Pada aku sweet.. Hahaha..



2) MAKAN TAK KENYANG TIDUR TAK LENA

Orang jatuh cinta, hati selalu berdebar-debar macam jantung nak terkeluar.. Rindu.. Bila lapar dan mengantuk pun tak terasa.. Hahahaha.. Yang ini aku seriously tak percaya.. Wakakaka.. Lelaki setahu aku suka makan.. Ngee..



3) BERBUAL TAK HENTI

Ada saja perkara yang ingin dibualkan.. Walaupun topik sama tak pernah rasa bosan.. Semua benda akan jadi perkara yang meriangkan.. Erk.. Macam perasaan kalau bersama Cahaya Yang Riang Gembira ke? Wawawa..



4) MAHU SELALU BERTEMU

Sehari tak jumpa rasa macam setahun.. Ikut hati nak kahwin terus sebab setiap saat boleh together-gether.. Hehehe.. Kalau dah rasa begini, aku rasa elok kahwin saja kot. Kan kan kan? Ahaks..



5) SERING MENGELAMUN

Lumrah orang bercinta.. Tengok TV, baca paper, tapi fikiran melayang ke lain.. Sampai TV Trasnmission End pun, paper baca terbalik pun tak sedar.. Wawawa.. Dahsyat juga lelaki kalau jatuh cinta ya.. Hik hik..



6) RAJIN DAN PEMURAH

Kalau dulu malas bangun pagi, sekarang berubah 100%.. Dulu tangkai jering sekarang pemurah gilerrr.. Tapi untuk kekasih saja.. Orang lain no way.. Hahaha.. Point yang ini aku ragu-ragu sikit.. Ngee..



7) PENAMPILAN RAPI

Perubahan ini boleh dilihat dengan jelas.. Bukan saja pakaian terurus, tapi bibir asyik tersenyum saja.. Orang kata, gila apa senyum sorang-sorang.. Hahahaha..



Tanda-tanda ini selalu dilihat aku rasa.. Ada tak tanda-tanda lain yang pelik-pelik yang boleh dijadikan fakta untuk lelaki yang sedang jatuh cinta? Contoh macam pergi kerja lupa pakai seluar ke, sangkut telefon di leher 24 jam ke, kasut sebelah lain ke, lupa hisap rokok ke.. Wakakaka.. Dahsyat memang dahsyat.. Okeylah.. Harap terhibur dengan entry yang diiringi lagu ini.. Assalamualaikum semua..



Can I Make A Special Request?

Tiba sudah hari Jumaat yang dinanti-nanti.. Rutin aku di hari Jumaat, seperti biasa, akan ke Kuala Lumpur.. Sungguh aku kurang kesabaran memandu di hari Jumaat di tengah bandar Kuala Lumpur, sesak memanjang.. Well, forget about that.. Merujuk kepada tajuk entry aku pada Jumaat yang permai ini, yeszaaa.. Aku ingin buat special request a.k.a mengada-ngada dan bermanja-manja dengan readers tersayang.. Muahaha..


Actually aku nak kemukakan 3 requests.. Tapi aku tak mahulah request dengan blogger-blogger lelaki takut aku ingat nanti tu hantaran untuk merisik ke meminang ke nikah ke.. Hahahaha.. Okey, terlebih sudah kau Farhana.. Jadinya, untuk blogger-blogger perempuan tersayang, dengarkanlah requests aku ini.. Ekekeke..

Erm.. Requests sempena apa, biarlah jadi rahsia diriku saja, private and confidential.. Hik hik.. Okey, first of all aku nak request a bouquet of flowers.. Bunga tahi ayam pun aku okey saja.. Bunga raya ke.. Kalau ade yang nak bagi bunga kobis pun aku terima dengan periuk terbuka.. Buat masak tomyam.. Wawawa..


Dan ini yang bikin aku paling teruja dan terlampau excited.. Teringin nak merasa sesuatu seperti di BLOG INI.. Pssttt.. Romantik tak? Hehehe.. Aainaa.. Tolong pos sekotak okey.. Suraya yang dah cash out duit nuffnang, ku mahu 5 kotak.. Wakakaka.. Terima kasih.. Korang memang comel.. Hik hik.. Menggemukkan tak? Hmmm..


Request aku yang ketiga.. Korang sila lupakan request pertama dan kedua.. Hahahaha..


Teringat kisah genie in the bottle a.k.a Aladdin.. Kenapa jin itu hanya mampu tunaikan 3 permintaan sahaja.. Bukan 1, 2 atau 10 permintaan.. Apa-apa pun Aladdin telah melakukan tugas yang baik dengan menggunakan 3 permintaan itu dengan sebaik-baiknya.. Huhu.. Kita manusia banyak diberi peluang, lagi dan lagi, ada yang gunakan dengan sebaiknya, ada pula yang sambil lewa, ada pula yang mengabaikan saja.. Bila tiada, kita meminta, bila ada, kita tak pernah hargainya.. Hmmm.. Okey semua, happy weekend.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Praying that this weekend akan diisi dengan penuh kegembiraan yang takkan aku lupa..

Sebagai Permulaan Biar Aku Ajar Macam Mana Masak Maggi..

Ehem ehem.. Clearing the throat first.. Ngee.. Korang korang.. Nak tanya boleh? Hehe.. Sepanjang hidup blog aku, tak pernah lagikan aku post entry pasal masakan? Oh ye.. Ada sekalilah tentang Mee Rebus tersedap masakan mak aku.. Jadinya.. Apa kata kali ini entry kita story pasal masak memasak dan makan memakan? Kah kah kah.. Aku bukan chef, tak hebat memasak pun.. Reti sikit-sikit saja.. Nak share resepi extravaganza boleh saja, tapi mungkin di lain entry ya.. Entry kali ini aku nak share masakan paling simple di dunia.. Makanan kegemaran budak-budak yang duduk merantau.. Apa lagi kalau bukan MAGGI.. Hoho.. Joe mesti tengah gelak sambil kata dalam hati, "MAGGI??? Apakah.." Wakaka..


Ini masakan kanak-kanak, tutup mata pun boleh masak, dan aku kira ramai juga yang biasa masak begini.. Tapi aku tak kira, nak juga share.. Haha.. Sebab abah yang ajar aku masak cara begini.. Walaupun dah menuntut dengan abah, still juga aku tak boleh nak dapatkan rasa yang sebiji macam yang abah masak.. Mantop!! Meleleh wa cakap lu.. Huuhuu..


Amaran keras dari Kementerian Kesihatan, makan maggi selalu tidak elok untuk sistem tubuh badan anda.. Sebab dia mengandungi lilin yang mengambil masa lama untuk dihadam perut.. Nak makan boleh tapi janganlah bantai makan everyday.. Di kampung aku ada seorang nenek yang meninggal akibat maggi.. Dengar orang ceritalah.. Kebenaran aku tak pasti.. Sebab dia hari-hari makan maggi.. Ingat tu korang.. Jangan makan selalu.. Ingatlah orang tersayang.. Ngee..



Gambar di bawah adalah hasil masakanku.. Kalau tak menarik cakap dalam hati, kalau menarik pun cakap dalam hati, takut nanti riak.. Hahaha.. Actually aku lebih suka makan maggi yang dimasak begini, sebab ada variety rasa.. Hehe.. Okey tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan kelas cooking kita.. Masakan adalah untuk satu bungkus maggi ya.. SATU..



First of all.. Ambil seulas bawang putih, sebiji bawang merah, cili padi ikut suka.. Hirislah, apa lagi.. Hehe.. Bawang putih nak letak lebih seulas pun boleh, senang nak buang angin a.k.a sendawa (kalau ikut atas) atau kentut (kalau ikut bawah).. Tapi aku lebih suka seulas, sebab bawang putih rasa dia kuat.. Bawang merah selalu aku guna 2 biji.. Sebab bawang merah manis, letak banyak pun takpe.. Cili padi pula, sebab aku suka pedas, maka aku letak 3 selalunya.. Abah kata, kalau nak masakan pedas, jumlah cili padi kena ganjil.. Heehee.. TAKE NOTE ya.. Jangan ulangi kesilapan aku masa umur aku 17 tahun, dengan tidak reti membezakan bawang besar dan bawang merah.. Ahaks..


Bahan-bahan yang dah dihiris tadi letak ditepi.. Panaskan kuali dengan sedikit saja minyak.. SEDIKIT okey.. Banyak sangat nanti rasa dia berubah.. Masukkan bahan yang dihiris tadi.. Sampai stage ini, anda akan mengalami batuk-batuk jika cili padi anda pedas, sila bertahan ya.. Hik hik.. Gorenglah sampai kekuningan, then taburkan serbuk kari maggi ke dalamnya.. Gaul-gaul sebentar, masukkan air ikut suka.. Selalunya aku suka air sedikit saja, dalam anggaran satu gelas satu suku.. Haha.. Air kurang, rasanya sedap sikit bagiku.. Air mendidih, masukkanlah maggi.. Tunggu hingga 2 ke 3 minit dan sedia dihidang.. Abah suka letak sayur sawi dan udang ke dalamnya.. Aku tak gemar.. Hehe.. Ikut selera andalah ya.. Ngee..



Sekian saja masakan maggi yang paling simple.. Mesti ada yang pernah masak, yang tak pernah boleh cuba, sedap wo.. Heehee.. Oh ya.. Ingat mahu upload gambar IKAN TONGKOL MASAK SAMBAL CILI PADI.. Saja nak bagi seseorang tengok.. Tapi takut nanti jadi seperti gambar di atas pula, atau paling dahsyat menghantuk kepala depan PC.. Hahaha.. Atau mungkin mencium PC.. Adesss.. Okeylah, sampai sini saja.. Tata semua.. Assalamualaikum..

Entry Dan Gambar Tak Jalan Seiring

Terlebih dahulu aku ingin mohon maaf, sebab ada 2 tag yang tertunda.. Actually, tag tersebut telah aku buat sebelum ini, lama dah rasanya, lupa mahu khabarkan pada pengetag.. Maaf ya.. Ini pula tag dari Cik Zella.. Heehee.. Tag begitu evergreen kan? Berserta dengan tag ini, aku letakkan sekali gambar yang langsung tiada kena mengena dengan ini tag.. Hahaha.. Gambar-gambar semasa di Taman Tasik Taiping.. Ingat lagi waktu itu pagi dalam pukul 10, kami merayau-rayau di situ ambil angin, dari jauh aku lihat ada dua orang pakcik tua duduk skodeng aku dan Kak Yati dengan binocularnya sambil melambai.. Apa kes pakcik? Gatai noo..


The last 2 pictures pula adalah semasa lawatan aku ke Sekolah Semangat Maju.. Pengalaman yang memang aku tak boleh lupa.. Kanak-kanak autisme, Dyslexia, Down Syndrome dan ramai lagi.. Macam-macam kerenah dari yang kecil sampai ke besar.. Ada seorang budak suka sebut Aaaaaaaaaaa sepanjang masa.. Ada pula yang suka perempuan cantik.. Budak lelaki yang namanya Jaafar suka sangat cerita pasal Eton jirannya.. Diulang banyak kali cerita pun dia tak bosan.. Paling comel, seorang kanak-kanak lelaki yang suka tepuk bontot orang.. Ahaks.. Kenangan indah betul.. Gadis cantik di gambar terakhir itu bukan aku okey.. Heehee..



1) Where is your cellphone?
Entahlah mana aku campak dia.. Haha..

2) Relationship?
Aku single kot.. KOT???

3) Your hair?
Kalau aku kata botak, percaya?

4) Work?
Kerja aku sekarang adalah aku tak ada kerja.. Ngee..

5) Your sisters?
2 orang.. Ada sesiapa nak jadikan aku kakak ipar? Huhu..

6) Your favourite thing?
Err.. Macam tak ada yang favourite.. Sadis kan aku? Hmmm..



7) Your dream last night?
Accident masuk laut.. Adoiyai.. Dah laa Jumaat nak drive jauh.. Haiyo..

8) Favourite drink?
Bandung.. Heehee..

9) Dream car?
Kereta yang pemandunya suami aku.. Boleh? Hahaha..

10) Your shoes?
Aku paling tak memilih bab kasut.. Pakai apa saja.. Kaki ayam pun boleh.. Agagaga..

11) Your fears?
Hmmmmm..

12) What do you want to be in 10 years?
Berjaya dalam semuanya..



13) Who did you hang out with last weekend?
Family.. Pergi KL..

14) What are you not good at?
Tak pandai sangat berbicara dengan orang.. Aku lebih cenderung mendengar..

15) One of your wish list item?
Taknak item.. Kalau boleh aku nak someone sing a birthday song for me.. ;)

16) Where you grew up?
Kota Tinggi - Miri - Bangi - Melaka

17) Last thing you did?
Lipat baju..

18) What aren't you wearing?
Benda yang tak boleh dipakai.. Ngee..

19) Your pet?
Tiada.. Saya takut pada pet. Hehehe..

20) Your computer?
ACER Aspire 4920..

21) Your life?
Entahlah.. Macam ada mid life crisis sekarang.. Hahaha.. Apakah?

22) Missing?
Patutkah aku rindu pada orang yang tak rindu kat aku? Haaa.. Jawab jawab..




23) What are you thinking about right now?
Otak aku kosong.. Malas fikir semenjak dua menjak.. Haha..

24) Your car?
Atas ehsan mak, Kelisa.. Hik hik..

25) Your kitchen?
Kenapa kitchen aku? Berasap saja hari-hari.. Heehee..

26) Favourite colour?
Biru, hijau, putih..

27) Last time you laughed?
Semalam.. Baca entry siapa ek.. Tak ingat.. Hahaha..

28) Last time you cried?
Malam semalam.. Aku terbaca sesuatu di blog.. Sensitifnya aku..

29) Love?
One day it will come.. Just wait and see.. ;)



Soalan ke-30 aku cancel sebab aku kurang faham.. Hahaha.. Boleh kan? Okeylah.. Siap dah kerja sekolah saya.. Tata semua.. Assalamualaikum.. Enjoy gambar..

Antara Bijak Dan Emosi Kaitannya Dengan Ibu Bapa Kita

Leave a Comment
2 minggu pengalaman mengenali seorang insan hebat, banyak yang aku belajar.. Ingat lagi tentang sperma dan ovum yang tak sehaluan? Semua adalah kerana beliau, jika tidak sampai bila-bila pun aku tak tahu.. Jadinya apa yang aku belajar aku ingin kongsikan dengan kalian, semoga ada manfaat.. Juga buat renungan kita bersama.. Kali ini tentang apa pula? Hmmmm.. Bijak dan emosi seorang lelaki.. Apakah kaitannya dengan kedua ibu dan bapa kita.. Bagi yang gemar membaca mungkin pernah berjumpa tentang isu ini yang bagi aku agak menarik untuk kita dalami.. Bagi yang belum tahu, jom aku story sikit..


Kata insan itu padaku, tahu tak yang menurut kajian, kebijaksanaan yang anak lelaki warisi, genetiknya itu datang dari ibu kita? Aku agak terkedu sebab seumur hidupku aku tak pernah tahu.. Dek kerana rasa yang ingin tahu, balik rumah aku google sana sini tentang intelligence gene.. Tak sangka memang banyak artikel tentang itu.. Ada 2 artikel yang menjadi rujukan aku dan aku akan share dengan kalian.. Mula-mula agak sukar sedikit untuk aku fahamkan sebab aku lemah bab-bab genetik dan kromosom.. Hehe.. Lama kelamaan, study sikit-sikit, bolehlah kiranya aku buat rumusan ringkas untuk tatapan semua.. Kalau ada yang aku salah tafsir atau silap rumusan, jangan segan-segan untuk tegur okey.. Ngee..



Okey.. Menurut kajian, genetik bijak terletak pada kromosom X yang dibawa oleh ibu.. Kromosom Y pada bapa pula lebih mendominasi sistem limbik yang mengawal emosi, keinginan untuk makan, compete dan sebagainya.. Seperti yang kita tahu, kromosom lelaki adalah XY.. Wanita pula XX.. Jika pasangan mendapat anak lelaki, dia akan mewarisi kromosom X dari ibunya.. Dan jika ibunya seorang yang bijak, maka automatik genetik bijaksana turun pada dia.. Tetapi lain pula cerita dengan anak perempuan, kerana dia mewarisi 2 kromosom X dari ibu dan ayah, jadinya dia tidaklah sebijak seperti anak lelaki tadi.. Diulang! Genetik bijaksana datang dari kromosom X si ibu sahaja.. Senang cerita, anak lelaki dapat PURE punya X tapi anak perempuan punya X dah bercampur.. Faham tak? Heehee..



Makanya, seorang anak lelaki boleh jadi terlalu bijak atau terlalu tak bijak.. Anak perempuan pula yang sedang-sedang saja bijaknya.. Dan ada beberapa artikel menyebut, jika mahukan anak lelaki yang extremely intelligent carilah isteri yang bijak.. Haha.. Dalam artikel yang bertajuk THANK DAD FOR DRIVE but THANK MOM FOR BRAINS ada bercerita tentang kajian yang dibuat tetapi pada haiwan.. Gelinda Cooper juga ada mengulas tentang ini dalam artikelnya bertajuk Brainy Sons Own Intelligence To their Mothers.. Cuba anda baca dan apa kata anda?



Banyak juga artikel tentang kenapa perempuan lebih ramai yang menyerlah dalam pelajaran berbanding lelaki.. Pernah baca? Jadinya aku mahu simpulkan, bijak atau tak bijak tak menjadi persoalan.. Ingat apa kata Thomas Alva Edison? GENIUS IS 1% INSPIRATION AND 99% PERSPIRATION.. Walau bijak macam mana pun kita, kalau tiada usaha, tak ke mana.. Tetapi kalau kita tak bijak, dan kita cuba dan berusaha untuk memajukan diri, kita akan jadi jauh lebih hebat dari orang yang bijak tapi hanya bergoyang kaki dan tak memajukan diri.. Quote yang aku sangat suka dan aku petik dalam salah sebuah artikel di atas..


Success in almost any fields depends more on energy and drive than it does on intelligence.. This explains why we have so many stupid leaders.. - Sloan Wilson


Tapi kalau anda seorang yang bijak tambah lagi anda berusaha keras, pasti anda menjadi sangat hebat.. Heehee.. Kadang-kadang bagus juga aku rasa tahu sedikit sebanyak ilmu sebegini, at least aku boleh appreciate sesuatu tentang kehidupan ini.. Korang macam mana? Heehee.. Hope aku dapat sampaikan sesuatu.. Take care.. Assalamualaikum..

When I Learn To Write And Speak.. First Topic Will Be About Love..

I still remembered what Jard had mentioned in her entry before, go and tell him/her that you are in love with them, let them know that you love them before it's too late.. How I wish that confessing your true feeling is just as simple as A, B, C.. It is easier said that done.. We, human tend to please everyone in every single thing that we do until we neglect our own feelings.. Well.. Here is a funny love story that I thought might inspired us, hoping that it may help in building up some confidence in yourself and mine as well.. Hahaha..




Boy: I need someone to talk to.

Girl: I'm always here for you.


Boy: I know.

Girl: What's wrong?


Boy: I like her so much.


Girl: Talk to her.


Boy: I don't know. She won't ever like me.


Girl: Don't say that...you're amazing.


Boy: I just want her to know how I feel.


Girl: Then tell her.



Boy: She won't like me.


Girl: How do you know that?


Boy: I can just tell her...

Girl: Well just tell her.


Boy: What should I say?


Girl: Tell her how much you like her.


Boy: I tell her daily.


Girl: What do you mean?


Boy: I'm always with her...I love her.


Girl: I know how you feel. I have the same problem...but he'll never like me.


Boy: Wait. Who do you like?


Girl: Oh, some boy.


Boy: Oh, she won't like me either.


Girl: She does.


Boy: How do you know?


Girl: Because who wouldn't like you?


Boy: You.


Girl: You're wrong. I love you.


Boy: I love you too.


Girl: So are you going to talk to her?


Boy: I just did.




~ CREDIT TO LOVEFATEDESTINY.COM ~


A simple love story but yet very meaningful.. Hey.. What are you waiting for.. Go and grab your phone, give them a call and tell them how deep is your love.. For those who are suffering from "insufficient credit syndrome", you can just send a plain simple text message or more advance method that I can suggest, write a confession entry and post it on your blog.. Ngee.. Can I do that as well? I'll think about it.. Haha.. That's all for now, take care guys.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Shocking!!! Aku tulis dalam English!!! Aku budak baru belajar, kalau broken sana sini aku mohon maaf.. Heehee..

Marah Marah Yang Membara Sebab Cinta, Gemuk, Cita-Cita

Situasi 1: Sedang menunggu lif, seorang lelaki gemuk hitam pendek dan berbau busuk yang amat bersama pasangan ibu dan anak..


Kata ibu pada anak.. "Kau dah besar jangan jadi macam dia.. Dah lah gemuk, hitam macam bontot kuali, berbau longkang.. Dalam keturunan kita tak ada yang gemuk macam ini, jangan buat malu mak.. Faham?"


Lelaki tadi memandang si ibu dan anak, lalu meletup api kemarahan yang membara..



Situasi 2: Seorang wanita yang masih lagi belajar dan mengambil bidang fesyen berada di butik bersama bosnya yang auww.. Patah..


Kata bos dengan nada tinggi.. "Kau pergi siapkan design evening dress tu cepat, sebelum tu tolong aku buatkan maggi dulu.."


Wanita itu yang memang tertekan dengan kerja yang tidak digemarinya itu, seorang pereka fesyen.. Cita-citanya mahu jadi hair dresser.. Atas paksaan ibu, dia mengambil bidang fesyen.. Sebab tidak tahan tekanan, dia marah meluap-luap dan meletup lalu tertempias pada bosnya..



Situasi 3: Seorang kekasih yang amat sayangkan boyfriendnya tetapi terlalu tidak percayakan temannya itu.. Datang ke apartment boyfriendnya..


Teman lelaki mula bicara.. "Zif, you tahu apa yang I nak.. Please Zif.."


Wanita yang sejak awal tadi sampai dan menemui barang wanita lain di rumah teman lelakinya mula naik berang.. "Apa yang you nak sayang? Nak berpisah? Tapi kenapa? Sebab perempuan lain kan.. Ni apa ni.. Barang siapa?"


Lelaki itu lantas menjawab.. "I perlukan kekasih yang boleh manjakan I, bukan ninja macam you sikit-sikit melenting, mengamuk, pukul orang.. I can't take it anymore.."


"You panggil I ninja???? Argghhhh!!!" Wanita itu mula menghempuk teman lelakinya dengan bantal.. Mengamuk sakan..



3 situasi di atas aku ambil dari telemovie yang ditayangkan di Astro Ria minggu lepas bertajuk NAIK HANTU terbitan MIG Production.. Betul-betul.. Uncle David Teo yang punya.. Heehee.. Cerita ini kira dah lama tayang, tapi minggu lepas baru berkesempatan nak tonton.. Tahu saja astro suka mengulang tayang rancangan beribu kali.. Huhu.. Pengarah dia Azhari Zain (Jin Notti).. Pelakon dia Intan Ladyana, Scha Al Yahya dan Mas Muhaini juga pelakon lain.. Mesti ada yang dah pernah tengok.. Apa pandangan korang? Best tak?



Bagi aku, cerita dia biasa saja.. Bolehlah nak layan kalau bosan.. Hehe.. Aku yang mula-mula hanya teralih channel Astro Ria, melekat jugalah tengok telemovie ini.. Heehee.. Sebab yang buat aku melekat, mesej dari telemovie ini.. Ceritanya berkisar tentang 3 orang gadis yang sangat cepat marah dan melenting, sukar mengawal amarah mereka dan satu hari mereka mendapat bantuan dari seorang lelaki dari agensi yang menjalankan program Anger Management.. Dah macam cerita omputih tu pula kan..


Lelaki ini mencari sebab kenapa mereka suka marah-marah dan tak mampu kawal marah.. Then he teaches them on how to control their anger.. Lelaki itu dulu juga seorang pemarah.. Sebab yang buat dia jadi pemarah? Dia seorang yang gemuk, hitam, pendek dan sering menjadi bahan ejekan dan buli orang sekeliling sejak dari sekolah sampailah ke alam pekerjaan.. 3 orang wanita itu pula masing-masing ada masalah tentang cinta, hidup sunyi tanpa kasih sayang, dan keinginan untuk kejar cita-cita sendiri tapi dihalang ibunya..



2 formula utama yang diajar untuk kawal marah.. Pertama, bila saja mahu marah, senyum saja.. Senyum seikhlas hati dan jangan dibuat-buat.. Kedua, bila mahu marah juga, tepuklah dahi, sambil sebut Oh.. Sabar aje laaa.. Hahahaha.. Lawak aku tengok masa ni.. Apa-apa pun, 2 kunci.. Senyum dan sabar.. Pada pandangan aku, it really works.. Plus jangan lupa selalu beristighfar bila rasa nak marah.. Hmmm.. Apa pula pandangan korang?





Apa yang aku nampak dan aku nak bangkitkan, macam mana pengaruh kata-kata orang sekeliling dan environment sebenarnya mampu beri effect pada sesetengah orang yang tak mampu nak handle.. Bagi yang mampu handle, mungkin akan senyum dan sabar.. Bagaimana pula yang tak boleh terima? Yang jenis simpan saja dalam hati dan tak luahkan? Mungkin boleh jadi gila, atau boleh jadi pemarah seperti mereka-mereka di atas dan mungkin juga alami depression..


Jadinya jalan terbaik.. Belajar handle fikiran kita, perasaan kita, kalau kita salah, betulkan silap kita, kalau kita berada di pihak yang benar, teguhkan pendirian kita.. Heehee.. Okey semua.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Selamat hari lahir untuk Kak Shud.. Terkilan tahun ini kita tak dapat celebrate birthday sama-sama macam tahun lepas..
Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.