Being Apart For 2 Weeks.. Rindukan Aku Ya..

Leave a Comment


Assalamualaikum semua.. Mungkin ini adalah post terakhirku sebelum aku berangkat ke Labuan 28 Februari ini.. Aku akan berada di sana selama 2 minggu dan akan pulang pada 14 Mac. Aku harap kalian semua dapat doakan aku pergi dan balik dengan selamat.. Jangan lupa, tunngukan post aku yang seterusnya tentang 2 minggu yang aku luangkan di Labuan.. Bukan bercuti sakan tapi bekerja sakan.. Haha.. =p


(P/S: Untuk Faizah, Ramizah, Shuhada, Yati dan Kema, hebatlah korang.. Bawak beg macam nak duduk setahun kat sana.. Haha.. =p)

What Is So Special About Big Size People?

2 comments

Apa yang menariknya tentang orang yang bersaiz X-Plus macam aku ini? Haha.. Soalan aku ini memang aku rasakan lebih susah dari soalan exam.. Haha.. Menurut kajian yang telah dibuat, tentulah di Malaysia, bahawa orang yang bersaiz X-Plus ini kebanyakannya bersifat:


· CERIA
· MUDAH BERGAUL
· KELAKAR
· DIINGATI (of course sebab dirinya yang comel dan montel)
· BERJIWA LEMBUT (jiwang, sensitif)


Jadi, sebagai kawan-kawan yang mengenali aku, aku punya criteria seperti di atas atau tidak? =)


12 Ciri Yang Ada Pada Sahabat Sejati

Leave a Comment


Assalamualaikum semua.. Aku rasa sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ku ini.. Hmm.. Almaklumlah.. Minggu lepas aku bercuti dan minggu ini aku mula sibuk dengan program komuniti yang bakal berlangsung selama sebulan..


Kali ini aku cuma ingin berkongsi dengan kalian tentang apa yang telah aku baca beberapa har yang lepas di sebuah tabloid bulanan kegemaranku.. Aku akan share sesuatu tentang sahabat dan persahabatan.. Wah.. Ayat-ayat aku memang tak pernah mengecewakan diriku.. Haha..


12 Ciri Yang Ada Pada Sahabat Sejati
1. TENANG
2. BERI PERHATIAN
3. TIDAK MEMILIH
4. TUNJUKKAN PERASAAN SAYANG
5. TIDAK PERNAH MENGUNGKIT
6. TIDAK MEMENTINGKAN DIRI
7. MENGHARGAI
8. BERCAKAP BENAR
9. MENGHORMATI
10. PEMURAH
11. MEMBANTU TANPA MENGHARAPKAN BALASAN
12. MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SAHABATNYA


(P/S: Buat G8 Smart, kita semua ada tak ciri-ciri as above? Haha.. Tolong komen sikit.. Especially Ramizah, I’m looking forward for your compliment about this blog.. Haha..)






Selamat Berjaya Kawan-Kawan

1 comment

Esok, 16 Februari 2009 kita semua akan menempuh End Of Posting test. Jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan good luck dan selamat berjaya untuk rakan-rakan tidak kira daripada posting Paediatrics, Medicine mahupun Primary Care. Doa aku buat semua semoga Allah permudahkan pekerjaan kita.. Amin..

Tentang Dia Dan Masa Lalu

4 comments
Assalamualaikum dan selamat malam buat semua.. Untuk post yang seterusnya aku ingin membawa anda semua kembali ke zaman kanak-kanakku.. Mungkin dengan ini anda semua akan mengenali diriku dengan lebih dekat..

Aku dilahirkan di Hospital Kota Tinggi pada 5.26 petang tanggal 31 Januari 1987. Lahir dengan berat bersih 3.25 kg.. Aku membesar di kampungku tercinta - Kampung Makam sehingga umurku mencecah 4 tahun. Banyak kenangan aku di kampung itu, berlari-lari anak ke rumah nenekku ketika dikejar emak kerana menggunting rambutku sehingga kelihatan seperti ditebuk tikus.. Haha.. Memang lucu.. Setiap kali tiba waktu tengahari, aku akan ke rumah moyangku - Nenek Pah untuk mengisi perut.. Aku sangat menyukai lauk-pauk yang Nenek Pah sediakan.. Rindu saat-saat itu..

Ketika umurku 4 tahun, aku mengikut keluargaku berpindah ke Miri, Sarawak kerana ayahku mendapat tawaran bekerja di Maktab Perguruan Sarawak.. 11 tahun aku di sana, banyak kenangan aku di bumi Sarawak.. Di sana, aku tinggal berdekatan pantai.. Kadang-kadang kedengaran bunyi ombak menghempas pantai.. Aku berjiran dengan sebuah keluarga yang amat baik dan peramah.. Makcik Saadiah dan Pakcik Junaidi mempunyai 6 orang anak.. Surya, Juliana, Juwita, Juliza, Junisha dan Junia.. Banyak kenangan kami bersama.. Semuanya kami lalui bersama.. Kami ke tadika yang sama, sekolah rendah yang sama, sekolah agama yang sama.. Kami semua sudah diibaratkan seperti adik-beradik.. Sehingga kini, kami masih lagi berhubung.. Semoga sentiasa begini sahaja hendaknya silaturahim antara kita..

Alam persekolahan pertama aku ialah di Tadika Miri Gospel Chapel. 2 tahun aku menuntut di sana, selain Surya dan aku, murid-murid yang lain semuanya berbangsa Cina.. Namun, kami masih lagi dapat bergaul dengan mesra. Selepas habis sahaja tadika, aku bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tukau.. 6 tahun aku menuntut ilmu di sana.. Begitu banyak kenangan aku di setiap sudut sekolah itu.. Daripada bermain di padang, beratur di kantin, berjalan kaki ke kedai di belakang sekolah, semua itu tak mungkin aku lupakan.. Rindu sungguh aku pada guru-guruku yang pernah mencurahkan ilmu kepadaku sehingga aku berjaya menjadi satu-satunya murid yang mendapat 7A di dalam UPSR pada tahun 1999. Syukur aku pada tuhan yang mengurniakan kejayaan buatku..

Ketika di sekolah rendah, banyak pertandingan yang aku masuki. Daripada syarahan bahasa Cina, pidato Piala Diraja, sehinggalah kuiz-kuiz dan banyak lagi.. Banyak pengalaman yang berharga aku timba dan kerana itulah aku menjadi insan yang seperti sekarang kalian kenali. Sewaktu naik sekolah menengah aku mendapat tawaran menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Miri. Namun, aku tolak dek kerana aku tidak mahu duduk asrama dan berjauhan dengan keluaragaku. Haha.. Lalu, aku sambung pelajaranku di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Miri. Di sekolah ini juga aku aktif memasuki pelbagai pertandingan bahas, mendeklamasi sajak dan macam-macam lagi. 2 tahun sahaja aku di sana dan sekali lagi aku bersama keluarga berpindah ke Semenanjung..

Diriku yang sekarang tidak seperti yang dulu.. Aku teringin untuk bersajak, untuk berbahas, untuk berpidato seperti dulu namun aku tidak pernah berpeluang.. Huhu.. Apa yang aku harapkan satu hari peluangnya akan datang dan aku tidak akan sekali-kali mensia-siakannya. Begitulah sedikit sebanyak perjalanan hidupku ketika aku masih lagi budak yang tidak reti mengelap hingusnya sehinggalah aku mampu berdiri di atas kaki sendiri..





Aku ketika berumur 2 tahun





Aku dan syarahan








Aku mula-mula mengaji ketika berumur 4 tahun





Saat mendapat 7A ketika UPSR







Aku dan Angah






Aku dan Uda




Aku dan Angah




Aku, Angah, Surya dan Nana ketika di hari raya




Ceritera Hati Dan Perasaan

1 comment
Assalamualaikum w.b.t. First of all thanks for those who keep visiting my blog and leave your comment behind.. Thanks for the support.. Haha.. Untuk kali ini, aku ingin berkongsi tentang kisah ceritera dan perasaan.. Tentang si dia yang pernah hadir dan pergi dalam hidupku..


Kisah cinta aku yang pertama sudah pastinya cinta yang kita gelar cinta monyet.. Kami berkenalan di gelanggang tenis Maktab Perguruan Sarawak. Cukuplah aku perkenalkan dia sebagai Hailmizan.. Ketika itu aku 9 tahun dan si dia pula 12 tahun.. Kami sering bermain tenis bersama tanpa mengenali diri masing-masing.. Satu hari aku mendapat sepucuk surat yang datangnya dari si dia.. Dititipkan melalui seorang senior.. Sebelum terlupa, kami hanya berjumpa di gelanggang tenis dan di kelas fardhu ain.. Haha.. Yang lucunya hailmizan menyangkakan aku sebaya dengannya.. Namun, apabila satu hari dia mengetahui aku lebih muda darinya, kami berpisah.. Entah kenapa, aku sendiri tiada jawapannya.







Kisah seterusnya berlaku ketika aku di tingkatan 1. Kami berjiran. Haha.. Namanya Roland, seorang lelaki yang berumur 16 tahun. Sudah lama aku perhatikan si dia, oh tidak, bukan aku yang gatal, tetapi kerana si dia sering mencuri-curi pandang kepadaku setiap kali aku berada di luar rumah.. Aku menyangkakan ianya hanya sekadar itu sahaja, tidak aku sangka yang satu hari aku menerima sepucuk surat yang dibaling ke rumahku ketika abah dan emak tiada di rumah.. Semenjak itu, kami sering membaling-baling surat dan bergayut di telefon. Semuanya sangat indah.. Aku masih ingat lagi ketika sambutan hari raya, aku dan dia pergi beraya bersama. Hubungan kami berlangsung hampir 2 tahun.. Namun terputus apabila abahku dipindahkan ke semenanjung untuk melanjutkan pelajarannya. Begitulah pengakhiran kisah kami..



Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Hayat 1. Kami tidak saling mengenali. Hanya sekadar satu dewan kuliah. Haha.. Cukuplah jika aku kenalkan dia sebagai "N". Jikalau kamu membaca post ini ketika ini, tolong jangan gelak.. Haha.. Aku sangat meminati dia, kagum dengan dirinya yang kelihatan seperti "Malaysia's Prime Minister". Dia sentiasa sibuk dengan kelab yang dikendalikannya, aku suka melihat gayanya, percakapannya, butir-butir pertuturannya. Lalu, satu hari aku mendapat idea yang sangat gila. Aku telah mengepos surat kepadanya setiap selang 2 minggu tanpa aku letakkan sebarang pengenalan tentang diriku. Saja aku buat suspens. Haha.. Kami pernah memasuki pertandingan mendeklamasi sajak bersama. Itulah yang paling aku ingat. Haha.. Mesti semua tertanya adakah di akhir pembelajaran kami di Pasum kami berpeluang berkenalan atau tidak. Jawapannya ya. Aku akhirnya memperkenalkan diriku sebagai penghantar surat misteri itu. Kami berkawan sampai sekarang. Tapi, hanya kawan sahaja. Apa yang paling buat aku gembira, dia masih menyimpan surat-surat yang aku pos kepadanya.. Thanks a lot buddy.. Friends forever.





19 Mac 2008. Itulah tarikh aku mengenali seseorang yang pernah membawa makna besar dalam hidupku.. Aku tidak akan memperkenalkannya.. Biarlah aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Kisah ini tidak akan aku kongsikan bersama kalian kerana kisah ini tiada akhirnya. Kisah ini masih lagi mencari titik noktahnya. Biarlah.. Mungkin jika tiada noktahnya, lupakan saja.. Itulah yang sebaiknya..


Kini.. Aku masih lagi mencari cinta.. Cinta yang aku harapkan akan menjadi yang terakhir buatku.. Selamat berjaya Farhana.. =)



LELAKI IDAMANKU.. HEEHEE..


Percubaan Pertama Menterjemah Lagu

Leave a Comment
Aku suka sangat dengan OST Dou Niu Yao Bu Yao. Maka aku terfikir untuk menterjemahkan lagu ini kepada Bahasa Melayu. Inilah hasilnya, biarpun agak ke arah puisi dan sajak namun aku tetap mengekalkan maknanya.


Lagu ini juga aku tujukan buat seorang insan yang sudah lama tidak ku dengar khabarnya. Harapanku dia dapat membaca coretanku ini. Semoga dia bergembira di samping keluarga dan insan tersayang.




你最近还好吗


挑一张耶诞卡写上满满祝福的话
地址写的是心底
你能不能收到它
天有点冷 风有点大 城市宁静而喧哗
这一个冬天我得一个人走回家


问自己习惯了吗
没有你每到夜里回声变得好大
有没有什么好方法
让寂寞更听话


你最近还好吗
是不是也在思念里挣扎
你说会记得我 还记得吗
你最近还好吗
忙碌吗累吗 心还会痛吗
如果真不得已忘了我
快向快乐出发


有再多的牵挂都已没有权利表达
旧情人给的问候比陌生人还尴尬
昨天远了 明天还长 回忆模糊但巨大
这样的深夜眼泪要怎样不流下


APA KHABARMU DI KALA INI

Ku pilih sekeping kad
Lalu ku coretkannya dengan ucapan semoga kau bahagia
Ku alamatkan ke hatimu
Sudikah kau menerimanya

Cuaca dingin, angin bertiup kencang, kota ini sepi tanpa suara
Dalam kesejukan musim ini, aku sendiri, melangkah pulang

Adakah aku sudah lali, terbiasa dengan keadaan ini
Tanpa kamu di sisi
Malam-malam ku terasa sepi
Mampukah kesepian ini aku sembunyikan

Apa khabarmu di kala ini
Lemaskah kau di dalam kerinduan yang kita alami
Kau berjanji
Aku akan sentiasa di hati
Benarkah
Apa khabarmu di kala ini
Masihkah ada luka di hatimu
Jika masih kau terluka
Lupakanlah aku
Kejarlah bahagiamu

Biarpun kerinduan melanda
Layakkah aku meluahkannya
Kita sudah terasing jauh dan jauh
Semalam telah berlalu
Perjalanan esok masih jauh
Namun kenangan itu menjerat kita
Dalam keheningan malam ini
Mampukah lagi ku tahan air mata ini

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Rukun Sembahyang

Leave a Comment

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua.. Hari ini aku telah mengunjungi sebuah laman web iaitu soleh.net.. Aku tertarik tentang petikan mengenai rukun sembahyang.. Mungkin ramai yang sudah tahu tentangnya tetapi tidak salah untuk kita membacanya sekali lagi dengan tujuan untuk mengingatkan diri kita sendiri tentang apa sebenarnya itu solat.

Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)

  1. Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
  7. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
  8. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
  9. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  10. Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
  11. Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

Senarai di atas dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!”

-DIPETIK MELALUI ARTIKEL MANDI WAJIB DI http://www.soleh.net/-

Didekasikan Buat Siti Nor Faizah Fuad =)

1 comment

ADA MASA -INFINATEZ (OST SPA Q 2)
Verse 1:
Ada masa yang akan ku fikirkan
Kiranya kau pergi dariku
Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu
Tak sanggup untuk ku bayangkan
Andainya takdir jauhkan kau dariku
Satu yang ku mahu hanyalah kamu
Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu
Verse 2:
Betapa sungguh ku inginkan
Belaian senantiasa kau berikanku
Merasa kehangatannya cintamu
Sakitnya tiap kali kau titiskan
Air jernih dari matamu
Bebanannya ku tak mampu
Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu
Bridge:
Andainya
Kau tahu perasaanku padamu
Takkan kau siakan air matamu
Walaupun diriku jauh
Takkan pernah kau tiada
Di hatiku
Chorus:
Maafkan aku
Telah ku lukakan hatimu cintaku
Ingin benar ku memahami dirimu
Agar dapat selalu senyum di wajahmu
Lirik/lagu: Alvin MY


(P/S: Untuk Faizah, jangan syok sendiri dengar lagu Ada Masa, you are a single lady now. Haha..)


Kurus VS Gemuk

1 comment


Assalamualaikum.. Selamat malam untuk kamu, kamu dan kamu.. Post kali ini aku nak berkongsi tentang rasa hati aku dan Siti Nor Faizah Fuad (budak di dalam gambar atas sekali yang belum mencapai kematangan umur lagi).. Haha..

Lihatlah diriku di atas.. Agak montel. Bukan agak.. Tapi sangat montel.. Haha.. I started to gain weight at the age of 16. I wonder why it happened at this age. I can't figure out a better explanation. But lets just forget about it. I don't eat a lot usually, but I am very lazy to exercise.. But hello.. I love dancing guys.. Is that not a type of exercise? Gosh.. I began taking a lot of "ubat kurus" since I was 20. The medication did work. But then I can't stand the side effect.. Toilet has become my faithful companion.. Haha..

Now, I feel that nothing is going to work. I give up on my mission to have a body like Beyonce Knowles. Haha.. Nothing is able to stimulate me to reduce my weight. I just feel that I can't. I just know one very important fact, that as long as I am like this, I am not going to have a "lover" like everyone do. Men out there, please don't tell me that "look is not important, the inner-side of you that matter". That was just a piece of words from an ancient love story. Haha..

Siti Nor Faizah.. You always told me, "Neng, tolonglah kuruskan badan sikit, nanti banyak penyakit." Babe.. Thanks for your advice. It's not that I don't want to have a healthy life, a fit body, it is just that I don't have the motivation. I don't know how to start and why must I start to reduce weight. Girl, you know right that deep down in me, I really look upon to wear those M size clothes, a kebaya, clothes that are up-to date.. But..

What I can say, I will try. Even though I failed, I'm going to continue trying. I am not going to surrender. But don't ask me how long it will take. Haha.. Yeh mera vadaa.. =)


(P/S: Untuk Syarifatul Nadiah.. Kalau saya boleh dermakan lemak, bukan kata seketul, seratus ketul pun saya sanggup bagi. Haha.. Apa pun, good luck untuk misi menaikkan berat badan.)

Bahasa Dan Blog

3 comments

Assalamualaikum semua.. Kali ini aku akan share sesuatu tentang aznil-aku-blog.. Mungkin ramai tertanya-tanya apa kena mengena aku dan aznil juga blog? Haha..

Pada minggu lepas, aku terbaca tentang aznilhajinawawi.blogspot.com. Tak silap aku di dalam akhbar ruangan pancaindera. Wartawan menyifatkan penulisan blog pada zaman ini hanyalah sekadar suka-suka.. Wartawan tersebut menekankan tentang bahasa yang semakin ditunggang-langgangkan penggunaannya.. Bahasa pasar, bahasa yang menjatuhkan integriti bahasa melayu itu sendiri.
Namun begitu, masih wujud lagi blog yang mengangkat martabat bahasa melayu itu sendiri dengan penggunaan bahasa yang begitu tepat dan teratur. Salah satunya ialah blog Aznil Haji Nawawi (atau lebih dikenali sebagai Pak Nil).

Hari ini aku berpeluang meninjau sendiri kebenaran coretan wartawan tersebut. Benar seperti yang dihebahkan, blog Pak Nil melambangkan dirinya sendiri yang begitu soft-spoken, penuh dengan manners. Setiap ayat dan susunan kata begitu enak dibaca dan didengar.

Aku bukanlah seorang cendekiawan bahasa ataupun pengkritik bahasa dan bahasa aku bukanlah yang terhebat. Namun, terdetik juga di hati aku, sesungguhnya bahasa itu jiwa bangsa. Jikalau bukan kita muda-mudi negara yang mengagungkan dan memakmurkan bahasa kita, siapa lagi? Renung-renungkanlah..

Akhir kata, ampun dipinta andai kata-kataku mengguris jiwa.. Ini hanyalah pandangan seorang insan biasa.. Semoga ada sesuatu yang berguna dapat aku sampaikan untuk kalian.. Wasalam..

Exchange Link

Leave a Comment

Paediatric Posting In Taiping Ends Here

1 comment
Assalamualaikum semua.. Post kali ini aku akan share pieces of memories ketika aku posting pediatrik di Taiping.
On 22nd of December 2008.. My group officially started our paediatric posting in Taiping.. It took about 2 months and finally is going to end on 20th February 2009.. For about 2 months in paediatric department, a lot of things I had learned.. From history taking, then physical examination, and not forgotten building rapport with the parents and child..

Not like adult medicine, in paediatric, students learn to be opportunistic. My personal view, paediatric is fun but it just doesn't suits me.. Children love to be with me for your information.. Dr. Norizan from USM said, that I have "the look of a mum". (Actually she means, coz you're big then that's why you look like ala-ala emak) Hahaha..

Enough talking about those education things.. I just want to share with you the memories in Taiping. On the 3rd week of posting, we got the chance to visit Tadika Semangat Maju. It is a school especially for those intellectually handicapped kids.. Age of student are around 4-4o.. I'm so glad to have a chance to meet this special people. They taught me a lot about life. Thanks Miss Jagjit for the tour..

In Hospital Taiping, we have our bedside teaching with Dr. Siti Aisyah, Dr. Saiful Rijal and Dr. Cheong. Thanks doctor for all your knowledge that you share with us. Sorry if sometimes we were too lazy to attend some of the classes.. Hahaha..

As for tempat makan, I used to eat Pelita's nasi goreng ayam.. So bored.. Then, I tried Selera Malam Heritage. Not bad though. This restaurant is in Taiping Central, just besides Kenny Rogers. Before going back to Ipoh, me and my friends went to Kuala Sepetang to have a taste on Mee Udang Mak Teh. What I can said is there is "mee di sebalik udang". (patut la keluar Majalah 3, ramainya orang tak terkata, kene tunggu sejam untuk makan) Haha.. The udang are about 11 ekor.. Jenuh aku mengopek. Berpeluh-peluh. Hahaha..

Lastly, I just want to mengadu nasib. Our house is in Asam Kumbang. Gosh.. It is not a house and is not meant for human.. Apalah nasib posting O&G lepas ni.. A month in Taiping.. Arrgghhh..
Aku harap melalui post kali ini, aku dapat kongsi sesuatu yang berharga. Wasalam.


Yana with huzaimi.. Miss huzaimi a lot.. Nanti kita jumpa lagi ye..

Yati: Mari kemari.. Jangan dekat jangan dekat..


Kanak-kanak yang sangat istimewa bagi aku.


Bengkel khas untuk mereka yang sudah tamat pelajaran. They are good in kraftangan.


Sekolah ini ada bas sendiri. Heehee..

The Journey Begins Here

Leave a Comment




Assalamualaikum.. Salam ku hulur khas buat kalian yang singgah ke duniaku ini.. Haha.. Ayat-ayat skema yang agak lama aku tak gunakan.. Well, it's not my first time to involve in the worlds of blogging.. Previously i have a blog under wordpress, now i join blogger just for fun.. Haha..


Di sini.. Aku cuma ingin berkongsi cebisan-cebisan momen dalam hidup aku dengan kalian.. Juga sesuatu yang berlegar-legar dalam dunia perubatan yang aku ceburi sekarang.. I just hope you guys will enjoy reading it just as much as i enjoy sharing it with you guys..


And officially, the journey begins here.. Let the love heal your soul.. Pyaar ka jadoo..

(P/S: Aku tak sangka aku boleh hasilkan post yang menggunakan ayat-ayat yang skema.. Well done Farhana..)

Doktor Cinta Luar Biasa (Yang Nak Bersara)


















Aku dah bersara jadi Doktor Cinta Luar Biasa.. Haha.. Poyo kan ayat.. Bukan apa.. Rasa diri dah tua dan tak sesuai dah.. Ekeke.. =.=

Doktor Cinta Luar Biasa orang gelar.. Gelaran ini diberi oleh Joegrimjow.. Aku pemilik blog Cahaya Yang Riang Gembira dan World Of You And Me.. Officially a doctor on 2nd April 2012.. Syukur Alhamdulillah.. Fasa baru dalam hidup akan bermula, iaitu dunia pekerjaan.. 


Erm.. Jodoh? Belum sampai seru lagi untuk Doktor Cinta Luar Biasa yang nak bersara ini kot.. Maybe one fine day.. Only Allah knows.. Till that time comes, I'm going to live life to the max..

Dipetik dari blog Linglung, kata-kata yang paling paling paling aku suka..

"Impiannya mahu jadi sang gadis pencinta terbaik yang mampu jadi sahabat sejati dan diari hidup buat pasangannya kelak.."

Sekian.. Wassalam.. =)


Lagi tentang aku ADA DI SINI..


Disclaimer

Cahaya Yang Riang Gembira adalah blog peribadi yang melontarkan pandangan dari kaca mata penulis saja. Sebarang bentuk bahan yang digunakan oleh pengunjung adalah di atas risiko pengunjung sepenuhnya.


Segala macam bentuk maklumat dan bahan yang tidak dikreditkan kepada mana-mana pihak adalah hak milik penulis blog Cahaya Yang Riang Gembira dan pengambilannya tanpa izin ditegah sama sekali. Kebanyakan sumber-sumber gambar yang dimuatnaik ke dalam blog ini adalah dari ihsan Google Image Search dan penulis blog tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas gambar-gambar tersebut. Sekiranya gambar tersebut adalah milik anda, sila maklumkan pada pemilik blog Cahaya Yang Riang Gembira dan ianya akan dikeluarkan dengan kadar segera. Harap maklum. Terima kasih.
Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.