Perasan.. Sleepwalking.. Cium Sikit..

14 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi jumaat daku ucapkan.. Bila ya last update entry.. 3 hari lepas tak silap.. Itu pun scheduled.. Haha.. 3 paper dah aku settlekan.. 2 paper yang first takde laa susah sangat, okey laa.. Paper 3 aje yang susah.. Semua keluar dari dewan peperiksaan dengan mimik muka yang pelbagai.. Semua kata SUSAH.. Memang susah wo.. Aku berserah je laa.. Next.. Selasa depan.. The last one.. Clinical exam.. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..


Before ku mula mencoret untuk entry baru.. Aku mohon maaf ya kalau entry sebelum ni kalian rasa tidak elok untuk dipostkan.. Atau pun ada yang terasa hati.. Aku minta maaf.. Cuma sekadar dengan niat ingin berpesan-pesan saj
e.. =)


Entry 3 dalam 1.. Haha.. Bukan apa.. Exam tak habis lagi.. Tak boleh tulis entry banyak-banyak.. Jadi aku masuk semua cerita dalam 1 entry.. Heehee.. =)


Pertamanya.. Tentang wanita.. Perempuan.. Awek.. Cewek.. Girl.. Dan apa-apa aje laa kan.. Haha.. Satu malam lepak dengan geng-geng sekepala.. Tiba-tiba.. Timbul satu cerita.. Kawan-kawan aku kata.. PEREMPUAN NI CEPAT PERASAN.. Kalau lelaki tu usha lebih sikit ke, pandang lama-lama ke, bagi attention lebih sikit ke, caring dan extra rapat ke, dia orang akan fikir LELAKI TU SUKA KAT DIA.. Padahal lelaki tu tak ada apa-apa pun.. Benarkah wahai wanita? Aku sendiri tak tahu nak kata apa.. Hurrmm..





Kalaulah ya pun.. Salah ke eh kalau perempuan cepat perasan? Angin tak bertiup kalau pokok tak bergoyang.. Kah kah kah.. Peribahasa baru ke apa ni.. Huhu.. Tapi ada juga lelaki yang layanannya biasa-biasa saje, tapi perempuan perasan jugak.. Entahlah.. Aku tak jumpa lagi teori untuk perempuan cepat perasan ni.. Sebab aku pun perempuan kot.. Haha.. Anda semua fikir sendiri laa ye.. Hoho.. =p


Next story aku.. Sleepwalking.. Beberapa minggu yang lepas aku kerap sleepwalking.. Kenapa ya? Tapi aku sleepwalking dalam sedar.. Maksudnya aku sedar aku bangun dari tidur dan bangun lalu berjalan.. Tapi entahlah.. Tengah-tengah malam.. 2, 3 jam lepas lelap.. Aku akan tiba-tiba bangun dan berlari ke tempat sidai tuala.. Tempat menyangkut baju.. Esoknya aku sedar-sedar aje, sebelah aku ada tuala, ade sweater.. Haih.. Musykil aku..




Malam kemuncaknya bila aku sleepwalking dan aku tak sedar.. Pagi-pagi esok bangun, badanku telah bersarung sweater.. Minda aku jelas dan clear.. Malam tu aku tak pakai sweater, jadi bila masanya sweater ni disarungkan ke tubuhku.. Aduh.. Seram aku.. Apakah yang berlaku??? Apa-apa pun.. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..


Last story.. Sleep lagi.. Haha.. Dah hampir seminggu aku tidur 2 jam setiap malam.. Study katanya.. Heehee.. Alhamdulillah.. Sebab tidur 2 jam, aku dah tak sleepwalking.. Nanti tak pasal-pasal, celik mata dah sampai rumah nenek aku kat Kota Tinggi.. Kah kah kah.. Bila dah tidur 2 jam, orang cun dan cantik pun telah bertukar menjadi zombi kampung pisang.. Haha..




Bila dah habis 3 paper, ada rehat 5 hari sebelum last paper.. Apa lagi.. Qada' tidur.. Haha.. Ingatkan nak Qada' berkala.. Satu hari Qada' 2 jam.. Tapi jadi 4 jam pulak.. Adoi.. Lambatnya anak dara ni bangun.. Pemalas betul ya.. Hoho.. Boleh tak kalau aku nak jadi SLEEPING BEAUTY.. Huhu.. Aku nak jadi sleeping beauty, sebab nanti ada putera kacak yang akan cium aku lalu aku pun celikkan mata dan bangun.. (blushing pulak.. heehee..) Pagi yang indah.. Bolehlah aku dengar matahari terbit, tengok ayam berkokok.. Hahaha.. Kalau gitu, apa laa guna jam loceng ya.. =p


Merepek betul aku ni.. Maaf semua.. Heehee.. Oh ya.. Putera aku tu mestilah putera yang sudah "HALAL", yang dah bayar mas kahwin okey.. Ingat nak cium saya ni free free aje ke.. Wawawa.. Moral untuk entry ni..


1) Lelaki dan perempuan memang diciptakan untuk satu sama lain.. Betul tak??? Renung-renungkan.. Heehee..


2) Sebelum tidur, basuhlah kaki, bacalah doa, ambil laa air sembahyang.. Bukan aje dapat elak diri dari kena ganggu, tapi boleh juga dekatkan diri kita dengan Pencipta..


3) Berkhayal dan berimaginasi di umur begini tidak salah.. Tapi khayalkan yang baik-baik aje.. Haha.. Dan jangan sampai membuang masa.. Heehee..


Sampai sini aje laa aku nak merepek.. Nanti sembang lagi ya.. Doakan aku untuk last clinical exam Selasa ni.. Till next entry.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..









FOOT NOTE:
1) Buat putera-putera Muslim sekalian, hari ni hari Jumaat, jangan lupa pergi solat Jumaat ya.. =)

2) Walaupun aku bangun lambat, tetapi, percayalah, lepas aku kahwin, aku akan bangun lebih awal dari suamiku.. Heehee.. Tak sabar arr nak tunggu time tu.. Kah kah kah.. (Mula dah gatai dia..)

3) Lamanya tak borak dengan DIA.. Apa khabar laa dia agaknya ya.. Arrgggghhhhh.. Rindu.. Pergi main jauh-jauh.. =(







Macam Mana Nak Tahu.. Gay OR Not Gay???

26 comments
Assalamualaikum.. Scheduled lagi.. Entry ini classified under 18SX.. Okey ke tak okey? Tak okey aku tak tulis.. Haa.. Aku tahu.. Mesti semua kata okey.. Gatai sungguh ampa suma naa.. =p


Ya.. Aku tahu aku BUDAK BAWAH UMUR yang mungkin tak sesuai untuk story tentang ini dan menceroboh masuk dunia dan hal-hal BUDAK ATAS UMUR.. Tapi mahu cerita juga.. Hati tak tenang, kepala otak tak tenteram, tak senang duduk dibuatnya.. Heehee..




Aku telah ketemu dengan one of my biggest fear in life.. This happens recently.. I accidentally bumped into so called "18SX blogs".. I am stressing upon the word 18SX as well as the word BLOGS.. A plural, not a singular.. Very frightening.. Really frights my eyes out.. Tak mampu teruskan tontonan, ku click tanda pangkah di penjuru atas.. Merosakkan mata dan mindaku yang suci ini sahaja.. Heehee..


Aku masih tak boleh nak faham.. Tak mampu nak mengerti.. Tak bisa menyelami.. Sisa-sisa kaum Nabi Lut wujud di akhir zaman??? Ya Allah.. Memang petanda dunia hampir kiamat.. Homoseksual.. Orang sekarang sudah seakan-akan tidak kisah ataupun sudah terbiasa.. Sampai boleh berbangga dan menjadikannya tontonan awam.. Haihhh..



Gay lebih banyak aku lihat dari lesbian.. Tapi apa-apa pun, dua-duanya wujud.. Apakah mereka sudah lupa apa yang Allah timpakan pada kaum Nabi Lut yang mengamalkan hubungan sejenis? Atau mereka tidak pernah tahu pun wujudnya kisah ini? Atau mungkinkah tidak kenal siapa Nabi Lut? Mari aku ingatkan..


"Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Luth itu yang atas ke bawah ( Kami balikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. (Surah Hud 82-83)."




Entahlah.. Apa mahu jadi.. Yang bikin aku lagi hairan.. Kebanyakannya lelaki-lelaki yang berkerjaya bagus, punya isteri punya anak.. Tetapi rupanya.. Bukan lagi "homo", tapi "bi" sudah.. Hurrmm.. Kesian isteri-isteri mereka.. Di luar "bersama" lelaki, balik rumah "bersama" isteri.. Jijik pula bila difikirkan.. Apa mahu jadi..


Tuntasnya.. Kepada kaum wanita di luar sanun.. Hati-hatilah dalam mencari pakwe, boyfriend apatah lagi SUAMI.. Kita tidak tahu hati orang.. Di dahi mereka tiada tertulis "AKU ADALAH GAY".. (kalau ada kan bagus..) Sebenarnyakan, aku sudah fobia.. Fobia mahu kahwin.. Seriously.. Ish3.. Siapalah yang suruh aku gatal-gatal accident dengan blog-blog sebegitu ropenye.. Aku nak kahwin.. Tapi aku takut..


Oh lelaki.. Sudahlah bilanganmu makin berkurangan, kamu kurangkan lagi dengan menambahkan bilangan homoseksual.. Mungkinkah ini sebabnya ramai gadis-gadis mencari SUAMI ORANG??? Daripada berkahwin dengan lelaki yang tidak berminat pada perempuan, baik mencari orang yang sudah tentu-tentu terbukti sukakan perempuan.. Adakah? Betulkah teori aku? Huhu.. Fikir-fikirkan sendiri..




Yang paling penting.. Bukan soal aku takut mahu kahwin.. Atau soal lelaki yang kian pupus.. Atau gadis mencari suami orang.. Ini soal agama.. Islam dan Iman.. Agama bukan Islam pun melarang perbuatan terkutuk itu.. Wahai saudara dan saudariku.. Memanglah di dunia kita merasa keseronokannya.. Tapi di akhirat.. Apa mahu jawab jika disoal Allah? Mahu lari ke mana jika ditimpa azab maha berat?


Jika azab menimpa ketika hidup di dunia.. Bersyukurlah.. Sebab Allah masih sayang pada kita.. Allah mahu kita bertaubat dan kembali ke jalanNYA.. Tapi jika kita terus hanyut dan leka dengan nafsu dan godaan syaitan, tidak Allah turunkan azab dan amaran.. Bukan bermakna Allah tak murka.. Cuma Allah telah lupa pada kita.. Nauzubillah..


Till next entry.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Esok.. Rabu, aku exam di UM.. Habis exam, pulang ke Ipoh.. Pergi UM semula hari Ahad.. Isnin, Selasa, Rabu berikutnya.. Exam lagi.. Rabu dan Khamis.. Enjoy di KL.. =)





Mulanya Di Sini..

16 comments
Assalamualaikum semua.. Scheduled entry lagi.. Ketika ini mungkin sudah dalam exam hall.. Maaf andai kata hanya scheduled entry saja yang mampu aku hidang.. I promise I'll be back to entertain the citizens of blogger.com.. I'll make a come back soon to shine again and spread the happiness.. Chewaahhh.. Ayat tak tahan.. Heehee.. =)



Sebenarnya hari ini 27hb Julai.. Bermulalah peperanganku.. It will take place in my college as well as in Universiti of Malaya.. Mula 27/7 dan berakhir 7/8.. Kepada rakan-rakan blogger yang menuntut di UM, jom laa jumpa lepas aku habis exam.. Jumpa sekejap pun jadi laa sebelum aku merempit pulang ke Melaka.. Huhu.. (pada sesiapa yang kelapangan dan rasa nak gather-gather boleh contact aku erk.. Caner nak contact? Boleh usha facebook aku untuk contact details.. Jumpa kat sana..)


Isnin berikutnya kelas akan mula balik.. Fuh.. Sangat memenatkan.. Kasihan kan kami.. Takde cuti langsung.. Hoho.. =(



Baiklah.. Dengan ini saya ingin mengucapkan gud luck dan all the best kepada diri saya sendiri.. Ya Allah.. Permudahkanlah jalan hambaMU ini.. Amin..



Buat semua fanz-fanz dan peminat-peminat.. Jumpa di lain kesempatan.. Tolong doakan aku yerk.. Minta ampun juga kalau sepanjang perkenalan kita aku pernah sakitkan hati atau mengguris perasaan kalian semua.. Minta maaf bebanyak.. Till then.. Aku nak hadiahkan lagu ni untuk semua.. Tiba-tiba suka dengar pulak.. Heehee.. Assalamualaikum semua.. =)




FREEDOM - MULANYA DI SINI

Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlagu

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh… sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai



Pergilah Stress Kembalilah Semangat!!!

6 comments
Assalamualaikum.. Selamat malam.. Buat kesekian kalinya.. Entry baru.. Semakin dekat dengan exam, aku semakin giat menulis..


Argghhh.. Rasa stress yang teramat sangat.. Stress yang memuncak sampai ku rasa mahu terjojol biji mata dan pecah kepala otak.. Boleh jadi gila dibuatnya.. Sabtu.. Ahad.. Isnin.. Oh tidak.. Kini hanya membilang jari, menghitung hari menanti kedatangan dan tibanya saat itu.. Begitu sukar dan banyak ranjau jalan yang aku pilih ini.. Namun harus ku harungi juga..





Aku dapat rasakan kekuatan dalam diriku kian luput dan makin hilang.. Serasa seperti mahu menangis di bahu emak, di atas ribaan abah.. Tapi mereka jauh.. Pengakhirannya, menangis sendirian ditemani buku-buku dan dinding-dinding.. Lega sedikit rasa.. Tapi.. I need someone to talk with.. "Someone".. Yes.. "Someone"..


Tika dan saat ini.. Hatiku meronta-ronta ingin berbicara dengan seseorang.. Seseorang yang bila aku bicara dengannya, aku jadi senyum kembali.. Aku jadi ketemu punca.. Aku jadi aku.. Tapi.. Mungkinkah?




Ya Allah.. Kau kuatkanlah semangat hambaMU yang lemah ini.. Kau permudahkanlah jalan yang akan aku tempuhi.. Kau temanilah aku di setiap perjalanan hidupku yang penuh ranjau ini.. Amin..


Buat sahabat seperjuangan, batch 2006/2011 MBBS Malaya.. Selamat menempuh Final Exam MBBS 3A.. Semoga kemenangan dan kejayaan bersama kita.. Mudah-mudahan..


Buat sahabat maya.. Tunggu kepulanganku.. Selesai tanggungjawabku ini, aku akan kembali... Sampai jumpa lagi.. Selamat malam.. Assalamualaikum.. =)





FOOT NOTE: BINTANG BAND ~ Salahkah diriku yang tak bisa menepikan dirimu dalam hatiku.. Aku telah mencuba.. Terus ku mencuba.. Namun tak bisa.. =(





Dilema Pelajar Medik Wanita.. Adoiyai..

29 comments
Assalamualaikum semua..


Pergi ke kelas revision beberapa hari yang lepas.. Kelas bersama Dr. Ainita.. Lecturer baru yang satu-satunya Melayu untuk Department Medicine.. Kelas ini selain berbincang tentang bab akademik, Dr. Ainita juga ada menyelitkan ruangan usrah.. Bagus juga untuk kami semua.. Kebetulan kelas tempoh hari dihadiri oleh pelajar wanita sahaja, lantas kami diperdengarkan sesuatu tentang doktor wanita dan perkahwinan.. Jiwa agak kacau dan stressed selepas mendengarkan ini.. Haha.. Memang benar, bukan mudah seorang wanita untuk menggalas tugas sebagai doktor..




Kata Dr. Ainita.. Female medical students, if you think now is the appropriate time for you to marry, then you are wrong.. If you cannot commit, please don't marry now.. Memang betul, ramai pelajar medik kahwin di usia muda, sebelum menapak ke dunia luar memulakan pekerjaan.. Kata mereka dua tiga tahun pertama memegang title doktor, kita tidak akan ada masa untuk diri sendiri.. Sibuk 36 jam..




Kata Dr. Ainita lagi.. Kalau kita mahu kahwin sekarang, tolong tanyakan pada bakal suami kita, adakah awak sanggup berdepan dengan kesibukan saya? Adakah awak sanggup membenarkan saya on-call jika ada kecemasan di hospital pada malam hari? Katakan juga padanya, jika awak inginkan seorang isteri yang sentiasa berada di rumah membancuh kopi dan memasak untuk awak, maka bukan saya orangnya.. Jika awak inginkan seorang isteri untuk melayan awak setiap malam, maka saya juga bukan orangnya.. Jika awak inginkan seorang isteri yang 24 jam berada di rumah, maka saya bukanlah orangnya..



Doktor kata memang benar, tempat seorang isteri adalah di sisi suami, isteri punya tanggungjawab pada suami, tetapi seorang doktor juga punya tanggungjawab besar pada pesakit.. Pada nyawa manusia.. Sebab itulah pekerjaan doktor ini adalah antara pekerjaan yang Allah angkat tinggi di sisiNYA..


Senarionya sekarang, kita sendiri dapat lihat, kadar penceraian adalah sangat tinggi di kalangan pasangan yang salah seorangnya bekerja sebagai doktor.. Sebab itu juga, kebanyakan doktor akan berkahwin dengan doktor sahaja.. (aku tak mauuuuuuu..) Ataupun, kita boleh tengok, kebanyakan doktor perempuan tidak berkahwin.. (lagi aku tak mauuuuuuuu..) Dahsyat.. Tempoh hari dalam Utusan Malaysia, seorang suami menulis surat menyatakan kasihannya pada isterinya yang sentiasa sibuk siang ke malam dan bekerja sebagai doktor.. Kalau dapat suami yang kasihan takpe laa.. Kalau dapat yang suka merungut??? Mau tak pasang number two..





Hurrmm.. Bikin aku fikir dalam-dalam.. Kalau mahu kahwin, pasti bukan sekarang.. Takut nanti bila dah kerja tak terlayan pula suami.. Kalau mahu kahwin lepas grad, bila sudah kerja pun tak boleh sebab sudah sah-sah la sibuk.. Mahu tunggu 5, 6 tahun lagi laa jawabnya bila kerja dah relax sikit.. Masa tu umur dah 30 lebih agaknya.. Entahlah apo nak dikato.. Orang akan kata kenapa aku suka fikir benda remeh macam ni.. Tapi sebenarnya inilah fear terbesar kebanyakan rakan-rakanku yang mengambil medik.. Nampak remeh tapi sebenarnya isu ini sangat berat.. Arggghhh.. Bikin aku takut pula mahu kahwin.. Bolehkah bakal suamiku nanti memahami keadaanku??????



Wanita.. Apa nak dikata.. Tanggungjawab kita memang besar.. Yang penting kalau kita bertemu jalan buntu dalam sesuatu masalah, kembalilah kita pada Allah.. Mintalah petunjuk.. InsyaAllah.. Semuanya akan bertambah baik.. Mudah-mudahan..


Aku bila nak kahwin??? No no no.. Jangan tanya aku okey.. Aku tak mahu fikir.. Just go with the flow.. Till then.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum semua..





FOOT NOTE: Please.. Lepas baca entry ni, jangan takut untuk kahwin dengan dokter pompuan.. Heehee.. Nanti aku pulak akan dikejar oleh parang dengan budak-budak perempuan yang amik medik sebab kuarkan entry ni.. Hoho.. =p




Lepaskan Kembali Aku Ke Laut

13 comments
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Wah.. Malam ini bukan scheduled entry.. Rehat sebentar dari membelek buku-buku tebal.. Lepas jalan-jalan tengok blog sana sini, tergerak hati nak buat entry..


Tajuk yang penuh sastera.. Tapi aku bukan nak bersastera.. Saja nak story kejap kat sini.. Tentang swimming atau dalam Bahasa Melayunya berenang.. Actually aku yang berumur 22 tahun 5 bulan ini tiada langsung skill berenang atau dalam bahasa yang lebih sedap aku tak reti berenang.. Rasa ralat juga bila tak reti menongkah arus.. Ke Pulau Pangkor tahun lepas, orang semua snorkeling, bagi makan ikan.. Aku snorkeling atas darat bagi mulut aku makan.. Sadis.. Orang kata tak reti berenang pun boleh je snorkeling.. Tapi..




Aku takutkan air.. Pergi berkelah di Ulu Chepor, Lata Kinjang, berendam dalam air yang hanya paras lutut.. Pandang keliling, budak-budak aje weh.. Malu juga.. Tapi.. Apa mahu buat.. Tak reti berenang plus takut air.. Aku takut bukan apa, sebab aku takut tenggelam.. Dalam kepala otak fikiranku, dengan badan yang sepertiku, pasti tenggelam.. Puas kawan-kawan berusaha mengajarku, tapi tetap juga tak pandai-pandai.. Pandai sikitlah.. Setakat mengapungkan diri secara terbalik.. Kejap aje.. Bila rasa macam nak tenggelam datang.. Cepat-cepat naik dan tak masuk-masuk dalam air terus..


Itulah.. Masa kecil tak mahu belajar.. Sedangkan laut depan rumah.. Dah besar, otot-otot dah liat baru tergedik-gedik nak swim sana swim sini.. Last-last, duduk dalam bilik air, rendam kepala dalam baldi.. Semata-mata nak merasa "swimming".. Kah kah kah.. Psstttt.. Ini rahsia kita okey.. Kalaulah orang tahu aku duduk berjam-jam dalam bilik air buat ape.. Heehee.. =p



Mahu belajar berenang walau apa pun yang terjadi.. Wah.. Tekad sungguh.. Ada sesiapa mahu ajarkan? FOC? Hak hak hak.. Masa sekarang tak banyak, bila mahu belajar.. Entah bila agaknya aku akan pandai berenang.. Haih.. Keluhan risau sebenarnya.. Risau.. Sebab apa? Sebabnye.. Heehee..



Sebab HONEYMOON atau dalam bahasa inggerisnya BULAN MADU aku nanti, aku mahu ke pulau.. Ke laut.. Kalau tak reti berenang, susahlah.. Takkan nak suruh suami aku dukung aku time diving, snorkeling.. Ya.. Aku tahu.. Memanglah romantik.. Tapi.. Romantik dalam laut.. Hurrrmmm.. Aku agak musykil tentang itu.. Hahaha..


Okeylah.. Cukup sampai di sini bebelan aku.. Seronok dapat menaip.. Seronok jumpa kawan-kawan di alam maya.. Heehee.. Till next entry, take care semua.. Assalamualaikum.. Selamat malam.. =)





FOOT NOTE: Masih aku tak berdaya sebenarnya.. Hurrmm.. Entahlah..



Zaman Kecil VS Zaman Dewasa

15 comments
Assalamualaikum semua.. First time post scheduled entry.. Tak mahu blogku ini bersawang sebab nanti daku sendiri tak terlarat membersihkannya.. Tidak online dek kegilaan membaca buku, tetapi tetap juga mencoret entry sebab mahu dekat dengan kalian.. Heehee.. =)


Kali ini cerita zaman silam.. Umur 9 tahun.. Kecil lagi.. Baligh pun belum lagi.. Masih naive dan innocent.. Setiap 2 tahun, kami satu famili pasti akan pulang ke kampung tercinta - Kota Tinggi.. Nak naik kapal selam takde, naik belon aje laa.. Cuti hujung tahun, lama.. Hampir 2 bulan.. Setiap kali pulang aku ada satu rutin.. Rutin yang sangat-sangat tak berfaedah.. Haha..




Zaman dahulu kala, mana ada vcd, dvd.. VHS tape aje.. Masa tu kat rumah nenek sangatlah banyak koleksi filem-filem Melayu, Cina, Omputeh.. Tiap pagi, celik mata, duduk menghadap TV.. Pasang tape.. Golek ramai-ramai depan TV.. Dalam banyak-banyak cerita, aku pun tak tahu kenapa filem Melayu yang satu ni jadi kegilaan.. Tajuknya BISIKAN CINTA.. Azhar Sulaiman hero, Maria Farida heroin.. Pernah tengok tak korang? Kawan-kawan aku ramai tak tahu kewujudan cerita ni.. Hahaha..


Suka sangat tengok.. Habis hafal semua dialog especially dialog Acappan.. Sebab sangat lawak.. Pagi habis tengok.. Tengahari tidur kepenatan.. Petang celik mata.. BISIKAN CINTA lagi.. Begitulah jadual setiap hari, tiap kali balik kampung, sampai habis cuti sekolah aku 2 bulan.. Satu scene aje yang ditunggu-tunggu sebenarnya.. Masa Azhar Sulaiman jerit ke laut dan kata.. "AYU.. AKU CINTA PADAMU.." Umur 9 tahun, tak tahu pun apa maknanya cinta tapi suka.. Hahahaha.. Sampai ada hasrat dan impian, bila besar mahu cari pakwe macam Azhar Sulaiman.. Heehee.. =)





Sekarang ni tiap kali balik kampung, pasti tape filem itu dicari.. Tengok cover tape aje laa.. Sebab player tak ade daa.. Tapi nasib baik YOU TUBE ade.. Ape lagi.. Mari kita download.. Heehee.. Tapi dah besar-besar ni, tak bolehlah nak macam dulu.. Pagi petang, siang malam layan movie.. Huhu.. Zaman dah berubah..


Kenangan zaman cinonet dulu.. Memang paling best dan paling susah nak lupa.. Bila kecil, kita nak sangat cepat-cepat jadi orang besar.. Tapi bila dah besar, kita nak sangat kembali ke masa kecil kita.. Sebab apa? Sebab masa zaman kita kecil-kecil, apa pun kita tak payah pikir, cuma pikir main, pikir pergi sekolah, pikir nak pergi kelas mengaji ke tak.. Fikiran yang simple tentang diri kita sahaja.. Hidup yang simple, happy dan tenang..





Bila dewasa.. Macam-macam benda kita fikir.. Bukan sahaja diri kita tapi kita fikirkan hal orang lain juga.. Fikiran yang kompleks.. Hidup pun kompleks.. But still.. Walaupun sekompleks mana hidup kita, segunung masalah sekalipun, kita tetap boleh hidup happy dan tenang.. Bagaimana? Hidup kita, kita yang tentukan bahagianya harus bagaimana..


Sebab walau macam mana kita kenang pun masa silam, wishing that everything will be like as the good old days, kita tetap takkan kembali ke masa silam.. Sebab tu pepatah Melayu ada kata, BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG, KALAU DIKENANG MERANA BADAN..


Jadi.. Hiduplah kita bukan dengan mengenang masa silam, tetapi hiduplah dengan merancang untuk masa hadapan.. Till next entry.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Cakap memang senang.. Tapi nak buat.. Hurrrmmmm..





Encik Zaffril & 27.. Turning Over A New Leaf..

19 comments
Assalamualaikum semua.. Today's entry evolves around the birthday boy, the greatest ever mat rempit, Mista El-Zaffril.. Berapa ya umurnya pak? 27? Wahhhh.. Udah lanjut nih umurnya.. Ekeke.. =p



Makanya di kesempatan ini, daku ingin menyampaikan ucapan selamat hari kelahiran yang ke-27.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik, dikurniakan kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat.. May you succeed in your undertaking and may Allah bless you with all the greatest things n this whole wide world.. Cepat-cepat kahwin.. Bak kata Pojie, mengidam nasi minyak.. Daku pun mengidam sama.. Hak hak hak.. =p


Ayat ni dah guna untuk wish kat facebook.. Recycle balik boleh kan Encik Zapril? Hehehe.. Sebab ku rasa ayat tu sodap maa.. Kah kah kah.. Puji-pujian untuk diri sendiri.. =p



Picture kat atas itu adalah tidak lain dan tidak bukan mat rempit sejati kita, El-Zaffril.. Tiada kaunter dibuka untuk sesi berkenalan dan bertukar number phone yerk.. Sebab encik ni dah berpunya.. Hoho..




Berapa lama dah erk kenal Encik Zapril? Lama jugak, since last year tak silap.. Kenal dalam friendster aje pun.. Tak pernah pun jumpa lagi.. Tapi ku pasti, yang Encik Zapril nih seorang yang happy-go-lucky, gila-gila, sempoi, dan jiwangzzzz.. Walaupun engineer, madah-madah tetap terer okeyyy.. Teringat ku pada seseorang yang belajar engineering.. Jiwang jugak.. Huhu.. Overall, ini Encik manyak baik laa orangnya.. Kan kan kan???


Last but not least, okey Encik Zaffril.. Mahu hadiah apa? Just named it.. I'll buy it for you.. And you paid for it.. Brilliant idea isn't it? Hak hak hak.. Anyway, happy birthday once again.. =)






As for me, I have turn over a new leaf.. I'm starting and learning to be a new me.. I'll never look back, never regret, never forget the past.. But I'll always remember what "the past" had taught me.. I am going to step and look forward for a future that waits for me out there..


For those who always be there for me, giving me support and advice, I'm really grateful for that.. Thanx for your supportive comments.. Really appreciate that and I'll keep it inside my mind.. Always..


~ THANK YOU ~


Joegrimjow, Amieynna, Aainaa, Eazy, Cik Sara, Zumairi, Biha, Hang Nadim, Pal7, Hua Sheng, Dilot, Edan and Kak Nurul..







Well, I guess that is all about today's entry.. Hoping that you guys will have a splendid weekend.. Got to go.. The books are waving to me, calling out my name.. Haha..


Aku pergi dulu.. Ada masa terluang lagi akan aku jenguk kalian.. Walaupun tidak pasti masanya bila.. Sampai jumpa lagi.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Saja jek tulis foot note ni, walaupun sebenarnya dah tak ada apa yang nak dikata..




Titik Noktah Kisah Cinta..

15 comments
Misiku selesai.. Hatiku yang bergelora beberapa ketika kian tenang.. Rasa cinta pada si dia yang ku pendam terlerai jua.. Legakah aku? Mungkin..



Ku kira dia tidak tahu apa yang ku rasa.. Meleset sungguh jangkaanku.. Walau tidak disuarakannya secara terang, ku tahu dia mengerti rasa ini.. Walau tidak ditolak secara kasar, namun daku tetap juga faham.. The sweetest rejection.. Mungkin ada benar kata Minna, persahabatan dan percintaan tidak sepatutnya berlaku serentak.. Dalam aku mendapat seorang sahabat yang cukup baik, aku kehilangan cinta ini.. Aku pasrah.. Ku tahu dalam ruang hatinya, setiap pelusuk dan sudut ada si dia yang lain.. Walau tidak diungkap, ku tahu betapa dia amat menyintai si dia yang lain itu..



Terima kasih daku ucapkan sebab menyedarkan diriku ini dari aku terus menyemai pucuk rasa, menabur baja-baja sayang, menyiram air-air rindu pada pohon yang kini sudah hampir ingin berbunga mekar dengan bunga cinta.. Mungkin bunga itu perlu dicantas agar rasa yang ada ini juga turut tercantas sekali.. Rasa cinta itu mungkin perlu aku ganti dengan rasa sayang seorang sahabat pada sahabatnya.. Persahabatan ini tak mungkin menjadi percintaan, tak mungkin berjalan berpimpin tangan..



Kepada si dia.. Maafkan daku andai daku terlanjur mencintai kamu.. Sesungguhnya daku manusia biasa yang tidak mampu menahan rasa cinta dari berbunga.. Maaf juga andai rasa cinta itu satu kesilapan daku kepada kamu.. Daku tidak sengaja..



Pesan si dia padaku.. Ku rasakan seperti pesanan terakhir.. Rasa pilu dan sebak.. Dia berkata padaku, tumpukan pada pelajaran, fokus pada examku kali ini, belajar sungguh-sungguh, satu hari nanti jadi Dr. Hana.. InsyaAllah.. Sedar tak sedar sebenarnya kolam mataku bergenang air mata.. Pesannya lagi, jangan difikir sangat soal rasa dan cinta, ketepikan dulu sementara waktu, perihal cinta dan jodoh, sesungguhnya Allah sudah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita, kalau mungkin bukan yang ini, pasti ada lagi insan yang lebih baik akan daku ketemu.. Cuma menunggu masa.. Ketika ini, air mata ini sudah tak mampu ditahan, mengalir juga akhirnya..



Berakhir sudah kisah cinta ini.. Mungkin bukan tuah aku untuk berdamping dengan perkataan CINTA.. Dua kali aku tersungkur dan menyembah bumi.. Mungkin ada rasa serik.. Namun aku pasrah dan redha.. Akan ku ingat setiap bait pesanannya padaku.. Aku akan berusaha mengejar kegembiraanku semula.. Tentang cinta.. Tidak akan aku fikirkan lagi, kalau sudah takdirnya cinta datang kepadaku.. Aku terima dengan redha.. Kata orang lagi dikejar, lagi jauh larinya.. Doaku agar Allah pertemukan daku pada insan yang mencintaiku kerana apa adanya aku.. Terima kasih pada si dia.. Selama ini si dia itu ialah awak.. Awak tahu tak? Tapi bila orang tanya saya sangkal.. Sebab saya takut.. Akhirnya.. Terlerai juga..



~ THE END ~






FOOT NOTE: Terima kasih pada yang doakan final examku.. Jika diizinkanNya daku akan pulang kembali menemui semua.. Maaf andai sepanjang perkenalan ini ada salah silap daku, terlepas kata terguris rasa, maaf seribu kali maaf.. Tentang hadiah juga, jangan risau, daku akan hantar ya.. Assalamualaikum.. =)


Aku Kembali.. Langsai Hutang Sambil Berauta..

8 comments
Assalamualaikum semua.. Masih ingat daku, Farhana Puteri Bumi Johor? Daku singgah sini sebentar saja.. Release tension lepas baca buku menimbun-nimbun.. Final exam makin dekat wo.. Takut.. Stress tahap dewa 19.. Hahaha..


Tag-tag ini datang dari Hua Sheng.. Actually I already did this award tag, Fairuz Selamat gave it to me.. Tapi soalan dia ada lain sikit daa.. Tag dari Fairuz tu tentang fakta, dari Hua Sheng ni tentang auta.. Haha.. Layan aje.. Sebab Hua Sheng sudah menyenaraikan dari 1 sampai 10 nama daku sebagai penerima award tag ni, maka hutang tag ni harus segera aku langsaikan.. Heehee.. (sebenonye tak sabor nak ber"auta".. hak hak..) =)





Setiap blogger perlu menyatakan 10 "AUTA" diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..


1) Nama aku sebenarnya Optimus Prime Junior.. Aku separa manusia separa robot..


2) Papa daku The Great Optimus Prime, Mamaku The Hottest Ever Megan Fox..


3) Stadium Terengganu runtuh sebab papaku ajarku bergasak dengan Decepticon.. Lawan 3 Decepticon.. Tiga-tiga K.O..


4) Mamaku clash dengan Sam Witwicky sebab Papaku Optimus lebih seksi dan cool..


5) Pakcik Sam Witwicky sekarang aktif di alam maya, Ebay.. Sibuk jual barang-barang antik dia gara-gara kecewa clash dengan mama..


6) Sifu-sifu aku, Bumble Bee, Ironhide dan Ratchet kini sibuk involve dalam dunia sukan DRIFT.. Bumble Bee aku boleh caya.. Tapi Ironhide dan Ratchet yang dah macam lori dah tu.. Boleh ke drift???


7) Kawan Pakcik Sam Witwicky, Leo.. Walaupun umur jauh lebih tua dariku, but I like, very the cute walaupun sikit penakut.. Haha.. Kami telah rasminya bercouple selama 1 bulan, 1 hari dan 1 jam.. Hik hik.. Malu..


8) Megatron sekarang dah jadik baik.. He is currently working as a BIBIK in my house.. Macam kalian tak tahu mamaku Megan.. Dia kan hebat dalam menjinakkan robot-robot.. Kah kah kah.. =p


9) Kalian mesti tahu kan.. Lepas papa, takhta The Primes aku yang punya.. Kah kah kah..


10) Bumi kini aman dan damai sebab AUTOBOTS dan manusia bersatu.. Megatron pun dah jadi baik.. The Fallen, papaku dah kasi hantar ke dunia sebelah sana.. Damailah kamu di sana The Fallen.. Peace.. No war..



Selesai.. Gila auta betul.. Kah kah kah.. =p




TAG 2


1. Two names you go by..
Farhana.. Hana..


2.Are you in a Relationship?
Bilalah agaknya soalan ni akan ada jawapan YES.. =(


3.Have you ever been given a rose?
Ada sesiapa nak jadi orang first bagi saya bouquet of roses???


4.Have you ever licked a photo?
What is that supposed to mean? Licking a photo? Like I'm a freak or what.. Hoho..


5.Have you ever been in love?
Yes.. I do.. I'm in love with that person.. Yes yes yes.. You know I'm in love with you.. =)


6.Do you believe that everyone has a soul-mate?
Yup.. Jodoh.. Setiap orang Allah sudah tentukan jodohnya.. =)


7.What's your current problem?
Problem aku study tak abes-abes lagi.. Exam dah dekat Farhana sayang..


8.Have you ever had your heart broken?
Of course.. Kerana dia yang tak pernah mengerti.. =(


9.Do you have a crush?
Crush? David Archuletta? Haha.. Crush pada Shah Rukh Khan laa.. Haha.. =p


10.How many kids do you want to have?
Nak banyak.. Orang kata anak-anak tu rezeki.. Minimum 4, maximum 10 boleh??? =)


11.What is/are your favorite color/colors?
Hijau.. Pssttt.. Pilihan raya Manek Urai.. Agak-agak Hijau atau Biru? Kih kih kih.. =)


12.Have you ever found it hard to tell anyone you like them?
Memang selalu aje rasa susah.. Kalau orang tu tak suka kita.. Haaa.. =(


13.Imagine you're 40 & your spouse just died would you get re-married?
40? Muda lagi.. Depends on situation laa.. Ngee.. =p


14.What song do you want played at your wedding?
Lagu Hindustan pasti.. Lagu otai rock.. =)


15.Do you like/love anyone?
Anyone? Wow.. Spesifiknya soalan.. Haha.. Yes.. I do love that someone.. =)


16.Do you think the person(s) you like/ loves love /likes you back?
Saya rasa.. Hurrmm.. Entahlah.. Kadang-kadang rasa macam dia suka, kadang-kadang dia macam takde rasa suka.. Adoi.. Boleh tak tolong tunjukkan perasaan kamu yang sebenar.. Daku sudah tidak larat menanti.. Penantian memang satu pengharapan tapi tetap juga satu penyeksaan..


17.Have you ever written a love song/ poem/ letter/ note?
Selalu je dulu.. Heehee.. =)


18.Do you want to get married?
Hahaha.. Siapa yang taknak kahwin.. Kalau boleh nak kahwin sekarang.. Boleh kaa?? =p


19.Are you a shy person?
Shy? Tengok tempat, tengok keadaan.. =)


20.Did you have a good day today?
Rasanya today is a good day for me.. Everyday as well.. Walaupun daku terseksa dilanda rasa ini.. Sabar Farhana.. Pelangi akan muncul juga akhirnya.. =)


21.Where did you just get back from?
Tandas.. Ooppss.. =p


22.What are you thinking about?
Thinking to pass this exam.. Amin.. Thinking of him.. Watpe ye dia sekarang??


23.If you could change something about you or anything what would it be?
Saiz badan aku yang comel ni.. Buleh kaa???


24.Would you ever go back to any of your past relationships?
For me, let bygone be bygone.. Mungkin ada hikmahnya maka sebab itu dia jadi "past relationship".. =)


25.Whose the closest person/people near you ?
Keluargaku dan sahabatku.. =)


26.Whats the thing you love most about the person you love?
Aku suka pada ketulusan dia, kejujuran dia, setiap luahan tutur katanya.. I love him of what he is.. Semua tentangnya aku suka.. Takde the most or the least.. =)



Selesai yang kedua.. Haha.. Tarik nafas lega.. Okey.. Mahu sambung study dulu ya.. Ada masa lagi aku upload lagi cerita terbaru.. Sampai ketemu lagi.. Assalamualaikum semua.. =)




FOOT NOTE: Saat aku harus memilih.. Satu di antara dirimu..







No Entry!! Adakah Farhana Sudah Hilang Sengatnya?

8 comments
Assalamualaikum kawan-kawan.. Jarang ketemu bikin hati rindu.. Bukan tidak mahu ketemu, cuma aku ada sahaja di sini.. Berdiam diri dan memerhati.. Tapi aktif di Facebook bersama "abang" dan "kakak" daku.. Abang Aiman dan Aainaa.. Pengubat duka lara hatiku di kala ini.. Duka tau.. Huhu.. *Pada Hua Sheng, nanti Cik Far selesaikan hutang-hutang Cik Far ya.. Heehee..


Jujur aku katakan.. Semangat aku kian pudar.. Semangat menulis entry.. Walau ada banyak sahaja idea singgah di benakku..Tapi.. Entahlah.. Aku rajin sahaja menjenguk kawan-kawan, blogwalking, cuma untuk menulis entry, aku seakan-akan paralyse.. Semangat itu kian pudar dan hilang gemerlapannya.. Siapa boleh bagi tahu aku kenapa aku hilang semangat?


Kini.. Aku menunggu semangat yang baru hadir dalam hidupku.. Supaya aku dapat kembali semula dengan Cahaya Yang Riang Gembira.. Tunggu aku pulang dengan sinar yang baru ya.. Sinar untuk kamu dan juga untuk aku.. =)








FOOT NOTE: Merindukanmu - D' Massive.. Setiap alunannya melambangkan apa yang aku rasa di kala ini.. =(




Kenapa Lelaki Begini Perempuan Begitu???

9 comments
Assalamualaikum.. Selamat tengah malam semua.. Ikutkan hati, malas ingin menulis entry.. Ikutkan tangan, berkobar-kobar semangat menaip entry.. Rasa seperti hilang semangat untuk berblogging.. Kenapa ya? Saban hari menghadap buku, buat aku rasa jemu pada huruf-huruf.. Haha.. Apa sudah jadi padaku? Sakitkah aku? Tapi sakit apa? Sakit angau? Hahaha..


2, 3 hari ini, suasana dunia mayaku terasa sunyi, mungkin sebab ramai yang sudah masuk memulakan semester baru, tidak kurang pula adik-adik yang baru sahaja mahu menjejakkan kaki ke dunia U yang mencabar ini.. All the best Kak Farhana ucapkan.. Semangat harus kuat dik untuk menempuh cabaran hidup, sentiasa ingat Tuhan, nescaya jalan yang kita lalui pasti mudah.. InsyaAllah..


Entry kali ini aku tergerak hati mahu kongsi sesuatu tentang fakta yang ada dalam otakku tapi tidak dapat aku cari tentang kenapa ianya boleh terjadi.. Bukan niatku mahu mempersoalkan setiap apa yang Allah telah tentukan, cuma kadang-kadang, dengan berfikir tentang perkara sebegini kita mampu mendekatkan diri kita dengan pencipta..



Sudah hampir 3 tahun aku bergelumang dalam dunia perubatan yang penuh dugaan dan pancaroba ini, macam-macam yang aku telah saksikan sendiri dengan mata dan kepalaku.. Kematian terasa seperti sesuatu yang sudah biasa dan lali aku lihat.. Insaf ada tetapi kemudian kembali alpa.. Farhana oh Farhana.. Hurrmm.. Entry kali ini tentang lelaki tentang perempuan..


Mengikut kajian, perempuan lebih ramai menghidap penyakit, terutama sekali penyakit AUTOIMMUNE yakni penyakit di mana badan menghasilkan sel yang menyerang sistem immune tubuh kita sendiri.. Contohnya SLE.. Penyakit lain yang mana perempuan lebih senang dapat berbanding lelaki adalah Rheumatoid Arthritis, Scleroderma, Multiple Sclerosis..


Lelaki pula menurut kajian mempunyai jangka hayat pendek berbanding perempuan maka sebab itu bilangan perempuan sekarang adalah lebih ramai berbanding lelaki.. Lelaki selalu meninggal pada 50-60 dan wanita selalu pada umur 70-80.. Walaupun perempuan lebih banyak menghidap penyakit berbanding lelaki, tetapi kenapa jangka hayat lelaki lebih pendek? Itu soalan yang sering aku tertanya-tanya..




Fikir punya fikir.. Puas aku tanya sana sini.. Aku mahu jawapan bukan saintifik.. Maka aku terus berfikir.. Tapi akhirnya teori ini sahaja yang aku mampu fikir dan mungkin juga sama dengan apa yang kalian fikirkan.. Ini adalah andaian sahaja ya.. Aku tidak pasti samada ada kajian yang menyokong andaian ini.. Anda pun sama-samalah fikirkan ya sejauh mana kebenarannya.. Heehee..


Lelaki jangka hayatnya lebih pendek kerana lelaki sememangnya kita tahu adalah ketua dan punya tanggungjawab yang sangat besar.. Kalau dulu kita belajar agama, ustaz atau ustazah pasti akan menekankan betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.. Lelaki punya tanggungjawab pada ibu bapanya, pada isteri dan anak-anaknya.. Dosanya di tanggung sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin, dan juga dosa anak lelaki yang belum baligh juga ditanggung oleh seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah.. Mungkinkah kerana itu maka lelaki lebih cepat meninggal dunia? Supaya tidak terlalu banyak dosanya ditanggung?


Perempuan pula senang masuk syurga, senang juga masuk neraka.. Allah telah ciptakan keadaan di mana perempuan lebih ramai yang mendapat penyakit.. Penyakit itu kan penyembuh dosa-dosa kecil.. Semakin lama kita hidup di dunia, semakin banyaklah dosa tak kiralah dosa kecil atau dosa besar.. Maka mungkinkah atas sebab itu Allah jadikan keadaan di mana perempuan lebih ramai yang berpenyakit berbanding lelaki?


Sesungguhnya setiap apa yang Allah jadikan dan tetapkan itu pasti ada hikmah di sebaliknya.. Entry ini aku coretkan dalam sudut pandanganku sebagai pelajar perubatan.. Ingin cari kaitan antara sains dan Islam.. Aku juga terpanggil untuk menulis tentang isu ini setelah aku baca sebuah entry tentang isu yang seakan-akan seperti ini juga tetapi melalui persepsi Islam sepenuhnya dan juga dalam bentuk pengolahan yang berbeza..


Kredit kepada Aainaa atas entri BERBEZA.. TAPI.. ISTIMEWA.. Entry yang bagus untuk peringatan buat semua wanita termasuk diriku.. Juga buat lelaki.. Saling mengingati antara satu sama lain supaya tidak hanyut kita dibawa arus kealpaan.. Di sini aku share sekali link kepada entry tersebut.. Bacalah kalau ada kesempatan.. Sampai sini sahaja entry kali ini.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum kawan-kawan..





FOOT NOTE: Hati terluka.. Walau disapu ubat, diletak plaster, luka tetap berdarah.. Sakitah? Hurrmmm.. Wanita lebih ramai luka hati berbanding lelaki ke? =)




Lolly.. Lagu Malaysia? Lagu Indonesia?

13 comments
Assalamualaikum.. Petang Ahad.. Cuaca Ipoh panas dan terasa menyucuk ke segenap tubuh.. Aku menghadap komputer dari jam 2.. Sudah hampir sejam lebih.. Aku menyelusur ke segenap laman maya semata-mata untuk mencari sesuatu.. Heehee.. Apakah itu?


Nampak tak di menu bar aku bertambah lagi satu link? Yezza.. Aku sudah berjumpa dengan satu lagi website untuk music code.. Sebenarnya sudah lama aku mencari music code untuk lagu ini.. Afgan.. Bukan Cinta Biasa.. Akhirnya berjumpa juga.. Dan selamat ditepek ke blog.. Maaf andai ada yang tidak suka mendengar kewujudan suara di blog.. Aku suka.. Musik melambangkan rasa jiwaku.. Heehee.. Tidak salah untuk berhibur andai tidak terlalu berlebih-lebih.. Betul tak Ustazah Nurul Hamiza?


Bagi sesiapa yang suka juga menepek widget lagu di blog, dan yang sudah terbiasa dengan fullmusik.co.cc tapi ada lagu yang tiada di situ, anda mungkin boleh ke link MUSIC CODE 1 di atas.. Bagi sesiapa yang masih belum mengetahui tentang kewujudan website ini untuk music code, silalah pay a visit.. Mungkin ada lagu yang anda cari di situ.. Heehee.. Dan lagi satu, aku suka 2 website ini sebab lagu yang ditepek kat blog nanti cepat loading dan tak tersekat-sekat.. =)




Ramai yang bertanya, kenapa kebanyakan lagu yang aku suka adalah lagu dari seberang.. Huhu.. First of all.. Bukan aku tidak suka pada lagu Malaysia, cuma lagu dari Indonesia lebih dekat dengan jiwaku.. Aku suka hasil lagu mereka.. Lirik mereka.. Arrangement muzik.. Tentu sekali sentuhan Ahmad Dhani memang selalu aku tunggu-tunggu.. Vocal mereka yang sangat mantap.. Especially Melly Goeslaw dan Afgan.. Best.. Lagu Malaysia aku lebih gemar lagu zaman-zaman dahulu kala.. Lagu-lagu otai.. Walaupun umurku belum otai.. Hak hak hak..


Secebis lirik Bukan Cinta Biasa.. Penuh erti..


"Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika KAMU yang MEMILIKI
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku"




Status Facebookku semalam.. Tentang rindu.. Ramai tertanya siapa yang aku rindu.. Haha.. Memang aku rindu.. Rindu yang tak mampu dilepaskan sebab aku tidak tahu bagaimana mahu dilepaskan.. Sadis bukan???


Till then, jumpa di lain entry.. Selamat bekerja semula esok.. Heehee.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Buat Lol.. Kamu pun suka lagu indonesia.. Bener enggak embak lolly??? Hahaha.. =p




Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.